Tuesday, April 14, 2026

KAWASAKI DESEASE MENYERANG KANAK-KANAK

 Pengalaman Ibu dengan Penyakit Kawasaki – Qaisara


Nama penyakit nampak lawak, tapi hakikatnya Kawasaki Disease ni sangat bahaya. Ia radang saluran darah yang boleh jejaskan jantung kanak².

Awalnya Qaisara cuma mengadu sakit telinga. Bila check, tak ada apa pun. Esoknya mula demam, ibu pun macam biasa, pi farmasi beli ubat demam oren tu.

Isnin (25hb), Qaisara kata telinga sakit lagi. Ibu perasan dah ada bengkak + demam tak kebah. Terus bawa klinik, doktor check demam tinggi, bengkak makin teruk. Buat ujian darah, result bacaan radang tinggi sangat...jadi kena warded

Ibu decide bawa ke Hospital Pantai Laguna Merbok (guna medical card, walaupun kena bayar deposit, pejam mata je, janji cepat rawatan).

Malam tu Qaisara start antibiotik, ubat demam & ubat bengkak. Tapi demam tetap on-off, suhu cecah 39/40°C, mata pun merah. Ingatkan beguk je mula² tu. Kawan² suggest untuk sapu nila dan bancuh sarang angkut² tu..

Bengkak surut, ibu minta nak balik walaupun demam on off lagi. Lama sangat kat Hospital kan. Doktor tak bagi balik sebab dia suspek ada benda lain..aduhh..

Esoknya 1 Sept, doktor sahkan tanda² Kawasaki Disease..Masa doktor sebut boleh libatkan saluran darah jantung, memang ibu terdiam. Tak tau nak tanya apa dan tak tak pernah ambil tahu pun tentang penyakit ni. Bila Google nah..serius rupanya sakit ni.

Rawatan kena cepat sebab demam dah lama takut effected ke jantung. "Kalau GL tak approve, saya akan bagi surat ke gov sebab ubat ni sangat mahal.." kata Doktor Senthil

Perlukan 13 botol IVIG (ubat imunoglobulin) + aspirin. Harga sebotol lebih kurang RM2,000 . Ibu cuak takut medical card tak cover, tapi alhamdulillah semua dipermudahkan. Rawatan dibuat dalam HDU sebab perlu pemantauan rapi. Wayar yang banyak² tu sambung kat badan sebab nak tengok bacaan jantung dia sepanjang prosedur.

Alhamdulillah, selepas habis IVIG, demam terus reda, mata merah pun kurang.
Pagi 3hb Qaisara buat echocardiogram – result tunjuk saluran darah jantung ada kembang sikit, jadi kena teruskan aspirin 6 minggu & repeat echo nanti.

Pengalaman ni ajar ibu:
1. Penyakit Kawasaki tak boleh pandang ringan.
2. Nama nampak “lawak”, tapi kesan dia sangat bahaya pada jantung anak².
3. Syukur ada medical card, kalau tidak memang lagi berat nak fikir kos rawatan.

Masa tunggu turn utk prosedur echo, terjumpa pasangan India ni...juga utk prosedur yang sama. Katanya gov bagi date bulan 12. Dia takut jadi apa² kat anaknya sebab baru 4 tahun umurnya..tu yang dia decide utk ke swasta....ibu tarik nafas lega dengan apa yang ada sekarang..



boleh juga refer facebook kak fiza di sini - FB
Alhamdulillah, dipermudahkan semua. Mohon kawan² doakan Qaisara cepat sembuh. Masih MC sampai next follow up lagi seminggu utk repeat ujian darah dan echo lagi 6 minggu..

Thanks a lot ♥️ to Dr Senthil, Dr Cammy Ng, Puan Izzati (Marketing Dept) dan semua staff Nurse sabar layan peragai Qaisara yang kuat memberontak..

Fiza Hasan
04.09.2025

Monday, August 18, 2025

TEMPOH MENUNGGU MEDICAL KAD

 TEMPOH MENUNGGU MEDICAL KAD

HANYA PENYAKIT YANG WUJUD SELEPAS TEMPOH MENUNGGU (30-120 hari) YANG BOLEH DILINDUNGI. Kalau penyakit tu dah wujud sebelum tempoh menunggu, ia takkan dilindungi melainkan sudah declare pada sykt Takaful dan Sykt approved untuk tanggung risiko tersebut seperti kos pembedahan akan datang etc..





KEMALANGAN

Jaminan perlindungan bermula dari tarikh polisi diluluskan. Walaupun baru sehari mohon, namun polisi sudah diluluskan, tuntutan rawatan kemalangan boleh dilakukan, baik di klinik (pesakit luar) mahupun di hospital (warded). 


