Hari ni nak sharing baagaimana nak kekalkan kulit muka agar sentiasa lembap. Tips ni KakFiza dapat dari majalah EH.
1. Minum air dengan cukup
Air memang penting dan tolong la cukupkan 8gelas sehari tau. Nak kekalkan kelembapan kulit kenalah minum air banyak.
2. Cuci muka dengan air bersih
Sebelum tidur, pastikan bersihkan dulu muka tu. Jika muka tidak dibersihkan, kotoran dan bakteria pada muka boleh menyebabkan jerawat dan timbulnya garis penuaan pramatang.
3. Pastikan muka anda dibersihkan sebelum memulakan senaman kerana apabila berpeluh, ia akan mengurangkan kotoran serta bakteria yang terkumpul.
4. Setiap kali selepas mencuci muka, amalkan menggunakan penyegar (toner)disusuli dengan krim pelembap bagi membekalkan kelembapan pada wajah.
5. Apabila keluar rumah, jangan lupa untuk lindungi wajah dengan krim pelindung matahari SPF 15 bagi melindungi kulit dari terbakar.
Ok tak tips ni..
Kalau ada yang nak tambah boleh la yer..
KakFiza
SungaiPetani
Disclaimer:"Saya adalah seorang agent di bawah agensi yang mewakili Prudential BSN Takaful. Segala maklumat yang disampaikan dalam blog ini hanyalah penerangan ringkas berdasarkan pengalaman dan pendapat peribadi saya dan bukannya sebahagian daripada polisi. Saya dan syarikat PruBSN tidak akan bertanggungjawab sekiranya terdapat salah faham dalam apa yang disampaikan. Sila layari web rasmi di www.prubsn.com.my untuk penerangan lanjut"
Showing posts with label Tips Kecantikan. Show all posts
Showing posts with label Tips Kecantikan. Show all posts
Tuesday, December 26, 2017
Thursday, December 8, 2016
CARA MENGHILANGKAN BEKAS JERAWAT SECARA SEMULAJADI
Assalamualaikum..
Mesti ada kalangan sahabat maya yang ada masalah parut jerawat kan? Saya jugak la. Masih ada lagi kelihatan bekas akibat campak 6 tahun lepas. Nak tau apa saya amalkan? Jom kita tengok. Mana tau bermanfaat untuk anda.
1. Daun Lidah Buaya
Best guna daun lidah buaya ni. Sejuk sangat. Kat rumah mak di kampung masih belum pupus lagi. Sekarang agak susah kan nak cari daun ni. Belah dua daunnya dan lendirnya disapu ke seluruh muka atau tempat yang berparut. Cuba amalkan 3x seminggu. Banyak manfaat daun lidah buaya ni tau.
2. Bedak Sejuk dan Madu
Petua ni saya google jugak. Sebelum ni tak tau pun. Campur madu dalam bedak sejuk kemudian tempekkan ke tempat yang berparut. Boleh je amalkan 2/3 kali seminggu. Bedak sejuk mak saya kat kampung ada buat jual tau. Warisan turun temurun.
3. Kulit Kayu Manis
Yang ni saya selalu amalkan lepas je baik dari campak dulu. Bayangkan muka penuh parut campak. Nak keluar rumah pun segan. Memang amik masa nak hilang. Boleh tumbuk kayu manis sampai lumat kemudian campur dengan bedak sejuk dan sedikit air. Boleh amalkan hari-hari..memang kesannya cepat.
4. Baking Soda
Bukan untuk buat kek je tau. Campurkan 2 sudu teh baking soda dengan sedikit air. Bagi pekat, macam pes. Lumurkan campuran ini ke tempat yang berparut tu. Pastikan anda cuci muka guna moisturizer selepas basuh baking soda. Amalkan setiap dua hari sekali.
5. Timun
Yang ni lagi best. Sejuk je nanti. Boleh hiris timun tempek je kat tempat berparut. Atau boleh juga dikisar timun tersebut. Tapis airnya dan hampasnya boleh dibuat masker. Sapu pada muka dan lepas setengah jam boleh la bilas.
6. Ubi kentang
Hiris kentang nipis-nipis dan boleh la tempekkan ke tempat berparut tu. Biar dalam 15-20minit. Amalkan 3x seminggu.
7. Lemon
Lemon ni bukan sahaja boleh amalkan sebagai Detox tapi banyak manfaatnya juga untuk kulit kan. Perah sedikit jus lemon ke dalam mangkuk. Kalau kulit anda sensitif, cairkan dengan air sejuk. Kalau tak tak perlu cairkan. Gunakan kapas, sapukan ke muka dan biarkan kering. Setelah kering, bilas dengan air sejuk. Amalkan setiap hari.
8. Vitamin E
Cara paling cepat yang selalu saya amalkan. Gunting sikit hujung kapsul vitamin E tu then sapu seluruh muka sebelum tidur. Best sangat. Muka pun lembut jer.
Ada yang pernah amalkan cara diatas atau ada cara lain lagi. Jom share sini mana tau boleh cuba nanti. Boleh juga amalkan Suplemen yang sesuai untuk muka berparut. InsyaAllah berkesan.
Friday, December 2, 2016
5 CARA YANG BETUL MENCUCI MUKA
Assalamualaikum semua..
Dua tiga hari ni terpaksa la kami anak beranak memerap kat rumah je...sebabnya semalam on the way ke Shaklee seberai Jaya tiba-tiba kereta rosak tengah-tengah highway tu. Dengan anak kecik baru 5bulan..cuaca plak mendung..nasib baik ada abang hensem ajak tumpangkan ke tesco. So akak minta hantarkan terus ke branch shaklee sebab dah dekat kan. Demand kan?. Alhamdulillah jumpa dengan orang yang baik hati. So urusan kereta tunggu en suami..sampai rumah pun dah dekat pukul 9.
