Showing posts with label INFO: BERPANTANG. Show all posts
Showing posts with label INFO: BERPANTANG. Show all posts

Tuesday, November 28, 2017

BERPANTANG SENDIRI SELEPAS BERSALIN

BERPANTANG SENDIRI SELEPAS BERSALIN

Mesti ramai yang dah ada pengalaman berpantang sendiri kan? Kak Fiza pun terpaksa berpantang sendiri untuk anak ke2 dan ke3.



Berpantang anak no 2, cabarannya sangat besar memandangkan anak sulung Hadif baru 1y3m je waktu tu. Hadif pun kecil lagi dan memangbtak faham apa-apa lagi la kan.

Alhamdulillah suami banyak mmbantu. Dalam keadaan macam ni peranan suami penting. Nak anak tapi tak nak jaga..susah la kan. Jadi sama-sama jaga dan saling membantu.

Minggu pertama berpantang memang akan bizi dengan ulang alik klinik untuk check kuning kan tapi Kak Fiza curi juga masa dalam minggu pertama tu untuk berurut. 3 hari berurut dah settle.

Minggu ke2, suami dah start kerja..awal pagi dia dah cari lauk untuk dimasak. Masak simple pun dah ok. Hari-hari telan sayur sawi..ikan bakar. Sekarang dah senang nk bakar ikan..guna pemanggang ajaib je kan.

Makanan untuk anak sulung memang suami dah siap sediakan. Alhamdulillah, walaupun kedua2 boy..mereka behave sangat2.

Berpantang anak ke3 pula, anak-anak bujang dah besar 6 dan 5 tahun. Diaorg pun dah sekolah. Nasib baik sekolah Pasti belakang rumah je. Senang sangat.

Yang penting, kita sendiri jaga pemakanan. Jangan kerja berat sangat. Membasuh tunggu suami balik kerja. Masak simple pun dah cukup sekali anak boleh makan kan.

Yang penting, pengambilan Vitamin kena cukup. Anak ke3 Kak Fiza amalkan Shaklee sejak dari awal kehamilan. Memang ketara perbezaannya bila amalkan supplimen. Badan pun sentiasa cergas je. Ada tips berpantang sendiri pernah Kak Fiza kongsi

Korang ada pengalaman? Meh la share..☺☺

KakFiza
SungaiPetani

Thursday, August 10, 2017

6 TIPS MUDAHNYA BERPANTANG SENDIRI

Assalamualaikum...

Kak Fiza baru jer balik dari melawat kawan lama lepas bersalin dan masih berpantang. Masih segar bau harum baby tu. Sukan sangat bau baby ni. Qisya pun dah setahun lebih. Macam cepat sangat dia membesar dan terasa diri ini dah makin T_a. Haha

Berbalik kes berpantang tadi..memang Kak Fiza kagum dengan member ni. Sebenarnya dia terpaksa berpantang sendiri sebab mak ayah dan mertua pun dah tiada. Dari anak sulung hinggalah yang ke3 ni. Alhamdulillah, suami dia pun banyak support. 2 minggu pertama memang cuti la sebab nak bagi wife tersayang ni betul2 sihat. Loving couple sangat.

Apa yang Kak Fiza boleh kongsi disini adalah kerjasama dan tanggungjawab masing2. Suami kena main peranan dan cuba pastikan yang terbaik untuk isteri dan anak.


Nak kongsi sedikit tips yang Kak Fiza amalkan sepanjang berpantang sendiri tahun lepas.

1. Perlu ada perancangan
Sebelum bersalin lagi dah mesti ada perancangan teliti dari semua aspek berpantang. Seperti barang keperluan ibu dan baby. Paling penting perancangan seharian ketika berpantang. Kalau boleh, suami tolong la isteri masak lauk dulu sebelum pergi kerja.

Nanti kurang sikit kerja isterinya. Pendek kata siapkan semua yang patut. Suami perlu tahu, ibu dalam pantang memang tak boleh buat kerja dan banyak bergerak.


2. Berurut dan bertungku
Haaaa...ini selalu terjadi bila berpantang sendiri. Tak de tukang urut lah. Tak sempat bertungku lah. Sekurang2nya mesti berurut 3hari berturut2 tau. Urat2 semua nak kena betulkan. Nak betulkan @ naikkan rahim..hihi

Bertungku paling Kak Fiza suka. Jangan cakap tak de masa tau. Curi sikit masa time lepas mandi pagi dan petang. Best sangat urut ni.