Penyakit Biasa (Normal illness)

Jaminan perlindungan untuk sakit biasa seperti demam panas, denggi, cirit birit akibat viral fever, keracunan makanan, appendiks etc, bermula selepas 30 hari dari tarikh lulus polisi. Perlu diwadkan minima 12 jam


Penyakit Tertentu (Specified Illnesses)

Jaminan perlindungan untuk kes penyakit tertentu yang telah disenaraikan bermula selepas 120 hari dari tarikh polisi takaful diluluskan. Penyakit tersebut mestilah baru wujud selepas tempoh 120 hari.  


Antaranya :-

1. Hipertensi, Diabetis Mellitus atau Penyakit Kardiovaskular 

2. Semua tumor, kanser, cysts, nodul, polip, batu dalam sistem kencing dan sistem biliari 

3. Semua penyakit telinga, hidung (termasuk sinus) dan tekak 

4. Hernia, hemoroid, fistula, hidrosele, varikosele

5. Endometriosis termasuk penyakit sistem pembiakan

6. Gangguan spina vertebro (termasuk diska) dan penyakit lutut 


Keadaan Meragukan (Case Under Investigation)

Bagi tuntutan perubatan yang menimbulkan keraguan dalam tempoh 2 tahun pertama dari tarikh kelulusan (tempoh boleh pertikai), syarikat takaful berhak menangguh jaminan perlindungan dan meminta anda membuat bayaran terlebih dahulu, sehingga hasil siasatan diketahui dari laporan doktor yang pernah merawat anda. Ini bagi mengelakkan berlakunya penipuan dalam tuntutan takaful (biasanya dikhuatiri anda mempunyai masalah kesihatan yang tidak diisytiharkan semasa membeli kad perubatan seperti darah tinggi, kencing manis, sakit dada, sesak nafas, jantung tersumbat, ketumbuhan, tonsil, batu karang dan sebagainya).


Sekian...harap maklum untuk pengetahuan kita semua👌👍


FIZA HASAN
WEALTH PLANNER MUQMEEN GROUP
PRUDENTIAL BSN TAKAFUL


#hibahtakaful #medicalcard #mgbc

Tuesday, August 1, 2023

SEDIAKAN HIBAH TAKAFUL ATAU TUNAI SEGERA SEHINGGA RM500,000 KEPADA YANG TERSAYANG

HANYA RM100 SEBULAN UNTUK PAMPASAN MINIMA RM350,000 DAN BERGANDA UNTUK KELUARGA ANDA..


Risiko ada dimana-mana. Tidak kira tua ataupun muda. Tidak kira anda sihat ataupun sakit. Ada yang sihat tiba² ditimpa kemalangan yang tak diduga. Ada yang sakit kronik terpaksa hadap beban kewangan yang meruncing. Itulah risiko kehidupan..



Andai anda bekerja, suatu hari nanti ditakdirkan anda kemalangan atau sakit terlantar dan sudah tak mampu lagi mencari nafkah, apa nasib keluarga tersayang?


Jika belum berkahwin, adakah anda mengharap ibu, ayah, kakak, abang untuk sara hidup anda hingga akhir hayat? Jika berkahwin bagaimana nasib isteri dan anak².


Jika meninggal sebelum anda sempat beri kesenangan pada mereka bagaimana? Bersedialah.."Tinggalkan anak dan isteri kamu dengan kesenangan lebih baik dari tinggalkan mereka dalam keadaan meminta-minta". Hadith Riwayat Bukhari


Apa penyelesaian yang ada? Hibah takaful adalah #instantcash untuk mereka sementara menanti proses faraid selesai. Tahukah anda proses faraid perlukan masa yang lama untuk diselesaikan? Jika tiada kerjasama waris bagaimana? Terbaru lebih 90juta harta tidak dituntut dan 90% daripadanya adalah harta orang islam!


Rancang kewangan anda!


Antara faedah pakej pelan HIBAH Warisan Plus:

  • Kematian Semulajadi/sakit RM350,000
  • Lumpuh & Cacat Kekal RM350,000
  • Kematian Kemalangan : RM700,000
  • Kematian Kemalangan Kenderaan Awam : RM1,050,000
  • Kematian Kemalangan Di Luar Negara : RM1,4,000,000
  • Sumbangan PERCUMA sekira mengalami Cacat Kekal Menyeluruh & Penyakit Kritikal
  • Campak, Demam Chikungunya , Penyakit Tangan Kaki & Mulut, Demam Kepialu, Penyakit Anjing Gila : RM5,000
  • Zika Virus, Ebola, MERS-CoV, SARS, Malaria, Creutzfeldt- Jacob Disease, Influenza A- Avian Influenza, AH7N9 & AH5N1, Nipah Virus Enchepalitis, Japanese Enchepalitis : RM10,000.

Jangan tunggu lama untuk berikan #hadiah untuk yang tersayang.

