Showing posts with label TIPS PENYUSUAN SUSU IBU. Show all posts
Showing posts with label TIPS PENYUSUAN SUSU IBU. Show all posts

Saturday, September 10, 2016

9 TIPS MENJAYAKAN MISI PENYUSUAN SUSU IBU SI KEMBAR ANDA

9 TIPS MENJAYAKAN MISI PENYUSUAN SUSU IBU SI KEMBAR ANDA

Baru-baru ni ada kawan kat FB lahirkan bayi kembar. Alahai comelnya si kembar. Salah satu impian akak dulu2 sebelum Muhammad Hadif lahir. Padahal tak der plak keturunan kembar ni. Berangan je lah...

Anak kembar? Maksudnya semua kerja nanti double. Huhu. Anak sorang pun rasa mcm susah nk handle...tambah2 pula anak kembar kan. Penatnya mungkin masa baby je lah. Bila besar nnti seronok tgk. Percaya lah..cewahhhh mcm ada pengalaman kan..haha

Tapi part menyusu memang akak tak leh nak bayangkan macam mana..huhu. Ada terbaca dalam Pa Ma mcm mn nak handle..so akak kongsi disini yer..
Semoga niat ibu2 nak menyusukan si kembar berjaya dan dipermudahkan.

1. Waktu kelahiran bayi
Kebanyakan bayi kembar lahir secara pramatang atas sebab-sebab kesihatan ibu. Keadaan ini sudah tentu mempengaruhi persiapan payudara untuk menghasilkan susu kerana ia memerlukan masa lebih lama untuk menghasilkannya.

Dalam hal ini ibu mempunyai dua pilihan sama ada memberikan bayi dengan susu formula terlebih dahulu atau mengepam payudara. Semakin kerap dipam, pengeluaran susu ibu akan semakin lancar dan banyak, maka ibu boleh menyusukan bayi kembar dengan normal.

2. Berkongsi pengalaman
Carilah sebanyak mungkin info dan perkongsian pengalaman daripada mereka yang pernah menyusukan bayi kembar. Kalau tak jumpa di sekeliling anda, cari sahaja di internet. Ada bermacam forum, blog dan laman web tentang ibu menyusu. Bahkan anda juga boleh berkonsultasi dengan konsultan laktasi yang kini ada ramai di luar sana bersedia memberikan khidmat nasihat berkenaan hal penyusuan.

Haa..yg ni memang byk sangat2 group2 ibu menyusu kat FB. Akak pun ada 2/3 org kawan yg berjaya BF anak secara eksklusif sampai 2thn. Steady kan..

3. Buat jadual menyusu
Waktu untuk menyusukan bayi kembar bergantung kepada ibu dan bayi sendiri. Namun kebanyakan ibu lebih selesa memilih waktu yang sama untuk menyusukan si kembar. Ada dua sebab mengapa mereka memilih masa yang serentak iaitu pertama kerana efisiensi waktu.

Walaupun memerlukan masa yang lebih panjang, tetapi ibu tidak perlu bergantian menyusukan bayi yang pasti mengambil masa yang lama untuk ibu.
Kedua, ibu tidak perlu panik apabila salah seorang kembar menangis ketika sedang menyusukan seorang kembar. Jadi kalau anda memilih untuk menyusukan kembar serentak, lakukan ia sejak awal lagi sehingga pasangan kembar stabil memiliki jam penyusuan yang sama.


4. Memilih posisi selesa
Pemilihan posisi menyusu memainkan peranan penting dalam kejayaan penyusuan susu ibu. Posisi paling selesa dan sesuai untuk ibu beranak kembar adalah football hold ataucradle hold.
Alat bantuan seperti bantal menyusu sangat membantu ibu anak kembar lebih selesa dan tidak penat ketika menyusukan bayi. Dengan bantuan bantal ini, ibu tidak perlu terlalu memagang atau memeluk si kembar ketika mereka menyusu.