Mudah dah sekarang ni. Tukang urut berpengalaman masih ramai. Perancangan awal sediakan bajet jer. Tak susah pun. Juga boleh lihat entry Amalan Ketika berpantang

3. Tolonglah pakai Bengkung
Part ni Kak Fiza pun kekadang skip jugak...tapi korang jangan skip2 tau. Mesti pakai kalau nak perut maintain slim...hihi

Macam2 jenis bengkung dijual kat pasaran sekarang ni. Boleh je beli online. Pentingnya bengkung untuk kecutkan rahim juga seperti bertungku. Selain betulkan peranakan, ia juga boleh membantu baiki postur badan.

4. Pakai Stokin
24jam mesti berstokin..tapi nak mandi kau bukak la kan. Nanti tak pasal2 urat kembang la..angin masuk la..mak akak la cakap..

5. Pemakanan
Sebabkan pantang sendiri, suami pun terkejar2 nak masak time pagi..jadinya menu memang simple sangat. Sayur sawi, ikan bakar. Itu je lah hari2nya time tengahhari. Malam la boleh upgrade sikit bagi nampak sedap...hehe

Tolong la jangan makan sesuka hati..tambahan pulak kita menyusu baby kan. Boleh google apa yang boleh dan tak boleh atau boleh tanya pada mereka yang berpengalaman..

Kalau mampu, order je pakej berpantang yang ada urut dan makan tu. Lagi best..

6. Jamu / Vitamin / Set Pantang
Macam2 pilihan sekarang ni. Kak fiza fokus pada Vitamin sebab tak menganggu penyusuan susu ibu. Menariknya sebab bagus untuk berpantang dan baik pulih luka dalaman, emosi, fizikal dan mental.

Dan..paling penting jangan buat banyak kerja. Tak payah nak sibuk2 kemas rumah bagai. Biarlah bersepah pun. Pejam mata untuk 44hari sahaja.

Banyak lagi nak mengomel ni tapi rasanya dah panjang lebar kan. Cukup sampai sini nanti kita sambing lagi yer. Jangan pernah jemu skodeng update terkini dari akak...😚😚


Friday, April 14, 2017

BERPANTANG DENGAN MUDAH DAN LUKA CEPAT SEMBUH

Assalamualaikum..

"Wahhh..tahniah sebab dapat newborn baby". 



Sangat teruja tau bila dapat baby baru. Tak kisah la baby sendiri atau rakan dan sedara. Ye lah, Kak fiza dan suami pernah tunggu 4 tahun untuk dapatkan anak sulung. Memang akhirnya penantian kami tu satu anugerah yang tak ternilai tau. Saat jengok baby rakan pun dah best..inikan pula anak sendiri.


Berpantang pun mudah sangat bagi Kak Fiza. Alhamdulillah..semuanya dipermudahkan.

Selepas melahirkan, proses berpantang 44hari memang semua ibu terpaksa lalui. Disinilah kita sebagai wanita perlu jaga betul-betul. Ikut je cakap mak kita tu. Jaga makan minum, pakai bengkung dan amalkan jamu untuk pulihlan dalaman dan luaran kita.

Kak fiza berpantang pun, walaupun anak ke3 dan berpantang sendiri dengan nak handle 2 hero lasak lagi..pantang tetap la jugak. Mesti kena jaga kan. Part berurut la paling best. Mandi air herba, bunga2. Part ni terpaksa la upah bidan jap untuk 3hari mengurut.

Luka bersalin pun Alhamdulillah cepat je sembuh. Berpantang anak ke3 ni memang sangat mudah dengan Set Berpantang Moden ni. Dan akak juga amaljan Vivix tau. Testimoni rakan yang lain, diaorang cakap luka cepat sembuh dalam masa 3hari bila amalkan Vivix.

Walaupun bersalin kali ke3 ni, tak kena jahit tapi ada kelainan bila berpantang dengan Vivix.


VIVIX merupakan Suplemen yang tinggi antioksida. Kandungan Resveratrol dalam Vivix mampu pulihkan sel badan kita hingga peringkat DNA sekaligus badan kita dapat berfungsi dengan baik dan sihat. Proses penyembuhan luka juga berlaku dengan cepat. Sebab itulah, bila berpantang dengan Vivix, ramai yang kekal cergas dan bertenaga.

Untuk pengetahuan semua, tenaga kita dihasilkan oleh biogenesis mitochondria. Apabila semakin banyak mitochondria terhasil, semakin banyak tenaga dapat dihasilkan dan Vivix dapat membantu menghasilkan biogenesis mitochondria.

Kelebihan pada mereka yang berpantang dengan Vivix ni jelas kelihatan. Mereka ni kekal bertenaga, tidak pucat..berseri-seri je muka walaupun tengah berpantang. Paling penting juga, mereka akan dapat berat badan ideal jugak tau..sebab Vivix itulah ramai yang amalkan Vivix.

