Showing posts with label INFO. Show all posts
Showing posts with label INFO. Show all posts

Thursday, December 28, 2017

ORIENTASI SEK KEB SERI PINANG

Assalamualaikum...

Alhamdulillah...program sepanjang pagi ni berjalan dengan lancar walaupun dak Qisya sangat lah 'buas'nya. Kesana sini dia berjalan...huhu

Lepas pendaftaran, Angah (Haziq) masuk kelas untuk ambil exam tentukan kelas. Bila dah habis dia cakap senang je ibu...haha. Senang la sangat..semua exam dia cakap senanf.

Settle semua terus ke Koperasi beli buku dan settlekan yuran. Fuhhh..buku aktiviti ni pun wajib beli ke? Rasanya perlu minta persetujuan parent kot...huhu


Bayar je lah semua..tapi ramai betul parent yang persoalkan tentang buku aktiviti ni.

Ibu dah penat beratur 2 tempat dengan dukung si kecik ni. Dah tak kuasa nak bertekak. Habis semua urusan terus balik jer. Untung sekolah belakang rumah je kan..rempit naik moto je lah.

Sibuk dengan dak Qisya memang tak dan nak snap gambar Angah..sian dia.

Semoga berjaya dunia akhirat yer anak ibu...

KakFiza
SunfaiPetani

Friday, December 22, 2017

PERSIAPAN IBU BAPA MENJELANG SESI SEKOLAH 2018

Seharian tengok wall semalam dan hari ni penuh dengan tips dari cikgu ni tentang anak darjah 1 tahun depan. Nahhh..kalau ada yang belum baca KakFiza share kat sini.



Ada anak Darjah 1 tahun 2018? Ini persiapan kau sebagai ibu bapa.

1) Pastikan anak kenal huruf dan boleh membaca dan mengeja walau sedikit. Operasi asas nombor, tambah dan tolak bawah 10 dia dah kuasai.

Silibus KSSR Semakan 2017 sangat tinggi arasnya. Murid yang masuk dengan 'zero', pasti ketinggalan jauh ke belakang. Silap-silap akan masuk kelas pemulihan.

Bahasa Malaysia tahun 1 silibus baru ini murid dah kena pandai bina ayat berdasarkan gambar menjelang pertengahan tahun.

Matematik pula dah diperkenalkan asas bundar, asas pecahan malah pengurusan data. Ini semua topik di Tahun 4 kalau ikut silibus lama, KBSR. KSSR ni lain macam dia punya pergi.

Bayangkan kalau anak kita masuk dengan 'zero'. Pasti tertinggal kerana cikgu tak akan tunggu anak kita seorang.

2) Bimbing anak di rumah. Ini sangat penting. Berhenti merungut kata silibus tinggi dan soalan terlampau KBAT.

Anak walau ada asas membaca dan tahu operasi asas nombor pasti ketinggalan juga jika tiada bimbingan lanjut di rumah.

Silibus berat, masa singkat. Namun sebenarnya anak-anak kita boleh kuasai. Majoriti murid mampu ikut dengan baik.

Kebanyakan murid yang tertinggal adalah yang tidak diberi bimbingan lanjut di rumah.

Nak anak berjaya? Bantu mereka. Jangan harap ilmu di sekolah dan guru semata-mata.

3) Ajar anak kenali wang. Ajar anak guna wang. Ajar anak tunggu terima baki. Ajar anak jangan bagi wang jika murid lain minta. Ajar anak maklumkan pada cikgu kalau murid lain minta wang dari mereka.

Semua asas ini perlu diajar dari rumah lagi. Cikgu tak mampu nak ajar beratus murid cara guna wang dan cara jaga duit poket mereka.

Fakta : Ramai murid tahun 1 tidak tahu guna wang.

4) Ajar anak guna tandas awam/sekolah. Jangan buat macam di rumah. Ajar anak minta izin untuk ke tandas.

Fakta : Ada murid buka seluar dalam kelas dan berlari bogel menuju ke tandas tanpa rasa malu. Ada pula buka seluar di luar pintu tandas dan seluar basah kuyup kena air kat lantai dan kotor dipijak kawan yang lalu lalang.

5) Jangan takutkan murid dengan bagitahu mereka cikgu garang. JANGAN!

Ramai ibu bapa takutkan anak mereka dengan ayat,

" Abang jangan nakal-nakal. Nanti cikgu rotan."

Akibatnya, murid takut nak minta izin ke tandas.

Fakta : Kebanyakan murid yang kencing berak dalam seluar kerana takut untuk minta izin sebab dimomokkan oleh ibu bapa mereka bahawa cikgu garang.

6) Ajar anak berkongsi dan menjaga barang sendiri.

Bekal makanan buatlah lebih. Suruh anak berkongsi dengan murid lain. Ini amalan mulia.

Begitu juga pensel, pemadam dan alat tulis. Berkongsi, tapi sila pastikan mereka ambil dan simpan semula.

Fakta : Ramai murid tidak pandai jaga harta sendiri. Hasilnya, di kantin lambakan botol air dan bekal makanan yang murid tinggal. Dalam kelas, lambakan alat tulis yang jatuh tidak dikutip, buku ditinggalkan di bawah meja.

7) Jangan bagi murid pakai kasut bertali jika mereka tak pandai ikat. Ajar juga anak buka dan pasang tali pinggang.

Ramai murid tahun 1 pakai tali pinggang buat kali pertama bila menjejak kaki di sekolah. Mak ayah yang pakaikan di rumah.

Fakta : Ramai murid terkencing dan terberak dalam seluar gara-gara tak pandai buka tali pinggang.

8) Ajar anak susun jadual ikut hari. Jangan bawa semua buku. Bawa buku mengikut jadual sahaja. Baru beg tak berat.

Ajar ayah dia sekali susun jadual anak. Ini pun penting!

Fakta : Biasa murid bawa buku ikut jadual dan beg tak berat. Suatu hari semua buku murid itu bawa. Rupanya ibu dia 'out station' dan ayah tukang susun buku.

Semua buku ayah dia sumbat. Banana punya ayah. Kesian kat anak.

9) Jika ada group wasap kelas, jangan wasap tengah-tengah malam buta dan mengharap balasan segera. Cikgu bukan kedai 7-Eleven yang setiap masa tunggu nak reply mesej anda.

Hormati group wasap tersebut. Jangan post status politik, jangan spam dengan nasihat, kata-kata hikmah, perkongsian cerita menarik atau apa jua. Cukuplah group itu untuk maklumat anak dan kelas.

Nak sangat post isu semasa, hadis, kata nasihat, mutiara kata, mutiara naga, kau buka group wasap lain dan add lah semua parent. Post lah semua benda sesuka hati kamu.

Paling penting, jangan promote barang anda berniaga dalam group tu. Menyampah dan mengganggu tahu tak?

10) Usah lagi diratib tentang sukarnya silibus baru dan payahnya soalan KBAT.

BERHENTI MERUNGUT!

Sebaliknya bertindaklah. Merungut tidak mampu mengubah apa-apa. Orang lain yang bertindak anak mereka dah maju ke depan.

Kita yang sering merungut di hadapan anak tentang sukarnya silibus sehingga anak pun set dalam kepala 'payahnya belajar'.

******

Sesi persekolahan untuk tahun 2018 akan bermula sekitar 12 hari sahaja lagi. Masih ada masa untuk ibu bapa ajar anak sebagai persiapan mereka melangkah ke alam persekolahan nanti.

Banyak lagi tips yang aku nak tulis. Tapi dah penat. Cukup la dulu 10 tips ini ya. Kalau aku rajin aku tulis lagi.

Oh ya, kau yang ada tips penting silalah kongsi diruangan komen. Nanti kawan-kawan boleh pakat baca.

- Biro Pendidikan
#puakabersekutu
#MFS
- Cikgu Tahun Satu.

Tuesday, August 15, 2017

JALANI HIDUP YANG NORMAL DENGAN MENGAWAL ANXIETY DISORDER

Alhamdulillah..makin rajin Kak Fiza berkongsi cerita sejak dua menjak ni kan...😃😃

Ok..nak sambung entry yang lepas mengenai Anxiety Disorder. Menurut Pakar sendiri, amalan kerohanian sepatutnya diterapkan oleh mereka yang mengalaminya dan kita sebagai orang terdekat patut bagi sokongan.




Pengambilan ubat-ubatan (drugs) digunakan bagi mengurangkan simptom anxiety disorder termasuklah antidepressant (agen antimurung), antipsikotik dan sebagainya.

Selain ubatan, rawatan psikoterapi adalah perlu. Kaunseling dibuat untuk membantu tindakbalas emosi dan masalah mental mereka. Salah satunya adalah Terapi kelakuan kognitif iaitu slejenis psikoterapi untuk membantu penghidap anxiety disorder untuk mengenalpasti dan mengubah cara berfikir serta kelakuan yang membawa kepada gangguan perasaaan.

Pengidap Anxiety Disorder juga boleh mengamalkan Relaxation therapy dimana boleh membantu mereka lebih relax dan dapat mengawal emosi dan gaya hidup.

Bagaimana pengambilan Suplimen membantu?
Suplimen juga boleh diamalkan oleh mereka yang mengidapnya. Antara Suplimen yang boleh diamalkan ialah:



Vitamin B
Vitamin B adalah vitamin terbaik untuk Anxiety. Mempunyai kesan positif kepada sistem saraf. Vitamin B juga membantu dalam menstabilkan paras hormon dan mood dalam tubuh kita.

Kekurangan vitamin B12 di dalam tubuh akan menyebabkan kita mudah berasa tertekan. Asid folik membantu meningkatkan kadar tindakbalas antikemurungan yang sangat baik kepada pesakit.

Vitamin C
Suplimen yang sangat penting dalam fungsi kimia otak dan kelenjar adrenal. Ia akan memberi efek penenang yang boleh mengurangkan Anxiety.

Vitamin E
Vitamin E penting kerana ia dapat membantu untuk mengangkut oksigen kepada otak. Otak yang kekurangan oksigen akan mengalami gangguan dan akhirnya membawa kepada pelbagai masalah termasuklah anxiety.

Sumber Mineral
Magnesium dan kalsium yang cukup dalam badan boleh mencegah ketegangan saraf.

Magnesium mempunyai peranan yang penting di dalam fungsi neurologi. Ia juga terlibat di dalam banyak tindakbalas kimia otak. Kekurangan magnesium telah dikaitkan dengan simptom kebimbangan dan kemurungan.

Kalsium pula sangat penting untuk memastikan tubuh kita berfungsi dengan baik. Ia sangat penting untuk fungsi otak. Kekurangan kalsium akan menyebabkan kebimbangan dan emosi yang tidak menentu.

Apabila terjadi kekurangan kalsium pada sistem saraf, peluang untuk terjadinya serangan kebimbangan dan emosi yang tidak menentu akan meningkat dengan mendadak.

Kekurangan kalsium juga akan menyebabkan kekejangan otot, menggigil, kebas kaki dan jari, dan jantung berdebar.

Omega 3
Asid lemak omega 3 telah terbukti dalam memelihara kesihatan otak. Kajian telah membuktikan bahawa EPA dan DHA dalam minyak ikan mempunyai keupayaan untuk menstabilkan emosi dan membantu dalam perkembangan kesihatan mental, termasuk kemurungan, tekanan, kebimbangan (anxiety), neurasthenia, insomnia, autism, kanak-kanak hyperaktif dan penyakit schizophrenia. Jadi, ia memainkan peranan yang sangat penting bagi penghidap anxiety disorder untuk membantu mengawal fungsi otak.


Sekiranya nak dapatkan set ni atau sebarang info produk atau apa sahaja, boleh hubungi Kak Fiza 0124513311 atau kalau segan nak whatsapp akak, korang boleh terus beli kat link dibawah..




Konsultasi percuma tau...😃

BEBASKAN DIRI ANDA DARI ANXIETY DISORDER

Assalamualaikum...

Pernah tak alami perasaan cemas, bimbang..takut yang melampau? Ataupun pernah menhadapi trauma dalam terhadap sesuatu kejadian?

Berkemungkinan anda berhadapan dengan Anxiety disorder yang mana ia adalah sejenis penyakit berkaitan emosi. Timbul perasaan cemas, bimbang dan ketakutan yang melampau atau boleh dikatakan melebihi daripada perasaan bimbang orang yang normal.

Ia juga berpunca daripada trauma terhadap sesuatu kejadian buruk yang pernah dialami. Samada berpunca daripada tekanan atau keturunan yang mana mungkin pernah menhadapi penyakit yang sama.


65 perkara tentang Anxiety Disorder dan mereka yang menghidapinya.
  1. Anxiety akan menjadi satu pemikiran yang super duper kreatif mereka-reka sesuatu. 
  2. Pemikiran boleh menguasai pesakit anxiety.
  3. Anxiety akan membuatkan pesakit risau untuk perkara yang tiada sebab. 
  4. Anxiety akan menimbulkan perasaan rasa takut akan kematian dan akan berfikir2 tentang itu.
  5. Ianya akan berlaku tiba2 jantung berdegup laju dan pesakit akan berfikir terkena serangan jantung.
  6. Pesakit anxiety akan selalu mengatakan doktor seperti mempermainkan mereka kerana mengatakan mereka tidak mempunyai sakit yang kronik.
  7. Pesakit akan sering pergi klinik atau hospital untuk membuat medical check up. 
  8. Pesakit akan berasa seperti tidak boleh bernafas ( dada ketat, merasa dada seperti penuh)
  9. Bukan semua yang ada anxiety tahu mereka ada anxiety dan menganggapnya perkara biasa.
  10. Dada adakalanya seperti dicucuk dengan benda tajam dan kadang2 ianya merasa nyilu dan nyeri.
  11. Kepala akan merasa melayang dan pesakit akan merasa seperti akan hilang kawalan dan akan pengsan.
  12. Pesakit anxiety adakalanya tidak boleh berada dalam kelompok ramai dan akan berusaha lari daripada keadaan itu.
  13. Pesakit anxiety akan merasa bersendirian itu lebih baik dan menenangkan.
  14. Orang takkan dapat menenangkan pesakit bila anxiety menyerang. Serangan akan terjadi sekurang2 10 min atau 1 jam.
  15. Orang yang tidak mempunyai anxiety tidak faham apa yang dialami oleh pesakit anxiety.
  16. Pesakit anxiety akan selalu mengkaji, mencari tentang penyakit ini dan mereka akan rasa takut bila membacanya.
  17. Berjumpa dengan psikiatri adalah masa yang ditunggu untuk bertanya berbagai2 soalan .
  18. Pesakit anxiety adakalanya akan menangis tanpa sebab.
  19. Pesakit akan bercerita kepada orang lain dan mahu orang lain turut merasai tetapi sebenarnya tak boleh kerana orang yang tiada anxiety tidak akan faham.
  20. Orang yang mendengar masalah yang diceritakan oleh pesakit anxiety akan memberi nasihat tetapi pesakit anxiety tidak mempedulikan nasihat itu jika nasihat itu tidak dapat membuat mereka tenang.
  21. Pesakit anxiety akan menjadi sensitif dengan semua perkara. 
  22. Ianya juga akan membuat pesakit menjadi pelupa.
  23. Pesakit akan merasa badan mereka twicth ( berdenyut-denyut ) 
  24. Pesakit akan berasa letih walaupun tidak membuat sebarang kerja.
  25. Pesakit juga adakalanya akan diserang sakit kepala yang mana rasanya seperti diikat ketat menggunakan headband. 
  26. Pesakit akan berasa takut untuk travel or berjalan jauh kerana fikir itu akan mendatangkan bahaya. 
  27. Pesakit anxiety akan berasa lega dan seronok bila dapat share masalah dengan orang yang sama menghidapi anxiety
  28. Akan terjadinya tekanan kepada pesakit. 
  29. Pesakit anxiety selalunya akan memerlukan orang lain untuk membantu mereka. 
  30. Setiap hari, pesakit anxiety akan berfikir dan berharap dapat menjadi diri mereka yang dulu.
  31. Kadang2, pesakit akan berfikir kenapa ianya terjadi kepada mereka.
  32. Pesakit akan mengigil dan mengeletar tanpa sebab.
  33. Anxiety akan membuatkan pesakit merasa sunyi, terkejut, takut, risau, kecewa, tekanan dan basically everything . 
  34. Anxiety tidak membuatkan pesakit itu menjadi gila. 
  35. Anxiety akan membuatkan fikiran pesakit terganggu.
  36. Tekanan yang diberi oleh orang lain kepada pesakit anxiety sangat memberi kesan kepada mereka. 
  37. Bersosial seperti makan di luar, lepak di luar selain rumah adalah perkara yang tidak menyeronokkan bagi pesakit anxiety.
  38. Pesakit anxiety akan merasakan tiada hari yang dilaluinya tanpa anxiety.
  39. Pesakit anxiety akan risau terhadap perkara yang remeh.
  40. Pesakit akan selalu merasa seperti hendak membuang air dan kerap ke tandas.
  41. Pesakit anxiety akan berusaha untuk mencari treatment untuk sembuh dari anxiety.
  42. Hilang keyakinan diri.
  43. Boleh menyebab berlakunya kemurungan.
  44. Setiap perkara yang dianggap negatif kepada pesakit anxiety akan menjadi trigger untuk anxiety datang menyerang.
  45. Akan merasa sesuatu keadaan seperti tidak nyata dan seperti bermimpi.
  46. Anxiety tiada ubat dan ianya boleh dikawal oleh pesakit itu sendiri.
  47. Anxiety adalah penipuan semata-mata dan ianya hanya pemikiran semata-mata.
  48. Insomnia adalah perkara biasa yang terjadi kepada setiap pesaki anxiety. Ini kerana pemikiran yang takut sesuatu terjadi semasa mereka tidur. 
  49. Pesakit anxiety akan mengalami sakit ulu hati, gastrik, dan masalah berkaitan dengan perut.
  50. Pesakit anxiety juga akan merasa seperti perut sebu atau kembung dan seperti ada sesuatu di dalam perut mereka.
  51. Kaki akan merasa kebas dan mereka akan terfikir seperti akan terkena strok.
  52. Penglihatan akan menjadi kabur.
  53. Jantung akan berdebar laju tanpa sebab.
  54. Ada sesetangah pesakit anxiety yang akan menjadi agrophobia seperti takut untuk memandu .
  55. Tidak boleh berseorangan dan sering memerlukan teman.
  56. Badan akan merasa sakit dan lenguh seperti selepas membuat kerja berat.
  57. Menjadi seseorang yang peka terhadap bunyi.
  58. Anxiety juga boleh memusnahkan sebuah perhubungan.
  59. Pesakit akan berasa putus asa dan kurang bersemangat.
  60. Berlaku perbuahan drastik terhadap kelakuan atau perangai pesakit anxiety.
  61. Segalanya tentang kehiudpan anxiety akan berubah.
  62. Pesakit akan banyak menghabiskan masa dengan membaca dan mencari maklumat tentang anxiety.
  63. Akan selalu berfikir bahawa diri mereka menghidapi sakit kronik.
  64. Mood akan berubah bila pemikiran tiba2 datang memikirkan perkara yang bukan2 dan menakutkan.
  65. Ubat yang diberi hanya untuk menenangkan anxiety buat seketika.
Pakar perubatan pernah menyarankan pengambilan Suplimen dan amalan kerohanian untuk mereka yang mengalaminya..


