Showing posts with label PARENTING. Show all posts
Showing posts with label PARENTING. Show all posts

Friday, December 22, 2017

PERSIAPAN IBU BAPA MENJELANG SESI SEKOLAH 2018

Seharian tengok wall semalam dan hari ni penuh dengan tips dari cikgu ni tentang anak darjah 1 tahun depan. Nahhh..kalau ada yang belum baca KakFiza share kat sini.



Ada anak Darjah 1 tahun 2018? Ini persiapan kau sebagai ibu bapa.

1) Pastikan anak kenal huruf dan boleh membaca dan mengeja walau sedikit. Operasi asas nombor, tambah dan tolak bawah 10 dia dah kuasai.

Silibus KSSR Semakan 2017 sangat tinggi arasnya. Murid yang masuk dengan 'zero', pasti ketinggalan jauh ke belakang. Silap-silap akan masuk kelas pemulihan.

Bahasa Malaysia tahun 1 silibus baru ini murid dah kena pandai bina ayat berdasarkan gambar menjelang pertengahan tahun.

Matematik pula dah diperkenalkan asas bundar, asas pecahan malah pengurusan data. Ini semua topik di Tahun 4 kalau ikut silibus lama, KBSR. KSSR ni lain macam dia punya pergi.

Bayangkan kalau anak kita masuk dengan 'zero'. Pasti tertinggal kerana cikgu tak akan tunggu anak kita seorang.

2) Bimbing anak di rumah. Ini sangat penting. Berhenti merungut kata silibus tinggi dan soalan terlampau KBAT.

Anak walau ada asas membaca dan tahu operasi asas nombor pasti ketinggalan juga jika tiada bimbingan lanjut di rumah.

Silibus berat, masa singkat. Namun sebenarnya anak-anak kita boleh kuasai. Majoriti murid mampu ikut dengan baik.

Kebanyakan murid yang tertinggal adalah yang tidak diberi bimbingan lanjut di rumah.

Nak anak berjaya? Bantu mereka. Jangan harap ilmu di sekolah dan guru semata-mata.

3) Ajar anak kenali wang. Ajar anak guna wang. Ajar anak tunggu terima baki. Ajar anak jangan bagi wang jika murid lain minta. Ajar anak maklumkan pada cikgu kalau murid lain minta wang dari mereka.

Semua asas ini perlu diajar dari rumah lagi. Cikgu tak mampu nak ajar beratus murid cara guna wang dan cara jaga duit poket mereka.

Fakta : Ramai murid tahun 1 tidak tahu guna wang.

4) Ajar anak guna tandas awam/sekolah. Jangan buat macam di rumah. Ajar anak minta izin untuk ke tandas.

Fakta : Ada murid buka seluar dalam kelas dan berlari bogel menuju ke tandas tanpa rasa malu. Ada pula buka seluar di luar pintu tandas dan seluar basah kuyup kena air kat lantai dan kotor dipijak kawan yang lalu lalang.

5) Jangan takutkan murid dengan bagitahu mereka cikgu garang. JANGAN!

Ramai ibu bapa takutkan anak mereka dengan ayat,

" Abang jangan nakal-nakal. Nanti cikgu rotan."

Akibatnya, murid takut nak minta izin ke tandas.

Fakta : Kebanyakan murid yang kencing berak dalam seluar kerana takut untuk minta izin sebab dimomokkan oleh ibu bapa mereka bahawa cikgu garang.

6) Ajar anak berkongsi dan menjaga barang sendiri.

Bekal makanan buatlah lebih. Suruh anak berkongsi dengan murid lain. Ini amalan mulia.

Begitu juga pensel, pemadam dan alat tulis. Berkongsi, tapi sila pastikan mereka ambil dan simpan semula.

Fakta : Ramai murid tidak pandai jaga harta sendiri. Hasilnya, di kantin lambakan botol air dan bekal makanan yang murid tinggal. Dalam kelas, lambakan alat tulis yang jatuh tidak dikutip, buku ditinggalkan di bawah meja.

7) Jangan bagi murid pakai kasut bertali jika mereka tak pandai ikat. Ajar juga anak buka dan pasang tali pinggang.

Ramai murid tahun 1 pakai tali pinggang buat kali pertama bila menjejak kaki di sekolah. Mak ayah yang pakaikan di rumah.

Fakta : Ramai murid terkencing dan terberak dalam seluar gara-gara tak pandai buka tali pinggang.

8) Ajar anak susun jadual ikut hari. Jangan bawa semua buku. Bawa buku mengikut jadual sahaja. Baru beg tak berat.

Ajar ayah dia sekali susun jadual anak. Ini pun penting!

Fakta : Biasa murid bawa buku ikut jadual dan beg tak berat. Suatu hari semua buku murid itu bawa. Rupanya ibu dia 'out station' dan ayah tukang susun buku.

Semua buku ayah dia sumbat. Banana punya ayah. Kesian kat anak.

9) Jika ada group wasap kelas, jangan wasap tengah-tengah malam buta dan mengharap balasan segera. Cikgu bukan kedai 7-Eleven yang setiap masa tunggu nak reply mesej anda.

Hormati group wasap tersebut. Jangan post status politik, jangan spam dengan nasihat, kata-kata hikmah, perkongsian cerita menarik atau apa jua. Cukuplah group itu untuk maklumat anak dan kelas.

Nak sangat post isu semasa, hadis, kata nasihat, mutiara kata, mutiara naga, kau buka group wasap lain dan add lah semua parent. Post lah semua benda sesuka hati kamu.

Paling penting, jangan promote barang anda berniaga dalam group tu. Menyampah dan mengganggu tahu tak?

10) Usah lagi diratib tentang sukarnya silibus baru dan payahnya soalan KBAT.

BERHENTI MERUNGUT!

Sebaliknya bertindaklah. Merungut tidak mampu mengubah apa-apa. Orang lain yang bertindak anak mereka dah maju ke depan.

Kita yang sering merungut di hadapan anak tentang sukarnya silibus sehingga anak pun set dalam kepala 'payahnya belajar'.

******

Sesi persekolahan untuk tahun 2018 akan bermula sekitar 12 hari sahaja lagi. Masih ada masa untuk ibu bapa ajar anak sebagai persiapan mereka melangkah ke alam persekolahan nanti.

Banyak lagi tips yang aku nak tulis. Tapi dah penat. Cukup la dulu 10 tips ini ya. Kalau aku rajin aku tulis lagi.

Oh ya, kau yang ada tips penting silalah kongsi diruangan komen. Nanti kawan-kawan boleh pakat baca.

- Biro Pendidikan
#puakabersekutu
#MFS
- Cikgu Tahun Satu.