Jom kita tengok pengalaman mereka yang berpantang dengan Vivix ni.






Best kan? Jom dapatkan Twin Pack Vivix hari ini juga. Dapatkan Vivix hari ini juga. Boleh terus wsap Kak Fiza 0124513311. Ada PROMOSI TWIN PACK tau. InshaAllah, konsultasi terbaik akak berikan nanti.

Atau boleh klik link dibawah untuk pembelian terus di website Shaklee yang mana sangat mudah.



Sekiranya anda berminat menjadi Pengedar Shaklee terus hubungi 0124513311. Kak Fiza memerlukan pengedar di Seluruh Malaysia termasuk Indonesia, Singapura dan Brunei.

Kehadiran anda sangat diperlukan.

Saturday, February 11, 2017

SET BERPANTANG MODEN TERBAIK

Kalau nak cakap soal POSTPARTUM @MEROYAN@POSTNATAL DIPRESSION...memang takkan habis. Kadang2 orang sekeliling memainkan peranan penting terutama suami dan keluarga. Sebab tu dalam tempoh berpantang, ibu2 dinasihatkan betul2 jaga pantang..baik dari segi kesihatan semua tu malah emosi pun kena jaga..

Jom..akak cadangkan set berpantang yang memang terbaik..Penting tau untuk jaga kesihatan dalaman luaran kita ketika berpantang. Kalau berpantang sendiri lagi la. 



🌷Bcomplex
Ia bertindak sebagai penenang dan mengelakkan stress atau meroyan di kalangan Ibu yang sedang berpantang. Ia juga dapat meningkatkan pembentukkan sel darah merah dan sangat penting untuk menukarkan makanan yang kita ambil menjadi tenaga.

🌷Vitalea / Multivitamin dengan Zat Besi
Sangat penting kerana membekalkan 23 jenis vitamin dan mineral yang diperlukan oleh tubuh, tetapi sukar diperolehi sewaktu berpantang kerana kebanyakan makanan perlu dielakkan semasa berpantang.

🌷Vitamin C
Sangat penting bagi penyembuhan luka jahitan serta membaik pulih tisu yang rosak selepas bersalin.

🌷Energizing soy Protein-  ESP
Ramai yang tidak mengendahkan tentang keperluan protein dengan mengandaikan sudah memadai jika makan ikan, daging, telur serta minum air soya. Tahukah anda, protein cuma bertahan pada suhu tidak lebih 36°c . Jadi bila kita goreng dan memasak tentu suhunya lebih tinggi dari suhu tersebut.

🌷Alfalfa Complex
Pengambilannya dapat melegakan sakit sendi dan belakang. Bertindak seperti ‘kacip fatimah’ kepada wanita, Melegakan sembelit bagi ibu berpantang. Membantu membanyakkan susu ibu.- Membuang angin dalam badan dan Memulihkan urat selepas bersalin.
Pengalaman sendiri mengambil Alfalfa ketika hamil dan berpantang, alhamdulillah..anak bebas kuning..

🌷OsteMatrix
Menguatkan tulang ibu yang baru lepas bersalin dan bayi, Memperbaiki kekejangan dan kebas2, Meringankan stress, Sumber vitamin D dan mampu merawat penyakit rickets.

🌷Omega Guard
Boleh mengurangkan kemurungan bagi ibu yang berpantang..Boleh mengurangkan sakit kepala, Boleh mengekalkan tekanan darah normal- Mengurangkan masalah lupa pada wanita yang telah melahirkan anak.

Jadi, kenapa tunggu lagi? Set berpantang Shaklee boleh terus amalkan sebaik sahaja lepas melahirkan baby. Tak perlu nak tunggu2 macam lain2 set tu. Mudah sangat. Hubungi akak untuk konsultasi percuma..

012 4513311

Saturday, August 27, 2016

BAGAIMANA OSTEMATRIX MEMBANTU MASALAH SEMBELIT IBU HAMIL/BERPANTANG?

BAGAIMANA OSTEMATRIX MEMBANTU MASALAH SEMBELIT IBU HAMIL/BERPANTANG?

Ostematrix adalah vitamin calcium magnesium yg lengkap dengan vitamin D.

Jika ibu-ibu hanya mengambil sumber kalsium semata-mata tanpa kehadiran magnesium, masalah sembelit akan menjadi lebih buruk sehingga boleh menyebabkan buasir. Ini kerana kalsium mengikat hempedu dan lemak di dalam usus dan dibuang dalam bentuk najis besar, yang membantu membersihkan kolon.

