Friday, October 2, 2015

AMALAN KETIKA BERPANTANG

Mandian Ibu Selepas Bersalin (Mandi Serom)
Menjadi amalan masyarakat Melayu Pahang, ibu lepas bersalin dimandikan dengan air rebusan Herba dan rempah ratus, lebih dikenali sebagai mandi serom. Amalan mandi serom, biasanya pada pagi hari ketiga (selepas ibu memperolehi kekuatan fizikal akibat proses kelahiran), akan mandi dengan air rebusan tersebut sekurang-kurangnya 7 hari berturut-turut (dari hari keempat hingga hari kesepuluh).
Selepas itu air mandian cuma ditambah rebusan biji halba.
Herba dan rempah ratus rebusan biasanya:-
  • Daun Sembong
  • Daun Jambu Batu
  • Daun Lengkuas
  • Daun Ganda Rusa
  • Daun Pandan
  • Daun Senduduk
  • Daun Mengkudu
  • Daun Serai Wangi
Biji Halba
Amalan Urut seluruh badan
Biasanya Mak Andam atau Mak Bidan yang ditempah lebih awal akan menjalankan tugasan mengurut. Urut biasanya dimulakan selepas tiga hari bersalin (masa ini ibu lepas bersalin telah pulih dari sakit bersalin) Ia tidak boleh dilewatkan kerana si Ibu akan mula berasa sengal-sengal badan sekira tidak diurut ketika itu. Walau bagaimanapun Ibu-ibu muda sekarang tidak mementingkan ini kerana keadaan tubuh badannya yang kuat dari segi fisikal merasakan ianya tidak perlu melecehkan.Menurut mereka yang berpengalaman, amalan berurut perlu kerana dengan berurut organ-organ peranakan dalam badan dapat diperbetulkan kedudukannya. Tanpa urut ia kan memberi kesan negetif setelah usia meningkat. Sesetengah orang berpendapat berat badan naik dengan mendadak setelah melahirkan anak kedua atau ketiga sekiranya ibu-ibu muda tidak mengamalkan amalan berurut dan lain-lain amalan semasa melahirkan anak.

Disini peranan anggota-anggota keluarga atau saudara tertua adalah penting untuk menasihatkan ibu-ibu muda mengamalkan tradisi urut selepas bersalin. Pada kebiasaannya urut memakan masa tidak kurang dari dua jam dan dilakukan selama tiga pagi berturut-turut. Sewaktu berurut biasanya ibu-ibu berkesempatan mempelajari petua-petua yang diberikan oleh Mak Bidan. (perincian urut tidak dapat dinyatakan disini) Mak Bidan juga biasanya akan mengajar cara-cara berdandan terutama menggunakan ubat-ubatan tradisional (biasanya jenis sapuan) dan juga mengikatkan rambut dengan kemas dan ketat.


sweetnyer.blogspot.com


Amalan bertungku
Amalan bertungku merupakan satu amalan yang terpenting dan perlu diamalkan oleh setiap ibu bersalin. Ia mempercepat proses penyembuhan luka diperanakan. Mereka yang bertungku akan dapat merasakan kesan positif kerana apabila sedang bertungku darah nifas akan keluar lebih banyak dari biasa dan ini akan mempercepatkan kering darah nifas.Amalan ini memerlukan kesungguhan dan sebaik-baiknya dijalan kan selama tidak kurang dari 45 minit pagi dan petang selama tempuh berpantang empat puluh empat hari atau lebih. Tidak hairanlah ia kerap ditinggalkan oleh ibu-ibu bersalin kerana mudah berasa jemu kerana memerlukan kerajianan usaha ibu itu sendiri. Secara peribadi sekiranya ibu-ibu tiada kemampuan untuk berpantang makan, amalan bertungku ini tidak boleh tidak jangan ditinggalkan. Ia merupakan awet muda dan nengekalkan keharmonian dan kebahagian rumahtangga seterusnya, Insyaallah.

Pada peringkat awal pantang ibu bersalin perlu mendapat bantuan orang lain untuk menyediakan tungku ( membakar dan membalut tungku).Bertungku dijalankan dua kali sehari setiap pagi dan petang sehingga lepas pantang. Batu tungku biasanya dari batu sungai pejal dan licin bersaiz penumbuk dewasa atau sesetengah tempat dibuat dari besi tuang (cast iron) berbentuk botol pipih. Sebelum dibalut dengan sepuluh lapis kain kapas elok dilapek disebelah dalam dengan beberapa lapis susunan daun mengkudu, ini mengelakan kain dari hangus dan wap panas dari daun mengkudu juga dikatakan ada kesan baik. Sebaik-baiknya gunakan lapisan daun serom.

