Showing posts with label Kalsium. Show all posts
Showing posts with label Kalsium. Show all posts

Wednesday, August 23, 2017

FUNGSI KALSIUM UNTUK KESIHATAN TULANG

Assalamualaikum..

Bila masuk part kalsium ni, memang Kak Fiza suka sangat nak kongsi dengan semua kalsium pilihan hati. OsteMatrix shaklee memang antara yang terbaik pernah akak cuba.



Jom kita kenali OsteMatrix shaklee ni.

Sebut Oste, mesti terbayang osteoporosis plak kan. Sebab kaitannya dengan tulang.

Matrix pula merujuk pada satu kandungan di dalam sel tulang yang berbentuk kolagen. Matrix ini terbina daripada gabungan kalsium dan magnesium yang tinggi dengan tujuan untuk menguatkan tulang-tulang.

Kandungan OsteMatrix 
Mengandungi Kalsium, Magnesium dan Vitamin D sebagai bahan utama.

Juga mengandungi Zinc, Copper, Manganese, dan Boron tapi dalam peratus yang amat sedikit.

Apa Fungsi Kalsium, Magnesium dan Vitamin D dalam OsteMatrix?

Sebut Kalsium je memang semua dah tahu kaitannya dengan membina tulang yang kuat dan gigi yang sihat.  Kalsium bukan sahaja untuk tulang, malah ia membantu menetapkan ritma jantung, menyelesaikan masalah insomnia, membantu pengaliran gizi masuk dan keluar daripada membran, dan membantu dalam pembekuan darah. 

Kalsium juga sangat diperlukan dalam mempertahankan fungsi saraf dan otot, serta buah pinggang. Ia juga mengurangkan kadar kolesterol dalam darah.

Magnesium penting untuk metabolisma kalsium. Ia membantu untuk mengelakkan pembuluh darah menjadi kejang yang merupakan salah satu punca yang dipercayai penyebab migrain. 

Satu kajian telah dibuat dan mendapati ia membantu mengurangkan sakit kepala dan mengurangkan frekuensinya.

Vitamin D pula penting untuk penyerapan kalsium. Kalsium yang tiada vitamin D tidak boleh diserap oleh tubuh dan boleh tertinggal sebagai batu dalam ginjal atau pundi kencing. 

Tanpa vitamin D, badan tidak dapat mendapat cukup 'hormone calcitriol' (dikenali sebangai Vitamin D aktif). Bila tidak cukup hormon ini, badan akan mengambil kalsium dari rangka yang sedia ada, yang mana akan melemahkan tulang-tulang kita sekaligus penyebab utama Osteoporosis.

Sebab tu nak pilih Kalsium, pilih yang lengkap dengan kandungan Magnesium dan Vitamin D.



Kandungan lain dalam OsteMatrix
  • 1000mg kalsium ialah kandungan sumber semulajadi yg mudah diserap.
  • 400mg magnesium pula membantu menggabungkan kalsium dalam tulang dan menguatkannya.
  • 400 iu vitamin D meransangkan penyerapan kalsium.
  • manganese,kopper dan zink berperanan mengaktifkan enzim yang membantu dalam pembinaan kepadatan tulang.
  • manakala Boron pula bantu dalam metabolisma tulang.

Siapa yang boleh amalkan OsteMatrix?
  1. Ibu menyusu, mengandung. OsteMatrix membantu mengelakkan kekejangan dan sakit tulang belakang.
  2. Suami/isteri bekerja yang selalu kepenatan dengan kerja
  3. Warga emas
  4. Wanita yang mengalami masalah PMS - sakit semasa datang bulan
  5. Mereka yang mengalami kekejangan otot
  6. Migrain

Elakkan mengambil Vitalea dan OsteMatrix secara serentak kerana iron dan zat besi boleh menggangu penyerapan kalsium.

Cara Makan OsteMatrix

Dicadangkan kepada umum, sebaiknya diamalkan 2 kali sehari. 2 tablet selepas makan. Jadi, 4 tablet sehari.

Untuk masalah haid, hamil, stress, kejang dan kebas-kebas.
Boleh ambil dua kali sehari 3 biji setiap kali selepas makan.

Untuk masalah tulang Retak 
Ambil 3 kali sehari, atau 4 biji setiap kali lepas makan.

Apa perbezaan OsteMatrik shaklee berbanding jenama lain dipasaran?

Alahhh, sama je kan. Yang mana dah tulis Kalsium tu boleh je beli..

