Showing posts with label Tips Kuruskan Badan. Show all posts
Showing posts with label Tips Kuruskan Badan. Show all posts

Thursday, April 20, 2017

HILANG 10KG DALAM 10 MINGGU


[ HILANG 10KG DALAM 10 MINGGU ]

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera saya ucapkan kepada semua.



Saya merupakan ibu kepada 2 orang anak. Umur saya baru mencecah 31 tahun dan saya adalah seorang yang gemar kepada makanan.

Badan saya mula naik bagai dipam-pam sejak pertengahan tahun 2015. Masa tu anak kedua saya, sudah semakin kurang menyusu badan. Saya dapat rasakan perubahan yang ketara pada diri saya. Saya makin kuat makan dan selera makan saya semakin membuak-buak. Setiap kali tiba waktu makan, saya pasti akan makan nasi bertambah.

Akibat daripada corak pemakanan yang tidak terurus dan tiada aktiviti senaman yang dibuat, berat badan saya semakin bertambah dah kemuncaknya pada Bulan Februari. Pada waktu itu, anak kedua saya dah pun wean off. Berat badan saya mencecah 97kg. Masa tu, keadaan diri saya sangatlah tidak selesa. Saya selalu rasa letih dan penat. Sukar nak bangun awal pagi. Badan selalu sakit-sakit. Nak solat pun susah. Selalu sakit kepala akibat tekanan darah meningkat dan selalu sangat mengah walaupun buat kerja ringan.

Selain daripada itu juga, baju-baju saya banyak yang dah tak boleh pakai. Saya terpaksa membeli baju baru dengan size XXXL. Sedih sangat. Baju-baju lama saya, semua terpaksa disimpan dalam almari buat perhiasan je. Kalau pakai jugak, memang tersembul-sembul keluar lemak perut..

Namun, pada pertengahan bulan Februari, saya mula nekad dan belajar cara pemakanan yang lebih sihat. Saya amalkan cara pengambilan makanan yang betul serta mengikut keperluan diri saya yang sepatutnya.. Saya belajar cara buat detox.. Saya mula konsisten mengamalkan Set Kurus Shaklee.. Dan mula bersemangat melakukan senaman.

4 perkara UTAMA yang saya buat sepanjang 10 minggu ialah :-

1- Saya amalkan cara pemakanan yang sihat dan seimbang. Saya kawal makanan yang masuk ke dalam badan saya. Saya jaga kuantiti makanan yang saya makan dan saya masak makanan yang lebih sihat dari segi penyediaannya.

2- Saya mula membuat detix. Saya mulakan dengan detox parasit selama 2 bulan (Feb&Mac). Kemudian saya sambung dengan detox cara Shaklee (April). Kedua-dua jenis detox ini saya menggunakan produk Shaklee. Produk detox yang saya gunakan ialah Vivix, DTX Complex, Alfalfa Complex, Garlic Complex, Herb-Lax, Peppermint Ginger & Nutriferon.

3- Saya mengamalkan Set Kurus Shaklee dengan konsisten dan dengan cara pengambilan yang betul. Tidak skip dan makan ikut dos yang sepatutnya. Antara suplemen yang saya amalkan ialah Cinch Shake, Cinch Tea Mix, Omega Guard & Lecithin.

4- Saya juga melakukan senaman seminggu 3 kali dengan konsisten. Antara senaman yang saya lakukan ialah, jogging, burpees, squats, plank dan aerobik.

Selepas melakukan keempat-empat perkara ni dengan konsisten dan istiqomah, berat saya mula turun dengan mudah sebanyak 10kg dalam masa 10 minggu.

Dan apa yang paling menggembirakan saya, banyak berlaku penurunan inci pada ukuran badan saya. Terutama di bahagian perut. Kalau dulu macam orang mengandung 8 bulan, sekarang dah kurang. Pakai baju pun dah tak nampak perut buncit. Malah saya dah boleh pakai semula baju saya bersaiz XL. Saya happy sangat-sangat. Gembira tak terkata.

Berat saya yang terkini adalah 87kg. Dan saya masih dalam misi menurunkan 20kg berat saya.

Doakan saya berjaya mencapai misi saya membuang 30kg berat badan keseluruhan.. Dan saya kongsikan cerita saya agar dapat memberi inspirasi kepada anda semua yang memerlukan.

Akhir kata daripada saya, apa pun yang kita lakukan,lakukan dengan bersungguh-sungguh. Nak kuruskan badan, mesti buat  apa yang daya kongsikan tu supaya kita dapat hasil yang menakjubkan!

GEMUK IS NOT AWESOME. HIDUP DENGAN SIHAT, JADI LEBIH SIHAT DENGAN SHAKLEE.

Kak fiza
012 4513311

Sunday, December 4, 2016

TURUN 2.2KG JOIN PROGRAM DETOX

JOM DETOKS CARA SHAKLEE

Penting ke detoks ni?
Yes..sangat penting untuk kesihatan tubuh kita. Detoks diperlukan untuk mengeluarkan bahan-bahan yang tidak diperlukan badan atau dalam erti kata lain badan tidak memerlukannya kerana boleh menjejaskan kesihatan seperti toksin, pencemaran, racun /chemical dan makanan tidak sihat.


Jumlah toksin yang tinggi dalam badan boleh membawa  gejala yang tidak sihat dan menyumbang kepada penyakit yang menjejaskan gaya hidup sebagaimana gejala berikut:
🎯 Sembelit
🎯 Berat badan meningkat
🎯 Kulit kusam dan berjerawat
🎯 Cepat letih
🎯 Suka makanan yang manis
🎯 Susah nak tidur

Jom Detox Cara Shaklee adalah program bertujuan membantu meningkatkan tenaga, memiliki kulit yang lebih cantik, badan cergas & sihat, membaiki sistem penghadaman, melegakan kembung perut & angin. 