Ostematrix

Walau bagaimanapun, apabila kalsium dimakan secara berlebihan kesan yang boleh berlaku adalah najis boleh menjadi keras, yang membawa kepada sembelit. Kalau semasa pantang ibu-ibu ada mengambil sumber kalsium seperti susu, pastikan ianya ada bersama kandungan magnesium, jika tak mmg ibu-ibu akan sembelit.

Sebab itu OSTEMATRIX  ni special dan menjadi pilihan sbb ianya adalah kalsium lengkap dengan magnesium.

Berbaki lagi 9 hari ni..PROMO OSTEMATRIX masih lagi utk anda. Jgn bertangguh lagi tau. Grab 5% utk 2BOTOL OSTEMATRIX atau boleh buat stok dengan pembelian 6BOTOL FREE 1BOTOL hari ini..

Banyak entry akak pasal Ostematrix ni. Boleh jengah2 di link2 ni yer adik kakak..





Wsap 012 4513311

Wednesday, August 17, 2016

KALSIUM PENTING UNTUK IBU HAMIL

IBU HAMIL PERLU TAHU

Kalsium teramat penting untuk ibu hamil. Kalsium yg sedia ada oleh ibu diserap oleh bayi semasa ia membesar terutamanya dalam proses pembentukan tulang. Kesan paling ketara adalah ibu hamil akan mengalami kekurangan kalsium pada jumlah yang besar khususnya pada akhir tempoh kehamilan. Contohnya ibu akan merasai sakit seperti kekejangan dan lain-lain lagi.


Kegagalan menggantikan kalsium yang diserap oleh bayi boleh menyebabkan ibu-ibu kehilangan gigi pada usia yang lebih muda daripada sepatutnya. Ibu juga berisiko tinggi menghidapi osteoporosis.

Kehilangan kalsium di kalangan ibu hamil secara relatif adalah lebih banyak iaitu sekitar 3- 10% berbanding wanita menopaus yang kehilangan 1 – 3%. Kehilangan ini berpunca daripada permintaan yang tinggi terhadap kalsium oleh bayi.

Fungsi kalsium untuk ibu hamil:

✅Membantu kekuatan tulang untuk menanggung berat bayi secara fizikal.
✅Kalsium penting untuk membantu pembekuan darah.
✅Menstabilkan transmisi impuls saraf dan merehatkan otot semasa berlakunya kontraksi.
✅Kalsium yang tidak mencukupi meningkatkan risiko praeklampsia iaitu tekanan darah tinggi
✅Pengambilan kalsium yang cukup boleh mengelakkan masalah kekejangan sewaktu proses bersalin.

Kalsium dalam ostematrix cukup sebagai bekalan kalsium ibu mengandung. Ostematrix adalah gabungan Kalsium, Magnesium, Vitamin D dan mineral-mineral lain seperti Boron, Mangan, Tembaga dan Zinc bagi membina matriks tulang yang kuat.

Ingin dapatkan Kalsium Ostematrix shaklee atau set lengkap kehamilan shaklee boleh hubungi fiza.

012 4513311

Wednesday, July 27, 2016

KELEBIHAN SET BERPANTANG SHAKLEE

Ada offer tau dgn pembelian set2 utk wanita ni..dan hari ni akak nk kongsi ckit pasal set berpantang ni (posnatal)..






"Ok..pengalaman sendiri amalkan set ni utk anak ke3..Alhamdulillah..luka cepat sgt2 sembuh..tak sampai seminggu..badan sentiasa je cergas boleh buat mcm2 kerja rmh tp ala kadar je lah..pantang kena jaga juga takut bentan kang..πŸ˜ƒbaby memang tak de kuning langsung!!..boleh amalkan terus sebaik shj melahirkan.."

Apa Kelebihan Set Bersalin Shaklee?