Ehhhh..apa kena mengena dengan tajuk di atas? Tiada kaitan langsung kan? Ada kot sipi-sipi jer. So seharian kat luar semua dah rasa rimas dan tak selesa. Settle kan si kecik semua bagi dia tidur. Jom kita masuk bilik air nak basahkan muka dengan Gentle Deep Foaming Cleanser Nutriwhite.
Cuci muka pun ada cara ke? Mesti! dan ada caranya. Jom ikuti tips untuk kita sama-sama apply. Nak muka cun kan?
Hehe
Perasan tak step dalam gambar tu? Sebelum ni agak-agak macam mana kita cuci muka. Macam akak jugak kot main gosok jer. Tapi sekarang macam tak lengkap kalau tak ikut step tu. Pulak tu pakai pencuci Nutriwhite yang best dan tahan berbulan-bulan tu. Lagi best.
Yang penting sebelum mencuci muka pastikan:
1. Cuci tangan sebersih-bersihnya. Pastikan tiada kotoran dan bakteria yang boleh hinggap di muka kita nanti..auchhh..
2. Bersihkan kotoran pada muka dulu..haa inilah kepentingan makeup removal kan. Siapa yang suka mekap tebal-tebal tu memang wajib la cuci bersih-bersih dulu. Akak selalu tempek bedak jer..foundatian pun sejemput..hihi
3. Haa..baru lah guna pencuci muka. Picit sikit jer dah banyak buihnya..kalau Nutriwhite la. Lain-lain ikut la kan. Time ni la kita kena follow macam gambar kat atas tu. Senang je kan?. Mesti utamakan zon T dan dahi.
4. Cuci dan bilas muka sebersih-bersihnya. Lap dengan tuala bersih.
5. Gunalah toner dan pelembap untuk segarkan muka. Kalau dah nak tidur tu boleh la gunakan overnight cream.
Simple kan? Itulah cara mudah akak. Tips bergambar tu pun senang je.
Anda ada cara lain? Meh kita kongsi. Mesti banyak tips best nanti.
Anda ada cara lain? Meh kita kongsi. Mesti banyak tips best nanti.
Wednesday, September 7, 2016
SUNBURN HILANG DALAM SEMINGGU
Apa itu Sunburn?.
Dalam erti kata lain kulit terbakar. Kulit mnjadi merah, pedih, mengelupas, hitam, itu adalah gejala-gejala sunburn.
Penembusan cahaya-cahaya UV ke dalam lapisan dalam kulit akan meyebabkan penghasilan melanin yang lebih banyak. Melanin ini akhirnya akan keluar ke bahagian luar kulit dan menyebabkan kulit kelihatan lebih gelap. Keadaan ini dikenali sebagai 'suntan'. 'Suntan' bukanlah satu petanda bahawa anda sihat. Ini kerana 'suntan' adalah respon kepada kecederaan yang berlaku akibat cahaya UV yang telah merosakkan sel-sel kulit anda.
Sunburn pula ialah proses bila kulit menjadi terbakar kerana tidak tahan dengan cahaya matahari yang mengenainya. Sunburn tidak selalunya dapat dilihat serta merta. Kadangkala ia mengambil masa sehingga 24 jam untuk melihat kerosakan sebenar yang ditanggung.
Sunburn ni kesan jangka pendek yang kita nampak. Pendedahan kepada cahaya UV ni juga mempunyai banyak kesan negatif lain seperti proses penuaan yang berlaku dengan lebih cepat, pigmentasi seperti jeragat dan lebih menakutkan lagi kanser kulit.
Langkah-langkah Perlindungan dari Cahaya Matahari
✅Menggunakan pakaian berlengan panjang dan menutup bahagian-bahagian lain yang selalunya terdedah kepada cahaya matahari.
✅Makan VITAMIN - Amalkan penggunaan cermin mata yang boleh menyaring cahaya UV untuk mencegah cataracts.
✅Sentiasa mencari tempat-tempat redup.
✅Gunakan lipscreen dengan SPF sakurang-kurangnya 15 untuk melindungi bibir anda
✅Pakai topiSapu losyen sunblock anda mengikut waktu yang ditetapkan atau disyorkan oleh pembuatnya, contohnya setiap sejam, dsb.
Cadangan Supplement Shaklee untuk Mencegah dan Menghilangkan Sunburn
Berikut adalah cadangan supplement yang anda boleh ambil untuk mencegah sunburn. Bagi yang sudah sunburn pun, bole amalkan supplement ni untuk menghilangkan sunburn anda.
Vitamin C
Berfungsi sebagai antioksidan yang kuat, membantu dalam penghasilan kolagen dan memberikan kulit yang lebih cerah dan gebu
Vitamin E
Berfungsi sebagai antioksidan yang kuat dan menjadi ejen perlindungan UV
B Complex
Melindungi kulit dari pancaran matahari, anti stress dan melancarkan perjalanan darah.
ESP
Sumber protein untuk penghasilan sel badan yang lebih sihat, termasuk sel kulit yang sihat dan cantik, otot, kuku dan rambut yang sihat
Collagen Powder
Memberikan kelembapan dan keanjalan kepada kulit, mengurangkan pigmentasi, jeragat dan warna kulit yang tak sekata.
Ingin dapatkan ESP dan Vita C dengan harga PROMO bulan ini..terus hubungi akak yer..
