Showing posts with label GENERAL INFO. Show all posts
Showing posts with label GENERAL INFO. Show all posts

Monday, December 19, 2016

SUPLEMEN BUKAN PENGGANTI MAKANAN

Saya dah makan buah-buahan, semua jenis sayur saya dah makan. Perlu ambil Vitamin lagi ke?


Ok..meh baca..

Sangat bagus amalkan buah dan sayuran sebab ianya adalah sumber semulajadi yang terbaik dalam membekalkan vitamin dan mineral penting untuk kesihatan tubuh kita. 


Tetapi, tahu tak..buah dan sayuran segar yang kita makan tu mengandungi racun perosak (pesticide). Ini memberi kesan sampingan dalam jangka masa panjang, seperti kanser, tumor dan penyakit kronik lain. 

Apa itu Pesticide?
Pesticide adalah sejenis bahan kimia yang digunakan sebagai agen perosak dengan membunuh atau mengawal perosak atau patogen yang merbahaya kepada tanaman, manusia dan juga struktur bangunan. Penggunaan racun perosak kini menjadi pilihan utama dalam mengawal perosak kerana ianya cepat bertindak, berkesan, mudah digunakan dan kesan racun yang mudah dilihat. 

Sebab tu kita dapat tengok sayur dan buah yang kita beli tu segar-segar je kan. Racun perosak ni banyak diguna oleh petani untuk menjaga kualiti buah dan sayuran dari serangan hama dan serangga bagi mendapatkan keuntungan yang maksimum.   

Penggunaan pesticide bukan sahaja memberi kesan negatif kepada manusia, tetapi mampu merosakkan kitaran ekologi. Antara lain, tercemarnya air tanah serta perubahan pada sistem hormon haiwan ternakan mamalia serta ikan. Jadi, bukan hanya sayuran dan buah, ikan serta haiwan ternakan yang kita consume juga  turut tercemar dengan pesticide

Berdasarkan fakta di atas, adakah anda masih yakin, buah-buahan dan sayur-sayuran yang anda makan adalah bebas toksik sepenuhnya? 

Jadi disini, Suplemen (makanan tambahan) memainkan peranan penting. Badan kita memerlukan dos vitamin yang lebih tinggi dari apa yang kita perolehi daripada makanan. 

Contohnya Vitamin C dan Vitamin E yang diperolehi dari makanan sahaja tidak mencukupi untuk memberi kesan pencegahan dan anti penuaan. 

Zat makanan juga mudah hilang semasa proses pengangkutan, penyimpanan dan penyediaan. Vitamin C contohnya mudah dimusnahkan oleh haba tinggi semasa dimasak.

Bagi wanita hamil, mereka perlu mengambil asid folik (sejenis Vitamin B) dan asid lemak perlu (EFA) bagi membantu proses pembentukan otak dan saraf anak serta mengelakkan risiko kecacatan.

Seperkara yang perlu difahami juga, suplemen bukanlah pengganti makanan tetapi melengkapkan khasiat yang tidak dapat dibekalkan kepada badan. Apatah lagi bahan-bahan makanan yang telah tercemar dengan racun perosak. 

Oleh itu, anda sebagai pengguna mesti pastikan produk suplemen atau makan tambahan yang anda ambil itu adalah bebas dari segala racun. 

Dan..

Semua produk Shaklee adalah 100% dihasilkan dari bahan semulajadi yang bebas dari bahan merbahaya termasuk semua botol-botol yang digunakan untuk menyimpan semua produk Shaklee adalah bebas toksik.

Jadilah pengguna bijak..

Afriza
0124513311






Wednesday, December 14, 2016

INDAHNYA HIDUP INI

Rezeki ni luas..bukan sahaja dalam bentuk duit dan kemewahan kan..anak-anak sihat gembira pun dah kira rezeki. Kalau bagi orang berbisnes ni, mesti lah nak ada sale hari-hari. Barulah rezeki namanya tapi tak semestinya kena ada sale kan. Dipermudahkan urusan seharian pun dah dikira rezeki..



Kisahnya tiba-tiba awal bulan baru ni kereta sangkut kat bengkel dekat seminggu. Ada beberapa customer tiba-tiba nak barang urgent minta cod..terpaksa lepaskan sebab diaorg nak cepat kan..tak dapat nk keluar sebab tak de transport. Tak pe..Yakin ada rezeki lain nanti.