InshaAllah pada entry akan datang, KaknFiza akan sharing Suplimen yang boleh diamalkan oleh mereka yang berhadapan dengan penyakit ini.

☺☺☺☺

Saturday, April 1, 2017

MUDAHNYA ISTERI KE SYURGA IDAMAN

Assalamualaikum semua..

Macam dah beberapa hari tak ber entry baru. Hari ni pun dah masuk April. Wah..bulan penuh makna ni. Jeng jeng jeng!

Permulaan April yang best sangat. Kak fiza nak berkongsi kisah Kuliah Dhuha pagi tadi. Bertempat dekat Sekolah Pasti Abang Ngah Haziq. Dah lama tak hadirkan diri di majlis ilmu macam ni. Allahuakhbar..terasa kerdilnya diri ini disisiNya..


Lebih kurang sejam saja. Perkongsian nengenai Wanita sebagai Isteri. Begitu mudahnya kita sebagai isteri untuk masuk Syurga yang indah. Dan begitu mudah juga kita isteri ni menjadi penghuni Neraka dengan menarik sekali tangan suami. Nauzubillahiminzalik..

Beza sungguh peranan isteri zaman Nabi dan sekarang. Redha suami itu penting. Apa juga yang sedang kita usahakan perlukan keredhaan suami dan suami pun perlu lah bersikap toleransi. Masing-masing nakkan yang terbaik dalam rumahtangga kan.

Mulai hari ini..saat ini..belajarlah berkata tidak pada suami. Tapi kalau perkara yang dilaknat Allah SWT tu dibolehkan. Tak perlu ikut..dan kalau perkara untuk kebaikan WAJIB untuk kita ikut. Sekiranya ada yang tak puas hati, boleh la duduk semeja. Bincang apa yang patut. Tak guna nak berbalah kan.

Alhamdulillah..walaupun sekejap sahaja tapi pengisian yang sangat bermakna. Banyaknya khilaf selama ini. Sayu pulak hati ni...

Tak sabar tunggu cinta hati balik kerja ni...😘😘




Monday, May 25, 2015

Dr. Forrest C Shaklee dan Sumbang Beliau

Assalamualalaikum w.b.t 

Saya pasti ramai geng2 blogger yang kenal Shaklee kan?. Tahu tak siapakah insan penting disebalik perkataan Shaklee? Apakah sumbangan beliau kepada dunia sehingga kehidupan orang ramai lebih sihat dan ceria? Jom saya ceritakan serba sedikit tentang sejarah perkembangan Shaklee dan sumbangannya kepada dunia.

Dr. Forrest C Shaklee adalah Pengasas Shaklee dan beliau dilahirkan pada November tahun 1894. Sewaktu beliau dilahirkan, beliau disahkan mengidam penyakit tuberculosis (batuk kering). Doktor kemudian meramalkan beliau tidak boleh hidup lama. Disebabkan penyakit beliau, keluarganya membuat keputusan untuk berpindah dari Carlisles (kawasan lombong arang batu) ke utara Iowa kerana mereka percaya rawatan terbaik untuk batuk kering adalah udara yang bersih dan segar serta rehat yang mencukupi. 

Zaman kanak-kanak beliau banyak dihabiskan dengan berehat dan memerhati alam sekitar. Apabila beliau sudah meningkat remaja, doktor berpuas hati dengan kesihatan beliau dan mengatakan penyakit tuberculosis beliau adalah terkawal. Walau bagaimanapun, beliau tetap tidak sesihat dan secergas remaja lain yang seusia dengannya. 

Forrest Shaklee banyak menghabiskan masa membaca tulisan dan falsafah Bernarr MacFadden dalam majalah “Physical Magazine” yang mengatakan ‘dadah (ubat) hanyalah menutup simptom, tanpa mengubati penyakit’. Beliau tahu berdasarkan pemerhatian beliau terhadap alam sekitar, manusia boleh dirawat dengan kaedah semulajadi. Ini menyebabkan beliau sangat berminat dengan science of chiropractic care. 

Forrest Shaklee kemudiannya mendaftar masuk ke Palmer School of Chiropractic yang diketuai oleh B.J. Palmer. Walaupun beliau mengagumi Palmer, beliau kurang bersetuju dengan pendapat Palmer yang merasakan chiropractic adalah satu-satunya rawatan untuk penyakit fizikal. Beliau percaya perlunya ada sistem yang lebih menyeluruh untuk
memelihara kesihatan badan. 

Dr Shaklee membuka tempat kajian awalan di Rockwell City, Iowa pada tahun 1915. Beliau percaya bahawa pemakanan yang baik adalah asas untuk keseluruhan dan kesejahteraan kesihatan. Pada tahun 1915 itu juga, produk pertama Dr Shaklee iaitu Vitalea Shaklee adalah multivitamin dan mineral yang pertama dicipta di dunia. Asalnya dikenali sebagai "Vitalized-Mineral" dan disingkatkan sebutannya kepada "Vita-min" dan perkataan vitamin ini yang pertama digunakan.

Pejabat terawal Shaklee

Dr. Forrest C. Shaklee adalah pengasas syarikat Shaklee pada tahun 1956 semasa berusia 61 tahun bersama dua anaknya Forrest, Jr. and Raleigh untuk mengeluaran makanan tambahan nutrisi Shaklee. Dr. Forest C Shaklee telah menubuhkan sebuah syarikat berdasarkan 'Living In Harmony With Nature' yang berazam untuk menghasilkan produk-produk bagi memperbaiki kesihatan insan dan bumi.

Boleh juga lihat entry saya yang lepas di SINI


APA SUMBANGAN BELIAU KEPADA DUNIA?

Antara Sumbangan Shaklee Kepada Dunia Ialah:

1960 - Shaklee memperkenalkan Basic-H Concentrated Organic Cleaner iaitu salah satu pencuci boleh dibiodegradasi dan tidak bertoksik yang pertama.

1961 - Dr.Shaklee mencipta Protein segera iaitu salah satu rumusan pengasingan protein soya yang pertama.

1972 - Shaklee memperkenalkan salah satu produk serbuk pencuci pakaian boleh dibiodegradasi tanpa fosfat, nitrat atau borat yang pertama.

1981 - Shaklee memperkenalkan sistem pembebasan terkawal berasaskan tumbuhan yang pertama bagi Vitamin C.

1982 - Shaklee menjadi salah sebuah syarikat Fortune 500.

1983 - Buat kali pertamanya,seorang warga Amerika mendaki Gunung Everest tanpa oksigen tambahan dan hanya bergantung pada tenaga yang dibekalkan oleh pemakanan Shaklee.

1986 - Penerbangan mengelilingi dunia tanpa henti yang pertama atas Voyager dengan tenaga yang dibekalkan oleh pemakanan Shaklee. Shaklee memberikan sokongan kewangan dan produk kepada ekspedisi pertama kereta luncur salji ke Kutub Utara yang diketuai oleh Will Steger.

1987 - Penerbangan berkuasa manusia pada jarak terjauh iaitu 72 batu melintangi lautan 'Projek Deadalus' dengan menggunakan tenaga yang dibekalkan oleh Shaklee Performance.

1988 - Shaklee mula beroperasi di Malaysia.

1990 - Basic H daripada Shaklee yang boleh dibiodegradasi terpilih sebagai salah satu daripada produk rasmi Hari Bumi yang pertama dan Shaklee telah menerima anugerah Family Circle Green-Chip sebagai salah satu daripada 10 syarikat yang mesra alam sekitar.

1993 - Shaklee membekalkan NASA dengan satu minuman rehidrasi, Performance yang telah disesuaikan untuk kegunaan para angkasawan semasa beroperasi di angkasa lepas.
Shaklee telah membekalkan minuman Performance kepada angkasawan NASA

1998 - Shaklee memperkenalkan siri penjagaan kulit pertama Enfuselle Skin Care berasaskan nutrisi,disokong oleh 8 paten,dan telah membelanjakan 1 juta dolar dalam penyelidikan klinikal.

2000 - Shaklee menjadi syarikat pertama di dunia yang menerima pensijilan 'Climate Neutral' dan mengimbangi sepenuhnya pembebasan CO2 di mana ia menghasilkan impak sifar bersih pada alam sekitar. - Shaklee membuka Ibu Pejabat Sedunia dengan bangunan yang direka menggunakan bahan-bahan yang bertahan, termasuk kayu, permaidani dan plastik yang dikitar semula.

2004 - Shaklee membekalkan tenaga kepada atlet-atlet bertaraf dunia bagi memenangi 15 pingat emas di Athens, Greece. Beberapa atlet Olimpik yang menggunakan produk Shaklee ialah Craig Blanchette, Laurie Brandt, Kent Bostick, Eli Bremer, Sandra Gal, Bill Demong, Kris Freeman, Zach Krych, Adam Moore, Reilley Rankin, Jennifer Rodriguez, Carl Rundell, Roz Savage, Darin Shapiro, dan Ashley Wagner.

2005 - Shaklee memperkenalkan satu daripada formula keimunan penggalak interferon pertama yang dinamakan Nutriferon.

2006 - Shaklee terpilih sebagai Pemimpin Cuaca EPA Amerika '(U.S.EPA Climate Leader)'untuk memelihara impak sifar bersih pada perubahan cuaca dan mengimbangi pembebasan 100% gas rumah hijau olehnya menjangkau tahun 2009.

2007 - Shaklee memperkenalkan siri pengurusan berat badan yang dikenali sebagai Cinch dan siri penjagaan rumah yang semulajadi dan tidak bertoksik digelar Get Clean.

2008 - Shaklee memperkenalkan Vivix, penemuan revolusi terbaru dalam anti-penuaan sel. 

2010 - Shaklee memperkenalkan produk terbarunya Get Clean Water Pitcher. Jag Air bermeter automatik pertama yang menunjukkan jumlah gelen air yang telah dituras dan tidak memerlukan kuasa elektrik. Murah, mudah dan menandingi jenama terkemuka lain.

2014 - Kini, Shaklee telah berkembang pesat di beberapa buah negara dan menjadi produk nutrisi yang diminati oleh ramai rakyat Malaysia. Pada Ogos lalu, 300 Malaysia Business Leaders telah mengikuti trip insentif ke Amerika Syarikat dan mengunjungi Shaklee World Headquarters di San Francisco! 

Wow..banyak kan sumbangan 

Friday, October 12, 2012

BILA JATUH...

Syukur Alhamdulillah...

hampir setahun yang lalu, saya menubuhkan sebuah butik DAC..kini dah genap setahun...masih dlm proses pembelajaran..

yerr..saya tengah jatuh...dlm proses utk bangun semula..dulu semua dah pesan..buat sndiri, tak payah la share2 ni...tp saya xde modal besar..terpaksa juga cari kwn utk partnership..now..its happen..

wpun share say 70% lebih pada dia..tp bila salah langkah ckit, saya juga yg pening...apa2 pun saya terima dugaan ni dgn penih sabar...Tuhan sayangkan saya..sbb tu dia uji saya kan...

ermmm..dah lama kan saya tak update blog ni..bila ada masalah baru la teringat nak buka..huhu
jgn marah tau...sgt2 bz dgn anak2, dgn kedai...skrg semua nak kena settle sndiri..

meh nak update sikit....jom lawat page DAC...jgn lupa LIKE tau...D' aiza COllection



** NEW UPDATED!!! SYRIA SAKURA RM79 INC POS...:)

Thursday, April 21, 2011

Ada aku peduli?

Ada aku peduli isteri dan anak2ku sudah makan atau belum...

Ada aku peduli jika isteriku tak sempat makan kerana sibuk melayan anak-anak....

Ada aku peduli jika isteriku masih di dapur menyediakan keperluan pagi esok ketika aku sedang berdengkur...

Ada aku peduli siapa yang membelikan sabun mandi, ubat gigi dan meletakkannya di dalam bilik aku bersiram....

Ada aku peduli dah berapa lama isteri aku begitu setia menggosok kain bajuku...

Ada aku peduli bagaimana layanan yg isteriku dambakan dari aku seorang suami...

Ada aku peduli apa perasaan isteriku bila aku pulang kerumah dengan wajah kusam dan masam....

Ada aku peduli adakah wang yang masih bersisa utk isteri dan anakku ketika aku hendak kepergian....

Ada aku peduli apa perasaan isteriku bila aku tidak pernah menelefonnya ketika aku bertugas di luar.....

Ada aku peduli berapa harga gincu jika isteriku ingin memerahkan bibir yang pudar ditelan masa....

Ada aku peduli bilakah kali terakhir aku menghadiahkan minyak wangi kepada isteriku...

Ada aku peduli bila kali terakhir aku membelikan pakaian utk wanita yg rela menjadi isteriku..menjadi ibu anak-anakku

Ada aku peduli kenapa isteriku terlelap bersama linangan airmata....

Ada aku peduli jika isteriku terjaga di tengah malam kerana dengkurku......dan aku terus nyenyak tidur dibuai mimpi indah seorang lelaki....

Tiba-tiba aku MENJADI PEDULI dan MENGAMBIL PEDULI

Ketika telefon isteriku berdering di malam hari...

Ketika isteriku mula belajar ber sms..dan berchatting...

Ketika isteriku kembali berhias seperti ketika aku mula jatuh hati padanya...

Ketika isteriku sanggup tidak makan malam kerana mahu menjaga badan

Ketika isteriku tidak meminta lagi aku menjadi imamnya....

Ketika isteriku memilih tidur bersama anak-anakku.....

Ketika dia tidak lagi mencium tanganku ketika aku hendak pergi ...

Kini,aku baru ingin bertanya kenapa isteri aku dah tak peduli kat aku?

P/s : Tidak ada manusia yang sempurna baik suami ataupun isteri.Jangan mengharap dilayan seperti raja jika kita tidak pernah anggap isteri itu permaisuri hati kita. Jangan diharap bunga yang indah jika kita tidak pernah membajanya. Dan selalulah ingat,bila hati seorang wanita telah retak, dia boleh menjadi lebih keras daripada seorang lelaki


sumber asal: Realiti Alam Perkahwinan

Sunday, March 13, 2011

Cara Jepun Lawan Tsunami


Jam dinding di pejabat akhbar Wall Street Journal yang terletak di tengah-tengah pusat perniagaan di bandar Tokyo menunjukkan pukul 6.57 pagi.

Wartawan akhbar itu, Yuka Hayashi bersama rakan-rakannya baru sahaja ingin memulakan rutin harian mereka apabila bilik berita yang menempatkan mereka mengalami gegaran kuat.