1. Boleh terus diambil sejurus selepas melahirkan bayi anda. Sebabnya ini vitamin bukan herba tau..so tak perlu tunggu sehingga 1-2 minggu mcm produk herba yg lain..bagus kan??
2. TIDAK menyebabkan jaundis/kuning kepada bayi anda, tidak perlu risau untuk mengambilnya bila-bila masa sahaja. Sama ada bayi anda ada jaundis atau pun tidak.
3. Luka bersalin cepat sembuh sama ada bersalin secara normal atau pembedahan..sebab adanya zink dan esp dalam set ni..Zink paling penting dalam proses pemulihan luka, bersama-sama dengan viamin C dan Protein. Menambahbaik pulih luka jahitan dan kerosakan tisu dalaman. Zink juga sebagai penggalak keinginan seksual, dapat mengatasi masalah kedinginan dalam hubungan intim suami isteri selepas tempoh berpantang.
4. Selamat untuk ibu dan bayi yang menyusu kerana semua bahan yang terkandung di dalam set ini adalah daripada bahan semulajadi. Ibu Berpantang dan Ibu Menyusu digalakkan mengambil ES dan alfalfa. Pengambilannya sangat membantu dalam pemulihan luka luaran dan dalaman tadi. Mencantikkan kulit. Memejalkan otot. Membantu dalam penurunan berat badan dan paling penting membantu menambah penghasilan susu ibu..
5. Membantu ibu menguruskan stress dan mengelakkan bentan atau meroyan...haa..dlm pntang byk sgt keja nk buat kan pd yg berpantang sendiri tu..adanya bcomplex ni..insyaAllah dpt menangani stress ibu2..
6. Membantu ibu tambah darah dan menambahkan tenaga walaupun kurang rehat dan kurang tidur.
7. Membantu ibu-ibu pulih dan kembali bertenaga dengan lebih cepat.
8. Mudah untuk diambil kerana tidak ada rasa pahit atau bau yang kurang menyenangkan.

9. Membantu ibu-ibu menurunkan berat badan dengan lebih cepat. Seperti pengalaman Puan Salwa, beliau berjaya menurunkan 20 kg selepas bersalinkan anak yang ke-3.
Nak tahu khasiat setiap 1 vitamin berpantang boleh la jenguk2 entry akak yg lepas yer...πŸ˜ƒ

πŸ₯ call/wa/sms : 012 451 3311
πŸ₯ fb : Afriza Abu Hasan
πŸ₯ blog: sweetnyer.blogspot.com
πŸ₯ email: eija_2004@yahoo.com


Friday, April 8, 2016

HIDANGAN RINGKAS YANG SEDAP KETIKA BERPANTANG

Assalamualaiku w.b.t

Ada ibu2 yang sedang berpantang sekarang ni? atau yang bakal berpantang tak lama lagi? Kalau berpantang kat rumah mak mesti tak risau kan..sebab semuanya disediakan. Ermmmm..kalau yang baru cuba2 untuk berpantang sendiri macam fiza ni mcm mana yer?..haha..sejak dua menjak ni memang asyik mengoogle je menu2 berpantang. Nak masuk anak ke3 ni dapat lah ingat lagi apa yang pernah mak masak masa dulu2 berpantang.

so..pada yang memang berhajat berpantang sendiri nanti, ada beberapa menu yang fiza dapat FB..dapat lah share dengan ibu2 semua..

Perencah Wajib Perlu ada Ketika Berpantang

  • garam
  • lada hitam
  • halia
Lada Hitam bergaram
  • Rencah lada hitam & garam. Ditumbuk sekali dan boleh ditabur atas nasi sebagai perisa/pembangkit selera mahupun sebagai bahan masakan.
  • Simpan di dalam bekas kedap udara.

Serunding ikan bilis halia



  • Bahan2: Ikan bilis goreng, halia parut goreng, lada hitam tumbuk
  • Gaulkan kesemua bahan.  Simpan dalam bekas kedap udara untuk simpanan lebih lama. Makan dengan nasi panas2..sure terangkat...fuhhhh

Kerabu Pegaga


  • Bahan: Ulam pegaga dibersihkan & dimayang, Bawang putih & bawang besar ditumbuk bersama.
  • Gaulkan kesemua bahan dan hidangkan bersama nasi panas...fuhhhh lagi terangkat

Ikan Salmon Bakar


  • Bahan: Ikan Salmon digaul bersama rencah lada hitam bergaram
  • Dipanggang hingga masak dan terus dihidangkan

Ayam Masak Halia


  • Bahan: Isi Ayam dipotong, Halia dimayang, Rencah lada hitam bergaram
  • Masukkan semua bahan dengan sedikit air, rebuskan hingga ayam masak & kuah memekat & biarkan kering sedikit

Ikan Panggang


  • Bahan: Ikan Kembung, Selar atau Tenggiri dipanggang hingga masak.
  • Dihidangkan bersama serunding ikan bilis halia atau renpah lada hitam bergaram

Sup Lobak Putih


  • Bahan: Lobak Putih, Lobak Merah, Halia, Rencah lada hitam bergaram, bawang putih
  • Renihkan air bersama halia, bawang putih dan rencah lada hitam bergaram hingga air mendidih. 
  • Masukkan Lobak dan masak hingga empuk

Ikan Merah/Haruan Stim Halia


  • Bahan: Ikan Merah/Haruan, Bawang Putih, Merah serta hirisan halian & garam
  • Letakkan semua bahan dalam pengukus dan kukus hingga masak....boleh la makan...:)