Dengan adanya set produk detoks, ia dapat membantu proses aktiviti detoks berjalan dengan lebih berkesan. Detoks dapat dilakukan dengan cara mengawal pemakanan, lakukan aktiviti bersenam, mengamalkan suplemen dan elakkan pendedahan kepada chemical.

Sebelum ini, saya pernah kongsikan 10 sebab mengapa kita perlu detox. Boleh rujuk entry sebelum ini. 

Jom detoks cara shaklee dengan saya. Kita akan tubuhkan group detoks bagi membantu anda menjalani detoks dengan lebih berkesan. Banyak info menarik akan kita kongsikan bersama.
Boleh hubungi saya Fiza Hasan 012 4513311. InsyaAllah saya boleh membantu.

Atau ingin membuat pembelian sendiri Set Detox shaklee boleh sahaja klik dibawah untuk pesanan.


Sekiranya anda berminat menjadi Pengedar Shaklee terus hubungi saya Fiza 012 4513311. Saya memerlukan pengedar di Seluruh Malaysia termasuk Indonesia, Singapura dan Brunei.

Kehadiran anda sangat diperlukan.

Pengedar Sah Shaklee Sungai Petani, Kuala Ketil dan 
Padang Serai 
Fiza Hasan (Shaklee ID 949698)
012 4513311 (whatsapp /sms)
COD : Bandar Puteri Jaya, Econsave BPJ, Giant Sungai Petani

Sunday, September 18, 2016

LECITHIN UNTUK KURUSKAN BADAN

Kebanyakkan wanita dan kurus memang tidak dapat dipisahkan. Ada yg dah selim melim pun nak selim lagi..hihi

Slim/Diet/kurus...haaa..benda yg sama je kan. Akak perkenalkan adik2 semua dengan Lecithin Shaklee.


Lecithin boleh ditemui dalam semua jenis haiwan dan juga tumbuhan seperti kacang soya, kekacang, kuning telur, kubis dan kacang hijau dll.

Keistimewaan lecithin adalah merupakan komponen utama membran sel dan membantu dalam mengawal aliran nutrien dalam sel-sel tubuh kerana soya lecithin mengandungi sumber utama kolina. Kolina merupakan satu komponen asetilkolina neutransmitter yang terlibat dalam penghantaran mesej ke otak dan juga sistem saraf. 

National Academy of Sciences Canada telah membuktikan bahawa kolina amat penting dalam diet manusia kerana kolina menyokong fungsi otak, hati, jantung dan kesihatan yang reproduktif.

Lecithin Sumber Kolina Semulajadi
Lecithin adalah lipid yang terdiri daripada kolina dan inositol. Kolina adalah nutrien penting yang dapat membantu fungsi normal sel-sel badan, metabolisma hati, otak dan fungsi saraf serta membantu mengangkut nutrien melalui badan. 

Inositol atau lebih dikenali sebagai Vitamin Bh adalah bahan asas membran sel dan diperlukan untuk fungsi yang betul bagi saraf, otak dan otok dalam badan serta membantu sel-sel berkomunikasi antara satu sama lain supaya badan berfungsi dengan baik dan memberikan tahap kesihatan yang bagus.

Perbezaan Lecithin Shaklee
Lecithin yang dirumus oleh Shaklee diekstrak dari kacang soya organik bukan-GMO. 

Setiap kapsul lecithin mengandungi 520mg soya lecithin termasuk 80mg kolina dan 48mg inositol. Lecithin yang dirembeskan oleh tubuh akan menghasilakn acetylkolin, inositol, fosforus dan lemak tak tepu.

16 Manfaat Lecithin Shaklee
Lecithin memberikan pelbagai manfaat kepada tubuh yang dapat membantu meningkatkan tahap kesihatan badan.

1. Sangat terkenal dalam membantu menurunkan berat badan dan pelansingan badan di mana lecithin membantu menghalang tubuh daripada menghadapi masalah obesiti. Pengambilan supplement lecithin dalam kuantiti yang banyak iaitu maksimum 6 biji sehari dapat mempercepatkan pembakaran lemak untuk kesan pelansingan yang seimbang.

2. Lecithin bertindak sebagai "pembersih" salur darah, membantu mengemulsi dan memetabolismakan lemak, menurunkan kolestrol dan trigliserid dalam tubuh.

3. Membantu tubuh menyerap vitamin A, D, E dan K yang bersifat larut lemak dengan lebih berkesan.

4. Menjaga kesihatan hati dengan menghalang enapan lemak pada hati, sirosis hati dan mencegah hati berlemak serta membantumemulihkan kesihatan hati bagi orang yang menghadapi masalah kesihatan hati.

5. Soya lecithin membentuk membran sel, melembabkan dan menghaluskan kulit dan menjadikan kulit lebih cantik dan gebu, mengaktifkan metabolisma sel dan seterusnya membantu melambatkan proses penuaan. Juga bagus untuk mencegah eczema

6. Antara manfaat lecithin juga adalah dapat menghalang platelet darah dari mengaktifkan tisu gegelung dalam salur darah yang boleh menyebabkan alergi pada tubuh seperti penyakit kulit dan menjadi punca kepada dermatitis dan demam alergi. Jadi, secara tidak langsung lecithin juga berupaya membantu menangani masalah alergi pada tubuh.

