Friday, October 29, 2010

My Dear Warehouse Sale

pagi td pegi warehouse sale nak cari walker....decide nak beli walker sbb skrg ibu langsung xleh nak gerak..msk pun terpaksa dukung sikecik ni...harap2 ok la kan..lagipun rumah kecik je senang nak pantau....

nti ibu update pic & story pasal warehouse tu & apa terjadi masa balik dari situ....huhuhu

28 October – 7 November 2010 : My Dear Warehouse Sale

28 October – 7 November 2010 : My Dear Warehouse Sale

28 October to 7 November 2010

My Dear Warehouse Sale

Baby & Children Products

Products Offered

High Chair

Bouncer

Stroller

Walker

Carseat

and more

Terms

Cash and Credit Cards

Time: 9am – 7pm

Location (Tel: 603 8060 0093/95)

34 Jalan Meranti Jaya 10

Meranti Jaya Industrial Park

47120 Puchong

Selangor Darul Ehsan Malaysia

Wednesday, October 27, 2010

BEST DEAL PACKAGE!!

BEST DEAL PACKAGE!!! (RM20-30)

JOM MASUK SINI Galeri Sri Anggun







PACKAGE of 5 (1-4, 11)
5pcs Shawl x RM8 = RM40
+ Inner = RM7
Postage = RM6

Normal Price: RM53
NOW: RM30 (save RM23)

****************************

PACKAGE 0f 3 (5-10, 12)
3pcs Shawl x RM8 = RM24
+ Inner = RM7
Postage = RM6

Normal Price: RM37
NOW: RM20 (save RM17)

*** PAKEJ YG DAH SOLD OUT DAH DI KELUARKAN DR BLOG

Tuesday, October 26, 2010

Nokia E5

yes,...akhirnya dpt jugakk...tq to my beloved hubby...wink2
katanya hadiah anniversary + birthday...huwaaaaaaa..baru bagi ke???xpe lah...yang pasti best2...
dah setahun lebih pakai nokia 1208 tu sejak kehilangan SE yg disayangi....huuhu







# sebenarnya saya teringin iphone 4G la.....(En.Yusmawi tolong ambil perhatian ye...hahaaaa..mau kena pelempang kang...)







Monday, October 25, 2010

Ingatkan RM10,000...


ermm...xde apa nak story...hari ni dpt cek dari Maxis...ntah apa2 la Maxis ni...biasanya bulan2 byr bil mmg selalu lebih pun..xde plak dia bagi cek..tolak utk next bill je..kali ni sampai cek plak..huhuhu..nakgi cheque deposit pun rasa lemah je bila tgk angka yang tak seberapa tu....kena sembunyi2 ckit la jgn bagi org nampak' hahaha (wink2)...

# tunggu cek dari Nuffnang plak...baru je 2hari lps cash out' (walahhhhhhhh)

Friday, October 22, 2010

update 6bln + solid food

smlm gi klinik KJ..utk inject 6bln (brp hari jer lagi)..JM ckp dah leh bagi mkn..
dah 2hari ibu start bagi mkn...ibu masak bubur nasi (beras yang diblend) + kentang (tanpa apa2 perisa)...sedapnya..nyum2...HI tak abis tp ibu yang habiskan...kakakaka

tp HI xberapa nak makan..dia buat muka pelik je bila disuap kemulut...siap kerut dahi2...haha..

balik dr klinik..dah sampai dlm rumah..tiba2 je HI mengamuk..nangis non stop sambil hisap jari..lapar la tu...terus nak bagi nenen tp dia tolak' ermmm..xnak direct kot...kuarkan EBM & panaskan...sambil2 tenangkan dia..bila letak je nangis lagi..terpaksa la sebelah tangan je buat keja..sebelah lagi kendong dia.......huhu

dah siap semua...bagi botol..xnak jugak..aduhhhh..apa yang tak kena ni sayang...isap jari mcm nak telan jari2 tu...

ibu teringat bubur yang ibu masak lps subuh tadi...ermmm...apa lagi..masukkan dalam bekas..letak HI dalam bumboo seat...ibu suapkan ke mulut yang tgh nganga tu...

wahhhhhhhhh...lajunya dia makan...sampaikan tengah2 suap tu dia dah sendawa...tu pun nak lagi...hahaha...alahai sayang ibu..lapar ye...apa la ibu ni?#$%*&

ptg bagi lagi sekali...wahh..lajunya dia mamam..berselera ibu tgk....wink2

Tuesday, October 19, 2010

Jangan pandang remeh bayi lambat bercakap

2010/10/18

KOTA BHARU: Ibu bapa dan penjaga di negara ini dinasihat supaya tidak memandang remeh terhadap bayi mereka yang lambat bercakap kerana ia mungkin petanda awal bayi berkenaan mengalami pekak.

Pengarah Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II), Datuk Dr Ghazali Hasni Md Hassan, berkata walaupun kebanyakan ibu bapa mengganggap lambat bercakap adalah perkara biasa terhadap sesetengah bayi, tidak semua bayi bernasib baik.

"Bayi yang lambat bercakap atau biasa disebut 'berat mulut' sebenarnya perlu diberi perhatian. Sepatutnya usia satu tahun sudah boleh mengeluarkan bunyi yang sepatutnya walaupun tidak jelas.

"Banyak dalam kalangan masyarakat anggap berat mulut perkara biasa dan apabila anak itu masuk usia tiga tahun tapi masih belum bercakap, ia boleh dianggap sudah terlewat dan kanak-kanak itu mungkin akan menjadi pekak dan seterusnya bisu kerana tidak pernah mendengar orang lain bercakap dan berkomunikasi," katanya di sini hari ini.

Dr Ghazali Hasni berkata, bayi yang dikesan lambat bercakap perlu dibawa ke hospital untuk pemeriksaan segera bagi memastikan bayi berkenaan tiada masalah pendengaran.

Katanya, rawatan sebaik-baiknya dilakukan sebelum usia lima tahun kerana selepas usia itu kanak-kanak mungkin tidak lagi mampu memanfaatkan alat pendengaran yang diberi.

Beliau berkata, penduduk pantai timur dan Kelantan khususnya, mempunyai kemudahan untuk membuat pemeriksaan dan rawatan telinga termasuk pembedahan khas yang dikenali sebagai Cochlear Transplan di HRPZ II dengan kos yang ditanggung sepenuhnya oleh kerajaan.
"Di HRPZ II, kami menyediakan rawatan telinga khas iaitu Cochlear Implant Services untuk membantu bayi atau kanak-kanak yang pekak ini. Ia adalah sejenis implan yang ditanam di dalam telinga dan akan kekal sepanjang hayat," katanya.

Beliau berkata, kos bagi satu alat itu mencecah RM70,000 tidak termasuk kos pembedahan dan sehingga kini pembedahan yang bermula pada tahun 2009 itu telah membantu lapan kanak-kanak pekak di negeri ini menjalani kehidupan normal. - BERNAMA

Sunday, October 17, 2010

KELEBIHAN AIR ZAM-ZAM

Ahli sains Jepun mengakui setitik air zam-zam memiliki khasiat lebih dari seribu titik dari air biasa.Walaupun telah diolah dengan pelbagai cara dan dengan peralatan yang canggih tetapi tetap tidak dapat menandingi khasiat yang terdapat pada air zam-zam. Air zam-zam adalah berkhasiat, berkat, bersih dan Penawar paling mujarab anugerah Allah S.W.T

Telaga Zamzam ialah telaga biasa yang terletak di dalam Masjidil Haram diMakkah, hampir dengan Kaabah, tempat paling suci dalam Islam.

Telaga zam-zam merupakan satu-satunya sumber air bersih dari bawah tanah di Mekah satu ketika dahulu. Umat Islam sangat mengambil berat tentang air zamzam ini untuk air wuduk dan perubatan.

Adab Minum Air Zam-Zam

Bagaimanapun, tidak ramai yang tahu bahawa air zamzam mempunyai beberapa adab dan peraturan sebelum diminum. Hal ini dinyatakan Abdullah Abi Mulaikah. Katanya: "Seorang lelaki menemui Ibnu Abbas yang kemudian bertanya: "Tuan datang daripada mana?". Lelaki itu menjawab ringkas: "Saya baru lepas minum air zamzam." Saya bertanyakah perkara ini: "Adakah tuan minum mengikut dengan cara yang sepatutnya?.

Lelaki itu tidak menjawab sebaliknya bertanya hal berkenaan kepada Ibnu Abbas yang berkata: “Apabila minum air zamzam hendaklah kita menghadap kiblat, sebutkan nama Allah dan bernafas di dalam bijana kemudian baru teguk lagi. Bacalah pujian terhadap Allah selepas tamat segala urusan. Jelas sekali air zam-zam mempunyai nilai kepentingan yang tiada tolok bandingan.

molekul air zam-zam
indahnya..molekul air zam-zam

Saturday, October 16, 2010

Batuk...& Batuk lagi...

dah lebih sebulan HI batuk tak baik2...pagi td ibu bawa gi pakar utk 3rd time..
Paed.. inform saluran pernafasan dia agak sempit..sbb tu lambat baik..

1st time HI sedut oksigen pagi td..dia diam je..dipandangnya muka asst doc sambil sengeh2...gud boy:)

then jumpa dr lagi..dia ckp dah makin better sbb sstgh budak kena 2-3 kali sedut baru nak ok
so dia check semua xde apa..semua ok..cuma ibu kena pastikan habuk2/asap2 rokok & etc tak sampai ke hidung HI...hopefully..

dr inform lagi possibility HI ada asthma tp % masih rendah la..sbb baby lagi so xde la dipanggil asthma...lps ni kalau teruk lagi myb kena warded..omg!!!...harap2 tidak la ye sayang...

semoga cepat sembuh ye sayang...

Ucapan Bajet 2011 oleh Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan, Datuk Seri Najib Razak di Dewan Rakyat

SAYA mohon mencadangkan supaya Rang Undang-undang bertajuk 'Suatu Akta bagi menggunakan sejumlah wang daripada Kumpulan Wang Disatukan untuk perkhidmatan bagi tahun 2011 dan bagi memperuntukkan wang itu untuk perkhidmatan bagi tahun itu' dibaca bagi kali kedua.

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani, firmannya: “Dan carilah pada apa yang telah dianugerahkan Allah kepadamu yakni kebahagiaan negeri akhirat, dan janganlah kamu melupakan bahagianmu dari kenikmatan duniawi dan berbuat baiklah kepada orang lain seperti Allah telah berbuat baik kepadamu, dan janganlah kamu berbuat kerosakan di muka bumi”. - (Surah Al-Qasas, ayat 77)

Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran dan segala kepujian dipanjatkan ke hadrat Allah Subhanahu Wa Taala yang telah mengizinkan saya, membentangkan Bajet Negara bagi 2011. Sesungguhnya, ini bukan bajet yang lazim. Bajet ini amat bermakna sebagai helaian pembuka tirai kepada pusingan akhir ke arah Wawasan 2020 yang bakal menjelang kira-kira 3,365 hari atau 9 tahun 2 bulan dan 17 hari lagi.

Justeru, pada petang Jumaat yang mulia ini, penghulu segala hari, saya akan meletak bata-bata pengmuktamad serta memahat paku-paku pelengkap sekali gus menaikkan layar Bahtera Malaysia menuju ufuk negara maju. Hakikatnya, sejak 18 bulan lalu kerajaan telah mempersiapsiagakan ceracak yang kukuh sebagai asas lonjakan seterusnya kepada perjalanan Malaysia menjadi negara maju berpendapatan tinggi.