Amalan bertungku pada asasnya ialah untuk memanas seluruh anggota badan (menurut ulama 6,666 urat dalam anggota badan bengkak dan merasa sakit semasa melahirkan anak) menjadi sakit dan perlu di pulihkan perlahan semasa tempuh pantang. Kesan panas dari batu tungku membantu proses pemulihan ini. Bertungku perut dibuat sambil berbaring. Anggota badan yang perlu diberi tumpuan ialah perut. Seluruh bahagian perut ditungku dengan menekan batu tungku dan di tolak ke atas. Mulakan dari bawah pusat sehingga seluruh perut. Direingkat ahkir bertungku anggota lain seperti punggung, peha, labu betis dan tapak kaki.

Amalan Berbarut
Memakai barut adalah sama penting dengan amalan bertungku dan perlu dilakukan sepanjang tempoh berpantang selama empat puluh empat hari. Dipakai selepas siap bertungku sebelah pagi dan petang. Sebelum memakai barut perut disapu dengan jadam untuk minggu pertama dan hari-hari kemudiannya disapu dengan kapur sirih dicampurkan perahan air limau nipis. Ini untuk menghilangkan kesan hitam dan menegangkan semula otot perut.

Amalan Pemakanan
Air Koma-Koma (Safron)
Setengah gran saffron direndam kedalam satu cawan air panas diminum tiga pagi pertama selepas bersalin untuk membantu mempercepatkan penyembuhan luka dalaman. Sekiranya mampu boleh gunakan satu gram saffron (catitan; harga sepeket saffro 1 gram antara RM10 -RM15)

Air Rebusan Kayu Sepang & Kederang
Satu jengkal Kayu sepang sebesar jari kelingking (air rendaman berwarna kuning) dan kayu kedetarang (air redaman berwarna merah) saiz yang sama direbus dalam 1 hingga 2 liter air yang mendidih disediakan setiap hari dijadikan air minum sewaktu makan atau dahaga.

Sarapan Pagi
Sarapan pagi biasanya selepas siap mandi pagi, berurut dan senaman ringan, bertungku, berdandan dan berbarut, biasanya selepas jam 9.00 pagi.
Sarapan terdiri dari air susu dan sedikit kuih dari tepung beras seperi apam tanpa kelapa atau biskut lemak.

Makan Tengahari
Menu makan terdiri dari nasi putih dengan sekeping ikan tenggiri selebar tiga jari, 25 mm tebal. Ikan ini disalai dengan sapuan garam dan kunyit hidup.Makan tiga biji kani (yang dibenamkan kedalam nasi yang hampir kering dan menjadi lembut selepas itu) juga dijadikan amalan
Sayur hijau pucuk (termasuk akar) pengaga. Ditambah dengan ikan bilis salai ditubuk lumat dengan sedikit lada hitam sebagai penambah selera.
Segelas air minum rebusan air akar kayu atau sekurang-kurangnya rebusan air kayu sepang dan kederang.

Minum Petang

Sama seperti sarapan pagi. Selepas bertungku dan berbarut semula. Antara jam 4.00 - 5.00 petang.


Makan Malam
Menunya sama seperti makan tengahari. Antara 7.00 - 8.00 malam.

Rawatan sampingan
Pilis
Menyapu pilis menggantikan bedak selepas siap bertungku pagi dan petang
Sapuan asahan biji kani
Asah biji kani pada buntut pasu dan sapu asahan biji kani pada luka luar anggota kelamin agar membantu menyembuh luka. Ini hanya dilakukan mulai hari ketiga atau keempat sehingga luka pulih.
Biji kani
Sebagai tambahan tiga biji buah kani saiz hujung kelingking dibenamkan dalam nasi yang telah mendidih (mulai kering). Ia akan lembut dan dimakan semasa makan tengahari dan malam. Ini membantu menyembuhkan luka dalaman.
Cucian Air Asam Keping
Semasa mandi sediakan air asam keping untuk membasuh luka. Walau pun pedih cuci bahagian yang luka perlahan-lahan dengan air asam keping tadi
Penyusuan bayi dengan susu ibu
Bayi harus diberi susu ibu sejak mula dilahirkan.
Air rebusan akar kayu 
Pantang larang dan amalan-amalan lain dalam tempoh 44 hari.
  • tidak keluar rumah,
  • kurangkan berjalan dan membuat pergerakan pantas atau lasak,
  • tidak makan dan minum berlebihan,
  • menjaga makan,
  • jangan membaca atau melaksanakan kerja yang memerlukan tumpuan seperti menjahit atau seumpamanya,
  • terdedah pada cuaca sejuk,
  • melepaskan rambut terurai, hendaklah diikat kemas, memakai wangi-wangian.

No comments:

SEDIAKAN HIBAH TAKAFUL ATAU TUNAI SEGERA SEHINGGA RM500,000 KEPADA YANG TERSAYANG

HANYA RM100 SEBULAN UNTUK PAMPASAN MINIMA RM350,000 DAN BERGANDA UNTUK KELUARGA ANDA.. Risiko ada dimana-mana. Tidak kira tua ataupun muda. ...