5. Selang-seli posisi
Jangan biasakan bayi anda menyusu di payudara yang sama secara terus-menerus. Jika sebelumnya bayi A sudah menyusu di payudara kiri maka untuk sesi penyusuan selepas itu biarkan dia menyusu di payudara sebelah kanan dan seterusnya.

6. Sokongan suami
Tiada siapa yang mampu memberikan sokongan sehebat suami sendiri. Jadi para suami mestilah memberikan sokongan tidak berbelah bahagi kepada isteri yang menyusukan anak apatah lagi anak kembar. Membantu menyiapkan kerja rumah, menyediakan minuman untuk isteri ketika menyusu si kembar dan sekurang-kurangnya berada di sisi isteri ketika proses menyusukan anak sedang berlaku sudah cukup membahagiakan isteri.

7. Sokongan Keluarga
Bukan setakat sokongan suami yg kita perlu. Akak yg sorang ni pun sama. Sokongan keluarga terutama mak sangat2 kita perlu. Sebab apa tau..kadang2 ada je mak2 kita boleh suggest bagi FM bila diaorg tgk baby kita asyik2 nk bunyi. Yang ni memang selalu sangat terjadi. Mcm akak pun masa Qisya baru seminggu mak dah suggest. Nasib baik akak kuat semangat tau. So..penting sangat2 sokongan keluarga terutama mak dan mil. Org lain tu lantak lah yer.

8. Educate Pengasuh
Yang ni penting bagi ibu2 yg bekerja. Kena cari yg betul2 boleh handle EBM. Tak kisah la samada sedara kita ke..jiran kita ke. Pastikan mereka tahu nk handle. Kita ajar pun tak per..yg penting mereka boleh jaga anak kita tu dengan baik. Bekalkan diaorg kelengkapan yg cukup seperti warmer. Penting tu.

9. Milk Booster
Kadang2 tak perlu pun milk booster ni tapi apa salahnya bekalkan nutrisi yg cukup kpd bayi kita kan. Dapatkan suplimen utk kita sentiasa cergas, sihat dan cukup vitamin. Nanti semuanya dpt diserap kepada bayi melalui susu ibu.

Boleh jer cari akak utk Set Menyusu. Perlu untuk keperluan anda dan bayi..

Dekat Pa Ma ada 6jer. Akak pepandai sendiri tambah lagi 3..haha.

Apa2 pun..semoga bermanfaat utk kita bersama.

Sunday, September 6, 2015

SIHAT DENGAN SUSU IBU


Bayi yang disusukan dengan kerap dapat mengekalkan pengeluaran susu kerana ransangan sekali gus mengurangkan bengkak payudara.  Ibu juga perlu memastikan bayi mendapat susu yang cukup.



Ibu juga perlu memastikan posisi menyusu yang selesa bagi mengelakkan puting merekah dan payudara bengkak.

Kandungan nutrien dalam susu ibu cukup untuk pertumbuhan bayi sejak lahir sehingga 6 bulan. Ini bagi memastikan penyerapan zat besi yang optimum daripada susu ibu. Pengambilan bahan makanan lain boleh mengurangkan penyerapan nutrien dalam susu ibu seperti zat besi.

so...elakkan makanan lain selain susu ibu sehingga bayi anda 6bln. Saya perkenalkan makanan pejal pada bayi pada usia 8bln+.

sebabnya, enzim2 penghadaman yang terlibat belum bersedia sepenuhnya, oleh itu, bayi mudah cirit birit jika makanan pelengkap diperkenalkan lebih awal.

sweetnyer.blogspot.com


Susu ibu amat penting bagi: 
  • perkembangan psikomotor, 
  • emosi dan sosial yang lebih baik,
  • perkembangan IQ yang tinggi,
  • kurang risiko diabetes, kanser,
  • jangkitan telinga, pneumonia, antibodi melawan penyakit,
  • kurang risiko insiden sindrom kematian mengejut,
  • penghadaman mudah,
  • menggalakkan tumbesaran,
  • mengurangkan risiko alahan,
  • mengelakkan cirit birit dan penyakit saluran pernafasan
  • mempunyai komposisi nutrient yang cukup

Ibu yang menyusu bayinya selepas bersalin akan lebih tenang dan kurang tekanan, mendapat pemulihan fizikal yang cepat dan sekaligus mempercepatkan proses penurunan berat badan jika disertai dengan senaman.




