Sunday, November 12, 2017

HARI KEUSAHAWANAN SEK KEB SERI PINANG

Assalamualaikum...

Hari ni lewat sikit la Kak Fiza bersiaran. Pagi2 lagi sibuk dengan anak-anak. Hari sekolah ni memang super duper bizi la kan.

Ohh ya...hari ni ada hari keusahawan sekolah Along Hadif ni. Rasanya sambutan serentak satu Malaysia kan. Tengok ada la jugak rakan FB dok upload gambar mereka.

Jom kita tengok meriahnya anak-anak ni menyambutnya. Hepi je tengok diaorg.




Aktivito yang ada antaranya Memanah, rumah hantu, overboard, istana belon, waterboat dan macam-macam lagi. Makanan jangan cakap la..memang meriah. Kak Fiza elok sampai sekolah Along dah minta belikan kupon baru. Kupon rm10 yang dah beli dah habis...huhu

Ada juga pemeriksaan kesihatan percuma. Nak beratur check mata pun alamak hai...ramainya yang Q. Tak jadilah...hehe

Memang meriah lah tengok. Habiskan kupon terus balik. Kat sana lama2 nanti silap haribulan berpuluh2 habis...😃😃

Kak Fiza
SungaiPetani

No comments:

GIFT UNTUK CLIENT TERSAYANG PRUBSN

  Nahhh..dah lama sampai baru ingat nak upload kat blog. Lama blog bersawang🤭 Khas buat client & bakal client Kak Fiza. Tunggu...♥️