Wednesday, December 30, 2009

Monthly Check Up @ 23w

Syukur Alhamdulillah...hari nie gi check up kat poliklinik kelana jaya...so far semu ok..baby sihat..wah..berat nek 3kg (60.1kg)..hahaha..hari ni gak kena injection kancing gigi..

Baby aktip sgt2...agak2nya boy kot' nurse kat situ ckp..sbb masa dok ukur perut tu..kuat btol dok tendang..hehehe..aktipnya baby ibu ini..

disebabkan teruja nak tau gender..gi klinik nadia kat rmh..wah..nasib awak baik DR tu ckp dgn yakinnya..baby tgh kangkang elok je...InsyaAllah baby boy...ibu pun nampak dicelah2 kangkangnya tu..Alhamdulillah..samada boy or girl ibu terima semuanya..yang penting sihat & sempurna anak ibu nanti ye..

Mls nak scan pic scan tu..tunggu buat 3D/4D nanti lah...next check up 27/01/2010

Syukur Alhamdulillah...

Thursday, December 17, 2009

DOA AKHIR TAHUN & AWL TAHUN

DOA AKHIR TAHUN

Sempena akhir tahun hijrah pada petang 17 Disember 2009 (30 Zulhijjah 1430), kita dianjurkan supaya berdoa pada waktu asar. Dibaca 3 kali pada penghujung waktu Asar, sebelum masuk waktu Maghrib. Dengan izin Allah, orang yang berdoa akan mendapat perlindungan Allah dari fitnah dan tipu daya syaitan dari semua dosa selama setahun yang lalu.



Maksudnya:

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.

Semoga Allah cucurkan Rahmat dan sejahtera atas junjungan kami Nabi Muhammad SAW serta keluarga dan sahabat-sahabat baginda sekalian.

Ya Allah wahai Tuhanku, perkara-perkara yang telah aku lakukan daripada perbuatan-perbuatan yang Engkau larang dalam tahun ini maka aku belum bertaubat daripadanya padahal Engkau tidak meredhainya dan Engkau tidak melupakannya (Tuhan yang tidak bersifat lupa) dan Engkau berlembut tidak mengazabku malah memberi peluang supaya aku bertaubat selepas aku melakukan maksiat itu. Maka aku memohon keampunanMu.

Ya Allah, ampunilah aku dan mana-mana perbuatan yang telah aku lakukan sepanjang tahun ini yang Engkau redhai dan yang telah Engkau janjikan pahalanya. Maka aku mohon diperkenankan perbuatan (amal bakti) yang telah aku lakukan itu dan Engkau tidak menghampakan harapanku. Ya Allah yang Maha Pemurah .

Semoga Allah cucurkan Rahmat dan sejahtera atas junjungan kami Nabi Muhammad SAW serta keluarga dan sahabat-sahabat baginda sekalian.


DOA AWAL TAHUN



Dibaca sebanyak 3 kali selepas solat Maghrib 17 Disember 2009 iaitu bersamaan dengan 1 Muharram 1431 Hijrah.

Maksudnya:

Allah SWT berselawat ke atas penghulu kami Muhammad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka.

Wahai Tuhan, Engkaulah yang kekal abadi, yang qadim. yang awal dan ke atas kelebihanMu yang besar dan kemurahanMu yang melimpah dan ini adalah tahun baru yang telah muncul di hadapan kami. Kami memohon pemeliharaan dariMu di sepanjang tahun ini dari syaitan dan pembantu-pembantunya dan tentera-tenteranya dan juga pertolongan terhadap diri yang diperintahkan melakukan kejahatan dan usaha yang mendekatkanku kepadaMu Wahai Tuhan Yang Maha Agung dan Maha Mulia.

Wahai Tuhan Yang Maha pengasih dari mereka yang mengasihi dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhammad. Nabi yang ummi dan ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan kesejahteraan ke atas mereka.

credit to http://myadha.blogspot.com/

Friday, December 4, 2009

Monthly Check Up @ 19w

konpius ckit...xtau nak ikut date mana....hahha
kalo ikut private EDD 6/05/2010...gomen EDD 26/04/2010...tp lebih 1week je kan...biasa la tu...apa2 pun semoga semua selamat...Amin..

2hb gi check up biasa: check gula gn hb..Alhamdulillah semua normal..baby pun sihat..
4hb appointment utk scan sbb nak dptkan tarikh...huhu...dpt la 26/04/2010 tu...hihihihi

disebabkan byk masa terluang gi la cuci gigi...ingat nak cabut gigi tp DR suggest tunggu bg sakit dulu...gigi dah berlubang ni..mmg la xsakit...tp DR pesan kalo nak cabut b4 masuk 7bulan..lps 7bln dah xleh cabut....utk hari ni blom lagi...dia suh tunggu lagi @ lps deliver baru cabut...huwaaaa...xpe..blom darurat...hehehe

xde gambar scan..biasa la gomen...bulan depan la gi scan kat private..harap2 dah leh tau gender...xsabar plak...

Terima kasih Ya Tuhan ku atas kurniaan Mu ini...semoga kandungan ku sihat & selamat hendaknya.....AMIN

Wednesday, November 25, 2009

Perkembangan Bayi Dari Bulan Pertama Sehingga Bulan Ke Kesembilan Part II

Minggu ke-17, rambut, kening, bulu mata bayi kita mulai tumbuh sementara garis kulit pada hujung jari juga mula terbentuk. Antara keajaiban Allah s.w.t pada saat ini ialah bayi kita telah mempunyai cap carinya yang tersendiri. Walaupun pada masa ini panjang bayi hanya kira-kira 16 cm sahaja iaitu seperti sebatang pen. Puan mungkin akan alami sembelit akibat sistem usus yang perlahan. Rahim kita pula akan semakin membesar dan menekan pundi kencing. Jadi amalkan pada minggu ini, meminum lebih banyak air masak dan memakan makanan berserat, jus buah-buahan serta sayur-sayuran hijau.

Kini kita menyorot pula perkembangan pada minggu ke-18. Walaupun matanya masih lagi tertutup, bayi dalam kandungan kita sudah dapat mengenalpasti cahaya terang menerusi dinding rahim. Bayi kita dapat mendengar degupan jantung kita pada masa ini. Bayi dalam kandungan juga telah mula berbaring pada lelemak yang boleh memanaskan badannya.

Pengaliran oestrogen dan progesterone semakin meningkat dalam badan semasa kehamilan puan masuk minggu ke-18 ini. Ia bertujuan untuk melembutkan serta membesarkan serviks untuk proses bersalin. Kesan yang sama pada selaput mukus dihidung juga berlaku yang boleh menyebabkan berdarah.

Seterusnya kita mengikuti perkembangan minggu ke-19. Bayi akan mula mengeluarkan bahan berwarna putih yang tebal dan berkrim untuk menyelaputi keseluruh tubuhnya. Ia dikenali sebagai verniks dan berfungsi untuk melindungi kulitnya daripada cecair amniotik yang mengelilinginya. Jadi apabila bayi kita lahir kelak bayi kita tidak akan kelihatan seperti tidak mandi selama sembilan bulan. Sesetengah ibu akan berlaku kesan stretchmarks atau tanda calar pada bahagian perut. Hampir 90% wanita akan mengalaminya.

Minggu ke-20. Pertumbuhan bayi dalam kandungan puan saat ini adalah agak perlahan kerana memberi peluang kepada paru-paru dan sistem penghadaman serta imunnya untuk matang. Saiz bayi ketika ini ialah kira-kira 25 cm panjang dan mempunyai berat dalam lingkungan 340 g.

Pigmentasi pada kulit kita mungkin berlaku dengan lebih ketara tetapi ianya akan hilang selepas bersalin nanti. Payu dara kita juga saat ini sedang menghasilkan kolostrum iaitu sejenis bahan cecair keruh (warnanya) yang berfungsi untuk membekalkan semua bahan yang diperlukan oleh bayi kita pada hari pertama selepas lahir. Jangan cuba memicit cecair itu.

Selain itu puan juga akan sering mengalami masalah gusi berdarah dan peningkatan keluaran cecair dari faraj. Sendi dan ligamen-ligamen badan juga akan menjadi kendur. Kita akan lebih kerap merasa sakit pada bahagian belakang badan serta ketegangan dibahagian lain.

Pada minggu ke-21, kita akan mengalami banyak perubahan sementara bayi dalam kandungan pula membesar dengan perlahan. Jadi penjagaan kesihatan agar senantiasa sihat dan bertenaga amat penting. Kita perlu elakkan daripada melakukan kerja-kerja berat yang boleh membebankan bahagian belakang. Malah kita perlu mengelakkan dari memakai kasut bertumit tinggi.

Seterusnya minggu ke-22. Struktur gigi bayi kita mula berkembang. Pergerakan bayi kita juga menjadi semakin aktif. Puan sebaiknya-baiknya memberikan tindakbalas dengan setiap gerakan, tendangan atau bunyi dalam uterus tersebut. Pada masa ini puan sudah boleh perdengarkannya dengan alunan zikir dan ayat-ayat suci Al-Quran untuk memberikan pendedahan dan didikan awal sejak dalam kandungan lagi. Dekatkan perakam atau pemain cakera padat dekat dengan perut puan. InsyaAllah bayi kita yang bakal lahir akan menjadi anak-anak yang pintar lagi soleh. Belailah gerakan bayi anda dengan penuh kasih sayang.

Kini kita di minggu ke-23. Pada masa ini tangan dan kaki bayi telah terbentuk dengan baik. Jari-jemarinya juga terbentuk dengan baik. Perubahan yang berlaku pada puan untuk minggu ini amat baik. Antaranya ialah rambut, tekstur kulit, kuku da warna kulit. Rambut kita akan menjadi lebat dan berkilauan. Kulit pula akan menjadi bertambah gebu, licin dan lembut.

Pada minggu ke-24 pula, puan akan merasa gembira, sihat dan berpuas hati dengan perjalanan kehamilan puan. Kita akan dapati berat badan kita bertambah secara normal. Perlu kita ketahui bahawa pada minggu ini kedudukan kepala bayi lazimnya berada pada bahagian bawah. Manakala kulit bayi akan menjadi semakin menebal. Namun jangan terkejut sekiranya puan dapati muka menjadi sembap dan membengkak pada ketika ini. Ini kerana tubuh sudah mula menyimpan air yang berlebihan.

Fenomena yang sering berlaku pada minggu ke-25 dan minggu ke-26 ialah badan kita akan senantiasa berpeluh dan berasa panas. Bagi menghilangkan rasa panas tersebut, minumlah banyak air. Untuk mengelakkan dehidrasi semasa bekerja terutama ketika berada dalam penghawa dingin (aircond), basahkan tuala kecil dan lapkan pada bahagian muka, leher, dada, peha dan perut. Pakailah pakaian yang longgar untuk keselesaan. Pada minggu ini saiz bayi kita sudah mencapai 33 cm.