012 4513311
Monday, September 5, 2016
KULIT MAKIN SEKATA DAN SIHAT DENGAN SET KULIT SHAKLEE
KULIT SEMAKIN SEKATA DAN MAKIN SIHAT
"Kulit kusam + jerawat + kulit berminyak sangat2 + kulit tidak sekata. Selepas mengamalkan penjagaan kulut makeup remover, balancing moisturiser Enfuselle, Vit C dan ESP, kulit menjadi makin sihat dan sekata. Mungkin x banyak perubahan, tapi macik jual sayur kemarin punya kemarin ada tegur (masa sya pg beli sayur), kulit sya makin baik, x sekusam dulu lagi.
Gabungan ESP dan Vita C memang terbaik utk pulihkan dalaman.
ESP ialah protein. Protein ialah makanan kepada sel. Sel-sel tubuh kita termasuklah sel kulit kita saling bertukar ganti. Apabila sel-sel kulit kita mendapat bekalan protein yang baik, lengkap dan mencukupi, maka ia akan dapat bertukar dengan baik dan terhasillah kulit wajah yang cantik, bersih, cerah dan gebu.
Pengambilan Vita C setiap hari pula dapat membantu anda mendapatkan kulit yang lebih cerah, melambatkan penuaan dan menyekat pembentukkan pigmentasi yang menjadi penyebab utama pembentukan jeragat.
Selain itu Vita C membentuk Kolagen tau. Vita C merangsang pembentukan kolagen yang mana kolagen adalah sebatian asas otot, tisu, gusi, rangka dan tulang rawan.
Haaa..sebab tu kulit makin cerah sekata jika diamalkan setiap hari..tak mau culas2..
Nakkan set kulit cantik ni? Meh pm akak yer..
Fiza 012 4513311
Thursday, September 1, 2016
7 TIPS KULIT SIHAT MENAWAN
7 TIPS KULIT SIHAT MENAWAN
Kulit yang cantik memang menjadi idaman semua wanita terutamanya. Mesti ada yang rasa tendah diri apabila kulit wajah kusam kan. Akak juga pernah alami sehingga mmg tak nak langsung nak bergambar sebab tak nak tgk muka sendiri...hihi
Apa2 pun..kita sebagai wanita seboleh2nya jangan biarkan masalah kulit ni berterusan ya, jika tidak dijaga dari dalam dan dari luar, memang akan jadi lebih teruk.
Jom amalkan beberapa tips semulajadi. Semoga bermanfaat untuk kita bersama.
1. Sentiasa Memakai Pelindung UV
Apa pun jenamanya..sentiasa la pakaikrim UV untuk kulit yang lebih sihat.
Mengikut pakar kecantikan di SPA, mereka menyarankan untuk memakai pelindung UV jika kita keluar rumah. Tidak kiralah kita bekerja di bawah panas terik atau di dalam ofis.
2. Jaga Makan
Banyakkan mengambil buah-buahan dan sayur-sayuran dalam pemakanan harian.
Kurangkan pengambilan makanan yang berminyak dan berlemak tinggi. Makanlah makanan yang bernutrisi seperti sayur-sayuran dan buah-buahan segar untuk menghilangkan kulit muka yang kusam dan kering.
3. Pakai Masker
Rajin-rajinkanlah diri untuk memakai masker. Disarankan memakai masker sekurang-kurangnya 2-3x seminggu untuk mengekalkan kelembapan kulit muka. Jika anda rajin, boleh gunakan bahan-bahan yang ada di dapur anda sahaja seperti tomato, yogurt, lemon dan putih telur. Tak perlu keluarkan duit lebih kan? Atau boleh juga dapatkan MASKER SIAP di kedai-kedai seperti Watson, Guardian, Aeon atau mana-mana kedai lagi. Memang banyak dijual di pasaran.
Boleh juga guna masker yg mudah ni di RAHSIA AWEK MUDA.
4. Pakai Pelembab Muka Sebelum Tidur
Memakai krim malam sangat penting untuk mengekalkan kelembapan kulit wajah. Pakailah pelembab muka sebelum tidur supaya lembab dan tidak kusam.
5. Hindari Stress
Kawal stress supaya tidak mempengaruhi kecantikan kulit. Telan jer vitamin anti stress senang..hihi
Elakkan stress kerana stress boleh menyebabkan kulit menjadi kering dan kusam. Rehatkan minda dengan melakukan aktiviti riadah atau berehat santai untuk mengelakkan stress. Di zaman ini memang normal jika kita stress tetapi cara kita kawal dan kurangkan stress itu adalah paling penting.
6. Minum Air Yang Banyak
Ingat ni! Jika berat 25kg = 1liter air. So jika berat kita dalam 50kg..paling2 kurang 2liter sehari. Di sarankan minum lah lebih air na
7. Amalkan Suplimen
Penting sangat suplimen utk kekalkan wajah dan kulit yang sihat. Nak cuba SET KULIT CANTIK pun boleh jer..😃😃
Ok..itu sahaja tips dari akak comel ni...hihi
Perasan comel la...😆😆
Tuesday, August 16, 2016
TIPS KULIT SIHAT/CANTIK
TIPS KULIT SIHAT/CANTIK
Beruntungkan korang yg ada kulit sihat dah langsung tidak ada masalah jerawat,jeragat dan sebagainya. Akak ni memang dari dulu kulit muka on off..haha. Kadang2 ok..kadang2 ko..😂😂
Macam2 produk dah try tapi memang frust. Tak sesuai dengan kulit muka dan sebab tu cuba berjinak2 dengan suplimen.