Sesungguhnya, bajet ini digubal dengan penuh keazaman untuk mendokong perubahan besar kepada kemajuan negara dan kesejahteraan rakyat. Proses transformasi ini dilaksanakan secara holistik meliputi aspek ekonomi, sosial dan politik.
Bajet 2011 mendakap semangat dan realiti pentadbiran terkini yang mengangkat Konsep 1Malaysia sebagai falsafah induk yang memandu hala tuju negara. Pelan Transformasi Kerajaan atau GTP dan Pelan Transformasi Ekonomi yakni ETP pula menjadi Peta Panduan. Enam NKRA, Model Baru Ekonomi dengan lapan terasnya pula membentuk Kerangka Kerja kepada arah tuju tersebut. Seterusnya, perinciannya sedang dan akan diterjemah melalui Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMKe-10) dan Rancangan Malaysia Kesebelas.

Sememangnya, seperti yang saya sering utarakan, era kerajaan tahu segalanya sudahpun berakhir. Lantaran, dalam menggubal bajet ini, kerajaan telah merundingi dan mengambil kira pandangan pelbagai pihak terdiri daripada sektor awam, sektor swasta, focus group, sumbangan media massa, cadangan blog 1Malaysia serta sesi makmal.

Dengan demikian, saya ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat. Inilah kekuatan 1Malaysia, inilah berkat gabungan percambahan idea dan gandingan usaha gigih yang telah dicurahkan. Hati kuman sama dicicah, hati gajah sama dilapah.

Insya-Allah saya yakin kita akan dapat menangani pelbagai cabaran dan rintangan yang dihadapi. Bahkan, lebih daripada itu, bersama-sama kita pasti mampu keluar dari perangkap ekonomi berpendapatan sederhana serta melonjak ke tahap pembangunan yang jauh lebih tinggi.

Alhamdulillah, negara kita berjaya pulih daripada kemelesetan ekonomi dunia berikutan daripada langkah proaktif yang diambil oleh kerajaan dan pelaksanaan dua Pakej Rangsangan Ekonomi berjumlah RM67 bilion. Kejayaan langkah ini, terbukti dengan Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) berkembang pada 9.5 peratus bagi tempoh separuh pertama 2010, berbanding -5 peratus bagi tempoh sama tahun lalu. Prestasi ekonomi dunia, turut dijangka kembali pulih pada kadar 4.8 peratus berbanding -0.6 peratus pada 2009. Begitu juga dengan perdagangan antarabangsa, berkembang 11.4 peratus berbanding -11 peratus pada 2009.

Sementara di peringkat domestik, penunjuk utama turut mempamerkan pertumbuhan ekonomi kekal kukuh. Indeks Komposit Bursa Malaysia pula melonjak kepada 1,496 mata pada 14 Oktober 2010, antara tertinggi sejak Februari 2008. Hasil eksport juga memberangsangkan bagi tempoh lapan bulan pertama 2010, ia meningkat sebanyak 22 peratus dan import 28 peratus, khususnya, import barangan modal meningkat sebanyak 18 peratus.

Swasta perlu jadi penjana utama pertumbuhan

Kedudukan ringgit pula, semakin kukuh dengan kadar pertukaran bagi sedolar Amerika mencecah 3.0833 pada 14 Oktober 2010. Peningkatan 11 peratus sejak 31 Disember 2009, menjadikan ringgit antara mata wang yang paling teguh di rantau ini. Rizab antarabangsa negara kekal padu, berjumlah RM310.8 bilion atau AS$100.7 bilion pada 30 September 2010. Ia mampu membiayai 8.5 bulan import tertangguh dan 4.3 kali lebih tinggi daripada hutang luar jangka pendek negara.

Dengan perkembangan positif ini, kerajaan telah menyemak semula kadar pertumbuhan ekonomi negara bagi 2010 kepada 7 peratus, berbanding 6 peratus sebelum ini. Ia, jauh lebih tinggi berbanding -1.7 peratus pada 2009. Prestasi memberangsangkan ini, akan diupaya oleh peningkatan pengeluaran sektor pembuatan yang berkembang pada 10.8 peratus, perkhidmatan 6.5 peratus dan pembinaan 4.9 peratus, manakala perbelanjaan pelaburan dan penggunaan swasta, masing-masing 15.2 peratus dan 6.7 peratus serta eksport 11.6 peratus.

Bagi 2011, pertumbuhan ekonomi dan perdagangan dunia dijangka sederhana sebanyak 4.2 peratus dan 7 peratus. Selaras dengan itu, pertumbuhan ekonomi negara dijangka meningkat pada kadar 5 hingga 6 peratus. Walau bagaimanapun, kerajaan akan berusaha sedaya mungkin, untuk mencapai pertumbuhan 6 peratus. Pertumbuhan ini akan didorong oleh pelaburan swasta sebanyak 10.2 peratus, penggunaan swasta 6.3 peratus dan eksport 6.7 peratus. Sektor pembuatan pula kekal menerajui pertumbuhan, berkembang 6.7 peratus dan perkhidmatan 5.3 peratus.

Pendapatan perkapita bertambah 6.1 peratus kepada RM28,000. Pendapatan perkapita mengikut kuasa beli pariti meningkat kepada AS$16,000 . Unjuran ini mengambil kira paras inflasi yang sederhana pada 2 hingga 3 peratus dan kadar pengangguran kekal rendah pada 3.5 peratus.

Tuan Yang di-Pertua,

Menyongsong strategi Bajet 2011 demi mencapai status negara maju yang diaspirasikan, kita tidak boleh lagi terpenjara dengan kelaziman. Kita mesti menerjang keluar dari belenggu pemikiran dan cara kerja yang biasa. Pucuk pangkalnya, kejayaan menuntut kepada perubahan dan pembaharuan. Ia tidak boleh lagi berdikit-dikit tetapi menghambat lonjakan mega. Ternyata, apa yang dihadapkan kepada kita sangat jelas. Perubahan bukan lagi satu opsyen. Ia satu imperatif. Berubah atau kita akan ketinggalan.

Hatta, tawarikh menyaksikan, kita sudah melakukan perubahan dan pembaharuan, kita berjaya mentransformasikan Malaysia daripada negara pertanian hingga menjadi antara negara pengeksport terbesar di dunia. Dari itu, cabaran generasi kepemimpinan hari ini adalah untuk membuat lonjakan seterusnya. Ia bukanlah satu kemustahilan. Dengan perancangan yang rapi seperti ini dan strategi yang jelas, mudah-mudahan kita akan berjaya.

Dalam pada itu, pola perdagangan luar semakin mencabar, manakala saingan menarik modal antarabangsa kian sengit. Tambahan lagi, persekitaran ekonomi global kini, pantas bertukar. Dalam keadaan ini, sektor swasta perlu menyahut cabaran untuk menjadi peneraju pertumbuhan ekonomi yang lebih dinamik, kreatif dan inovatif. Mereka perlu lebih berani mengambil risiko, dan berani, merebut peluang yang ada. Yang pentingnya, Kerajaan akan menyediakan ekosistem yang terbaik bagi memastikan perkara ini boleh diterjemahkan.

Justeru, bajet ini akan memberi tumpuan kepada usaha mentransformasi Malaysia, menjadi negara maju berpendapatan tinggi, berpembangunan inklusif dengan pertumbuhan mapan diterajui sektor swasta serta mendahulukan kesejahteraan rakyat. Bertemakan “Transformasi Ke Arah Negara Maju Berpendapatan Tinggi”, Bajet 2011, ini akan menumpu kepada empat strategi utama berikut:

Pertama: Mendaya Kembali Pelaburan Swasta;

Kedua: Membangunkan Modal Insan;

Ketiga: Mensejahterakan Hidup Rakyat; dan

Keempat: Memantapkan Penyampaian Perkhidmatan Awam

Strategi pertama adalah mendaya kembali pelaburan swasta. Hari ini, kita dapati Kerajaan memainkan peranan yang signifikan dalam menjana ekonomi negara. Corak pertumbuhan ini berlaku ekoran krisis kewangan 1997/1998. Sudah tiba masanya sektor swasta kembali bertindak sebagai enjin pertumbuhan seperti mana prakegawatan. Sehubungan itu, kerajaan telah membuat pengumuman dan percaturan supaya RMKe-10 yang bermula pada 2011 mengetengahkan lagi peranan sektor swasta. Pada 2011, kerajaan menganggarkan jumlah nilai semasa pelaburan swasta akan berkembang 12.5 peratus kepada sebanyak RM86 bilion. Di samping itu, pelaksanaan 12 National Key Economic Area (NKEA) dijangka menjana pelaburan bernilai lebih RM1.3 trilion atau AS$444 bilion dan mewujudkan 3.3 juta peluang pekerjaan sepanjang tempoh pelaksanaannya. Daripada jumlah ini, 92 peratus akan dibiayai oleh sektor swasta dan bakinya oleh kerajaan.

Dalam konteks ini, kerajaan akan mempergiatkan lagi inisiatif Projek Perkongsian Awam-Swasta atau PPP bertujuan meningkatkan penyertaan sektor swasta dalam kegiatan ekonomi. Pelaksanaan projek PPP dengan peruntukan kerajaan disediakan sebagai tipping point untuk membangunkan infrastruktur sokongan bagi membolehkan projek yang diterajui sektor swasta menjadi lebih berdaya maju. Sehubungan itu, beberapa projek PPP telah dikenal pasti dalam RMKe-10 akan mula dilaksanakan pada tahun hadapan dengan kos pelaburan swasta RM12.5 bilion. Kerajaan pula akan menyediakan peruntukan sebanyak RM1 bilion daripada Dana Mudahcara. Antara projek PPP yang terbabit adalah:

Pertama: Pembinaan Lebuhraya seperti Lebuhraya Bertingkat Ampang-Cheras-Pandan, Lebuhraya Guthrie-Damansara, Lebuhraya Damansara-Petaling Jaya, Lebuhraya Pantai Barat Banting-Taiping, Lebuhraya Sungai Dua-Juru dan Lebuhraya Paroi-Senawang-KLIA;

Kedua: Pembinaan Loji Janakuasa Kitar Padu Gas 300 mega watt di Kimanis, Sabah bagi menambah kapasiti bekalan elektrik untuk memenuhi permintaan yang semakin meningkat; dan

Ketiga: Projek pembangunan kesihatan seperti Hospital Pengajian Universiti Islam Antarabangsa, Malaysia di Kuantan, Pahang, Hospital Wanita dan Kanak-kanak serta Kompleks Institut Penyelidikan Kesihatan Bersepadu, di Kuala Lumpur.

Sebuah lagi projek PPP yang dikenal pasti ialah Academic Medical Centre. Projek ini adalah usaha sama antara Academic Medical Centre Sdn. Bhd. dengan Johns Hopkins Medicine International dan Royal College of Surgeons Ireland. Projek ini membabitkan pelaburan swasta sebanyak RM2 bilion.

Tuan Yang di-Pertua,

Mutakhir ini, kita telah mula menyaksikan kembalinya peranan sektor swasta dalam ekonomi melalui beberapa projek strategik berimpak tinggi. Contohnya, 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dengan kerjasama Mubadala Development Company (Mubadala), syarikat pelaburan Kerajaan Abu Dhabi telah bersetuju membangunkan Daerah Kewangan Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIFD) bermula tahun hadapan dengan nilai anggaran sebanyak RM26 bilion. KLIFD akan menempatkan secara bersepadu, bank utama antarabangsa dan firma perkhidmatan kewangan profesional termasuklah pakar syariah. Apa yang mustahak adalah, pembangunan strategik sebegini akan terus menempatkan Malaysia sebagai hab kewangan Islam terulung di dunia. Kerajaan bersedia untuk menimbangkan pakej insentif yang menarik sebagai galakan untuk mereka yang melabur di KLIFD kelak.

Seterusnya, transit aliran berkapasiti tinggi (MRT) di Greater KL (Lembah Klang) akan dilaksanakan mulai tahun hadapan. Projek ini dengan anggaran kos pelaburan swasta kira-kira RM40 bilion dijangka siap sepenuhnya menjelang 2020 akan menambah kadar kepenggunaan pengangkutan awam sekurang-kurangnya 40 peratus. Projek MRT dijangka menyediakan pengangkutan awam yang efisien dan selesa serta pengguna dapat menuju ke destinasi dengan pantas. Sistem MRT ini juga akan memperhebatkan jaringan hubungan di Lembah Klang dan diintegrasikan dengan mod pengangkutan yang lain seperti bas dan teksi.

