Assalamualaikum semua..
Macam dah beberapa hari tak ber entry baru. Hari ni pun dah masuk April. Wah..bulan penuh makna ni. Jeng jeng jeng!
Permulaan April yang best sangat. Kak fiza nak berkongsi kisah Kuliah Dhuha pagi tadi. Bertempat dekat Sekolah Pasti Abang Ngah Haziq. Dah lama tak hadirkan diri di majlis ilmu macam ni. Allahuakhbar..terasa kerdilnya diri ini disisiNya..
Lebih kurang sejam saja. Perkongsian nengenai Wanita sebagai Isteri. Begitu mudahnya kita sebagai isteri untuk masuk Syurga yang indah. Dan begitu mudah juga kita isteri ni menjadi penghuni Neraka dengan menarik sekali tangan suami. Nauzubillahiminzalik..
Beza sungguh peranan isteri zaman Nabi dan sekarang. Redha suami itu penting. Apa juga yang sedang kita usahakan perlukan keredhaan suami dan suami pun perlu lah bersikap toleransi. Masing-masing nakkan yang terbaik dalam rumahtangga kan.
Mulai hari ini..saat ini..belajarlah berkata tidak pada suami. Tapi kalau perkara yang dilaknat Allah SWT tu dibolehkan. Tak perlu ikut..dan kalau perkara untuk kebaikan WAJIB untuk kita ikut. Sekiranya ada yang tak puas hati, boleh la duduk semeja. Bincang apa yang patut. Tak guna nak berbalah kan.
Alhamdulillah..walaupun sekejap sahaja tapi pengisian yang sangat bermakna. Banyaknya khilaf selama ini. Sayu pulak hati ni...
Tak sabar tunggu cinta hati balik kerja ni...😘😘
Disclaimer:"Saya adalah seorang agent di bawah agensi yang mewakili Prudential BSN Takaful. Segala maklumat yang disampaikan dalam blog ini hanyalah penerangan ringkas berdasarkan pengalaman dan pendapat peribadi saya dan bukannya sebahagian daripada polisi. Saya dan syarikat PruBSN tidak akan bertanggungjawab sekiranya terdapat salah faham dalam apa yang disampaikan. Sila layari web rasmi di www.prubsn.com.my untuk penerangan lanjut"
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
GIFT UNTUK CLIENT TERSAYANG PRUBSN
Nahhh..dah lama sampai baru ingat nak upload kat blog. Lama blog bersawang🤠Khas buat client & bakal client Kak Fiza. Tunggu...♥️

-
Fiza ada pengalaman sendiri lakukan prosedur HSG sekitar awal tahun 2008. Masa tu memang sanggup berhabis duit jumpa pakar O&G ut...
-
entry lepas geram lepas 2kali naik turun pejabat pemaju.. Google punya Google, jumpa macam2 blog, website pasal tuntutan pampasan ni..i...
-
Assalamualaikum... Hari ni KakFiza nak share acar rebung mak yang memang sedap. Tiap kali kenduri memang akan ada tempahan tau. Sedap sang...
No comments:
Post a Comment