FIZA HASAN
WEALTH PLANNER MUQMEEN GROUP
PRUDENTIAL BSN TAKAFUL






Monday, July 31, 2023

CARUMAN TAKAFUL TAK PERLU BAYAR

 [ CARUMAN TAK PERLU BAYAR??? BIAR BETUL!!!!!]

Ada satu rider benefit dalam takaful, rider ni nampak simple je...dan kekadang tak ramai client yang. nak add on, dan ada juga agent yang tak recommend kepada client...

Bagi saya pulak, kalau saya boleh adjust saya akan adjust untuk letakkan jugak rider tu.





Sebagai contoh:

Katakan la caruman RM 200 ( client opt tak nak ambil rider Contributor Protect ni) sebab kata tak berapa penting...

Tapi, cuba kita. buat sedikit kira2...

Memang la nampak caruman RM 200 sebulan (contoh) tu....boleh bayar sendiri kalau dah kena sakit kritikal. Tapi kena ingat...kalau umur panjang, term pulak sampai umur 70 tahun, diagnose umur 30 tahun...so, 40 tahun caruman percuma...

200 x 12 x 40 = 96,000.
Belum lagi kalau claim medical bill lagi....kalau Medical Benefit RM 100,000 setahun...dan tiada lifetime limit...berapa banyak backup FUND ada tu utk dapatkan rawatan kat hospital swasta?

Dan free kat ini bukan setakat tak perlu bayar, bahagian simpanan pun masih berjalan macam biasa dan client akan dapat nilai tunai...

Dan ini la dinamakan DISCOUNTED money...carum sikit, tapi, kalau dapat ujian, sekurangnya, penyakit tak boleh nak elak, kalau kena tetap kena, ada benda yang kita. boleh control...kita control.

Ok lah, it sahaja. Bantu saya untuk share posting nie, supaya lebih ramai lagi warga FB dapat manfaat.

Kepada sesiapa yang nak tahu details pasal rider nie, boleh tengok kat gambar di bawah, sesiapa yang tak sure coverage dia ada benefit ni ke tidak, boleh contact agent masing2. Mana2 yang takaful agent dia pun MIA (Missing In Action)....boleh click link di bawah ini untuk dapatkan info lanjut.


FIZA HASAN
WEALTH PLANNER MUQMEEN GROUP
PRUDENTIAL BSN TAKAFUL

CLAIM OPERATION FIBROID LULUS

 Kisah client warded disebabkan Fibroid. Client bleeding teruk selama beberapa hari dan pergi klinik dapat la ubat tahan sakit dan ubat stop bleeding. Disebabkan tak ok jugak terus dapat surat refer hospital.


Dia call Fiza tanya "boleh ke kalau nak terus ke Hospital Metro?"

"Boleh kak..sbb medical card dah lebih 2 tahun..😊"

Apa jadi kalau medical card client ni kurang 2 tahun ?

Pihak PruBSN berhak untuk investigate case ni samada ianya existing illness (penyakit sedia ada) atau sebaliknya.

Bukan bermaksud kad bawah 2 tahun tak boleh claim, tapi pihak prubsn perlukan beberapa requirement berkaitan penyakit ni. Nak tau lanjut berkaitan waiting period atau Contestable period ni boleh la contact ejen masing²..

Client dah selamat operation dengan total bill lebih 19k. Kali ke 2 warded 2.9k sebab ada infection pula. Jadi keseluruhannya lebih 22k. Polisi ni baru je 26 bulan dan sumbangan yang dibayar setiap bulan rm236. Alhamdulillah semuanya selamat dan dipermudahkan..








Semoga client Fiza kembali sihat..
Ada ke nak apply medical card murah bulan ni? Meh roger² fiza kita kirakan qoutation.

FIZA HASAN
WEALTH PLANNER MUQMEEN GROUP
PRUDENTIAL BSN TAKAFUL

Sunday, April 2, 2023

STOP TAKAFUL SEBAB AMIK DAH LAMA TAK PERNAH CLAIM, RUGI .

 [ STOP TAKAFUL SEBAB AMIK DAH LAMA TAK PERNAH CLAIM, RUGI ]

Sekiranya anda masih mempunyai mindset atau pemikiran yang macam terhadap takaful, saya nasihatkan untuk anda tambah lagi  pengetahuan atau pemahaman berkenaan konsep, fungsi dan syarat2 yang ada dalam sistem takaful tu sendiri.

.


.

Memang betul, ada products atau pelan takaful yang duit kita tak dapat balik. Maksudnya, kalau tak claim, duit akan dimasukkan dalam tabung tabarru' (derma).


Tapi ada banyak plan yang  menawarkan pelbagai pilihan untuk client ada peluang untuk dapatkan semula sebahagian caruman bersama dengan pulangan.