Sunday, November 12, 2017

HARI KEUSAHAWANAN SEK KEB SERI PINANG

Assalamualaikum...

Hari ni lewat sikit la Kak Fiza bersiaran. Pagi2 lagi sibuk dengan anak-anak. Hari sekolah ni memang super duper bizi la kan.

Ohh ya...hari ni ada hari keusahawan sekolah Along Hadif ni. Rasanya sambutan serentak satu Malaysia kan. Tengok ada la jugak rakan FB dok upload gambar mereka.

Jom kita tengok meriahnya anak-anak ni menyambutnya. Hepi je tengok diaorg.




Aktivito yang ada antaranya Memanah, rumah hantu, overboard, istana belon, waterboat dan macam-macam lagi. Makanan jangan cakap la..memang meriah. Kak Fiza elok sampai sekolah Along dah minta belikan kupon baru. Kupon rm10 yang dah beli dah habis...huhu

Ada juga pemeriksaan kesihatan percuma. Nak beratur check mata pun alamak hai...ramainya yang Q. Tak jadilah...hehe

Memang meriah lah tengok. Habiskan kupon terus balik. Kat sana lama2 nanti silap haribulan berpuluh2 habis...😃😃

Kak Fiza
SungaiPetani

Friday, November 10, 2017

MEAL SHAKES PENAMBAH SELERA BUAT SI MANJA

Meal Shakes shaklee penambah selera buat simanja anda.

Sebagai ibu semestinya kita nak yang terbaik buat anak-anak kan. Ada sesetengah budak ni sangat cerewet memilih makan. Kalau kena yang ok, semua makanan dia bedal je..hihi


Tapi bagi yang memilih atau tak de selera nak makan susah jugak tu. Ada banyak cara untuk tambah selera makan mereka ni sepeti yang dah kak fiza cerita pada entry sebelum ini.

Cuma hari ni nak huraikan panjang sikit tentang pengambilan sumber nutrisi yang cukup lengkap untuk simanja anda. Penyelesaian kepada masalah anak-anak susah makan ni, boleh la amalkan Meal Shakes dari Shaklee.


Kenapa Meal Shakes?
Meal Shake memang kesukaan anak-anak tau. Rasa Vanila memang nyummy sangat. Ianya mengandungi sumber protein serta, Kalsium, Vitamin dan Mineral penting, Meal Shakes memang pilihan terbaik bagi mengembalikan selera makan anak. 

Meal Shakes juga memberikan mereka nutrisi yang lengkap dan sempurna. Kalau dah cuba sekali pasti repeat berkali-kali. Dah ramai parent yang memberi anak mereka cuba Meal Shakes ni dan berjaya menaikkan selera makan. 


Bukan sahaja untuk menambah selera makan, ibu-ibu pasti teruja bila dengan amalnya Meal Shakes ni, anak-anak dah jarang sekali nak sakit atau demam. Sememangnya Meal Shakes juga bagus untuk kuatkan imun mereka. Parut-parut luka juga cepat sembuh. 


Banyak lagi manfaat Meal Shakes ni tau. Bukan sahaja untuk kanak-kanak tapi orang dewasa juga boleh amalkan.

Mealshake sesuai untuk semua peringkat umur dari kanak-kanak berusia 1 tahun ke atas hinggalah orang dewasa. Nak Multivitamin dalam bentuk selain dari pil, Mealshake adalah pilihan tepat dan terbaik.

Berminat nak dapatkan Meal Shakes Shaklee buat keluarga anda boleh roger Kak Fiza 012 4513311. Call/wsap/sms..insha Allah akak layan nanti.


Wednesday, November 8, 2017

PETUA MUDAH ATASI BAYI SEMBELIT

Assalamualaikum...

Pernah tak mummy alami masalah bayi bawah 2 tahun sembelit?



Sembelit ni biasanya terjadi sebab bayi anda kurang pengambilan makanan berserat. 

Sejak Kak Fiza jadi baby sitter kat sorang anak jiran ni, terpaksa la google macam2 cara sebab si debab ni selalu sangat sembelit. Mungkin sebab faktor FM yang dia minum dan kurangnya air dan makanan berserat tadi.

Baby Qisya setakat ni Alhamdulillah tiada masalah membuang ni. Hari2 tanpa miss dia buang...haha

Ni salah satu tips pemakanan yang pernah dicuba. Memang menjadi..

Bahan:
- 50 gram daun bayam, cincang halus
- 500 ml air
- 50 gram avokado dilenyek halus
- 1 sudu besar margerin

Caranya:
1. Rebus bayam sehingga layu.
2. Masukkan margerin, masak sekejap dan angkat.
3. Masukan avocado dan kacau rata, siap dimakan!

Foto: Pa&Ma

Dan disaat nak siapkan entry ni, terjumpa satu lagi tips dengan menggunakan satu sudu TEPUNG SAGU atau TEPUNG KANJI dan dicampurkan ke dalam susu anak. Bancuh dengan air suam atau air masak sahaja tau. Nanti masak plak tepung tu kalau air panas.

Bila nak bancuh susu tu, korang kurangkan la satu sudu susu dan tambah satu sudu tepung ni tadi. Sehari sekali pun dah cukup tapi kalau anak sembelit teruk, berikan 4 kali sehari.  Jangan lebih2 sebab nanti cirit plak baby tu sebab tepung tu membuatkan najis berlendir dan memudahkan pembuangan najis.

Insha Allah, masalah sembelit akan selesai.  
Mummy ada cara lain? Jom kita share. Mana tau berguna nanti kan...

Kak Fiza
SungaiPetani

Tuesday, November 7, 2017

8 CARA TAMBAH SELERA MAKAN ANAK-ANAK

Cara tambah selera makan anak.

Ada tak mommy2 yang berhadapan anak 2 tahun yang kurang selera makan? Awalnya makan memang tak memilih tapi masuk satu ketika dah kurang selera makan.


Pengalaman anak dah 3 ni, Kak Fiza dapat kenalpasti anak2 yang usia begini sememangnya selera makan mereka tak menentu. Bagaimana nak buat yer?

1. Jangan Paksa
Jangan paksa anak2 ni makan. Cari waktu yang sesuai dan pujuk la dengan kasih sayang.

2. Makan ketika lapar
Kalau anak yang dah besar, mesti diaorang akan cari makan. Contohnya, lepas pulang dari sekolah atau selepas bermain. Bagi yang masih menyusu, elakkan bagi minum susu dulu selepas bangun tidur tu. Kalau dah diberi susu, potensi mereka nak makan tu makin kurang.

