Bila ada newborn baby ni seronok dan teruja sangat nak tunggu diaorg masuk 6bulan. Nak masak bagi baby comel ni makan la..hihi
Anak pertama dan kedua dulu pun sama. Macam2 ibu explore. Macam2 ibu masak..๐
Mari kita lihat tips/panduan untuk2 ibu2 menyediakan makanan bayi.
Persediaan Makanan Pejal Bayi 6 Bulan
1. Jangan mendesak anak makan terlalu banyak. Berikan bayi masa untuk belajar makan makanan pejal.
2. MINGGU PERTAMA
Makanan pejal bayi yang disyorkan pada minggu pertama adalah puri buah-buahan @ fruits puree.
Jenis buah-buahan yang boleh diberikan pada masa ini ialah epal, pisang, betik, pear dan aprikot. Lecek buah tersebut dengan sudu dan campurkan dengan susu ibu. Nak guna blender khas untuk buat puri pun boleh.
Tips Penyediaan Puri Buah Untuk Bayi
✅ pastikan tekstur puri buah adalah sedikit cair @ runny. Untuk uji kecairan puri ambik sudu dan cedok puri. Puri yang jatuh mengalir menunjukkan ia mempunyai kecairan yang betul.
✅ elakkan buah-buahan citrus yang masam seperti buah oren dan lemon
๐น puri epal – guna epal merah yang manis dan boleh campurkan dengan sedikit susu selepas dikisar
๐น puri pisang – guna pisang yang masak ranum (lebih senang di lecek) dan campurkan dgn susu ibu
๐น puri betik – betik adalah semulajadi manis hanya perlu dilecek tak perlu campur susu
๐น boleh campurkan buah seperti pisang + pear, epal + pear dan sebagainya untuk beri kelainan rasa makanan Pejal Bayi
3. Semasa umur bayi 6-7 bulan TIDAK boleh beri:
Kekacang, keju, daging merah & makanan laut kerana risiko alergi terlalu awal
Garam, gula dan perasa kerana buah pinggang bayi masih belum matang untuk memproses garam @ natrium
4. MINGGU KEDUA
Pada minggu kedua korang boleh cuba bagi sayur-sayuran pula.
Jenis sayur-sayuran yang boleh diberi kepada bayi pada masa ini ialah sayur seperti labu, kentang dan lobak.
Tips Penyediaan Puri Sayur Untuk Bayi
๐ฅ Pastikan pilih sayur yang tidak pahit dan tidak menyebabkan perut berangin.
๐ฅ elakkan peria & petola (pahit) manakala kobis & timun (berangin).
๐นpuree kentang – rebus kentang dan lecek kentang menggunakan chopper dan campur susu ibu (jangan guna blender sebab kentang sifatnya berkanji dan boleh menjadi melekit jika di kisar)
๐นpuree labu – stim atau rebus labu sehingga empuk dan lecekkan labu sehingga lumat & campur susu ibu
๐นpuree lobak – beri pada kadar sedikit sebab lobak boleh menyebabkan poop @ najis baby menjadi keras.
Makanan Pejal Bayi
5. Pastikan bayi mencuba setiap resepi yang korang buat. So boleh lah tahu samada bayi suka atau tidak makanan itu. Jika baby tak nak makan jangan paksa2 pulak. Cuba try test resepi lain pula.
6. Bubur nasi boleh mula diberi semasa bayi sudah boleh menerima makanan. Pastikan bubur nasi cair bagi mengelakkan bayi sembelit.
Bubur nasi bersama susu dan sayur serta ikan bilis atau ayam boleh diberi apabila umur bayi sudah 7-10 bulan,
7. 4 Day Rule boleh digunakan untuk memastikan bayi tiada reaksi alergi terhadap jenis2 makanan yang diberi. Rule ini sangat berguna semasa mula memperkenalkan makanan pejal kepada bayi berumur 6 bulan.
4 Day Rule bermaksud memberi anak makanan pejal yang sama selama 4 hari beturut2. Contoh: Jika bagi puri epal, teruskan bagi puri epal selama 4 hari untuk melihat samada bayi ada masalah pencernaan atau reaksi alahan.
Reaksi alahan kepada makanan biasa akan muncul paling cepat dalam masa 1/2 jam atau paling lambat dalam masa 2-3 hari selepas makanan pejal diberi pada bayi.
Selama 4 hari ini perhatikan juga najis bayi samada keras (sembelit) atau berlaku cirit birit. Perhatikan juga samada bayi sakit perut akibat gas/colic selepas makan. Jika berlaku korang mesti stop dulu bagi makanan pejal bayi tersebut dan tunggu hingga bayi besar sedikit sebelum mencuba lagi.
Tips Tambahan Makanan Pejal Bayi
Makanan yang mesti dielakkan ketika mula memperkenalkan makanan pejal pertama kepada bayi berumur 6-7 bulan.
✅ telur (terutamanya telur putih) – mengandungi bakteria salmonella
✅ Susu lembu/dairy products – risiko alahan
Makanan laut – risiko alahan
✅ Kekacang – risiko alahan
✅ Buah2an citrus (oren, lemon, grapefruit, limau) – masam berasid
✅ Yeast, cheese (keju) – risiko alahan
✅ madu mentah asli – mengandungi spora botulism (clostridium botulinum) yang akan membiak dalam sistem bayi sekaligus menghasilkan toksin yang akan meragut nyawa bayi.
Jadi..ibu2 dah boleh get ready yer..sama jugak mcm akak ni. Tak sabar nak dak qisya 6bln..๐๐
Semoga bermanfaat..
Disclaimer:"Saya adalah seorang agent di bawah agensi yang mewakili Prudential BSN Takaful. Segala maklumat yang disampaikan dalam blog ini hanyalah penerangan ringkas berdasarkan pengalaman dan pendapat peribadi saya dan bukannya sebahagian daripada polisi. Saya dan syarikat PruBSN tidak akan bertanggungjawab sekiranya terdapat salah faham dalam apa yang disampaikan. Sila layari web rasmi di www.prubsn.com.my untuk penerangan lanjut"
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
SEDIAKAN HIBAH TAKAFUL ATAU TUNAI SEGERA SEHINGGA RM500,000 KEPADA YANG TERSAYANG
HANYA RM100 SEBULAN UNTUK PAMPASAN MINIMA RM350,000 DAN BERGANDA UNTUK KELUARGA ANDA.. Risiko ada dimana-mana. Tidak kira tua ataupun muda. ...
-
Fiza ada pengalaman sendiri lakukan prosedur HSG sekitar awal tahun 2008. Masa tu memang sanggup berhabis duit jumpa pakar O&G ut...
-
Assalamualaikum... Hari ni KakFiza nak share acar rebung mak yang memang sedap. Tiap kali kenduri memang akan ada tempahan tau. Sedap sang...
-
Assalamualaikum...lamanya kak fiza Tak bersiaran kan..๐คญ๐คญ Sejak2 dah kurang aktif bershaklee ni..dah jarang nak up blog, fb bagai..tapi ses...
No comments:
Post a Comment