Sekarang minggu ke-27, bayi kita sudah mulai pandai menghisap ibu jari dan menelan air panas (cecair amnion) yang mengelilinginya. Air yang ditelan itu akan keluar daripada badannya sebagai air kencing. Tunas rasa bayi pada masa ini baru terbentuk. Ia sudah bleh bertindakbalas kepada rasa manis, masam dan pahit. Kelenjar peluhnya juga sudah mulai terbentuk dan bayi sudah boleh batuk dan tersedu. Sepanjang kehamilan ini kita amat digalakkan memakai pakaian yang diperbuat dari kain kapas yang boleh menyerap haba dengan baik.

Kini masuk minggu ke-28, bermakna kita hanya tinggal lagi 3 bulan sebelum saat kelahiran yang ditunggu-tunggu tiba. Puan mungkin akan menjadi sedikit pelupa, kekok dan agak janggal. sepanjang bulan-bulan terakhir ini, bayi kita juga telah mula menyimpan bekalan lemak dalam badan. Selain itu puan juga mungkin akan mengalami sakit ulu hati, senak dan kadang-kadang kejang pada bahagian betis. Jangan terkejut jika kita akan berhadapan dengan kontraksi. Ia bukan kontraksi untuk melahirkan tetapi ia sebalik adalah kontaksi kecil yang dipanggil iBraxton Hiksi. Sepanjang kehamilan kita cuba elakkan daripada berfikir perkara-perkara buruk atau negetif. Banyakkan membaca majalah-majalah atau menonton rancangan tv yang berfaedah untuk minda dan perkembangan kehamilan kita.


Sumber: http://www.mengandung.com/

Perkembangan Bayi Dari Bulan Pertama Sehingga Bulan Ke Kesembilan Part 1

Pada usia kehamilan kita seminggu iaitu setelah 8 hari selepas proses persenyawaan berlaku, blastocyst (kini mengandungi 200 sel) merembeskan mukus untuk memberitahu kehadirannya di dalam rahim.

Masuk minggu ke-2, blastocyst menggelembung dan sel-sel mula berkembang dan terbahagi kira-kira 2 kali sehari sehinggalah pada hari yang ke 12 jumlahnya telah bertambah dan membantu blastocyst terpaut atau disauh dengan kukuh pada endometrium.

Kemudian masuk minggu ke-3 selepas proses persenyawaan berlaku, saiz embrio terbentuk dan saiznya hanyalah sepanjang 0.08 inci/2 mm. Gen janin mula hendak membentuk dalam 3 lapisan benih(sel) daripada organ badan yang akan bergabung.

Pada minggu ke-4 berikutnya, janin kita sudah mulai membentuk struktur asas manusia dimana sel-sel mula bergabung dan pada masa itu embrio sudah mulai memanjang kira-kira 1/4 inci / 6 mm.Pada masa ini sudah kelihatan pembentukan otak dan tulang belakang serta anggota lain seperti jantung yang mengepam darah ke paru-paru dan aorta (urat besar yang membawa darah daripada jantung).

Embrio akan terus membesar sehingga pada minggu ke-5 didapati terdapat 3 lapisan iaitu ectoderm, mesoderm dan dan endoderm. Ectoderm adalah lapisan yang paling atas. Ianya akan membentuk sistem saraf pada janin tersebut yang seterusnya membentuk otak, tulang belakang, kulit serta rambut. Manakala lapisan mesoderm pula yang berada pada lapisan tengah akan membentuk organ penting yang asas iaitu jantung, buah pinggang, tulang dan organ reproduktif.

Selain itu, kita perlu tahu bahawa dalam pembentukkan janin ini, sistem peredaran darah adalah yang pertama terbentuk dan berfungsi. Akhir sekali ialah lapisan endoderm iaitu lapisan paling dalam yang akan membentuk organ dalaman seperti usus, hati, pankreas dan pundi kencing.

Kalau kita gambarkan saiz janin 6 mm itu hanyalah sebesar biji tembikai sahaja.

Pada minggu ke-6, sekiranya pemeriksaan secara ultrasound dilakukan, kita akan dapat melihat janin sudah membentuk kepada dan badan. Biasanya getaran jantungnya juga sudah dapat dikesan.

Setelah usia janin minggu ke-7, bentuk bayi semakin jelas terbentuk. Kepala bayi seolah-olah tertunduk dan berada dalam cecair ~ air ketuban atau amnotic sac yang akan memberikan keperluan tumbesaran bayi semasa dalam kandungan.

Untuk pengetahuan, pada usia kandungan kita minggu ke-8, rupa bayi sudah mulai terbentuk antaranya pembentukan lubang hidung, bibir, mulut serta lidah. Matanya juga sudah kelihatan berada di bawah membran kulit yang nipis. Pada masa ini juga anggota tangan serta kaki juga terbentuk walaupun tidak berapa jelas lagi.

Saiz bayi pada usia minggu ke-9 hanyalah sebesar sebiji anggur iaitu dalam saiz seinci. Pembentukan telinga sudah kelihatan pada masa ini. Dan yang paling mengembirakan bagi bakal ibu ialah pada saat inilah bayi kita sudah mulai mengerakkan anggota badannya. (Sudah boleh menggerakkan jejari tangan manakala jejari kakinya masih bercantum).

Pada usianya masuk minggu ke-10, bayi kita sudah kelihatan seperti manusia yang lengkap. Pada minggu ini, payu dara puan akan sedikit membengkak kerana terdapat cecair oestrogen dan progesterone sebagai persediaan untuk menyusukan bayi kelak.

Pada usia kehamilan minggu pertama - minggu ke 10, ibu yang hamil amat memerlukan zat besi. Dengan zat besi tersebut ianya dapat membantu ibu hamil untuk menghilangkan rasa loya, muntah-muntah serta alahan. Dengan zat besi yang mudah hadam juga dapat membantu tumbesaran janin. Antara sindromyang dapat dicegah atau dikurangkan dengan pengambilan zat besi ini ialah dapat mencegah demam, batuk, selsema,sejuk-sejuk, sakit kepala, sakit gigi dan lain-lain lagi. Paling penting ia juga turut membantu melancarkan aliran darah dan mencegah daripada masalah urat bersimpul di betis dan kaki serta menghilangkan letih dan lesu.

Pada usia kehamilan masuk minggu ke-11, bayi dalam kandungan akan mulai suatu proses pertumbuhan yang pesat dan mula mengangkat kepala ke atas jauh daripada dadanya. Alat kelamin luar pula mula terbentuk tetapi masih kecil sehingga sukar untuk melihat jantinanya samada lelaki atau perempuan semasa membuat imbasan.

Jadi menjelang minggu ke-12 iaitu usia kehamilan 3 bulan, kebanyakan wanita akan mula kelihatan tanda-tanda fizikal tentang kehamilannya. Sekarang bayi akan membesar dengan cepat. Saiz bayi dalam kandungan akan bertambah beberapa milimeter setiap hari. Wajahnya juga semakin jelas.

Jari jemari kaki dan tangan mula terbentuk termasuk telinga dan kelopak mata. Berat bayi pada masa ini adalah kira-kira satu aun (28g) dan panjangnya dalam 8 cm.

Risiko keguguran berkurangan pada minggu ke-12 kerana bayi semakin kukuh kedudukannya. Pada masa ini bayi dah boleh menguap, menggeliat, memusing badan tetapi kerana saiznya yang masih kecil kita tidak akan dapat merasakan sebarang pergerakan.

Minggu ke-13, kepala bayi membesar dengan lebih cepat daripada yang lain-lain. Badannya juga semakin membesar untuk mengejar tumbesaran kepala. Berat bayi kita kini boleh mencecah kira-kira 30g. Kuku kaki dan tangan juga mula tumbuh. Pada masa ini puan mungkin akan mengalami perubahan ketara akibat perubahan hormon yang berlaku dalam badan. Sebagai contoh rembesan minyak menyebabkan wajah kita berbintik-bintik. Kita perlu banyak meminum air suam/masak serta membersihkan muka sekurang-kurangnya 2-3 kali sehari.

Masuk minggu ke-14 degupan jantung bayi akan semakin kuat dan kita sudah boleh mendengarnya melalui ujian imbasan. Lajunya adalah 2 kali ganda kelajuan jantung kita. Pada masa ini bayi kelihatan kurus kerana belum terdapat lapisan lemak. Kulitnya juga sangat nipis sehingga kita dapat melihat saluran darahnya. Pada tahap ini juga biasanya ibu hamil akan mengalami masalah sembelit kerana pergerakan usus cenderung diperlahankan semasa hamil. Jadi elakkan daripada memakai pakaian yang ketat atau sendat agar puan-puan berada dalam keadaan yang selesa.

Minggu seterusnya iaitu minggu ke-15, bayi kita sudah mampu menggenggam tangannya dan menghisap ibu jari. Kelopak matanya masih tertutup dan akan terus kekal sedemikian sehingga minggu ke-26. Walaupun begitu bayi boleh mengetahui perubahan cahaya ketika ini. Bayi kita juga sudah boleh menelan. Puan akan merasa perubahan ketara kerana garis pinggang kita akan mengembang dan jantung mula berdegup 20% lebih pantas kerana isipadu darah mengalir dalam badan telah meningkat.

Jadi banyakkan senaman ringkas atau puan juga boleh melakukan aktiviti berenang untuk meringankan simptom kehamilan dan menyediakan stamina manjadi lebih kuat ketika proses kelahiran kelak.

Minggu ke-16. Kehamilan puan kini sudah hampir 4 bulan. Pada masa ini badan kita perlu senantiasa sihat dan bertenaga. Bayi kita telah terbentuk sepenuhnya dan perlu diberikan nutrien yang secukupnya oleh plasenta. Bayi kita mula menerima nutrien dari plasenta sejak minggu ke-14. Kini bayi dalam kandungan telah mempunyai tulang yang kuat dan dia juga sudah boleh mendengar bunyi-bunyian untuk pertama kali.

Sumber: http://www.mengandung.com/

Friday, November 6, 2009

Medical Check up @ 14w

2hari lps dah gi buat buku merah kat poliklinik kelana jaya..mak aihhh punya la ramai org..dr pagi aku tunggu lps lunch baru leh masuk..huhuhu..sabar je lah..

1st time masuk klinik gomen..jadi terpinga2 ckit...hahahha
Alhamdulillah semua ok..dah amik darah, check hb..semua dlm keadaan baik & normal..
masuk bilik scan tp DR xdpt nak ukur sbb baby terlampau aktif..nak tngkap kaki tu mak aihhh ckit punya susah..last2 kena buat appoinment lagi sekali utk scan...huhuhuhu..
DR nak tau week sebenar..sbb lps gugur hari tu langsung xpeyet..hehehe

next check up bulan depan la..2hb..
Alhamdulillah..semoga dipermudahkan...Amin

Monday, October 19, 2009

Medical Check up @ 11w

Baru balik dr klinik..syukur Alhamdulillah..baby membesar gn sempurna & normal...semakin teruja bila tgk dia dah boleh bergerak kat dlm rahim kita...ermmm..berberapa hari je lagi cukup 3 bulan...saat yang ditunggu..

semua dah complete..dah nampak 2 tgn, 2 kaki..jantung yg berkelip2...hihihi..syok plak..
semoga perjalanan & pembesaran bayi dlm kandungan ku dipermudahkan Allah s.w.t..Amin..