"Beberapa saat selepas itu, satu laporan diterima mengatakan timur laut Jepun dilanda gempa bumi yang besar.

"Untuk beberapa ketika, kami semua terpaku sehinggalah keadaan di pejabat kami bertukar kelam-kabut.

"Gegaran yang semakin kuat mengakibatkan ramai di antara kami tidak mampu berdiri sehingga terpaksa berpaut pada kerusi dan meja. Ada juga yang menyorok di bawah meja.

"Apa yang dapat diperhatikan dari tingkap pejabat yang terletak di tingkat 19, bangunan-bangunan tinggi yang berada di tengah-tengah pusat perniagaan Tokyo semuanya bergegar kuat dan ia berlangsung selama beberapa minit.

"Ada yang cuba untuk keluar dari bangunan menggunakan tangga kecemasan, ada juga yang mencapai topi keledar keselamatan dan menangis kerana terlalu terkejut.

"Lebih membimbangkan, cubaan untuk menghubungi keluarga gagal. Mujur juga e-mel masih boleh dikemas kini.

"Untuk mendapat perkembangan terkini, kami hanya bergantung kepada laman portal akhbar Jepun yang memberikan perkembangan terkini mengenai kejadian gempa dan tsunami," cerita Hayashi di dalam blog Japan Real Time-WSJ.

Gempa dengan kekuatan 8.9 pada skala Richter yang berpusat 130 kilometer dari pantai timur laut Sendai, Honshu pada kedalaman 24 kilometer (km) itu turut menghasilkan gelombang tsunami pada kelajuan 1,000 kilometer sejam. Sendai terletak 400 km dari Tokyo.

Puluhan bandar dan kawasan penempatan di sepanjang 2,100 km di pantai timur Sendai turut merasai gegaran gempa yang paling kuat sejak 140 tahun lalu itu.

Lebih menyedihkan, ombak panjang setinggi 10 meter yang mengganas itu bukan sahaja menggoncang plat bumi Jepun, malah turut menjadi pencetus kepada beberapa siri tanah runtuh dan kebakaran besar yang menyebabkan bekalan elektrik serta telekomunikasi terputus.

Air hitam

Di beberapa kawasan lain seperti di Isago, Yokohama, asap hitam menyelubungi sebahagian besar kawasan perindustrian tersebut sementara di bandar lain di utara Jepun seperti di Kamaichi dan Kensennuma, kapal-kapal, trak, kereta dan kenderaan ringan dihanyutkan air hitam yang dipenuhi sampah sarap.

Sebuah pelabuhan di bandar Iwaki dijilat api, begitu juga di bandar Yamada.

Selain puluhan ribu penduduk terutama di bahagian utara Jepun terpaksa berdepan dengan kemusnahan tempat tinggal, ribuan pekerja di loji nuklear di Dai-ichi, Fukushima pula terpaksa berdepan dengan risiko gas radioaktif dari kawasan kilang yang rosak teruk akibat bencana yang sangat dahsyat itu.

Lewat petang semalam, stesen televisyen Jepun melaporkan empat pekerja loji nuklear cedera parah dalam kejadian letupan di salah satu bangunan reaktor yang rosak teruk.


Sejarah

Sehingga semalam, pihak berkuasa Jepun telah mengeluarkan statistik rasmi di mana 413 mayat telah ditemui, 784 masih hilang manakala 1,128 mangsa dilaporkan cedera.

Angka tersebut dijangka bertambah memandangkan gempa skala besar itu masih baru dan misi menyelamat baru sahaja dimulakan.

Kedudukan Jepun yang terletak di dalam Lingkaran Api Pasifik meletakkan ia sebagai negara yang paling aktif menerima gempa bumi.

Lantaran itu, tidak mustahil jika Jepun diiktiraf sebagai negara yang mempunyai teknologi mengurangkan impak bencana alam dan kecekapan dalam sistem pengurusan bencana terbaik di dunia.

"Agensi Meteorologi Jepun mampu menyebarkan maklumat mengenai bencana tsunami dalam masa tiga minit," kata Dekan Fakulti Pengurusan Universiti Kyoto, Jepun, Dr. Kiyoshi Kobayashi.

Orang Jepun memperkenalkan istilah tsunami, bermaksud ombak gergasi, kepada dunia. Sememangnya fenomena laut naik ke darat itu menjadi sebahagian daripada sejarah Jepun.

Tsunami yang dijana oleh gempa bumi, berlaku beratus-ratus kali setahun di Negara Matahari Terbit itu.

Gempa pesisiran pantai pada tahun 1707 dikatakan menyebabkan Pulau Shikoku ditenggelami ombak tsunami dan membunuh beribu-ribu penduduk.


Sebelum itu pada abad ke-15, ombak gergasi telah memusnahkan sebuah dewan yang menempatkan Daibutsu iaitu sebuah patung Buddha gangsa yang besar di Kamakura, sebuah pekan di selatan Tokyo.

Jepun terletak di atas beberapa plat tektonik menyebabkan ia mengalami kira-kira 1,000 gegaran setahun.

Pada tahun 1923, satu gempa bumi besar melanda Tokyo. Dikenali sebagai gempa bumi Great Kanto, gempa sekuat 7.9 pada skala Ritcher itu mengakibatkan kebakaran rumah-rumah kayu dan membunuh 100,000 orang.

72 tahun kemudian, satu lagi gempa berukuran 7.9 melanda bandar pelabuhan Kobe di barat Jepun. Banyak lebuh raya bertingkat berguguran dan beribu-ribu bangunan hancur.

Kereta api laju

Dikatakan satu daripada lima buah bangunan di Kobe musnah sama sekali. Seramai 6,400 orang terbunuh dan lebih 400,000 cedera. Api marak di seluruh bandar itu.

Kerajaan Jepun telah memberi perhatian serius kepada bencana tsunami dan gempa bumi.

Apabila berlaku gempa, data yang mengandungi magnitud dan lokasi serta-merta disiarkan oleh stesen televisyen kebangsaan NHK.

Mesej itu turut memuatkan sama ada amaran tsunami telah dikeluarkan.


Di kebanyakan pekan dan bandar, sistem pembesar suara boleh menyalurkan maklumat kecemasan kepada penduduk.

Di kawasan luar bandar, penduduk juga memiliki radio yang diagihkan oleh kerajaan tempatan di mana arahan berpindah boleh didengar.

Kanak-kanak dilatih menyorok di bawah meja semasa gempa. Semua orang dewasa diberitahu di mana pusat penempatan sementara terdekat dengan kediaman mereka sama ada di padang atau taman.

Pemeriksaan infrastruktur tidak dilupakan. Bangunan-bangunan pencakar langit di bandar-bandar utama direka supaya boleh bergoyang mengikut gegaran gempa, menjadikannya lebih selamat.

Sesetengah kawasan pantai mempunyai tempat perlindungan tsunami, sementara yang lain membina pintu banjir untuk bertahan daripada ombak itu.

Jika berlaku gempa bumi pada magnitud tertentu pula, kereta api laju dan loji nuklear akan terhenti secara automatik.

- KOSMO -

Monday, January 10, 2011

Facebook akan ditutup 15 Mac 2011?


PALO ALTO, California - Khabar angin dalam kalangan pengguna Internet mengenai penutupan laman sosial popular Facebook kini tersebar luas terutamanya menerusi laman sosial Twitter, lapor sebuah akhbar semalam.

Antara mesej yang disampaikan oleh pengguna Twitter adalah seperti: "Facebook bakal ditutup pada Mac 2011? Saya harap tidak."

"Khabar angin adalah Facebook akan ditutup. Tolong jangan beralih kepada Twitter dan jangan rosakkan pengalaman jaringan sosial saya," kata @jjelksboss melalui Twitternya.

Terdapat juga kumpulan yang dibentuk di laman Facebook yang meminta agar laman sosial itu tidak ditutup dengan mesej: "Facebook akan ditutup pada 15 Mac 2011. Adakah terdapat cara lain untuk menghalangnya?"

Pada bulan lepas Yahoo telah mengumumkan bahawa Yahoo Video akan ditutup pada tarikh sama tetapi ia tidak bermaksud semua jaringan di Internet akan turut terhenti.

Dalam perkembangan sama akhbar Weekly World News melaporkan bahawa pengasas laman sosial itu, Mark Zuckerberg, 27, sedang menghadapi tekanan untuk terus menguruskan laman sosial tersebut.

"Facebook sudah di luar kawalan saya dan tekanan menguruskan syarikat ini telah mengganggu hidup saya. Saya perlu hentikannya untuk mengelakkan tekanan ini," jelas Zuckerberg dalam satu sidang media di luar pejabatnya di Palo Alto baru-baru ini.


Dalam satu temu ramah menerusi telefon Zuckerberg memberitahu: "Saya secara peribadi tidak menganggap ia sebuah keputusan besar. Secara jujurnya saya fikir ia (menutup laman Facebook) adalah untuk kebaikan. Tanpa Facebook orang ramai akan keluar dan berjumpa dengan rakan-rakan, itu adalah lebih baik."

"Saya tidak kisah mengenai wang. Saya hanya mahu kehidupan saya balik," kata Zuckerberg.

Akhbar itu melaporkan Naib Presiden Perhubungan Teknikal Facebook, Avrat Humarthi menjelaskan bahawa bermula 15 Mac ini pengguna tidak lagi akan dapat memasuki akaun Facebook dan meminta pengguna melakukan sesuatu agar semua gambar-gambar kesayangan tidak hilang.

"Seluruh laman web ini akan ditutup pada tarikh itu. Justeru, jika anda tidak mahu gambar-gambar di Facebook hilang, saya nasihatkan agar anda menyimpannya sebelum laman itu ditutup," jelas Humarthi.

Bagaimanapun, akhbar International Business Times melaporkan bahawa khabar angin itu hanya disebarkan melalui laman-laman blog dan tiada laporan daripada mana-mana akhbar arus perdana berhubung penutupan tersebut.

Menurut Lou Kerner dari firma Wedbush Securities, Facebook mempunyai lebih 600 juta pengguna di seluruh dunia dengan 300 pemegang saham.

- Agensi

Artikel Asal
http://weeklyworldnews.com/headlines/27321/facebook-will-end-on-march-15th/

Friday, December 31, 2010

Tahun Baru...Rumah Baru..Tempat Baru...

wahhh...entry penutup tahun 2010...dah lama tak update blog..huhu..

spt tajuk kat atas..ya..kami sekeluarga akan berpindah ke Bertam/Sungai Petani..InsyaAllah hujung bln 1 balik KD untuk angkut barang...Bulan 2 start dok rumah baru...rumah baru???blom tau lagi kat mana..rumah sewa la nampaknya kan...hihi..tgh survey area bertam & SPS..

so....ibu pun leh la start cari kerja kan????hihi..

pada kawan2 semua ..SELAMAT TAHUN BARU YE..blom berkesempatan nak update blog mcm dolu2..sgt2 bz..hukhuk

Tuesday, December 28, 2010

Rahsia semakin hari semakin sayang

Gaya hidup moden yang mewah, sibuk dan terdedah kepada pergaulan bebas ada kalanya boleh menimbulkan krisis rumah tangga hingga berlaku perceraian.

Laporan khas ini mendedahkan mengenai punca-punca perceraian termasuk suami isteri curang, pengaruh laman sosial di Internet dan jahil agama.

Namun, cukup mengkagumkan apabila ada kalangan pasangan yang mampu mempertahankan ikatan suci mereka hingga mencecah lebih 20 tahun dan terus kekal bahagia.

Sebenarnya, setiap pasangan mampu melakukan begitu asalkan mereka memahami tanggungjawab masing-masing.

Antara tips yang perlu diketahui ialah dengan memahami bahawa keluarga adalah amanah Allah di samping memantapkan diri dengan ilmu agama serta melakukan persediaan rohani, fizikal dan mental untuk hidup berumah tangga.

Bagi pasangan Azmi Abdul Malek, 51, dan Siti Zabidah Setia, 51, suami isteri seharusnya sentiasa berikhtiar untuk melakukan sesuatu yang terbaik agar Allah memberi ganjaran dan rumah tangga sentiasa dirahmati.

Menceritakan kisah rumah tangga mereka, kedua-duanya melangsungkan perkahwinan pada 1982 selepas tiga tahun berkenalan ketika menuntut di Universiti Malaya.

Bagi pasangan 'cinta kampus' ini, mengekalkan hubungan selama 28 tahun bukanlah sesuatu yang mudah khususnya dalam tempoh 10 tahun pertama perkahwinan.

Ketika melalui fasa 'permulaan' itu, mereka berdua sering dihimpit masalah kerana terpaksa menanggung perbelanjaan keluarga yang semakin bertambah bagi membesarkan lima anak yang masih kecil.

Ketika itulah kedua-duanya membuktikan diri masing-masing sebagai pasangan yang bertanggungjawab dengan banyak bersabar serta tidak memperbesar-besarkan perselisihan faham yang sering timbul antara mereka.

"Petuanya ialah kena banyak bersabar, bertenang dan paling penting ialah bertolak ansur.

"Selain itu, banyakkan muhasabah diri dan jadikan anak-anak sebagai pengikat kasih sayang" kata Azmi yang bertugas sebagai Ketua Komunikasi Korporat, Kementerian Sumber Manusia.

Berkat kesabaran dan tolak ansur tersebut, lima anak Azmi dan Zabidah iaitu tiga lelaki dan dua perempuan berusia 13 hingga 26 tahun kini telah berjaya dalam bidang masing-masing yang mana empat daripadanya adalah lulusan ijazah.

Namun dalam usia perkahwinan yang semakin meningkat, Azmi mengakui, perasaan malu untuk berlaku romantik terhadap isteri seperti ketika 'zaman bercinta' mula timbul disebabkan anak-anak sudah dewasa.

"Masa mula kahwin dulu jalan berpegangan tangan tetapi sekarang kurang sikit sebab malu dengan anak-anak, tapi saya tetap berpegangan tangan atau peluk pinggang isteri apabila menyeberangi jalan ketika anak-anak tidak ada di sisi kami.

"Malah kalau nak tidur saya sering bisikan kepada isteri yang saya sayangkan dia dan bila balik daripada berjalan jauh saya cium pipi isteri," katanya yang mengakui amalan itu adalah antara faktor kebahagiaan rumah tangganya.

Sebagai seorang yang sudah 'lali' dengan asam garam perkahwinan, Azmi sering menasihatkan anak-anaknya dan pasangan muda lain agar sentiasa bersikap jujur dengan pasangan.

"Selain itu jangan tinggal solat lima waktu dan sering solat malam serta berdoa kepada Allah supaya kurniakan kebaikan rumah tangga.

"Walaupun gaya hidup manusia sentiasa berubah mengikut teknologi tapi kita mesti kawal dan disiplinkan diri mengikut ajaran agama Islam kerana kehidupan dunia hanya sementara semua itu adalah ujian daripada Allah," katanya.

- UTUSAN -

Saturday, November 13, 2010

Banjir

Alhamdulillah..kini banjir dah pun reda..syukur sgt2...apa2 pun terpaksa kita semua terima ujian & dugaan dariNya dengan redha dan hati yang lapang...ada hikmah disebalik setiap kejadian...

kampung ibu pun alami banjir yang dashyat...selama ni..hampir 30thn (oppsssss semakin berumur la' huhu)...belum pernah alami banjir yang mcm ni teruk..semua penduduk kampung terpaksa dipindahkan ke kwsan lebih selamat..syukur alhamdulillah rumah kami selamat dari dinaiki air..mungkin sebab tinggi...yang pasti boleh dok dlm rumah je lah..buka pintu rumah keliling penuh dengan air...hari ke-2 banjir..mkn nasi berlaukkan ikan haruan kering..nyum2 (menurut emak la.)

disaat banjir yang melanda kampung..ibu dah otw nak balik kampung..disebabkan jalan penuh air..malam 1hb tu..ibu, abah & HI terpaksa bermalam di Yan, Kedah..rumah SIL..ptg 2hb baru la ibu bertolak balik ke kampung..

Terima kasih kepada blog Omaq untuk gambar-gambar banjir di Perlis yang tertera di bawah ini...dan byk lagi kat blog Omaq ni..

gambar banjir perlis kedah 1

Banjir kawasan Arau… dekat dengan masjid Negeri Arau

gambar banjir perlis kedah 2

Rumah dekat simpang Arau Gial dekat simpang taman bersatu

gambar banjir perlis kedah 3

Banjir di Repoh

gambar banjir perlis kedah 4

Taman Rekreasi Tasik Melati

gambar banjir perlis kedah 5

Ni daratan ke lautan? - Kawasan sawah...habis semua..:(

gambar banjir perlis kedah 6

Kawasan Sekolah Jaafar Hassan penempatan banjir (inilah dia sekolah ku..)

gambar banjir perlis kedah 7

Sekolah Santan yang dilanda banjir


Highway


KANGAR: Bilangan mangsa banjir yang dipindahkan di Perlis meningkat dengan sehingga petang ini seramai 1,096 mangsa dipindahkan ke sembilan pusat pemindahan, menurut jurucakap Bilik Gerakan Banjir Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Perlis. Kebanyakan mangsa ditempatkan di Sekolah Menengah Datuk Jaafar Hassan iaitu seramai 386 orang, Sekolah Kebangsaan Batu Bertangkup (383), Sekolah Kebangsaan Titi Tinggi (112), Maktab Rendah Sains Mara Beseri (69) dan Dewan Sivik Arau (60). Lain-lain pusat menempatkan antara tujuh hingga 30 mangsa sehingga pukul 5.30 petang. Hujan masih berterusan di Perlis.

Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Batu Bertangkup, Ali Ismail, berkata lima buah kampung telah dilanda banjir sejak petang Sabtu lalu iaitu Kampung Sungai Buluh, Kampung Batu Bertangkup, Kampung Padang Melaka, Kampung Baru Panggas dan Kampung Guar Medan Gatal. Mangsa di lima kampung ini mula dipindahkan pada 4.00 pagi tadi apabila paras air di dua batang sungai ialau Sungai Buluh dan Sungai Batu Bertangkup mula melimpahi tebing.

“Penduduk diarahkan keluar dari rumah masing-masing berikutan jalan ke kampung-kampung tersebut telah dinaiki air di paras pinggang,” katanya. Ali berkata, 10 kenderaan pacuan empat roda dari Kelab Pacuan Empat Roda Perlis membantu memindahkan mangsa ke pusat pemindahan manakala Jabatan Bomba dan Penyelamat serta Jabatan Pertahanan Awam menggunakan bot memindahkan mangsa banjir.

JKM turut menyalurkan bantuan berupa tikar, selimut dan makanan kepada mangsa di pusat pemindahan. Seorang warga emas, Rokiah Awang, 70, dari Kampung Batu Bertangkup terpaksa didukung bagi menyelamatkan diri setelah rumahnya yang didiami bersama seorang anak lelaki dan seorang cucu lelaki dinaiki air awal pagi. “Air di rumah makcik naik paras dada, habis semua kelengkapan rumah seperti perabot ditenggelami air, ” katanya.


Sumber: Berita Harian

Tuesday, November 2, 2010

sekadar renungan bersama...



Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya. Ia mendapat pahala kebaikan yang diusahakannya, dan ia juga menanggung dosa kejahatan yang diusahakannya. (Mereka berdoa dengan berkata): "Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau mengirakan kami salah jika kami lupa atau kami tersalah. Wahai Tuhan kami ! Janganlah Engkau bebankan kepada kami bebanan yang berat sebagaimana yang telah Engkau bebankan kepada orang-orang yang terdahulu daripada kami. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang kami tidak terdaya memikulnya. Dan maafkanlah kesalahan kami, serta ampunkanlah dosa kami, dan berilah rahmat kepada kami. Engkaulah Penolong kami; oleh itu, tolonglah kami untuk mencapai kemenangan terhadap kaum-kaum yang kafir". Al-Baqarah : 286

Sunday, October 17, 2010

KELEBIHAN AIR ZAM-ZAM

Ahli sains Jepun mengakui setitik air zam-zam memiliki khasiat lebih dari seribu titik dari air biasa.Walaupun telah diolah dengan pelbagai cara dan dengan peralatan yang canggih tetapi tetap tidak dapat menandingi khasiat yang terdapat pada air zam-zam. Air zam-zam adalah berkhasiat, berkat, bersih dan Penawar paling mujarab anugerah Allah S.W.T

Telaga Zamzam ialah telaga biasa yang terletak di dalam Masjidil Haram diMakkah, hampir dengan Kaabah, tempat paling suci dalam Islam.

Telaga zam-zam merupakan satu-satunya sumber air bersih dari bawah tanah di Mekah satu ketika dahulu. Umat Islam sangat mengambil berat tentang air zamzam ini untuk air wuduk dan perubatan.

Adab Minum Air Zam-Zam

Bagaimanapun, tidak ramai yang tahu bahawa air zamzam mempunyai beberapa adab dan peraturan sebelum diminum. Hal ini dinyatakan Abdullah Abi Mulaikah. Katanya: "Seorang lelaki menemui Ibnu Abbas yang kemudian bertanya: "Tuan datang daripada mana?". Lelaki itu menjawab ringkas: "Saya baru lepas minum air zamzam." Saya bertanyakah perkara ini: "Adakah tuan minum mengikut dengan cara yang sepatutnya?.

Lelaki itu tidak menjawab sebaliknya bertanya hal berkenaan kepada Ibnu Abbas yang berkata: “Apabila minum air zamzam hendaklah kita menghadap kiblat, sebutkan nama Allah dan bernafas di dalam bijana kemudian baru teguk lagi. Bacalah pujian terhadap Allah selepas tamat segala urusan. Jelas sekali air zam-zam mempunyai nilai kepentingan yang tiada tolok bandingan.

molekul air zam-zam
indahnya..molekul air zam-zam

Saturday, October 16, 2010

Ucapan Bajet 2011 oleh Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan, Datuk Seri Najib Razak di Dewan Rakyat

SAYA mohon mencadangkan supaya Rang Undang-undang bertajuk 'Suatu Akta bagi menggunakan sejumlah wang daripada Kumpulan Wang Disatukan untuk perkhidmatan bagi tahun 2011 dan bagi memperuntukkan wang itu untuk perkhidmatan bagi tahun itu' dibaca bagi kali kedua.

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani, firmannya: “Dan carilah pada apa yang telah dianugerahkan Allah kepadamu yakni kebahagiaan negeri akhirat, dan janganlah kamu melupakan bahagianmu dari kenikmatan duniawi dan berbuat baiklah kepada orang lain seperti Allah telah berbuat baik kepadamu, dan janganlah kamu berbuat kerosakan di muka bumi”. - (Surah Al-Qasas, ayat 77)

Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran dan segala kepujian dipanjatkan ke hadrat Allah Subhanahu Wa Taala yang telah mengizinkan saya, membentangkan Bajet Negara bagi 2011. Sesungguhnya, ini bukan bajet yang lazim. Bajet ini amat bermakna sebagai helaian pembuka tirai kepada pusingan akhir ke arah Wawasan 2020 yang bakal menjelang kira-kira 3,365 hari atau 9 tahun 2 bulan dan 17 hari lagi.

Justeru, pada petang Jumaat yang mulia ini, penghulu segala hari, saya akan meletak bata-bata pengmuktamad serta memahat paku-paku pelengkap sekali gus menaikkan layar Bahtera Malaysia menuju ufuk negara maju. Hakikatnya, sejak 18 bulan lalu kerajaan telah mempersiapsiagakan ceracak yang kukuh sebagai asas lonjakan seterusnya kepada perjalanan Malaysia menjadi negara maju berpendapatan tinggi.

Sesungguhnya, bajet ini digubal dengan penuh keazaman untuk mendokong perubahan besar kepada kemajuan negara dan kesejahteraan rakyat. Proses transformasi ini dilaksanakan secara holistik meliputi aspek ekonomi, sosial dan politik.
Bajet 2011 mendakap semangat dan realiti pentadbiran terkini yang mengangkat Konsep 1Malaysia sebagai falsafah induk yang memandu hala tuju negara. Pelan Transformasi Kerajaan atau GTP dan Pelan Transformasi Ekonomi yakni ETP pula menjadi Peta Panduan. Enam NKRA, Model Baru Ekonomi dengan lapan terasnya pula membentuk Kerangka Kerja kepada arah tuju tersebut. Seterusnya, perinciannya sedang dan akan diterjemah melalui Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMKe-10) dan Rancangan Malaysia Kesebelas.

Sememangnya, seperti yang saya sering utarakan, era kerajaan tahu segalanya sudahpun berakhir. Lantaran, dalam menggubal bajet ini, kerajaan telah merundingi dan mengambil kira pandangan pelbagai pihak terdiri daripada sektor awam, sektor swasta, focus group, sumbangan media massa, cadangan blog 1Malaysia serta sesi makmal.

Dengan demikian, saya ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat. Inilah kekuatan 1Malaysia, inilah berkat gabungan percambahan idea dan gandingan usaha gigih yang telah dicurahkan. Hati kuman sama dicicah, hati gajah sama dilapah.

Insya-Allah saya yakin kita akan dapat menangani pelbagai cabaran dan rintangan yang dihadapi. Bahkan, lebih daripada itu, bersama-sama kita pasti mampu keluar dari perangkap ekonomi berpendapatan sederhana serta melonjak ke tahap pembangunan yang jauh lebih tinggi.

Alhamdulillah, negara kita berjaya pulih daripada kemelesetan ekonomi dunia berikutan daripada langkah proaktif yang diambil oleh kerajaan dan pelaksanaan dua Pakej Rangsangan Ekonomi berjumlah RM67 bilion. Kejayaan langkah ini, terbukti dengan Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) berkembang pada 9.5 peratus bagi tempoh separuh pertama 2010, berbanding -5 peratus bagi tempoh sama tahun lalu. Prestasi ekonomi dunia, turut dijangka kembali pulih pada kadar 4.8 peratus berbanding -0.6 peratus pada 2009. Begitu juga dengan perdagangan antarabangsa, berkembang 11.4 peratus berbanding -11 peratus pada 2009.

Sementara di peringkat domestik, penunjuk utama turut mempamerkan pertumbuhan ekonomi kekal kukuh. Indeks Komposit Bursa Malaysia pula melonjak kepada 1,496 mata pada 14 Oktober 2010, antara tertinggi sejak Februari 2008. Hasil eksport juga memberangsangkan bagi tempoh lapan bulan pertama 2010, ia meningkat sebanyak 22 peratus dan import 28 peratus, khususnya, import barangan modal meningkat sebanyak 18 peratus.

Swasta perlu jadi penjana utama pertumbuhan

Kedudukan ringgit pula, semakin kukuh dengan kadar pertukaran bagi sedolar Amerika mencecah 3.0833 pada 14 Oktober 2010. Peningkatan 11 peratus sejak 31 Disember 2009, menjadikan ringgit antara mata wang yang paling teguh di rantau ini. Rizab antarabangsa negara kekal padu, berjumlah RM310.8 bilion atau AS$100.7 bilion pada 30 September 2010. Ia mampu membiayai 8.5 bulan import tertangguh dan 4.3 kali lebih tinggi daripada hutang luar jangka pendek negara.

Dengan perkembangan positif ini, kerajaan telah menyemak semula kadar pertumbuhan ekonomi negara bagi 2010 kepada 7 peratus, berbanding 6 peratus sebelum ini. Ia, jauh lebih tinggi berbanding -1.7 peratus pada 2009. Prestasi memberangsangkan ini, akan diupaya oleh peningkatan pengeluaran sektor pembuatan yang berkembang pada 10.8 peratus, perkhidmatan 6.5 peratus dan pembinaan 4.9 peratus, manakala perbelanjaan pelaburan dan penggunaan swasta, masing-masing 15.2 peratus dan 6.7 peratus serta eksport 11.6 peratus.

Bagi 2011, pertumbuhan ekonomi dan perdagangan dunia dijangka sederhana sebanyak 4.2 peratus dan 7 peratus. Selaras dengan itu, pertumbuhan ekonomi negara dijangka meningkat pada kadar 5 hingga 6 peratus. Walau bagaimanapun, kerajaan akan berusaha sedaya mungkin, untuk mencapai pertumbuhan 6 peratus. Pertumbuhan ini akan didorong oleh pelaburan swasta sebanyak 10.2 peratus, penggunaan swasta 6.3 peratus dan eksport 6.7 peratus. Sektor pembuatan pula kekal menerajui pertumbuhan, berkembang 6.7 peratus dan perkhidmatan 5.3 peratus.

Pendapatan perkapita bertambah 6.1 peratus kepada RM28,000. Pendapatan perkapita mengikut kuasa beli pariti meningkat kepada AS$16,000 . Unjuran ini mengambil kira paras inflasi yang sederhana pada 2 hingga 3 peratus dan kadar pengangguran kekal rendah pada 3.5 peratus.

Tuan Yang di-Pertua,

Menyongsong strategi Bajet 2011 demi mencapai status negara maju yang diaspirasikan, kita tidak boleh lagi terpenjara dengan kelaziman. Kita mesti menerjang keluar dari belenggu pemikiran dan cara kerja yang biasa. Pucuk pangkalnya, kejayaan menuntut kepada perubahan dan pembaharuan. Ia tidak boleh lagi berdikit-dikit tetapi menghambat lonjakan mega. Ternyata, apa yang dihadapkan kepada kita sangat jelas. Perubahan bukan lagi satu opsyen. Ia satu imperatif. Berubah atau kita akan ketinggalan.

Hatta, tawarikh menyaksikan, kita sudah melakukan perubahan dan pembaharuan, kita berjaya mentransformasikan Malaysia daripada negara pertanian hingga menjadi antara negara pengeksport terbesar di dunia. Dari itu, cabaran generasi kepemimpinan hari ini adalah untuk membuat lonjakan seterusnya. Ia bukanlah satu kemustahilan. Dengan perancangan yang rapi seperti ini dan strategi yang jelas, mudah-mudahan kita akan berjaya.

Dalam pada itu, pola perdagangan luar semakin mencabar, manakala saingan menarik modal antarabangsa kian sengit. Tambahan lagi, persekitaran ekonomi global kini, pantas bertukar. Dalam keadaan ini, sektor swasta perlu menyahut cabaran untuk menjadi peneraju pertumbuhan ekonomi yang lebih dinamik, kreatif dan inovatif. Mereka perlu lebih berani mengambil risiko, dan berani, merebut peluang yang ada. Yang pentingnya, Kerajaan akan menyediakan ekosistem yang terbaik bagi memastikan perkara ini boleh diterjemahkan.

Justeru, bajet ini akan memberi tumpuan kepada usaha mentransformasi Malaysia, menjadi negara maju berpendapatan tinggi, berpembangunan inklusif dengan pertumbuhan mapan diterajui sektor swasta serta mendahulukan kesejahteraan rakyat. Bertemakan “Transformasi Ke Arah Negara Maju Berpendapatan Tinggi”, Bajet 2011, ini akan menumpu kepada empat strategi utama berikut:

Pertama: Mendaya Kembali Pelaburan Swasta;

Kedua: Membangunkan Modal Insan;

Ketiga: Mensejahterakan Hidup Rakyat; dan

Keempat: Memantapkan Penyampaian Perkhidmatan Awam

Strategi pertama adalah mendaya kembali pelaburan swasta. Hari ini, kita dapati Kerajaan memainkan peranan yang signifikan dalam menjana ekonomi negara. Corak pertumbuhan ini berlaku ekoran krisis kewangan 1997/1998. Sudah tiba masanya sektor swasta kembali bertindak sebagai enjin pertumbuhan seperti mana prakegawatan. Sehubungan itu, kerajaan telah membuat pengumuman dan percaturan supaya RMKe-10 yang bermula pada 2011 mengetengahkan lagi peranan sektor swasta. Pada 2011, kerajaan menganggarkan jumlah nilai semasa pelaburan swasta akan berkembang 12.5 peratus kepada sebanyak RM86 bilion. Di samping itu, pelaksanaan 12 National Key Economic Area (NKEA) dijangka menjana pelaburan bernilai lebih RM1.3 trilion atau AS$444 bilion dan mewujudkan 3.3 juta peluang pekerjaan sepanjang tempoh pelaksanaannya. Daripada jumlah ini, 92 peratus akan dibiayai oleh sektor swasta dan bakinya oleh kerajaan.

Dalam konteks ini, kerajaan akan mempergiatkan lagi inisiatif Projek Perkongsian Awam-Swasta atau PPP bertujuan meningkatkan penyertaan sektor swasta dalam kegiatan ekonomi. Pelaksanaan projek PPP dengan peruntukan kerajaan disediakan sebagai tipping point untuk membangunkan infrastruktur sokongan bagi membolehkan projek yang diterajui sektor swasta menjadi lebih berdaya maju. Sehubungan itu, beberapa projek PPP telah dikenal pasti dalam RMKe-10 akan mula dilaksanakan pada tahun hadapan dengan kos pelaburan swasta RM12.5 bilion. Kerajaan pula akan menyediakan peruntukan sebanyak RM1 bilion daripada Dana Mudahcara. Antara projek PPP yang terbabit adalah:

Pertama: Pembinaan Lebuhraya seperti Lebuhraya Bertingkat Ampang-Cheras-Pandan, Lebuhraya Guthrie-Damansara, Lebuhraya Damansara-Petaling Jaya, Lebuhraya Pantai Barat Banting-Taiping, Lebuhraya Sungai Dua-Juru dan Lebuhraya Paroi-Senawang-KLIA;

Kedua: Pembinaan Loji Janakuasa Kitar Padu Gas 300 mega watt di Kimanis, Sabah bagi menambah kapasiti bekalan elektrik untuk memenuhi permintaan yang semakin meningkat; dan

Ketiga: Projek pembangunan kesihatan seperti Hospital Pengajian Universiti Islam Antarabangsa, Malaysia di Kuantan, Pahang, Hospital Wanita dan Kanak-kanak serta Kompleks Institut Penyelidikan Kesihatan Bersepadu, di Kuala Lumpur.