Tidak untuk OsteMatrix!

Seperti yang dah Kak Fiza nyatakan kat atas tu, OsteMatrix shaklee membekalkan Kalsium, Magnesium dan lengkap dengan Vitamin D untuk kadar penyerapan yang lebih baik di dalam tubuh badan.

Pil-pil ini terdiri daripada pelbagai jenis antaranya calcium carbonate, calcium lactate, calsium citrete, calcium gluconate. Itu pun pil kalsium sahaja tidak mencukupi kerana ia memerlukan vitamin D untuk penyerapan yang lebih baik.

Apabila kalsium diambil bersama vitamin D, akan menghasilkan tulang dan gigi yang kuat.



Jika kalsium tidak cukup?

Maka tulang yang kuat perlu "melekat" antara satu sama lain. Oleh itu, ia memerlukan mangan, boron, copper dan sebagainya sebagai simen. 

Untuk mendapatkan vitamin kalsium yang optimum dalam badan dan untuk memastikan tulang ‘melekat’ dengan baik antara satu sama kombinasi kalsium, vitamin D dengan magnesium sangat diperlukan untuk memastikan tulang dan gigi mendapat nutrient sepatutnya.


PASTIKAN setiap pil kalsium yang anda ingin beli lengkap untuk membantu kadar penyerapan.

Banyak lagi Manfaat OsteMatrix ada Kak Fiza kongsikan pada entry yang lepas.

Nak cuba OsteMatrix yang power ni? 
Meh wsap Kak Fiza 0124513311 atau boleh klik link dibawah untuk pembelian terus ke website shaklee.

Tuesday, August 8, 2017

TIADA LAGI KAKI KEJANG SEMASA HAMIL

Assalamualaikum..

Anak-anak dah tidur..mata belum nak lelap so masa untuk menulis. Petang tadi dapat call customer yang bertanyakan pasal Set Bersalin Shaklee. Dari A to Z la akak story..then lastly dia say thanks. Katanya dia dah beli full set tapi tak tau khasiat setiap satunya dan cara makannya.

Ok..sebagai insan yang dilahirkan banyak sifat sabar..kita sabar je lah yer. Beli dengan orang lain tapi carinya orang lain untuk penerangan. Semoga murah rezeki akak lepas ni. Amin

Ada ke yang dah cuba Set Bersalin /Berpantang Shaklee ni? Manfaatnya ada akak kongsikan pada entry sebelum ini. Apa yang akak boleh kongsikan memang tersangat best guna set ni.

Bukan promot sebab akak jual tapi memang betul. Kita kongsi apa yang kita rasa.

Hero ada 2orang kat rumah ni. Sorang 7 tahun dan sorang lagi 6 tahun. Bayangkan lasaknya macam mana. Suami pulak jauh..jarang-jarang sekali balik. 100% akak handle sorang-sorang.



Kalau sebelum ni..malam tiba je mesti kaki cramp tapi Alhamdulillah Ostematrix penyelamat akak. Langsung tiada cramp. Memang berbaloi sangat amalkan Ostematrix shaklee ni. Bila suami balik je siap tanya tak nak urut kaki ke? Haha. Pengalaman 2 anak sebelum ni memang dia ingat. 

Sebab itu pentingnya Kalsium sepanjang kehamilan kita. Apa yang kita makan, semuanya diserap oleh baby dan kalsium juga. Itu yang kadang2 ada yang sakit gigi kan.

Tak perlu lagi korang nak beli susu tin ke...susu HL ke. Makan je Ostematrix ni 4tab setiap hari. Memang bertenaga. Kak fiza juga pernah kongsikan tips atasi kaki kejang pada entry yang lepas.

Nak tau lagi pasal Ostematrix best ni? Boleh klik story Kak Fiza sebelum ni. Banyak sangat.




Nak terus beli pun boleh. Wsap je Kak Fiza 012 4513311 atau beli sendiri dengan klik link di bawah yer.




Happy shopping yer..muahhhh

Thursday, September 15, 2016

KALSIUM LEBIH PUN BAHAYA

KALSIUM LEBIH PUN BAHAYA!

Dulu2..pernah rasa takut nk minum susu yg tinggi kalsium sbb pernah terdengar desas desus mengatakan kalsium yg tinggi penyebab sakit buah pinggang..


Memang betul pun!

TAPI jika kalsium berlebihan yang diambil diserap oleh organ yang sepatutnya (spt tulang dan gigi) dan terdapat lebihan kalsium yg tidak diserap akan menjadi beban kpd buah pinggang tau!