Sup Ayam


  • Bahan: Isi Ayam, Kentang, Sup Bunjut, Bawang putih, merah, halia, kulit kayu manis, bunga lawang, cengkih, buah pelaga & rencah lada hitam bergaram
  • Renihkan air bersama sup bunjut dan semua bahan kecuali ayam & kentang hingga air mendidih
  • Masukkan Ayam & kentang dan rebus hingga empuk
  • kemudian masukkan rencah lada hitam bergaram...fuhhhhh

Sup Sayur


  • Bahan: Sawi, Lobak Merah, Isi Ayam, Bawang Putih, Rencah lada hitam bergaram
  • Renihkan air bersama bawang putih, isi ayam hingga mendidih. 
  • Masukkan Lobak, Sayur sawi & rencah secukup rasa...siap....

Macam mana?..terliur tak?..hihi
Tunjuk menu ni dekat suami tau..:)
Semoga bermanfaat untuk semua...

Sunday, February 14, 2016

MUDAHNYA BERPANTANG DEGAN VIVIX

Saat2 berpantang ada yang kata best..ada yang kata penatnya tunggu 44 hari. Kerjanya menghitung hari je kan..hihi..

Alhamdulillah, kedua2 anak saya berpatang secara normal dan sememangnya sangat mudah penjagaan dalam pantang. Seawal 1 minggu luka maskin pulih.

Bagaimana pula mereka yang berpantang secara CZER? mesti perit kan. Memang sangat2 memerlulakn masa untuk pulih sepenuhnya. sangat berbeza berpantang secara normal & Czer ni.

Jom berpantang dengan Vivix.

Berpantang dengan Vivix memang berbaloi. Vivix sangat kaya dengan antioksida yang membantu pulihkan tenaga dalaman anda dengan cepat. Anda rasa lebih sihat seawal 3 hari. Khasiat dalam buah anggur yang ada pada vivix membantu pulihkan sel-sel yang rosak semasa pembedahan.

Luka dalaman juga cepat sembuh..sebab itu vivix juga menjadi kegemaran ramai pesakit diabetis kerana luka mereka cepat sembuh.

Meh kita share sikit #testimoni yang ada:





Ingin mendapatkan produk awesome kami? boleh hubungi fiza..berpantang semudah ABC dengan Vivix..

sms/wsap : 012 4513311
cod: sungai petani, padang serai
pos laju seluruh malaysia

Friday, October 2, 2015

AMALAN KETIKA BERPANTANG

Mandian Ibu Selepas Bersalin (Mandi Serom)
Menjadi amalan masyarakat Melayu Pahang, ibu lepas bersalin dimandikan dengan air rebusan Herba dan rempah ratus, lebih dikenali sebagai mandi serom. Amalan mandi serom, biasanya pada pagi hari ketiga (selepas ibu memperolehi kekuatan fizikal akibat proses kelahiran), akan mandi dengan air rebusan tersebut sekurang-kurangnya 7 hari berturut-turut (dari hari keempat hingga hari kesepuluh).
Selepas itu air mandian cuma ditambah rebusan biji halba.
Herba dan rempah ratus rebusan biasanya:-
  • Daun Sembong
  • Daun Jambu Batu
  • Daun Lengkuas
  • Daun Ganda Rusa
  • Daun Pandan
  • Daun Senduduk
  • Daun Mengkudu
  • Daun Serai Wangi
Biji Halba
Amalan Urut seluruh badan
Biasanya Mak Andam atau Mak Bidan yang ditempah lebih awal akan menjalankan tugasan mengurut. Urut biasanya dimulakan selepas tiga hari bersalin (masa ini ibu lepas bersalin telah pulih dari sakit bersalin) Ia tidak boleh dilewatkan kerana si Ibu akan mula berasa sengal-sengal badan sekira tidak diurut ketika itu. Walau bagaimanapun Ibu-ibu muda sekarang tidak mementingkan ini kerana keadaan tubuh badannya yang kuat dari segi fisikal merasakan ianya tidak perlu melecehkan.Menurut mereka yang berpengalaman, amalan berurut perlu kerana dengan berurut organ-organ peranakan dalam badan dapat diperbetulkan kedudukannya. Tanpa urut ia kan memberi kesan negetif setelah usia meningkat. Sesetengah orang berpendapat berat badan naik dengan mendadak setelah melahirkan anak kedua atau ketiga sekiranya ibu-ibu muda tidak mengamalkan amalan berurut dan lain-lain amalan semasa melahirkan anak.