Minggu ni pulak, 2 hari berturut-turut customer yang consume Vivix wsap tanya pasal healing crisis dan sorang customer pasal HB low tanya cara makan tapi diaorang beli dari SID lain. Akak ni tidak la kejam biarkan wsap tu berlalu begitu saja. Jadi, layan je lah. Apa salahnya berkongsi apa yang kita tahu kan..moga ada yang lain datang nanti..😊

Alhamdulillah..tak der rezeki bershaklii tapi ada rezeki lain yang muncul..Syukur Alhamdulillah..Yang penting jangan putus asa dan selalu meminta padaNya. Jaga hubungan kita dengan Allah swt dan sesama kita.

Yakin rezeki itu pasti milik kita. Semoga kita semua dikurniakan rezeki yang luas olehNya...Amin

Monday, December 12, 2016

AKTIVITI HUJUNG MINGGU

Wah cuti lagi yer hari ini..kalau tak gi mana ingat kukus kek sebijik la utk santapan anak-anak. Along dgn Angah hantu kek coklat. Itu je lah yang pandai buat pun. Tapi kalau part deko kek memang la tak reti. Suka tengok kek yang cantik-cantik tu..☺


Cuti sekolah yang panjang mcm ni..biasanya petang-petang cuba mengguli donut. Dah banyak kali try n error. Banyak yang tak menjadi tapi Alhamdulillah 2/3 hari ni menjadi plak. Kita buat sampai jadi la kan. Anak-anak suka..letak topping coklat plak lagi diaorg suka.

Petangnya teman diaorg main kat playground. Biasalah cuti sekolah ni. Banyak masa kat rumah. Layan anak-anak je lah.

Sebelum ni ada jugak berhajat nak tanam sayur. Segala benih kangkung, bayam semua dah beli tapi masih tak menjadi lagi. Tak tahu bila nak startnya..😅😅

Jom2..nak siapkan bekpes anak-anak..belum bangun lagi budak berdua tu. Baby Qisya yang bangun awal teman ibu pagi ni..

Sunday, December 11, 2016

IMPIAN 2017

Alhamdulillah..kita dah sampai penghujung 2016. Mesti apa yang dirancang sepanjang tahun ini telah tertunai kan. Kalau ada yang belum, masih ada masa lagi untuk kita. Saya sendiri masih banyak yang belum tertunai untuk 2016 ni. Terasa begitu banyak dugaan dan halangan sepanjang tahun ini. Bersama shaklee pun masih ada target yang belum tercapai. InsyaAllah 2017 pasti termakbul.


Hari ini, 11 December nak sambung shopping barang-barang sekolah anak. Anak sulung Along dah nak masuk tahun 1. Semakin membesarnya anak-anak, makin menyedari pertambahan usia yang kini dah pun masuk pertengah 30an.
Harapan hanya satu..dapat membesarkan mereka dengan penuh ilmu dunia dan akhirat. 
Impian 2017 nak bawa anak-anak makan angin. Kita pergi holiday yer. Tahun lepas sempat ke Pangkor ramai-ramai dengan ipar duai. Tahun depan pun insyaAllah. Acara wajib untuk family.
Impian bersama shaklee..sedang berusaha sekurang-kurangnya dapat genggam satu anak tangga bersama rakan seperjuagan yang lain. Moga dimakbulkan. Amin.
Semoga impian 2016 rakan yang lain telah tertunai hendaknya. Jom kongsi harapan dan impian 2017. Beberapa hari saja lagi ni.




Wednesday, December 7, 2016

SAMSUNG A7 PILIHAN HATI

Assalamualaikum..
Bersiaran selepas si kechik Qisya tidur ni. Nak kongsi kisah Smartphone idaman ni. Mesti sahabat maya semua pun ada gadget yang berkenan dihati kan??

Secara jujurnya, saya memang tak pandai langsung bab-bab gadget ni. Tak reti pun apa-apa pasal dia punya spec apa semua tu. Yang pastinya, sebab saya ni online seller so memang nak mencari yang boleh buat semua benda dari A to Z macam sekarang. Berblog puna guna phone. Senang kan?

Smartphone pilihan? Ermmm..berkenan sangat dengan iphone tapi tak mampu dik oiii. Jadinya kita pilih Samsung A7 jer. Pertama kali pandang dah jatuh cinta tapi sampai sekarang belum dapat dimiliki. Hanya J5 masih setia disisi.