Takut kan? Lebih kalsium pun tak boleh!

Jadi...bagaimana nak pastikan kalsium yang diambil hari2 tu diserap dgn sewajarnya?


Simple je..
✅Ambil kalsium anda bersama-sama Vitamin D dan Magnesium.
✅Elakkan produk yang dihasilkan dari tulang dan dolomite untuk mengelakkan keracunan plumbum.
✅Elakkan produk yang mengandungi mineral chelated kerana proses tersebut boleh menyebabkan tubuh menyerap logam berat tercemar dan toksin dalam proses menyerap mineral.

Saintis Shaklee dah ambil kira dah semua perihal ini. Malah lebih dari itu.

Bagi menghasilkan sesuatu yang terbaik, Shaklee menawarkan Ostematrix Shaklee dengan kandungan kalsium yang isinya paling seimbang bagi memastikan kadar penyerapannya adalah 99%. Formulanya unik, dibuat dari mineral semulajadi dan garam mineral dari Laut Mati, mengandungi kalsium, magnesium, fosforus dan vitamin D, zinc, kuprum, manganes dan boron. Nutrien-nutrien ini perlu diambil bersama-sama untuk penyerapan yang maksimum oleh tubuh dan menghalang endapan sesetengah mineral.

Cuba belek botol Ostematrix. Ia bukan sekadar kalsium tau!

Masa mengandung tak pernah pun Misi bagi pil kalsium..padahal kalsium sgt2 penting utk ibu2 hamil tau! cuma dpt vitamin lain2 tu jer pastu disuruhnya kita minum susu byk2..nampak kan kelebihan kalsium di situ. Kalsium penting sangat untuk ibu hamil.

Jadi..pastikan kalsium yg anda ambil bukan sekadar kalsium tau!

I love Ostematrix!

🌹Your Trusted SID🌹
Afriza 012 4513311
sweetnyer.blogspot.com
Qisya E Shoppe

Wednesday, August 17, 2016

KALSIUM PENTING UNTUK IBU HAMIL

IBU HAMIL PERLU TAHU

Kalsium teramat penting untuk ibu hamil. Kalsium yg sedia ada oleh ibu diserap oleh bayi semasa ia membesar terutamanya dalam proses pembentukan tulang. Kesan paling ketara adalah ibu hamil akan mengalami kekurangan kalsium pada jumlah yang besar khususnya pada akhir tempoh kehamilan. Contohnya ibu akan merasai sakit seperti kekejangan dan lain-lain lagi.


Kegagalan menggantikan kalsium yang diserap oleh bayi boleh menyebabkan ibu-ibu kehilangan gigi pada usia yang lebih muda daripada sepatutnya. Ibu juga berisiko tinggi menghidapi osteoporosis.

Kehilangan kalsium di kalangan ibu hamil secara relatif adalah lebih banyak iaitu sekitar 3- 10% berbanding wanita menopaus yang kehilangan 1 – 3%. Kehilangan ini berpunca daripada permintaan yang tinggi terhadap kalsium oleh bayi.

Fungsi kalsium untuk ibu hamil:

✅Membantu kekuatan tulang untuk menanggung berat bayi secara fizikal.
✅Kalsium penting untuk membantu pembekuan darah.
✅Menstabilkan transmisi impuls saraf dan merehatkan otot semasa berlakunya kontraksi.
✅Kalsium yang tidak mencukupi meningkatkan risiko praeklampsia iaitu tekanan darah tinggi
✅Pengambilan kalsium yang cukup boleh mengelakkan masalah kekejangan sewaktu proses bersalin.

Kalsium dalam ostematrix cukup sebagai bekalan kalsium ibu mengandung. Ostematrix adalah gabungan Kalsium, Magnesium, Vitamin D dan mineral-mineral lain seperti Boron, Mangan, Tembaga dan Zinc bagi membina matriks tulang yang kuat.

Ingin dapatkan Kalsium Ostematrix shaklee atau set lengkap kehamilan shaklee boleh hubungi fiza.

012 4513311

Friday, April 4, 2014

Ketahui bila tubuh anda kekurangan Kalsium

Kebanyakan kita pada hari ni mungkin tidak menyedari bahawa tubuh kita semakin lama kekurangan vitamin penting iaitu Kalsium..gaya hidup kita pada hari ini ditambah pula dengan faktor-faktor pemakanan yang tidak sihat menjadi penyebab utama kurangnya Kalsium dalam tubuh kita. Perlu diketahui, semakin umur kita meningkat, kalsium pada tubuh badan kita akan berkurangan.