Disini peranan anggota-anggota keluarga atau saudara tertua adalah penting untuk menasihatkan ibu-ibu muda mengamalkan tradisi urut selepas bersalin. Pada kebiasaannya urut memakan masa tidak kurang dari dua jam dan dilakukan selama tiga pagi berturut-turut. Sewaktu berurut biasanya ibu-ibu berkesempatan mempelajari petua-petua yang diberikan oleh Mak Bidan. (perincian urut tidak dapat dinyatakan disini) Mak Bidan juga biasanya akan mengajar cara-cara berdandan terutama menggunakan ubat-ubatan tradisional (biasanya jenis sapuan) dan juga mengikatkan rambut dengan kemas dan ketat.


sweetnyer.blogspot.com


Amalan bertungku
Amalan bertungku merupakan satu amalan yang terpenting dan perlu diamalkan oleh setiap ibu bersalin. Ia mempercepat proses penyembuhan luka diperanakan. Mereka yang bertungku akan dapat merasakan kesan positif kerana apabila sedang bertungku darah nifas akan keluar lebih banyak dari biasa dan ini akan mempercepatkan kering darah nifas.Amalan ini memerlukan kesungguhan dan sebaik-baiknya dijalan kan selama tidak kurang dari 45 minit pagi dan petang selama tempuh berpantang empat puluh empat hari atau lebih. Tidak hairanlah ia kerap ditinggalkan oleh ibu-ibu bersalin kerana mudah berasa jemu kerana memerlukan kerajianan usaha ibu itu sendiri. Secara peribadi sekiranya ibu-ibu tiada kemampuan untuk berpantang makan, amalan bertungku ini tidak boleh tidak jangan ditinggalkan. Ia merupakan awet muda dan nengekalkan keharmonian dan kebahagian rumahtangga seterusnya, Insyaallah.

Pada peringkat awal pantang ibu bersalin perlu mendapat bantuan orang lain untuk menyediakan tungku ( membakar dan membalut tungku).Bertungku dijalankan dua kali sehari setiap pagi dan petang sehingga lepas pantang. Batu tungku biasanya dari batu sungai pejal dan licin bersaiz penumbuk dewasa atau sesetengah tempat dibuat dari besi tuang (cast iron) berbentuk botol pipih. Sebelum dibalut dengan sepuluh lapis kain kapas elok dilapek disebelah dalam dengan beberapa lapis susunan daun mengkudu, ini mengelakan kain dari hangus dan wap panas dari daun mengkudu juga dikatakan ada kesan baik. Sebaik-baiknya gunakan lapisan daun serom.

Amalan bertungku pada asasnya ialah untuk memanas seluruh anggota badan (menurut ulama 6,666 urat dalam anggota badan bengkak dan merasa sakit semasa melahirkan anak) menjadi sakit dan perlu di pulihkan perlahan semasa tempuh pantang. Kesan panas dari batu tungku membantu proses pemulihan ini. Bertungku perut dibuat sambil berbaring. Anggota badan yang perlu diberi tumpuan ialah perut. Seluruh bahagian perut ditungku dengan menekan batu tungku dan di tolak ke atas. Mulakan dari bawah pusat sehingga seluruh perut. Direingkat ahkir bertungku anggota lain seperti punggung, peha, labu betis dan tapak kaki.

Amalan Berbarut
Memakai barut adalah sama penting dengan amalan bertungku dan perlu dilakukan sepanjang tempoh berpantang selama empat puluh empat hari. Dipakai selepas siap bertungku sebelah pagi dan petang. Sebelum memakai barut perut disapu dengan jadam untuk minggu pertama dan hari-hari kemudiannya disapu dengan kapur sirih dicampurkan perahan air limau nipis. Ini untuk menghilangkan kesan hitam dan menegangkan semula otot perut.

Amalan Pemakanan
Air Koma-Koma (Safron)
Setengah gran saffron direndam kedalam satu cawan air panas diminum tiga pagi pertama selepas bersalin untuk membantu mempercepatkan penyembuhan luka dalaman. Sekiranya mampu boleh gunakan satu gram saffron (catitan; harga sepeket saffro 1 gram antara RM10 -RM15)

Air Rebusan Kayu Sepang & Kederang
Satu jengkal Kayu sepang sebesar jari kelingking (air rendaman berwarna kuning) dan kayu kedetarang (air redaman berwarna merah) saiz yang sama direbus dalam 1 hingga 2 liter air yang mendidih disediakan setiap hari dijadikan air minum sewaktu makan atau dahaga.

Sarapan Pagi
Sarapan pagi biasanya selepas siap mandi pagi, berurut dan senaman ringan, bertungku, berdandan dan berbarut, biasanya selepas jam 9.00 pagi.
Sarapan terdiri dari air susu dan sedikit kuih dari tepung beras seperi apam tanpa kelapa atau biskut lemak.

