Wednesday, August 23, 2017

FUNGSI KALSIUM UNTUK KESIHATAN TULANG

Assalamualaikum..

Bila masuk part kalsium ni, memang Kak Fiza suka sangat nak kongsi dengan semua kalsium pilihan hati. OsteMatrix shaklee memang antara yang terbaik pernah akak cuba.



Jom kita kenali OsteMatrix shaklee ni.

Sebut Oste, mesti terbayang osteoporosis plak kan. Sebab kaitannya dengan tulang.

Matrix pula merujuk pada satu kandungan di dalam sel tulang yang berbentuk kolagen. Matrix ini terbina daripada gabungan kalsium dan magnesium yang tinggi dengan tujuan untuk menguatkan tulang-tulang.

Kandungan OsteMatrix 
Mengandungi Kalsium, Magnesium dan Vitamin D sebagai bahan utama.

Juga mengandungi Zinc, Copper, Manganese, dan Boron tapi dalam peratus yang amat sedikit.

Apa Fungsi Kalsium, Magnesium dan Vitamin D dalam OsteMatrix?

Sebut Kalsium je memang semua dah tahu kaitannya dengan membina tulang yang kuat dan gigi yang sihat.  Kalsium bukan sahaja untuk tulang, malah ia membantu menetapkan ritma jantung, menyelesaikan masalah insomnia, membantu pengaliran gizi masuk dan keluar daripada membran, dan membantu dalam pembekuan darah. 

Kalsium juga sangat diperlukan dalam mempertahankan fungsi saraf dan otot, serta buah pinggang. Ia juga mengurangkan kadar kolesterol dalam darah.

Magnesium penting untuk metabolisma kalsium. Ia membantu untuk mengelakkan pembuluh darah menjadi kejang yang merupakan salah satu punca yang dipercayai penyebab migrain

Satu kajian telah dibuat dan mendapati ia membantu mengurangkan sakit kepala dan mengurangkan frekuensinya.

Vitamin D pula penting untuk penyerapan kalsium. Kalsium yang tiada vitamin D tidak boleh diserap oleh tubuh dan boleh tertinggal sebagai batu dalam ginjal atau pundi kencing. 

Tanpa vitamin D, badan tidak dapat mendapat cukup 'hormone calcitriol' (dikenali sebangai Vitamin D aktif). Bila tidak cukup hormon ini, badan akan mengambil kalsium dari rangka yang sedia ada, yang mana akan melemahkan tulang-tulang kita sekaligus penyebab utama Osteoporosis.

Sebab tu nak pilih Kalsium, pilih yang lengkap dengan kandungan Magnesium dan Vitamin D.



Kandungan lain dalam OsteMatrix
  • 1000mg kalsium ialah kandungan sumber semulajadi yg mudah diserap.
  • 400mg magnesium pula membantu menggabungkan kalsium dalam tulang dan menguatkannya.
  • 400 iu vitamin D meransangkan penyerapan kalsium.
  • manganese,kopper dan zink berperanan mengaktifkan enzim yang membantu dalam pembinaan kepadatan tulang.
  • manakala Boron pula bantu dalam metabolisma tulang.

Siapa yang boleh amalkan OsteMatrix?
  1. Ibu menyusu, mengandung. OsteMatrix membantu mengelakkan kekejangan dan sakit tulang belakang.
  2. Suami/isteri bekerja yang selalu kepenatan dengan kerja
  3. Warga emas
  4. Wanita yang mengalami masalah PMS - sakit semasa datang bulan
  5. Mereka yang mengalami kekejangan otot
  6. Migrain

Elakkan mengambil Vitalea dan OsteMatrix secara serentak kerana iron dan zat besi boleh menggangu penyerapan kalsium.

Cara Makan OsteMatrix

Dicadangkan kepada umum, sebaiknya diamalkan 2 kali sehari. 2 tablet selepas makan. Jadi, 4 tablet sehari.

Untuk masalah haid, hamil, stress, kejang dan kebas-kebas.
Boleh ambil dua kali sehari 3 biji setiap kali selepas makan.

Untuk masalah tulang Retak 
Ambil 3 kali sehari, atau 4 biji setiap kali lepas makan.

Apa perbezaan OsteMatrik shaklee berbanding jenama lain dipasaran?

Alahhh, sama je kan. Yang mana dah tulis Kalsium tu boleh je beli..

Tidak untuk OsteMatrix!

Seperti yang dah Kak Fiza nyatakan kat atas tu, OsteMatrix shaklee membekalkan Kalsium, Magnesium dan lengkap dengan Vitamin D untuk kadar penyerapan yang lebih baik di dalam tubuh badan.

Pil-pil ini terdiri daripada pelbagai jenis antaranya calcium carbonate, calcium lactate, calsium citrete, calcium gluconate. Itu pun pil kalsium sahaja tidak mencukupi kerana ia memerlukan vitamin D untuk penyerapan yang lebih baik.

Apabila kalsium diambil bersama vitamin D, akan menghasilkan tulang dan gigi yang kuat.



Jika kalsium tidak cukup?

Maka tulang yang kuat perlu "melekat" antara satu sama lain. Oleh itu, ia memerlukan mangan, boron, copper dan sebagainya sebagai simen. 

Untuk mendapatkan vitamin kalsium yang optimum dalam badan dan untuk memastikan tulang ‘melekat’ dengan baik antara satu sama kombinasi kalsium, vitamin D dengan magnesium sangat diperlukan untuk memastikan tulang dan gigi mendapat nutrient sepatutnya.


PASTIKAN setiap pil kalsium yang anda ingin beli lengkap untuk membantu kadar penyerapan.

Banyak lagi Manfaat OsteMatrix ada Kak Fiza kongsikan pada entry yang lepas.

Nak cuba OsteMatrix yang power ni? 
Meh wsap Kak Fiza 0124513311 atau boleh klik link dibawah untuk pembelian terus ke website shaklee.

No comments:

JOM SERTAI KAMI TAMBAH PENDAPATAN

 ANDA INGIN MENCARI SIDE INCOME❓ ANDA INGIN BERNIAGA DENGAN MODAL MINIMA❓ Jom sertai kami sebagai Perunding Takaful di Muqmeen Group (MG). A...