Kenapa Samsung A7? Tengok review yang ada, semua cakap gambar cantik. Tengok la camera pun 13mp. Harga mampu milik la tapi nak tunggu harga murah lagi la kot..hihi


Key Specifications
  • Display: 5.5 inch Super AMOLED 1920 x 1080 (FHD)
  • Processor: 1.6GHz Octa-Core
  • Memory: 3GB RAM + 16GB Storage (Micro SD Slot up to 128GB)
  • Camera : Rear 13MP, Front 5MP
  • OS : Android 5.1 (Lollipop)
  • Sim Slot: Dua
Apa yang penting ianya nanti lagi bagus dari J5 yang ada ni. Sekarang pun semuanya guna phone ni. Menaip entry ni pun guna J5 tau sejak notebook jem dah tak boleh buka dihempap powerbank. Sedeh kan..huk huk

Harga bukan ukuran pun. Macam yang sekarang boleh je buat semuanya. Jadinya..idaman hati tu kita tolak tepi dulu la. Utamakan yang lebih penting. InsyaAllah ada rezeki lebih harus ku miliki. Harus tau! bukan wajib pun..hehe

Sahabat semua macam mana? Ada idaman hati? Meh la kita sharing..mana tau terbekenan plak nanti bila tengok.

Tuesday, November 29, 2016

MOTIVASI DIRI

Menulis perkara yang baik..fikir yang baik-baik..insyaAllah kita akan cenderung ke arah kebaikan..


Yakin dengan rezeki yang telah ditetapkan olehNya. Tapi bukan bermaksud kita hanya tunggu rezeki tu jatuh dari langit tepat kat batang hidung kita. Itulah namanya USAHA. Kalau duduk saja tanpa usaha memang tiada hasil. Usaha tanpa jemu..insyaAllah pasti berhasil.



Satu sikap yang sebelum ni rasa susah sangat sekarang makin rajin plak nak buat. Membaca! tak kisah lah artikel kat blog ke..majalah lama pun ok..asalkan berkait dengan sihat. Sebab apa tau...nak jadikan bahan untuk blog. Bila customer tanya..dlm 2 saat dah boleh bg jawapan..dah tak perlu nk google lagi..☺..dalam erti kata lain kita bersedia!

Lepas ni kena lagi rajin. Rajin tulis artikel sebab tengah berguru dengan cikgu hebat ni. Semoga sikap positif yang ada dapat dimanfaatkan sebaiknya..

Dan..lagi satu..yakin dengan apa yang kita jual..jangan banding kan produk kita dengan produk lain sebabnya saya memang tak ada kepakaran untuk produk B tu. Saya cuma pakar produk A. So sebarkan kebaikkan produk kita. Jangan sesuka hati kondem produk orang lain semata-mata nak lariskan produk kita..

Jangan ada dengki antara kita yer..sama-sama ada sikap positif untuk terus maju..insyaAllah..

Wednesday, November 23, 2016

RABBIT MIX ANGORA UNTUK DI JUAL

Assalamualaikum..

Ehhh..akak jual Rabbit pulak ke?hihi. Bermula dengan minat en suami je tapi bila dah bertambah tak kan nak membela banyak sangat kan. Tak larat nak bagi makan la..

Pada yang berminat nak berkongsi hobi dengan en suami akak ni boleh la usha. 







Utk dijual...😊
Dob: 23/08/2016
Area: sungai petani
(Mix angora)
Whatsapp 0174055385/0124513311

Thursday, November 17, 2016

TIPS KESELAMATAN MENGHADAPI BANJIR

Sekarang musim hujan kan? Hujung tahun macam ni biasanya banyak tempat dilanda banjir. Adakah kita bersedia? Mungkin kita dan saya sendiri jarang lalui musim banjir yang dasyat2 ni tapi ada antara rakan2 yang berpengalaman.

Bencana alam seperti banjir ni memang berlaku dimana sahaja tanpa kita duga. Di Malaysia saban tahun kita lalui kan. Sememangnya berat dugaan untuk kita semua..😂


Semoga rakan2 yang menghadapinya tabah melalui dugaan ini. Ingin saya kongsikan beberapa tips persediaan banjir. Mana la nak tau kan..tiba2 hujan lebat tanpa disangka2. Kita tak minta semua ni berlaku tetapi kita boleh bersedia kan?.