Sebuah lagi projek PPP yang dikenal pasti ialah Academic Medical Centre. Projek ini adalah usaha sama antara Academic Medical Centre Sdn. Bhd. dengan Johns Hopkins Medicine International dan Royal College of Surgeons Ireland. Projek ini membabitkan pelaburan swasta sebanyak RM2 bilion.

Tuan Yang di-Pertua,

Mutakhir ini, kita telah mula menyaksikan kembalinya peranan sektor swasta dalam ekonomi melalui beberapa projek strategik berimpak tinggi. Contohnya, 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dengan kerjasama Mubadala Development Company (Mubadala), syarikat pelaburan Kerajaan Abu Dhabi telah bersetuju membangunkan Daerah Kewangan Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIFD) bermula tahun hadapan dengan nilai anggaran sebanyak RM26 bilion. KLIFD akan menempatkan secara bersepadu, bank utama antarabangsa dan firma perkhidmatan kewangan profesional termasuklah pakar syariah. Apa yang mustahak adalah, pembangunan strategik sebegini akan terus menempatkan Malaysia sebagai hab kewangan Islam terulung di dunia. Kerajaan bersedia untuk menimbangkan pakej insentif yang menarik sebagai galakan untuk mereka yang melabur di KLIFD kelak.

Seterusnya, transit aliran berkapasiti tinggi (MRT) di Greater KL (Lembah Klang) akan dilaksanakan mulai tahun hadapan. Projek ini dengan anggaran kos pelaburan swasta kira-kira RM40 bilion dijangka siap sepenuhnya menjelang 2020 akan menambah kadar kepenggunaan pengangkutan awam sekurang-kurangnya 40 peratus. Projek MRT dijangka menyediakan pengangkutan awam yang efisien dan selesa serta pengguna dapat menuju ke destinasi dengan pantas. Sistem MRT ini juga akan memperhebatkan jaringan hubungan di Lembah Klang dan diintegrasikan dengan mod pengangkutan yang lain seperti bas dan teksi.

Sebuah lagi projek utama yang akan dilaksanakan adalah pembangunan tanah Lembaga Getah Malaysia di Sungai Buloh seluas 2,680 ekar. Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) akan melaksanakan pembangunan bercampur membabitkan kediaman mampu milik, perdagangan, industri serta kemudahan prasarana. Keseluruhan pembangunan ini, dianggarkan bernilai RM10 bilion, dan dijangka siap sepenuhnya menjelang 2025.

Di sudut yang lain, kita berasa sungguh berbangga, bahawa, ke mana saja kita pergi, semua orang mengetahui mengenai Menara Berkembar Petronas yang menjadi ikon negara. Ia adalah satu monumen kepada semangat Malaysia Boleh. Hakikatnya, kekuatan negara adalah adunan dan bauran sejarah kelmarin dan harapan hari esok. Jadi, sebagai satu lagi mercu tanda kebanggaan negara menjelang 2020, Permodalan Nasional Berhad akan mula membangunkan projek bersepadu yang dinamakan Warisan Merdeka. Ia akan mengekalkan Stadium Merdeka, Stadium Negara dan pembinaan sebuah menara 100 tingkat yang tertinggi di Malaysia. Keseluruhan projek ini bernilai RM5 bilion, di mana, menaranya dijangka akan siap pada 2015.

Bagi menyokong dasar liberalisasi kewangan negara, Kerajaan akan terus berusaha mencergaskan lagi pasaran modal domestik dengan mengambil langkah berani, terutama mempelbagaikan produk pelaburan, meliberalisasi syarat pegangan ekuiti dan had pelaburan, menyediakan insentif yang lebih menarik serta meningkatkan kerjasama dengan bursa asing. Oleh itu, langkah berikut akan dilaksanakan:

Pertama: Syarikat Pelaburan Berkaitan Kerajaan (GLIC) akan mengurangkan pegangan saham dalam syarikat utama di Bursa Malaysia untuk meningkatkan kecairan dan halaju dagangan pasaran;

Kedua: GLIC akan dibenar meningkatkan pelaburan di luar negara bagi menerokai peluang pulangan pelaburan yang lebih baik. Sebagai contoh, KWSP yang mempunyai pelaburan antarabangsa sebanyak 7 peratus, akan ditingkatkan sehingga 20 peratus daripada jumlah aset diuruskan;

Ketiga: Penyenaraian anak syarikat Petronas dan MISC, iaitu Petronas Chemical Sendirian Berhad dan Malaysia Marine and Heavy Engineering Holdings Berhad akan menawarkan pegangan awam yang lebih tinggi pada tahun ini;

Keempat: Bursa Malaysia akan melancarkan sukuk dan bon konvensional untuk memenuhi permintaan pelabur runcit terhadap pelaburan pendapatan tetap untuk meningkatkan kerancakan pasaran bon;

Kelima: Suruhanjaya Sekuriti akan menawarkan tiga lesen syarikat broker saham baru kepada syarikat tempatan, asing atau usaha sama yang layak, untuk meningkatkan penyertaan pasaran runcit;

Keenam: Suruhanjaya Sekuriti akan menambahkan bilangan Proprietary Day Traders yang beroperasi di pasaran; dan

Ketujuh: Suruhanjaya Sekuriti juga akan mempermudahkan proses dan prosedur penyenaraian syarikat dan produk, terutamanya Dana Dagangan Bursa.

RM850 juta percepat pembangunan koridor, wilayah

Dalam nafas yang sama, pasaran modal Islam akan terus diunggulkan. Untuk tujuan ini, Bursa Malaysia akan membangunkan international board bagi membolehkan penyenaraian saham asing, termasuk produk patuh syariah.

Makanya, bagi terus menggalakkan inovasi dalam produk sekuriti Islam, Kerajaan mencadangkan perbelanjaan bagi menerbitkan sekuriti Islam yang menggunakan prinsip Murabahah dan Bai Bi-thaman Ajil berasaskan tawarruq diberi potongan cukai. Ini akan mengukuhkan kedudukan Malaysia sebagai pasaran sukuk utama dan mempromosi transaksi dalam Bursa Suq al-Sila, satu platform perniagaan komoditi patuh Syariah, yang pertama seumpamanya di dunia. Kerajaan juga mencadangkan sumbangan takaful bagi kredit eksport diberi potongan cukai dua kali.

Tuan Yang di-Pertua,

Dalam menggalakkan lagi inovasi menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi, modal teroka memainkan peranan penting terutama dalam sektor berteknologi tinggi seperti ICT, bioteknologi dan industri kreatif. Untuk tujuan ini, Kerajaan akan menyediakan Latihan Peningkatan Keusahawanan kepada 500 bakal teknopreneur dan menarik lebih ramai ‘angel investors’, kedua-duanya akan dikendalikan oleh Cradle Fund, sebuah anak syarikat Kementerian Kewangan. Manakala, Malaysian Technology Development Corporation (MTDC) pula akan diberi Dana Permulaan Perniagaan berjumlah 100 juta ringgit untuk memberi pembiayaan mudah dengan bayaran balik setelah syarikat menjana pendapatan. MTDC juga akan menganjurkan International Venture Capital Symposium pada tahun hadapan untuk memadan pemodal teroka asing dan tempatan bagi merancakkan lagi industri berteknologi tinggi.

Melangkah ke hadapan, sebagai penyertaan yang lebih bermakna dan mapan oleh golongan Bumiputera pula, Yayasan Amanah Hartanah Bumiputera akan memberi peluang kepada pemilikan Bumiputera dalam sektor hartanah komersial utama di bandar utama dalam negara. Bumiputera dapat melanggan dalam tabung pemilikan hartanah komersial kelas utama di Lembah Klang melalui skim pemilikan berkelompok. Untuk ini, Yayasan Amanah Hartanah Bumiputera akan melancarkan Skim Amanah Hartanah Bumiputera pada tahun ini dengan saiz bernilai RM1 bilion dan patuh syariah.

Untuk merancakkan lagi aktiviti pasaran modal, saya ingin mengumumkan kerajaan akan melancarkan Dana Pencen Swasta pada 2011. Dana ini akan memberi manfaat kepada pekerja sektor swasta dan mereka yang bekerja sendiri. Pelepasan cukai pendapatan sehingga RM6,000 sedia ada bagi caruman pekerja kepada KWSP diperluaskan untuk meliputi caruman yang dibuat kepada Dana Pencen Swasta termasuk caruman oleh mereka yang bekerja sendiri. Majikan juga akan diberi potongan cukai ke atas caruman yang dibuat bagi pihak pekerjanya. Ini akan memberikan pilihan kepada rakyat bagi melabur untuk hari tua mereka.

Industri Elektrik dan Elektronik (E&E) adalah penyumbang terbesar hasil eksport negara iaitu sebanyak 41 peratus atau RM228 bilion pada 2009. Namun begitu, industri E&E kita lebih tertumpu kepada aktiviti pemasangan. Kita sepatutnya menggunakan kelebihan pengalaman untuk mewujudkan syarikat E&E tempatan yang berdaya saing di peringkat antarabangsa. Oleh itu, sebanyak RM857 juta akan disediakan bagi syarikat tempatan yang melabur dalam aktiviti E&E bernilai tambah tinggi, terutama di Pulau Pinang dan Kulim High-Tech Park di Kedah.

Selain itu, industri minyak, gas dan tenaga adalah antara penyumbang utama kepada pendapatan ekonomi negara. Pada 2009, industri ini menyumbang 10.2 peratus kepada KDNK dengan pendapatan eksport bernilai RM56 bilion. Oleh kerana industri ini mempunyai potensi untuk dikembangkan lagi terutama aktiviti hiliran, kerajaan memperuntukkan sebanyak RM146 juta untuk sektor ini. Penubuhan Pusat Perkhidmatan dan Peralatan Minyak utama rantau Asia di Johor pula, membabitkan pelaburan swasta sebanyak RM6 bilion dalam tempoh 10 tahun. Bagi mengatasi kekangan bekalan gas pula, Petronas akan melaksanakan projek ‘regasification’ dengan kos pelaburan RM3 bilion di Melaka yang dijangka mula beroperasi pada 2012.

Tuan Yang di-Pertua,

Kerajaan komited untuk memajukan teknologi hijau bagi menjamin kelestarian pembangunan negara. Sehubungan itu, kerajaan terus menyediakan beberapa insentif:

Pertama: Taraf Perintis dan Elaun Cukai Pelaburan bagi aktiviti penjanaan tenaga daripada sumber yang boleh diperbaharui dan penjimatan tenaga dilanjutkan sehingga 31 Disember 2015;

Kedua: Pengecualian duti import dan cukai jualan ke atas peralatan penjanaan tenaga daripada sumber yang boleh diperbaharui dan penjimatan tenaga dilanjutkan sehingga 31 Disember 2012;

Ketiga: Pengecualian cukai ke atas pendapatan daripada perdagangan sijil Certified Emission Reductions (CERs) dilanjutkan sehingga tahun taksiran 2012; dan

Keempat: Pengecualian duti import sepenuhnya dan duti eksais 50 peratus telah diberi kepada pemegang francais kereta hibrid sehingga 31 Disember 2010. Bagi terus menggalakkan pemilikan kereta hibrid, pengecualian duti import dan duti eksais ini dilanjutkan sehingga 31 Disember 2011 dan sebagai galakan tambahan, duti eksais diberi pengecualian sepenuhnya. Galakan ini juga diperluaskan kepada kereta elektrik serta motosikal hibrid dan elektrik.

Malaysia juga komited, mengurangkan pengeluaran karbon intensiti bagi memulihara alam sekitar. Atas maksud ini, Kerajaan akan melaksanakan antara lain, Program Adunan Biobahan Api dengan Diesel Petroleum (Program B5) secara mandatori bermula di Putrajaya, Kuala Lumpur, Selangor, Negeri Sembilan dan Melaka pada Jun 2011. Kerajaan juga akan melaksanakan mekanisme Feed in Tariff, (FiT) di bawah Akta Tenaga Boleh Diperbaharui (RE) bagi membenarkan tenaga elektrik daripada sumber RE oleh pemaju bebas dan individu dijual kepada syarikat utiliti bekalan elektrik.

Dalam menyuburkan sektor pertanian, kerajaan memperuntukkan RM3.8 bilion bagi 2011 supaya menjadi lebih produktif dan menjana pulangan lumayan. Antara tindakan yang akan diambil adalah:

Pertama: Membangunkan Zon Akuakultur Bersepadu dengan skala besar, di Pitas, Sungai Telaga dan Sungai Padas di Sabah serta di Batang Ai dan Tanjung Manis di Sarawak yang menepati piawaian serta menghasilkan produk berkualiti dengan peruntukan RM252 juta;

Kedua: Sejumlah RM235 juta disediakan bagi meningkatkan produktiviti pengeluaran padi di Kawasan Pembangunan Pertanian Muda yakni MADA, Kedah dan kawasan lain dengan menaik taraf sistem pengairan dan penggunaan benih padi bermutu tinggi.

Ketiga: Menggalakkan petani menceburi bidang pertanian bernilai tinggi seperti industri sarang burung walit, akuakultur, rumpai laut, ikan hiasan, herba dan rempah ratus dengan menyediakan peruntukan berjumlah RM135 juta bagi penyediaan prasarana asas;

Keempat: Memperuntukkan RM80 juta bagi menjalin kerjasama di antara petani buah-buahan dan sayur-sayuran secara kecil-kecilan dengan syarikat peneraju;

Kelima: Menambah baik Kolej Pertanian di Kubang Pasu, Kedah dengan membina makmal diagnostik yang membabitkan peruntukan RM70 juta;

Keenam: Membina Pusat Penyelidikan Antarabangsa Tanaman Masa Hadapan di Semenyih, Selangor dengan peruntukan sebanyak RM15.7 juta, dan
Ketujuh: Melanjutkan galakan potongan cukai pendapatan bagi pelabur dan pengecualian cukai pendapatan bagi syarikat yang menjalankan aktiviti pengeluaran bahan makanan selama lima tahun lagi, sehingga 2015.

Merujuk pula industri pelancongan yang menjana hasil RM53 bilion pada 2009, ia berpotensi untuk mewujudkan lebih banyak peluang perniagaan dan pekerjaan serta meningkatkan lagi pendapatan negara. Berdasarkan Laporan United Nations World Tourism Organisation, pada 2009, Malaysia menduduki tangga ke-9 dari segi bilangan ketibaan pelancong. Usaha akan dipergiatkan lagi untuk menarik lebih ramai pelancong dengan menyediakan pakej dan produk pelancongan yang inovatif. Untuk ini, Kerajaan akan melaksanakan inisiatif seperti berikut:

Pertama: Memperuntukkan sebanyak RM85 juta untuk menyediakan kemudahan infrastruktur bagi membolehkan pembinaan hotel dan resort peranginan di kawasan pedalaman yang berpotensi menarik pelancong;

Kedua: Membina beberapa laluan pejalan kaki berbumbung di kawasan lingkaran KLCC-Bukit Bintang dengan peruntukan sebanyak RM50 juta;
Ketiga: Menyusun semula Jabatan Penerbangan Awam menjadi Lembaga Penerbangan Awam; dan

Keempat Nexus Karambunai, sebuah resort terkemuka di Sabah sudah komited untuk membangunkan resort bersepadu eco-nature yang pertama seumpamanya di dunia, bagi memanfaatkan kelebihan keindahan alam semula jadi, dan keunikan tersendiri di Karambunai, Sabah berjumlah RM3 bilion akan bermula tahun hadapan. Bagi menyokong industri pelancongan di Malaysia, kerajaan akan memperuntukkan RM100 juta.

Seterusnya, bagi menjadikan Malaysia destinasi utama membeli belah (shopping haven) di rantau Asia dengan menawarkan barangan berjenama pada harga yang kompetitif. Kerajaan mencadangkan supaya duti import ke atas kira-kira 300 barangan kegemaran pelancong dan rakyat tempatan, pada kadar 5 peratus sehingga 30 peratus dimansuhkan. Barangan ini merangkumi kegunaan harian seperti beg tangan, kasut, sut, baju kanak-kanak, dompet, pewarna rambut, bola golf, barang kemas tiruan, bedak talkum, syampu, langsir, alas meja, selimut, cadar, kemeja, baju tidur, pakaian dan pakaian malam, seluar dan seluar dalam serta wangi-wangian, termasuklah kelambu.