Jom kita tengok apakah tanda-tanda penting apabila kita kekurangan Kalsium:

Otot & Saraf: 
  • Kebas dan rasa yang mencucuk keliling mulut, jari-jari tangan dan kaki
  • Kejang otot
  • Wheezing (pernafasan berdehit)
  • Susah menelan
  • Suara berubah akibat laryngospasm 
Saraf:
  • Mudah marah, terjejas keupayaan intelektual, kemurungan, dan perubahan personaliti
  •  Letih
  • Sawan
  • Lain-lain pergerakan yang tidak terkawal
Jantung
  • Sesak nafas 
  • Tanda-tanda lemah jantung...cepat penat
Kulit
  • Rambut kasar 
  • kuku rapuh
  • Psoriasis (sakit kulit)
  • Kulit kering

Secara umumnya kekurangan kalsium boleh ketahui apabila berlakunya tanda-tanda seperti berikut:
  • Kekejangan otot
  • sukar/susah nak tidur
  • Perasaan berdebar2
  • Eczema-penyakit kulit
  • Rapuh kuku
  • Sakit Sendi
  • Tekanan darah tinggi
  • Gigi reput
  • Paras Kolestrol tinggi
  • Kebas-kebas kaki dan tangan
  • Rheumatiod arthritis
  • Rickets
Mengikut kajian pengambilan kalsium adalah paling baik jika diambil bersama dengan dengan magnesium, vitamin D & Zinc. Penyerapan kalsium akan jadi paling baik dengan kehadiran nutrien-nutrien tersebut dan menghalang endapan sesetengah mineral. Kekurangan magnesium memberi kesan kepada kemampuan tubuh mengawal penggunaan kalsium. Pengambilan kalsium dan magnesium yang tidak seimbang juga boleh menyebabkan penyakit batu karang.

Kami mencadangkan OSTEMATRIX Shaklee bagi mengembalikan kalsium pada tubuh anda..Vitamin lengkap dengan nutrien yang diperlukan..

 
rujukan forum cari

Wednesday, April 2, 2014

OsteMatrix™


Tulang merupakan struktur penting di dalam tubuh manusia. Ia merupakan kerangka yang menyokong berat badan dan organ utama seperti paru-paru, jantung, hati dan ginjal serta membolehkan kita menggerakkan otot-otot dan tubuh secara bebas. Mengekalkan kesihatan tulang secara optima adalah penting bagi mendapatkan kesihatan optima menyeluruh.

Lebih daripada Sekadar Kalsium
OsteMatrixTM membekalkan nutrien-nutrien harian termasuk kalsium yang dapat membantu dalam pembentukan dan penjagaan tulang dan gigi. Ia juga mengandungi magnesium, vitamin D dan mineral zink, tembaga dan manganese untuk membantu dalam memelihara kesihatan yang baik. Kaplet yang bersaiz kecil dan disalut licin ini juga mudah ditelan.







Perbezaan Shaklee:
Kalsium yang isinya seimbang memastikan kadar penyerapannya adalah 99%. Formulanya unik, dibuat dari mineral semulajadi dan garam mineral dari Laut Mati, mengandungi Kalsium, Magnesium, Fosforus & Vitamin D, Zinc, Kuprum, Manganes dan boron. Nutrien2 ini perlu diambil bersama2 utk penyerapan oleh tubuh dan menghalang endapan sesetengah mineral.  Kajian telah membuktikan supplimen kalsium akan meningkatkan ketumpatan tulang wanita yang telah berumur secara berkesan.

Manfaat Utama:
Menguatkan tulang - Kalsium menghalang osteoporosis, menguatkan kuku, kerangka, gigi, sistem saraf. Ia juga merawat tulang retak, osteomalacia (rickets dewasa), kuku rapuh, eczema, konvulasi/kekajangan, gusi berdarah dan merangsang darah untuk memekat. 

Memperbaiki kekejangan dan kebas2 - Pengambilan 600mg kalsium sebelum tidur akan memperbaiki kebas-kebas, kekejangan, sakit sendi & artritis.

Meringankan stres - Ianya mengimbangi tekanan darah, memelihara dennyutan jantung, impuls saraf, penenang saraf, menggalakkan tidur yang selesa, memperbaiki jantung berdebar, gementar, mimpi buruk & stress.  Juga memperbaiki depresi, mood swing, sakit kepala & pitam.