Sungguh..akak tak berani nak try suplimen yang tumbuh bak cendawan tu. Kesan yang seawal beberapa hari tu. Mungkin kesannya sekarang muka cun je tp akan dtg kita tak tahu kan. Tetapi itu pilihan masing2 dan pengguna mcm akak ni berhak memilih.
Ehhh..apa tips nya..melalut dah..hihi..sedikit perkongsian sejak2 gunakan set asas #nutriwhite nie..
PERINGATAN.!..ini cara akak la..yg paling malas ni..😃😃
1. Wajib ada pencuci muka
Jadi..jgn malas2 tau. Bangun pagi cuci muka. Balij kerja cuci muka. Nak tidur pun cuci muka. Kalau ada make up remover lagi best. Itu utk org yg selalu make up la. Akak nak make up? Sesekali je lah kot..😃
Kalau korang pakai Gentle Deep Foaming Cleanser memang best. Memang menyegarkan.
✅Ekstrak Rumpai laut membantu menanggalkan kotoran dan sel-sel kulit mati sekaligus menegangkan kulit.
✅Alga hijau melembapkan kulit dan menyingkirkan toksin
✅Strawberi Begonia baik untuk mengimbangi pigmentasi dan
✅mencerahkan kulit Menyegarkan dan lembut pada kulit.
2. Pelembap
Ada je pelembap ni tapi..alahai jarang sangat gunanya. Rugi je kan beli. Haaaa..jangan tiru akak yer..beli tapi tak guna. Time akak ingat jer guna pun.
Kulit kering wajib pakai pelembap tau! Nak dapat kulit anjal mesti pakai. Kalau kulit berminyak kena cari pelembap yang mengandungi bahan menyerap minyak yang berasaskan air.
NutriWhite Soothing Radiance Whitening Softener ni memang awesome bagi akak walaupun jarang akak pakai.😃
✅Lembut pada wajah serta menjadikan pH kulit kembali seimbang.
✅Rosemary menjadikan kulitberasa lebih segar dan tegang.
✅Ekstrak Kudze menjadikan kulit lebih cerah dan tegang.
✅Kulit dilembapkan dengan Marshmallow. ✅Sangat effectif.
3. Pelindung UV
Tahu tak, kulit yang kering akibat terdedah kepada cahaya matahari mampu membuatkan kulit kita berkedut dengan kadar yang cepat. Disebabkan itu, tiada sebab untuk anda tidak menggunakan pelindung UV matahari dengan kandungan SPF paling kurang, 30. Bagi kulit yang berminyak, gunakan pelindung yang mengandungi bahan mineral dan organik.
Boleh gunakan antara NutriWhite Daily Defence Whitening Essence sbb ada Ekstrak Mulberi pula mencegah kulit daripada rosak akibat terdedah kepada cahaya matahari.
Lagi 1 produk boleh cuba Nutriwhite Ultimate Protection Whitening Lotion SPF 15
✅Kaya dengan pati Melburi mencegah kerosakan kulit akibat terdedah kepada cahaya matahari.
✅Mountain Arnica berkuasa menghilangkan radang terhadap kulit dan melembapkan kulit dari segenap sudut.
✅Membantu membina daya ketahanan kulit dari kerosakan akibat persekitaran.
😃😃
Itu lah antara 3 tips penting! Paling asas kot dan utk org yg malas mcm akak ni. Jangan lupa tau..dalaman pun penting. Suplimen jgn tinggal..😃😃
Ingin mencuba set Nutriwhite Shaklee ni? ataupun supplimen yg berkaitan kecantikan..boleh terus wsap akak yer..012 4513311
Sunday, January 31, 2016
TESTIMONI: RAHSIA AWET MUDA DENGAN VIVIX
Minggu ni penuh dengan entry vivix kan...kita dah tengok bagaimana vivix bertindak membantu pesakit kronik seperti strok, buah pinggang, diabetes, kanser dan byk lagi testimoni yang dah fiza up sebelum ni. So hari ni nak up testimoni rahsia awek muda plak..
Bagaimana Vivix menjadikan kita awet muda? sudahpun dikupas pada entry sebelum ni..jom layan testimoni hebat ni plak
TESTIMONI 1: Kak Su yang cun..
Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Saya Nor Suhaila Abdul , dikenali sebagai Kak Su.Saya berusia 40 tahun.Saya ingin berkongsi cerita tentang pengalaman saya menggunakan produk Shaklee.
Sebelum ini kulit saya tidak pernah mengalami masalah sehinggalah saya melahirkan anak yang ke 3.Muka saya dipenuhi jerawat dan kulit saya mulai kusam dan kering.Jeragat mulai naik di pipi dan juga di bahagian hidung.Saya memang pernah mencuba berbagai produk kecantikan dan suplimen tapi semuanya tak pernah kekal.Sehinggalah saya diperkenalkan oleh adik ipar saya iaitu kolegen Shaklee.Saya mencuba sebanyak sekotak.Tapi selepas itu saya stop sebab saya memang tak konsisten makan kolegen tersebut.
Suatu hari saya diserang sakit dibahagian pinggang sebelah kiri sehinggakan saya tidak dapat bangun dan sakit yang amat sangat.Selepas mendapatkan rawatan doctor, disahkan bahawa dibahagian kiri buah pinggang saya terdapat batu karang.Doktor memberikan saya ubat pecahkan batu karang.Saya makan sampai habis ubat tersebut tetapi rasa sakit dan kencing tidak lawas masih saya alami.Disamping masalah batu karang saya juga mengalami masalah tekanan darah rendah serta sering pening dan juga period yang tidak datang selama setahun lebih.