Sebuah lagi projek utama yang akan dilaksanakan adalah pembangunan tanah Lembaga Getah Malaysia di Sungai Buloh seluas 2,680 ekar. Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) akan melaksanakan pembangunan bercampur membabitkan kediaman mampu milik, perdagangan, industri serta kemudahan prasarana. Keseluruhan pembangunan ini, dianggarkan bernilai RM10 bilion, dan dijangka siap sepenuhnya menjelang 2025.

Di sudut yang lain, kita berasa sungguh berbangga, bahawa, ke mana saja kita pergi, semua orang mengetahui mengenai Menara Berkembar Petronas yang menjadi ikon negara. Ia adalah satu monumen kepada semangat Malaysia Boleh. Hakikatnya, kekuatan negara adalah adunan dan bauran sejarah kelmarin dan harapan hari esok. Jadi, sebagai satu lagi mercu tanda kebanggaan negara menjelang 2020, Permodalan Nasional Berhad akan mula membangunkan projek bersepadu yang dinamakan Warisan Merdeka. Ia akan mengekalkan Stadium Merdeka, Stadium Negara dan pembinaan sebuah menara 100 tingkat yang tertinggi di Malaysia. Keseluruhan projek ini bernilai RM5 bilion, di mana, menaranya dijangka akan siap pada 2015.

Bagi menyokong dasar liberalisasi kewangan negara, Kerajaan akan terus berusaha mencergaskan lagi pasaran modal domestik dengan mengambil langkah berani, terutama mempelbagaikan produk pelaburan, meliberalisasi syarat pegangan ekuiti dan had pelaburan, menyediakan insentif yang lebih menarik serta meningkatkan kerjasama dengan bursa asing. Oleh itu, langkah berikut akan dilaksanakan:

Pertama: Syarikat Pelaburan Berkaitan Kerajaan (GLIC) akan mengurangkan pegangan saham dalam syarikat utama di Bursa Malaysia untuk meningkatkan kecairan dan halaju dagangan pasaran;

Kedua: GLIC akan dibenar meningkatkan pelaburan di luar negara bagi menerokai peluang pulangan pelaburan yang lebih baik. Sebagai contoh, KWSP yang mempunyai pelaburan antarabangsa sebanyak 7 peratus, akan ditingkatkan sehingga 20 peratus daripada jumlah aset diuruskan;

Ketiga: Penyenaraian anak syarikat Petronas dan MISC, iaitu Petronas Chemical Sendirian Berhad dan Malaysia Marine and Heavy Engineering Holdings Berhad akan menawarkan pegangan awam yang lebih tinggi pada tahun ini;

Keempat: Bursa Malaysia akan melancarkan sukuk dan bon konvensional untuk memenuhi permintaan pelabur runcit terhadap pelaburan pendapatan tetap untuk meningkatkan kerancakan pasaran bon;

Kelima: Suruhanjaya Sekuriti akan menawarkan tiga lesen syarikat broker saham baru kepada syarikat tempatan, asing atau usaha sama yang layak, untuk meningkatkan penyertaan pasaran runcit;

Keenam: Suruhanjaya Sekuriti akan menambahkan bilangan Proprietary Day Traders yang beroperasi di pasaran; dan

Ketujuh: Suruhanjaya Sekuriti juga akan mempermudahkan proses dan prosedur penyenaraian syarikat dan produk, terutamanya Dana Dagangan Bursa.

RM850 juta percepat pembangunan koridor, wilayah

Dalam nafas yang sama, pasaran modal Islam akan terus diunggulkan. Untuk tujuan ini, Bursa Malaysia akan membangunkan international board bagi membolehkan penyenaraian saham asing, termasuk produk patuh syariah.

Makanya, bagi terus menggalakkan inovasi dalam produk sekuriti Islam, Kerajaan mencadangkan perbelanjaan bagi menerbitkan sekuriti Islam yang menggunakan prinsip Murabahah dan Bai Bi-thaman Ajil berasaskan tawarruq diberi potongan cukai. Ini akan mengukuhkan kedudukan Malaysia sebagai pasaran sukuk utama dan mempromosi transaksi dalam Bursa Suq al-Sila, satu platform perniagaan komoditi patuh Syariah, yang pertama seumpamanya di dunia. Kerajaan juga mencadangkan sumbangan takaful bagi kredit eksport diberi potongan cukai dua kali.

Tuan Yang di-Pertua,

Dalam menggalakkan lagi inovasi menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi, modal teroka memainkan peranan penting terutama dalam sektor berteknologi tinggi seperti ICT, bioteknologi dan industri kreatif. Untuk tujuan ini, Kerajaan akan menyediakan Latihan Peningkatan Keusahawanan kepada 500 bakal teknopreneur dan menarik lebih ramai ‘angel investors’, kedua-duanya akan dikendalikan oleh Cradle Fund, sebuah anak syarikat Kementerian Kewangan. Manakala, Malaysian Technology Development Corporation (MTDC) pula akan diberi Dana Permulaan Perniagaan berjumlah 100 juta ringgit untuk memberi pembiayaan mudah dengan bayaran balik setelah syarikat menjana pendapatan. MTDC juga akan menganjurkan International Venture Capital Symposium pada tahun hadapan untuk memadan pemodal teroka asing dan tempatan bagi merancakkan lagi industri berteknologi tinggi.

Melangkah ke hadapan, sebagai penyertaan yang lebih bermakna dan mapan oleh golongan Bumiputera pula, Yayasan Amanah Hartanah Bumiputera akan memberi peluang kepada pemilikan Bumiputera dalam sektor hartanah komersial utama di bandar utama dalam negara. Bumiputera dapat melanggan dalam tabung pemilikan hartanah komersial kelas utama di Lembah Klang melalui skim pemilikan berkelompok. Untuk ini, Yayasan Amanah Hartanah Bumiputera akan melancarkan Skim Amanah Hartanah Bumiputera pada tahun ini dengan saiz bernilai RM1 bilion dan patuh syariah.

Untuk merancakkan lagi aktiviti pasaran modal, saya ingin mengumumkan kerajaan akan melancarkan Dana Pencen Swasta pada 2011. Dana ini akan memberi manfaat kepada pekerja sektor swasta dan mereka yang bekerja sendiri. Pelepasan cukai pendapatan sehingga RM6,000 sedia ada bagi caruman pekerja kepada KWSP diperluaskan untuk meliputi caruman yang dibuat kepada Dana Pencen Swasta termasuk caruman oleh mereka yang bekerja sendiri. Majikan juga akan diberi potongan cukai ke atas caruman yang dibuat bagi pihak pekerjanya. Ini akan memberikan pilihan kepada rakyat bagi melabur untuk hari tua mereka.

Industri Elektrik dan Elektronik (E&E) adalah penyumbang terbesar hasil eksport negara iaitu sebanyak 41 peratus atau RM228 bilion pada 2009. Namun begitu, industri E&E kita lebih tertumpu kepada aktiviti pemasangan. Kita sepatutnya menggunakan kelebihan pengalaman untuk mewujudkan syarikat E&E tempatan yang berdaya saing di peringkat antarabangsa. Oleh itu, sebanyak RM857 juta akan disediakan bagi syarikat tempatan yang melabur dalam aktiviti E&E bernilai tambah tinggi, terutama di Pulau Pinang dan Kulim High-Tech Park di Kedah.

Selain itu, industri minyak, gas dan tenaga adalah antara penyumbang utama kepada pendapatan ekonomi negara. Pada 2009, industri ini menyumbang 10.2 peratus kepada KDNK dengan pendapatan eksport bernilai RM56 bilion. Oleh kerana industri ini mempunyai potensi untuk dikembangkan lagi terutama aktiviti hiliran, kerajaan memperuntukkan sebanyak RM146 juta untuk sektor ini. Penubuhan Pusat Perkhidmatan dan Peralatan Minyak utama rantau Asia di Johor pula, membabitkan pelaburan swasta sebanyak RM6 bilion dalam tempoh 10 tahun. Bagi mengatasi kekangan bekalan gas pula, Petronas akan melaksanakan projek ‘regasification’ dengan kos pelaburan RM3 bilion di Melaka yang dijangka mula beroperasi pada 2012.

Tuan Yang di-Pertua,

Kerajaan komited untuk memajukan teknologi hijau bagi menjamin kelestarian pembangunan negara. Sehubungan itu, kerajaan terus menyediakan beberapa insentif:

Pertama: Taraf Perintis dan Elaun Cukai Pelaburan bagi aktiviti penjanaan tenaga daripada sumber yang boleh diperbaharui dan penjimatan tenaga dilanjutkan sehingga 31 Disember 2015;

Kedua: Pengecualian duti import dan cukai jualan ke atas peralatan penjanaan tenaga daripada sumber yang boleh diperbaharui dan penjimatan tenaga dilanjutkan sehingga 31 Disember 2012;

Ketiga: Pengecualian cukai ke atas pendapatan daripada perdagangan sijil Certified Emission Reductions (CERs) dilanjutkan sehingga tahun taksiran 2012; dan

Keempat: Pengecualian duti import sepenuhnya dan duti eksais 50 peratus telah diberi kepada pemegang francais kereta hibrid sehingga 31 Disember 2010. Bagi terus menggalakkan pemilikan kereta hibrid, pengecualian duti import dan duti eksais ini dilanjutkan sehingga 31 Disember 2011 dan sebagai galakan tambahan, duti eksais diberi pengecualian sepenuhnya. Galakan ini juga diperluaskan kepada kereta elektrik serta motosikal hibrid dan elektrik.

Malaysia juga komited, mengurangkan pengeluaran karbon intensiti bagi memulihara alam sekitar. Atas maksud ini, Kerajaan akan melaksanakan antara lain, Program Adunan Biobahan Api dengan Diesel Petroleum (Program B5) secara mandatori bermula di Putrajaya, Kuala Lumpur, Selangor, Negeri Sembilan dan Melaka pada Jun 2011. Kerajaan juga akan melaksanakan mekanisme Feed in Tariff, (FiT) di bawah Akta Tenaga Boleh Diperbaharui (RE) bagi membenarkan tenaga elektrik daripada sumber RE oleh pemaju bebas dan individu dijual kepada syarikat utiliti bekalan elektrik.

Dalam menyuburkan sektor pertanian, kerajaan memperuntukkan RM3.8 bilion bagi 2011 supaya menjadi lebih produktif dan menjana pulangan lumayan. Antara tindakan yang akan diambil adalah:

Pertama: Membangunkan Zon Akuakultur Bersepadu dengan skala besar, di Pitas, Sungai Telaga dan Sungai Padas di Sabah serta di Batang Ai dan Tanjung Manis di Sarawak yang menepati piawaian serta menghasilkan produk berkualiti dengan peruntukan RM252 juta;

Kedua: Sejumlah RM235 juta disediakan bagi meningkatkan produktiviti pengeluaran padi di Kawasan Pembangunan Pertanian Muda yakni MADA, Kedah dan kawasan lain dengan menaik taraf sistem pengairan dan penggunaan benih padi bermutu tinggi.

Ketiga: Menggalakkan petani menceburi bidang pertanian bernilai tinggi seperti industri sarang burung walit, akuakultur, rumpai laut, ikan hiasan, herba dan rempah ratus dengan menyediakan peruntukan berjumlah RM135 juta bagi penyediaan prasarana asas;

Keempat: Memperuntukkan RM80 juta bagi menjalin kerjasama di antara petani buah-buahan dan sayur-sayuran secara kecil-kecilan dengan syarikat peneraju;

Kelima: Menambah baik Kolej Pertanian di Kubang Pasu, Kedah dengan membina makmal diagnostik yang membabitkan peruntukan RM70 juta;

Keenam: Membina Pusat Penyelidikan Antarabangsa Tanaman Masa Hadapan di Semenyih, Selangor dengan peruntukan sebanyak RM15.7 juta, dan
Ketujuh: Melanjutkan galakan potongan cukai pendapatan bagi pelabur dan pengecualian cukai pendapatan bagi syarikat yang menjalankan aktiviti pengeluaran bahan makanan selama lima tahun lagi, sehingga 2015.