EDD dah berganjak 1 hari..normal la tu selagi blom cukup 5bulan kan..panjang 4.66cm

Mlm nanti baru dpt edit pic scan eh..hehhe


Monday, September 28, 2009

8week 4days

Syukur Alhamdulillah..Aidilfitri masih lagi terasa..xder gambar kenangan pun..lupa bawa balik kamera kat kg..huhuhu..
thn nie raya pertama kat perlis..raya ke2 dah balik rmh MIL kat Kelantan..so far semua ok..mcm xmeriah raya thn nie..

hari nie dah start keja..bosannnnnnyaaaaaaaaaa...hihihi..nak story pasal check up hari ni..
dlm kul 12.45pm td gi klinik..syukur Alhamdulillah my baby dah ada heart beat..dah nampak kepala dan punggung..cuma belum ada tgn & kaki lagi..apa2 pun Alhamdulillah..

Dr bekalkan folic asid gn duphaston...dia ckp semua ok..amik urine test utk check paras gula + protein..

minggu ni masih lagi ada morning sickness..asyik muntah & loya..xboleh nak mkn..sib baik bukan hari2 mcm ni..

ermm...xtau bila nak gi klinik gov..baru nak survey area dekat2 sini..dah cari dlm tenet paling dekat Kelana Jaya..huhu..

Size baby baru 1.98cm..8w 4d
EDD berubah 1hari je...06/05/2010

Friday, September 11, 2009

AMALAN SEDEKAH DIBULAN PUASA

Amalan bersedekah yang amat dianjurkan Islam dan akan mendapat ganjaran pahala yang besar di sisi Allah SWT. Rasulullah SAW sentiasa menunjukkan teladan kepada umatnya dalam perbuatan bersedekah. Sabda Rasulullah yang bermaksud, “Jagalah kalian dari neraka, meskipun hanya dengan separuh kurma.’ (Hadis Bukhari). Di sini jelas kepada kita bahawa Islam sangat menekankan kepada amalan bersedekah dan nilai sedekah itu tidaklah hanya tertakluk kepada banyaknya yang dihulurkan seseorang, akan tetapi terletak pada nilai keikhlasan niat di hati.

Dalam sebuah hadis yang lain Nabi SAW bersabda yang bermaksud, “Barang siapa yang bersedekah sebesar biji kurma dari hasil yang baik dan Allah SWT hanya menerima sesuatu yang baik saja. Nescaya Allah SWT akan menerimanya dengan tangan kanan-Nya, lalu memeliharanya untuk diberikan kepada pemiliknya sebagaimana salah seorang daripada kalian memelihara anak kudanya hingga (pahala sedekahnya itu) menjadi seperti gunung”. (Hadis Bukhari). Begitulah indahnya ajaran Islam yang menggalakkan umatnya bersedekah dan Allah SWT sendiri menjamin pahala untuk orang yang mengamalkannya sebagai agenda kehidupan mereka.

Menyentuh aspek bersedekah, Islam tidak pernah mengehadkan tempoh masa malahan boleh dilaksanakan pada bila-bila masa saja mengikut kemampuan seseorang. Namun demikian, amalan bersedekah yang paling afdal di sisi Allah SWT ialah ketika bulan Ramadan. Ini dapat kita perhatikan menerusi satu hadis Nabi bermaksud, dari Ibnu Abbas, berkata: “Rasulullah SAW adalah orang yang paling dermawan dan lebih besar kedermawannya pada bulan Ramadan ketika Jibril menemuinya. Jibril biasanya menemuinya setiap malam Ramadan, lalu tadarus al-Quran (dengan Nabi SAW). Sungguh Rasulullah ketika ditemui Jibril menjadi orang yang lebih bermurah hati dalam memberikan kebaikan, sehingga lebih banyak daripada tiupan angin.’ (Hadis Bukhari dan Muslim) Jadi berasaskan kepada hadis itu dapat disimpulkan bahawa kita sebagai umat Islam sangat dituntut dalam membudayakan amalan bersedekah, lebih-lebih semasa menunaikan ibadah puasa di bulan Ramadan yang penuh berkat itu.

Dalam soal memberi sedekah itu, semua orang mampu melakukannya sama ada dalam kuantiti yang banyak mahupun sedikit. Apa yang utama ialah sikap dan niat kita mesti menjuruskan kepada ikhlas kerana Allah SWT. Banyak yang boleh seseorang sumbangkan sebagai sedekah pada bulan Ramadan ini. Antaranya ialah memberikan makan minum kepada orang berpuasa. Dalam masyarakat Melayu, menyediakan juadah untuk berbuka sentiasa diadakan di masjid, surau mahupun di madrasah. Hal itu sangat mulia dan wajar diteruskan.

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud,’ Barang siapa memberikan makanan untuk berbuka kepada orang yang berpuasa, maka ia memperoleh pahala sama dengan orang yang berpuasa; sedangkan pahala orang yang berpuasa itu sendiri tidak berkurang sedikit pun. (Hadis At Tirmidzi) Hadis ini mendorong kita umat Islam supaya tidak mementingkan diri sendiri pada bulan Ramadan, akan tetapi menggalakkan umatnya menjaga kepentingan orang lain.

Alangkah indahnya tuntutan Islam ke atas umatnya kerana dengan pengamalan bersedekah khususnya ketika bulan Ramadan pasti membibitkan rasa kebersamaan dan semangat ukhwah yang mantap dalam kalangan ummah.

Justeru, ketika kita sedang asyik menunaikan ibadah berpuasa di bulan Ramadan ini, segala amalan sunat dan amal makruf seperti bersedekah seharusnya diperbanyakkan dengan satu niat, hanya ingin mendapat reda Allah. Insya-Allah mereka yang pemurah dalam bulan Ramadan itu pasti ‘dekat dengan Allah’ dan Allah SWT meredainya serta diberikan ganjaran pahala yang besar.

- BERITA HARIAN

Thursday, September 10, 2009

6 weeks 1 day

Syukur padaMu Ya Tuhan..krn masih memberi aku peluang utk bergelar seorang ibu..2minggu kebelakangan ini mmg terasa sgt2 hormon ibu mengandung...dah 3hari tinggal posa..asal mkn je muntah..time berbuka langsung xlalu nak sentuh nasi..time sahur lagi la..mkn je terus kuar balik..uweekkk je terus..huhuhu..sabar je lah kan..

lst week 1 badan gatal...org gatal tgn nak kuar/masuk duit..ini tak mau satu badan dok menggaru..lps mandi je menggaru..sampai jadi fobia plak nak mandi..ingatkan salah sabun...dah tukar dkt 3jenis sabun still gatal...rupanya tanda pregnant gak tu...huhuhu

smlm Alhamdulillah..dah boleh jamah nasik..hubby beli nasik ayam..makan dengan selera sekali..tp lps tu tekak dah terasa loya..sib baik xmuntah..mcm nak muntah je' hehheh
skrg ni kuat mkn asam..dah 2hari mkn kerabu mangga..sanggup singgah Chiken Rise Chop beli kerabu mangga yang mahal tu' hihihi

Hari nie gi check up kat Klinik Wanita TTDI...lamanya tunggu DR Idris ni...sib baik dkt je klinik tu'...
Alhamdulillah..scan dah ada janin dlm kantung wpun belum nampak complete janin lagi..DR tunjuk jantung janin yang tengah berkelip2...syukur sgt2..
DR bekalkan dengan Duphaston (ubat kuatkan rahim) memandangkan sejarah aku sebelum nie..acid folic dah ada so cont je lah...

DR siap pesan jgn posa...nanti effect kat janin yang tgh membesar....biar btol..xkan xleh posa..tp diakui kata2 DR tu sbb aku skrg dah letih smcm je..mcm org xmkn 2-3 hari rupanya...time pagi je mesti loya n muntah..hari ni tahan ckit...insyaAllah kalo boleh posa aku teruskan tp kalo xboleh demi bb aku sanggup..sib baik tinggal lagi 8 hari...

oh ya..my EDD 05.05.2010...scan gn DR ju last week bulan April..apa2 lah kan..yang penting xde masalah utk kandungan ku kali nie..AMIN

Wednesday, September 9, 2009

Apa Istimewanya 09.09.09?

Ada apa dengan no. 9...

Bagi orang Islam, no. 9 berkait rapat dengan 99 nama Allah (Asma Al-Husna). Selain itu, no. 9 juga amat bermakna bagi orang Islam kerana bulan Ramadhan merupakan bulan ke-9 dalam kalender Hijrah yang merupakan bulan yang di tunggu-tunggu oleh orang Islam di seluruh dunia untuk menunaikan ibadah puasa. Banyak keistimewaan yg terdapat dlm bulan Ramadhan yg tidak diperolehi di dalam bulan-bulan yg lain seperti bulan di mana Al-Quran diturunkan kpd Nabi Muhammad S.A.W., terdapatnya 1 malam yg dinanti-nantikan iaitu Malam LailatulQadr, hanya di bulan Ramadhan umat Islam berpeluang menunaikan solat sunat Tarawikh dan lain-lain lagi.

Bagi orang China pula, jika no. 8 membawa maksud Kekayaan atau Prosperity, no. 9 membawa maksud panjang umur. Mengikut sejarah dahulu kala lagi, maharaja-maharaja China sering menggunakan no. 9 ini sebagai simbol kekuatan termasuklah dalam segala ukiran dan baju DiRaja di mana terdapat 9 ekor naga terukir di setiap sudut. Malah, Kompleks DiRaja di Beijing's Forbidden City dikatakan telah dibina dengan 9999 buah bilik...menarik!

Walau bagaimanapun, bagi orang Jepun, no. 9 membawa maksud Penderitaan dan tidak bernasib baik. Sebab apa tafsiran mereka begitu? Mungkin sebab Nagasaki telah dibom pada 9 Ogos 1945. No. 9 telah menjadi mimpi ngeri bagi seluruh rakyat Jepun... Lebih dahsyat lagi, orang Jepun akan menjauhi no. 9 ni tidak kiralah dalam memilih no. bilik di hotel ataupun no. wad di hospital...agak menyeramkan...

Bagaimana pula dgn rakyat Malaysia? No. 9 adalah simbol pertolongan dan keselamatan...setuju? Apa tidak nya, jika ada jenayah ke, kebakaran ke, dera ke, no apa yg mereka akan dail? Sudah pasti 999... Selain itu, satu-satunya negeri yg menggunakan no. sebagai nama adalah Negeri Sembilan.


Magik Matematik

Jumlah 2 digit hasil daripada mana-mana 1 no. yg didarabkan dgn 9 pasti akan mendapat angka 9. Cth: 5x9=45, 4+5=9

Hasil darab 9 dgn 2, 3 atau 4 digit no dan kemudiaannya ditambahkan sehingga menjadi 1 digit, pasti jawapannya adalah 9. Cth: 9x157=1413, 1+4+1+3=9

9 September juga merupakan hari yang ke 252 dalam kalender Masihi, 2+5+2=9. Menarik kan?

No. 9 juga sering digunakan sebagai kaedah pemasaran paling berkesan dlm meletakkan harga berdasarkan harga psikologi. Anda pergi la ke mana-mana hypermarket, pasti no. 9 banyak digunakan. Cth: bawang merah RM1.99 sekilogram dan secara automatik pengguna akan melihat yang ada 9 di belakangnya adalah lagi murah. Sungguh berpengaruh no. 9 ni ye...