Gambar kat bawah ni contoh, client saya yang ambil plan perlindungan dengan saya beberapa tahun yang lepas. Lebih dari 10 tahun. Beliau tanya, boleh  tak nak keluarkan?....dan cuba lihat message beliau kepada saya. Dia pun tak sangka duit cepat je dikeluarkan...


Secara kesimpulan mudah, saya ingin menasihati masyarakat di luar sana, bila berbicara pasal takaful atau insurans, pastikan info yang diterima adalah tepat. Bukan main andaian sahaja.


Untuk pengetahuan semua juga, ada plan takaful yang duit boleh dikeluarkan dan manfaat yang ada dalam tu tak terjejas. Sebabnya  adalah, setiap allocation fund telah pun diasingkan.


Sekiranya anda ingin mendapatkan info berkenaan apa2 product takaful boleh terus DM saya.


FIZA HASAN
WEALTH PLANNER MUQMEEN GROUP
PRUDENTIAL BSN TAKAFUL



Friday, March 10, 2023

Privacy Policy for Fieza Prubsn Takaful

Privacy Policy for Fieza Prubsn Takaful

At Fiza Hasan, accessible from www.fizahasan.com, one of our main priorities is the privacy of our visitors. This Privacy Policy document contains types of information that is collected and recorded by Fiza Hasan and how we use it.

If you have additional questions or require more information about our Privacy Policy, do not hesitate to contact us.

This Privacy Policy applies only to our online activities and is valid for visitors to our website with regards to the information that they shared and/or collect in Fiza Hasan. This policy is not applicable to any information collected offline or via channels other than this website.

Consent

By using our website, you hereby consent to our Privacy Policy and agree to its terms.

Information we collect

The personal information that you are asked to provide, and the reasons why you are asked to provide it, will be made clear to you at the point we ask you to provide your personal information.

If you contact us directly, we may receive additional information about you such as your name, email address, phone number, the contents of the message and/or attachments you may send us, and any other information you may choose to provide.

When you register for an Account, we may ask for your contact information, including items such as name, company name, address, email address, and telephone number.

How we use your information

We use the information we collect in various ways, including to:

  • Provide, operate, and maintain our website
  • Improve, personalize, and expand our website
  • Understand and analyze how you use our website
  • Develop new products, services, features, and functionality
  • Communicate with you, either directly or through one of our partners, including for customer service, to provide you with updates and other information relating to the website, and for marketing and promotional purposes
  • Send you emails
  • Find and prevent fraud

Log Files

Fiza Hasan follows a standard procedure of using log files. These files log visitors when they visit websites. All hosting companies do this and a part of hosting services' analytics. The information collected by log files include internet protocol (IP) addresses, browser type, Internet Service Provider (ISP), date and time stamp, referring/exit pages, and possibly the number of clicks. These are not linked to any information that is personally identifiable. The purpose of the information is for analyzing trends, administering the site, tracking users' movement on the website, and gathering demographic information.

Advertising Partners Privacy Policies

You may consult this list to find the Privacy Policy for each of the advertising partners of Fiza Hasan.

Third-party ad servers or ad networks uses technologies like cookies, JavaScript, or Web Beacons that are used in their respective advertisements and links that appear on Fiza Hasan, which are sent directly to users' browser. They automatically receive your IP address when this occurs. These technologies are used to measure the effectiveness of their advertising campaigns and/or to personalize the advertising content that you see on websites that you visit.

Note that Fiza Hasan has no access to or control over these cookies that are used by third-party advertisers.

Third Party Privacy Policies

Fiza Hasan's Privacy Policy does not apply to other advertisers or websites. Thus, we are advising you to consult the respective Privacy Policies of these third-party ad servers for more detailed information. It may include their practices and instructions about how to opt-out of certain options. 

You can choose to disable cookies through your individual browser options. To know more detailed information about cookie management with specific web browsers, it can be found at the browsers' respective websites.

CCPA Privacy Rights (Do Not Sell My Personal Information)

Under the CCPA, among other rights, California consumers have the right to:

Request that a business that collects a consumer's personal data disclose the categories and specific pieces of personal data that a business has collected about consumers.

Request that a business delete any personal data about the consumer that a business has collected.

Request that a business that sells a consumer's personal data, not sell the consumer's personal data.

If you make a request, we have one month to respond to you. If you would like to exercise any of these rights, please contact us.

GDPR Data Protection Rights

We would like to make sure you are fully aware of all of your data protection rights. Every user is entitled to the following:

The right to access – You have the right to request copies of your personal data. We may charge you a small fee for this service.

The right to rectification – You have the right to request that we correct any information you believe is inaccurate. You also have the right to request that we complete the information you believe is incomplete.

The right to erasure – You have the right to request that we erase your personal data, under certain conditions.

The right to restrict processing – You have the right to request that we restrict the processing of your personal data, under certain conditions.