Merujuk pula industri pelancongan yang menjana hasil RM53 bilion pada 2009, ia berpotensi untuk mewujudkan lebih banyak peluang perniagaan dan pekerjaan serta meningkatkan lagi pendapatan negara. Berdasarkan Laporan United Nations World Tourism Organisation, pada 2009, Malaysia menduduki tangga ke-9 dari segi bilangan ketibaan pelancong. Usaha akan dipergiatkan lagi untuk menarik lebih ramai pelancong dengan menyediakan pakej dan produk pelancongan yang inovatif. Untuk ini, Kerajaan akan melaksanakan inisiatif seperti berikut:

Pertama: Memperuntukkan sebanyak RM85 juta untuk menyediakan kemudahan infrastruktur bagi membolehkan pembinaan hotel dan resort peranginan di kawasan pedalaman yang berpotensi menarik pelancong;

Kedua: Membina beberapa laluan pejalan kaki berbumbung di kawasan lingkaran KLCC-Bukit Bintang dengan peruntukan sebanyak RM50 juta;
Ketiga: Menyusun semula Jabatan Penerbangan Awam menjadi Lembaga Penerbangan Awam; dan

Keempat Nexus Karambunai, sebuah resort terkemuka di Sabah sudah komited untuk membangunkan resort bersepadu eco-nature yang pertama seumpamanya di dunia, bagi memanfaatkan kelebihan keindahan alam semula jadi, dan keunikan tersendiri di Karambunai, Sabah berjumlah RM3 bilion akan bermula tahun hadapan. Bagi menyokong industri pelancongan di Malaysia, kerajaan akan memperuntukkan RM100 juta.

Seterusnya, bagi menjadikan Malaysia destinasi utama membeli belah (shopping haven) di rantau Asia dengan menawarkan barangan berjenama pada harga yang kompetitif. Kerajaan mencadangkan supaya duti import ke atas kira-kira 300 barangan kegemaran pelancong dan rakyat tempatan, pada kadar 5 peratus sehingga 30 peratus dimansuhkan. Barangan ini merangkumi kegunaan harian seperti beg tangan, kasut, sut, baju kanak-kanak, dompet, pewarna rambut, bola golf, barang kemas tiruan, bedak talkum, syampu, langsir, alas meja, selimut, cadar, kemeja, baju tidur, pakaian dan pakaian malam, seluar dan seluar dalam serta wangi-wangian, termasuklah kelambu.

Tuan Yang di-Pertua,

Pada masa kini, hasil eksport minyak sawit mentah berjumlah RM37 bilion, manakala produk berasaskan minyak sawit mencecah RM13 bilion pada 2009. Industri ini sebenarnya boleh diperkembangkan lagi di peringkat hiliran untuk menjana pendapatan lebih besar kepada pengusaha estet dan pekebun kecil. Dalam usaha memangkin industri minyak sawit dan produk berkaitan, beberapa langkah akan dilaksanakan:

Pertama: Meningkatkan produktiviti dengan menggalakkan penanaman semula pokok sawit lama dengan klon baru bermutu tinggi dengan dana sebanyak RM297 juta; dan

Kedua: Sejumlah RM127 juta diagihkan bagi menyokong syarikat oleo derivatives tempatan serta sejumlah RM23 juta lagi untuk mengembangkan industri hiliran minyak sawit, termasuk pengeluaran vitamin.

Pembangunan Koridor Multimedia akan memasuki fasa ketiga, bermula tahun hadapan. Tumpuan diberikan kepada penjanaan ekonomi digital yang inovatif bagi mencapai sasaran negara berpendapatan tinggi. Dalam meningkatkan potensi industri teknologi maklumat ICT, program MY Creative Content akan dilaksana bagi menggalakkan pembangunan penciptaan kandungan tempatan, hosting kandungan tempatan dan pembukaan saluran baru untuk kandungan. Program ini membabitkan peruntukan sebanyak RM119 juta.

Kerajaan, akan juga melanjutkan tempoh galakan elaun pelaburan kepada penyedia kemudahan sambungan terakhir perkhidmatan jalur lebar, dan juga melanjutkan pengecualian duti import dan cukai jualan ke atas peralatan jalur lebar selama dua tahun sehingga 2012.

Pada masa ini, telefon bimbit biasa dikenakan cukai jualan 10 peratus manakala telefon bimbit yang mempunyai pelbagai aplikasi seperti internet dan personal digital assistant (PDA) dikecualikan cukai jualan. Bagi tujuan penyelarasan, kerajaan mencadangkan, cukai jualan, dikecualikan, ke atas semua jenis telefon bimbit.

Kerajaan akan terus menggalakkan sektor perkhidmatan perniagaan sejajar dengan peningkatan permintaan untuk membaik pulih dan menyelenggara kapal terbang serta helikopter. Kawasan Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah, Subang akan dibangunkan sebagai pusat penyelenggaraan dan membaik pulih kapal terbang serta mengadakan latihan khusus untuk melahirkan pakar dalam bidang tersebut. Kerajaan, akan menyediakan sejumlah RM91 juta untuk pembangunan modal insan dalam industri perkhidmatan penyelenggaraan, baik pulih dan rombak rawat atau MRO, program latihan kejuruteraan aerospace dan aeronautical serta promosi perkhidmatan penyumberan luar perniagaan.

Pembangunan koridor dan wilayah akan dipercepatkan dengan memberi tumpuan kepada sebilangan kluster yang mempunyai kelebihan dari segi pengkhususan dan geografi. Usaha membangunkan kawasan koridor akan berfokus kepada projek usaha sama antara pelabur luar dan tempatan serta industri yang mempunyai kelebihan daya saing dan berimpak tinggi dengan bajet RM850 juta bagi menyediakan infrastruktur sokongan.

Di Iskandar Malaysia, sejumlah RM339 juta disediakan oleh kerajaan, antaranya membina lebuh raya, memajukan kawasan perumahan serta menyedia dan memperbaiki perkhidmatan pengangkutan awam. Manakala, pelaburan komited oleh pihak swasta di wilayah ini sehingga Jun 2010, berjumlah RM62 bilion, melepasi sasaran RM47 bilion. Jumlah yang telah dilaburkan sehingga Jun 2010 ialah RM25 bilion. Projek yang dijangka siap dalam tahun 2011 adalah Newcastle University Medicine Malaysia, Chelsea Factory Outlet serta Legoland dan Marlborough College pada 2012.

Bagi Wilayah Ekonomi Koridor Utara pula, diperuntukkan RM133 juta, antaranya untuk membangun Pusat Pemprosesan Hasil Pertanian, Infrastruktur Pelancongan dan Pusat Inkubator Bioteknologi. Di Wilayah Ekonomi Pantai Timur, peruntukan RM178 juta disediakan antaranya bagi melaksanakan projek Taman Industri, Loji Rawatan Air, pembangunan kawasan pelancongan serta kawasan bekas Lembaga Kemajuan Pahang Tenggara dan Lembaga Kemajuan Wilayah Jengka.

Bagi wilayah SCORE, sejumlah RM93 juta disediakan untuk projek kemudahan telekomunikasi, bekalan air, lapangan terbang, jalan raya serta taman industri makanan halal. Manakala, bagi Koridor Pembangunan Sabah, diperuntukkan RM110 juta, antaranya untuk projek kelompok industri kelapa sawit, agro-industrial presint dan pusat penternakan bersepadu.

Selanjutnya, untuk melonjak ekonomi ke arah sebuah negara berpendapatan tinggi, aktiviti penyelidikan, pembangunan dan pengkomersialan (R&D&C) akan dijadikan landasan peningkatan aktiviti nilai ditambah dalam setiap bidang ekonomi dengan bajet sebanyak RM411 juta.

Kerajaan juga telah menubuhkan Unit Inovasi Khas (UNIK) di bawah Jabatan Perdana Menteri sebagai pusat sehenti untuk merangka dasar dan strategi bagi menyediakan ekosistem kondusif. Satu Akta akan digubal untuk membolehkan UNIK mengkomersialkan hasil penemuan R&D oleh universiti dan institusi penyelidikan. Beberapa program dan aktiviti akan dirangka untuk meningkatkan inovasi, penciptaan produk baru dan pengkomersialan. Bagi 2011, UNIK diperuntukkan sebanyak RM71 juta.

Tuan Yang di-Pertua,

Tentu ramai yang tahu, ketika krisis ekonomi melanda, ada usahawan dan individu menghadapi masalah kewangan dan ada di antara mereka diisytiharkan bankrap. Mereka telah disenarai hitam dan tidak dapat berniaga atau membuat pinjaman. Untuk memberi peluang kedua, Akta Insolvensi baru akan menyatukan Akta Kebankrapan 1967 dan Bahagian 10 Akta Syarikat 1965, termasuk memperkenalkan peruntukan berkenaan mekanisme penyelamat bagi syarikat dan individu bermasalah kewangan yang membabitkan perubahan had minimum kebankrapan pada masa ini berjumlah RM30,000. Industri kreatif mempunyai potensi besar untuk dimajukan lagi bagi menjana pendapatan negara. Industri ini meliputi animasi, pengiklanan, perfileman, seni reka fesyen, kraf dan warisan budaya. Untuk memanfaatkan potensi industri ini, Kerajaan akan membangunkan dasar industri kreatif secara bersepadu. Sejumlah RM200 juta disediakan untuk perolehan hasil kreatif seperti filem, drama dan dokumentari keluaran tempatan yang berkualiti tinggi.

Sementelahan itu, kedudukan kewangan yang kukuh adalah penting bagi menjamin kesejahteraan masa hadapan negara. Bagi mencapai matlamat ini, kerajaan mencadangkan agar kadar cukai perkhidmatan dinaikkan hanya satu peratus kepada enam peratus. Kerajaan percaya langkah kenaikan yang kecil ini tidak membebankan kerana rakyat mempunyai pilihan untuk mendapat perkhidmatan yang tidak dikenakan cukai perkhidmatan. Malah, nilai jualan tahunan (threshold) bagi perkhidmatan sedia ada masih lagi dikekalkan. Seiring dengan hala tuju ini, Kerajaan juga mencadangkan cukai perkhidmatan dikenakan ke atas perkhidmatan penyiaran TV berbayar.

Kerajaan akan meneruskan usaha untuk memperkukuhkan kedudukan kewangan negara dengan memantapkan kutipan hasil dan memastikan perbelanjaan secara berhemat. Ini termasuklah menekankan nilai untuk wang (value-for-money) dan pengurusan nilai (value management) secara menyeluruh. Sebagai contoh, langkah yang diambil termasuklah tender terbuka, tender terhad dan peraduan reka bentuk yang terbaik untuk hospital Kerajaan. Bagi memantapkan kutipan hasil, Kerajaan akan memperkukuhkan lagi sistem kutipan cukai dengan meningkatkan penguatkuasaan dan pengauditan serta memperluaskan liputan ke atas semua pihak yang sepatutnya membayar cukai.

Strategi kedua adalah membangunkan modal insan. Aset negara yang paling penting bagi sesebuah negara adalah modal insannya. Telah terbukti bahawa negara yang tidak mempunyai sumber asli tetapi bijak mengurus modal insan akan mencapai kejayaan lebih baik dari negara yang semata-mata bergantung kepada sumber aslinya. Malaysia tidak mampu terperangkap dengan ketagihan sumber asli yang bersifat boleh pupus. Syukur, kita telah berjaya mengurus sumber asli kita dengan baik tetapi kita juga berkewajipan merancang pembangunan modal insan secara lestari, jika tidak, kita tidak akan mampu mengoptimumkan potensi nasional.