3. Makan bersama
Anak2 akan lebih excited nak makan bila dah ramai dan makanan terhidang depan mata ni. Biasanya kita ni mesti nak suap anak makan dulu kan. So, apa kata ubah aktiviti makan2 ni...hihi

4. Hidangan makanan yang menarik
Bila makanan menarik dan pelbagai warna, mereka akan lebih excited nak makan kan...



5. Elakkan Jajan/Snek
Ada cara terbaik untuk elakkan anak makan Jajan ni. Yang ni memang tak elok la kan untuk tumbesaran mereka. Tapi kadang2 bila kat sekolah memang kita tak boleh larang mereka nak beli. Area rumah kak fiza ni pun ada orang jual jajan depan rumah. Alhamdulillah, anak2 Kak Fiza memang tak gemar sebab dari awal dah diajar tapi kadang2 teringin bagi jelah...huhu

6. Elakkan makan sambil bersulam air
Dah habis makan baru lah minum air. Sebab kalau minum air ketika makan nanti perut cepat kenyang. Nanti dah makanan tak habis...

7. Ajar anak2 makan sendiri
Umur setahun setengah Kak fiza dah ajar anakakan sendiri. Biarlah bersepah pun..nanti boleh kemas kan.

8. Tanya pendapat anak2 menu yang mereka suka
Haaa...ni memang anak2 Kak Fiza la. Yang Along agak cerewet bab makan..jadi, setiap kali nak masak kena tanya dia dulu. Angah plak senang..tak kisah pun apa ibu masak.

Kann senang tu. Tapi pada anak2 yang memang tak jalan semua cara ni, InshaAllah Kak Fiza ada cara yang lagi best untuk membantu anak2 ni lagi berselera nak makan. Makanan tambahan Meal Shakes ni sangat sesuai untuk mereka.

Pada anak2 yang bermasalah nak makan, apakata praktikkan cara ni. Ataupun kalau korang ada cara lain meh la kita kongsi..

KakFiza
SungaiPetani

Tuesday, October 10, 2017

4 TANDA BAYI MERAGAM BILA MULA TUMBUH GIGI

Anak Kak Fiza mula tumbuh gigi pada usia 8bulan. Agak lambat juga kan sebab rata2nya ada yang 4bulan dah mula tumbuh. Majoriti 6bulan la.

Gigi kacip bawah dan atas tumbuh serentak 2batang bawah dan 2batang atas. Dia tak pulak meragam. Biasa je dan seawal 6bulan memang dia kuat makan. Lambat sikit memang mengamuk nak makan.


1. Kurang Selera Makan
3 minggu sebelum checkup 15bulan, dia mula meragam. Asyik mengempeng je. Dah tak selera nak makan..dan langsung tak nak makan. Jadi bila dia tak nak makan, mengempeng je lah dia...huhu

2. Suka Mengigit
Abang2 dulu kuat gigit. Orang kata gatal gusi nak tumbuh gigi tu. Anak dara ni pun sama la jugak. Tapi dia tak minum botol...ibu jadi mangsa..😅. Mungkin dapat legakan gusi dia kan..

3. Masuk jari dalam mulut.
Betul jugak ni sebab memang ada juga habit dia mcm tu. Sekarang dah tak de. Air liur pun dah kurang meleleh.

4. Menangis dan meragam
3 minggu jugak la Kak Fiza tak boleh berenggang dengan dia. Asyik nak berkepit je.

Bila Akak google banyak lagi rupanya tanda2 anak2 ni bila mula nak tumbuh gigi. Tapi yang 4 ni memang penangan Qisya Azzahra la...

Nanti nak tulis entry nak bagi anak selera makan lak..

Kak Fiza
Sungai Petani

BAYI MERAGAM NAK TUMBUH GIGI

Assalamualaikum...

Lamanya blog Kak Fiza bersawang...huhu. Keadaan memaksa untuk sesuatu yang lebih penting. 

3 minggu berhadapan dengan dak Qisya yang langsung tak nak makan. Hanya susu ibu semata2. Kita pun dah penat asyik mengempeng je kejanya...😂😂. Sebelum tu, Abang Ngah kena campak. Kuarantin la kejap takut berjangkit. Alhamdulillah kuat jugak antibodi anak dara ni. Belum ada tanda2 berjangkit pun lagi..



Walaupun 3minggu Qisya tak nak makan, berat dia masa check up 15bln baru Alhamdulillah. Belum jatuh border kuning la. 

Rupanya nak tumbuh gigi. Gigi atas dah nak naik yang ke 3 dan ke 4. Yang bawah naik yang ke 3. Dannn..baru 3hari ni selera dia bagai di pam2. Pantang nampak pegang something mesti dia menjerit nak nak...haha

Ni lah pengalaman akak yang pertama anak meragam nak tumbuh gigi. Abang long dengan Angah dulu relax jer. Tau2 tengok ada gigi. Setiap perkembangan anak ni tak sama kan.

Korang ada pengalaman anak meragam tumbuh gigi? Meh la sharing dengan akak ni...😊😊


Tuesday, July 11, 2017

CABARAN ANAK TAHUN 1 2017

Assalamualaikum..

Bila anak dah masuk sekolah, masing-masing cuba nak up anak siapa lagi bijak. Adehhhh..tak terkecuali sekolah kampung atau bandar. Kak fiza ni boleh dikategorikan dok dalam kawasan bandar la jugak. Sungai Petani tak dak la besaq mana kan...hihi

Kadang2 malas nak amik port.."ehhh..anak kak dapat no berapa?"..hihi.

Perasan bila pergi sign report baru ni..ada ibu bapa komplen macam2 kat cikgu..itu ini. Kak fiza dengar je lah. Cuma tanya peragai anak kat sekolah macam mana..behave tak dia. Pendiam ke dia. Kena juga amik tau kan..



Alhamdulillah Abang Long tahun ni dah tahun 1. Dari awal tahun masuk kelas 1A. Nyaris2 dah nak tukar kelas B masa ujian awal tahun tapi prestasi naik bila exam pertengahan baru ni. Dapat la no 24/45. Keseluruhan 26/213.

Dok terbayang la lagu mana cikgu tu mengadap 45 orang murid...huhu

Cabaran cikgu sekarang sangat berat. Silibus tahun 1 tahun ni dah sama macam budak tahun 2. Ermmmm..geleng kepala la jugak nak mengajar. Kita memang la faham tapi nak fahamkan budak2. Serabut tau..huhu

Apa2 pun..biarlah..tu je yang boleh kita cakap. KPM ni kalau dia nak dengar suara ibu bapa memang dah banyak yang viral tapi tiada kesudahan. Terpaksa la ikut rentak dan anak2 jadi bahan.