Wednesday, March 11, 2015

Penyusuan Susu Ibu: Keperluan Ibu dan Bayi

Apa yang anda dan bayi anda perlukan semasa menyusui?

Sesetengah kalori yang diperlukan untuk penghasilan susu badan dibekalkan oleh simpanan lemak badan semasa kehamilan. Walau bagaimanapun, kalori tambahan diperlukan melebihi had pengambilan pra-kehamilan anda untuk memberikan tenaga yang secukupnya untuk membekalkan keperluan bayi anda yang sedang membesar.

Apabila anda mula mencerai susu dengan bayi anda, keperluan kalori anda akan kembali ke tahap pra-kehamilan secara perlahan.

Apa yang perlu saya makan semasa menyusui?

Anggap penyusuan badan sebagai motivasi berterusan untuk mengikuti diet yang sihat sepertimana yang anda ikuti semasa kehamilan. Fokus ke atas pengambilan bijiran penuh seperti nasi perang dan bijiran, buah-buahan dan sayur-sayuran segar dan makanan yang memberikan banyak protin, kalsium dan zat besi (dan seperti biasa, makanan ringan sekali-sekala adalah okay).

Pilih snek yang berkhasiat seperti yogurt, kekacang dan kekeras, telur dan sandwic yang diperbuat daripada roti gandum penuh. Adalah baik jika anda menghadkan pengambilan makanan bergoreng dan juga makanan yang disediakan dengan minyak sapi dan santan kelapa.

Dalam sesetengah komuniti, mungkin terdapat pantang terhadap sesetengah jenis makanan untuk bulan pertama atau 44 hari selepas kelahiran. Walau bagaimanapun, pakar-pakar tetap mengatakan bahawa anda tidak perlu menghadkan diet anda kecuali bayi anda menunjukkan tanda-tanda sensitif selepas menyusu.

Minum banyak air untuk mengekalkan bekalan susu anda

Pastikan anda minum banyak air – lapan sehingga 12 gelas air sehari adalah mencukupi. Untuk kepelbagaian, anda boleh pilih jus buah-buahan atau sayur-sayuran, air kurma merah, susu soya tiada gula dan minuman dadeh. Ini akan membantu badan anda untuk menghasilkan susu yang diperlukan oleh bayi anda.

Berjaga-jaga dengan apa yang anda makan dan minum

Sila beringat bahawa bahan seperti kafein, alkohol dan toksin lain boleh meresap ke susu badan anda, jadi anda perlu mengelak dari memakannya secara berlebihan. Nikotin dari rokok dan ubat juga boleh masuk ke dalam susu badan anda dan perlu dielakkan (doktor anda boleh menasihatkan anda mengenai kesesuaian ubat-ubat tertentu bagi rawatan).

Anda boleh mengetahui jika anak anda sensitif kepada sesuatu yang anda makan atau minum kerana dia akan menunjukkan ketidakselesaannya dengan menjadi resah selepas menyusu, menangis tidak boleh ditenangkan atau tidak lena tidur. Jika bayi anda alah kepada sesuatu yang anda makan, anda boleh lihat reaksi pada kulitnya (ruam atau gatal-gatal), dalam pernafasannya bunyi berdehit atau kesesakan), atau dalam najisnya (warna hijau atau bermukus). Hubungi pakar pediatrik anda untuk nasihat lanjut.