PERSEDIAAN SEBELUM BANJIR

  • Dapatkan maklumat tentang banjir di tempat anda.
  • Pastikan sistem amaran banjir dan dengar hebahan semasa yang disampaikan melalui radio,televisyen dan agensi-agensi kerajaan yang berkenaan serta Bilik-Bilik Gerakan Banjir Negeri atau Daerah yang berhampiran.
  • Periksa lubang air seperi longkang atau saluran najis. Bersihkan halangan dan pastikan ia tertutup rapat supaya air banjir tidak masuk melaluinya.
  • Pastikan di mana Pusat Pemindahan dan Pusat Bantuan Bencana di tempat anda.
  • Sediakan peralatan kecemasan dan bekalan makanan secukupnya.
  • Pastikan seluruh keluarga anda mengetahui cara-cara bertindak semasa kecemasan di rumah.


SEBELUM BANJIR - SEMASA TANDA-TANDA DIKESAN

  • Dengar melalui pengumuman radio, televisyen atau pihak-pihak tertentu.
  • Pindahkan perabut atau peralatan-peralatan lain ke tempat yang selamat.
  • Letakkan dokumen penting di tempat yang selamat atau bawa bersama anda dalam bekas kalis air.
  • Bersedia untuk menutup suis elektrik, injap utama bekalan air dan gas.
  • eritahu jiran anda dan bersedia untuk berpindah.

SEMASA BANJIR - SEMASA PEMINDAHAN
  • Apabila menerima arahan, segeralah berpindah ke pusat-pusat pemindahan yang disediakan. 
  • Berpindah awal sebelum banjir meningkat atau pada waktu siang kerana ianya lebih mudah dan selamat.
  • Ikut laluan yang ditentukan, laluan singkat mungkin terhalang.


SEMASA BANJIR - DI DALAM KENDERAAN
  • Jangan terus mengharungi kawasan banjir, hendaklah berpatah balik ke tempat yang selamat.
  • Jika kenderaan anda terhenti, kunci kenderaan serta tinggalkan kenderaan tersebut dan pergilah. ke tempat yang selamat

SEMASA BANJIR - DI DALAM RUMAH
  • Dengar pengumuman melalui radio, televisyen atau pihak tertentu.
  • Bersedia dengan peralatan kecemasan.
  • Jika diarahkan keluar dan berpindah, segera lakukan.

SEMASA BANJIR - DI LUAR RUMAH
  • Pergi ke tempat tinggi dan selamat.
  • Elakkan dari melalui kawasan banjir, arus deras yang boleh menghanyutkan anda.
  • Jangan sengaja bersiar-siar di kawasan banjir sama ada dengan sampan mahupun berjalan kaki.
  • Jangan sentuh mana-mana kabel atau wayar yang jatuh.
  • Awasi kanak-kanak, jangan biarkan mereka bermain-main di longkang, sungai atau lombong.
  • Jangan minum air banjir.

SELEPAS BANJIR
  • Dengar pengumuman melalui radio atau tunggu arahan pihak yabg berkuasa, jangan kembali ke rumah sebelum dibenarkan atau sebelum keadaan benar-benar selamat.
  • Beri bantuan kepada jiran anda atau orang kurang upaya (orang tua, kanak-kanak atau golongan istimewa).
  • Periksa rumah anda, lihat tanda-tanda rekahan atau mendapan kerana ianya mengkin tidak selamat.
  • Jangan terus memasukki rumah yang masih dibanjiri air, berhati-hati banyak bahaya yang tersembunyi.

SELEPAS BANJIR - SEMASA MEMASUKI BANGUNAN
  • Pakai kasut.
  • Periksa kerosakkan dinding, lantai, pintu dan tingkap.
  • Periksa sebarang kehadiran binatang atau serangga berbisa yang merbahaya. Gunakan kayu untuk mengalihkan sebarang halangan yang bertaburan di lantai rumah anda.
  • Perhatikan siling dan plaster dinding yang mungkin rekah, lerai dan jatuh.

SELEPAS BANJIR - PERIKSA ANCAMAN BAHAYA
  • Periksa paip saluran gas yang mungkin pecah atau bocor.
  • Periksa wayar elektrik yang terendam di dalam air.
  • Periksa peralatan elektrik yang tenggelam.
  • Periksa bahan-bahan yang mudah terbakar yang mungkin mengalir masuk semasa banjir (Minyak tanah, petrol, diesel dan sebagainya).
  • Buang bahan-bahan makanan yang terendam yang terkena banjir termasuklah makanan dalam tin.
  • Periksa kerosakan tangki septik untuk mengelakkan bahaya biologi. 
  • Laporkan sebarang kerosakan kemudahan-kemudahan awam kepada pihak yang berkuasa.
Sumber maklumat: Jabatan Pertahanan Awam

Mungkin dengan tips gari JPAM ini dapat memberi sedikit manfaat untuk kita semua berjaga-jaga menghadapi musim terkujuh ni.