Selagi kita boleh didik dan ajar mereka..inshaAllah boleh..

Cepat sangat masa berlalu. Dah masuk 4 series dah ni...😂😂

Ibu2 yang nakkan makan tambahan untuk anak-anak boleh klik SINI yer. Bagus untuk mereka yang sedang membesar.


Saturday, April 1, 2017

MUDAHNYA ISTERI KE SYURGA IDAMAN

Assalamualaikum semua..

Macam dah beberapa hari tak ber entry baru. Hari ni pun dah masuk April. Wah..bulan penuh makna ni. Jeng jeng jeng!

Permulaan April yang best sangat. Kak fiza nak berkongsi kisah Kuliah Dhuha pagi tadi. Bertempat dekat Sekolah Pasti Abang Ngah Haziq. Dah lama tak hadirkan diri di majlis ilmu macam ni. Allahuakhbar..terasa kerdilnya diri ini disisiNya..


Lebih kurang sejam saja. Perkongsian nengenai Wanita sebagai Isteri. Begitu mudahnya kita sebagai isteri untuk masuk Syurga yang indah. Dan begitu mudah juga kita isteri ni menjadi penghuni Neraka dengan menarik sekali tangan suami. Nauzubillahiminzalik..

Beza sungguh peranan isteri zaman Nabi dan sekarang. Redha suami itu penting. Apa juga yang sedang kita usahakan perlukan keredhaan suami dan suami pun perlu lah bersikap toleransi. Masing-masing nakkan yang terbaik dalam rumahtangga kan.

Mulai hari ini..saat ini..belajarlah berkata tidak pada suami. Tapi kalau perkara yang dilaknat Allah SWT tu dibolehkan. Tak perlu ikut..dan kalau perkara untuk kebaikan WAJIB untuk kita ikut. Sekiranya ada yang tak puas hati, boleh la duduk semeja. Bincang apa yang patut. Tak guna nak berbalah kan.

Alhamdulillah..walaupun sekejap sahaja tapi pengisian yang sangat bermakna. Banyaknya khilaf selama ini. Sayu pulak hati ni...

Tak sabar tunggu cinta hati balik kerja ni...😘😘




Saturday, November 26, 2016

6 TIPS KAWAL ANAK MAKAN JAJAN

6 TIPS KAWAL ANAK MAKAN JAJAN

Apa tu Jajan? Hehe..buat-buat tanya pulak yer. Anak-anak sekarang ni memang sangat tededah dengan snek dan makanan kurang sihat ni. Ramai juga ibu bapa ambil jalan mudah belikan untuk mereka tanpa fikir masa akan datang.

Kanak-kanak disogokkan dengan pelbagai makanan seperti sosej, daging burger, kentang putar dan makanan ringan yang lain. Kita mungkin boleh kawal kalau di rumah. Kat sekolah macam mana pulak? Kantin sekolah..luar kawasan sekolah?




Akak memang tersangat jarang nak belikan untuk Along Angah. Saja-saja nak beli memang tak la. Kalau boleh memang tak nak ikut kemahuan mereka nak membeli. As a parent, kita memang wajib kawal selera mereka terhadap makan kurang sihat macam ni.

1. Keluarga contoh terbaik
Nakkan makanan sihat untuk anak-anak, kita kena mulakan dari rumah dan kita sebagai ibu ayah kena amalkan makanan sihat. Nak makan nugget, hotdog boleh..jom kita buat sendiri. Bukan susah pun. Akak pernah kongsikan resepi homemade nugget sebelum ni.

Kita tak nak anak makan jajan?. Jangan la dibeli dan kita sendiri STOP dari membeli semua tu.

2. Buah-buahan/Sayuran
Jadikan menu wajib dirumah..jadinya bila selalu ada dan biasa..insyaAllah mereka pun akan suka. Pasti gubahan yang menarik yang boleh buatkan mereka teruja nak makan.




Hari-hari nak ngadap bento yer. Untuk anak-anak apa salahnya. Jadi lah ibu yang kreatif.

3. Reading Bòok
Boleh juga dibeli buku-buku yang berkaitan. Dari situ mungkin mereka akan lebih berminat. Buku mewarna contohnya. Anak-anak kan suka main color. Mungkin kita juga boleh libatkan diri dengan aktiviti mereka kan.



4. Aktiviti Sekolah
Kantin sekolah memang banyak jual jajan kan. Kita mungkin boleh mengambil peluang menghadiri sesi perjumpaan dengan guru sekolah seperti mesyuarat PIBG sekolah dan menyarankan dengan tegas bahawa makanan jajan tidak seharusnya dijual di kantin sekolah. 

5. Hadiah/Token
Berikan 'physical token' kepada anak-anak anda apabila mereka mula makan sayur, buah dan makanan berkhasiat yang bukan kegemaran mereka. Kadang-kadang benda macam perlu untuk kita encourage mereka berbuat sesuatu yang baik kan. Pasti mereka akan teruja memiliki token tersebut. Gunakan token tersebut untuk hadiahkan mereka perkara yang disukai mereka seperti permainan.

6. Ellakkan membeli Jajan dan Makan tidak perlu untuk program sekolah /birthday party anak-anak.

Macam mana? Ok tak perkongsian hari ini? Akak pun sedang amalkan untuk anak-anak. Masih juga educate abah mereka untuk tidak lagi membeli makanan yang tidak sihat. Semoga kesihatan anak-anak kita terjaga dan mereka mendapat nutrisi yang lengkap untuk perkembangan minda mereka.

Monday, August 22, 2016

TIPS MEMPERKENALKAN MAKANAN PERTAMA BAYI

Bila ada newborn baby ni seronok dan teruja sangat nak tunggu diaorg masuk 6bulan. Nak masak bagi baby comel ni makan la..hihi  

Anak pertama dan kedua dulu pun sama. Macam2 ibu explore. Macam2 ibu masak..😃 
Mari kita lihat tips/panduan untuk2 ibu2 menyediakan makanan bayi. 

Persediaan Makanan Pejal Bayi 6 Bulan 

1.  Jangan mendesak anak makan terlalu banyak. Berikan bayi masa untuk belajar makan makanan pejal. 

2. MINGGU PERTAMA Makanan pejal bayi yang disyorkan pada minggu pertama adalah puri buah-buahan @ fruits puree. 


Jenis buah-buahan yang boleh diberikan pada masa ini ialah epal, pisang, betik, pear dan aprikot. Lecek buah tersebut dengan sudu dan campurkan dengan susu ibu. Nak guna blender khas untuk buat puri pun boleh. 