Sesetengah wanita tahu bahawa makanan berempah atau pedas akan memberi masalah kepada bayi mereka, jadi proses mencuba adalah panduan terbaik anda sebab makanan yang merangsang keadaan tidak selesa berbeza dari satu bayi ke bayi yang lain. Jika anda boleh makan ayam halia atau sayur kari pedas tanpa membawa masalah kepada bayi anda, makanlah. Sebagai satu peringatan kepada anda – beberapa punca kolik yang biasa ialah brokoli, kubis, bawang dan kubis Brussels.

Dapatkan zat besi yang banyak

Jika anda mengambil vitamin tambahan semasa anda hamil, anda tidak perlu mengambilnya lagi selepas kelahiran bayi anda. Walau bagaimanapun, anda mungkin memerlukan zat besi tambahan.

Ramai wanita telah menggurangkan simpanan zat besi mereka semasa tahun-tahun subur mereka. Tanyalah pakar obstetrik, doktor keluarga atau GP anda untuk mendapat nasihat.

Jika anda terus mengambil vitamin tambahan, ingatlah bahawa itu tidak boleh menggantikan habit pemakanan yang tidak baik. Berusahalah untuk mengambil diet yang seimbang dan pelbagai.

Bagaimana dengan diet semasa menyusui?

Kurangkan berat badan secara perlahan dengan menggabungkan diet sihat yang rendah lemak dengan senaman ringan. Penurunan berat badan yang cepat akan membahayakan bayi anda sebab mungkin ini membebaskan toksin - yang selalunya disimpan dalam lemak badan – ke dalam aliran darah, justeru meningkatkan jumlah pencemar yang akan masuk ke dalam susu badan anda. 

Sebagai tambahan, penyusuan juga membantu membakar lemak yang terkumpul semasa kehamilan dan digunakan untuk menghasilkan susu. Seorang ibu yang menyusui membakar lebih banyak kalori daripada yang tidak menyusui. Ini bermakna wanita-wanita yang menyusui boleh turun berat setengah kilogram sebulan, hanya kerana penggunaan tenaga yang diperlukan untuk menghasilkan susu. 

Adalah baik menunggu 10 bulan sehingga setahun untuk kembali kepada berat pra-kehamilan anda. Jika anda mahu mengurangkan sedikit pengambilan makanan anda, tunggu sehingga sekurang-kurangnya enam minggu selepas kelahiran bayi anda. Menghadkan pengambilan makanan anda pada minggu awal laktasi akan mengurangkan bekalan susu anda. 



~ fiza~

Wednesday, March 30, 2011

Penyusuan Ketika Hamil Tidak Mudaratkan Kandungan

Soalan:

Saya kini mengandung lima minggu. Doktor menasihatkan saya menghentikan penyusuan susu ibu kepada anak kedua yang baru berumur lima bulan. Dia khuatir saya tidak mampu menyusukan dua orang anak dalam satu masa memandangkan saya bertubuh kecil. Persoalannya, bolehkah penyusuan susu ibu memudaratkan kandungan? Adakah kehamilan boleh merencatkan penghasilan susu dan perlukah saya mengambil supplement untuk menambah susu?

Zuraini Mohamad Redhuan Sepang, Selangor
Jawapan:

American Academy of Pediatrics menyarankan bayi diberi susu eksklusif dalam enam bulan pertama tanpa diberi sebarang jenis supplement formula, air atau makanan dan terus menyusu badan sepanjang tahun pertama dan seterusnya. Untuk pengetahuan anda, sepanjang tempoh penyusuan eksklusif, kemungkinan untuk mengandung adalah agak tipis tetapi ia bergantung kepada beberapa faktor. Oleh itu, tidak mustahil untuk anda mengandung lagi walaupun dalam tempoh penyusuan.