Jangan lupa bekalan Vitamin yang patut ada bersama nanti. Saya dah siapkan first aid kits untuk kami sekeluarga. Mana la tau kan..Bencana datang tanpa kita undang.

Penting untuk standby apa yang patut..jadinya saya dah ready NUTRIFERON, VITAMIN C, HERBAL BLEND dan OMEGA GUARD. Penting sangat untuk kita sekeluarga ni dan pastikan ia ditempat yang mudah dicapai dan senang untuk dibawa.

untuk rakan2 juga..jangan lupa standby first aid kit di dirumah tau.

Thursday, October 27, 2016

3 PRODUK SHAKLEE YANG MENJADI KESUKAAN

Ehhh..ko jual shaklee tu saja2 jual ke? Ada makan sekali tak? Ni haa..botol kosong dah pun. Satu beg plastik besar tau. Byk lagi mcm tong ESP, Cinch, mealshakes semua tu. Semua tong tu dah berisi macam2 benda.



Bukan setakat vitamin yang utk makan tu, sekali dengan skincare pun akak rembat. Produk pencuci macam sabun pun akak dah guna tau. dia pun akak dah cuba. Vivix yang mahal tu pun akak dah rasa tau!

Oleh kerana contest blog ni minta 3 je produk kesukaan, so akak list 3 je lah yer. Kalau ikutkan banyak sangat. Tetapi 3 ni lah yang paling konsisten dan tak pernah skip.

Suatainable Vita C plus atau Vitamin C. Femes sangat Vitamin C ni. Siap ada yang repack dan inform ini Vitamin C oeganic lagi. Mahal pulak tu. Korang jangan mudah tertipu tau. Sebotol Vitamin C shaklee ni tahan 4bulan sebab tu akak suka. Jimat sangat!

Vitamin E Complex pun sama dan sememangnya bagus untuk kulit berparut, bekas jerawat. Akak paling suka buat masker malam sebelum tidur. Bangun pagi muka fresh jer. Alhamdulillah liang roma pun makin mengecil..blackhead/whitehead mmg dpt dikurangkan.

Paling best pencuci muka nutriwhite ni. Tak lengkap kalau tak ada kat rumah. Disebabkan akak tidak bekerja dan penggunaan hanya 2 kali sehari, akak jimat hampir 8-10bulan. Tak percaya? Meh la beli.😊

Nak tau rangkain skincare Nutriwhite yang best boleh ke link TIPS KULIT CANTIK

Blackheads still lagi ada terutamanya kat bahagian hidung. Tapi tak rasa menggerutu  sangat dah. Kat hidung mmg susah nk hilang kan...so happy sgt bila dah makin kurang..

Akak perasan, skin jadi makin cerah. Dan kurang kusam. Skin pun jadi lebih moist. Kulit yang dulu berminyak pun dah rasa berkurang sekarang ni...

Jadi pada rakan-rakan yang nak mencuba boleh hubungi akak yer.


Tuesday, October 25, 2016

BLOG CONTEST

Assalualaikum semua..

Alhamdulillah..sebulan lebih dah kami team GMF berjuang dalam contest ni. Kalau tidak kerana BLOG CONTEST ni, tidak la akak ni mengupdate blog hampir setiap hari kan..😂

Blog contest anjuran Mami Noorazmiah ni, bukan sahaja nak biasakan kami dengan penulisan blog dan cara-cara untuk menarik lebih ramai viewer, tetapi cuba mendera kami untuk lebih banyak membaca, mengkaji sekaligus memahami.

Mendera?. Saja je kan guna ayat tu. Alhamdulillah, dengan adanya contest ni, sangat2 banyak ilmu yang dapat. Sebabnya kami bukan saja2 nak menaip. Bila dpt info yang dicari kena juga faham bagaimana..kenapa. Semua persoalan memang ada ujian minda gitu..😅

Adalah sia2 dibiarkan blog bersawang kan?. Tambahan pula kami ni berbisnes. Blog diibaratkan kedai online kami. Bila customer buka dan tengok adanya entry hari ini bermakna kedai kami sentiasa berisi. Betul tak?

Ini hadiahnya...best kan2


Inilah kedai online saya. Sudilah kiranya tinggalkan jejak untuk kita menjadi sahabat dialam maya.

InsyaAllah akan teruskan berkongsi apa yang kami tahu untuk kebaikan bersama.