7. Soya lecithin mengelmulsi kolestrol berlebihan yang menjadi punca kepada 90% kes batu karang dan dapat menyekat kejadian batu karang.

8. Kolina yang terdapat dalam soya lecithin membentuk penghantar saraf kranial yangmempertingkatkan kuasa pembelajaran, memperbaiki daya ingatan, menghalang penyakit nyanyuk dan juga meringankan stress. Wanita hamil disyorkan mengambil lecithin dalam jumlah yang secukupnya untuk menggalakan tumbesaran sihat janin.

9. Memperbaiki tekanan darah tinggi dengan cara menghalang pengerasanarteri atau penebalan pada pembuluh arteri (arteriosklerosis)dan menggalakan peredaran darah.

10. Pengambilan supplement lecithin sebanyak 6 biji sehari turut memperbaiki masalah prostat dan urethra lelaki

11. Soya lecithin juga bermanfaat dalammeringankan masalah sembelit kerana lecithin membantu melembabkan usu dan meleraikan toksin dalam usus yang menjadi penyebab sembelit.

12. Lecithin juga berguna untuk kesihatan rambut dimana khasiat lecithin menjadikan rambut lebih sihat, kuat dan berkilat.

13. Bukan sebagai ejen pelansingan sahaja tetapi juga membantu mengurangkan atau mencegah PMS dan gejala-gejala menopous.

14. Lecithin berperanan utama dalam penyerapan zat-zat penting dari ke dalam sel-sel badan dengan lebih berkesan kerana kekurangan kolina yang terdapat dalam lecithin merupakan antara penyebab memberan sel mengeras dan menyukarkan proses penyerapan zat-zat penting. Banyak faktor yang mendorong kepada pengerasan sel terutamanya bahan-bahan kimia dari persekitaran yang tercemar, bahan-bahan logam yang diserap oleh tubuh yang terdapat pada makanan harian, penambah perasa makanan, bahan racun serangga dll.

15. Soya lecithin membantu membina sistem imunisasi yang kuat dengan menyalut sel darah merah dalam tubuh dan seterusnya memberi perlindungan dari serangan virus, kuman dan bakteria. Struktur lecithin juga dapat melindungi sel-sel tubuh dari teroksida

16. Lecithin juga berfungsi untuk mengeluarkan "clogged duct" yang menyebabkan puting 'nipple' tersumbat. Pengambilan setiap hari secara tidak langsung dapat mencuci "clogged duct" dan seterusnya melancarkan pengeluaran susu ibu. Sesiapa yang menghadapi masalah puting tersumbat bak kata orang tua-tua boleh gunakan lecithin. Kiranya dapat turunkan berat badan, kulit cantik, rambut cantik berkilat, masalah lupa lepas bersalin pun dapat diatasi.

* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

Lecithin bukan sahaja untuk berDiet tp banyak manfaatnya utk kita. Ingin dapatkan lecithin dan Tips Kurus dan Langsing?..jgn lupa contact akak yer..

Fiza | 012 4513311

Wednesday, September 14, 2016

CARA MUDAH ATASI PERUT BUNCIT DENGAN HERBLAX

Semua orang bila dengar KURUS mesti teruja kan. Kalau yg tak de masalah dan dah memang sedia kurus tu ok la kan tp bagi yg mempunyai masalah berat badan yg di pam2 tu...haaa mcm mana tu..


Sebelum nak berdiet kita kena detox dulu. Diet secara Sihat pasti hasilnya pun best!





Apa itu detox?



Detox adalah proses membersihkan usus di mana segala toksin, lemak dan lendir yang melekat di dinding usus dikeluarkan melalui pembuangan air besar. Selepas dinding usus kita bersih, barulah badan kita dapat menyerap nutrien pada tahap optimum. Kerana itulah detox sangat penting sebeum mengambil apa-apa vitamin atau supplement supaya tahap penyerapan nutrien pada kadar paling optimum.



Selepas badan dah buat proses detoksifikasi, usus akan menjadi lebih bersih dan sihat. Penyerapan suplemen akan lebih cepat dan berkesan. Almaklumlah perut adalah rumah penyakit. Usus pula bolehlah dianggap sebagai bilik dalam rumah penyakit ini. Bila usus sihat, penyakit tak dapatlah nak berumahtangga di sini.Yang tinggal hanyalah rumah yang bersih dan pengambilan suplemen pasti mengindahkan lagi rumah kita ini.



Herb-Lax Shaklee terdiri daripada 9 herba semulajadi iaitu alfalfa leaves, senna leaves, anise seeds, blue malva flower, buckhorn bark, licorice root, rhubarb root, fennel seed dan culver’s root.

Apakah fungsi herba-herba semulajadi yang terdapat dalam Herb-Lax:


Senna Leaves – Merangsang tindakan pembersihan yg lembut pada usus dan perut, mempercepatkan proses detoksifikasi dan mengurangkan penyerapan lemak.



Buckhorn Bark – Melembutkan najis untuk memudahkan pergerakan dan memberikan lembapan kepada usus.



Licorice Root – Membantu proses detoksifikasi.



Fennel Seeds – Mengeluarkan toksin yg terkumpul akibat lebihan makanan dan pengambilan alkohol, membantu pencernaan dan berkesan untuk masalahsembelit dan kembung perut atau usus.



Anise seeds – Merangsang pengeluaran jus gastrik untuk membantu proses pencernaan.



Rhubarb root – Herba yang banyak digunakan dalam perubatan Cina untuk digunakan sebagai antibiotik.



Blue Malva Flower – Membantu proses detoksifikasi dan mengimbangi tekstur kulit.