Modal insan yang berkualiti, berkemahiran dan berpengetahuan, kreatif dan inovatif adalah prasyarat bagi mencapai status negara maju berpendapatan tinggi. Oleh itu, aspek pendidikan dan latihan akan disusun semula dan diperkukuhkan. Untuk tujuan ini, belanja mengurus diperuntukkan sebanyak RM29.3 bilion untuk Kementerian Pelajaran, RM10.2 bilion disediakan untuk Kementerian Pengajian Tinggi dan RM627 juta untuk Kementerian Sumber Manusia.

Sejak sekian lama, pendidikan anak-anak Malaysia adalah sesuatu yang dekat di hati saya. Justeru, kerajaan tidak akan berdikit dalam soal pendidikan anak-anak kita dan kita tidak akan berkompromi dengan kualiti sistemnya. Mereka mesti disediakan dengan segala kelebihan untuk bersaing menghadapi zaman yang penuh mencabar.

Menyedari hakikat inilah, bagi menambah bilangan tenaga kerja yang berbakat dan berkualiti di pasaran tempatan, kerajaan akan berusaha untuk menarik, memotivasi dan mengekalkan modal insan yang berkemahiran dari dalam dan luar negara. Justeru, kerajaan akan menubuhkan Talent Corporation di bawah Jabatan Perdana Menteri pada awal 2011. Talent Corp ini akan menggubal National Talent Blueprint dan membangunkan pangkalan data tenaga kerja berkepakaran serta menjalin kerjasama dengan jaringan bakat di seluruh dunia.

Sistem pendidikan negara akan dirombak dengan memberi penekanan kepada daya pemikiran, sahsiah diri, kreativiti, inovasi dan daya saing. Untuk Kementerian Pelajaran, peruntukan pembangunan sebanyak RM6.4 bilion disediakan bagi membina dan menaik taraf sekolah, asrama, kemudahan dan peralatan serta memartabatkan profesion guru. Di samping itu, sejumlah RM213 juta lagi dibajet sebagai ganjaran kepada sekolah berprestasi tinggi serta imbuhan kepada pengetua atau guru besar dan guru cemerlang.

Tuan Yang Di-pertua,

Anak-anak itu fitrah, ibarat kain yang putih. Kerana itulah, pembangunan modal insan mesti bermula dari peringkat kanak-kanak supaya mereka dapat dipupuk dengan nilai murni dan disemai dengan ilmu pengetahuan. Bagi mencapai hasrat ini, kerajaan akan meningkatkan kadar enrolmen prasekolah dengan sasaran 72 peratus menjelang akhir 2011 melalui penambahan 1,700 kelas, pemantapan kurikulum serta pelantikan 800 guru prasekolah lepasan Ijazah.

Kerajaan juga memperuntukkan RM111 juta untuk program PERMATA, antaranya bagi pembinaan Fasa II Kompleks Sekolah PERMATA Pintar, membina 32 Pusat Anak PERMATA Negara (PAPN) dan membiayai operasi 52 PAPN yang telah siap serta meneruskan program PERMATA Pintar, Seni, Insan dan Remaja.

Setiap anak Malaysia juga tidak kira apapun latar kaum, adalah aset nasional dan warisan masa depan negara. Bidang pendidikan haruslah bersifat lampau politik. Menjunjung maksud ini, kerajaan telah menyediakan peruntukan pembangunan sebanyak RM250 juta untuk sekolah bantuan modal agama, sekolah bantuan modal jenis kebangsaan Cina, sekolah kebangsaan Tamil, sekolah bantuan modal mubaligh dan sekolah bantuan Kerajaan seluruh negara.

Program Latihan 1Malaysia perkasakan modal insan

Sebagai mengiktiraf pendidikan Islam pula, kerajaan bersetuju untuk membiayai bantuan perkapita untuk sekolah agama rakyat rendah dan menengah dengan peruntukan sebanyak RM95 juta.

Selanjutnya, bagi menyediakan guru serta tenaga pengajar kompeten dan berkualiti yang dapat membimbing dan mendidik pelajar sekolah dengan sebaiknya, kerajaan telah menyediakan RM576 juta dalam bentuk biasiswa kepada mereka yang ingin melanjutkan pengajian.

Sejumlah RM213 juta pula diperuntukkan bagi mengangkat tinggi penguasaan Bahasa Malaysia, mempersadakan Bahasa Inggeris dan memperkemaskan Kurikulum Standard Sekolah Rendah. Sehubungan ini, kerajaan bersetuju untuk mengambil 375 guru penutur jati antaranya daripada United Kingdom dan Australia untuk meningkatkan lagi pengajaran Bahasa Inggeris.

Memperkasa institusi pengajian tinggi bertaraf dunia adalah agenda utama Kerajaan kerana sumbangannya yang signifikan kepada kemajuan sosioekonomi negara. Langkah berikut akan dilaksanakan:

Pertama: Menambah peratusan staf akademik berkelulusan PhD kepada 75 peratus bagi universiti penyelidikan dan 60 peratus bagi IPTA lain dengan peruntukan sebanyak RM20 juta, dan

Kedua: Menambah baik peluang kenaikan pangkat pensyarah di IPTA di mana pensyarah boleh dipertimbangkan kenaikan pangkat ke peringkat tertinggi Gred Turus III,II dan I serta dianugerahkan sebagai Profesor Ulung tanpa memegang jawatan pentadbiran.

Berkaitan itu, kerajaan menyediakan RM60 juta bagi mempergiatkan lagi Program Industrial Skill Enhancement Programme di Pusat Latihan Kemahiran Negeri. Program ini akan meningkatkan kemahiran graduan kejuruteraan dan pekerja teknikal selaras dengan keperluan pasaran. Di samping itu, sejumlah RM220 juta turut disediakan bagi memastikan siswazah jurusan lain dapat mengembang kompetensi dan kebolehpasaran mereka. Antaranya, melalui Program Pentauliahan Profesional, Pembangunan Sukan, Pembangunan Keusahawanan dan Skim Pengurusan Kebolehpasaran Siswazah. Selain itu, kerajaan juga akan menyediakan peruntukan sebanyak RM50 juta kepada Multimedia Development Corporation untuk melatih graduan dalam bidang ICT supaya dapat meningkatkan kebolehpasaran dan memenuhi keperluan industri ICT.

Golongan bukan siswazah seperti lepasan sekolah, belia dan pekerja, juga, diberi perhatian oleh kerajaan, memandangkan tenaga mereka diperlukan, terutama oleh industri dalam bidang teknikal. Untuk itu, sejumlah RM474 juta diagihkan bagi meningkatkan produktiviti dan kemahiran di bawah pelbagai institusi latihan.

Seperkara yang penting, negara memerlukan modal insan yang sentiasa menambah ilmu pengetahuan melalui peningkatan kemahiran dan mempelajari kemahiran baru (upskilling and reskilling). Sehubungan itu, sukacita saya mengumumkan Program Latihan 1Malaysia (1Malaysia Training Programme) yang akan dilaksanakan mulai Januari 2011 dengan peruntukan sebanyak RM500 juta.

Tuan Yang Di-pertua,

Program latihan ini mempunyai tiga komponen. Pertama, sebanyak RM200 juta untuk menjalankan latihan sambilan di sebelah malam dan di hujung minggu, di pusat latihan terpilih, di seluruh negara. Ia akan dikendalikan oleh Kolej Komuniti, Institut Kemahiran Belia Negara, Pusat Giat Mara dan Institut Latihan Perindustrian dengan kemudahan sedia ada. Antara kursus yang ditawarkan pada sebelah malam adalah kursus Bahasa Melayu, Bahasa Mandarin, Bahasa Tamil, Bahasa Inggeris, Bahasa Arab dan kelas muzik. Manakala, di hujung minggu kursus berbentuk kemahiran dan teknikal akan dilaksanakan termasuk bakeri, menjahit, spa, mekanik, elektrik dan kimpalan.

Kedua, Program Latihan 1Malaysia juga meliputi peruntukan RM200 juta dari Tabung Pembangunan Sumber Manusia yang membolehkan syarikat membiayai program latihan khusus bagi pekerja mereka. Ketiga, Kementerian Sumber Manusia juga menyediakan RM100 juta untuk membolehkan pekerja meningkatkan kemahiran dalam pelbagai bidang teknikal.

Selaras dengan peningkatan produktiviti, golongan pekerja seharusnya mendapat upah dan ganjaran yang lebih tinggi untuk menampung kos sara hidup yang semakin meningkat. Sukacita saya mengumumkan, penubuhan Majlis Konsultasi Gaji Negara untuk menjadi platform utama dalam penetapan upah. Majlis ini yang akan diwakili oleh majikan, kesatuan pekerja, kumpulan pekerja tanpa persatuan, agensi Kerajaan, akademia, NGO dan individu. Sekretariat bagi majlis ini adalah Kementerian Sumber Manusia.

Kadar dan mekanisme penetapan gaji minimum akan ditentukan oleh Majlis Konsultasi Gaji Negara. Contohnya, pada masa ini, gaji pokok permulaan posmen telah dinaikkan kepada RM710 sebulan pada 1 Julai 2010 berbanding RM610. Dengan kenaikan ini, upah keseluruhan posmen meningkat daripada RM1,035 sebulan kepada RM1,285, termasuk elaun tetap. Bagi pengawal keselamatan pula, kerajaan akan menguat kuasa gaji pokok minimum kepada RM500 hingga RM700 sebulan mengikut kawasan berbanding RM300 hingga RM400 pada masa ini. Dengan kenaikan ini, pendapatan keseluruhan pengawal keselamatan, termasuk elaun adalah melebihi RM1,000 sebulan. Kenaikan ini berkuat kuasa mulai Januari 2011.

Selain itu, kerajaan akan meneruskan langkah pengurangan bilangan pekerja asing dengan menaikkan levi secara berperingkat mengikut sektor. Pada masa yang sama, majikan akan diwajibkan untuk memperoleh insurans kesihatan bagi pengambilan pekerja asing mereka.

Tuan Yang Di-pertua,

Wanita yang membentuk separuh penduduk Malaysia adalah nadi keluarga dan pembangunan negara. Oleh sebab itu, kerajaan mengiktiraf peranan yang dimainkan oleh wanita apabila negara bergerak menuju kemajuan. Bagi meningkatkan penyertaan wanita dalam bidang keusahawanan, kerajaan memperuntukkan RM30 juta, antaranya memperkenalkan Program Inkubator Kemahiran Ibu Tunggal dan mengadakan Anugerah Perdana Usahawan dan Tokoh Aktivis Wanita bersempena Hari Wanita mulai 2011.

Demi menggalakkan penyertaan lebih ramai wanita sebagai pekerja separuh masa, kerajaan telah menguatkuasakan Peraturan-Peraturan Kerja (Pekerja Separa Masa) 2010 mulai 1 Oktober 2010. Lantas, saya menyeru pihak swasta dapat mengambil pekerja separuh masa wanita, terutama mereka yang telah berumah tangga. Kerajaan juga akan melaksanakan program perintis Small Office Home Office untuk wanita kurang upaya selama 3 bulan bagi melatih wanita OKU dalam pelbagai bidang kemahiran.

Laginya, bagi membantu golongan wanita yang tidak berkemampuan, mendapat perkhidmatan pengasuhan dan pendidikan awal yang berkualiti bagi anak-anak mereka, Kerajaan akan menyedia dan menjenamakan semula 40 buah TASKA 1Malaysia, dikendalikan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat.