Sehubungan itu, apabila disahkan mengandung, kebanyakan ibu dalam dilema sama ada mahu bercerai susu ataupun terus menyusu. Ini berlaku akibat konflik yang dialami setelah mendapat nasihat daripada ahli keluarga, kawan-kawan mahupun doktor. Setakat ini, belum ada bukti yang mengesahkan kehamilan boleh memudaratkan kandungan. Namun, jika ibu pernah melahirkan bayi pra matang, hamil kembar ataupun menunjukkan tanda-tanda akan melahirkan lebih awal dari tarikh jangkaan, ia patut diberi perhatian kerana oksitosin boleh merangsang kontraksi dan boleh menyebabkan kelahiran pra matang. Oleh kerana itulah, ibu biasanya dinasihatkan untuk bercerai susu.

Walau bagaimanapun, kajian menunjukkan bahawa rahim tidak memahami “mesej” daripada oksitosin untuk memulakan kontraksi sehinggalah kandungan berusia lebih kurang 24 minggu. Jadi, penyusuan sehingga kandungan berusia 20 minggu masih dianggap selamat. Jadi, ibu tidak perlu bercerai susu secara mendadak. Bagi ibu yang bercadang meneruskan penyusuan, dia perlu mengambil kira beberapa perkara penting: sejarah perubatan, tahap keselesaan fizikal dan emosi, usia anak dan keperluan penyusuannya.

Dalam pada itu, penyusuan sewaktu mengandung tidak akan menghalang janin mendapatkan zat makanan yang diperlukannya. Ia juga tidak akan melemahkan tubuh ibu. Sewaktu mengandung, amat penting untuk anda mengambil makanan berkhasiat, mendapatkan berat badan yang sesuai dan menikmati rehat yang secukupnya. Ibu yang memperoleh khasiat yang mencukupi, sepatutnya tidak akan mempunyai masalah untuk membekalkan khasiat untuk kandungannya dan anak yang disusukan.

Untuk pengetahuan anda, sewaktu mengandung kebanyakan ibu akan mengalami masalah dalam penghasilan susu disebabkan oleh perubahan hormon. Malah, sewaktu trimester kedua, susu itu akan mula berubah menjadi kolostrum. Kuantiti dan rasa susu akan berubah secara mendadak. Oleh kerana itulah, kebanyakan bayi akan bercerai susu dengan sendirinya setelah menganggap rasa susu berbeza daripada biasa.

Perlu diingat! Jika anda menyusukan bayi berumur kurang dari enam bulan sewaktu mengandung, anda perlu memantau perkembangan dan pertambahan berat badannya. Bayi yang berumur enam bulan ke atas pula biasanya mereka akan berubah selera kepada makanan pejal memandangkan bekalan susu anda makin berkurangan.

sumber: FB


## Alhamdulillah...masih diberikan rezeki utk ibu terus menyusu HI..cuma skrg ibu dah terpaksa top up FM (3bln dah)...insyaAllah lepas ni kita tandem nursing plak ye...semoga rezeki masih berpihak pd HI..AMIN

Tuesday, March 15, 2011

BOTOL SUSU BPA DIHARAMKAN


PC atau polycarbonate ini dibuat daripada sejenis kompaun organic polycarbonate resins yang boleh merembeskan bahan toxic iaitu Bisphenol A atau nama glamornya BPA. BPA boleh meresap ke dalam air minuman dengan kewujudan haba atau agen pencuci.
Kesan BPA terhadap bayi dan kanak – kanak paling dibimbangkan kerana boleh mengakibatkan kecacatan otak dan membantut tumbesaran. Ia juga dipercayai boleh menyebabkan breast kanser dan prostat kanser.