Culver’s root - Membantu masalah lebihan air dalam badan dan asma.



Alfalfa leaves – Membersihkan usus, darah dan hati.




Kebaikan Herb Lax


  • pembersihan najis yang tersekat
meransang usus untuk percepatkan proses pembersihan secara lembut kepada najis yang tersekat atau tersimpan lama dalam tubuh kita
  • membantu masalah sembelit

tindakan pembersihannya yang lembut boleh mengembalikan semula proses semulajadi

  • mengempiskan perut
ia membantu dalam mengurangkan atau memberi kepejalan pada perut. sesuai di ambil seperti biasa atau dicampur dalam air panas, sebaai minuman teh herba.


Siapakah yang perlu amalkan Herb Lax?


  • pengamal tegar ubat tahan sakit.
  • mereka yang ada masalah pembuangan, perkumuhan kurang lancar dan sembelit
  • mereka yang banyak jerawat
  • pesakit gout
  • mereka yang ingin membersihkan usus terutama sekali mereka yang baru berjinak2 dengan suplimen.

PERHATIAN!!
Mereka yang mempunyai masalah penghadaman yang lemah mungkin akan mengalami cirit-birit pada awal pengambilan Herb-Lax.
Untuk keadaan normal, kebiasaan Herb-Lax akan bertindak setelah 6 hingga 12 jam ia diambil.
Mereka yang mempunyai masalah sembelit boleh meningkatkan pengambilan Herb-Lax kepada 5-8 biji sehari, dan boleh kembali kepada dos asal apabila proses perkumuhan kembali normal.


Nak detox?. Boleh la contact akak yer. Penerangan lengkap akak berikan nanti. 



012 4513311

Tuesday, January 26, 2016

TESTIMONI VIVIX UNTUK KURUS

Sebelum ni kita dah tengok bagaimana Vivix membantu anda untuk kurus kan? Jadi kita nak tengok pula beberapa testimoni pengguna yang telah berjaya kurus dengan penggunaan Vivix. Serius teruja sangat2 dengan kejayaan diaorg ni.




1. Testimoni dari Master Nana. Best kan..muka pun cun..awek muda lagi.


Actually lepas kawen haritu nana memang alami masalah naik berat badan yang melampau.. Tapi tak pulak nana rasa nak ambil supplement untuk kurus.. Sebabnya suka kot badan gemok.. Masa sekolah dulu sekeping macam papan.. So bila badan naik sikit rasa seronok lah..

Tapi rupanya nana syok sendiri Tsskk :'(

Ku sangkakan comel lah badan montel sebegitu.. Tapi rupanya susahhhh weihhhh..

Baju pakai semua ketat.. Dah macam hape je berdiri sebelah suami yang selim river seperti itu dengan badan montel macam ni..

Bila tangkap gambar then tengok balik baru sedar diri..

Sebab tu orang suru CERMIN DIRI selalu!! Supaya tak syok sendiri eheh

Then nak dijadikan cerita, waktu jumpa dengan kakak2 S2U Masters nana, ramai yang bagi tips ambil vivix untuk kesihatan.. Sebelum ni ambil jugak vivix tapi tak konsisten pun..
Nana lebih kepada supplement nak cantik je sebelum ni.. Macam Vitamin C, Vitamin E dan Kolagen serta ESp.. Vivix vivix ni cheq tak layan.. haha

And suprisingly, after two weeks berturut-turut nana makan vivix secara konsisten, antara kesan yang nana dapat ialah

1) Berat badan turun 6kg! TEngok perbandingan dalam gambar di atas

2) Kulit semakin LICIN dan FLAWLESSS.. Ramai tegur kulit nana nampak makin glowing mowing especially bila jumpa dekat luar.. Sampai tak keruan jadinya tau.. *gediks tampo kang*

3) Kulit semakin CERAH SEKATA dan TEGANG.. Well you ollsss.. Vivix ni anti-aging TERBAIK satu dunia.. Memang TAK MUNGKIN lah kalau vivix tak dapat membantu anda untuk dapatkan kulit yang cantik ye..


4) Muka semakin RUNCING.. Yang ni memang ketara.. Ramai yang beritahu nana sebelum ni nana nampak kurus kat badan *ilusi optik..mereka tertipu* tapi muka je bulat tembam.. Haha! Actually nana suka je muka tembam macam ni.. Nampak comel sikit hahahktui Tapi kalau dah itu kesan yang ku terima selepas makan vivix, daku relakan sajooo.. So hampa yang muka TEMBAM and hampa tak suka tu, sila lah ambil vivix ye!





2. Testimoni Vivix + Collagen



3. Kurus dapat..bacaan kencing manis pun turun..best kan...


Màcam mana? Teruja tak?
ini cuba sebahagian je tau..byk lagi testimonial yg ada..nnti2 kita share lg  yer..

So..pada yg nk cuba #vivix meh roger2 Fiza..




Monday, January 25, 2016

VIVIX BOLEH KURUSKAN BADAN?

Vivix boleh kurus ke? Haaa...mai sini nk habaq mai..memang boleh sangat2. Biasa kita dengar Vivix utk penyakit2 kronik macam kanser, strok, diabetes dan lain2 kan. Kali ni nak cerita tentang Vivix dan Kurus!!..Best kan??


Antara kandungan istimewa vivix ialah Resveratrol iaitu sejenis plolyphenol yang dikeluarkan oleh tumbuhan sebagai pertahanan tumbuhan tersebut kepada penyakit..




Resveratrol memang sangat membantu anda utk kurus. 

