Thursday, December 8, 2016

CARA MENGHILANGKAN BEKAS JERAWAT SECARA SEMULAJADI

Assalamualaikum..
Mesti ada kalangan sahabat maya yang ada masalah parut jerawat kan? Saya jugak la. Masih ada lagi kelihatan bekas akibat campak 6 tahun lepas. Nak tau apa saya amalkan? Jom kita tengok. Mana tau bermanfaat untuk anda.



1. Daun Lidah Buaya
Best guna daun lidah buaya ni. Sejuk sangat. Kat rumah mak di kampung masih belum pupus lagi. Sekarang agak susah kan nak cari daun ni. Belah dua daunnya dan lendirnya disapu ke seluruh muka atau tempat yang berparut. Cuba amalkan 3x seminggu. Banyak manfaat daun lidah buaya ni tau.



2. Bedak Sejuk dan Madu
Petua ni saya google jugak. Sebelum ni tak tau pun. Campur madu dalam bedak sejuk kemudian tempekkan ke tempat yang berparut. Boleh je amalkan 2/3 kali seminggu. Bedak sejuk mak saya kat kampung ada buat jual tau. Warisan turun temurun.



3. Kulit Kayu Manis
Yang ni saya selalu amalkan lepas je baik dari campak dulu. Bayangkan muka penuh parut campak. Nak keluar rumah pun segan. Memang amik masa nak hilang. Boleh tumbuk kayu manis sampai lumat kemudian campur dengan bedak sejuk dan sedikit air. Boleh amalkan hari-hari..memang kesannya cepat.



4. Baking Soda
Bukan untuk buat kek je tau. Campurkan 2 sudu teh baking soda dengan sedikit air. Bagi pekat, macam pes. Lumurkan campuran ini ke tempat yang berparut tu. Pastikan anda cuci muka guna moisturizer selepas basuh baking soda. Amalkan setiap dua hari sekali.

5. Timun
Yang ni lagi best. Sejuk je nanti. Boleh hiris timun tempek je kat tempat berparut. Atau boleh juga dikisar timun tersebut. Tapis airnya dan hampasnya boleh dibuat masker. Sapu pada muka dan lepas setengah jam boleh la bilas.

6. Ubi kentang
Hiris kentang nipis-nipis dan boleh la tempekkan ke tempat berparut tu. Biar dalam 15-20minit. Amalkan 3x seminggu.

7. Lemon
Lemon ni bukan sahaja boleh amalkan sebagai Detox tapi banyak manfaatnya juga untuk kulit kan. Perah sedikit jus lemon ke dalam mangkuk. Kalau kulit anda sensitif, cairkan dengan air sejuk. Kalau tak tak perlu cairkan. Gunakan kapas, sapukan ke muka dan biarkan kering. Setelah kering, bilas dengan air sejuk. Amalkan setiap hari.

8. Vitamin E
Cara paling cepat yang selalu saya amalkan. Gunting sikit hujung kapsul vitamin E tu then sapu seluruh muka sebelum tidur. Best sangat. Muka pun lembut jer.

Ada yang pernah amalkan cara diatas atau ada cara lain lagi. Jom share sini mana tau boleh cuba nanti. Boleh juga amalkan Suplemen yang sesuai untuk muka berparut. InsyaAllah berkesan.


No comments:

SEDIAKAN HIBAH TAKAFUL ATAU TUNAI SEGERA SEHINGGA RM500,000 KEPADA YANG TERSAYANG

HANYA RM100 SEBULAN UNTUK PAMPASAN MINIMA RM350,000 DAN BERGANDA UNTUK KELUARGA ANDA.. Risiko ada dimana-mana. Tidak kira tua ataupun muda. ...