PMFEP, UKM
http://mypmfep.blogspot.com

Monday, September 7, 2009

Rezeki Bulan Ramadan

Syukur Alhamdulillah..dibulan mulia ini..Tuhan memakbulkan doaku utk bergelar seorg ibu..wpun mcm2 dugaan pahit manis, suka duka aku bersyukur diberi peluang sekali lagi utk merasai nikmat seorang ibu...dah lama nak coretkan kat sini tp sabar dulu sbb blom confem kan...

21hb Aug period aku mcm nak muncul tp xmuncul2 lagi tp dah kuar mcm brownish mcm tu..2 hari gak la..agaknya ini lah yg dikatakan pendarahan implantasi...sabar je lah kan..akmal suh buat UPT..so dengan xbp yakinnya buat la..ermmm..mcm ada 2line..tp line ke2 tu lambat sgt kuar..xnak sonok lagi la

23hb period xmuncul2...ulang UPT..ermmm..masih blur tp agak terang dr yang 1st ri tu...

24hb demam panas plak..gi klinik..sib baik xde apa...ulang UPT..sah..i'm pregnant' huhuhu..
tp xnak sonok lagi..DR ckp masih baru..so kalo bleeding still consider period..DR suh dtg lagi 2 week..

Alhamdulillah...rezeki bulan Ramadan..begitu besarnya Kekuasaan Tuhan yang Maha Esa..

29hb pegi jumpa my gynea..dia ckp baru lagi..so bila scan mmg xnampak pape..cuma rahim ckit menebal..sbb tu la xnampak..xpe..

5hb DR JU Kajang suh gi klinik..biasa la..nak sembang pasal bisnes ubat dia tu..disamping aku pun nak beli ubat dia...jauhnya..sib baik cuti..kesempatan jumpa dia scan lagi sekali...Alhamdulillah dah nampak kantung..dah sah dok dalam rahim...cuma belum nampak baby lagi..xpe..Doa byk2..minta diselamatkan semuanya..AMIN

xdpt nak pastikan brp week tp anggaran DR JU dlm 5-6weeks.

Syukur Alhamdulillah..rezeki xdisangka..wpun masih dlm dok sedeh hari tu cepat je digantikan semula..ada hikmah sebalik semua ni kan..

Saturday, August 22, 2009

Ibadat Puasa Ramadhan - Pengertian, Niat, Syarat-syarat & Kelebihan

Pengertian puasa

Takrif puasa dari segi istilah bermaksud menahan diri daripada makan dan minum dan perkara-perkara yang boleh membatalkan puasa mulai terbit fajar hingga terbenam matahari beserta niat.

Dalil Wajib puasa

Umat Islam yang mempunyai cukup syarat diwajibkan berpuasa di bulan Ramadhan bersandarkan dalil seperti berikut:

Al-Quran:
Maksudnya: Wahai orang-orang yang beriman, diwajibkan berpuasa keatas kamu sebagaimana diwajibkan ke atas orang yang terdahulu daripada kamu, mudah-mudahan kamu bertakwa.

Hadis:

Maksudnya: Daripada Ibnu Umar dari Nabi Muhammad S.A.W bersabda; Islam itu dibina atas lima perkara, bersaksi tiada tuhan selain Allah dan Nabi Muhammad itu pesuruh Allahh, mendirikan sembahyang, membayar zakat, menunaikan haji dan puasa pada bulan Ramadhan.
(Riwayat Bukhari dan Muslim)

Sehubungan dengan adanya dalil daripada Al-Quran dan hadis yang jelas tentang wajibnya puasa, maka orang yang mengingkari kewajipan berpusa adalah dihukum sebagai murtad(keluar daripada Islam)

Lafaz Niat

Lafaz niat puasa bulan Ramadhan:
نَوَيْتُ صَوْمَ غَدٍ أَنْ أَدَاءِ فَرْضِ رَمَضَانَ هَذِهِ السَّنَةِ لِلَّهِ تَعَالَى

Maksudnya: Sahaja aku puasa esok hari pada bulan Ramadhan tahun ini kerana Allah Taala.

Lafaz niat puasa Ramadhan sepenuhnya (sebulan):
نَوَيْتُ صَوْمَ شَهْرِ رَمَضَانَ كِلِّهِ لِلَّهِ تَعَالَى

Maksudnya: Sahaja aku puasa untuk sebulan pada bulan Ramadhan kerana Allah Taala.

Doa buka puasa

اللهم لك صمت وبك امنت وعلى رزقك أفطرت

Maksudnya: Ya Allah, Aku telah berpuasa untuk Kau dan pada Kaulah aku mempercayai dan aku membuka puasa dengan apa yang Kau berikan

Syarat wajib puasa

Syarat –syarat wajib berpuasa empat perkara iaitu:

1. Islam :
Tidak diwajibkan kepada orang kafir.

2. Baligh:
Tidak diwajibkan berpuasa ke atas kanak-kanak yang belum sampai umur baligh. Walau bagaimanapun kanak-kanak digalakkan berpuasa

3. Berakal : Tidak diwajibkan puasa bagi orang gila.

4. Berkemampuan:
Tidak wajib berpuasa ke atas orang yang tidak berdaya berpuasa seperti orang sakit, musafir, orang tua dan sebagainya.

Syarat-syarat sah puasa

Syarat-syarat sah puasa itu enam perkara:

1. Islam:
Orang Islam yang sedang berpuasa kemudian ia murtad walaupun sekejap, maka puasanya batal
2. Berakal: Orang Gila tidak sah puasanya
3. Suci daripada nifas dan haid
4. Masuk waktu puasa
5. Berniat pada setiap malam:
Menurut mazhab Imam Malik-memadai dengan sekali niat sahaja iaitu pada malam pertama bulan Ramadhan.
6. Menahan diri daripada sesuatu yang membatalkan puasa.

Rukun Puasa
1. Orang yang berpuasa
2. Niat
3. Menahan diri daripada sesuatu yang membatalkan puasa.

Perkara yang membatalkan puasa

Manakala perkara-perkara berikut akan membatalkan puasa jika terjadi:

1. Makan dan minum dengan sengaja walaupun pada nilaian dan kadaran yang sedikit pun,seperti memakan saki baki makanan kecil yang terlekat pada celah gigi dan lain-lain lagi.
2. Muntah dengan sengaja
3. Bersetubuh atau keluar air mani dengan sengaja
4. Keluar darah haid atau nifas
5. Gila (hilang akal)
6. Pitam(termasuk pengsan) atau mabuk sepanjang hari.
7. Merokok disiang hari.(Termasuk menghisap ganja atau dadah)
8. Murtad (keluar dari Islam)
9. Memasukkan sesuatu ke dalam rongga terbuka seperti menyembur pewangi atau menyegar mulut dan sebagainya.Larangan ini tidak termasuk memasukkan air atau udara kedalam rongga terbuka kerana ingin berwuduk atau melegakan kesakitan dan ketidakselesaan pada rongga(dengan syarat air tersebut tidak diminum atau ditelan dengan sengaja).

Mereka yang diizinkan berbuka

Terdapat kelonggaran (harus) kepada golongan yang berikut untuk berbuka:

1. Orang yang sakit .
2. Orang yang berkerja buruh.
3. Orang yang dalam musafir (perjalanan).
4. Orang tua yang sudah lemah.
5. Orang yang hamil dan ibu yang menyusukan anak.

Hikmah Puasa

Puasa mempunyai pelbagai hikmah antaranya:

1. Menandakan kesyukuran kepada Allah
2. Melatih diri dengan sifat-sifat mahmudah(terpuji seperti sabar, tabah, amanah dan sebagainya.
3. Melatih sikap tolong-menolong di antara satu sama lain
4. Meningkatkan kesihatan diri.
5. Mendapat dua kegembiraan iaitu ketika berbuka(hari raya) dan ketika berjumpa dengan tuhannya pada hari kiamat.
6. Menjauhkan dari sifat-sifat Mazmumah(keji) sepert tamak, sombong hasad dengki dan sebagainya.

Kelebihan Ramadhan

Bulan Ramadhan mempunyai banyak kelebihan antaranya;

1. Bulan diturunkan Al-Quran
Maksudnya: Bulan Ramadhan padanya diturunkan al-Quran yang mempunyai keterangan-keterangan yang nyata sebagai petunjuk kepada manusia

2. Bulan penuh berkat
Bulan Ramadhan merupakan satu bulan yang disebut sebagai bulan mulanya rahmat, ditengahnya pengampunanNya dan akhirnya merdeka daripada api neraka.
"Maksudnya: Dari Abu Hurairah r.a bahawa Rasulullah s.a.w bersabda, apabila bulan Ramadhan telah datang maka dibukalah pintu-pintu syurga, dihapuslah pintu-pintu neraka dan di ikatlah semua syaitan.

3. Bulan Penghapusan dosa
Maksudnya: Rasulullah s.a.w bersabda, sesiapa berpuasa Ramadhan dan berjaga malamnya dengan penuh kepercayaan dan ketelusan ikhlasnya nescaya diampunkan dosanya yang telah lalu. .

4. Bulan diturunkan Lailatul Qadar
Maksudnya: Sesungguhnya kami telah menurunkan (Al-Quran ) ini pada malam Lailatul Qadar. Dan tahukah kamu apa dia Lailatul Qadar itu. Lailatul Qadar itu lebih baik dari seribu bulan. Pada malam itu diturunkan malaikat dan Jibril dengan izin tuhan mereka untuk mengutus segala urusan. Sejahteralah(malam) sehingga terbit fajar.

SUMBER :
- JABATAN MUFTI NEGERI SELANGOR DARUL EHSAN
** CREDIT to: http://myadha.blogspot.com/

Wednesday, August 19, 2009

Busy!!

dah lama xupdate blog nie..bukan apa lately ni bz..bz & bz..xtau mana 1 nak kejar'
lega sgt2 bila dah hntar notis benti keja...tp nak menunggu akhir bulan 10 rasa mcm 3thn plak' hehehe..xpe..sabar itu penting..

makin syok buat bisnes...xpayah pening nak pk pasal bos yg kedekut..kita sndiri jd bos..kita sndiri jd kuli...apa jadi pun kita tanggung kan???

ermm..dalam usaha nak cari kedai utk besarkan bisnes..tp kat KL/Selangor ni mana ada kedai murah2...hukhuk

insyaAllah akan tercapai impian nak jd bisneswomen yg berjaya' cewahhhhhhh

kdg2 bila sunyi sepi teringat kisah sedeh itu...hukhuk..apa nak buat bukan rezeki
kita hanya merancang..Tuhan yang menentukan..

" BILA ALLAH S.W.T INGIN MEMBERI KITA SESUATU..MAKA DIA AKAN MENGAMBIL SESUATU YANG AMAT KITA SAYANGI DAN CINTAI.."