The right to object to processing – You have the right to object to our processing of your personal data, under certain conditions.

The right to data portability – You have the right to request that we transfer the data that we have collected to another organization, or directly to you, under certain conditions.

If you make a request, we have one month to respond to you. If you would like to exercise any of these rights, please contact us.

Children's Information

Another part of our priority is adding protection for children while using the internet. We encourage parents and guardians to observe, participate in, and/or monitor and guide their online activity.

Fiza Hasan does not knowingly collect any Personal Identifiable Information from children under the age of 13. If you think that your child provided this kind of information on our website, we strongly encourage you to contact us immediately and we will do our best efforts to promptly remove such information from our records.

Changes to This Privacy Policy

We may update our Privacy Policy from time to time. Thus, we advise you to review this page periodically for any changes. We will notify you of any changes by posting the new Privacy Policy on this page. These changes are effective immediately, after they are posted on this page.

Our Privacy Policy was created with the help of the TermsFeed Privacy Policy Generator.

Contact Us

If you have any questions or suggestions about our Privacy Policy, do not hesitate to contact us.

Monday, December 12, 2022

UPGRADE LIMIT MEDICAL CARD ANDA HARI INI

LIMIT CARD LAMA RM60K JE SETAHUN! SAYA NAK UPGRADE BOLEH TAK?


Ini antara persoalan yang biasa ditanya oleh pemegang medical card. Samada sendiri punya ataupun coverage under company.



Ada yang aware tentang ini dan ada yang tidak. Bila ada agent yang tanya baru tahu. Ada yang mula sedar bahawa medical fund tu penting sebagai ikhtiar untuk backup kalau emergency perlukan kos rawatan yang besar dan segera. Ramai yang mula sedar harga kos medical saban tahun meningkat.


Berbalik pada soalan yang ditanya, ada beberapa perkara asas yang perlu kami sebagai agent tanya balik kepada client / pemegang medical card tersebut.


1. Ada sejarah penyakit samada sebelum ambil medical card yang pertama atau pun selepas?


2. Pernah tak claim sebelum ni? Gunakan medical yang lama atau under company? Maksudnya pernah tak masuk ward. Tak kisah sama ada claim medical card atau tidak


3. Berapa coverage yang sedia ada? Berapa balance pernah claim?


4. Kalau pernah claim, atau masuk hospital atau dapatkan apa-apa rawatan, apa jenis sakit dan apa rawatan yang diambil? Adakah masih under treatment atau Dr kata dah fully recovered? Adakah penyakit tersebut boleh berulang menurut Dr?


5. Dah clear soalan² diatas, baru saya akan tanyakan apa client punya expection atau requirement.


Dah tahu semua 5 perkara penting baru la mudah untuk bagi proposed solution samada:


1- Buat switching (tukar plan baru). Ambik baru then stop yang lama tapi Term condition applied.


2- Ambil yang baru, maintain yang lama


3- Ambil yang baru, high deductible (follow on top of limit medical card lama), maintain plan medical yang yang lama


4- Ambil yang baru, lower deductible (ambil deductible bawah sikit dari limit medical card yang lama) dan maintain plan yang lama.


5- Ada banyak option lain tapi ini 4 yang famous.


Kenapa jangan terus simply stop yang lama dan ambik yang baru. Takut² nanti yang baru belum matured atau ada exclusion, yang lama pulak dah stop. Kesian ke client.


Ada beberapa solution lain. Yang nak tahu boleh tanya di ruangan comment, kita sama² bincang.


Medical card memang tak penting kalau kita ada duit backup yang banyak untuk tanggung kos rawatan. Tapi kalau anda ada duit banyak sekali pun, kalau diberi pilihan dapatkan rawatan bukan semua pakai duit kita, kalau pakai pun maybe kurang sangat berbanding jumlah keseluruhan kos rawatan...


Mana satu anda prefer?


Fiza Hasan

Wealth Planner

012 4513311


#takaful #medicalcard #prubsn #awareness #happiness

Tuesday, November 30, 2021

GIFT UNTUK CLIENT TERSAYANG PRUBSN

 




Nahhh..dah lama sampai baru ingat nak upload kat blog. Lama blog bersawang🤭


Khas buat client & bakal client Kak Fiza. Tunggu...♥️

APABILA KETUA KELUARGA TIADA?

 


Kenapa acap kali kebanyakan ejen takaful cakap "suami ambil la hibah utk isteri". 


Setuju tak kalau saya katakan:


A: 80% pendapatan isi rumah disumbang oleh suami. Hanya 20% oleh isteri.


B. 50% suami, 50% isteri


C: 100% suami.


D: 100% isteri.


Majoriti kita hari ini berada dikelompok A. Isteri zaman sekarang dah bijak berniaga walaupun suri rumah. Pelbagai online bisnes boleh dibuat hanya dari rumah.