Tips Penyediaan Puri Buah Untuk Bayi 
✅ pastikan tekstur puri buah adalah sedikit cair @ runny. Untuk uji kecairan puri ambik sudu dan cedok puri. Puri yang jatuh mengalir menunjukkan ia mempunyai kecairan yang betul. 

✅ elakkan buah-buahan citrus yang masam seperti buah oren dan lemon 
🌹 puri epal – guna epal merah yang manis dan boleh campurkan dengan sedikit susu selepas dikisar 
🌹 puri pisang – guna pisang yang masak ranum (lebih senang di lecek) dan campurkan dgn susu ibu 
🌹 puri betik – betik adalah semulajadi manis hanya perlu dilecek tak perlu campur susu 
🌹 boleh campurkan buah seperti pisang + pear, epal + pear dan sebagainya untuk beri kelainan rasa makanan Pejal Bayi 

3.  Semasa umur bayi 6-7 bulan TIDAK boleh beri: Kekacang, keju, daging merah & makanan laut kerana risiko alergi terlalu awal Garam, gula dan perasa kerana buah pinggang bayi masih belum matang untuk memproses garam @ natrium 

4.  MINGGU KEDUA 
Pada minggu kedua korang boleh cuba bagi sayur-sayuran pula. Jenis sayur-sayuran yang boleh diberi kepada bayi pada masa ini ialah sayur seperti labu, kentang dan lobak. 

Tips Penyediaan Puri Sayur Untuk Bayi

🍥 Pastikan pilih sayur yang tidak pahit dan tidak menyebabkan perut berangin. 
🍥 elakkan peria &  petola (pahit) manakala kobis & timun (berangin). 
🌹puree kentang – rebus kentang dan lecek kentang menggunakan chopper dan campur susu ibu (jangan guna blender sebab kentang sifatnya berkanji dan boleh menjadi melekit jika di kisar) 
🌹puree labu – stim atau rebus labu sehingga empuk dan lecekkan labu sehingga lumat & campur susu ibu 
🌹puree lobak – beri pada kadar sedikit sebab lobak boleh menyebabkan poop @ najis baby menjadi keras. 

Makanan Pejal Bayi
5.  Pastikan bayi mencuba setiap resepi yang korang buat. So boleh lah tahu samada bayi suka atau tidak makanan itu. Jika baby tak nak makan jangan paksa2 pulak. Cuba try test resepi lain pula. 

6.  Bubur nasi boleh mula diberi semasa bayi sudah boleh menerima makanan. Pastikan bubur nasi cair bagi mengelakkan bayi sembelit. Bubur nasi bersama susu dan sayur serta ikan bilis atau ayam boleh diberi apabila umur bayi sudah 7-10 bulan,

7.  4 Day Rule boleh digunakan untuk memastikan bayi tiada reaksi alergi terhadap jenis2 makanan yang diberi. Rule ini sangat berguna semasa mula memperkenalkan makanan pejal kepada bayi berumur 6 bulan. 4 Day Rule bermaksud memberi anak makanan pejal yang sama selama 4 hari beturut2. Contoh: Jika bagi puri epal, teruskan bagi puri epal selama 4 hari untuk melihat samada bayi ada masalah pencernaan atau reaksi alahan. 

Reaksi alahan kepada makanan biasa akan muncul paling cepat dalam masa 1/2 jam atau paling lambat dalam masa 2-3 hari selepas makanan pejal diberi pada bayi. Selama 4 hari ini perhatikan juga najis bayi samada keras (sembelit) atau berlaku cirit birit. Perhatikan juga samada bayi sakit perut akibat gas/colic selepas makan. Jika berlaku korang mesti stop dulu bagi makanan pejal bayi tersebut dan tunggu hingga bayi besar sedikit sebelum mencuba lagi. 

Tips Tambahan Makanan Pejal Bayi

Makanan yang mesti dielakkan ketika mula memperkenalkan makanan pejal pertama kepada bayi berumur 6-7 bulan. 
✅ telur (terutamanya telur putih) – mengandungi bakteria salmonella 
✅ Susu lembu/dairy products – risiko alahan Makanan laut – risiko alahan 
✅ Kekacang – risiko alahan 
✅ Buah2an citrus (oren, lemon, grapefruit, limau) – masam berasid 
✅ Yeast, cheese (keju) – risiko alahan 
✅ madu mentah asli – mengandungi spora botulism (clostridium botulinum) yang akan membiak dalam sistem bayi sekaligus menghasilkan toksin yang akan meragut nyawa bayi. 

Jadi..ibu2 dah boleh get ready yer..sama jugak mcm akak ni. Tak sabar nak dak qisya 6bln..😃😃

Semoga bermanfaat..

Monday, April 11, 2016

10 SEBAB BAYI ANDA MENANGIS



1. Bayi lapar?

Ini sebab biasa kenapa bayi menangis.  Bayi anda mungkin lapar dan inginkan susu.  Ada beberapa tanda menunjukkan bahawa bayi ingin minum susu seperti menghisap jari dan menggerak-gerakkan mulutnya ke kiri dan ke kanan kerana mencari susu ibunya. Perut bayi bukan seperti perut orang dewasa.  Mereka hanya boleh mengisi susu dalam kuantiti yang sedikit sahaja dalam satu-satu masa.


Ini menyebabkan bayi akan kerap menyusu bagi memenuhi keperluannya. Berikanlah dia susu selagi dia mahu. Jika dia kenyang dia akan berhenti dan mungkin akan tertidur.

2. Lampin penuh!!
Bayi menangis mungkin kerana lampinnya sudah kotor dan dipenuhi najis. Periksa lampinnya dan segera cuci dan tukar lampin baru jika anda mendapati lampinnya sudah penuh. Bayi akan kembali selesa jika lampinnya kering.

3. Saya tidak sihat!
Bayi anda mungkin ingin memberitahu bahawa dia tidak sihat seperti demam, selsema, batuk atau kolik. Cuba periksa suhu badannya. Jika benar dia tidak sihat, bawalah bayi anda berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan rawatan.

4. Saya sangat sejuk/ sangat panas!
Seorang bayi masih tidak mampu menyesuaikan diri dengan cuaca yang terlalu sejuk atau terlalu panas. Mereka akan rasa tidak selesa dan akan menunjukkan reaksi seperti menangis bagi memberitahu orang sekelilingnya. Bedunglah atau selimutlah jika bayi anda terlalu sejuk atau pakaikanlah dia baju yang nipis jika dia terlalu panas.

5. Saya mahu tidur
Bayi bukan pelik atau mengada-ngada. Namun itulah fitrah seorang bayi. Walaupun dia mahu tidur, kadangkala dia akan menangis untuk memberitahu ibu yang dia mahu tidur. Cuba baringkan dia, atau dodoikan lembur bayi anda. ada juga bayi tidur ketika menyusu susu ibunya. Tepuk-tepuk lembut dan alunkan ritma yang harmoni. Jika benar dia mengantuk, pasti dia akan terlena jua.