Saturday, July 25, 2009

Start Work!!

Khamis (23 Julai) start keja...huh...mcm mls je nak keja..boleh plak Bos kedekut tu pertikaikan MC aku...dah sah2 DR (Hosp Sg Buloh) bagi MC 1week kan..apa lagi nak pertikaikan???bukannya aku sj2 nk MC...aku bagi MC tu dia langsung xtgk..pahtu siap letak tepi sekali gn kertas2 yg berselerak ats meja dia tu..kira ok la tu aku aku amik unpaid leave 6hari...kalo aku amik annual leave mmg dia kena byr full gaji bulan nie..tp sbb dah tau bos yg amatttttttttttttttt kedekut that y aku amik unpaid leave...

mmg dah nekad..my hubby dah agree..mmg nak benti..buat apa nak keja lagi dgn majikan mcm nie..semua nak cut cost..kalo boleh gaji aku dia xnak bayar...huhuhu..dah lama nak benti keja tp memikirkan gaji hubby yg xcukup..tp kali nie mmg nekad la...

xde semangat nak keja..

Monday, July 20, 2009

Peristiwa Israk Mikraj Nabi Muhammad S.A.W. - 27 Rejab

1. Sebelum Israk dan Mikraj

Rasulullah S. A. W. mengalami pembedahan dada / perut, dilakukan oleh malaikat Jibrail dan Mika'il. Hati Baginda S. A. W.. dicuci dengan air zamzam, dibuang ketul hitam ('alaqah) iaitu tempat syaitan membisikkan waswasnya. Kemudian dituangkan hikmat, ilmu, dan iman. ke dalam dada Rasulullah S. A. W. Setelah itu, dadanya dijahit dan dimeterikan dengan "khatimin nubuwwah". Selesai pembedahan, didatangkan binatang bernama Buraq untuk ditunggangi oleh Rasulullah dalam perjalanan luar biasa yang dinamakan "Israk" itu.

2. Semasa Israk (Perjalanan dari Masjidil-Haram ke Masjidil-Aqsa):

Sepanjang perjalanan (israk) itu Rasulullah S. A. W. diiringi (ditemani) oleh malaikat Jibrail dan Israfil. Tiba di tempat-tempat tertentu (tempat-tempat yang mulia dan bersejarah), Rasulullah telah diarah oleh Jibrail supaya berhenti dan bersembahyang sebanyak dua rakaat. Antara tempat-tempat berkenaan ialah:

i. Negeri Thaibah (Madinah), tempat di mana Rasulullah akan melakukan hijrah. ii. Bukit Tursina, iaitu tempat Nabi Musa A. S. menerima wahyu daripada Allah; iii. Baitul-Laham (tempat Nabi 'Isa A. S. dilahirkan);

Dalam perjalanan itu juga baginda Rasulullah S. A. W. menghadapi gangguan jin 'Afrit dengan api jamung dan dapat menyasikan peristiwa-peristiwa simbolik yang amat ajaib. Antaranya :

- Kaum yang sedang bertanam dan terus menuai hasil tanaman mereka. apabila dituai, hasil (buah) yang baru keluar semula seolah-olah belum lagi dituai. Hal ini berlaku berulang-ulang. Rasulullah S. A. W. dibertahu oleh Jibrail : Itulah kaum yang berjihad "Fisabilillah" yang digandakan pahala kebajikan sebanyak 700 kali ganda bahkan sehingga gandaan yang lebih banyak.

- Tempat yang berbau harum. Rasulullah S. A. W. diberitahu oleh Jibrail : Itulah bau kubur Mayitah (tukang sisir rambut anak Fir'aun) bersama suaminya dan anak-anak-nya (termasuk bayi yang dapat bercakap untuk menguatkan iman ibunya) yang dibunuh oleh Fir'aun kerana tetapt teguh beriman kepada Allah (tak mahu mengakui Fir'aun sebagai Tuhan).

- Sekumpulan orang yang sedang memecahkan kepala mereka. Setiap kali dipecahkan, kepala mereka sembuh kembali, lalu dipecahkan pula. Demikian dilakukan berkali-kali. Jibrail memberitahu Rasulullah: Itulah orang-orang yang berat kepala mereka untuk sujud (sembahyang).

- Sekumpulan orang yang hanya menutup kemaluan mereka (qubul dan dubur) dengan secebis kain. Mereka dihalau seperti binatang ternakan. Mereka makan bara api dan batu dari neraka Jahannam. Kata Jibrail : Itulah orang-orang yang tidak mengeluarkan zakat harta mereka.

- Satu kaum, lelaki dan perempuan, yang memakan daging mentah yang busuk sedangkan daging masak ada di sisi mereka. Kata Jibrail: Itulah lelaki dan perempuan yang melakukan zina sedangkan lelaki dan perempuan itu masing-masing mempunyai isteri / suami.

- Lelaki yang berenang dalam sungai darah dan dilontarkan batu. Kata Jibrail: Itulah orang yang makan riba`.

- Lelaki yang menghimpun seberkas kayu dan dia tak terdaya memikulnya, tapi ditambah lagi kayu yang lain. Kata Jibrail: Itulah orang tak dapat menunaikan amanah tetapi masih menerima amanah yang lain.

- Satu kaum yang sedang menggunting lidah dan bibir mereka dengan penggunting besi berkali-kali. Setiap kali digunting, lidah dan bibir mereka kembali seperti biasa. Kata Jibrail: Itulah orang yang membuat fitnah dan mengatakan sesuatu yang dia sendiri tidak melakukannya.

- Kaum yang mencakar muka dan dada mereka dengan kuku tembaga mereka. Kata Jibrail: Itulah orang yang memakan daging manusia (mengumpat) dan menjatuhkan maruah (mencela, menghinakan) orang.

- Seekor lembu jantan yang besar keluar dari lubang yang sempit. Tak dapat dimasukinya semula lubang itu. Kata Jibrail: Itulah orang yang bercakap besar (Takabbur). Kemudian menyesal, tapi sudah terlambat.

- Seorang perempuan dengan dulang yang penuh dengan pelbagai perhiasan. Rasulullah tidak memperdulikannya. Kata Jibrail: Itulah dunia. Jika Rasulullah memberi perhatian kepadanya, nescaya umat Islam akan mengutamakan dunia daripada akhirat.

- Seorang perempuan tua duduk di tengah jalan dan menyuruh Rasulullah berhenti. Rasulullah S. A. W. tidak menghiraukannya. Kata Jibrail: Itulah orang yang mensesiakan umurnya sampai ke tua.

- Seorang perempuan bongkok tiga menahan Rasulullah untuk bertanyakan sesuatu. Kata Jibrail: Itulah gambaran umur dunia yang sangat tua dan menanti saat hari kiamat.

Setibanya di masjid Al-Aqsa, Rasulullah turun dari Buraq. Kemudian masuk ke dalam masjid dan mengimamkan sembahyang dua rakaat dengan segala anbia` dan mursalin menjadi makmum.

Rasulullah S. A. W. terasa dahaga, lalu dibawa Jibrail dua bejana yang berisi arak dan susu. Rasulullah memilih susu lalu diminumnya. Kata Jibrail: Baginda membuat pilhan yang betul. Jika arak itu dipilih, nescaya ramai umat baginda akan menjadi sesat.

3. Semasa Mikraj (Naik ke Hadhratul-Qudus Menemui Allah):

Didatangkan Mikraj (tangga) yang indah dari syurga. Rasulullah S. A. W. dan Jibrail naik ke atas tangga pertama lalu terangkat ke pintu langit dunia (pintu Hafzhah).

- Langit Pertama: Rasulullah S. A. W. dan Jibrail masuk ke langit pertama, lalu berjumpa dengan Nabi Adam A. S. Kemudian dapat melihat orang-orang yang makan riba` dan harta anak yatim dan melihat orang berzina yang rupa dan kelakuan mereka sangat huduh dan buruk. Penzina lelaki bergantung pada susu penzina perempuan.

- Langit Kedua: Nabi S. A. W. dan Jibrail naik tangga langit yang kedua, lalu masuk dan bertemu dengan Nabi 'Isa A. S. dan Nabi Yahya A. S.

- Langit Ketiga: Naik langit ketiga. Bertemu dengan Nabi Yusuf A. S. iii. Langit Keempat: Naik tangga langit keempat. Bertemu dengan Nabi Idris A. S.
iv. Langit Kelima: Naik tangga langit kelima. Bertemu dengan Nabi Harun A. S. yang dikelilingi oleh kaumnya Bani Israil.

- Langit Keenam: Naik tangga langit keenam. Bertemu dengan Nabi-Nabi. Seterusnya dengan Nabi Musa A. S. Rasulullah mengangkat kepala (disuruh oleh Jibrail) lalu dapat melihat umat baginda sendiri yang ramai, termasuk 70,000 orang yang masuk syurga tanpa hisab.

- Langit Ketujuh: Naik tangga langit ketujuh dan masuk langit ketujuh lalu bertemu dengan Nabi Ibrahim Khalilullah yang sedang bersandar di Baitul-Ma'mur dihadapi oleh beberapa kaumnya. Kepada Rasulullah S. A. W., Nabi Ibrahim A. S. bersabda, "Engkau akan berjumapa dengan Allah pada malam ini. Umatmu adalah akhir umat dan terlalu dha'if, maka berdoalah untuk umatmu. Suruhlah umatmu menanam tanaman syurga iaitu lah HAULA WALA QUWWATA ILLA BILLAH". Mengikut riwayat lain, Nabi Irahim A. S. bersabda, "Sampaikan salamku kepada umatmu dan beritahu mereka, syurga itu baik tanahnya, tawar airnya dan tanamannya ialah lima kalimah, iaitu: SUBHANALLAH, WAL-HAMDULILLAH, WA lah ILAHA ILLALLAH ALLAHU AKBAR dan WA lah HAULA WA lah QUWWATA ILLA BILLAHIL- 'ALIYYIL-'AZHIM. Bagi orang yang membaca setiap kalimah ini akan ditanamkan sepohon pokok dalam syurga". Setelah melihat beberpa peristiwa! lain yang ajaib. Rasulullah dan Jibrail masuk ke dalam Baitul-Makmur dan bersembahyang (Baitul-Makmur ini betul-betul di atas Baitullah di Mekah).

- Tangga Kelapan: Di sinilah disebut "al-Kursi" yang berbetulan dengan dahan pokok Sidratul-Muntaha. Rasulullah S. A. W. menyaksikan pelbagai keajaiban pada pokok itu: Sungai air yang tak berubah, sungai susu, sungai arak dan sungai madu lebah. Buah, daun-daun, batang dan dahannya berubah-ubah warna dan bertukar menjadi permata-permata yang indah. Unggas-unggas emas berterbangan. Semua keindahan itu tak terperi oleh manusia. Baginda Rasulullah S. A. W. dapat menyaksikan pula sungai Al-Kautsar yang terus masuk ke syurga. Seterusnya baginda masuk ke syurga dan melihat neraka berserta dengan Malik penunggunya.

