Monday, January 18, 2016

5 TIPS HABISKAN 3LITER AIR SEHARI

Assalamualaikum semua..

Dah masuk minggu 4 Januari..cepat masa berlalu kan..kalau kawan2 perasan cuaca sekarang ni sangat2 tak menentu. Macam kat tempat fiza ni, kejap hujan, kejap panas. Kalau panas tu memang terlampau sangat. Time ambil anak sekolah tu lah terasa sangat..kesian budak berjalan tengah panas..huhu

Hari ni nak kongsi ckit tips minum air kosong/putih yang mencukupi.  Asasnya, kita disarankan untuk minum sebanyak lapan gelas air sehari. Teori ini sememangnya sangat mudah kan. Nampak mudah tetapi adakah mudah juga untuk kita praktikkan? Fiza sendiri pun kadang2 dalam sehari tak pernah cukup 8 gelas.

Walaubagaimanapun, kita memang perlu amalkan sbb ianya merupakan keperluan asas untuk melancarkan sistem badan kita untuk terus berfungsi. Sebagai contoh, air memainkan peranan utama dalam pembuangan toksin dari badan, merupakan ejen pengangkutan kepada sel-sel badan dan menstabilkan persekitaran pada telinga, mata dan juga bahagian kerongkong manusia. 



Jom kita tengok beberapa tips yang fiza cuba amalkan. Mana tau kawan2 juga boleh amalkan.

1. Minum Menggunakan Botol (500ml/1.5liter)
  • yang ni memang mudah bagi fiza tau sebabnya minum dengan botol ni rasa kejap jer habis airnya berbanding menggunkan gelas.  Bila tuang air putih dalam gelas rasa macam " alamak bykny!"..hihi
  • biasanya fiza gunakan botol mineral yang 1.5liter. Dari subuh sampai la dalam pukul 1 ptg mcm tu, akan cuba habiskan sebotol.  Ptg hingga malam botol berikutnya.. In sha Allah memeang berkesan.



2. Minum tiap kali lepas Solat

  • Bagi kita umat islam, cuba kita biasakan minum segelas air selesainya selepas kita bersolat.  Solat 5 waktu kan..jadi dah cukup 5 gelas sehari..so waktu2 lain cukupkan 3 gelas lagi. petua ni pun memang menjadi.

3. Gunakan cawan/gelas menarik
  • yang ni cuba praktikkan untuk anak2 kita. Kadang2 diaorg ni memang susah sangat nak minum air putih. Jadi dengan cawan/gelas yang menarik mungkin mereka akan lebih tertarik kan..hihi

4. Letakkan hirisan Lemon dalam air kosong/putih

  • kalau yang ni memang fiza tak tinggal sbbnya air putih kan..bukannya sedap..haha..bila letak lemon akan rasa la ckit air tu..korang boleh cuba tau.


5. Bawa Air mineral ke mana shj
  • bila keluar rumah, pastikan air dibawa kemana pun kita perlu. Senangkan, bila dahaga boleh minum. Amalkan membeli hanya air mineral. 

Inilah beberappa tips yang seringkali fiza amalkan utk tatapan semua. kalau ada tips yang lagi best jgn lupa share tau. 


TQ for reading

No comments:

SEDIAKAN HIBAH TAKAFUL ATAU TUNAI SEGERA SEHINGGA RM500,000 KEPADA YANG TERSAYANG

HANYA RM100 SEBULAN UNTUK PAMPASAN MINIMA RM350,000 DAN BERGANDA UNTUK KELUARGA ANDA.. Risiko ada dimana-mana. Tidak kira tua ataupun muda. ...