Tuesday, May 26, 2015

Apa itu Healing Crisis?

KENAPA PERLU MINUM AIR 3 LITER SEHARI?


Perlu minum air masak sehari 3 liter.Wow biar betul ni banyak ya x mampu nak minum sebanyak tu air masak setiap hari. Tapi tahukah anda minum air masak dengan banyak adalah penting kita sendiri di sarankan minum 8 gelas air masak sehari.

Bagi yang mengambil supplemen lagi digalakkan untuk minum air masak dengan banyak sekali.

Jom kita baca info dibawah ni ye:-



Kelebihan minum air

Amalan meminum air pada kuantiti yang mencukupi untuk tubuh bukan sahaja melicinkan proses dalam sistem tubuh, malah boleh memberikan kelebihan-kelebihan iaitu:

•Mengalakkan penghasilan air susu yg banyak bg ibu menyusu
•Dapat menyahtoksikkan badan dengan cara semula jadi.
•Kulit anda akan kelihatan sentiasa lembap dan
•Awet muda di mana badan yang sentiasa mendapat bekalan air yang mencukupi boleh melambatkan proses pengecutan kulit.
•Badan akan sentiasa cergas dan berasa ringan.
•Dapat membantu proses mengurangkan berat badan dengan gabungan amalan pemakanan seimbang dan senaman secara konsisten.
•Minda yang ceria dan emosi stabil.
Kita digalakkan meminum 3 liter air sehari jika mengambil supplement. "3 liter? Banyaknya..." rungut seorang dua kenalan. "Tak banyak kalau kita tahu sebab dan cara mudah untuk habiskan air sebanyak 3 liter tu."

Sebab perlu minum air 3 liter air sehari

1) Suplemen semulajadi Shaklee membebaskan toksin dari tubuh serta memperbaiki sel-sel yang rosak. Semasa proses ini, air amat diperlukan, kalau tidak kita akan mengalami keadaan yang dinamakan healing crisis.

Di mana healing crisis adalah satu tempoh yg diambil untuk proses membersihkan badan, penyingkiran toksin dan untuk bina semula sel-sel badan yang lebih kuat dari sebelum ni.
Ibarat tangki yang dah lama tak basuh. Bila basuh, berus, sental... banyak la karat2 yang keluar dari tangki tu. Bila karat2 tu semua dah clear, dah bersih... air yang mengalir dari tangki tu pun laju jer. Kita nak guna untuk basuh ape2 pun best kan ? Macam tu jugalah badan kita. Healing crisis ini tidak akan sama dengan orang lain sebab ianya bergantung kepada tahap kesihatan masing- masing.Kalau badan sihat jadi kurang healing krisis tu...Apa yang penting teruskan makan vitamin dan minum banyak air masak, insyaAllah

2) Pengambilan suplemen adalah dalam bentuk concentrated iaitu kandungan yang sangat pekat. Bila kekurangan air akan menyebabkan darah kita menjadi pekat. So boleh bayang bilamana kita bancuh sesudu garam dalam sebiji cawan berbanding dengan mengacau sesenduk garam dalam sebiji cawan. Satu senduk garam pasti tidak sesuai dilarutkan dalam sebiji cawan, jadi ia memerlukan bekas yang lebih besar dari sebiji cawan.

3) Berbeza dengan memakan buah-buahan, kita tidak perlu minum air yang banyak selepas itu kerana buah-buahan tersebut sudah mengandungi air. Tahap kepekatan nutrien dalam sebiji buah jauh lebih rendah dari sebiji pil vitamin.
Contohnya, dalam sebiji pil Vita-C 500mg Sustained Released sama dengan 7 1/2 biji oren. Dalam 7 1/2 biji oren sudah ada sangat banyak air.

Tips minum air secara berkesan

  • Minum segelas air masak (250ml) sebaik bnagun tidur.Minum air di pagi hari dikatakan dapat menyegarkan dan menjadikan wajah kelihatan muda
  • Minum segelas air masak sejam sebelum tidur
  • Ambil makanan tambahan /supplemen bersama 2 gelas air
  • Minum setengah gelas/segelas air masak setengah jam sebelum makan.Ia akan turut membantu anda mengurangkan berat badan dan mengelakkan makan berlebihan
  • Minum segelas air sebaik sahaj selepas ke tandas/menyusukan bayi atau mengepam
  • Letakkan sebotol air masak di tepi katil,supaya apabila anda terjaga di waktu malam boleh minum air masak
  • Minum air masak suam panas supaya kita akan menghirup air sedikit demi sedikit
  • Periksa pengambilan air secara detail seperti berapa gelas sehari atau berap liter sehari.Kadang kala kita merasakan dah cukup banyak minum air tetapi sebenarnya belum pun sampai 2 liter
  • Pastikan air masak sentiasa ada berdekatan dengan anda.Jadi bila-bila sahaja anda boleh minum


Semoga bermanfaat!

ORDER SHAKLEE?..wsap fiza 0124513311

No comments:

SEDIAKAN HIBAH TAKAFUL ATAU TUNAI SEGERA SEHINGGA RM500,000 KEPADA YANG TERSAYANG

HANYA RM100 SEBULAN UNTUK PAMPASAN MINIMA RM350,000 DAN BERGANDA UNTUK KELUARGA ANDA.. Risiko ada dimana-mana. Tidak kira tua ataupun muda. ...