Oleh sebab suami adalah 'breadwinner', so kalau berlaku sesuatu yang diluar jangkaan kita, apa kita akan expect sebagai isteri? 80% pendapatan hilang! Hanya 20% yang tinggal! Lagi naya kalau 100% harapkan pendapatan suami.


Ya..ada saving suami nanti boleh keluarkan. Tapi, tahukan anda bahawa akaun suami anda bakal dibekukan selepas kematian! 


Kalau suami hilang isteri, suami masih ada pendapatan. Boleh teruskan hidup mcm biasa. Tidak terjejas dari segi pendapatan! Tapi kalau isteri hilang suami, banyak yang terjejas..


Sebab itu, suami yang perlu apply hibah dan namakan isteri sebagai penama!


Kalau situasi anda di B, bayangkan separuh pendapatan anda hilang. Senget tak? Boleh hidup dengan separuh pendapatan? Kalau komitment masih lagi tinggi? Dengan hutang itu ini? Nanti keluarga suami tuntut faraid plak..dah nak kena settle semua tu dulu.


Tapi kalau D, suami yang wajib ambil hibah bagi pihak isteri. Sebab selama ni bergantung pada isteri sebab gaji isteri lagi banyak. Suami dok rumah jaga anak². Perlu ada 'income replacement' jika isteri tiada. Kelompok D pun banyak saya jumpa. Isteri bekerja suami jaga anak.


Apa yang penting, kenaplasti siapa 'breadwinner'' dalam keluarga! Dan pastikan dia tinggalkan sesuatu untuk kita..


Fiza Hasan
012 4513311
Wealth Planner
Muqmeen Group

HARTA ANDA DIBEKUKAN!


 "Encik, saya nak keluarkan duit suami saya. Suami saya meninggal dunia 2 bulan lepas. Simpanan saya dah habis."


"Boleh puan, ada bawa sekali surat kuasa?"

"Ada encik." *Si isteri perlahan-lahan keluarkan sijil kematian suaminya. 


"Ini surat kematian puan. Saya perlukan surat kuasa untuk bantu puan keluarkan semua duit arwah suami puan. Tak boleh keluarkan duit tanpa surat kuasa". 
——————————————————


Nak dapatkan surat kuasa pun bukannya ambil masa sehari dua. Minima 6 bulan. Bergantung juga pada kes tertentu.


Isteri dapat 1/8 sahaja. Bukan sepenuhnya. 
Rumah ada hutang, nak dihibahkan waktu hidup. Tak boleh. Sebab rukun tak lengkap. 
Tahu kad password kad ATM, nak keluarkan. Tak boleh. Takut termakan hak orang lain. 
Pergi ke pusaka Amanah Raya, kena tolak. Rupanya sebab pergi salah tempat. Kena pergi pusaka kecil. Lama dah tunggu beratur di Amanah Raya. 


Dah sampai pusaka kecil, semua waris susah nak berkumpul. Alamak, isteri yang dah kehabisan wang simpanan tadi, tak tahu makan apa.


Dapat kumpulkan waris, ada yang melawan tidak bersetuju pula. Tunda lagi. Duit tak ada dah ni, anak-anak kena makan. Tak ada siapa nak hulur bantuan. 


Dah selesai semua bersetuju, kena tunggu lagi. Tak tahu berapa lama nak selesai. Perut maknya boleh tahan, perut anaknya terpaksa berlapar. Isteri yang sebelum ni suri rumah untuk jaga anak, terpaksa keluar kerja. Tak ada siapa jaga anak. 


Bila anak tak ada siapa tengok, mulalah anak mencuba perkara baru. Sibuk menyalahkan ayah yang telah meninggal dunia, sebab tak tinggalkan harta untuk mereka sambung kehidupan. Sibuk menyalahkan ibu, sebab sibuk diluar mencari makanan. 


Pernah salah seorang guru saya berkongsi. Pengurusan kewangan ni, bukannya nak bawa duit masuk kubur. Tapi nak bawa doa anak yang soleh tu masuk kubur, sedekah yang berpanjangan atas nama kita bila kita wasiatkan untuk sedekah.


Sebab itu pentingnya pengurusan harta sebelum meninggal dunia. Mati itu pasti.
Kalau dah rancang awal, kita dah lakukan yang terbaik . Sepanjang proses, si isteri ada duit untuk beri anak-anak makan. Isteri ada pilihan untuk bekerja atau tidak. 


Anak-anak sayang pada ayah mereka. Doa tak tinggal untuk kesejahteraan ayah yang telah meninggal dunia. 


Segala apa yang kita buat hari ni, kesannya bukan hari ni. Tapi entah bila nanti. 
Dah baca, bertindak sekarang. Fikir apa lagi? 