Semoga team GMF terus maju dan berjaya. Amin

Tuesday, October 18, 2016

CEGAH BAYI ANDA DARI TERKENA JAUNDIS ATAU KUNING

Saya ada share pengalaman anak Jaundis di fb. Rentetan dari sharing tersebut, ada kawan fb tiba2 pm tanya betul ke Alfalfa boleh cegah Jaundis? Ok..saya terangkan kat sini yer..nanti boleh share ke fb.

Jaundis berlaku apabila bilirubin iaitu pigmen yang berwarna kuning berkumpul di bawah kulit. Kadarnya yang tinggi menyebabkan kulit kelihatan kekuningan.


Apabila sel darah merah dileraikan, ia menghasilkan bilirubin. Semua darah mengandungi bilirubin dan kebiasaannya akan diproses oleh hati dan disingkir melalui pembuangan najis dan air kencing.

Semasa bayi dalam kandungan, proses pembuangan bilirubin ini dilakukan oleh hati ibu. Jadi apabila bayi dilahirkan, proses ini mula dilakukan oleh hati bayi itu sendiri sebelum dikeluarkan melalui najis.




Hati bayi yang belum matang (biasanya bayi yang lahir tak cukup bulan) mungkin tidak mampu memproses dan membuang bilirubin dengan pantas sepenuhnya beberapa hari selepas dilahirkan. Ini menyebabkan jaundis terjadi. Inilah punca mengapa bayi yang lahir pra-matang kebanyakkannya mengalami masalah jaundis yang tinggi.

Alfalfa ni bagus untuk kesihatan hati. Ia menguatkan hati ibu dan bayi. Jadinya jika ibu amalkan alfalfa di hujung kehamilan, insyaAllah ia dapat membantu kuatkan hati bayi. Bayi dengan sendirinya dapat proses billirubin dia.

Untuk ibu yang pernah ada sejarah anak pertama dan kedua kuning tinggi, saya suka nak cadangkan ambil lah Alfalfa di hujung kehamilan. Bukan sepanjang kehamilan tau. Cukup lah bulan ke-8 ke atas.

Untuk ibu yang tak ambil Alfalfa semasa hamil, dan bayi mengalami demam kuning atau jaundis , ibu tersebut disarankan mengambil Alfalfa & menyusukan anak . Khasiat Alfalfa yang disalurkan melalui susu ibu akan membantu kuatkan hati baby tadi, dan seterusnya hati yang kuat dapat musnahkan billirubin yang banyak.

Jadi, tak salah kita mencuba kan. Alfalfa sememangnya RAJA segala tumbuhan. Khasiatnya memang terbukti. 

Jika anda ingin mendapatkan SET KEHAMILAN dan SET BERPANTANG boleh hubungi saya. Baca juga cara mengelak Jaundis untuk perkongsian bersama.



🌹 Your Trusted SID 🌹
Tel/wsap: 012 451 3311
Instagram: afriza_abuhasan

INFO KEAHLIAN ➡ AHLI


Sunday, October 2, 2016

DAFTAR AHLI SHAKLEE! DAPATKAN HADIAH PERCUMA

Oktober bulan yang sangat2 best. Eh bkn bln lepas dah best ke?haha..tiap2 bulan best la bg kami..

Apa yg best bulan ni?





HAPPY HOUR!!! 



Dari 1-15hb setiap ahli baru yang register layak dapat hadiah sebotol Lecithin dengan hanya membuat pembelian 100uv..


TAPI...ada lagi..

Sign up & pembelian 200uv dapat sebotol Vitamin C. Alahai...akak jeles ok. Senangnya korang dapat free. Akak dulu masa register dapat beg shaklee tu je tau..😂😂

Tau tak berapa harga sebotol Lecithin tu? RM52.50 dan Vitamin C RM92.50. Untungnya la siapa yang dapat tu.

LAGI2...

Macam biasa..semestinya ada BUY 6 FREE 1..Bulan ni Promo OMEGA GUARD. Bestnya minyak ikan ni. Yang bestnya dah la free 1 botol..dapat plak FREE MEMBER..bln depannya dpt plak BONUS!



