Tuesday, April 14, 2026

KAWASAKI DESEASE MENYERANG KANAK-KANAK

 Pengalaman Ibu dengan Penyakit Kawasaki – Qaisara


Nama penyakit nampak lawak, tapi hakikatnya Kawasaki Disease ni sangat bahaya. Ia radang saluran darah yang boleh jejaskan jantung kanak².

Awalnya Qaisara cuma mengadu sakit telinga. Bila check, tak ada apa pun. Esoknya mula demam, ibu pun macam biasa, pi farmasi beli ubat demam oren tu.

Isnin (25hb), Qaisara kata telinga sakit lagi. Ibu perasan dah ada bengkak + demam tak kebah. Terus bawa klinik, doktor check demam tinggi, bengkak makin teruk. Buat ujian darah, result bacaan radang tinggi sangat 👉 kena warded.

Ibu decide bawa ke Hospital Pantai Laguna Merbok (guna medical card, walaupun kena bayar deposit, pejam mata je, janji cepat rawatan).

Malam tu Qaisara start antibiotik, ubat demam & ubat bengkak. Tapi demam tetap on-off, suhu cecah 39/40°C, mata pun merah. Ingatkan beguk je mula² tu. Kawan² suggest untuk sapu nila dan bancuh sarang angkut² tu..😅

Bengkak surut, ibu minta nak balik walaupun demam on off lagi. Lama sangat kat Hospital kan. Doktor tak bagi balik sebab dia suspek ada benda lain..aduhh..

Esoknya 1 Sept, doktor sahkan tanda² Kawasaki Disease 😔. Masa doktor sebut boleh libatkan saluran darah jantung, memang ibu terdiam. Tak tau nak tanya apa dan tak tak pernah ambil tahu pun tentang penyakit ni. Bila Google nah..serius rupanya sakit ni.

Rawatan kena cepat sebab demam dah lama takut effected ke jantung. "Kalau GL tak approve, saya akan bagi surat ke gov sebab ubat ni sangat mahal.." kata Doktor Senthil

Perlukan 13 botol IVIG (ubat imunoglobulin) + aspirin. Harga sebotol lebih kurang RM2,000 😱. Ibu cuak takut medical card tak cover, tapi alhamdulillah semua dipermudahkan. Rawatan dibuat dalam HDU sebab perlu pemantauan rapi. Wayar yang banyak² tu sambung kat badan sebab nak tengok bacaan jantung dia sepanjang prosedur.

Alhamdulillah, selepas habis IVIG 👉 demam terus reda, mata merah pun kurang.
Pagi 3hb Qaisara buat echocardiogram – result tunjuk saluran darah jantung ada kembang sikit, jadi kena teruskan aspirin 6 minggu & repeat echo nanti.

🌷 Pengalaman ni ajar ibu:
1. Penyakit Kawasaki tak boleh pandang ringan.
2. Nama nampak “lawak”, tapi kesan dia sangat bahaya pada jantung anak².
3. Syukur ada medical card, kalau tidak memang lagi berat nak fikir kos rawatan.

Masa tunggu turn utk prosedur echo, terjumpa pasangan India ni...juga utk prosedur yang sama. Katanya gov bagi date bulan 12. Dia takut jadi apa² kat anaknya sebab baru 4 tahun umurnya..tu yang dia decide utk ke swasta..😔😔..ibu tarik nafas lega dengan apa yang ada sekarang..



boleh juga refer facebook kak fiza di sini - FB
Alhamdulillah, dipermudahkan semua. Mohon kawan² doakan Qaisara cepat sembuh. Masih MC sampai next follow up lagi seminggu utk repeat ujian darah dan echo lagi 6 minggu..🤲💖

Thanks a lot ♥️ to Dr Senthil, Dr Cammy Ng, Puan Izzati (Marketing Dept) dan semua staff Nurse sabar layan peragai Qaisara yang kuat memberontak😔😔..

Fiza Hasan
04.09.2025

No comments:

KAWASAKI DESEASE MENYERANG KANAK-KANAK

  Pengalaman Ibu dengan Penyakit Kawasaki – Qaisara Nama penyakit nampak lawak, tapi hakikatnya Kawasaki Disease ni sangat bahaya. Ia radang...