Berikut adalah kesan buruk BPA:
  • Mengganggu gugat perkembangan otak dan perubahan tingkah laku kepada janin dan bayi yang baru lahir
  • Memberi kesan buruk kepada kelenjar prostat janin, bayi dan juga kanak-kanak
  • Memberi kesan buruk kepada kelenjar susu janin, bayi dan kanak-kanak perempuan
  • Masalah kegemukan atau obesiti
  • Kecacatan pada bayi baru lahir
  • Menambahkan risiko kematian bayi
  • Pengurangan berat badan bayi dan kecacatan kepada keturunan seterusnya
  • Menambahkan risiko mendapat kanser dan sakit jantung
  • Beri kesan kepada kelenjar tiroid serta sistem reproduktif


Sila check label botol anda. No. 7 menunjukkan ianya mengandungi BPA!


PUTRAJAYA: Kerajaan memutuskan untuk mengharamkan penjualan susu botol bayi polikarbonat yang mengandungi ”Bisphenol A” (BPA), berkuat kuasa 1 Mac 2012.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai, berkata perkara itu diputuskan oleh Jemaah Menteri pada 2 Mac lalu sebagai langkah berjaga-jaga kerana sehingga kini tiada bukti saintifik yang kukuh menunjukkan botol susu tersebut adalah selamat digunakan golongan berisiko tinggi terutama bayi dan kanak-kanak.

“Polikarbonat adalah plastik yang digunakan dalam pembuatan botol susu bayi dan ‘bisphenol A’ ialah bahan kimia industri yang ditambah dalam botol susu bayi polikarbonat untuk menjadikannya keras dan lutsinar,” katanya.

Kerajaan memberi tempoh satu tahun untuk memastikan tindakan pengharaman itu dilaksanakan dengan lancar secara berperingkat, katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat pasca kabinet kementeriannya di sini hari ini.

Tindakan pengharaman itu diambil dengan mengambil kira BPA didapati boleh menyebabkan gangguan kepada sistem hormon sekaligus mengganggu sistem fungsi tubuh, katanya dan menurutnya bagaimanapun sehingga kini tiada sebarang penilaian dijalankan berhubung sistem hormon dalam tubuh bayi. – Bernama



Kenapa tunggu 2012 haram botol susu polikarbonat

- berita harian

PERBEZAAN botol susu diharamkan policarbonate (kanan) dengan botol susu boleh digunakan.
PERBEZAAN botol susu diharamkan policarbonate (kanan) dengan botol susu boleh digunakan.
PUTRAJAYA: Mengapa tunggu hingga 2012 jika ia membahayakan? Persoalan yang ditimbulkan berikutan tindakan kerajaan menunggu hingga tempoh itu bagi pengharaman penjualan botol susu bayi polikarbonat yang mengandungi bahan Bisphenol A (BPA) kerana dikhuatiri boleh mengganggu sistem hormon dan tubuh bayi serta kanak-kanak.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai, berkata keputusan Kabinet yang dicapai pada 2 Mac lalu itu bertujuan memberi tempoh pada pihak industri membuat persediaan menukar atau membeli mesin serta menggunakan bahan mentah sesuai bagi memenuhi peraturan baru itu.
“Keputusan ini diambil sebagai langkah berjaga-jaga kerana sehingga kini tiada bukti saintifik menunjukkan botol susu polikarbonat yang mengandungi BPA selamat untuk golongan berisiko tinggi khususnya bayi dan kanak-kanak,” katanya pada sidang media di sini, semalam.
Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) dan Kumpulan Gabungan Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA), mempersoalkan tindakan itu dan mendesak kerajaan mengharamkan terus penjualan botol berkenaan.

Setiausaha Agung PPIM, Datuk Dr Maamor Osman, berkata tindakan kerajaan mengharamkannya pada tahun depan hanya akan menyebabkan lebih ramai bayi dan kanak-kanak berisiko mendapat pelbagai penyakit.

Pengarah Komunikasi FOMCA, Mohd Yusof Abdul Rahman pula mahu setiap botol susu yang dipasarkan melalui pemeriksaan ketat bagi memastikan penggunaannya tidak membahayakan kesihatan bayi dan kanak-kanak.