Memperbaiki masalah haid - Kajian menunjukkan dengan pengambilan 1000mg kalsium dan magnesium serentak meringankan sakit waktu haid dan membantu membuang air kecil.


Pengalkalian tubuh - Kalsium adalah mineral alkalin dan ianya berkesan memastikan imbangan PH tubuh. Ianya juga menghalang obesiti diwaktu umur tua. Tambahan pula kalsium membantu sel menyerap nutrient dan merangsang detoksifikasi.


Memperbaiki hiperaktiviti perut dan sakit gastrik



Vitamin D:

Dinamakan sebagai Vitamin D pada tahun 1916 bila didapati ia mampu merawat penyakit rickets. Ia meningkatkan penyerapan kalsium dan fosforus untuk meninggikan ketumpatan tulang, menguatkan kerangka, memperbaiki penyakit periodontal. Vegetarian yang kurang terdedah pada matahari sewaktu musim panas, individu melebihi 55 tahun, wanita hamil dan kanak2 perlu mengambil supplimen Vitamin D.


Magnesium:

Ini adalah ion positif no.2 penting di dalam tubuh kita. Ianya menggalakkan komposisi tulang dan rawan. Membantu sistem saraf, mengaktifkan enzim tubuh untuk menghasilkan tenaga, pengecutan saraf dan otot, menstabilkan denyutan tidak sekata pesakit jantun, memudahkan rembesan keluar sisa dari perut dan usus, menghalang endapan kalsium, melarut dan mengurangkan formasi batu karang atau batu hempedu.  Ianya juga penting untuk mereka yang mempunyai masalah fliktuasi glukos.


Zinc, Boron, Manganes, Kuprum:

Memelihara metabolism kerangka dan pertumbuhan otot, menyusun enzim yang diperlukan untuk membaiki tulang, rawan dan menghalang artritis.

1 tablet Ostematrix = 1 gelas susu tinggi kalsium = 80 biji badam


 Bagaimana memilih Kalsium premium?

@@ pilih produk yang ada Vitamin D dan magnesium
@@ elakkan produk yang dibuat dari tulang dan dolomite untuk mengelak keracunan plumbum
@@ elakkan mineral chelated kerana proses tersebut boleh menyebabkan tubuh menyerap logam berat tercemar dan toksin dalam proses menyerap mineral



Tiada perasa tiruan, pemanis, pewarna atau bahan pengawet tambahan.

Retail Price: RM61
Size: 120tab

Konsultasi percuma boleh hubungi fiza:

 Shaklee ID: 949698
sms/whatsapp: 012 4513311
FB Page: Qisya E Shoppe 
email: eija_2004@yahoo.com

Makanan berkalsium tinggi

Kalsium merupakan bahan galian penting dalam diet yang sihat. Kalsium (Ca) merupakan salah satu Makro Mineral iaitu mineral sangat diperlukan oleh tubuh kita. Kalsium berperanan penting dalam pembentukan tulang dan gigi yang sihat. Kekurangan kalsium boleh menyebabkan pertumbuhan tulang terganggu dan masalah osteoporosis berlaku. 

Vitamin D diperlukan untuk menyerap kalsium.

Makanan berikut mengandungi kalsium yang tinggi selain susu:

>> rumpai laut seperti kelp, wakame dan hijiki (sumber: wikipedia)
>> ikan bertulang lembut (ikan sarden & salmon)
>> kacang almond
>> Keju
>> Sayuran hijau (brokoli, bayam, kailan, lain2)

>> gandum ?& roti >> Tofu
>>
Oatmeal

>>
Jeruk

>> Yogurt
>> Kacang Putih
>> tiram
>> udang halus
>> Buah-buahan kering
>> jus oren
>> Lobak

ada pilihan lain utk mereka yang tidak gemarkan susu...iaitu OSTEMATRIX shaklee..
utk info lanjut boleh klik di sini






Konsultasi percuma boleh hubungi fiza:

Afriza (Fiza) ** Shaklee ID: 949698 ** sms/whatsapp: 012 4513311 /
011 10833115 ** FB Page: Qisya E Shoppe ** email: eija_2004@yahoo.com

KAWASAKI DESEASE MENYERANG KANAK-KANAK

  Pengalaman Ibu dengan Penyakit Kawasaki – Qaisara Nama penyakit nampak lawak, tapi hakikatnya Kawasaki Disease ni sangat bahaya. Ia radang...