6. Saya mahu dipeluk!
Jika bayi anda sudah kenyang atau lampinnya kering dan dia masih menangis, cuba peluk dan manjainya. Bawa bayi anda rapat ke badan. Mungkin itu yang dia mahukan!

7. Saya mahu bermain!
Cuba anda bermain dengannya. Permainan ringan tetapi menghiburkan seperti peek-a-boo, pasti menyeronokkan.


8. Saya mahu berehat!
Bayi anda mungkin mahu memberitahu anda bahawa dia mahu berehat dan letakkannya di bawah. Dia mungkin mahu bebaskan kai dan tangannya dari pelukan atau bedungan.

9. Saya mahu selesa!
Jika anda pergi ke tempat baru atau berjalan-jalan terlalu lama, ini juga akan membuatkan bayi rasa tidak selesa dan menangis. Dia akan resah jika persekitarannya berbeza dengan keadaan rumahnya. Cuma hadkan waktu melawat anda ketika ziarah atau berjalan-jalan.

10. Saya tidak tahu apa yang saya mahu!
Ini adalah sebab terakhir, kenapa bayi menangis. Di dalam Islam, kita percaya bahawa ada makhluk lain yang ghaib yang mungkin akan menganggu bayi. Perbanyakkanlah membaca al-Qur’an dan zikir bagi mengelakkan gangguan makhluk halus. Kita percaya bahawa setiap penyakit ada penawarnya dan kita digalakkan berusaha untuk memberikan kesembuhan.

Selamat mencuba dan sentiasalah bersabar menghadapi kerenah bayi anda. Belajar cara mengatasi bayi menangis agar cepat reda dan tenang.

10 TIPS SUPAYA ANAK CEPAT PANDAI MEMBACA

10 tips supaya anak cepat pandai membaca. Sekiranya anda menyedari anak anda lambat membaca berbanding rakan sebaya, jangan diabaikan sahaja mereka. Ini kerana, semakin meningkat usia anak-anak itu, semakin sukar untuk mereka belajar membaca. Oleh itu, pendidikan awal adalah sangat penting bagi mereka. Semoga tips ini bermanfaat pada ibu bapa diluar sana, inshaAllah.



1) Peruntukkan masa tetap setiap hari untuk membaca pada anak

Kajian mendapati bahawa membacakan buku pada anak setiap hari boleh meningkatkan pemahaman anak dan membolehkan anak menangkap kosa kata atau beberapa perkataan yang rumit. Selain itu, dengan membacakan buku pada anak-anak, ia boleh mencetus sifat kreativiti dan minat mereka untuk membaca.

Tidak kira sama ada anak anda masih belum bersekolah atau sudah meningkat remaja, cara ini boleh meningkatkan keinginan anak untuk membaca dengan sendiri.

Kita sering melihat orang barat gemar membacakan buku cerita fantasi atau cerita kanak-kanak pada anak mereka sebelum tidur. Apa kata kita pula mengaplikasikan cara ini pada anak kita pula.

Bezanya, sebelum mereka tidur, kita bacakan ayat al-Quran mudah atau doa tidur, dituruti dengan membacakan kisah Nabi dan Rasul pada mereka. Disamping boleh menggalakkan mereka pandai membaca, kita juga boleh mengajar mereka kisah teladan dan sejarah Nabi.

Selain itu, tahukah anda, antara perkara yang boleh meninggalkan kesan dalam ingatan anak-anak adalah membacakan mereka buku! Rujuk artikel ini untuk bacaan lanjut: 10 Perkara Yang Meninggalkan Kesan Dalam Ingatan Anak.

2) Besarkan anak dalam persekitaran yang penuh dengan bahan bacaan

Kanak-kanak yang dibesarkan di rumah yang mempunyai sumber bahan bacaan yang banyak didapati lebih cemerlang dalam pelajaran. Galakkan anak anda membaca dengan melengkapkan rumah anda dengan pelbagai jenis bahan bacaan seperti majalah, komik dan buku.

Lebih elok sekiranya wujudkan perpustakaan kecil di rumah, atau letakkan bahan bacaan di sekeliling anak anda seperti dalam bilik tidur, ruang tamu ataupun dalam kereta!


3) Adakan waktu membaca keluarga

Wujudkan waktu membaca keluarga yang tetap. Sebagai contoh, setiap Jumaat malam, anda sekeluarga menetapkan satu jam dimana semua orang membaca bersama-sama dalam keadaan senyap.

Dengan melihat anda membaca, anak anda juga akan terdorong untuk membaca. Hanya 15 minit setiap hari pun memadai bagi meningkatkan tahap kelajuan pembacaan anak anda.

4) Galakkan pelbagai aktiviti membaca yang menarik

Jadikan membaca itu sebahagian daripada hidup anak anda. Galakkan mereka membaca menu makanan di restoran, papan tanda atau iklan di tepi jalan, tajuk rancangan kegemaran mereka atau apa sahaja informasi yang praktikal.

Anda juga boleh memberikan apa sahaja bentuk bacaan diwaktu lapang mereka sementara mereka menunggu temujanji doktor gigi atau dalam perjalanan menaiki keretapi.

Pelbagaikan bahan atau sumber yang boleh membantu mereka cepat belajar seperti flashcard, permainan atau ipad apps yang sesuai. Dengan cara ini, anak anda akan lebih teruja untuk belajar membaca sekaligus menarik minat mereka.

5) Menanam kebiasaan untuk ke perpustakaan

Terimbau kenangan saya semasa zaman kanak-kanak dahulu. Dahulu, kami tidak mempunyai kereta, jadi, jika mahu kemana-mana kami akan menaiki bas. Teringat kesusahan ibu saya membawa kami tiga beradik yang masih kecil ke perpustakaan seminggu sekali.

Tidak kira apa jua keadaan, perpustakaan menjadi tempat wajib kami kunjungi setiap minggu. Sewaktu cuti sekolah, ibu memilih untuk menghantar kami ke perpustakaan setiap hari. Di penghujung hari, selepas pulang dari pejabat barulah ibu menjemput kami. Meletihkan dan kami juga tidak dapat pergi bermain. Tetapi dengan cara tersebut, kami lebih berminat untuk membaca berbanding aktiviti lain.

6) Pantau setiap perkembangan anak anda

Ketahui secara terperinci setiap perkembangan anak anda. Dapatkan maklumat dari guru di sekolah berkenaan sejauh mana perkembangan yang anak anda tonjolkan di sekolah. Kenalpasti kemahiran membaca yang sepatutnya mengikut peringkat umur.