PROMO OMEGA:

BUY 6 FREE 1 + FREE MEMBERSHIP + CASH BONUS



BUY 2 = 5% discount

Ada lagi yang best. Ini antaranya:




Inginkan maklumat lanjut boleh terus hubungi fiza yer..😃

🌹 Your Trusted SID 🌹
Tel/wsap: 012 451 3311
Instagram: afriza_abuhasan

INFO KEAHLIAN ➡ AHLI

5 SEBAB ANDA MESTI PILIH SAYA SEBAGAI MENTOR SHAKLEE

Kenapa perlu pilih saya sebagai mentor shaklee anda? cer jawab cepat..hihi. meh nak kongsikan kenapa yer...😃😃

1. Saya mempunyai GROUP/TEAM yang sangat HEBAT
Dalam shaklee, kami ibarat keluarga. Kami jadi terlupa istilah upline/downline sbb kami bahasakan upline kami 'mami'. Group kami sememangnya hebat sebab mami kami antara yang terhebat. Atok dan Nanny kami penaung ireach.my.



Bukan sahaja hebat dari aspek ilmu tentang produk, ilmu tentang bisnes malah kemesreaan antara kami juga terjalin bagai keluarga.

Paling seronok kami sentiasa berkongsi ilmu di "alam maya" / online saja. If ada event2 yang di anjurkan barulah kami berpeluang berkumpul. Best!!!


2. Saya mempunyai banyak TIPS Kesihatan keluarga dan perlangsingan 
Shaklee bukan sekadar suplemen tambahan. Malahan lebih dari itu. Tips saya supaya anda kekal sihat. Semuanya saya applykan utk saya sendiri sebelum guide customer saya. Jadinya sememangnya tips yang saya ada akan saya kongsikan untuk semua.

3. Saya ada TIPS Bagaimana menjana INCOME dengan shaklee
Ada yang nak menjana income hebat? insyaAllah saya ada tips yang boleh dikongsikan bersama. Banyak sgt tips daripada team kami untuk dikongsikan bersama



4. Saya ada TIPS MARKETING memulakan Bisnes dengan BLOG
Saya sudah berblog sejak tahun 2008 lagi. Pada masa tu saya langsung tak padai create blog..eh mcm mana diaorg buat. Masactu serius tak pandai langsung nak google untuk cari info/tutorial. Main hentam create sendiri blog. haha..rupanya sangat mudah berbisnes dengan blog. Untuk anda yg pilih saya..free je nanti saya ajar sbb dulu saya pernah ambil upah untuk create dan setting blog tau. Berbayar!..haaa..utk korang nanti foc jer..😃

5. Saya juga tak kedekut ILMU tau
Sebanyakana ilmu yang dicurahkan kepada saya, sebanyak itu juga akan saya curahkan kepada semua. Sama2 kita berjaya. InsyaAllah

Jadi..kenapa masih ragu? Saya percaya..saya mampu untuk jadi mentor anda. 


🌹 Your Trusted SID 🌹
Tel/wsap: 012 451 3311
Instagram: afriza_abuhasan



KEAHLIAN ➡ AHLI

3 SEBAB PRODUK SHAKLEE JADI PILIHAN SAYA

Produk shaklee sememangnya terbukti berkualiti dan berkesan. Ramai pengguna shaklee di seluruh Malaysia. Saya sendiri setia dengan shaklee hampir 3tahun. Pastinya kerana produknya.

Terlalu banyak lambakan produk kesihatan yang ada tapi pasti ke kita semua produk tu selamat? 






3 sebab produk shaklee memang best.:

1. PRODUK SELAMAT
  • Menjalani lebih 80,000 ujian kualiti setiap tahun. 
  • Potensi yang dijamin -> pengesahan dari pihak ketiga hasil dari Landmark Study. 
  • Keaslian dijamin -> 350 ujian pencemaran dilalukan terhadap SETIAP bahan botani100% kepuasan dijamin

2. PRODUK MESRA ALAM
  • Tiada perisa tiruan
  • Tiada pemanis tiruan
  • Tiada pewarna atau lemak trans
  • Tiada suapan tersembunyiTidak menjalani ujian terhadap haiwan
  • Tidak mengandungi bahan yang dilarang
  • Tidak mengandungi peluntur klorin

3. PRODUK BERKESAN
  • USD 250 juta dilaburkan terhadap ujian-ujian, kajian dan pembangunan (R&D)
  • 70 kajian klinikal telah diterbitkan
  • 60 orang saintis Shaklee
  • 50 patents

Inilah sebabnya produk shaklee jadi pilihan saya. Ini pilihan saya sebab saya juga pengguna yang berhak memilih.

PREVENT IS BETTER THAN CURE


🌹 Your Trusted SID 🌹
Tel/wsap: 012 451 3311
Instagram: afriza_abuhasan


KEAHLIAN ➡ AHLI

4 SEBAB KENAPA SAYA PILIH SHAKLEE

Kenapa saya memilih shaklee? kerana vitaminnya bukannya sebarangan vitamin yang asal packing je boleh jual..