- Tangga Kesembilan: Di sini berbetulan dengan pucuk pokok Sidratul-Muntaha. Rasulullah S. A. W. masuk di dalam nur dan naik ke Mustawa dan Sharirul-Aqlam. Lalu dapat melihat seorang lelaki yang ghaib di dalam nur 'Arasy, iaitu lelaki di dunia yang lidahnya sering basah berzikir, hatinya tertumpu penuh kepada masjid dan tidak memaki ibu bapanya.

- Rabbul-Arbab lalu dapat menyaksikan Allah S. W. T. dengan mata kepalanya, lantas sujud. Kemudian berlakulah dialog antara Allah dan Muhammad, Rasul-Nya:

Allah S. W. T : Ya Muhammad. Rasulullah : Labbaika. Allah S. W. T : Angkatlah kepalamu dan bermohonlah, Kami perkenankan. Rasulullah : Ya, Rabb. Engkau telah ambil Ibrahim sebagai Khalil dan Engkau berikan dia kerajaan yang besar. Engkau berkata-kata dengan Musa. Engkau berikan Dawud kerajaan yang besar dan dapat melembutkan besi. Engkau kurniakan kerajaan kepada Sulaiman yang tidak Engkau kurniakan kepada sesiapa pun dan memudahkan Sulaiman menguasai jin, manusia, syaitan dan angin. Engkau ajarkan 'Isa Taurat dan Injil. Dengan izin-Mu, dia dapat menyembuhkan orang buta, orang sufaq dan menghidupkan orang mati. Engkau lindungi dia dan ibunya daripada syaitan. Allah S. W. T : aku ambilmu sebagai kekasih. Aku perkenankanmu sebagai penyampai berita gembira dan amaran kepada umatmu. Aku buka dadamu dan buangkan dosamu. Aku jadikan umatmu sebaik-baik umat. Aku beri keutamaan dan keistimewaan kepadamu pada hari qiamat. Aku kurniakan tujuh ayat (surah Al-Fatihah) yang tidak aku kurniakan kepada sesiapa sebelummu. Aku berikanmu ayat-ayat di akhir surah al-Baqarah sebagai suatu perbendaharaan di bawah 'Arasy. Aku berikan habuan daripada kelebihan Islam, hijrah, sedekah dan amar makruf dan nahi munkar. Aku kurniakanmu panji-panji Liwa-ul-hamd, maka Adam dan semua yang lainnya di bawah panji-panjimu. Dan aku fardhukan atasmu dan umatmu lima puluh (waktu) sembahyang.

4. Selesai munajat, Rasulullah S. A. W. di bawa menemui Nabi Ibrahim A. S. kemudian Nabi Musa A. S. yang kemudiannya menyuruh Rasulullah S. A. W. merayu kepada Allah S. W. T agar diberi keringanan, mengurangkan jumlah waktu sembahyang itu. Selepas sembilan kali merayu, (setiap kali dikurangkan lima waktu), akhirnya Allah perkenan memfardhukan sembahyang lima waktu sehari semalam dengan mengekalkan nilainya sebanyak 50 waktu juga.

5. Selepas Mikraj

Rasulullah S. A. W. turun ke langit dunia semula. Seterusnya turun ke Baitul-Maqdis. Lalu menunggang Buraq perjalanan pulang ke Mekah pada malam yang sama. Dalam perjalanan ini baginda bertemu dengan beberapa peristiwa yang kemudiannya menjadi saksi (bukti) peristiwa Israk dan Mikraj yang amat ajaib itu (Daripada satu riwayat peristiwa itu berlaku pada malam Isnin, 27 Rejab, kira-kira 18 bulan sebelum hijrah). Wallahu'alam.

(Sumber : Kitab Jam'ul-Fawaa`id) Kesimpulannya, peristiwa Israk dan Mikraj bukan hanya sekadar sebuah kisah sejarah yang diceritakan kembali setiap kali 27 Rejab menjelang. Adalah lebih penting untuk kita menghayati pengajaran di sebalik peristiwa tersebut bagi meneladani perkara yang baik dan menjauhi perkara yang tidak baik. Peristiwa Israk dan Mikraj yang memperlihatkan pelbagai kejadian aneh yang penuh pengajaran seharusnya memberi keinsafan kepada kita agar sentiasa mengingati Allah dan takut kepada kekuasaan-Nya.

Seandainya peristiwa dalam Israk dan Mikraj ini dipelajari dan dihayati benar-benar kemungkinan manusia mampu mengelakkan dirinya daripada melakukan berbagai-bagai kejahatan. Kejadian Israk dan Mikraj juga adalah untuk menguji umat Islam (apakah percaya atau tidak dengan peristiwa tersebut). Orang-orang kafir di zaman Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam langsung tidak mempercayai, malahan memperolok-olokkan Nabi sebaik-baik Nabi bercerita kepada mereka.

Peristiwa Israk dan Mikraj itu merupakan ujian dan mukjizat yang membuktikan kudrat atau kekuasaan Allah Subhanahu Wataala. Allah Subhanahu Wataala telah menunjukkan bukti-bukti kekuasaan dan kebesaran-Nya kepada Baginda Sallallahu Alaihi Wasallam.

Mafhum Firman Allah S. W. T. : "Maha Suci Allah yang telah memperjalankan hamba-Nya pada suatu malam dari Al-Masjidil Haram ke Al-Masjidil Aqsa yang telah kami berkati sekelilingnya agar Kami perlihatkan kepadanya sebahagian dari tanda-tanda kebesaran Kami. Sesungguhnya Dia adalah Maha Mendengar lagi Maha Melihat."
(Surah Al-Israa': Ayat 1). wallahua'lam..

SUMBER:
http://fullfilth.blogspot.com

Thursday, July 16, 2009

Hanya Tuhan yang tahu,,,

tak dpt nak taip panjang lebar...hari yg penuh dugaan..3thn menanti..kehilangannya hnya dlm sehari...aku dah complete miscarriage..pg td kul 3am heavy bleeding..pegi Hospital Sg Buloh...my baby xboleh survive...

(to be cont..)..InsyaAllah bila hati dah tenang..sbb tgh menaip nie pun dah berjurai air mata' huhuhu

Wednesday, July 8, 2009

Dugaan drNya

jumaat lps (03/06/09) ada ckit sporting..brownish mcm tu la...call my dr..she said don't worry..if xsakit/cramp...monday ptg lps keja..Ya Allah...bleeding..kuar mcm darah period...hanya Tuhan tau perasaan aku tika dan saat tu..call hb, cepat2 dia balik then gi Hospital Pusrawi...jumpa pakar gynea kat situ..

dr scan...hatiku dah menangis cuma xtertumpah depan dr je...kantung still ada lagi tp dr ckp kantung xsihat..Ya Allah..berat sungguh dugaan utk aku kali nie...blom ada baby wpun dah 7w..pttnya dah ada baby & baby dah ada heartbeat pun kan...dr xboleh nak bagi apa2 jaminan..katanya..sepatutnya dah nampak baby dlm kantung tp masalah skrg kantung still kosong...jaminan dia leh bagi 50:50...20hb dtg check up lagi..

dia bagi ubat duphaston (kuatkan rahim) & cont gn folic asid..

balik rmh mmg menangis teresak2...hb dah xleh nak ckp apa..sib baik dia memahami...

smlm masih ada ckit bleeding kat pad tp mcm brownish gitu la...
Alhamdulillah hari ni blom lagi...harapan aku cukup lah smlm...aku dah redha..myb ini dugaan utk aku & suami..

smlm & hari ni dah start cuti tanpa gaji..dr dah nasihatkan duduk rmh & jgn naik tangga...so terpaksa..diri sendiri lebih penting dr kerja...

"Ya Allah..Kau lindungi & selamatkan lah kandunganku sebaik mungkin Ya Allah"

apa pun keadaanNya nanti...aku pasrah & insyaAllah pasti dpt terima semua ini...mgkin ada yg lebih baik utk aku nanti....AMIN

nak add ckit..bila baca pengalaman kwn2 kat forum..aku yakin my baby still ada...InsyaAllah..

" Assalamualaikum...ingin bertanya la.keadaan saya pun macam en ain dan saya dh masuk 7 minggu...doktor ada kata nak gugurkan tapi naluri saya kata baby sy ok...jadi saya xnak gugurkan sehingga masuk ke 2bln setengah nnt...29.5.08 ni sy scan again,klu masih xde bip,doktor suggest nak gugurkan...tp saya tetap loya...pasal gusi berdarah tu,mmg ada pun...kalau mcm tu mcmn ek?...sy risau sbb ni 1st baby saya...

kandungan ok semua dlm rahim cuma kantung still kosong xnmpk baby lagi...doktor kata usia kandungan masih baru dn 29.5.08 ni cukup 2 bulan setengah dan masa tula nak scan tgk kantung ada baby @ x...klu still xde bip,dia nak gugurkan...sy tawakal jek skg...wlpun tekak masih loya dan gigi berdarah tp takut tetap ada...wlupun atuk kata saya bunting pelamin dan ada sedara mara yg masih period smpi dh ngandung 5 bulan,tp hati sy tetap rasa risau...mcm ek nak pertahankan kandungan saya ni?"


"kantung akan kosong selagi tak cukup 8 mgg ++.. lepas tuh baru ada heart beat.. tapi kalu period tak tetap pun susah nk baca hari subur and tahu berapa usa kandungan sebenarmya.. dulu saya penah alamai gak bleeding and kantung kosong.. tapi doc bagi saya another 2 weeks nak decide wat dnc or tak.. masa tuh 6 weeks++ tapi after tuh datang alhamdullillah la dah ada heart beat.. anak saya pun dah 2 tahun lebeh dah.. InsyaAllah takda pape.. naluri keibuan tu tau anak kita ok ker tak kat dalam tuh.."

"keadaan saya seperti awak 6 minggu 5 ari bleeding dan bila scan kantung je ada tp baby xde...masa tu doktor nak masukkan ubat nak gugurkan tp saya pertahankan nak tunggu sampai 2 bulan setengah...doktor KIV sbb saya bertegas xnk sbb saya hny bleeding skit dan colornyer cair jek bukan merah pekat@ berketul...mmg kekadang ari2 sy sakit mcm kene kejutan elektrik tp jrg sgt kene...klu sy byk bergerak aktif br ada rasa sakit skit...tp bila xsakit setitik darah pun xkuo...doktor pun suggest sy dtg semula 2 minggu lg...sy doakan keadaan saya macam awak,bip ada...sy yakin baby saya ni sihat dan akan lahir ke dunia dgn sempurna tnpa masalah...sy sggp tunggu smpi 3 bulan klu masih xnmpk pape...selagi sy boleh pertahankan saya akan pertahankan...kuasa hanya pada Allah bukan doktor tu...sy tekad,klu baby ni bukan rezeki saya,biarla dia gugur sendiri...tp sy betul2 nazar,klu sy hamil saya puasa sehari dan sedekah...dan kalau baby saya ni selamat hidup dan sempurna saya puasa sehari lagi...doakan la sy dpt baby ni...klu Allah nak bg saya sorg je zuriat pun xpe...janji saya dapat 1 zuriat sambung keturunan saya..."