  • Resveratrol memberi kesan dalam pengurangan LEMAK dalam badan.. Resveratrol membantu dalam mengurang pengumpulan dan menjadi penghalang kepada sintesis lemak seterusnya meningkatkan pengoksidaan asid lemak kerana Resveratrol membantu meningkatkan pengaliran darah yang membawa oksigen ke seluruh badan. Oleh itu, ianya membantu dalam pembakaran lemak dan memberi kesan dalam pengurangan LEMAK dalam badan




  • paling best, Resveratrol membantu memberi rasa KENYANG yang sekaligus dapat mengurangkan keiginan anda untuk makan. ini diakui sendiri oleh pengguna Vivix.
  • Resveratrol juga menyokong penurunan berat badan dengan menghalang kenaikan hormon estrogen, dimana lelaki dan wanita menghasilkan hormon estrogen secara semulajadi . Apabila tahap yang tinggi estrogen hadir, badan akan menyimpan jumlah yang lebih besar lemak. Apabila hormon ini dikurangkan, tubuh akan berhenti menyimpan lemak dan ia bermula untuk membina lebih banyak otot.
Sebab itulah kita boleh kurus dengan Vivix? Sebab kandungan utamanya yang hebat iaitu Resveratrol sangat membantu dalam aktiviti pembakaran lemak melalui peningkatan efficiency pengaliran darah yang membawa oksigen ke seluruh badan.

Jadi, pada mereka2 yang nak mengurangkan berat badan dengan selamat dana berkesan boleh la cuba Vivix bulan ini sbb Vivix tengah PROMOSI ni..rugi tau tak grab!! Tak perlulagi banyak2 suplimen nak telan..janya sebotol Vivix hari ini..



wsap/sms fiza 012 4513311
COD: sungai petani, padang serai

Monday, December 28, 2015

7 CARA MUDAH KEMPISKAN PERUT LEPAS BERSALIN


Antara kerisauan yang sering mengganggu para wanita selepas bersalin adalah masalah perut buncit dan menggeleber. Terasa hilang keyakinan diri tatkala memerhatikan perut yang banyak meninggalkan parut rekahan dan bentuk yang semakin menggeleber.

Sebenarnya ada banyak cara yang ibu boleh lakukan untuk mendapatkan kembalil perut kempis bak anak dara atau sekurang-kurangnya tidak buncit seperti wanita hamil tiga bulan. Misi mendapatkan kembali perut kempis boleh direalisasikan asal sahaja ibu ada kemahuan dan berdisiplin. Nak tahu apa caranya? Perhatikan senarai berikut. Nampak macam senang tetapi ia memerlukan disiplin yang tinggi demi sebuah misi.



Menyusukan bayi sepenuhnya
Jangan pernah malas untuk memberi bayi susu ibu. Selain khasiatnya yang kita sedia maklum memberi banyak kebaikan kepada bayi, menyusukan bayi juga mempercepatkan proses pengecutan rahim dan membakar 200 hingga 600 kalori sehari.

Berbengkung dalam pantang
Ada ibu yang malas hendak memakai bengkung ketika berpantang. Kononnya leceh dan merimaskan. Tetapi kesukaran tersebutlah membuatkan anda boleh dapatkan kembali perut yang kempis. Oleh itu jangan culas berbengkung sepanjang berpantang. Tetapi pakai bengkung dengan cara yang betul kerana jika tidak boleh memudaratkan.

Bertungku dan bertangas
Amalan ini juga semakin jarang dilakukan oleh ibu selepas bersalin walhal ia merupakan kaedah tradisional untuk memecahkan darah beku, lemak dan mengurangkan bengkak dalam rahim.  Bertangas pula dapat memecahkan lemak, angin dan air berlebihan dalam badan yang ada sepanjang mengandung.

Jaga makan
Jangan terlalu mengikut selera makan yang kadang kala sukar dikawal. Walaupun sebagai ibu menyusu, anda tidak digalakkan berdiet berlebihan tetapi jangan ambil kesempatan untuk makan sesuka hati. Pastikan mengamalkan pemakanan yang berkhasiat dan seimbang bagi membekalkan nutrien kepada bayi dan dalam masa yang sama mengelakkan masalah perut buncit dan menggeleber. Kurangkan makanan berlemak dan berminyak, sebaliknya ambil makanan berprotein secukupnya bagi membina semula otot serta makanan membakar lemak seperti oat, kekacang, bayam dan salmon.

Jangan lupa bersenam
Aktiviti senaman tidak dinafikan turut membantu menyelesaikan masalah perut buncit. Lakukan senaman kardiovaskular dan abdomen bagi membantu mengempiskan perut. Pastikan anda mengamalkan senaman yang khusus untuk membentuk perut daripada jurulatih yang diiktiraf. Lakukan secara konsisten untuk mendapatkan kesan yang dikehendaki.

Hati-hati dengan postur badan
Jangan pandang remeh dengan cara pergerakan anda setiap hari. Kebanyakan ibu selepas bersalin kurang prihatin terhadap postur badan ketika berjalan, duduk dan mengangkat barang. Postur yang salah turut menyumbang kepada masalah perut buncit dan menggeleber.