Shaklee ada Landmark Study. Berjuta2 habis untuk buat kajian bagi  menghasilkan produk berkualiti. Vitamin lain ada Landmark Study?. Kalau payah sgt pun..ada tak kajian saintifik?



Masa mula2 kenal shaklee tak tahu pun pasal Landmark study nya. Tapi mmg tahu vitaminnya memang berkesan. Itu je sebab utama pilih shaklee. Bila dah lama berkenalan dengan shaklee baru tahu...



Ini antara sebab saya pilih shaklee:

1. Menjana Pendapatan

Lain2 bisnes pun boleh jana pendapatan kan tapi masing2 punya pilihan. Saya sendiri masih lagi meneruskan bisnes online dalam penjualan baju. Alhamdulillah..dengan shaklee juga saya boleh jana pendapatan sampingan. Sedang berusaha untuk menjadikan ia pendapatan tetap setiap bulan. Doakan saya yer.


2. Bisnes Mudah

Hanya dari rumah. Online ataupun offline boleh dibuat bila2 masa yg kita rasa perlu. Tak terikat dengan mana2 dan siapa pun. Yang penting anak2 depan mata.


3. Tiada Lambakan Stok

Paling suka yang ni sbb tak payah nk simpan stok. Ye lah kita pun zero modal kan. Cuma sekarang ni terpaksa juga buat stok item2 yg org selalu cari. Tapi kalau bu pos biasanya terus online shaklee.2u je senang. Tak payah susah2 kita nak pos kan.


3. Harga Berpatutan

Mahal ke Shaklee? Yes diakui agak mahal tapi bandingkan pula kuantiti dan kualitinya. Keberkesanannya? Kenapa ramai org suka? Semestinya berkesan kan. Jadi tidak timbul soal harga.


4. Keberkesanan produknya

Apabila dah serasi dengan kita semestinya dah tak toleh belakang kan. Sebelum ni dah cuba mcm2 vitamin tapi hanya sekadar vitamin tp dengan shaklee bukan sekadar vitamin kot. Byk benefit lain..tak percaya? Jom cuba.


Shaklee adalah MLM tapi bukan seperti MLM lain yang menindas downline. Bukan senang2 goyang kaki dapat duit tau. Kena ada target utk dpt duit. Kena ada usaha ke arah itu.

Jadi kenapa ragu2 dengan shaklee. Jadikan shaklee pilihan anda juga. Jom2


PREVENT IS BETTER THAN CURE

🌹 Your Trusted SID 🌹
Tel/wsap: 012 451 3311
Instagram: afriza_abuhasan



KEAHLIAN ➡ AHLI

Saturday, October 1, 2016

PENGEDAR SHAKLEE KUALA KETIL

Assalamualaikum semua..
Hai...hari ni nak upgrade sikit...haaa sekarang akak dah boleh COD sekitar Kuala Ketil tau. Tapi ada caj penghantaran la sbb dari Bandar Utama nk pi Kuala Ketil agak jauh la jugak kan..



Ye lah..kalau by pos pun paling2 koman rm7 kan tapi paling cepat sehari sampai. Kalau lambat ada kot 2/3 hari kan2. Kalau wsap akak pagi..insyaAllah boleh dpt dalam sehari bergantung produk apa yg korang nak tau sbb tak semua produk ready stok..




TAPI..kalau adik2, kakak2, abang2 order banyak InsyaAllah adalah nnti kita bagi extra free gift..kan best tu..

Bermula hari ini..akak sah PENGEDAR SHAKLEE KUALA KETIL dan kawasan sekitarnya. Sebelum ni akak dah memang cover kawasan Sungai Petani dan Padang Serai.

Apa yang best produk Shaklee ni. Pada yang masih blur..semua jenis kita ada tau..

 set hamil / berpantang / menyusu

 set kanak2

 set kesuburan

 set kulit cantik


Banyak sungguh aihhh nak senarai...apa kata terus wsap akak nanti tau.

Pengedar Shaklee Kuala Ketil!


PREVENT IS BETTER THAN CURE


🌹 Your Trusted SID 🌹
Tel/wsap: 012 451 3311
Instagram: afriza_abuhasan


KEAHLIAN ➡ AHLI

KAWASAKI DESEASE MENYERANG KANAK-KANAK

  Pengalaman Ibu dengan Penyakit Kawasaki – Qaisara Nama penyakit nampak lawak, tapi hakikatnya Kawasaki Disease ni sangat bahaya. Ia radang...