Monday, June 29, 2009

6w 1d

erm....jumpa dr..br 6w 1 day..susah btol kalo peyot xregular ni' huhuhu...
xpe..yang penting dah confem...harap2 semua selamat'

Syukur Alhamdulillah...baru puas hati..kalo tak asyik risau je..hikhik

Sunday, June 21, 2009

1 week berlalu...

xde perbezaan ketara sgt..cuma simptom2 ibu mengandung dah ada..mcm2 dah sakit' selera makan pun makin bertambah..huhuhu..kdg2 dah xlarat nak mkn' xleh jadi nie..kena amalkan pemakanan sihat..

xsabar nak tunggu 28/06/09..nak gi scan..hope my bb selamat & ada peningkatan dr segi tumbesaran..tp DR JULIA dah call suh jumpa dia 2nd week july...lambat lagi ar..sabar je lah kan..myb 12 julai for next check up' huhuhu

Syukur Alhamdulillah..Kurniaan tak ternilai ini akan kupelihara sebaik mungkin..

Friday, June 12, 2009

i will soon be coming Mama' alhamdulillah

***6 weeks***
lps interbiu..gi cari pusat perubatan Julia..bawa kwn aku gi sana..so aku pun nak tumpang treatment sekali la kan..

mmg sesat nakgi Kajang tu' huhuhu..last sekali jumpa gak..kwn aku masuk dulu' lama gak menunggu dia...then aku masuk

mmg mesra btol Dr julia ni....sporting giler' baik sgt' mcm kwn2 plak..cepat je leh mesra gn dia..
so aku citer dari A-Z la apa yang aku dah buat b4 ni...dia dengar sambil catit apa2 treatment yang aku penah buat..

panjang lebar gak dok bercerita itu ini gn dia...last dia nak scan perut nak tgk rahim aku dsbnya la apa yang sorang doktor buat kan...so xde apa..rahim mcm menebal ckit..ada dott kecik..ermm dia suh test UPT..gi toilet amik urine masuk dlm bekas' hikhik..1st time ni kat klinik mcm ni' hahhaha huhu..

pahtu tunggu jap..dr ada patient...then masuk..UPT test atas meja' terkejut giler beb..doc senyum tp aku menangis hiba..semua ada..xleh nak tahan..menangis depan doc' dia siap bg aku tissue...mmg xleh nak percaya semua ni terjadi' Alhamdulillah' hadiah ulang tahun ku yang ke 3' syukur Alhamdulillah...

so..doc ckp jumpa lagi sebulan @ pegi mana2 klinik la...so aku decide nak jumpa dia gak la' dia ckp kalo dah xsabar nak tgk lagi 2 minggu dtg scan' huhuhu..mmg xsabar pun..

1st 3 month ni kena jaga elok2...dia pesan'
kdr keguguran tinggi..minta dijauhkan semua tu dari aku..Amin..

dia bekalkan aku gn Ferm care..utk kuatkan hormon & kurangkan morning sickness dsbnya gn folic asid...so cont story pasal product dia..mmg mesra btol doc ni...


tgk pic upt test tadi...drive keta balik rmh sambil bergenang air mata...hubby pun terkejut' apa lagi aku yang mendengar'

SYUKUR padaMU YA ALLAH....terima kasih atas kurniaanMU ini...pelihara lah janin ku ini sebaik mungkin..semoga dia cepat membesar dengan sempurna...

AMIN YA RABBAL A' LAMIN...

PEGAWAI TADBIR DIPLOMATIK

ermmm..apa nak story ye...baru sampai rmh ni..hari ni mc..ada gud news ni nak story....

pagi td.aku bangun kul 5pagi..wah xpenah2 awal mcm ni..siap2..tunggu azan subuh..kul 6 bertolak nak gi Putrajaya..kesian hubby ku..xde breakfast pagi ni' hehehhe

sampai Block C7..awalnya sampai' 7.30am' hahahha..excited rupanya nak di interbiu ni' hikhik
mulanya xnak naik lagi..xnak jadi org 1st' pk2 balik..naik je..mana tau jd org 1st ni xbyk sgt soalannya...dalam hati ketaq giler'

bila dah daftar mmg sah2 aku jadi org 1st..no 1001 bilik K, huhhhh..mmg berdebar sgt2'..tunggu jam mcm cepat je masa berlalu..lagi sekali tgk dah pukul 8'....Pukul 8.30 diaorg panggil 8 org candidate PTD masuk bilik..ada taklimat ckit Tan Sri Ismail Adam'...lagi ketaq tgk muka dia..hahahha

'dia ckp buat yang terbaik..coz dalm 10 calon hari hanya 1-3 je akan terpilih..so apa lagi bertambah2 getarannya...

keluar dari bilik tu, nombor aku dipanggil..

ermmm...ketuk pintu, masuk..bagi salam & bagi fail pd Tan Sri & sape ntah cik puan kat sebelah tu..xingat nama apa' huhuhu

dah duduk..tan sri start tnya..

1) dah bp kali dtg interbiu PTD?
*** dgn jujurnya jawab la 2x dah
2) dah prepare apa yang patut?
*** setakat ni..alhamdulillah..bla2 aku jawab..panjang berjela2' hikhik
3) 8 cabang PTD, mana 1 pilihan?knp?
*** mmg dah prepared smlm' hahah
4) Sumber manusia penting & knp?
*** bla2..tp xmenjawab soalan' ermm..gabra gak sbb suh kaitkan dengan perlembagaan negara' huhuhu
5) pasal keja aku..apa yag dibuat?nape nak masuk gomen?apa yang dilihat & boleh diperbaiki?
6) knp perlu amik aku jd PTD?ada tak sifat bersungunh-sungguh dlm diri?hahhaha..time ni la nak promote diri n siap bg contoh..tp xtau la kan..

cik puan kat sebelah tu tnya pasal soft skill kat um?huh..xingat la plak 10 perkara tu..aku jwb 3 je' hikhik..(fully english la gn cik puan ni)

apa yng diumumkan oleh TPM baru2 ni..aku ckp la english yg nak dijadikan syarat wajib SPM tu' hahhaha..sib baik leh jwb..selebihnya tu xtau la kan..

so..8.35 masuk..time aku kuar tgk jam 9.05' ermmm..xde la lama sgt kan' hikhik..
apa2 pun..Alhamdulillah..

berjaya @ tidak..aku xpenah mengharap apa2..yang penting aku dah cuba yang terbaik...
hanya berserah pada yang Esa..

Monday, June 8, 2009

Treatment

minggu ni jugak ada appointment gn prof..dah lama xjumpa' dah rest hampir 6 bulan..apa nak ckp nanti gn prof..tgh pk2 lagi psl operation tu..tp ntah la...mana nak cari duit' huhuhu

apa2 pun..anak lebih penting dari duit..duit boleh dicari'...

ermmm..Pusat Perubatan Julia??mcm best je..dah lama dengar tp hari ni akmal suggest Dr ni..mmg dah lama nkg..tp jauh pulak..bz la gn keja' ermmm..tp apa salahnya mencuba kan???

SO??

Interview!!!

minggu ni tgh prepare tuk interbiu PTD..huwaaa dah 2x dah..asyik k.o je..
myb blom rezeki..rezeki buat bisnes kot..

apa yg kena prepare (based pd pengalaman bulan 03/09):
1) KSN
2) kabinet
3) Konsep 1 malaysia
4) integriti
5) byk lagi ni..xlarat nak baca
wahhhhhhhhhh..mcm byk nyer' sempat ke?

Wednesday, June 3, 2009

3rd Aniversary

2day is my 3rd ulangtahun...thanks to my hb coz give me a wonderful life. nothing much 2say but i luv u so much...sory sbb masih xdpt tunaikan impian bergelar sorang ayah/daddy/abah...

hya 1 impianku sblm berakhirnya 2009...

" Wahai Tuhanku! Janganlah Engkau biarkan daku bersendirian (tanpa meninggalkan zuriat) dan Engkau adalah waris yang paling baik" (Surah Al-Anbiyaa', Ayat 89).

"Ya Tuhanku, berilah aku dari sisi Engkau seorang anak yang baik. Sesungguhnya Engkau Maha Pendengar do'a". (Ali-Imran:38)

Monday, May 11, 2009

Result - Medsi

huwaaaaaaa....xdpt gak..ramai kengkawan dpt..nak buat mcm mn dah xde rezeki..so cuba lagi next year..jgn putus asa beb!!!

Wednesday, April 29, 2009

Sunday, April 26, 2009

Sweet 28 years old

makin berumur...sib my hb ingatkan..hampir2 lupa sebenarnya..bz gn bisnes...hikhik
xde buat apa pun..just spend time with my hb..tq syg..ummmpuahhhhhhh

Saturday, April 18, 2009

DPLI - medsi

lagi 1 test utk jadi cikgu' senang ckit yang nie...tp langsung x prepared apa pun coz demam la..so gi test pun gn keadaan xbermaya..tak menaruh harapan tinggi sbb xbuat sebaik mungkin..

so..tawakal je...apa2 pun try lagi next year' yeahhhhhhh

balik dr test medsi trus tido..btol2 letih..huhuhu

Tuesday, April 7, 2009

My best friend

nape jadi mcm ni??aku xkisah dia ikut jejak aku..mmg aku yg galakkan dia buatt blog..jom ramai2 kita bisnes...masing2 rezeki Tuhan dah tentukan tp nape perlu berbohong/menipu dsbnya...apa salahnya mengaku..siab baik aku sedar tu pun setelah diberitahu..terang2 ada bukti lagi xnak mengaku..so nape nak mengaku partner plak' xsalah kalo dia bgtau aku sblm dia ckp aku ni partner kan'...kdg2 aku xpaham dgn sikap dia..adakah dia spt aku?anggap dia best friend??? hari ni aku xdpt nak jwb..hanya dia yg boleh jawab sume ni..aku dah kecik hati..mmg dah tercalar bagai coz whyyy??? bukan kali ni je..sebetulnya dah lama bersabar' ada jugak kwn mcm ni kan..

2000..
mulanya detik perkenalan..PSP..rindunya kwn2 PSP' semua org ibaratkan kami belangkas...dia lah best friends aku time tu..kemana sj pegi mmg berdua..ada org ckp kami ni kembar plak kan' hikhik...tp dah nampak dia seorang perahsia..mmg susah nak dengar dia bercerita psl family dan kwn2..aku xkisah pun..

time study..aku xsangka plak aku jd pandai dlm subjek akaun ni..wah bangga giler beb..apa2 pun sume sbb kwn2..nurul, maria, cik tie,abah, ajis..wahh ramainya..xleh nak sebut nama ramai sgt...

pejalanan study kami berakhir dis 2001..lps tu jumpa balik balik time konvo...

2002..
aku sambung balik kat PSP...my best friend kat shah Alam...abah PUO' semoga abah bahagia hingga ke alam perkahwinan dgn dia...