Sememangnya pun, kerajaan sungguh mengambil berat dengan kerjaya dan kebajikan penjawat awam wanita. Mereka juga perlu memberi tumpuan kepada penjagaan keluarga, terutama anak yang baru dilahirkan. Bagi menambah baik kemudahan cuti bersalin kepada penjawat awam wanita, kerajaan memberi fleksibiliti untuk menentukan sendiri tempoh cuti bersalin bergaji penuh tidak melebihi 90 hari berbanding 60 hari pada masa ini. Kemudahan itu adalah tertakluk kepada kelayakan keseluruhan bilangan cuti bersalin sebanyak 300 hari sepanjang tempoh perkhidmatan.

Dari semasa ke semasa, kerajaan telah merintis jalan dan membuka peluang kepada wanita berkelayakan memegang jawatan di peringkat tertinggi dalam perkhidmatan awam. Pada akhir 2009, wanita yang memegang Jawatan Utama Sektor Awam telah mencapai tahap 30.5 peratus. Justeru, saya ingin menyeru pihak swasta memberi peluang kepada lebih ramai wanita menjawat jawatan di peringkat pembuat keputusan, khususnya sebagai Ahli Lembaga Pengarah dan Ketua Pegawai Eksekutif.

Kerajaan akan terus menggalakkan pembangunan dan penyelidikan sukan, memperbanyakkan penganjuran sukan antarabangsa, menyediakan kemudahan dan kepakaran untuk melahirkan atlit yang berdaya saing dan membangunkan sukan berprestasi tinggi. Untuk pembangunan dan mengurus aktiviti sukan, sebanyak RM365 juta disediakan kepada Kementerian Belia dan Sukan. Selain itu, bagi memajukan sukan bola sepak, kerajaan akan menubuhkan Akademi Bola Sepak, di Pahang, dengan peruntukan RM20 juta, bagi melahirkan pemain bola sepak yang berkualiti dan berkemahiran tinggi.

Bercakap mengenai sukan, saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan syabas kepada semua atlit negara yang telah menyertai Sukan Komanwel Ke-19 di New Delhi. Saya mengucapkan tahniah kepada pemenang pingat yang telah mengharumkan nama negara di peringkat antarabangsa yang telah melepasi sasaran 10 emas dengan menggondol 12 pingat emas. Untuk makluman semua, pencapaian pingat di temasya kali ini menyaksikan rekod rangkulan emas terbaik negara dalam penyertaan Sukan Komanwel.

Tuan Yang Di-pertua,

Strategi ketiga adalah mensejahterakan hidup rakyat. Sudah lumrahnya, tugas dan tanggungjawab utama Kerajaan adalah untuk memartabatkan kehidupan rakyat. Status negara maju tidak akan bermakna jika kualiti hidup rakyatnya merosot. Pokoknya, dalam usaha kita menjadi sebuah negara maju berpendapatan tinggi, kita perlu memantapkan pembangunan sosioekonomi secara inklusif. Ini penting bagi menghasilkan kemajuan yang lebih seimbang dan memastikan kualiti hidup yang lebih baik.

Ternyata, kerajaan menjiwai keluh kesah dan kesukaran hidup yang dihadapi oleh golongan kurang bernasib baik. Tumpuan akan terus diberikan untuk memastikan kebajikan mereka terpelihara. Bagi 2011, kerajaan memperuntukkan RM1.2 bilion kepada Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat untuk menjalankan pelbagai program berbentuk kebajikan dan kemasyarakatan. Antara program dan insentif yang disediakan:

Pertama: Program bantuan kebajikan warga emas dengan peruntukan RM166 juta untuk mengatasi masalah golongan ini yang dijangka meningkat melebihi 15 peratus daripada jumlah penduduk negara menjelang 2030;

Kedua: Program bantuan kanak-kanak dengan peruntukan RM121 juta disediakan bagi membolehkan mereka menerima perkhidmatan pengasuhan dan pendidikan awal yang berkualiti. Program ini akan memanfaatkan seramai 97,000 kanak-kanak;

Ketiga: Program bantuan kepada golongan Orang Kurang Upaya (OKU) yang membabitkan peruntukan sebanyak RM218 juta akan dimanfaatkan oleh 80,000 OKU;

Keempat: Pengecualian duti eksais dinaikkan daripada 50 peratus kepada 100 peratus ke atas sebuah kenderaan nasional yang dibeli oleh OKU; dan

Kelima: Membina sebuah pusat intervensi bagi menangani golongan tuna wisma dan gelandangan dengan menyediakan peluang pekerjaan, kemudahan perumahan dan kaunseling.

Tuan Yang Di-pertua,

Sementara itu, sejak 2008, kerajaan telah memberikan rebat bayaran bil elektrik bagi penggunaan bawah RM20 sebulan yang telah membawa manfaat kepada lebih 1 juta pengguna di seluruh negara. Sehubungan itu, kerajaan berkeputusan meneruskan usaha murni ini dengan peruntukan RM150 juta untuk meringankan beban golongan berpendapatan rendah.

Para pendeta bermadah, kasihnya ibu membawa ke syurga, kasihnya ayah berkorban raga. Pada masa ini, pelepasan cukai ke atas perbelanjaan perubatan ibu bapa terhad kepada perubatan di klinik dan hospital, termasuk rawatan di nursing home serta rawatan pergigian.

Pelbagai skim bantu rakyat miliki rumah diperkenal

Bagi terus membantu meringankan kos membiayai perbelanjaan penjagaan ibu bapa, kerajaan mencadangkan pelepasan cukai sehingga RM5,000 yang sedia ada diperluaskan bagi meliputi perbelanjaan lain seperti bayaran menghantar ibu bapa ke rumah jagaan harian, bayaran menggaji pembantu, khusus menjaga ibu bapa dan perbelanjaan keperluan harian mereka yang lain seperti lampin pakai buang.

Kerajaan sangat memahami keperluan setiap rakyat untuk memiliki rumah yang selesa, terutama bagi golongan miskin dan berpendapatan rendah. Untuk itu, sejumlah RM568 juta disediakan bagi membina 300 unit kediaman di bawah Projek Bantuan Perumahan Bandar, 79,000 unit di bawah Program Perumahan Rakyat dan 8,000 unit di bawah Projek Bantuan Sewa Rumah. Selain itu, bagi membantu golongan pekerja estet memiliki rumah, kerajaan akan menyediakan Skim Pembiayaan Perumahan Kos Rendah dengan peruntukan RM50 juta yang dikendalikan oleh Bank Simpanan Nasional. Skim ini terbuka kepada pekerja tetap estet, warga negara Malaysia, untuk mendapatkan pinjaman perumahan maksimum sebanyak RM60,000 bagi membeli rumah kos rendah pada kadar faedah maksimum empat peratus dengan tempoh pinjaman sehingga 40 tahun, menjangkau generasi kedua.

Sesungguhnya lagi, kerajaan maklum akan kesukaran yang dihadapi oleh rakyat terutama golongan muda yang baru bekerja dengan pendapatan kurang daripada RM3,000 sebulan untuk memiliki rumah. Bukan mudah untuk mereka bertatih dalam realiti kehidupan. Untuk membantu golongan ini, Kerajaan akan memperkenalkan Skim Rumah Pertamaku melalui Cagamas, yang akan menawarkan jaminan kerajaan ke atas bayaran pendahuluan sebanyak 10 peratus bagi harga rumah di bawah RM220,000. Skim ini adalah untuk pembeli rumah pertama yang berpendapatan isi rumah kurang daripada RM3,000 sebulan. Dalam kata lain, pembeli rumah mendapat pinjaman 100 peratus tanpa perlu mengeluarkan 10 peratus wang pendahuluan, seperti amalan lazim.

Pada masa yang sama, hanya, pembeli rumah pertama juga akan diberi pengecualian duti setem sebanyak 50 peratus ke atas surat cara pindah milik sebuah rumah yang berharga tidak melebihi RM350,000. Kerajaan juga mencadangkan pengecualian duti setem sebanyak 50 peratus diberi ke atas surat cara perjanjian pinjaman bagi membiayai pembelian rumah pertama tersebut.

Usaha untuk membawa pembangunan ke kawasan luar bandar sudah lama bermula di negara ini. Apabila darurat hampir tamat, kerajaan pada ketika itu telah menubuhkan Kementerian Pembangunan Negara dan Luar Bandar untuk menerajui usaha membawa nikmat pembangunan ke kawasan luar bandar. Kerajaan sekarang komited meneruskan usaha ini sekalipun hampir 60 peratus penduduk Malaysia kini tinggal di kawasan bandar. Apa yang pasti, dalam usaha mentransformasi negara menjadi maju, Kerajaan tidak akan sekali-kali meminggirkan rakyat luar bandar. Projek dan program pembangunan bagi mempertingkatkan taraf hidup penduduk luar bandar akan diberi keutamaan. Sejumlah RM6.9 bilion disediakan untuk pelaksanaan infrastruktur asas seperti bekalan air, elektrik dan jalan luar bandar. Antara projek utama yang akan dilaksanakan adalah:

Pertama: Membina dan menaik taraf jalan luar bandar di Sabah dan Sarawak dengan peruntukan berjumlah RM2.1 bilion dan di Semenanjung RM696 juta;

Kedua: Menyedia bekalan air dan elektrik luar bandar di Sabah dengan peruntukan RM1.5 bilion, Sarawak RM1.2 bilion dan Semenanjung RM556 juta;

Ketiga: Melaksanakan program bantuan rumah untuk golongan miskin dan miskin tegar dengan peruntukan RM300 juta. Program ini membabitkan pembinaan dan baik pulih 12,000 unit rumah di seluruh negara terutama di Sabah dan Sarawak; dan

Keempat: Menyediakan Unit Khas Bergerak Jabatan Pendaftaran Negara bagi memudahkan penduduk kawasan terpencil di Sabah, Sarawak dan Semenanjung untuk mendaftar kerakyatan.

Bagi meningkatkan pengeluaran makanan, kerajaan memperuntukkan RM974 juta sebagai pemberian subsidi harga padi, baja dan benih padi serta RM230 juta untuk insentif pengeluaran dan peningkatan hasil padi. Kerajaan juga menyediakan sejumlah RM170 juta bagi insentif hasil tangkapan ikan nelayan serta pemilik dan pekerja bot untuk meningkatkan hasil tangkapan.

Kini, masalah harga barangan lebih tinggi yang dihadapi oleh penduduk di kawasan pedalaman terutama di Sabah dan Sarawak serta kawasan tertentu di Semenanjung akibat kos pengangkutan, menjadi perhatian Kerajaan. Bagi menyeragamkan harga barangan pada kadar yang hampir sama dengan kawasan lain, kerajaan telah memperkenalkan Program Pengedaran Barang Perlu seperti beras, minyak masak, gula, tepung, gas, petrol dan diesel, pada 2010 dengan peruntukan sebanyak RM100 juta. Bagi 2011 pula, peruntukan sebanyak RM200 juta disediakan bagi meneruskan program ini.

Kita sedia maklum interaksi Kerajaan dan rakyat kerap dibangkitkan mengenai harga barangan runcit. Dalam konteks ini, kerajaan akan mewujudkan portal interaktif ‘1Malaysia Pengguna Bijak’ bagi memudahkan rakyat mengikuti perkembangan harga terkini barangan, meliputi hampir 7,000 premis perniagaan seluruh negara. Melalui portal ini, pengguna mempunyai pilihan untuk mendapatkan sesuatu barangan pada harga yang kompetitif. Pengguna juga boleh menggunakan khidmat pesanan ringkas untuk mengetahui harga terkini barangan.

Selain daripada itu, untuk mengukuhkan lagi sektor pemborongan dan peruncitan, satu Program Transformasi Kedai Runcit (TUKAR), Bengkel Automotif serta projek Pasar Komuniti akan diperkenalkan untuk menaik taraf kemudahan supaya menjadi lebih menarik dan moden dengan peruntukan sebanyak RM73 juta.