Selepas bertanyakan kepada adik ipar dan membaca tentang testimony suplimen Shaklee, saya bertekad ingin mencuba VIVIX.Selepas mencuba vivix selama sebulan secara konsisten, perkara pertama yang menggembirakan saya ialah , saya sudah datang period dan kali ini period adalah selama 9 hari dimana sejak anak dara period saya hanya 4 hari sahaja.Setiap bulan period saya datang dengan konsisten selama 9 hari.Tanpa saya sedari, rasa sakit dulu sudah tidak dirasai lagi .Saya tidak lagi mengalami sakit dibahagian buah pinggang kiri,tiada lagi masalah kencing kotor serta tidak lagi mengalami sakit kepala keterlaluan seperti dulu.Malahan jarang sekali berjumpa doctor untuk rawatan.. Saya ni memang tidak konsisten makan vitamin, tapi dengan vivix, boleh dikatakan saya akan minum setiap hari sebelum tidur tanpa terlupa.Kesan lain yang saya rasai pada badan adalah sangat berbeza dari dulu.Saya tidak mudah letih menguruskan 5 anak di rumah dan mengurus anak murid disekolah. Minum vivix asalnya sebab nak sembuhkan sakit batu karang.Tapi banyak pula yang lain yang dapat kesan tip top.
Dan yang paling memeranjatkan saya ialah gambar ini.Saya sendiri tidak menyedari perubahan pada kulit muka dan wajah sendiri sehinggalah saya menjumpai gambar lama ini. Kesan jeragat dan kulit kusam mulai pudar dan tona kulit semakin sekata.Dan kini saya mula konsisten semula pengambilan kolegen shaklee bagi mendapatkan hasil yang lebih umphhh….
Sehingga ke hari ini bukan saya sahaja yang mengamalkan produk Shaklee malahan seisi rumah saya mulai dari si kecil yang berusia 3 tahun sehinggalah suami saya.Saya bersyukur kerana dipertemukan dengan Shaklee kerana dengan usaha saya mengamalkan Shaklee dan dengan izinNya kesihatan saya semakin baik.Alhamdulillah.Sehingg a kini saya adalah pengguna tegar VIVIX…I love vivix very much…muahhh ckit…
TESTIMONI 2: Kedut2 kurang, muka nampak pinkish
Macam mana? nak cuba? meh wsap fiza 0124513311
AWET MUDA DENGAN VIVIX
Minum vivix boleh awek muda ke? serius? nahh tgk ni..hihi
Kenapa penuaan berlaku?
1. Penurunan paras hormon tumbesaran (Human Growth Hormone -HGH)
Hormon HGH dihasilkan oleh kelenjar pituitari dimana kelenjar ini bertanggungjawab atas pertumbuhan manusia sejak dari janin lagi. Malah hormon HGH juga berkesan untuk menghalang proses penuaan. Namun hormon HGH akan menurun apabila usia semakin meningkat. Pengurangan hormon HGH inilah menyebabkan perubahan fisikal dan mental seseorang apabila usia meningkat.
![]() |
| Ayu Raudah pun amalkan Vivix |
2. Aktiviti radikal bebas.
Proses penuaan dan pelbagai penyakit adalah disebabkan oleh aktiviti radikal bebas yang merosakkan sel. Radikal bebas merupakan molekul yang tidak stabil kerana kehilangan satu atom. Untuk menstabilkan dirinya, ia akan mengambil atom daripada sel-sel badan dan kesannya sel badan akan rosak. Kurangnya pengambilan makanan tinggi antioksida seperti vitamin A, C, E , Selenium dan Zink tidak mampu menghalang proses penuaan yang disebabkan radikal bebas lebih-lebih lagi apabila dikaitkan dengan peningkatan umur.
Antara faktor lain penyumbang radikal bebas ialah Senaman / aktiviti fizikal yang ekstrem, Stress yang keterlaluan, Merokok / terdedah dengan asap rokok, Pencemaran makanan dan minuman, Sinaran cahaya ultraviolet dan Pengambilan ubat-ubatan dan radiasi.
Jenis penuaan
Terdapat dua jenis penuaan iaitu penuaan kronologikal dan penuaan biologikal. Yang mana satu jenis penuaan pada anda?? Jom teruskan membaca
1. Penuaan kronologikal
Penuaan kronologikal adalah disebabkan pertambahan usia. Jika pada tahun ini anda sudah menjangkau 30 tahun, maknanya memanglah 30 tahun usia anda dan tiada siapa boleh mengubah angka tersebut...hihi
2. Penuaan biologikal
Pernah tak orang tegur "laa.. dah 35 ke? tapi kenapa macam 25 je?" Bangga tak? itulah di namakan tubuh lebih muda dari usia sebenar. Untunglah kan tapi kalau tubuh lagi tua dari usia sebenar, itu lagi lah sedih ... huhu
Tanda-tanda penuaan
- Simptom dan tanda fizikal ~ Pertambahan lemak badan di kawasan abdomen dan dada, Sakit dan kekejangan tulang dan sendi, Rambut nipis dan beruban, Tulang belakang yang rapuh (osteoporosis) dan menyebabkan seseorang menjadi bongkok, Mudah merasa letih dan tidak bermaya
- Simptom psikologikal ~ Ingatan semakin berkurangan, Kemurungan, Mudah berasa marah, Keinginan seksual berkurang
Bagaimana Vivix Bertindak?