2003 - 2004..
dah keja..kerani pun kerani la..tp btol ke apa yang abah bgtau???sukar nak percaya tp xkan abah menipu..tp knp aku xtau..dia kwn baik aku..apa motifnya..myb ada sbb yang dia xnak kongsi..ptt la bila aku nak turun KL dlm Oct 2004, dia beriya2 ckp xdpt nak amik aku..aku xboleh gi rmh dia tp np sampai xboleh pegi rmh kan..mmg kecewa..last2 ada jugak org sudi tumpangkan aku..thanks a lot mira...kalo tak..xtau mana nak merempat'..dah la aku xbiasa jalan KL ni...sanggup dia buat aku mcm ni' xpe lah..persahabatan kami masih terjalin...

tp btol ke dia dah ada anak???kawin kat siam???akan ku bongkarkan..hahhaha..nak jadi penyiasat plak..

2005..
tercapai gak cita2 ku nak masuk UM bukan sbb kwn baik aku tu' tp mmg dari kecik nak ikut jejak langkah abang pian kat kg tu..time aku kecik2 dia la sumber inspirasi..dia pelajar terbaik kat kg tu...siap belajar tuesyen gn dia...tp aku ni lambat btol nak masuk UM..byk peringkat kena tapis...maklum la xpandai mcm org len..kena la belajar merangkak dulu'

segalanya bermula di sini...segalanya terbongkar di sini..satu persatu terbongkar dan bukan lagi rahsia wpun dia masih nak berahsia' bak kata ct "biarlah rahsia"..

1st - 3rd semester.....dah dengar sohseh2...btol ke?aku makin percaya gn kata2 abah...rupanya masa masuk UM di pregg..ojah sendiri nampak..so???dah terang lagi nak bersuluh' hehheheh

ada sorang tu tnya..xpegi ke kenduri kawinnya?aku ckp apa?'time tu tgh demam teruk so xdpt nak pegi" hikhik..cover line lagi..ye lah sbb sume org nampak kami kwn..dah tu dok 1 rmh plak..org pun naik pelik kalo aku ckp xtau kan...

ada sorang tu lagi la lawak soalannya...mcm mn rupa suami kwn baik ni?anak dia tinggal gn sape? aku pun xtau nak jawab...diaorg xdok sekali ke?lagi xtau nak jawab...hahhaha

so..abaikan je lah....myb yang selalu dtg rmh tu laki dia kot @ ex...hehheehh..no komen

anak???byk org tnya aku psl anak dia..aku jwb je xpenah nampak..penah tgk pic je..dah besar anak dia tu..tp dia ckp kat aku anak sedara..xpe lah..sape lah aku pd dia..


4th semester
sem ni aku amik CF, my best friend pun amik..reapeat paper' hikhik..so aku 1 geng la gn ia..dah 1 group kan..so aku assume dia mmg bijak sbb dah ada experience..dah penah amik last sem...so pd dia la aku minta tunjuk ajar..thanks a lot

semua berjalan lancar..nak dijadikan cerita...time nak exam CF tu tiba2 plak dia cari group study lain2 gn geng 1 batch dia la kan..xkisah pun myb dia selesa gn diaorg..tp nape nak berahsia??suka btol rahsia2 ni....huhuhu...tp ada ke ptt.time dia nak kuar rmh..dia ckp nak kuar je..xckp pun nak gi study..aku yng sedih ditinggalkan sorang2 study kat rmh ni pun apa lagi..start la enjin keta nak pi UM...nak study ramai2 gn geng2 1 batch aku la...

tup2..mmg sedeh giler2 la...nampak dia kat UM..2 3 kali gak jd mcm ni...mmg mengalir air mata time tu..nape dia xckp nak dtg UM..nak dtg study???why??apa salahnya kan...kongsi ilmu..huhuhu...ada tak org boleh jawab knp & mgapa???...semua org perasan kami dah xsebulu..nora pun selalu tnya..tp aku xboleh nak jawab..pada dia aku story semuanya dari A - Z...puas hati..biar dia tau siapa aku..siapa kwn baik ku itu...tp nape dia buat aku mcm nie?xsalah kan dia bgtau nak dtg UM..nak study ramai2..mmg sedeh giler2..mcm nak mengadu kat abah tp siapa aku disisi abah...

apa yng aku nampak....dia xboleh nak share apa2..myb xnak org lebih dari dia..so ada aku kesah..xkisah pun...

so..aku pun buat don't know je lah...abaikan..biarkan dia..aku gn cara aku..

semua sudah selamat...

last semester (5)
wahhh...aku buat 5 sem je..nak kata bijak tak jugak kan..heheheh..tp kami masih tinggal serumah..tp jrg2 la dia ada kat rmh..kemana dia pegi aku xpasti la...
semester paling best ku rasa kan...

semester 6
org lain study aku dah keja tp asyik2 tukar je lah keja pun...hahahha
konvo time utk batch my best friends..so sbg kwn baik aku pun pegi la kan..ada kwn dia tnya "laki ko ke tu?" isyarat kpd abah..aku gelak je..tp kwn aku tu ckp shhhhhhyyy...dia suh diam la...xpayah la..aku dah tau dr A-Z citer ko tu..cuma tunggu masa..xnak citer pun xpe..yang penting aku kenal gn sape aku berkawan selama bertahun2 ni...

ermmmm...dok rmh baru tahun lps 2007..sewa sekali la gak sbb brg dia byk kan..so my hb pun ada that time..tp dia mmg jrg ada kat rmh..tp brg2 dia mewakili sewa separuh gak la kan...bila dah masuk bulan 6/2008 dia ckp nak pindah..so aku burn kan la deposit dia coz whyyy..lps tu pun brg dia masih kat rmh aku..sib baik aku burn kan...kalo tak aku yang naya..barg dia dah penuh sebilik..aku xcaj sewa pun..sampai la ke hari ni slps aku pindah kan semua brg2 dia kat bilik kecik tu (brg still ada lagi kat rmh aku)...tanpa sewa dsbnya...aku ada family sesekali dtg rmh...so bila brg2 dia penuh mmg susah la kan...sbb tu aku letak kat bilik kecik tu...xkisah pun sebenarnya..kwn2 kan..tp dia anggap aku kwn ke???

2009..
lps kejadian tu aku dah tawar hati..wah ibarat mcm berkasih plak...hikhik..
tp aku dah anggap dia my best friends...mungkin pd dia tidak..siapa lah aku padanya...
aku sedeh...kdg2 mengalir air mata..sygnya persahabatan terbina dr 2000 - 2009 boleh jadi mcm ni akhirnya...mmg dah lama bersabar tp tahap kesabaran aku ada hadnya..sampai bila nak menipu....aku makin kenal siapa kwn..siapa lawan...

apa yang aku boleh buat skrg ni..hanya diam..kalo dia perlu kan aku..aku masih setia..masih anggap dia kawan..cuma aku nak dia berterus terang..xsalah kan..aku sygkan pesahabatan kami...kalo dia anggap aku kwn..dia akan sedar apa yg dibuat mengguris hati ini...cewahhhhhh

aku harap abah bahagia hidup gn dia
aku harap xkan ada masalah lagi abah dgn dia
jgn lupa jemput aku bila nak kawin..kalo dah kawin pun aku doakan korang bahagia

abah...fiza minta maaf sbb ini sj tempat meluah perasaan...kalo dia nak marah..terpulang lah...

dah lama xdengar citer..alhamdulillah dia lulus medsi..moga tercapai cita2 nak jadi cikgu/pensyarah..aku sntiasa berdoa utk kwn2..xpernah berdendam walaupun sekumit rasa..

erm lagi 1 rmh baru dia pun kat KD...

ALL D BEST!!!

menangis beb bila taip kisah ni...huwaaaaaaaaaa

Saturday, March 28, 2009

KPLI

hari ni Mtest...wah' mcm xleh lepas je' apa pun dah cuba buat yang d best'..btol2 minat nak jadi cikgu ni..lps SPM dolu2 lebih 3x apply nak masuk maktab tp apa kan daya result SPM ku cukup2 mkn je...hikhik

semoga rezeki tahun nie melimpah..AMIN

lps Mtest..apa lagi..wahhhh dah lama xjumpa Fiza B...hehheh..sembang2 jap' pahtu gi cari stock nak penuhkan blog..memborong sakan nampak???

Tuesday, March 3, 2009

PTD

debaran makin terasa time tunggu ramai2 nak masuk nak interbiu..aku kena kat bilik F, calon no 4..dup dap2..lagi 1 interbiu xlepas check mata so tawakal utk PTD je lah...sambil menunggu sambil membaca pape info tp semuanya xmasuk di fikiran...

dah masuk bilik...huhuhu lagi debar2 (ketaq ckit)...bila dah duduk..alhamdulillah makin hilang getaran...

1) story psl diri sendiri, family, exp, keja, xtvt kat UM
2) dah masuk isu semasa..politik kat perak plak tu..apa lagi aku jawab je asalkan logik la..tp xpasti logik ke tak...hahhha
3) alamak dia tnya psl KSN..sib baik tau sape namanya...tp tugas2 nya xdpt jwb la...huhuhu..siap dia bg hint2 lagi..tp xdpt gak
4) psl keja skrg & apa yang aku minat...so apa lagi story la about my bisnes..diaorg pun mcm teruja je..siap bagi kata2 hikmah' hikhik
5) last part suh speaking la' hehehheh..boleh je
6) soalan maut' nape nak jd PTD????

kuar bilik interview mmg frust giler...xpe lah' kalo ada rezeki dpt..kalo xde cuba lagi..nak lagi ke?huhuhu..dah xre apply pun gn SPA' hikhik

Thursday, February 5, 2009

Hepi Bdey Sayang!!

Hepi bdey syg..sweet 35 years old' semoga rmhtangga yang kina bina kekal hingga ke akhirnya...
xdpt ku bygkan hidup tnpamu disisi..sesungguhnya bahagia ini ada lah milik kita berdua..

thanks syg kerana memahami keadaanku ini...tiada yang lebih beerti tanpa pengertianmu..

LUV u SO MUCHHHH
Uuuummmmpuahhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh

Saturday, January 24, 2009

Balik Kampung

dah lama xbalik kg..wahhh..bestnyer..xsabar nak balik..ngah pack brg ni..
jom balik kg..

balik mana ye?mesti lah balik perlis..

BEST!!!bestnyerrrrr

Thursday, January 1, 2009

Welcome 2009

dah 2009 rupanya..cepat btol masa berlalu..perkahwinan ku masuk thn ke 3..
adakah hidup ini masih sepi tanpa zuriat disisiku & suami...
arghhhh..kdg2 hidup ini menuntut kesabaran & ketabahan..

Terima kasih syg kerana memahami keadaanku yang xsempurna ini...yup nobody perfect tp aku akan cuba dan trus mencuba...

WELCOME 2009
new life is coming!!!

SEDIAKAN HIBAH TAKAFUL ATAU TUNAI SEGERA SEHINGGA RM500,000 KEPADA YANG TERSAYANG

HANYA RM100 SEBULAN UNTUK PAMPASAN MINIMA RM350,000 DAN BERGANDA UNTUK KELUARGA ANDA.. Risiko ada dimana-mana. Tidak kira tua ataupun muda. ...