Tuan Yang di-Pertua,

Pada masa kini, hasil eksport minyak sawit mentah berjumlah RM37 bilion, manakala produk berasaskan minyak sawit mencecah RM13 bilion pada 2009. Industri ini sebenarnya boleh diperkembangkan lagi di peringkat hiliran untuk menjana pendapatan lebih besar kepada pengusaha estet dan pekebun kecil. Dalam usaha memangkin industri minyak sawit dan produk berkaitan, beberapa langkah akan dilaksanakan:

Pertama: Meningkatkan produktiviti dengan menggalakkan penanaman semula pokok sawit lama dengan klon baru bermutu tinggi dengan dana sebanyak RM297 juta; dan

Kedua: Sejumlah RM127 juta diagihkan bagi menyokong syarikat oleo derivatives tempatan serta sejumlah RM23 juta lagi untuk mengembangkan industri hiliran minyak sawit, termasuk pengeluaran vitamin.

Pembangunan Koridor Multimedia akan memasuki fasa ketiga, bermula tahun hadapan. Tumpuan diberikan kepada penjanaan ekonomi digital yang inovatif bagi mencapai sasaran negara berpendapatan tinggi. Dalam meningkatkan potensi industri teknologi maklumat ICT, program MY Creative Content akan dilaksana bagi menggalakkan pembangunan penciptaan kandungan tempatan, hosting kandungan tempatan dan pembukaan saluran baru untuk kandungan. Program ini membabitkan peruntukan sebanyak RM119 juta.

Kerajaan, akan juga melanjutkan tempoh galakan elaun pelaburan kepada penyedia kemudahan sambungan terakhir perkhidmatan jalur lebar, dan juga melanjutkan pengecualian duti import dan cukai jualan ke atas peralatan jalur lebar selama dua tahun sehingga 2012.

Pada masa ini, telefon bimbit biasa dikenakan cukai jualan 10 peratus manakala telefon bimbit yang mempunyai pelbagai aplikasi seperti internet dan personal digital assistant (PDA) dikecualikan cukai jualan. Bagi tujuan penyelarasan, kerajaan mencadangkan, cukai jualan, dikecualikan, ke atas semua jenis telefon bimbit.

Kerajaan akan terus menggalakkan sektor perkhidmatan perniagaan sejajar dengan peningkatan permintaan untuk membaik pulih dan menyelenggara kapal terbang serta helikopter. Kawasan Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah, Subang akan dibangunkan sebagai pusat penyelenggaraan dan membaik pulih kapal terbang serta mengadakan latihan khusus untuk melahirkan pakar dalam bidang tersebut. Kerajaan, akan menyediakan sejumlah RM91 juta untuk pembangunan modal insan dalam industri perkhidmatan penyelenggaraan, baik pulih dan rombak rawat atau MRO, program latihan kejuruteraan aerospace dan aeronautical serta promosi perkhidmatan penyumberan luar perniagaan.

Pembangunan koridor dan wilayah akan dipercepatkan dengan memberi tumpuan kepada sebilangan kluster yang mempunyai kelebihan dari segi pengkhususan dan geografi. Usaha membangunkan kawasan koridor akan berfokus kepada projek usaha sama antara pelabur luar dan tempatan serta industri yang mempunyai kelebihan daya saing dan berimpak tinggi dengan bajet RM850 juta bagi menyediakan infrastruktur sokongan.

Di Iskandar Malaysia, sejumlah RM339 juta disediakan oleh kerajaan, antaranya membina lebuh raya, memajukan kawasan perumahan serta menyedia dan memperbaiki perkhidmatan pengangkutan awam. Manakala, pelaburan komited oleh pihak swasta di wilayah ini sehingga Jun 2010, berjumlah RM62 bilion, melepasi sasaran RM47 bilion. Jumlah yang telah dilaburkan sehingga Jun 2010 ialah RM25 bilion. Projek yang dijangka siap dalam tahun 2011 adalah Newcastle University Medicine Malaysia, Chelsea Factory Outlet serta Legoland dan Marlborough College pada 2012.

Bagi Wilayah Ekonomi Koridor Utara pula, diperuntukkan RM133 juta, antaranya untuk membangun Pusat Pemprosesan Hasil Pertanian, Infrastruktur Pelancongan dan Pusat Inkubator Bioteknologi. Di Wilayah Ekonomi Pantai Timur, peruntukan RM178 juta disediakan antaranya bagi melaksanakan projek Taman Industri, Loji Rawatan Air, pembangunan kawasan pelancongan serta kawasan bekas Lembaga Kemajuan Pahang Tenggara dan Lembaga Kemajuan Wilayah Jengka.

Bagi wilayah SCORE, sejumlah RM93 juta disediakan untuk projek kemudahan telekomunikasi, bekalan air, lapangan terbang, jalan raya serta taman industri makanan halal. Manakala, bagi Koridor Pembangunan Sabah, diperuntukkan RM110 juta, antaranya untuk projek kelompok industri kelapa sawit, agro-industrial presint dan pusat penternakan bersepadu.

Selanjutnya, untuk melonjak ekonomi ke arah sebuah negara berpendapatan tinggi, aktiviti penyelidikan, pembangunan dan pengkomersialan (R&D&C) akan dijadikan landasan peningkatan aktiviti nilai ditambah dalam setiap bidang ekonomi dengan bajet sebanyak RM411 juta.

Kerajaan juga telah menubuhkan Unit Inovasi Khas (UNIK) di bawah Jabatan Perdana Menteri sebagai pusat sehenti untuk merangka dasar dan strategi bagi menyediakan ekosistem kondusif. Satu Akta akan digubal untuk membolehkan UNIK mengkomersialkan hasil penemuan R&D oleh universiti dan institusi penyelidikan. Beberapa program dan aktiviti akan dirangka untuk meningkatkan inovasi, penciptaan produk baru dan pengkomersialan. Bagi 2011, UNIK diperuntukkan sebanyak RM71 juta.

Tuan Yang di-Pertua,

Tentu ramai yang tahu, ketika krisis ekonomi melanda, ada usahawan dan individu menghadapi masalah kewangan dan ada di antara mereka diisytiharkan bankrap. Mereka telah disenarai hitam dan tidak dapat berniaga atau membuat pinjaman. Untuk memberi peluang kedua, Akta Insolvensi baru akan menyatukan Akta Kebankrapan 1967 dan Bahagian 10 Akta Syarikat 1965, termasuk memperkenalkan peruntukan berkenaan mekanisme penyelamat bagi syarikat dan individu bermasalah kewangan yang membabitkan perubahan had minimum kebankrapan pada masa ini berjumlah RM30,000. Industri kreatif mempunyai potensi besar untuk dimajukan lagi bagi menjana pendapatan negara. Industri ini meliputi animasi, pengiklanan, perfileman, seni reka fesyen, kraf dan warisan budaya. Untuk memanfaatkan potensi industri ini, Kerajaan akan membangunkan dasar industri kreatif secara bersepadu. Sejumlah RM200 juta disediakan untuk perolehan hasil kreatif seperti filem, drama dan dokumentari keluaran tempatan yang berkualiti tinggi.

Sementelahan itu, kedudukan kewangan yang kukuh adalah penting bagi menjamin kesejahteraan masa hadapan negara. Bagi mencapai matlamat ini, kerajaan mencadangkan agar kadar cukai perkhidmatan dinaikkan hanya satu peratus kepada enam peratus. Kerajaan percaya langkah kenaikan yang kecil ini tidak membebankan kerana rakyat mempunyai pilihan untuk mendapat perkhidmatan yang tidak dikenakan cukai perkhidmatan. Malah, nilai jualan tahunan (threshold) bagi perkhidmatan sedia ada masih lagi dikekalkan. Seiring dengan hala tuju ini, Kerajaan juga mencadangkan cukai perkhidmatan dikenakan ke atas perkhidmatan penyiaran TV berbayar.

Kerajaan akan meneruskan usaha untuk memperkukuhkan kedudukan kewangan negara dengan memantapkan kutipan hasil dan memastikan perbelanjaan secara berhemat. Ini termasuklah menekankan nilai untuk wang (value-for-money) dan pengurusan nilai (value management) secara menyeluruh. Sebagai contoh, langkah yang diambil termasuklah tender terbuka, tender terhad dan peraduan reka bentuk yang terbaik untuk hospital Kerajaan. Bagi memantapkan kutipan hasil, Kerajaan akan memperkukuhkan lagi sistem kutipan cukai dengan meningkatkan penguatkuasaan dan pengauditan serta memperluaskan liputan ke atas semua pihak yang sepatutnya membayar cukai.

Strategi kedua adalah membangunkan modal insan. Aset negara yang paling penting bagi sesebuah negara adalah modal insannya. Telah terbukti bahawa negara yang tidak mempunyai sumber asli tetapi bijak mengurus modal insan akan mencapai kejayaan lebih baik dari negara yang semata-mata bergantung kepada sumber aslinya. Malaysia tidak mampu terperangkap dengan ketagihan sumber asli yang bersifat boleh pupus. Syukur, kita telah berjaya mengurus sumber asli kita dengan baik tetapi kita juga berkewajipan merancang pembangunan modal insan secara lestari, jika tidak, kita tidak akan mampu mengoptimumkan potensi nasional.

Modal insan yang berkualiti, berkemahiran dan berpengetahuan, kreatif dan inovatif adalah prasyarat bagi mencapai status negara maju berpendapatan tinggi. Oleh itu, aspek pendidikan dan latihan akan disusun semula dan diperkukuhkan. Untuk tujuan ini, belanja mengurus diperuntukkan sebanyak RM29.3 bilion untuk Kementerian Pelajaran, RM10.2 bilion disediakan untuk Kementerian Pengajian Tinggi dan RM627 juta untuk Kementerian Sumber Manusia.

Sejak sekian lama, pendidikan anak-anak Malaysia adalah sesuatu yang dekat di hati saya. Justeru, kerajaan tidak akan berdikit dalam soal pendidikan anak-anak kita dan kita tidak akan berkompromi dengan kualiti sistemnya. Mereka mesti disediakan dengan segala kelebihan untuk bersaing menghadapi zaman yang penuh mencabar.

Menyedari hakikat inilah, bagi menambah bilangan tenaga kerja yang berbakat dan berkualiti di pasaran tempatan, kerajaan akan berusaha untuk menarik, memotivasi dan mengekalkan modal insan yang berkemahiran dari dalam dan luar negara. Justeru, kerajaan akan menubuhkan Talent Corporation di bawah Jabatan Perdana Menteri pada awal 2011. Talent Corp ini akan menggubal National Talent Blueprint dan membangunkan pangkalan data tenaga kerja berkepakaran serta menjalin kerjasama dengan jaringan bakat di seluruh dunia.

Sistem pendidikan negara akan dirombak dengan memberi penekanan kepada daya pemikiran, sahsiah diri, kreativiti, inovasi dan daya saing. Untuk Kementerian Pelajaran, peruntukan pembangunan sebanyak RM6.4 bilion disediakan bagi membina dan menaik taraf sekolah, asrama, kemudahan dan peralatan serta memartabatkan profesion guru. Di samping itu, sejumlah RM213 juta lagi dibajet sebagai ganjaran kepada sekolah berprestasi tinggi serta imbuhan kepada pengetua atau guru besar dan guru cemerlang.

Tuan Yang Di-pertua,

Anak-anak itu fitrah, ibarat kain yang putih. Kerana itulah, pembangunan modal insan mesti bermula dari peringkat kanak-kanak supaya mereka dapat dipupuk dengan nilai murni dan disemai dengan ilmu pengetahuan. Bagi mencapai hasrat ini, kerajaan akan meningkatkan kadar enrolmen prasekolah dengan sasaran 72 peratus menjelang akhir 2011 melalui penambahan 1,700 kelas, pemantapan kurikulum serta pelantikan 800 guru prasekolah lepasan Ijazah.

Kerajaan juga memperuntukkan RM111 juta untuk program PERMATA, antaranya bagi pembinaan Fasa II Kompleks Sekolah PERMATA Pintar, membina 32 Pusat Anak PERMATA Negara (PAPN) dan membiayai operasi 52 PAPN yang telah siap serta meneruskan program PERMATA Pintar, Seni, Insan dan Remaja.

Setiap anak Malaysia juga tidak kira apapun latar kaum, adalah aset nasional dan warisan masa depan negara. Bidang pendidikan haruslah bersifat lampau politik. Menjunjung maksud ini, kerajaan telah menyediakan peruntukan pembangunan sebanyak RM250 juta untuk sekolah bantuan modal agama, sekolah bantuan modal jenis kebangsaan Cina, sekolah kebangsaan Tamil, sekolah bantuan modal mubaligh dan sekolah bantuan Kerajaan seluruh negara.

Program Latihan 1Malaysia perkasakan modal insan

Sebagai mengiktiraf pendidikan Islam pula, kerajaan bersetuju untuk membiayai bantuan perkapita untuk sekolah agama rakyat rendah dan menengah dengan peruntukan sebanyak RM95 juta.

Selanjutnya, bagi menyediakan guru serta tenaga pengajar kompeten dan berkualiti yang dapat membimbing dan mendidik pelajar sekolah dengan sebaiknya, kerajaan telah menyediakan RM576 juta dalam bentuk biasiswa kepada mereka yang ingin melanjutkan pengajian.

Sejumlah RM213 juta pula diperuntukkan bagi mengangkat tinggi penguasaan Bahasa Malaysia, mempersadakan Bahasa Inggeris dan memperkemaskan Kurikulum Standard Sekolah Rendah. Sehubungan ini, kerajaan bersetuju untuk mengambil 375 guru penutur jati antaranya daripada United Kingdom dan Australia untuk meningkatkan lagi pengajaran Bahasa Inggeris.

Memperkasa institusi pengajian tinggi bertaraf dunia adalah agenda utama Kerajaan kerana sumbangannya yang signifikan kepada kemajuan sosioekonomi negara. Langkah berikut akan dilaksanakan:

Pertama: Menambah peratusan staf akademik berkelulusan PhD kepada 75 peratus bagi universiti penyelidikan dan 60 peratus bagi IPTA lain dengan peruntukan sebanyak RM20 juta, dan

Kedua: Menambah baik peluang kenaikan pangkat pensyarah di IPTA di mana pensyarah boleh dipertimbangkan kenaikan pangkat ke peringkat tertinggi Gred Turus III,II dan I serta dianugerahkan sebagai Profesor Ulung tanpa memegang jawatan pentadbiran.

Berkaitan itu, kerajaan menyediakan RM60 juta bagi mempergiatkan lagi Program Industrial Skill Enhancement Programme di Pusat Latihan Kemahiran Negeri. Program ini akan meningkatkan kemahiran graduan kejuruteraan dan pekerja teknikal selaras dengan keperluan pasaran. Di samping itu, sejumlah RM220 juta turut disediakan bagi memastikan siswazah jurusan lain dapat mengembang kompetensi dan kebolehpasaran mereka. Antaranya, melalui Program Pentauliahan Profesional, Pembangunan Sukan, Pembangunan Keusahawanan dan Skim Pengurusan Kebolehpasaran Siswazah. Selain itu, kerajaan juga akan menyediakan peruntukan sebanyak RM50 juta kepada Multimedia Development Corporation untuk melatih graduan dalam bidang ICT supaya dapat meningkatkan kebolehpasaran dan memenuhi keperluan industri ICT.

Golongan bukan siswazah seperti lepasan sekolah, belia dan pekerja, juga, diberi perhatian oleh kerajaan, memandangkan tenaga mereka diperlukan, terutama oleh industri dalam bidang teknikal. Untuk itu, sejumlah RM474 juta diagihkan bagi meningkatkan produktiviti dan kemahiran di bawah pelbagai institusi latihan.

Seperkara yang penting, negara memerlukan modal insan yang sentiasa menambah ilmu pengetahuan melalui peningkatan kemahiran dan mempelajari kemahiran baru (upskilling and reskilling). Sehubungan itu, sukacita saya mengumumkan Program Latihan 1Malaysia (1Malaysia Training Programme) yang akan dilaksanakan mulai Januari 2011 dengan peruntukan sebanyak RM500 juta.

Tuan Yang Di-pertua,

Program latihan ini mempunyai tiga komponen. Pertama, sebanyak RM200 juta untuk menjalankan latihan sambilan di sebelah malam dan di hujung minggu, di pusat latihan terpilih, di seluruh negara. Ia akan dikendalikan oleh Kolej Komuniti, Institut Kemahiran Belia Negara, Pusat Giat Mara dan Institut Latihan Perindustrian dengan kemudahan sedia ada. Antara kursus yang ditawarkan pada sebelah malam adalah kursus Bahasa Melayu, Bahasa Mandarin, Bahasa Tamil, Bahasa Inggeris, Bahasa Arab dan kelas muzik. Manakala, di hujung minggu kursus berbentuk kemahiran dan teknikal akan dilaksanakan termasuk bakeri, menjahit, spa, mekanik, elektrik dan kimpalan.

Kedua, Program Latihan 1Malaysia juga meliputi peruntukan RM200 juta dari Tabung Pembangunan Sumber Manusia yang membolehkan syarikat membiayai program latihan khusus bagi pekerja mereka. Ketiga, Kementerian Sumber Manusia juga menyediakan RM100 juta untuk membolehkan pekerja meningkatkan kemahiran dalam pelbagai bidang teknikal.