- Vivix Melindungi dan membaiki selular DNA dari serangan radikal bebas apabila berlakunya kerosakkan DNA yang mengganggu fungsi sel dan panjang umur
- Vivix mengaktifkan satu pengawalan genetik utama bagi melambatkan penuaan tahap selular disebabkan oleh kemorosotan umur.
- Vivix Menggalakkan pembentukkan baru metochodria untuk meningkatkan tahap tenaga dalam sel
- Faktor penuaan disebabkan oleh penimbunan protein AGE yang mengganggu keutuhan sel dan panjang umur, jadi disini Vivix melambatkan protein AGE sebabnya Vivix adalah 10 kali lebih kuat dari resveratrol.
so..korang nak awek muda sentiasa? patut cuba vivix hari ini..:)
Monday, June 9, 2014
Cara menghilangkan "BLACKHEAD" dan "WHITEHEAD" dengan Vitamin E Shaklee
Wah..masalah yang rasanya semua wanita alami termasuk saya. Malahan ada yang sanggup menghabiskan ratusan ringgit untuk masalah ini. Petua yang sangat mudah hanya dengan pengambilan Vitamin E Shaklee yang KONSISTEN. Sebelum itu apa kata kita tengok apa tu sebenarnya "BLACKHEAD" dan "WHITEHEAD"
BLACKHEAD
Merupakan kumpulan sebum
yang tampak seperti pori-pori terbuka yang membesar dan menghitam pada
permukaan wajah dan mudah dikeluarkan. Nama dalam perubatan adalah Open Comedo. Merupakan lebihan minyak & kulit mati yang terkumpul akibat daripada kumpulan whitehead yang tidak dibersihkan. Sel kulit menjadi mati disebabkan pori-pori kulit berminyak menjadi semakin besar & kasar. Apabila pori-pori terhalang sepenuhnya maka terjadilah JERAWAT!. BLACKHEAD akan menyebabkan JERAWAT!
WHITEHEAD
Istilah perubatan Closed Comedo Merupakan gumpalan sebum
yang terjadi di bawah permukaan kulit wajah yang tersumbat dengan
kotoran dan lemak. Permukaanya tertutup sehingga sulit dikeluarkan.
Biasanya, muncul di area T (dahi, hidung, dan dagu), juga di bawah mata
dan pipi. Ianya tampak putih kekuningan seperti benjolan kecil-kecil di
bawah kulit. Elakkan menghilangkannya dengan cara memicitnya. Ia akan merangsangnya menjadi jerawat bernanah yang akan merosakkan wajah, sehingga menyebabkan infection. WHITEHEAD boleh hilang dengan cara scrub yang betul.
- Cuci muka anda sebersih-bersihnya, ambil sebiji(capsule) Vitamin E & cucuk dengan jarum. Akan keluar cecair kehitaman kemudian sapu minyak patinya sebelum tidur. Boleh tunggu sehingga 20minit kemudian bilas tetap paling bagus biarkan sehingga esok pagi baru dicuci. Muka anda akan kelihatan lembut selepas dicuci..:)
- Amalkan makan Vitamin E Shaklee sehari 1 biji
InsyaALLAH. Penggunaan yang KONSISTEN akan membuahkan hasil yang menakjubkan. Tips untuk kekalkan awek muda bebas dari masalah "BLACKHEAD" dan "WHITEHEAD"
- pastikan pengambilan air putih mencukupi. (2-3 liter sehari)
- cuci muka sekurang-kuranga 2x sehari.
- tidur yang mencukupi. Paling elok adalah 8jam
- makan makanan yang mencantikkan kulit seperti sayur-sayuran dan buah-buahan
- lakukan riadah yang membantu mengeluarkan peluh.
- kawal makanan berlemak dan tinggi kolestrol.
Lagi Info mengenai >>>>> VITAMIN E COMPLEX
Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos,merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.
Konsultasi percuma boleh hubungi fiza:
Afriza Abu Hasan (Fiza) ** Shaklee ID: 949698 ** sms/whatsapp: 012 4513311 /
011 10833115 ** FB Page: Qisya E Shoppe ** email: eija_2004@yahoo.com
Saturday, May 10, 2014
Daun Sireh Membantu Menegangkan Kulit
Ramai dikalangan kita sudah melupakan petua-petua lama nenek moyang kita dulu. Penggunaan herba traditional memang sinonim kepada mereka dizaman dahulu. Sebab itu, jika kita semua lihat, walaupun mereka telah berusia tetapi ada dikalangan mereka masih awek muda kan?. Herba tradisional mempunyai khasiat semula jadi yang baik untuk kecantikan.
Berikut adalah beberapa herba yang anda boleh amalkan untuk mendapatkan kulit wajah yang berseri.
Minyak Biji Bunga Matahari
Minyak Biji Bunga Matahari
- Minyak biji bunga matahari kaya dengan bahan antioksidan dan dikatakan dapat mengurangkan pembentukan melanin yang membawa kesan bintik hitam pada wajah dan menjadikan warna bibir lebih gelap.
- Kajian klinikal mendapati minyak biji bunga matahari dapat menghasilkan vitamin E dan vitamin F untuk menghasilkan kulit lembut dan menambahkan kelembapan kulit agar kulit tidak kering.
- Ia juga membantu menganjal dan menghaluskan kulit di bibir dan pipi.
- Bahan pigmen khas minyak biji bunga matahari juga membuatkan warnanya tahan lama dan tidak luntur.
Minyak Jojoba
- Minyak jojoba mampu menyeimbangkan kadar sebum di kulit wajah dan bibir. Ia juga menjadikan bibir lebih mulus dan berseri.