Jom detoks
Kaedah detoksifikasi menggunakan bahan-bahan semula jadi turut membantu mendapatkan perut yang kempis. Lebihan toksin yang berkumpul dalam badan terutama bahagian perut perlu dikeluarkan. Amalkan proses detoksifikasi secara konsisten bagi membuang toksin dalam badan terutama bahagian perut.

jom sama2 kita amalkan..hihi

Monday, October 5, 2015

RESEPI DIET CINCH SHAKE

Assalamualaikum semua...selamat pagi..pagi ni rutin jadi smooth ckit sbb cuti sekolah kan..cuti sbb jerebu la..kalau tak rutin ibu jadi mcm zig zag..terkejar sana sini walaupun anak baru 2 org..:)

Hari ni nk kongsi resepi Cinch Shake dari Shaklee. Hasil dari health & wellness fair semalam la..over excited la plak nak share dengan kawan2 semua..

Jom layan video ni dulu..demo penyediaan Cinch shakle Chocolate + pisang dari Nutritionist Shaklee.




1. Cinch Shake Chocolate + Banana
(1 serving)
~ 2 scoop cinch shake chocolate
~ 1 cup of banana 
~ 1 cup plain water
~ 1cup ais

2. Cinch Shakle Vanilla + Dragon Food
(Boleh juga + strawberi)
~ 2 scoop cinch shake vanilla
~ 1 cup of banana 
~ 1 cup plain water
~ 1cup ais

3. Cinch Shakle Cafe Lattte + Nenas

~ 2 scoop cinch Cafe Late
~ 1 cup of pineapple
~ 1 cup plain water
~ 1 cup ais

Campur semua dan blend..dah siap...nyummy
Boleh dijadikan sarapan pagi dan pengganti dinner nnti..:)

ini juga salah satu resepi dari shaklee..lagi best ni..
sweetnyer.blogspot.com




TIPS  KURUS dari fiza!!
1. EXERCISE (WAJIB!!)
2. JAGA PEMAKANAN
3. AMALKAN SUPPLIMEN


Tuesday, June 2, 2015

6 Jenis Buah Bantu Diet Anda

Bila dengar diet, kurus, slim dan seangkatan dengannya mesti org teruja kan? Termasuk lah saya. Tahukah anda, sebenarnya buah menggantikan makanan berkalori tinggi Selain itu, buah kaya dengan serat dan protein sekaligus dapat membuat anda merasa kenyang lebih lama, serta meningkatkan tenaga untuk melakukan aktiviti sepanjang hari ketika anda mengamalkan diet.


http://sweetnyer.blogspot.com/2014/04/set-diet-shaklee.html


Jom kita tgk buah apa?

EPAL – antara buah terbaik yang boleh membantu anda untuk kuruskan badan. Makan epal setiap hari pun bagus kerana epal sangat tinggi dengan serat tetapi rendah kalori.Epal juga kaya dengan vitamin dan mineral.  Selain itu, epal turut mengandungi anti-oksida  iaitu flavanoid dan folifenel.

PISANG – Pisang juga merupakan buah yang tinggi dengan fiber dan kalsium. Lagipun pisang ni senang nak dibawa ke mana-mana, sedap, menyihatkan serta mengeyangkan.Pisang ni adalah satu-satunya buah yang tinggi kandungan Vitamin B6.Vitamin B6 juga dikenali sebagai pyridoxine. Ianya sangat bagus untuk kesihatan saraf, peredaran darah, kulit, selaput lendir serta mempengaruhi mood anda. B6 ni anda boleh perolehi daripada B Complex. Satu hidangan pisang ni dah memberikan lebih daripada 30% keperluan harian vitamin B6. Vitamin B6 juga bantu meningkatkan sistem imun tubuh serta mengurangkan risiko sakit jantung

PEAR – Pear merupakan buah yang utama  dalam bantu menurunkan berat badan kerana pear juga sangat kaya dengan kandungan serat. Di samping itu, pear turut bantu mengurangkan kadar kolestrol dan menyokong kesihatan jantung anda kerana mengandungi potassium.

KIWI – Kiwi pun bagus untuk bantu anda kurus kerana kandungan seratnya yang tinggi dan biji kecil yang terdapaqt dalam buah kiwi sebenarnya adalah gabungan serat larut. Ianya sangat bagus untuk pencernaan. Malah ianya turut memberikan rasa kenyang

STRAWBERi – Strawberi sangat bagus untuk menurunkan berat badan. Ini kerana strawberi menggalakkan penghasilan hormon adiponectin dan leptin. Kedua-duanya adalah hormon pembakar lemak dan peningkat metabolisma. Strawberi juga mengandungi enzim anti-radang. Enzim ni berfungsi untuk menyembuhkan luka serta kerosakan tisu dalaman. Jadi mengambil strawberi ni bukan sahaja dapat meningkatkanmetabolisma, malah bagus untuk kesihatan.

BLUBERI – Bluberi merupakan buah yang sangat tinggi kandungan anti-oksidan.  Blueberi ni menghalang faktor-faktor penyebab sindrom metabolik. Bluberi menghalang berlakunya rintangan insulin (insulin resistance), tekanan darah tinggi, obesiti dan kolestrol. Kalau anda nak tahu, menurut kajian daripada Taxes Women’s University (TWU), didapati bahawa bluberi mampu mencegah sel-sel lemak. Jadi ini berita baik untuk kurus! Segenggam bluberi sehari boleh membantu meningkatkan kesihatan anda.

