Assalamualaikum...
Pernah tak mummy alami masalah bayi bawah 2 tahun sembelit?
Sembelit ni biasanya terjadi sebab bayi anda kurang pengambilan makanan berserat.
Sejak Kak Fiza jadi baby sitter kat sorang anak jiran ni, terpaksa la google macam2 cara sebab si debab ni selalu sangat sembelit. Mungkin sebab faktor FM yang dia minum dan kurangnya air dan makanan berserat tadi.
Baby Qisya setakat ni Alhamdulillah tiada masalah membuang ni. Hari2 tanpa miss dia buang...haha
Ni salah satu tips pemakanan yang pernah dicuba. Memang menjadi..
Bahan:
- 50 gram daun bayam, cincang halus
- 500 ml air
- 50 gram avokado dilenyek halus
- 1 sudu besar margerin
Caranya:
1. Rebus bayam sehingga layu.
2. Masukkan margerin, masak sekejap dan angkat.
3. Masukan avocado dan kacau rata, siap dimakan!
Foto: Pa&Ma
Dan disaat nak siapkan entry ni, terjumpa satu lagi tips dengan menggunakan satu sudu TEPUNG SAGU atau TEPUNG KANJI dan dicampurkan ke dalam susu anak. Bancuh dengan air suam atau air masak sahaja tau. Nanti masak plak tepung tu kalau air panas.
Bila nak bancuh susu tu, korang kurangkan la satu sudu susu dan tambah satu sudu tepung ni tadi. Sehari sekali pun dah cukup tapi kalau anak sembelit teruk, berikan 4 kali sehari. Jangan lebih2 sebab nanti cirit plak baby tu sebab tepung tu membuatkan najis berlendir dan memudahkan pembuangan najis.
Insha Allah, masalah sembelit akan selesai.
Mummy ada cara lain? Jom kita share. Mana tau berguna nanti kan...
Kak Fiza
SungaiPetani
No comments:
Post a Comment