Selaras dengan peningkatan produktiviti, golongan pekerja seharusnya mendapat upah dan ganjaran yang lebih tinggi untuk menampung kos sara hidup yang semakin meningkat. Sukacita saya mengumumkan, penubuhan Majlis Konsultasi Gaji Negara untuk menjadi platform utama dalam penetapan upah. Majlis ini yang akan diwakili oleh majikan, kesatuan pekerja, kumpulan pekerja tanpa persatuan, agensi Kerajaan, akademia, NGO dan individu. Sekretariat bagi majlis ini adalah Kementerian Sumber Manusia.

Kadar dan mekanisme penetapan gaji minimum akan ditentukan oleh Majlis Konsultasi Gaji Negara. Contohnya, pada masa ini, gaji pokok permulaan posmen telah dinaikkan kepada RM710 sebulan pada 1 Julai 2010 berbanding RM610. Dengan kenaikan ini, upah keseluruhan posmen meningkat daripada RM1,035 sebulan kepada RM1,285, termasuk elaun tetap. Bagi pengawal keselamatan pula, kerajaan akan menguat kuasa gaji pokok minimum kepada RM500 hingga RM700 sebulan mengikut kawasan berbanding RM300 hingga RM400 pada masa ini. Dengan kenaikan ini, pendapatan keseluruhan pengawal keselamatan, termasuk elaun adalah melebihi RM1,000 sebulan. Kenaikan ini berkuat kuasa mulai Januari 2011.

Selain itu, kerajaan akan meneruskan langkah pengurangan bilangan pekerja asing dengan menaikkan levi secara berperingkat mengikut sektor. Pada masa yang sama, majikan akan diwajibkan untuk memperoleh insurans kesihatan bagi pengambilan pekerja asing mereka.

Tuan Yang Di-pertua,

Wanita yang membentuk separuh penduduk Malaysia adalah nadi keluarga dan pembangunan negara. Oleh sebab itu, kerajaan mengiktiraf peranan yang dimainkan oleh wanita apabila negara bergerak menuju kemajuan. Bagi meningkatkan penyertaan wanita dalam bidang keusahawanan, kerajaan memperuntukkan RM30 juta, antaranya memperkenalkan Program Inkubator Kemahiran Ibu Tunggal dan mengadakan Anugerah Perdana Usahawan dan Tokoh Aktivis Wanita bersempena Hari Wanita mulai 2011.

Demi menggalakkan penyertaan lebih ramai wanita sebagai pekerja separuh masa, kerajaan telah menguatkuasakan Peraturan-Peraturan Kerja (Pekerja Separa Masa) 2010 mulai 1 Oktober 2010. Lantas, saya menyeru pihak swasta dapat mengambil pekerja separuh masa wanita, terutama mereka yang telah berumah tangga. Kerajaan juga akan melaksanakan program perintis Small Office Home Office untuk wanita kurang upaya selama 3 bulan bagi melatih wanita OKU dalam pelbagai bidang kemahiran.

Laginya, bagi membantu golongan wanita yang tidak berkemampuan, mendapat perkhidmatan pengasuhan dan pendidikan awal yang berkualiti bagi anak-anak mereka, Kerajaan akan menyedia dan menjenamakan semula 40 buah TASKA 1Malaysia, dikendalikan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat.

Sememangnya pun, kerajaan sungguh mengambil berat dengan kerjaya dan kebajikan penjawat awam wanita. Mereka juga perlu memberi tumpuan kepada penjagaan keluarga, terutama anak yang baru dilahirkan. Bagi menambah baik kemudahan cuti bersalin kepada penjawat awam wanita, kerajaan memberi fleksibiliti untuk menentukan sendiri tempoh cuti bersalin bergaji penuh tidak melebihi 90 hari berbanding 60 hari pada masa ini. Kemudahan itu adalah tertakluk kepada kelayakan keseluruhan bilangan cuti bersalin sebanyak 300 hari sepanjang tempoh perkhidmatan.

Dari semasa ke semasa, kerajaan telah merintis jalan dan membuka peluang kepada wanita berkelayakan memegang jawatan di peringkat tertinggi dalam perkhidmatan awam. Pada akhir 2009, wanita yang memegang Jawatan Utama Sektor Awam telah mencapai tahap 30.5 peratus. Justeru, saya ingin menyeru pihak swasta memberi peluang kepada lebih ramai wanita menjawat jawatan di peringkat pembuat keputusan, khususnya sebagai Ahli Lembaga Pengarah dan Ketua Pegawai Eksekutif.

Kerajaan akan terus menggalakkan pembangunan dan penyelidikan sukan, memperbanyakkan penganjuran sukan antarabangsa, menyediakan kemudahan dan kepakaran untuk melahirkan atlit yang berdaya saing dan membangunkan sukan berprestasi tinggi. Untuk pembangunan dan mengurus aktiviti sukan, sebanyak RM365 juta disediakan kepada Kementerian Belia dan Sukan. Selain itu, bagi memajukan sukan bola sepak, kerajaan akan menubuhkan Akademi Bola Sepak, di Pahang, dengan peruntukan RM20 juta, bagi melahirkan pemain bola sepak yang berkualiti dan berkemahiran tinggi.

Bercakap mengenai sukan, saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan syabas kepada semua atlit negara yang telah menyertai Sukan Komanwel Ke-19 di New Delhi. Saya mengucapkan tahniah kepada pemenang pingat yang telah mengharumkan nama negara di peringkat antarabangsa yang telah melepasi sasaran 10 emas dengan menggondol 12 pingat emas. Untuk makluman semua, pencapaian pingat di temasya kali ini menyaksikan rekod rangkulan emas terbaik negara dalam penyertaan Sukan Komanwel.

Tuan Yang Di-pertua,

Strategi ketiga adalah mensejahterakan hidup rakyat. Sudah lumrahnya, tugas dan tanggungjawab utama Kerajaan adalah untuk memartabatkan kehidupan rakyat. Status negara maju tidak akan bermakna jika kualiti hidup rakyatnya merosot. Pokoknya, dalam usaha kita menjadi sebuah negara maju berpendapatan tinggi, kita perlu memantapkan pembangunan sosioekonomi secara inklusif. Ini penting bagi menghasilkan kemajuan yang lebih seimbang dan memastikan kualiti hidup yang lebih baik.

Ternyata, kerajaan menjiwai keluh kesah dan kesukaran hidup yang dihadapi oleh golongan kurang bernasib baik. Tumpuan akan terus diberikan untuk memastikan kebajikan mereka terpelihara. Bagi 2011, kerajaan memperuntukkan RM1.2 bilion kepada Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat untuk menjalankan pelbagai program berbentuk kebajikan dan kemasyarakatan. Antara program dan insentif yang disediakan:

Pertama: Program bantuan kebajikan warga emas dengan peruntukan RM166 juta untuk mengatasi masalah golongan ini yang dijangka meningkat melebihi 15 peratus daripada jumlah penduduk negara menjelang 2030;

Kedua: Program bantuan kanak-kanak dengan peruntukan RM121 juta disediakan bagi membolehkan mereka menerima perkhidmatan pengasuhan dan pendidikan awal yang berkualiti. Program ini akan memanfaatkan seramai 97,000 kanak-kanak;

Ketiga: Program bantuan kepada golongan Orang Kurang Upaya (OKU) yang membabitkan peruntukan sebanyak RM218 juta akan dimanfaatkan oleh 80,000 OKU;

Keempat: Pengecualian duti eksais dinaikkan daripada 50 peratus kepada 100 peratus ke atas sebuah kenderaan nasional yang dibeli oleh OKU; dan

Kelima: Membina sebuah pusat intervensi bagi menangani golongan tuna wisma dan gelandangan dengan menyediakan peluang pekerjaan, kemudahan perumahan dan kaunseling.

Tuan Yang Di-pertua,

Sementara itu, sejak 2008, kerajaan telah memberikan rebat bayaran bil elektrik bagi penggunaan bawah RM20 sebulan yang telah membawa manfaat kepada lebih 1 juta pengguna di seluruh negara. Sehubungan itu, kerajaan berkeputusan meneruskan usaha murni ini dengan peruntukan RM150 juta untuk meringankan beban golongan berpendapatan rendah.

Para pendeta bermadah, kasihnya ibu membawa ke syurga, kasihnya ayah berkorban raga. Pada masa ini, pelepasan cukai ke atas perbelanjaan perubatan ibu bapa terhad kepada perubatan di klinik dan hospital, termasuk rawatan di nursing home serta rawatan pergigian.

Pelbagai skim bantu rakyat miliki rumah diperkenal

Bagi terus membantu meringankan kos membiayai perbelanjaan penjagaan ibu bapa, kerajaan mencadangkan pelepasan cukai sehingga RM5,000 yang sedia ada diperluaskan bagi meliputi perbelanjaan lain seperti bayaran menghantar ibu bapa ke rumah jagaan harian, bayaran menggaji pembantu, khusus menjaga ibu bapa dan perbelanjaan keperluan harian mereka yang lain seperti lampin pakai buang.

Kerajaan sangat memahami keperluan setiap rakyat untuk memiliki rumah yang selesa, terutama bagi golongan miskin dan berpendapatan rendah. Untuk itu, sejumlah RM568 juta disediakan bagi membina 300 unit kediaman di bawah Projek Bantuan Perumahan Bandar, 79,000 unit di bawah Program Perumahan Rakyat dan 8,000 unit di bawah Projek Bantuan Sewa Rumah. Selain itu, bagi membantu golongan pekerja estet memiliki rumah, kerajaan akan menyediakan Skim Pembiayaan Perumahan Kos Rendah dengan peruntukan RM50 juta yang dikendalikan oleh Bank Simpanan Nasional. Skim ini terbuka kepada pekerja tetap estet, warga negara Malaysia, untuk mendapatkan pinjaman perumahan maksimum sebanyak RM60,000 bagi membeli rumah kos rendah pada kadar faedah maksimum empat peratus dengan tempoh pinjaman sehingga 40 tahun, menjangkau generasi kedua.

Sesungguhnya lagi, kerajaan maklum akan kesukaran yang dihadapi oleh rakyat terutama golongan muda yang baru bekerja dengan pendapatan kurang daripada RM3,000 sebulan untuk memiliki rumah. Bukan mudah untuk mereka bertatih dalam realiti kehidupan. Untuk membantu golongan ini, Kerajaan akan memperkenalkan Skim Rumah Pertamaku melalui Cagamas, yang akan menawarkan jaminan kerajaan ke atas bayaran pendahuluan sebanyak 10 peratus bagi harga rumah di bawah RM220,000. Skim ini adalah untuk pembeli rumah pertama yang berpendapatan isi rumah kurang daripada RM3,000 sebulan. Dalam kata lain, pembeli rumah mendapat pinjaman 100 peratus tanpa perlu mengeluarkan 10 peratus wang pendahuluan, seperti amalan lazim.

Pada masa yang sama, hanya, pembeli rumah pertama juga akan diberi pengecualian duti setem sebanyak 50 peratus ke atas surat cara pindah milik sebuah rumah yang berharga tidak melebihi RM350,000. Kerajaan juga mencadangkan pengecualian duti setem sebanyak 50 peratus diberi ke atas surat cara perjanjian pinjaman bagi membiayai pembelian rumah pertama tersebut.

Usaha untuk membawa pembangunan ke kawasan luar bandar sudah lama bermula di negara ini. Apabila darurat hampir tamat, kerajaan pada ketika itu telah menubuhkan Kementerian Pembangunan Negara dan Luar Bandar untuk menerajui usaha membawa nikmat pembangunan ke kawasan luar bandar. Kerajaan sekarang komited meneruskan usaha ini sekalipun hampir 60 peratus penduduk Malaysia kini tinggal di kawasan bandar. Apa yang pasti, dalam usaha mentransformasi negara menjadi maju, Kerajaan tidak akan sekali-kali meminggirkan rakyat luar bandar. Projek dan program pembangunan bagi mempertingkatkan taraf hidup penduduk luar bandar akan diberi keutamaan. Sejumlah RM6.9 bilion disediakan untuk pelaksanaan infrastruktur asas seperti bekalan air, elektrik dan jalan luar bandar. Antara projek utama yang akan dilaksanakan adalah:

Pertama: Membina dan menaik taraf jalan luar bandar di Sabah dan Sarawak dengan peruntukan berjumlah RM2.1 bilion dan di Semenanjung RM696 juta;

Kedua: Menyedia bekalan air dan elektrik luar bandar di Sabah dengan peruntukan RM1.5 bilion, Sarawak RM1.2 bilion dan Semenanjung RM556 juta;

Ketiga: Melaksanakan program bantuan rumah untuk golongan miskin dan miskin tegar dengan peruntukan RM300 juta. Program ini membabitkan pembinaan dan baik pulih 12,000 unit rumah di seluruh negara terutama di Sabah dan Sarawak; dan

Keempat: Menyediakan Unit Khas Bergerak Jabatan Pendaftaran Negara bagi memudahkan penduduk kawasan terpencil di Sabah, Sarawak dan Semenanjung untuk mendaftar kerakyatan.

Bagi meningkatkan pengeluaran makanan, kerajaan memperuntukkan RM974 juta sebagai pemberian subsidi harga padi, baja dan benih padi serta RM230 juta untuk insentif pengeluaran dan peningkatan hasil padi. Kerajaan juga menyediakan sejumlah RM170 juta bagi insentif hasil tangkapan ikan nelayan serta pemilik dan pekerja bot untuk meningkatkan hasil tangkapan.

Kini, masalah harga barangan lebih tinggi yang dihadapi oleh penduduk di kawasan pedalaman terutama di Sabah dan Sarawak serta kawasan tertentu di Semenanjung akibat kos pengangkutan, menjadi perhatian Kerajaan. Bagi menyeragamkan harga barangan pada kadar yang hampir sama dengan kawasan lain, kerajaan telah memperkenalkan Program Pengedaran Barang Perlu seperti beras, minyak masak, gula, tepung, gas, petrol dan diesel, pada 2010 dengan peruntukan sebanyak RM100 juta. Bagi 2011 pula, peruntukan sebanyak RM200 juta disediakan bagi meneruskan program ini.

Kita sedia maklum interaksi Kerajaan dan rakyat kerap dibangkitkan mengenai harga barangan runcit. Dalam konteks ini, kerajaan akan mewujudkan portal interaktif ‘1Malaysia Pengguna Bijak’ bagi memudahkan rakyat mengikuti perkembangan harga terkini barangan, meliputi hampir 7,000 premis perniagaan seluruh negara. Melalui portal ini, pengguna mempunyai pilihan untuk mendapatkan sesuatu barangan pada harga yang kompetitif. Pengguna juga boleh menggunakan khidmat pesanan ringkas untuk mengetahui harga terkini barangan.

Selain daripada itu, untuk mengukuhkan lagi sektor pemborongan dan peruncitan, satu Program Transformasi Kedai Runcit (TUKAR), Bengkel Automotif serta projek Pasar Komuniti akan diperkenalkan untuk menaik taraf kemudahan supaya menjadi lebih menarik dan moden dengan peruntukan sebanyak RM73 juta.

Tuan Yang Di-pertua,

Tanggapan bahawa kerajaan hanya berminat menumpukan kepada projek berskala besar tanpa mengendahkan kontraktor kecil adalah menyimpang dan tidak benar sama sekali. Hakikatnya, kerajaan akan terus melaksanakan Projek Penyelenggaraan Aset Awam, atau lebih dikenali sebagai PIA / PIAS, dengan peruntukan RM500 juta. Antara aktiviti yang terbabit ialah membaik pulih dan menaik taraf kemudahan awam, longkang, perparitan, titi, jambatan kecil dan pendawaian semula serta pembinaan jalan pertanian dan kampung. Saya yakin pelaksanaan projek seperti ini akan sedikit sebanyak membantu golongan kontraktor kelas F di seluruh negara.

Sejak dulu, kini dan selamanya, jasa golongan pemimpin masyarakat tidak pernah dilupa. Tidak kira di kota atau di desa, sungguh tinggi baktinya. Lalu, untuk menghargai peranan pemimpin di peringkat kampung, kerajaan akan menaikkan elaun bulanan Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) dan Persekutuan (JKKP), Tok Batin, Pengerusi JKKK Orang Asli dan Pengerusi Kampung Baru kepada RM800 sebulan berbanding RM450 pada masa ini.

Bagi memastikan elaun ini dinikmati oleh semua ketua kampung, elaun ini turut diberi kepada Pengerusi Jawatankuasa Kampung Baru Rangkaian dan Pengerusi Jawatankuasa Kampung Bagan. Kerajaan juga akan menaikkan elaun kehadiran mesyuarat kepada semua Ahli Jawatankuasa dari RM30 kepada RM50.