- Menurut satu kajian, minyak jojoba membantu menghilangkan bakteria yang menjadi punca kepada pelbagai masalah kulit melalui tindakan bahan aktif anti-bakteria di dalam minyak jojoba.
Sirih
- Sirih bertindak sebagai antiseptik wajah dengan menghapuskan kuman dan bakteria di permukaan kulit.
- Ia kaya dengan bahan flavonoid dan polyphenol yang meresap ke dalam kulit untuk menegangkan kulit yang kendur.
Limau purut
- Limau purut mengandungi asid sitrik semula jadi yang membantu mengekalkan kelembapan kulit.
- Ia juga membantu merangsang pertumbuhan sel baru yang seterusnya membuatkan kulit menjadi lebih lembut dan cerah.
Bagi mendapatkan perlindungan yang lengkap selain daripada penggunaan Herba Traditional ini, anda juga perlu konsisten dalam pengambilan Vitamin E dan SPF bagi membentuk lapisan perlindungan untuk kulit anda. Ia membantu dalam pengekalan keanjalan kulit sekaligus melambatkan proses penuaan
Sebagai pilihan SET KULIT daripada SHAKLEE adalah terbaik bagi memastikan kulit anda sentiasa sihat & awek muda.
Sunday, May 4, 2014
Petua Tradisional Hilangkan Parut
Ini ada satu petua untuk menghilangkan parut.
Petua ini menggunakan daun lidah buaya untuk membantu memudarkan parut (tak kira parut jerawat ke atau parut di badan)
Caranya adalah dengan mengambil daun lidah buaya, buang duri di kiri dan kanan daun. Kemudian buang sedikit kulit daun tersebut untuk mendapatkan lendirnya. Sapu lendir daun lidah buaya tersebut pada parut di muka atau badan. InsyaAllah parut akan cepat sembuh terutama sekali parut yang masih baru. Ingat, jangan tunggu lama-lama, jangan biar luka/parut dah jadi kehitaman baru nak cari daun lidah buaya ni yer.
Petua ini menggunakan daun lidah buaya untuk membantu memudarkan parut (tak kira parut jerawat ke atau parut di badan)
Caranya adalah dengan mengambil daun lidah buaya, buang duri di kiri dan kanan daun. Kemudian buang sedikit kulit daun tersebut untuk mendapatkan lendirnya. Sapu lendir daun lidah buaya tersebut pada parut di muka atau badan. InsyaAllah parut akan cepat sembuh terutama sekali parut yang masih baru. Ingat, jangan tunggu lama-lama, jangan biar luka/parut dah jadi kehitaman baru nak cari daun lidah buaya ni yer.
Thursday, April 10, 2014
Vita E Complex
Perbezaan Shaklee:
Adakah Anda Mengambil Vitamin E dengan cukup?
Adakah Vitamin E Selamat?
Konsultasi percuma boleh hubungi fiza:
Afriza Abu Hasan (Fiza) ** Shaklee ID: 949698 ** sms/whatsapp: 012 4513311 /
011 10833115 ** FB Page: Qisya E Shoppe ** email: eija_2004@yahoo.com
Dibuat dari minyak soya organik dan minyak biji gandum yang kaya dengan vitamin E, diekstrak d-alpha tocopheryl, d-alpha tocopherol yang aktif secara fisiologi dan degabung dengan 8 jenis vitamin E (alpha, beta, gama, delta). Ianya adalah vitamin E yang paling lengkap dipasaran.
Mengandungi 10mg selenium semulajadi yang membantu tubuh kita menyerap vitamin E, memelihara membran sel-sel, sel darah merah dan tisu-tisu otot. Ianya juga adalah penyahtoksik semulajadi logam berat seperti raksa, kadmium dan mengukuhkan anti-oksidan dan melindungi retina.
Manfaat Utama:
- Melindungi Jantung: Pengambilan harian 800IU vitamin E untuk jantung yang sihat; melindungi sel darah merah untuk mengelakkan pengasidan lipid; meningkatkan kolesterol HDL; mengurangkan tekanan darah; menghalang platelet darah melekat ke dinding arteri; menghalang anemia hemolitik, penyakit jantung dll.
- Mempertingkatkan Kemampuan Reproduktif: Kajian pada tahun 1924, mendapati vitamin E mampu memulihkan kemampuan reproduktif. Para lelaki yang mengambil 600IU - 800IU vitamin E sehari mampu meningkatkan kiraan sperma mereka.
![]() |
| = 400 IU vitamin E |
- Anti-Penuaan: 1 kapsul vitamin E sehari membantu melambatkan penuaan, mengurangkan kedut, garis halus, parut, akne dan bintik penuaan. Ianya mampu memulihkan tekstur kulit dan tona muka, dada & otot paha.
- Anti-Oksidan yang kuat: Pengambilan lebih dari 1,200 IU sehari untuk anti-oksidan yang kuat dan berkesan untuk melawan kanser, mengukuhkan sistem imun, menghalang atau melambatkan pertumbuhan tumor, mengurangkan kerosakan akibat radikal bebas. Ianya juga memperbaiki masalah oksidasi - katarak dan masalah penglihatan.
- Kelestarian Tenaga: Meningkatkan kelestarian seksual dan tenaga dengan membekalkan oksigen yang lebih
- Memperbaiki Arthritis: Meningkatkan keanjalan salur darah, memperbaiki kitaran darah, merawat bahu kejang, pening, buasir, urat varikos & sakit sendi.