Makan Tengahari
Menu makan terdiri dari nasi putih dengan sekeping ikan tenggiri selebar tiga jari, 25 mm tebal. Ikan ini disalai dengan sapuan garam dan kunyit hidup.Makan tiga biji kani (yang dibenamkan kedalam nasi yang hampir kering dan menjadi lembut selepas itu) juga dijadikan amalan
Sayur hijau pucuk (termasuk akar) pengaga. Ditambah dengan ikan bilis salai ditubuk lumat dengan sedikit lada hitam sebagai penambah selera.
Segelas air minum rebusan air akar kayu atau sekurang-kurangnya rebusan air kayu sepang dan kederang.

Minum Petang

Sama seperti sarapan pagi. Selepas bertungku dan berbarut semula. Antara jam 4.00 - 5.00 petang.


Makan Malam
Menunya sama seperti makan tengahari. Antara 7.00 - 8.00 malam.

Rawatan sampingan
Pilis
Menyapu pilis menggantikan bedak selepas siap bertungku pagi dan petang
Sapuan asahan biji kani
Asah biji kani pada buntut pasu dan sapu asahan biji kani pada luka luar anggota kelamin agar membantu menyembuh luka. Ini hanya dilakukan mulai hari ketiga atau keempat sehingga luka pulih.
Biji kani
Sebagai tambahan tiga biji buah kani saiz hujung kelingking dibenamkan dalam nasi yang telah mendidih (mulai kering). Ia akan lembut dan dimakan semasa makan tengahari dan malam. Ini membantu menyembuhkan luka dalaman.
Cucian Air Asam Keping
Semasa mandi sediakan air asam keping untuk membasuh luka. Walau pun pedih cuci bahagian yang luka perlahan-lahan dengan air asam keping tadi
Penyusuan bayi dengan susu ibu
Bayi harus diberi susu ibu sejak mula dilahirkan.
Air rebusan akar kayu 
Pantang larang dan amalan-amalan lain dalam tempoh 44 hari.
  • tidak keluar rumah,
  • kurangkan berjalan dan membuat pergerakan pantas atau lasak,
  • tidak makan dan minum berlebihan,
  • menjaga makan,
  • jangan membaca atau melaksanakan kerja yang memerlukan tumpuan seperti menjahit atau seumpamanya,
  • terdedah pada cuaca sejuk,
  • melepaskan rambut terurai, hendaklah diikat kemas, memakai wangi-wangian.

Sunday, September 6, 2015

SIHAT DENGAN SUSU IBU


Bayi yang disusukan dengan kerap dapat mengekalkan pengeluaran susu kerana ransangan sekali gus mengurangkan bengkak payudara.  Ibu juga perlu memastikan bayi mendapat susu yang cukup.



Ibu juga perlu memastikan posisi menyusu yang selesa bagi mengelakkan puting merekah dan payudara bengkak.

Kandungan nutrien dalam susu ibu cukup untuk pertumbuhan bayi sejak lahir sehingga 6 bulan. Ini bagi memastikan penyerapan zat besi yang optimum daripada susu ibu. Pengambilan bahan makanan lain boleh mengurangkan penyerapan nutrien dalam susu ibu seperti zat besi.

so...elakkan makanan lain selain susu ibu sehingga bayi anda 6bln. Saya perkenalkan makanan pejal pada bayi pada usia 8bln+.

sebabnya, enzim2 penghadaman yang terlibat belum bersedia sepenuhnya, oleh itu, bayi mudah cirit birit jika makanan pelengkap diperkenalkan lebih awal.

sweetnyer.blogspot.com


Susu ibu amat penting bagi: 
  • perkembangan psikomotor, 
  • emosi dan sosial yang lebih baik,
  • perkembangan IQ yang tinggi,
  • kurang risiko diabetes, kanser,
  • jangkitan telinga, pneumonia, antibodi melawan penyakit,
  • kurang risiko insiden sindrom kematian mengejut,
  • penghadaman mudah,
  • menggalakkan tumbesaran,
  • mengurangkan risiko alahan,
  • mengelakkan cirit birit dan penyakit saluran pernafasan
  • mempunyai komposisi nutrient yang cukup

Ibu yang menyusu bayinya selepas bersalin akan lebih tenang dan kurang tekanan, mendapat pemulihan fizikal yang cepat dan sekaligus mempercepatkan proses penurunan berat badan jika disertai dengan senaman.




KAWASAKI DESEASE MENYERANG KANAK-KANAK

  Pengalaman Ibu dengan Penyakit Kawasaki – Qaisara Nama penyakit nampak lawak, tapi hakikatnya Kawasaki Disease ni sangat bahaya. Ia radang...