❤️HIBAH adalah cara mudah utk diberikan kepada isteri setelah suami hilang upaya kekal atau suami meninggal terlebih dahulu..❤️


Fiza Hasan 
Muqmeen Group
Prudential BSN Takaful 

0124513311

Monday, February 8, 2021

JOM SERTAI KAMI TAMBAH PENDAPATAN

 ANDA INGIN MENCARI SIDE INCOME❓

ANDA INGIN BERNIAGA DENGAN MODAL MINIMA❓

Jom sertai kami sebagai Perunding Takaful di Muqmeen Group (MG).



APA KELEBIHAN MENJADI PERUNDING TAKAFUL NI?

====================================

✅ Masa yang flexible

✅ Komisyen dan Bonus berlipat ganda

✅ Latihan diberi secara PERCUMA

✅ Boleh dilakukan secara Part Time atau Full Time

APA SYARAT-SYARATNYA?

▪️ Memiliki SPM, Diploma dan ke atas

▪️ Berumur 23 hingga 35 tahun

▪️ Boleh berdikari

▪️ Mempunyai kenderaan sendiri

▪️ Boleh bekerja bersama kumpulan

▪️ Komited, rajin dan tidak mudah putus asa

▪️ Sanggup untuk belajar dan diajar


Jika anda tercari-cari peluang ini? 

Sila klik link di bawah untuk pertanyaan lanjut...

➡️ wasap.my/60124513311/nakjadiejen

➡️ wasap.my/60124513311/nakjadiejen

➡️ wasap.my/60124513311/nakjadiejen


DO SOMETHING TODAY, THAT YOUR FUTURE SELF WILL THANK YOU FOR!! 💪

Thursday, November 26, 2020

PLAN SIMPANAN - PRUBSN ASPIRASI

 SAVING PLAN!

SAVING + PERLINDUNGAN




Apa yang anda simpan, akan dapat semula beserta dividennya sekali..pakej sekali dengan perlindungan dari takaful. 


Dan ini adalah DIVIDEN WAJIB terima setiap tahun bermula tahun ke 2..

Contoh pengiraan bagi sum covered rm50,000.

3% x RM50,000= RM1500.

6% x RM50,000= RM 3000.

9% x RM50,000= RM 4500.

99% xRM50,000= RM49,500.


Woww!! Meriah kan..Best tak?

Ini adalah dividen yang bakal anda terima. Gerenti!!

Jadi, tak perlu risau. Hanya bersenang - lenang dan nantikan notifikasi wang dikreditkan.


Terima:

✅Rm1500x9 thn = RM13,500

✅RM 3000x10thn=RM30,000.

✅RM 4500x 9thn =RM 40, 500.

✅RM 49,500 x 1thn=RM 49,500.


✅RM 133,500 in total.


Ini baru dividen wajib terima tau. Terima atau tidak, wang tetap dibayar ke akaun anda.

Jika anda suka kepada perancangan kewangan for next 30yrs later, dividen tersebut boleh dilaburkan semula bersama #savewithpru.


Di bawah ini projection compounding interest yang apply to your money by years.

Dari total RM133,500 berkembang menjadi ✅RM377,765!!

✅Terima juga sejumlah wang maturity plan pada tahun terakhir berjumlah RM140,000 lagi.


Tidakkah ini membahagiakan? Nikmati hari tua tanpa masalah kewangan.


Pasti ada yang sinis, betul kah semua ini?

Bangsa lain pegang ekonomi kerana mereka melakukan perancangan kewangan yang hebat. Berbanding orang kita yang sering kelihatan hebat!


Ini bukan skim MLM scam. Ini dipantau BNM.


Merancang lah👍.


Afriza

Prudential bsn takaful 

0124513311

Monday, November 16, 2020

HIBAH WARISAN PLUS DARI PRUBSN TAKAFUL

Satu pelan Takaful yang menyediakan keselamatan dan jaminan legasi anda untuk yang tersayang.

 

Untuk maklumat lanjut boleh hubungi saya 012 4513311..

Maklumat Produk

Tempoh Sumbangan

5, 10 atau 20 tahun, atau sepanjang Tempoh Perlindungan

Sumbangan Minimum Bulanan

Sumbangan bulanan minimum adalah RM100 untuk dewasa dan RM50 untuk kanak-kanak. Sumbangan bergantung kepada pilihan jumlah perlindungan asas, tempoh sumbangan dan kekerapan sumbangan. Kadar sumbangan berbeza mengikut umur, jantina, status merokok, kelas pekerjaan, keadaan kesihatan, tempoh sumbangan umur matang.

Kelayakan Umur

1 hingga 70 tahun pada tarikh lahir akan datang

Nota: Untuk umur tamat tempoh pada 70 tahun, usia kemasukan maksimum adalah 60 tahun pada hari lahir akan datang.