Pastikan anda minum 8 gelas air sehari. Air dapat mengurangkan selera makan secara semulajadi dan dapat membantu badan anda memetabolisma lemak yang tersimpan. Elakkan juga pengambilan air bergas serta kurangkan pengambilan garam. Kena ingat juga tau!!..Jangan berlapa sebab Makanan memberi kita tenaga dan bila kita menggunakan tenaga kurang dari apa yang kita ambil, tubuh akan terkejut. Tubuh akan mula membakar ‘muscle'(otot) untuk menggantikan makanan. Ini menyebabkan kadar metabolisma tubuh menjadi rendah. Bila anda tidak tahan berlapar, pada kebiasanya anda akan makan dengan lebih banyak. Pada masa ini, walaupun tahap pengambilan makanan anda telah kembali ke paras normal, tetapi metabolisma tubuh masih lagi rendah. Ini menyebabkan ia tidak membakar kalori pada tahap yang sama lagi.

ohhh ya...amalkan juga jus Lemon tau! anda perlu tahu 12 Kebaikan Jus Lemon dan sekaligus boleh Kurus dengan Jus Lemon.  Juga boleh amalkan pemakanan tambahan yang dapat membantu diet anda dengan Set Pelangsingan Badan /Diet.

Tuesday, May 26, 2015

Apa itu Healing Crisis?

KENAPA PERLU MINUM AIR 3 LITER SEHARI?


Perlu minum air masak sehari 3 liter.Wow biar betul ni banyak ya x mampu nak minum sebanyak tu air masak setiap hari. Tapi tahukah anda minum air masak dengan banyak adalah penting kita sendiri di sarankan minum 8 gelas air masak sehari.

Bagi yang mengambil supplemen lagi digalakkan untuk minum air masak dengan banyak sekali.

Jom kita baca info dibawah ni ye:-



Kelebihan minum air

Amalan meminum air pada kuantiti yang mencukupi untuk tubuh bukan sahaja melicinkan proses dalam sistem tubuh, malah boleh memberikan kelebihan-kelebihan iaitu:

•Mengalakkan penghasilan air susu yg banyak bg ibu menyusu
•Dapat menyahtoksikkan badan dengan cara semula jadi.
•Kulit anda akan kelihatan sentiasa lembap dan
•Awet muda di mana badan yang sentiasa mendapat bekalan air yang mencukupi boleh melambatkan proses pengecutan kulit.
•Badan akan sentiasa cergas dan berasa ringan.
•Dapat membantu proses mengurangkan berat badan dengan gabungan amalan pemakanan seimbang dan senaman secara konsisten.
•Minda yang ceria dan emosi stabil.
Kita digalakkan meminum 3 liter air sehari jika mengambil supplement. "3 liter? Banyaknya..." rungut seorang dua kenalan. "Tak banyak kalau kita tahu sebab dan cara mudah untuk habiskan air sebanyak 3 liter tu."

Sebab perlu minum air 3 liter air sehari

1) Suplemen semulajadi Shaklee membebaskan toksin dari tubuh serta memperbaiki sel-sel yang rosak. Semasa proses ini, air amat diperlukan, kalau tidak kita akan mengalami keadaan yang dinamakan healing crisis.

Di mana healing crisis adalah satu tempoh yg diambil untuk proses membersihkan badan, penyingkiran toksin dan untuk bina semula sel-sel badan yang lebih kuat dari sebelum ni.
Ibarat tangki yang dah lama tak basuh. Bila basuh, berus, sental... banyak la karat2 yang keluar dari tangki tu. Bila karat2 tu semua dah clear, dah bersih... air yang mengalir dari tangki tu pun laju jer. Kita nak guna untuk basuh ape2 pun best kan ? Macam tu jugalah badan kita. Healing crisis ini tidak akan sama dengan orang lain sebab ianya bergantung kepada tahap kesihatan masing- masing.Kalau badan sihat jadi kurang healing krisis tu...Apa yang penting teruskan makan vitamin dan minum banyak air masak, insyaAllah

2) Pengambilan suplemen adalah dalam bentuk concentrated iaitu kandungan yang sangat pekat. Bila kekurangan air akan menyebabkan darah kita menjadi pekat. So boleh bayang bilamana kita bancuh sesudu garam dalam sebiji cawan berbanding dengan mengacau sesenduk garam dalam sebiji cawan. Satu senduk garam pasti tidak sesuai dilarutkan dalam sebiji cawan, jadi ia memerlukan bekas yang lebih besar dari sebiji cawan.

3) Berbeza dengan memakan buah-buahan, kita tidak perlu minum air yang banyak selepas itu kerana buah-buahan tersebut sudah mengandungi air. Tahap kepekatan nutrien dalam sebiji buah jauh lebih rendah dari sebiji pil vitamin.
Contohnya, dalam sebiji pil Vita-C 500mg Sustained Released sama dengan 7 1/2 biji oren. Dalam 7 1/2 biji oren sudah ada sangat banyak air.

Tips minum air secara berkesan

  • Minum segelas air masak (250ml) sebaik bnagun tidur.Minum air di pagi hari dikatakan dapat menyegarkan dan menjadikan wajah kelihatan muda
  • Minum segelas air masak sejam sebelum tidur
  • Ambil makanan tambahan /supplemen bersama 2 gelas air
  • Minum setengah gelas/segelas air masak setengah jam sebelum makan.Ia akan turut membantu anda mengurangkan berat badan dan mengelakkan makan berlebihan
  • Minum segelas air sebaik sahaj selepas ke tandas/menyusukan bayi atau mengepam
  • Letakkan sebotol air masak di tepi katil,supaya apabila anda terjaga di waktu malam boleh minum air masak
  • Minum air masak suam panas supaya kita akan menghirup air sedikit demi sedikit
  • Periksa pengambilan air secara detail seperti berapa gelas sehari atau berap liter sehari.Kadang kala kita merasakan dah cukup banyak minum air tetapi sebenarnya belum pun sampai 2 liter
  • Pastikan air masak sentiasa ada berdekatan dengan anda.Jadi bila-bila sahaja anda boleh minum


Semoga bermanfaat!