Tuan Yang Di-pertua,

Tanggapan bahawa kerajaan hanya berminat menumpukan kepada projek berskala besar tanpa mengendahkan kontraktor kecil adalah menyimpang dan tidak benar sama sekali. Hakikatnya, kerajaan akan terus melaksanakan Projek Penyelenggaraan Aset Awam, atau lebih dikenali sebagai PIA / PIAS, dengan peruntukan RM500 juta. Antara aktiviti yang terbabit ialah membaik pulih dan menaik taraf kemudahan awam, longkang, perparitan, titi, jambatan kecil dan pendawaian semula serta pembinaan jalan pertanian dan kampung. Saya yakin pelaksanaan projek seperti ini akan sedikit sebanyak membantu golongan kontraktor kelas F di seluruh negara.

Sejak dulu, kini dan selamanya, jasa golongan pemimpin masyarakat tidak pernah dilupa. Tidak kira di kota atau di desa, sungguh tinggi baktinya. Lalu, untuk menghargai peranan pemimpin di peringkat kampung, kerajaan akan menaikkan elaun bulanan Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) dan Persekutuan (JKKP), Tok Batin, Pengerusi JKKK Orang Asli dan Pengerusi Kampung Baru kepada RM800 sebulan berbanding RM450 pada masa ini.

Bagi memastikan elaun ini dinikmati oleh semua ketua kampung, elaun ini turut diberi kepada Pengerusi Jawatankuasa Kampung Baru Rangkaian dan Pengerusi Jawatankuasa Kampung Bagan. Kerajaan juga akan menaikkan elaun kehadiran mesyuarat kepada semua Ahli Jawatankuasa dari RM30 kepada RM50.

Di samping itu, elaun bulanan imam juga akan dinaikkan dari RM450 kepada RM750 sebulan. Manakala, imbuhan bulanan guru KAFA dinaikkan kepada RM800 sebulan berbanding RM500 pada masa ini berkuat kuasa Januari 2011.

Seperti yang kita sedia maklum, kemajmukan Malaysia diasaskan daripada pelbagai suku kaum dan bangsa. Kita tidak pernah mendiskriminasi kelompok minoriti kerana mereka adalah warga negara dan rakyat Malaysia. Semua usaha pembangunan dibuat secara inklusif untuk turut meningkatkan taraf sosioekonomi masyarakat Orang Asli dan Pribumi. Sejumlah RM100 juta diperuntukkan bagi melaksanakan pelbagai program, termasuk menyelesaikan isu pegangan hak milik tanah dan persempadanan penempatan Orang Asli serta membangunkan Model Baru Pembangunan Orang Asli. Selaras dengan ini, Jabatan Hal Ehwal Orang Asli akan disusun semula dan diperkukuhkan dengan memberi nafas baru sebagai Jabatan Kemajuan Orang Asli.

Kerajaan amat prihatin terhadap rakyat yang terpaksa menanggung kos pengangkutan yang semakin meningkat. Untuk meringankan beban pengguna lebuh raya, sukacita saya mengumumkan kadar tol di empat lebuh raya milik PLUS Expressway Berhad tidak akan dinaikkan bagi tempoh 5 tahun akan datang bermula serta-merta.

Selanjutnya, kerajaan komited untuk memastikan akses kepada kesihatan berkualiti dapat dinikmati oleh segenap lapisan rakyat. Bagi mencapai matlamat ini, sejumlah RM15.2 bilion diperuntukkan bagi membina hospital baru, menambah bilangan doktor dan jururawat serta mendapatkan bekalan ubat dan peralatan perubatan. Sejak tahun lalu, sejumlah 51 buah Klinik 1Malaysia sudah beroperasi dan Kerajaan akan menambah lagi sebanyak 25 buah Klinik 1Malaysia.

Keselamatan awam pula adalah aspek penting dalam mewujudkan persekitaran yang selamat untuk negara. Dalam tempoh 9 bulan pertama 2010, indeks jenayah jalanan menurun 38 peratus, manakala indeks jenayah keseluruhan menurun 16 peratus. Sehubungan itu, kerajaan akan meneruskan usaha ini dengan peruntukan sebanyak RM350 juta untuk melaksana pelbagai program, termasuk program membanteras jenayah pecah rumah, kecurian motosikal dan kereta serta menjalankan program bandar selamat dan program Skim Rondaan Sukarela, terutama di kawasan berisiko tinggi. Di samping itu, Kerajaan akan menambah 25 mahkamah khas untuk mempercepatkan perbicaraan.

Tuan Yang Di-pertua,

Kerajaan menghargai peranan yang dimainkan masyarakat sivil di dalam menyediakan perkhidmatan yang selama ini hanya dimainkan oleh pihak kerajaan. Kita melihat perkara ini sebagai satu perkara yang positif dan sesuatu yang melengkapi, ianya perlu terus digalakkan. Kerajaan mengiktiraf sumbangan berharga NGO dalam mengatasi gejala sosial, membantu golongan kurang bernasib baik dan menyediakan kemudahan perlindungan serta menjalankan program latihan dan penjanaan pendapatan.

Sebagai tanda pengiktirafan, kerajaan akan memperuntukkan RM70 juta kepada program dan aktiviti yang membabitkan NGO terpilih bagi membantu Kerajaan dalam memantapkan institusi keluarga dan menangani gejala sosial seperti pembuangan bayi, mat rempit dan gengsterisme. NGO tersebut akan melaksanakan program bersepadu bersama agensi kerajaan, terutama di kawasan berisiko tinggi berlakunya jenayah supaya ia dapat dicegah lebih awal di peringkat akar umbi.

Dalam aspek alam sekitar pula, suasana keliling yang mapan akan terus dipelihara. Sejumlah RM1.9 bilion disediakan untuk membiayai projek pemuliharaan alam sekitar, antaranya melaksanakan program Sungai Nadi Kehidupan dan menghijaukan Kuala Lumpur.

Sistem penyampaian kerajaan lebih cekap, berkesan

Selain itu, kerajaan juga akan menjalankan usaha untuk memulihara sumber marin dan persisiran antaranya di Pantai Siring, Melaka; Pantai Sabak di Kelantan, Teluk Lipat di Terengganu dan Rompin di Pahang.

Tanggungjawab Sosial Korporat yang semakin menjadi trend kebelakangan ini, begitu kritikal dalam melaksanakan projek kemasyarakatan. Dalam hubungan ini pada 2011, Khazanah Nasional Berhad dengan kerjasama Kementerian Pelajaran akan menjadikan 10 buah sekolah sebagai Sekolah Amanah (Trust School) yang dikendali secara lebih profesional untuk memastikan pelajar memperoleh pendidikan berkualiti. Untuk tujuan ini, selain daripada peruntukan lazim kerajaan, Sekolah Amanah ini juga akan menerima sumbangan daripada Khazanah Nasional.

Untuk membantu kanak-kanak, terutama daripada golongan berpendapatan rendah mencapai prestasi yang cemerlang di sekolah pula, 1MDB akan menyediakan multi-vitamin untuk pelajar sekolah rendah. Program ini diharap akan dapat meningkatkan pembangunan mental dan mengukuhkan sistem imunisasi pelajar sekolah.

Berikutan salah satu cadangan daripada makmal Pemuda yang diadakan beberapa bulan yang lalu, 1MDB akan turut menyumbang kepada pembangunan belia negara dengan penubuhan Dana Belia 1Malaysia berjumlah RM20 juta bagi memupuk semangat 1Malaysia. Dalam bidang kesihatan pula, 1MDB akan melaksanakan Klinik Bergerak 1Malaysia dengan empat buah bas Klinik Bergerak dengan kerjasama Kementerian Kesihatan disediakan.

Tuan Yang Di-pertua,

Strategi keempat adalah memantapkan penyampaian perkhidmatan awam. Dalam mengemudi Malaysia menjadi negara maju, Kerajaan yang kini mempunyai 1.2 juta penjawat awam perlu mengoptimumkan sistem penyampaian Kerajaan di mana penambahbaikan sentiasa wajar diambil untuk mempertingkatkan produktiviti negara.

Jelasnya, fungsi kerajaan adalah pemudahcara bukan penghadang. Berurusan dengan mana-mana agensi kerajaan seharusnya bersifat menyenangkan bukan menyusahkan. Untuk itu, Kerajaan akan terus mempermudahkan lagi sektor swasta berurusan dengan agensi Kerajaan. Ke arah ini, inisiatif MyCoID Gateway yang menggunakan nombor rujukan tunggal Suruhanjaya Syarikat Malaysia bagi menjalankan urusan telah pun dilaksanakan. Inisiatif MyCoID ini akan diperluaskan ke agensi-agensi dan kementerian lain.

Kerajaan juga akan memperkenalkan sistem pemarkahan untuk memudahkan permohonan taraf penduduk tetap (PR). Permohonan PR kini boleh dilakukan selepas lima tahun bermastautin berbanding 10 tahun sebelum ini. Dengan sistem itu, permohonan taraf penduduk tetap akan lebih telus, pantas dan objektif berdasarkan kriteria yang jelas.

Bagi mempercepatkan proses pendaftaran hartanah pula, Akta Setem 1949 telah dipinda untuk membolehkan penilaian hartanah oleh Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta dilakukan selepas duti setem dibayar di Lembaga Hasil Dalam Negeri. Penambahbaikan ini akan dapat mengurangkan masa pendaftaran hartanah daripada 30 hari kepada satu hari saja.

Penjawat awam selaku pelaksana dasar adalah komponen yang amat penting di dalam usaha negara merealisasikan wawasan kebangsaan. Tanpa ejen pelaksana yang cekap, berkesan dan dinamik wawasan negara, akan hanya tinggal sekadar matlamat murni. Sehubungan dengan itu, dalam usaha berterusan menyediakan kerangka penilaian yang lebih bertanggungjawab, relevan dan menyeluruh serta mengambil kira maklum balas penjawat awam, Kerajaan bersetuju untuk memansuhkan sistem Penilaian Tahap Kecekapan atau PTK dan diganti dengan satu sistem penilaian yang lebih sesuai dan diterima baik oleh penjawat awam menjelang Jun 2011.

Di atas segalanya, kerajaan sentiasa menghargai sumbangan penjawat awam yang memberi komitmen penuh dalam menjayakan inisiatif Kerajaan, termasuk Program Transformasi Kerajaan dan Program Transformasi Ekonomi. Dengan harapan dan pesanan supaya penjawat awam terus berusaha, Kerajaan akan:
Pertama: Meringankan beban penjawat awam untuk menampung perbelanjaan persiapan sekolah dengan memberi Bantuan Khas Kewangan sebanyak RM500. Bantuan kewangan ini akan diberi kepada penjawat awam gred 54 dan ke bawah, termasuk pegawai kontrak dan pesara Kerajaan. Pembayaran akan dibuat pada Disember ini;
Kedua: Menaikkan kadar Bantuan Mengurus Jenazah kepada RM3,000 berbanding RM1,000 pada masa ini selaras dengan kenaikan kos pengurusan jenazah. Bantuan ini juga akan dipanjangkan kepada pesara kerajaan; dan
Ketiga: Menyambung perkhidmatan Pegawai Khidmat Singkat yang tamat perkhidmatan pada 31 Disember 2010 untuk tempoh setahun lagi. Kementerian dan agensi tidak dibenarkan untuk menambah bilangan Pegawai Khidmat Singkat baru.

Tambahan daripada itu, bagi memudahkan penjawat awam memiliki rumah serta memperbaiki lagi syarat-syarat untuk membuat pinjaman perumahan, Kerajaan akan:
Pertama: Membenarkan pembelian hartanah daripada ibu, bapa, anak dan adik-beradik;

Kedua: Menggandakan kadar pinjaman kepada RM20,000 berbanding RM10,000 untuk kerja tambahan rumah kos rendah bagi Kumpulan Sokongan Dua; dan
Ketiga: Menaikkan had kelayakan maksimum pinjaman perumahan kepada RM450,000 berbanding RM360,000 pada masa kini. Kesemua langkah penambahbaikan pinjaman perumahan ini akan berkuat kuasa mulai 1 Januari 2011.