Kebanyakan ibu bapa gemar meletakkan sepenuhnya tanggungjawab mengajar anak mereka di bahu guru di sekolah tanpa mengambil tahu perkembangan anak mereka sendiri.

Hakikatnya, itu adalah perbuatan yang salah! Sesi pembelajaran dan pengajaran tidak sepatutnya berlaku hanya disekolah. Ia sepatutnya bermula dari rumah. Ibu bapalah pendidik terawal dan utama bagi anak mereka.

Pembelajaran di sekolah hanya untuk perkara yang tidak mampu diajar oleh ibu bapa di rumah. Apalah gunanya anda belajar tinggi sehingga ke peringkat Ijazah dan Doktor Falsafah jika anak anda sendiri diajar oleh pembantu rumah Indonesia yang tidak pernah bersekolah.

Kenalpasti masalah yang dihadapi oleh anak anda semasa proses membaca. Mungkin, anak anda tidak boleh menyebut suatu huruf dengan betul. Mungkin, dia sendiri tidak faham apa yang dia baca.

Dan mungkin juga anak anda keliru dengan huruf-huruf yang ada. Kenalpasti masalah ini dan dapatkan kerjasama dari guru di sekolah sekiranya anda tidak tahu cara terbaik untuk menanganinya.

7) Jujur pada diri dan letakkan sasaran yang realistik

“Saya mahu anak saya pandai membaca dalam masa satu bulan!”. Sekadar berimpian tidak boleh menyebabkan anak anda membaca dengan cepat. Jujur pada diri, dan letakkan matlamat yang realistik. Hanya anda mengetahui sejauh mana potensi dan tahap perkembangan anak anda.

Anda boleh meletakkan matlamat seperti ‘berusaha melatih anak membaca 15 minit setiap hari’ atau ‘menggalakkan anak membaca tiga buah buku sebulan’. Apa sahaja matlamat mengikut kemampuan anak anda.

Terlalu mendesak anak mencapai matlamat yang anda tetapkan sendiri bukan sahaja menyebabkan anak tertekan, malah boleh meragut minat mereka untuk membaca. Jadikan membaca ini suatu perkara yang menyeronokkan, bukan merunsingkan.


8) Memberi galakkan dan motivasi, bukan merendahkan

“Anak saya membaca terlalu perlahan”. Antara keluhan yang sering diluahkan oleh ramai para ibu. Tidak mengapa untuk anak anda membaca lambat. Setiap anak-anak mempunyai keupayaan belajar yang berbeza. Ada yang cepat dan ada yang lambat.

Jangan sesekali membanding-banding anak anda dengan anak orang lain – lebih-lebih lagi dihadapannya. Dikuhatiri, semangat dan minatnyanya untuk belajar hilang sedikit demi sedikit.

Jangan terlalu bimbangkan selaju manakah anak anda membaca. Sebaliknya, tumpukan lebih perhatian pada bagaimana anak anda menyebut sesuatu perkataan dengan tepat dan betul.

Jangan terlalu memberi tekanan pada anak anda supaya laju membaca. Lebih baik sekiranya anda boleh membantunya mengingati apa yang dia baca sebentar tadi. Sebagai contoh, anda boleh menulis beberapa perkataan atau melukis sesuatu yang menggambarkan apa yang berlaku. Dengan cara ini, minat anak anda untuk membaca boleh bercambah hari demi hari.

Reaksi dan respon dari anda mempunyai pengaruh yang besar dalam menggalakkan anak anda membaca. Pastikan anda memuji dengan ikhlas setiap usaha mereka. Sekali sekala, hadiahkan barang impian mereka untuk mengiktiraf segala usaha mereka dan membuatkan mereka rasa dihargai. Ingat, usaha yang kecil tetapi diamalkan setiap hari boleh menyumbang pada kejayaan yang besar dikemudian hari.


9) Berkongsi kesusahan dan cabaran anda dengan anak-anak

Anak anda tidak mahu membaca? Fahami perasaan mereka. Kebiasannya apabila sesuatu perkara tersebut dianggap terlalu sukar untuk dilakukan, ditambah lagi dengan tekanan pelbagai pihak termasuk guru di sekolah dan ibu di rumah, anak anda seringkali memilih untuk tidak melakukannya lansung!

Kongsikan pada anak anda apa jua perkara yang anda tidak pandai atau menghadapi masalah untuk melakukannya. Akui padanya, sebagai manusia biasa, tidak mengapa untuk tidak pandai – asalkan berusaha dan mencuba.

10) Raikan setiap kejayaan dan usaha

Paling penting, raikan setiap kejayaan dan usaha anak anda – setiap satu kejayaan! Jangan hanya bergantung pada kad kemajuan sekolah anak anda untuk meraikannya..

Wednesday, April 6, 2016

CHECKLIST BARANGAN KEPERLUAN BERSALIN

Seronok bila bercerita tentang pengalaman mengandung & saat tibanya untuk kelahiran bayi. Saya?..baru je 2 org dan itu adalah pengalaman paling beharga dalam hidup saya dan sekarang nak masuk 3...menghitung hari je ni..




Bagi ibu bapa yang pertama kali berhadapan detik kelahiran bayi sulung mereka, pasti dalam proses menyediakan kelengkapan bayi dan juga persiapan barang/beg untuk dibawa ke hospital. Setiap ibu yang bakal bersalin perlu sediakan sebuah beg sebagai langkah berjaga-jaga. SEBAB kita tak tahu bila masanya kita akan bersalin dan beg dengan semua kelengkapan bayi & kelengkapan ibu WAJIB disediakan seawal 7Bulan. 

Jom kita tengok apakah barang yang perlu disediakan:

Keperluan Ibu:
  • Nursing Bra
  • Breast Pad
  • Tuala Wanita
  • Keperluan Peribadi (berus gigi, ubat gigi, tuala, sikat dsbnya)
  • Stokin
  • Panties
  • Tudung Express
  • Kain Batik
  • Pakaian
  • Bengkung
  • Minyak Urut
  • Baju Sejuk
  • Selipar
  • Makanan & Minuman ringan
  • Surah-surah Al-Quran
  • Plastik
  • Pam Susu
  • Vitamin Berpantang
  • Handphone & Pengecas
  • WAJIB - Buku Merah
Sebaik-baiknya asingkan keperluan ibu & bayi. Letak di dalam beg berasingan

 Barang Keperluan Bayi

barang keperluan bayi
Credit : pic Google
  • Beg bayi
  • Pampers/Lampin/Cloth Diapers – Kalau beg muat, letaklah dalam sedozen..hehe..kalau saya just letak dalam 6-7 keping je sebab lepas bersalin baru minta tolong suami topup.
  • Baju – 3 or 4 pasang
  • Minyak telon/bayi untuk elakkan kembung perut
  • Tuala Mandi – 1 helai
  • Tuala kecil
  • Booties & Mittens – 3 or 4 pasang
  • Peralatan Mandian
  • Baby Wipes/Wet tissue
  • Selimut/Bedung
  • Barut
  • Topi
  • Plastik untuk letak baju kotor/wet tissue yang dah digunakan.

