Wednesday, May 20, 2015

Nak KURUS? Minum Air Lemon setiap Pagi

Assalamualaikum semua..
hari ni nak story pasal lemon..ermmm..ramai sgt dok post pasal lemon ni..mcm best kan??..jom kita try tiap2 pagi..confirm nak raya nanti badan selim melim..haha

Best ke Air Lemon?
Lemon mahal oooo kat sini..tadi pusing2 satu market tu rm1.60 sebiji..huhu...tp xpe..nak kurus kan..haha

Apa Rahsia Minum Air Lemon Setiap Pagi?
Walau apa jua rutin yang diamalkan , sudah pasti ia mempunyai keberkesanan dan kebaikan yang tersendiri terutama untuk tujuan kesihatan dan kecantikan.


  • Detoksifikasi
Air lemon merupakan diuretik semula jadi yang dapat membantu tubuh untuk menyingkirkan cecair bersama-sama dengan toksin . . Asid sitrik yang terkandung dalam buah lemon dapat memaksimumkan enzim yang merangsang hati untuk melakukan detoksifikasi .

  • Alkali
Lemon merupakan sejenis buah yang bersifat asid , justeru ianya mempunyai keupayaan untuk mengurangkan alkali yang tinggi dan menyeimbangkan paras pH terutama kepada mereka yang gemar memakan keju , daging atau alkohol .

  • Sistem Imun
Seperti yang kita tahu , buah-buahan sitrus sememangnya kaya dengan vitamin C dan asid askorbik yang dapat membantu mengurangkan gejala selsema dan penyerapan zat besi yang turut memainkan peranan dalam fungsi sistem imun


  • Penghadaman
Kebanyakan orang mengamalkan minum air suam sejurus bangun dari tidur bagi merangsang saluran penghadaman . Air suam yang dicampur dengan lemon dipercayai dapat mengaktifkan dan membersihkan hati .

  • Kecantikan
Umum tahu bahawa buah lemon dapat membantu mengurangkan masalah kulit seperti jerawat jika anda mengamalkan menyapu perahan air lemon pada wajah . Selain itu , meminum air lemon suam pula dapat menjadikan kulit yang kusam kelihatan lebih bersinar dan dapat berfungsi sebagai antioksida untuk mencegah penuaan .

Jom kawan2..kita cuba..pasti meletoppp di pagi raya!


No comments:

SEDIAKAN HIBAH TAKAFUL ATAU TUNAI SEGERA SEHINGGA RM500,000 KEPADA YANG TERSAYANG

HANYA RM100 SEBULAN UNTUK PAMPASAN MINIMA RM350,000 DAN BERGANDA UNTUK KELUARGA ANDA.. Risiko ada dimana-mana. Tidak kira tua ataupun muda. ...