"Encik, saya nak keluarkan duit suami saya. Suami saya meninggal dunia 2 bulan lepas. Simpanan saya dah habis."
"Boleh puan, ada bawa sekali surat kuasa?"
"Ada encik." *Si isteri perlahan-lahan keluarkan sijil kematian suaminya.
"Ini surat kematian puan. Saya perlukan surat kuasa untuk bantu puan keluarkan semua duit arwah suami puan. Tak boleh keluarkan duit tanpa surat kuasa".
——————————————————
Nak dapatkan surat kuasa pun bukannya ambil masa sehari dua. Minima 6 bulan. Bergantung juga pada kes tertentu.
Isteri dapat 1/8 sahaja. Bukan sepenuhnya.
Rumah ada hutang, nak dihibahkan waktu hidup. Tak boleh. Sebab rukun tak lengkap.
Tahu kad password kad ATM, nak keluarkan. Tak boleh. Takut termakan hak orang lain.
Pergi ke pusaka Amanah Raya, kena tolak. Rupanya sebab pergi salah tempat. Kena pergi pusaka kecil. Lama dah tunggu beratur di Amanah Raya.
Dah sampai pusaka kecil, semua waris susah nak berkumpul. Alamak, isteri yang dah kehabisan wang simpanan tadi, tak tahu makan apa.
Dapat kumpulkan waris, ada yang melawan tidak bersetuju pula. Tunda lagi. Duit tak ada dah ni, anak-anak kena makan. Tak ada siapa nak hulur bantuan.
Dah selesai semua bersetuju, kena tunggu lagi. Tak tahu berapa lama nak selesai. Perut maknya boleh tahan, perut anaknya terpaksa berlapar. Isteri yang sebelum ni suri rumah untuk jaga anak, terpaksa keluar kerja. Tak ada siapa jaga anak.
Bila anak tak ada siapa tengok, mulalah anak mencuba perkara baru. Sibuk menyalahkan ayah yang telah meninggal dunia, sebab tak tinggalkan harta untuk mereka sambung kehidupan. Sibuk menyalahkan ibu, sebab sibuk diluar mencari makanan.
Pernah salah seorang guru saya berkongsi. Pengurusan kewangan ni, bukannya nak bawa duit masuk kubur. Tapi nak bawa doa anak yang soleh tu masuk kubur, sedekah yang berpanjangan atas nama kita bila kita wasiatkan untuk sedekah.
Sebab itu pentingnya pengurusan harta sebelum meninggal dunia. Mati itu pasti.
Kalau dah rancang awal, kita dah lakukan yang terbaik . Sepanjang proses, si isteri ada duit untuk beri anak-anak makan. Isteri ada pilihan untuk bekerja atau tidak.
Anak-anak sayang pada ayah mereka. Doa tak tinggal untuk kesejahteraan ayah yang telah meninggal dunia.
Segala apa yang kita buat hari ni, kesannya bukan hari ni. Tapi entah bila nanti.
Dah baca, bertindak sekarang. Fikir apa lagi?
❤️HIBAH adalah cara mudah utk diberikan kepada isteri setelah suami hilang upaya kekal atau suami meninggal terlebih dahulu..❤️
Fiza Hasan
Muqmeen Group
Prudential BSN Takaful
0124513311
No comments:
Post a Comment