Bila Perlu Sediakan Barang Keperluan Bersalin ni?

Pada pendapat saya, seeloknya usia kandungan dah masuk 7 bulan tu..beg hospital ni dah ready. Sebabnya kita tak tahu bila baby akan keluar sama ada cukup bulan atau pun tak. Just be prepared je lah. Saya dah nak masuk 8 bulan ni..so far semua dah ready dlm kereta. Baju baby..byk recycle abang2nya punya..masih cun lagi semuanya..adalah beli dalam 2-3 psg.

Jika anda ibu yang akan melahirkan cahaya mata tak lama lagi..saya doakan semuanya dipermudahkan dan berjalan dengan lancar. Proses kelahiran ni adalah satu proses yang semulajadi..tak perlu takut sangat-sangat. Tenangkan fikiran dan ikut je flow :) Insya Allah..moga selamat semuanya :)

7 TIPS MENDIDIK ANAK BIJAK DARI DALAM KANDUNGAN


7 Tips Mendidik Anak Menjadi Bijak Dari Dalam Kandungan.  Kehamilan merupakan tempoh penting untuk membolehkan si cilik meniti perkembangan positif.

Jom kita tengok:



1. Penuhi Kepeluan Nutrisi yang Sihat

Makanan berkhasiat dan seimbang sangat penting dalam pembinaan otak bayi.

Jadi, pastikan pemakanan seharian mengandungi karbohidrat, vitamin, mineral dan paling penting kaya dengan protein. Sama juga halnya dengan pengambilan minyak ikan Omega . Ia adalah makanan yang baik untuk perkembangan otak bayi. Malah, kandungan EPA dan DHA yang ada di dalam minyak ikan amat diperlukan untuk perkembangan bayi yang sihat.

2. Perbanyakkan Amalan

Islam amat menggalakkan anda mengamalkan beberapa aspek penting supaya anak yang dilahirkan berakhlak mulia. Antaranya, banyak mengingati Allah SWT dengan memohon ampun dan taubat; melakukan kebajikan dan meninggalkan segala larangan-Nnya.

Anda dan suami dituntut memperbanyakkan solat sunat dan puasa sunat terutamanya pada Iisnin dan Kkhamis. Sama juga halnya dengan membaca al-Quran. Antara yang elok dibaca ketika hamil ialah surah al-Fatihah, Yasin, at-Taubah, Yusuf, Luqman, an-Nahl (ayat 78), al-Aa’raf (ayat 189) dan banyak lagi. Dengan membaca surah dan ayat ini, ia dapat memudahkan proses bersalin, mendapat anak yang sihat, sempurna, bijak dan soleh.

3. Amalan Bacaan Al-Quran

Doa adalah senjata umat Islam. Oleh itu, anda digalakkan untuk kerap membaca surah al-Fatihah, al-Inshirah dan ayat Kursi. Suami juga perlu mengambil tanggungjawab membaca surah berkenaan dan dihembuskan ke perut anda.

Surah Fatihah adalah ibu al-Quran, al-untuk melapangkan hati dan fikiran manakala ayat Kursi bertujuan menghalau gangguan syaitan. Apabila hati anda terang dan lapang, anak mudah menerima pelajaran. Malah, setelah anak lahir, anda masih boleh meneruskan bacaan berkenaan ketika menyusukannya. Amalan ini diyakini dapat menghasilkan anak yang bijak dan tinggi akhlaknya.

4.  Berbual dengan Bayi

Berbicaralah sambil mengusap lembut perut. Lahirkan perasaan rindu menanti kelahirannya dengan penuh ikhlas. Kajian mendapati bayi yang mendapat perhatian sejak dalam kandungan jelas kelihatan lebih baik dan tidak banyak meragam berbanding golongan yang tidak mendapat perhatian daripada ibu bapanya.

Ada pendapat menyatakan bahawa rangsangan sebegini amat efektif apabila kandungan menginjak usia enam bulan ke atas. ini disebabkan pada usia tersebut jaringan struktur otak bayi mula berfungsi dengan baik.

5. Bijak Mengawal Emosi

Pastikan emosi anda sentiasa tenang agar anak yang bakal dilahirkan selalu riang dan tidak mudah meragam. Keadaan emosi yang tenang akan membantu perkembangan otak yang sihat dan pertumbuhan janin yang seimbang. Jadi, anda harus lebih banyak bersabar dan bersikap positif.

Percayalah, tingkah laku yang baik akan mempengaruhi sikap anak anda di masa hadapan. Malah, perasaan riang merupakan rangsangan kepada pembinaan otak yang pada masa yang sama dapat memastikan bayi yang sihat, pintar dan cerdas.

6. Muzik Klasik

Perdengarkan janin dengan muzik klasik kerana ia diyakini dapat merangsang kecerdasan bayi sejak dalam kandungan. Oleh kerana muzik klasik memiliki pelbagai nada yang harmoni, ia mampu memberi rangsangan berupa gelombang alfa. Gelombang ini berupaya menimbulkan ketenangan dan ketenteraman sehingga anak dapat memberi tumpuan yang lebih terhadap sesuatu perkara.

7. Penerimaan dengan hati yang terbuka
Si ibu perlu bersyukur ke hadrat Ilahi kerana bakal dikurniakan seorang anak. Hati mesti ikhlas menerima rezeki dari Allah. Kadang-kadang, ada ibu yang kurang bersedia untuk menimang cahaya mata. Ada juga yang menolak cahayamata akibat faktor ekonomi. Jika berfikiran sedemikian, cepat-cepat kita buang jauh-jauh. Penerimaan ini penting kerana ia membabitkan emosi dan hubungan antara ibu dan bayi. Secara tidak langsung, emosi negatif ini akan sampai pada bayi. Kekalkan elemen positif sepanjang hamil.
Jom sama2 kita amalkan...InshaAllah..

KAWASAKI DESEASE MENYERANG KANAK-KANAK

  Pengalaman Ibu dengan Penyakit Kawasaki – Qaisara Nama penyakit nampak lawak, tapi hakikatnya Kawasaki Disease ni sangat bahaya. Ia radang...