ORDER SHAKLEE?..wsap fiza 0124513311

12 Kebaikan Jus Lemon yang Patut Anda Tahu

Air Lemon berbeza dari air limau kerana air lemon mempunyai sifat alkali yang boleh membuang asid berlebihan dalam badan. Untuk membuat air lemon yang segar, Lemon segar boleh dipotong dan hanya diperah dalam segelas air atau jag tanpa gula atau dengan gula atau madu. Mudah kan?

Banyak kelebihan minum air lemon setiap hari. Anda pasti akan minum air lemon setiap hari kerana kelebihan-kelebihannya yang sangat baik untuk kesihatan.




Berikut adalah 12 kebaikan dan faedah Air Lemon kepada kita:

1. Minum air lemon sebaik sahaja bangun tidur boleh melegakan dan mengelakkan masalah penghadaman seperti kembung perut, gastrik dan pedih ulu hati.

2. Lemon bersifat antiseptik dan mempunyai kesan 'pembersihan' yang baik kepada hati, buah pinggang dan darah. Hati kita bekerja untuk perkumuhan dan penapis, apabila ia dibersihkan, kita akan merasa lebih bertenaga dan bersemangat untuk membuat kerja.

3. Minum air lemon pada waktu pagi memberi bekalan vitamin C semulajadi yang baik untuk kita. Ia juga memberi folate dan minerals seperti potassium, kalsium dan magnesium untuk tubuh.

4. Kandungan mineral yang tinggi dalam lemon menyebabkan ia boleh bersifat alkali dan membuang asid dalam badan.

5. Air lemon membantu dalam perkumuhan dan mengelakkan sembelit atau cirit-birit.

6. Minum Air Lemon boleh meningkatkan kesihatan kulit. Kandungan Vitamin C dalam lemon boleh membantu memperbaiki masalah kulit, lemon juga bersifat membersih, antibiotik dan antioksidan yang lebih penting untuk kulit.

7. Limonoid glucosides adalah sejenis flavonoid yang ada dalam lemon, kajian mendapati ia ada ciri-ciri anti-karsinogik yang boleh membantu mengelak barah.

8. Air Lemon membantu hati menghasilkan lebih hempedu yang membantu menghadam lemak degil.

9. Ciri-ciri antibakteria yang terdapat pada lemon boleh membantu merawat sakit tekak. Jika anda mengalami sakit tekak, minum seteguk air lemon dalam beberapa jam.


Kurus Selepas Bersalin Sampai Turun 20kg! Wow!



10. Air lemon boleh membantu mengurangkan mukus atau lendir dan kahak yang terhasil dalam badan.

11. Terdapat banyak sumber yang mengaitkan faedah dan kelebihan air lemon dalam membakar lemak dan membantu untuk kurus.

12. Air Lemon adalah sumber paling baik dalam menghilangkan bau mulut di awal pagi. Ia mengandungi ciri-ciri antioksida dan antibiotik yang juga boleh membantu mengurangkan bau badan.


Wednesday, May 20, 2015

Nak KURUS? Minum Air Lemon setiap Pagi

Assalamualaikum semua..
hari ni nak story pasal lemon..ermmm..ramai sgt dok post pasal lemon ni..mcm best kan??..jom kita try tiap2 pagi..confirm nak raya nanti badan selim melim..haha

Best ke Air Lemon?
Lemon mahal oooo kat sini..tadi pusing2 satu market tu rm1.60 sebiji..huhu...tp xpe..nak kurus kan..haha

Apa Rahsia Minum Air Lemon Setiap Pagi?
Walau apa jua rutin yang diamalkan , sudah pasti ia mempunyai keberkesanan dan kebaikan yang tersendiri terutama untuk tujuan kesihatan dan kecantikan.


  • Detoksifikasi
Air lemon merupakan diuretik semula jadi yang dapat membantu tubuh untuk menyingkirkan cecair bersama-sama dengan toksin . . Asid sitrik yang terkandung dalam buah lemon dapat memaksimumkan enzim yang merangsang hati untuk melakukan detoksifikasi .

  • Alkali
Lemon merupakan sejenis buah yang bersifat asid , justeru ianya mempunyai keupayaan untuk mengurangkan alkali yang tinggi dan menyeimbangkan paras pH terutama kepada mereka yang gemar memakan keju , daging atau alkohol .

  • Sistem Imun
Seperti yang kita tahu , buah-buahan sitrus sememangnya kaya dengan vitamin C dan asid askorbik yang dapat membantu mengurangkan gejala selsema dan penyerapan zat besi yang turut memainkan peranan dalam fungsi sistem imun


  • Penghadaman
Kebanyakan orang mengamalkan minum air suam sejurus bangun dari tidur bagi merangsang saluran penghadaman . Air suam yang dicampur dengan lemon dipercayai dapat mengaktifkan dan membersihkan hati .

  • Kecantikan
Umum tahu bahawa buah lemon dapat membantu mengurangkan masalah kulit seperti jerawat jika anda mengamalkan menyapu perahan air lemon pada wajah . Selain itu , meminum air lemon suam pula dapat menjadikan kulit yang kusam kelihatan lebih bersinar dan dapat berfungsi sebagai antioksida untuk mencegah penuaan .

Jom kawan2..kita cuba..pasti meletoppp di pagi raya!


KAWASAKI DESEASE MENYERANG KANAK-KANAK

  Pengalaman Ibu dengan Penyakit Kawasaki – Qaisara Nama penyakit nampak lawak, tapi hakikatnya Kawasaki Disease ni sangat bahaya. Ia radang...