Tuesday, January 19, 2016

DEHIDRASI DAN STROK HABA

Dalam entry yang sebelum ini, ada fiza cerita beberapa tips minum air yang mencukupi (3liter). Hari ni nak kongsi mengenai Strok Haba dan apa itu Dehidrasi. Pernah dengar Strok Haba? Pasti pernah kan sbb sekarang ni memang kecoh dah dengan keadaan cuaca panas tak menentu.

Sebelum itu, kita tengok dulu apa itu DEHIDRASI?




Dehidrasi merupakan situasi di mana badan kita kekurangan air, dan ianya boleh memudaratkan kesihatan sekiranya dibiarkan berlarutan. Keadaan pening, keletihan, mudah marah dan bibir kering adalah di antara tanda-tanda yang paling ketara apabila seseorang sedang mengalami dehidrasi tahap pertama.  Manakala keadaan yang lebih teruk sehinggakan ke tahap berlakunya  kekejangan otot, tekanan darah yang rendah, pengsan, kadar nadi yang lemah disertai dengan  pernafasan  tercungap-cungap yang boleh membawa kepada serangan penyakit jantung.

Badan kita sangat memerlukan air untuk membantu anggota tubuh berfungsi secara berkesan.  Tahu tak, Otak kita adalah 75 peratus air manakala darah, tulang dan otot-otot masing- masing mewakili sebanyak 92, 22 dan 75 peratus air

Air penting untuk pernafasan dan mengawal atur suhu badan.  Air yang cukup juga penting bagi melindungi dan ‘melapik’ organ-organ utama termasuklah sendi tulang.  Di samping itu, air membawa nutrien (zat makanan) dan oksigen ke semua sel dalam badan serta membantu tubuh menyerap nutrien

Air menukar makanan kepada tenaga dan menyingkirkan bahan-bahan sisa yang tidak dikehendaki.

Untuk hidrasi, kita disarankan agar minum pelbagai jenis cecair termasuk air, susu, minuman isotonik, jus buah-buahan, sup, minuman dengan rasa buah-buahan atau mengambil buah-buahan serta sayur-sayuran segar dalam jumlah cecair dibenarkan, mengikut saranan.

Minuman isotonik memang mempunyai peranannya yang tersendiri di dalam hidrasi terutamanya bagi mereka yang mengamalkan gaya hidup aktif.


Apakah itu STROK HABA?




Strok haba atau heat stroke adalah sejenis penyakit yang berkaitan dengan haba. Ia adalah kategori yang paling serius. Penyakit ini dianggap satu kecemasan kerana boleh mengancam nyawa disebabkan kegagalan mekanisme peraturan suhu badan (thermoregulation).

Ciri utama strok haba ialah ketinggian melampau suhu badan (hipertemia) dan berkaitan rapat dengan kegagalan sistem termorgulasi saraf dan organ dimana kebiasannya, proses berpeluh dan penyejatan peluh memudahkan penyejukan badan.

Pada suhu ekstrem yang melebihi 90 ° F (32.2 ° C), jumlah haba yang dihasilkan melebihi kesan penyejukan penyejatan peluh. Kelembapan persekitaraan yang mencapai 100 peratus menyusahkan penyejatan peluh dan badan kehilangan keupayaan untuk menghilangkan haba.

Akhirnya suhu badan meningkat, membawa kepada penyahhidratan yang teruk, bengkak tisu otak, tekanan darah rendah, kerosakan organ, dan mungkin kematian.



ermm..dalam keadaan cuaca sekarang eloklah menum air yang banyak2 yer..

No comments:

SEDIAKAN HIBAH TAKAFUL ATAU TUNAI SEGERA SEHINGGA RM500,000 KEPADA YANG TERSAYANG

HANYA RM100 SEBULAN UNTUK PAMPASAN MINIMA RM350,000 DAN BERGANDA UNTUK KELUARGA ANDA.. Risiko ada dimana-mana. Tidak kira tua ataupun muda. ...