Di samping itu, elaun bulanan imam juga akan dinaikkan dari RM450 kepada RM750 sebulan. Manakala, imbuhan bulanan guru KAFA dinaikkan kepada RM800 sebulan berbanding RM500 pada masa ini berkuat kuasa Januari 2011.

Seperti yang kita sedia maklum, kemajmukan Malaysia diasaskan daripada pelbagai suku kaum dan bangsa. Kita tidak pernah mendiskriminasi kelompok minoriti kerana mereka adalah warga negara dan rakyat Malaysia. Semua usaha pembangunan dibuat secara inklusif untuk turut meningkatkan taraf sosioekonomi masyarakat Orang Asli dan Pribumi. Sejumlah RM100 juta diperuntukkan bagi melaksanakan pelbagai program, termasuk menyelesaikan isu pegangan hak milik tanah dan persempadanan penempatan Orang Asli serta membangunkan Model Baru Pembangunan Orang Asli. Selaras dengan ini, Jabatan Hal Ehwal Orang Asli akan disusun semula dan diperkukuhkan dengan memberi nafas baru sebagai Jabatan Kemajuan Orang Asli.

Kerajaan amat prihatin terhadap rakyat yang terpaksa menanggung kos pengangkutan yang semakin meningkat. Untuk meringankan beban pengguna lebuh raya, sukacita saya mengumumkan kadar tol di empat lebuh raya milik PLUS Expressway Berhad tidak akan dinaikkan bagi tempoh 5 tahun akan datang bermula serta-merta.

Selanjutnya, kerajaan komited untuk memastikan akses kepada kesihatan berkualiti dapat dinikmati oleh segenap lapisan rakyat. Bagi mencapai matlamat ini, sejumlah RM15.2 bilion diperuntukkan bagi membina hospital baru, menambah bilangan doktor dan jururawat serta mendapatkan bekalan ubat dan peralatan perubatan. Sejak tahun lalu, sejumlah 51 buah Klinik 1Malaysia sudah beroperasi dan Kerajaan akan menambah lagi sebanyak 25 buah Klinik 1Malaysia.

Keselamatan awam pula adalah aspek penting dalam mewujudkan persekitaran yang selamat untuk negara. Dalam tempoh 9 bulan pertama 2010, indeks jenayah jalanan menurun 38 peratus, manakala indeks jenayah keseluruhan menurun 16 peratus. Sehubungan itu, kerajaan akan meneruskan usaha ini dengan peruntukan sebanyak RM350 juta untuk melaksana pelbagai program, termasuk program membanteras jenayah pecah rumah, kecurian motosikal dan kereta serta menjalankan program bandar selamat dan program Skim Rondaan Sukarela, terutama di kawasan berisiko tinggi. Di samping itu, Kerajaan akan menambah 25 mahkamah khas untuk mempercepatkan perbicaraan.

Tuan Yang Di-pertua,

Kerajaan menghargai peranan yang dimainkan masyarakat sivil di dalam menyediakan perkhidmatan yang selama ini hanya dimainkan oleh pihak kerajaan. Kita melihat perkara ini sebagai satu perkara yang positif dan sesuatu yang melengkapi, ianya perlu terus digalakkan. Kerajaan mengiktiraf sumbangan berharga NGO dalam mengatasi gejala sosial, membantu golongan kurang bernasib baik dan menyediakan kemudahan perlindungan serta menjalankan program latihan dan penjanaan pendapatan.

Sebagai tanda pengiktirafan, kerajaan akan memperuntukkan RM70 juta kepada program dan aktiviti yang membabitkan NGO terpilih bagi membantu Kerajaan dalam memantapkan institusi keluarga dan menangani gejala sosial seperti pembuangan bayi, mat rempit dan gengsterisme. NGO tersebut akan melaksanakan program bersepadu bersama agensi kerajaan, terutama di kawasan berisiko tinggi berlakunya jenayah supaya ia dapat dicegah lebih awal di peringkat akar umbi.

Dalam aspek alam sekitar pula, suasana keliling yang mapan akan terus dipelihara. Sejumlah RM1.9 bilion disediakan untuk membiayai projek pemuliharaan alam sekitar, antaranya melaksanakan program Sungai Nadi Kehidupan dan menghijaukan Kuala Lumpur.

Sistem penyampaian kerajaan lebih cekap, berkesan

Selain itu, kerajaan juga akan menjalankan usaha untuk memulihara sumber marin dan persisiran antaranya di Pantai Siring, Melaka; Pantai Sabak di Kelantan, Teluk Lipat di Terengganu dan Rompin di Pahang.

Tanggungjawab Sosial Korporat yang semakin menjadi trend kebelakangan ini, begitu kritikal dalam melaksanakan projek kemasyarakatan. Dalam hubungan ini pada 2011, Khazanah Nasional Berhad dengan kerjasama Kementerian Pelajaran akan menjadikan 10 buah sekolah sebagai Sekolah Amanah (Trust School) yang dikendali secara lebih profesional untuk memastikan pelajar memperoleh pendidikan berkualiti. Untuk tujuan ini, selain daripada peruntukan lazim kerajaan, Sekolah Amanah ini juga akan menerima sumbangan daripada Khazanah Nasional.

Untuk membantu kanak-kanak, terutama daripada golongan berpendapatan rendah mencapai prestasi yang cemerlang di sekolah pula, 1MDB akan menyediakan multi-vitamin untuk pelajar sekolah rendah. Program ini diharap akan dapat meningkatkan pembangunan mental dan mengukuhkan sistem imunisasi pelajar sekolah.

Berikutan salah satu cadangan daripada makmal Pemuda yang diadakan beberapa bulan yang lalu, 1MDB akan turut menyumbang kepada pembangunan belia negara dengan penubuhan Dana Belia 1Malaysia berjumlah RM20 juta bagi memupuk semangat 1Malaysia. Dalam bidang kesihatan pula, 1MDB akan melaksanakan Klinik Bergerak 1Malaysia dengan empat buah bas Klinik Bergerak dengan kerjasama Kementerian Kesihatan disediakan.

Tuan Yang Di-pertua,

Strategi keempat adalah memantapkan penyampaian perkhidmatan awam. Dalam mengemudi Malaysia menjadi negara maju, Kerajaan yang kini mempunyai 1.2 juta penjawat awam perlu mengoptimumkan sistem penyampaian Kerajaan di mana penambahbaikan sentiasa wajar diambil untuk mempertingkatkan produktiviti negara.

Jelasnya, fungsi kerajaan adalah pemudahcara bukan penghadang. Berurusan dengan mana-mana agensi kerajaan seharusnya bersifat menyenangkan bukan menyusahkan. Untuk itu, Kerajaan akan terus mempermudahkan lagi sektor swasta berurusan dengan agensi Kerajaan. Ke arah ini, inisiatif MyCoID Gateway yang menggunakan nombor rujukan tunggal Suruhanjaya Syarikat Malaysia bagi menjalankan urusan telah pun dilaksanakan. Inisiatif MyCoID ini akan diperluaskan ke agensi-agensi dan kementerian lain.

Kerajaan juga akan memperkenalkan sistem pemarkahan untuk memudahkan permohonan taraf penduduk tetap (PR). Permohonan PR kini boleh dilakukan selepas lima tahun bermastautin berbanding 10 tahun sebelum ini. Dengan sistem itu, permohonan taraf penduduk tetap akan lebih telus, pantas dan objektif berdasarkan kriteria yang jelas.

Bagi mempercepatkan proses pendaftaran hartanah pula, Akta Setem 1949 telah dipinda untuk membolehkan penilaian hartanah oleh Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta dilakukan selepas duti setem dibayar di Lembaga Hasil Dalam Negeri. Penambahbaikan ini akan dapat mengurangkan masa pendaftaran hartanah daripada 30 hari kepada satu hari saja.

Penjawat awam selaku pelaksana dasar adalah komponen yang amat penting di dalam usaha negara merealisasikan wawasan kebangsaan. Tanpa ejen pelaksana yang cekap, berkesan dan dinamik wawasan negara, akan hanya tinggal sekadar matlamat murni. Sehubungan dengan itu, dalam usaha berterusan menyediakan kerangka penilaian yang lebih bertanggungjawab, relevan dan menyeluruh serta mengambil kira maklum balas penjawat awam, Kerajaan bersetuju untuk memansuhkan sistem Penilaian Tahap Kecekapan atau PTK dan diganti dengan satu sistem penilaian yang lebih sesuai dan diterima baik oleh penjawat awam menjelang Jun 2011.

Di atas segalanya, kerajaan sentiasa menghargai sumbangan penjawat awam yang memberi komitmen penuh dalam menjayakan inisiatif Kerajaan, termasuk Program Transformasi Kerajaan dan Program Transformasi Ekonomi. Dengan harapan dan pesanan supaya penjawat awam terus berusaha, Kerajaan akan:
Pertama: Meringankan beban penjawat awam untuk menampung perbelanjaan persiapan sekolah dengan memberi Bantuan Khas Kewangan sebanyak RM500. Bantuan kewangan ini akan diberi kepada penjawat awam gred 54 dan ke bawah, termasuk pegawai kontrak dan pesara Kerajaan. Pembayaran akan dibuat pada Disember ini;
Kedua: Menaikkan kadar Bantuan Mengurus Jenazah kepada RM3,000 berbanding RM1,000 pada masa ini selaras dengan kenaikan kos pengurusan jenazah. Bantuan ini juga akan dipanjangkan kepada pesara kerajaan; dan
Ketiga: Menyambung perkhidmatan Pegawai Khidmat Singkat yang tamat perkhidmatan pada 31 Disember 2010 untuk tempoh setahun lagi. Kementerian dan agensi tidak dibenarkan untuk menambah bilangan Pegawai Khidmat Singkat baru.

Tambahan daripada itu, bagi memudahkan penjawat awam memiliki rumah serta memperbaiki lagi syarat-syarat untuk membuat pinjaman perumahan, Kerajaan akan:
Pertama: Membenarkan pembelian hartanah daripada ibu, bapa, anak dan adik-beradik;

Kedua: Menggandakan kadar pinjaman kepada RM20,000 berbanding RM10,000 untuk kerja tambahan rumah kos rendah bagi Kumpulan Sokongan Dua; dan
Ketiga: Menaikkan had kelayakan maksimum pinjaman perumahan kepada RM450,000 berbanding RM360,000 pada masa kini. Kesemua langkah penambahbaikan pinjaman perumahan ini akan berkuat kuasa mulai 1 Januari 2011.

Tuan Yang Di-pertua,

Kerajaan komited untuk mempercepatkan proses transformasi dengan melaksanakan projek dan program di bawah RMKe-10, NKRA dan NKEA dilaksanakan dengan jayanya. Untuk melaksanakan strategi dan langkah yang telah dibentang, saya mencadangkan sejumlah RM212 bilion diperuntukkan bagi Bajet 2011 iaitu 2.8 peratus lebih tinggi berbanding peruntukan 2010. Daripada jumlah itu, RM162.8 bilion adalah bagi perbelanjaan mengurus, manakala RM49.2 bilion diperuntukkan bagi perbelanjaan pembangunan.

Di bawah peruntukan mengurus, RM45.6 bilion adalah bagi emolumen dan RM28.2 bilion disediakan bagi Perkhidmatan dan Bekalan. Manakala, RM86.4 bilion diperuntukkan kepada Pemberian dan Kenaan Bayaran Tetap. Sejumlah RM1.4 bilion disediakan untuk Pembelian Aset dan baki 1.2 bilion ringgit untuk perbelanjaan lain.

Bagi peruntukan pembangunan pula, sebanyak RM28.3 bilion disediakan bagi sektor ekonomi untuk menampung keperluan infrastruktur, perindustrian serta pertanian dan pembangunan luar bandar. Sejumlah RM15.5 bilion diperuntukkan bagi sektor sosial, termasuk pendidikan dan latihan, kesihatan, kebajikan, perumahan serta pembangunan masyarakat. Seterusnya, RM4.4 bilion diperuntukkan bagi pembangunan sektor keselamatan, RM955 juta bagi pentadbiran am dan RM2 bilion untuk simpanan luar jangka.

Dari segi kutipan hasil Kerajaan Persekutuan bagi 2011, jumlahnya dianggarkan meningkat 2.3 peratus kepada RM165.8 bilion, berbanding RM162.1 bilion pada 2010. Dengan mengambil kira anggaran hasil dan perbelanjaan, defisit Kerajaan Persekutuan bagi 2011 dijangka terus berkurangan kepada 5.4 peratus daripada KDNK, berbanding 5.6 peratus pada 2010.

Tuan Yang Di-pertua,

Apa yang telah dirangka dan akan dilaksanakan ini adalah visi bagi memenuhi aspirasi dan impian rakyat. Kita mahu membina sebuah Malaysia di mana setiap seorang mampu mencipta kebahagiaan. Kita mahu membina sebuah Malaysia di mana yang mengehadkan kejayaan hanyalah sejauh mana kesanggupan seseorang itu berusaha dan bekerja keras. Kesimpulannya, bajet ini telah mengambil kira keperluan semua rakyat Malaysia. Pembentangannya dimungkinkan oleh pengurusan kewangan negara yang cekap dan berhemat selama ini.

Wawasan saya dan rakan-rakan dalam Kabinet adalah untuk meneruskan tradisi murni membawa kemakmuran ke seluruh pelosok dan ceruk negara. Wawasan ini bukanlah sesuatu yang mustahil. Ia bukanlah pula satu impian yang kosong. Fakta dan sejarah telah membuktikan bahawa kerajaan Barisan Nasional berupaya melakukannya selama puluhan tahun. Kita telah berjaya mentransfomasikan ekonomi Malaysia dari sebuah negara pertanian berpendapatan rendah menjadi negara perindustrian moden yang berpendapatan sederhana tinggi. Kita telah berjaya meningkatkan perkapita daripada AS$260 di awal merdeka kepada kira-kira AS$8,000 hari ini.

Kita telah berjaya mengurangkan kemiskinan dari 60 peratus kepada 3.8 peratus sehingga berada di ambang menghapuskan kemiskinan tegar dan berjaya mencipta kelas menengah yang dinamik.

Hakikatnya, pengurusan kewangan yang berhemat jugalah yang telah menyaksikan kita berupaya keluar dari krisis kewangan 1997/1998 dengan jayanya bersandarkan langkah tegas di luar kelaziman ketika itu. Hasilnya, kritikan menjadi pujian, sifat berwasangka berubah menjadi kekaguman. Begitu juga di kala tsunami ekonomi melanda pada 2008, kerajaan tidak langsung berlengah-lengah mengambil langkah pemulihan melalui pakej rangsangan dan mini bajet. Sekali lagi, rakyat diselamatkan daripada terjebak dalam situasi yang membebankan dengan merasai kesan sangat minimum. Pendek kata, walau apapun cabaran yang mendatang, kita tidak akan sekali-kali berundur daripada misi mulia ini, atas keyakinan bahawa kebenaran berpihak kepada kita dengan rekod prestasi yang cemerlang.

Kita bukannya saudagar mimpi yang memperdagang dongengan. Kita adalah parti pembina harapan yang berpijak di bumi nyata. Apa yang kita capai bukanlah secara tidak sengaja, ibarat bulan jatuh ke riba, tetapi ia hasil dari perencanaan yang jelas, ketegasan pelaksanaan, perancangan yang rapi serta pengorbanan yang tinggi. Percayalah, bahawa Kerajaan tidak akan mengambil jalan mudah dengan menggadaikan kepentingan negara jangka panjang demi untuk populariti jangka pendek. Yakinlah, bahawa kita tidak mahu mewariskan negara yang bermasalah kepada generasi akan datang.

Lantaran itu, rakyat perlu insaf bahawa masa depan mereka dan anak-anak adalah terlalu bernilai dan mahal harganya untuk diserahkan kepada pihak yang tidak bertanggungjawab. Sesungguhnya bajet kali ini adalah bajet ke-53 pasca merdeka yang telah dibentangkan oleh kerajaan daripada parti yang sama. Melalui 53 bajet, 10 Rancangan Malaysia, tiga Rangka Rancangan Jangka Panjang dan satu Misi Nasional, Bajet 2011 menjadi bingkisan penting serta langkah pertama dalam menempatkan Malaysia di ambang status negara maju berpendapatan tinggi.

Ingatlah bahawa, Malaysia adalah tanah tumpah darah kita, di sini kita dilahirkan, di sini kita membesar, di sini kita mencari rezeki, di sini kita mencipta kejayaan dan di sinilah dengan takdir Tuhan kita akan bersemadi. Kepada-Mu ya Allah, dipanjatkan doa dan dipohon kekuatan, mudah-mudahan segala usaha hamba-hamba-Mu ini beroleh keberkatan.

Tuan Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan.

~ BERITA HARIAN ~

KAWASAKI DESEASE MENYERANG KANAK-KANAK

  Pengalaman Ibu dengan Penyakit Kawasaki – Qaisara Nama penyakit nampak lawak, tapi hakikatnya Kawasaki Disease ni sangat bahaya. Ia radang...