Tamat Tempoh Perlindungan

20 tahun atau umur 70 , 80, 90 atau 100 tahun

Jumlah Perlindungan Minimum

RM250,000

Manfaat Matang

Nilai dari Akaun Unit Perlindungan (PUA) dan Akaun Unit Pelaburan (IUA), jika ada.

Manfaat Kematian

Mana-mana yang lebih tinggi antara yang berikut:
a) Jumlah Perlindungan Asas; atau
b) Jumlah amaun dalam Akaun Unit Perlindungan (PUA)

ditambah baki dari Akaun Unit Pelaburan (IUA) jika ada.

Manfaat Hilang Upaya Kekal & Menyeluruh

Jumlah Perlindungan untuk Hilang Upaya Kekal dan Menyeluruh

Nota: Jika berlaku Hilang Upaya Kekal dan Menyeluruh sebelum tamat tempoh atau sebelum umur 70 tahun. Tertakluk pada jumlah maksimum RM8,000,000 bagi setiap orang yang dilindungi.

Pelepasan Cukai

Untuk PruBSN WarisanPlus, anda boleh menuntut pelepasan cukai insurans yang berkaitan, tertakluk pada terma dan syarat Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).

Ciri-ciri

1. Jumlah perlindungan yang tinggi untuk kelangsungan hidup keluarga yang lebih lama
Dengan nilai perlindungan minimum setinggi RM250,000 dari PruBSN WarisanPlus, keluarga anda akan dapat mengekalkan gaya hidup semasa dan membantu anda melangsaikan hutang apabila anda meninggal dunia atau mengalami Hilang Upaya Kekal dan Menyeluruh (TPD).

2. Perlindungan yang boleh diubah suai dengan sumbangan yang berpatutan
Tidak ada satu pelan perlindungan yang lengkap dengan kesemua ciri. Dengan PruBSN WarisanPlus, anda boleh sertakan rider berpandukan keperluan anda.

3. Perlindungan penyakit unik
Menerima pampasan apabila anda didiagnos atau dimasukkan ke wad disebabkan penyakit berjangkit bergantung kepada kategori berikut:
KATEGORI A: RM5,000/diagnosis/penyakit
• Measles
• Chikungunya Fever
• Hand Foot Mouth Disease
• Typhoid Fever
• Rabies

KATEGORI B: RM10,000/dimasukkan ke hospital/penyakit
• Zika Virus
• Ebola
• MERS-CoV
• SARS
• Malaria
• Creutzfeldt - Jakob Disease
• Influenza A - Avian Influenza AH7N9 & AH5N1
• Nipah Virus Encephalitis
• Japanese Encephalitis

4. Hibah
Jamin mereka yang anda sayang dengan menamakan mereka sebagai penerima. Mereka akan menerima manfaat kematian tanpa melalui prosedur pewarisan harta yang berpanjangan.

5. Bantuan perbelanjaan pengebumian
Meringankan beban keluarga anda apabila mereka menerima RM3,000 daripada manfaat Khairat.

6. Peluang pelaburan
Anda boleh memilih daripada 7 jenis Dana berkaitan Pelaburan yang memenuhi keperluan risiko anda untuk meningkatkan nilai tunai dengan potensi pulangan.

7. Permohonan yang mudah
Tidak perlu melalui pemeriksaan perubatan untuk menikmati jumlah perlindungan asas sehingga RM2 juta.

8. Pilihan untuk melanjutkan perlindungan sehingga umur 100 tahun.
Anda boleh melanjutkan tempoh perlindungan sehingga umur 100 tahun melalui pilihan Tempoh Lanjutan Sijil, tertakluk pada sumbangan tambahan yang diperlukan.

9. Melangkaui Semangat Takaful
Membolehkan anda membantu golongan keluarga miskin tegar dan miskin untuk dilindungi dengan perlindungan takaful keluarga asas.

Lampiran Riders

Hajj Protection
Level Term
Contributor Parent Protect
Contributor Parent Saver
Contributor Protect
Contributor Saver
Contributor Spouse Protect
Contributor Spouse Saver
Crisis Shield
Crisis Protector
Takaful Saver
Takaful Saver Kid
Ihsan

Nota Penting

Ini adalah penerangan ringkas mengenai produk. Untuk butiran lengkap seperti terma-terma dan syarat-syarat yang terperinci, sila rujuk kepada dokumen sijil anda.

Anda seharusnya berpuas hati bahawa produk ini mampu memenuhi keperluan anda dan sumbangan yang dibayar di bawah sijil ini merupakan jumlah yang anda mampu bayar.

KAWASAKI DESEASE MENYERANG KANAK-KANAK

  Pengalaman Ibu dengan Penyakit Kawasaki – Qaisara Nama penyakit nampak lawak, tapi hakikatnya Kawasaki Disease ni sangat bahaya. Ia radang...