Tiong Lai sebelum itu berkata, kajian terhadap 159 sampel botol susu bayi juga mendapati 85 peratus atau 135 dikesan mengandungi bahan BPA dalam julat 0 hingga 0.7 miligram per kilogram.
Katanya, kajian Universiti Malaya (UM) pula menunjukkan kadar migrasi sebanyak tujuh kali ganda pada suhu 80 darjah celsius berbanding pada suhu bilik 25 darjah celsius. Kadar migrasi merujuk kepada percampuran bahan BPA itu dengan kandungan botol susu berkenaan pada suhu tertentu.

“Dalam tempoh setahun ini, pengguna perlu mengambil langkah berjaga-jaga untuk mengurangkan risiko pendedahan kepada migrasi BPA berdasarkan panduan penggunaan botol susu bayi polikarbonat yang disarankan kementerian,” katanya.

Bagaimanapun, katanya orang ramai boleh bertindak awal dengan menukar penggunaan botol susu bebas BPA mengikut kemampuan masing-masing.

Beliau berkata, pengharaman ini selaras tindakan sama yang diambil beberapa negara antaranya Jerman, Perancis, Denmark, Kanada, Australia, New Zealand dan Kesatuan Eropah.

Justeru, beliau menasihatkan orang ramai yang menggunakan botol susu bayi polikarbonat supaya mematuhi arahan pengendalian dan mengelak menggunakan air panas secara terus ketika membancuh susu, selain menggunakan peralatan mencuci botol sesuai bagi mengelakkan permukaan dalam botol rosak serta bercalar.

Orang ramai yang ingin mendapatkan maklumat lanjut boleh menghubungi Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan di talian 03-88833652/3653/3655 atau melayari laman web www.moh.gov.my atau http://fsq.moh.gov.my.

INFO: Bisphenol A (BPA)
- Bahan kimia industri yang digunakan dalam penghasilan botol susu bayi polikarbonat
- Boleh menyebabkan gangguan kepada sistem hormon sekali gus mengganggu sistem fungsi tubuh bayi
- Botol susu bayi bebas BPA biasanya dilabel `bebas BPA' pada bahagian bawah botol.
- Botol susu bayi polikarbonat yang mengandungi BPA bersifat keras dan lutsinar
- Ia boleh dikenal pasti melalui kod identifikasi plastik yang biasa didapati di bawah botol susu bayi.
- Kod terbabit ialah nombor 7, nombor 7 dan PC, nombor 7 dan `other'
- Alternatif botol susu bayi di pasaran ialah yang diperbuat daripada polypropylene (PP), polyethersulfone (PES), polyamides (PA) dan kaca.

INFO: Panduan pengendalian botol susu bayi polikarbonat:


  • Steril botol susu bayi mengikut arahan pengendalian pada label atau yang diberikan oleh pengeluar, jika ada.
  • Jika tiada panduan, pengguna perlu merendam botol susu bayi polikarbonat dalam air yang mendidih selama lima hingga 10 minit.
  • Elak menggunakan air panas secara terus dalam botol susu bayi polikarbonat untuk membancuh susu.
  • Guna peralatan mencuci botol susu yang sesuai seperti span dan berus lembut bagi mengelakkan permukaan dalam menjadi rosak dan bercalar.
  • Sentiasa periksa permukaan dalam botol susu dan jika ada kesan calar atau rosak, ia perlu diganti.
  • Jika tiada kerosakan, botol susu perlu diganti setiap enam bulan.




  • #### Alhamdulillah...awal2 lg ibu dah alert tentang benda ni semua...........



    sumber:
    http://networkedblogs.com/fpRuk
    bernama

    KAWASAKI DESEASE MENYERANG KANAK-KANAK

      Pengalaman Ibu dengan Penyakit Kawasaki – Qaisara Nama penyakit nampak lawak, tapi hakikatnya Kawasaki Disease ni sangat bahaya. Ia radang...