- Menghalang Keguguran: Merawat musculus pectoralis fibrosis dada, sindrom prahaid dan sindrom menopaus seperti hot flush. Digunakan pada ujian klinikal untuk menghalang kematian janin & keguguran.
- Memperbaiki Parut: Memperbaiki bengkak & ulser kulit. Boleh dikenakan terus pada luka untuk mengurangkan kesan parut.
Pakar Nutrisi mencadangkan pengambilan ACE (beta carotene, vitamin C & E) bersama-sama untuk menggandakan kesan anti-oksidasi dalam melawan radikal bebas
Adakah Anda Mengambil Vitamin E dengan cukup?
Untuk 400 IU vitamin E, seseorang perlu mengambil makanan berikut untuk sel-sel sihat melawan radikal bebas: 1kg biji gandum, 500ml minyak safflower, 8kg bayam & 500g badam.
Adakah Vitamin E Selamat?
Didalam buku Prescription For Longevity yang ditulis oleh Dr. James Scala terdapat diskusi mengenai keselamatan vitamin E dengan terperinci. Secara global, terdapat lebih 1000 laporan perubatan berkenaan keberkesanan dan keselamatan vitamin E. Kajian bertahun-tahun oleh University Harvard keatas kedua-dua lelaki dan wanita membuktikan vitamin E mampu mengurangkan risiko penyakit jantung hampir 41% dan strok dengan 33%. Kajian juga membuat kesimpulan dos selamat adalah 3,200 IU.
Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos,merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.
Konsultasi percuma boleh hubungi fiza:
Afriza Abu Hasan (Fiza) ** Shaklee ID: 949698 ** sms/whatsapp: 012 4513311 /
011 10833115 ** FB Page: Qisya E Shoppe ** email: eija_2004@yahoo.com
Sunday, March 23, 2014
Vivix Shaklee
Assalamualaikum & salam ceria semua..syukur Alhamdulillah, walapun blog masih bersawang..dapat saya luangkan masa nak update info terkini.
Keistimewaan Vivix Shaklee
Memperbaiki DNA:
Memperbaiki tenaga sel:
Kebaikan Vivix Shaklee:
Keistimewaan Vivix Shaklee
Memperbaiki DNA:
- Setiap hari, tubuh kita mengalami kerosakan DNA (salah satunya akibat radikal bebas) yang menyebabkan proses penuaan terjadi begitu cepat. Vivix membantu melambatkan dan melindungi DNA sel tubuh kita dan melambatkan proses tersebut.Vivix sesuai diambil oleh mereka yang selesai menjalani rawatan pemulihan kanser, misalnya kimoterapi, bagi mengembalikan sel tubuhnya kepada keadaan asal.
Memperbaiki tenaga sel:
- Semakin tubuh kita terdedah kepada penuaan, semakin cepat sel tubuh kita kehilangan tenaga. Ini akan menurunkan fungsi sel. Vivix membantu menguatkan sel tubuh.
- Membantu meningkatkan fungsi otak, kardiovaskular, imuniti dan sendi. Semakin tua, semakin kita rasa sakit sana sini, ingatan pun makin pudar. Vivix membantu mengembalikan keremajaan.
Kebaikan Vivix Shaklee:
- Menggalakan penuaan yg sihat – awet muda dan anti-penuaan
- Membantu mengelakan kanser – merencat sel kanser dari menjadi semakin serius
- Mengurangkan risiko penyakit jantung – melindungi jantung
- Mengurangkan kompilasi diabetes / kencing manis
- Meningkatkan kesihatan arthritis dan menyokong kesihatan sendi – melindungi saraf
- Mengurangkan insiden penyakit nyanyuk - merawat azhameir
- Membantu merawat penyakit parkinson
- Membantu memulihkan penyakit strok - angin ahmar
- Meningkatkan kesihatan imum badan
- Menggalakan kesihatan keseluruhan
Vivix™ adalah minuman campuran botani merupakan revolusi terbaru di dalam pemakanan polifenol. Mengandungi campuran unik botani Polygonum Cuspidatum, Anggur Muscadine, Elderberi Eropah dan Lobak Ungu yang kaya dengan polifenol menjadikan Vivix begitu unik. Polifenol adalah kumpulan fitokimia yang terdiri daripada sebatian tanaman yang mengandungi khasiat antioksidan dan sel anti-penuaan semulajadi.
Jom kita tengok Testimoni Vivix yang HEBAT!!!
Sebarang pertanyaan & konsultasi percuma boleh hubungi saya..
Shaklee Independent Distributor: 949698 - afriza
sms/whatsapp: 012 4513311
email: eija_2004@yahoo.com
Personal FB: Afriza Abu Hasan
Page: Qisya E-Shoppe
Subscribe to:
Posts (Atom)
KAWASAKI DESEASE MENYERANG KANAK-KANAK
Pengalaman Ibu dengan Penyakit Kawasaki – Qaisara Nama penyakit nampak lawak, tapi hakikatnya Kawasaki Disease ni sangat bahaya. Ia radang...
-
Fiza ada pengalaman sendiri lakukan prosedur HSG sekitar awal tahun 2008. Masa tu memang sanggup berhabis duit jumpa pakar O&G ut...
-
entry lepas geram lepas 2kali naik turun pejabat pemaju.. Google punya Google, jumpa macam2 blog, website pasal tuntutan pampasan ni..i...
-
Pengalaman Ibu dengan Penyakit Kawasaki – Qaisara Nama penyakit nampak lawak, tapi hakikatnya Kawasaki Disease ni sangat bahaya. Ia radang...

