Tuan Yang Di-pertua,

Kerajaan komited untuk mempercepatkan proses transformasi dengan melaksanakan projek dan program di bawah RMKe-10, NKRA dan NKEA dilaksanakan dengan jayanya. Untuk melaksanakan strategi dan langkah yang telah dibentang, saya mencadangkan sejumlah RM212 bilion diperuntukkan bagi Bajet 2011 iaitu 2.8 peratus lebih tinggi berbanding peruntukan 2010. Daripada jumlah itu, RM162.8 bilion adalah bagi perbelanjaan mengurus, manakala RM49.2 bilion diperuntukkan bagi perbelanjaan pembangunan.

Di bawah peruntukan mengurus, RM45.6 bilion adalah bagi emolumen dan RM28.2 bilion disediakan bagi Perkhidmatan dan Bekalan. Manakala, RM86.4 bilion diperuntukkan kepada Pemberian dan Kenaan Bayaran Tetap. Sejumlah RM1.4 bilion disediakan untuk Pembelian Aset dan baki 1.2 bilion ringgit untuk perbelanjaan lain.

Bagi peruntukan pembangunan pula, sebanyak RM28.3 bilion disediakan bagi sektor ekonomi untuk menampung keperluan infrastruktur, perindustrian serta pertanian dan pembangunan luar bandar. Sejumlah RM15.5 bilion diperuntukkan bagi sektor sosial, termasuk pendidikan dan latihan, kesihatan, kebajikan, perumahan serta pembangunan masyarakat. Seterusnya, RM4.4 bilion diperuntukkan bagi pembangunan sektor keselamatan, RM955 juta bagi pentadbiran am dan RM2 bilion untuk simpanan luar jangka.

Dari segi kutipan hasil Kerajaan Persekutuan bagi 2011, jumlahnya dianggarkan meningkat 2.3 peratus kepada RM165.8 bilion, berbanding RM162.1 bilion pada 2010. Dengan mengambil kira anggaran hasil dan perbelanjaan, defisit Kerajaan Persekutuan bagi 2011 dijangka terus berkurangan kepada 5.4 peratus daripada KDNK, berbanding 5.6 peratus pada 2010.

Tuan Yang Di-pertua,

Apa yang telah dirangka dan akan dilaksanakan ini adalah visi bagi memenuhi aspirasi dan impian rakyat. Kita mahu membina sebuah Malaysia di mana setiap seorang mampu mencipta kebahagiaan. Kita mahu membina sebuah Malaysia di mana yang mengehadkan kejayaan hanyalah sejauh mana kesanggupan seseorang itu berusaha dan bekerja keras. Kesimpulannya, bajet ini telah mengambil kira keperluan semua rakyat Malaysia. Pembentangannya dimungkinkan oleh pengurusan kewangan negara yang cekap dan berhemat selama ini.

Wawasan saya dan rakan-rakan dalam Kabinet adalah untuk meneruskan tradisi murni membawa kemakmuran ke seluruh pelosok dan ceruk negara. Wawasan ini bukanlah sesuatu yang mustahil. Ia bukanlah pula satu impian yang kosong. Fakta dan sejarah telah membuktikan bahawa kerajaan Barisan Nasional berupaya melakukannya selama puluhan tahun. Kita telah berjaya mentransfomasikan ekonomi Malaysia dari sebuah negara pertanian berpendapatan rendah menjadi negara perindustrian moden yang berpendapatan sederhana tinggi. Kita telah berjaya meningkatkan perkapita daripada AS$260 di awal merdeka kepada kira-kira AS$8,000 hari ini.

Kita telah berjaya mengurangkan kemiskinan dari 60 peratus kepada 3.8 peratus sehingga berada di ambang menghapuskan kemiskinan tegar dan berjaya mencipta kelas menengah yang dinamik.

Hakikatnya, pengurusan kewangan yang berhemat jugalah yang telah menyaksikan kita berupaya keluar dari krisis kewangan 1997/1998 dengan jayanya bersandarkan langkah tegas di luar kelaziman ketika itu. Hasilnya, kritikan menjadi pujian, sifat berwasangka berubah menjadi kekaguman. Begitu juga di kala tsunami ekonomi melanda pada 2008, kerajaan tidak langsung berlengah-lengah mengambil langkah pemulihan melalui pakej rangsangan dan mini bajet. Sekali lagi, rakyat diselamatkan daripada terjebak dalam situasi yang membebankan dengan merasai kesan sangat minimum. Pendek kata, walau apapun cabaran yang mendatang, kita tidak akan sekali-kali berundur daripada misi mulia ini, atas keyakinan bahawa kebenaran berpihak kepada kita dengan rekod prestasi yang cemerlang.

Kita bukannya saudagar mimpi yang memperdagang dongengan. Kita adalah parti pembina harapan yang berpijak di bumi nyata. Apa yang kita capai bukanlah secara tidak sengaja, ibarat bulan jatuh ke riba, tetapi ia hasil dari perencanaan yang jelas, ketegasan pelaksanaan, perancangan yang rapi serta pengorbanan yang tinggi. Percayalah, bahawa Kerajaan tidak akan mengambil jalan mudah dengan menggadaikan kepentingan negara jangka panjang demi untuk populariti jangka pendek. Yakinlah, bahawa kita tidak mahu mewariskan negara yang bermasalah kepada generasi akan datang.

Lantaran itu, rakyat perlu insaf bahawa masa depan mereka dan anak-anak adalah terlalu bernilai dan mahal harganya untuk diserahkan kepada pihak yang tidak bertanggungjawab. Sesungguhnya bajet kali ini adalah bajet ke-53 pasca merdeka yang telah dibentangkan oleh kerajaan daripada parti yang sama. Melalui 53 bajet, 10 Rancangan Malaysia, tiga Rangka Rancangan Jangka Panjang dan satu Misi Nasional, Bajet 2011 menjadi bingkisan penting serta langkah pertama dalam menempatkan Malaysia di ambang status negara maju berpendapatan tinggi.

Ingatlah bahawa, Malaysia adalah tanah tumpah darah kita, di sini kita dilahirkan, di sini kita membesar, di sini kita mencari rezeki, di sini kita mencipta kejayaan dan di sinilah dengan takdir Tuhan kita akan bersemadi. Kepada-Mu ya Allah, dipanjatkan doa dan dipohon kekuatan, mudah-mudahan segala usaha hamba-hamba-Mu ini beroleh keberkatan.

Tuan Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan.

~ BERITA HARIAN ~

Friday, October 15, 2010

Air Asia RM1...Holiday Booking..

tak sabarnya ibu nak booking tiket....En. Hubby dah promis nak bawa ibu gn HI gi Holiday thn depan (ni utk thn depan la)..tahun ni still ada holiday lagi sblm abis tahun..ahakk..

belom decide nak pegi mana...tp mmg nak booking flight dgn Air Asia ni...thn depan pun HI dah setahun kan....ermmm..nak kena gi buat pasport kat HI ni...wink..winkk

Thursday, October 14, 2010

Hidup umpama roda

hanya ingin mencoret lagi agar minda ini kembali sepeti dulu....

hidup ini tak dapat kita nak jangka...hari ni kita di atas..kita bahagia..kita memiliki segalanya...esok lusa kita tak pasti adakah kita masih di atas?...adakah kita masih bahagia?..adakah kita kehilangan semuanya?

apa yang mampu kita lakukan saat ini hanya memohon kepadaNya agar apa yang kita kecapi hari ini akan terus kita kecapi hingga esok/utk selamanya

agak pelik putaran kehidupan kita...hanya kita yang mampu mencorakkan kemana arahnya...peliharalah...hargailah lah kehidupan yang kita ada sekarang...

hari ini..kita mampu utk tersenyum riang/gembira...amat berharap utk tersenyum selamanya...tp kita sendiri tak pasti sampai bila...andainya kita tewas...tak mampu utk senyum lagi..apa la daya kita utk melawan..utk menidakkan ketentuanNya...

hargailah setiap detik yang kita ada bersama org tersayang/sekeliling kita sebelum semuanya terlambat...sebelum kita menyesal dengan apa yang terjadi..

kenapa kita perlu menangis??kenapa perlu ada air mata sepanjang hidup kita??..tiada seorg insan pun akan menangis utk suka2...ada org menangis kerana berita gembira...ada pula yang menangis kerana kesedihan...

gembira?kenapa perlu menangis?

sedih??perlu ke kita menangis?

kemana hilangnya kekuatan yang ada dalam diri kita?..kemana hilangnya sifat tabah yang kita miliki?

ibu menangis apabila selamat melahirkan HI...ibu terlalu gembira pada waktu itu...penantian ibu selama 4 tahun akhirnya dimakbulkan Tuhan...ibu bukan menangis kerana sedih tp ibu menangis kerana gembira dikurniakan seorang anak yang telah lama ibu nantikan...

ibu menangis melihat anak ibu sakit/demam...ibu tak sanggup nak tengok anak ibu meronta2 kesakitan..ibu tak dapat menolong utk melegakan kesakitan anak ibu..lantas ibu turut menangis bersama...

dan...semalam ibu menangis kerana diduga lagi...dugaan yang cukup berat utk ibu kongsikan disini...cukup sekadar kiasan yang bisa membuatkan hati ibu kembali tenang...

dan...hari ini ibu kembali tenang..ibu dah cukup tabah utk hadapi semua ini...ibu memohon petunjuk dariNya..ibu mendapat kekuatan dariNya...walaupun hati ini masih menangis tetapi ibu akan pastikan tiada lagi air mata ibu dari mengalir...

ibu sayang Abang & anak ibu...semoga kita bahagia selamanya..semoga apa yang kita kecapi hari ini..akan dapat kecapi utk hari esok & selamanya....

Wednesday, October 13, 2010

Iklan Pengambilan KPLI-SR & KPLI j-QAF Ambilan Januari 2011

Makluman : Anda dinasihatkan agar membaca iklan dan memahami syarat-syarat permohonan yang telah ditetapkan sebelum membuat permohonan Kursus Perguruan Lepas Ijazah Sekolah Rendah (KPLI-SR). Untuk membuat permohonan, sila klik pada 'Permohonan KPLI-SR & KPLI j-QAF'


A. IKLAN PERMOHONAN

Kementerian Pelajaran Malaysia mempelawa calon yang berkelayakan, berpotensi, berminat dan beriltizam untuk mengikuti Kursus Perguruan Lepas Ijazah Sekolah Rendah (KPLI SR) Mod Latihan Perguruan Sepenuh Masa dan Kursus Perguruan Lepas Ijazah Sekolah Rendah (KPLI j-QAF) Mod Latihan Perguruan Berasaskan Sekolah (LPBS) di Institut Pendidikan Guru(IPG).



1. KETERANGAN PROGRAM

1.1 Nama Program : KURSUS PERGURUAN LEPASAN IJAZAH SEKOLAH RENDAH (KPLI SR) Mod Latihan Perguruan Sepenuh Masa


Tempoh Pengajian : 1(Satu) Tahun


Mod Kursus : Sepenuh Masa



1.2 Nama Program : KURSUS PERGURUAN LEPASAN IJAZAH SEKOLAH RENDAH (KPLI SR)j-QAF Mod Latihan Perguruan Berasaskan Sekolah


Tempoh Pengajian : 1(Satu) Tahun Dan 6(Enam) Bulan


Mod Kursus : Latihan Perguruan Berasakan Sekolah (LPBS)
2. SYARAT DAN KELAYAKAN ASAS

2.1 Kewarganegaraan


Pemohon mestilah warganegara Malaysia.

2.2 Kesihatan


Calon hendaklah sihat fizikal dan mental.

2.3 Umur


a. Umur tidak melebihi 35 tahun pada 31 Januari 2011 iaitu lahir pada atau selepas 31 Januari 1976.
2.3 Kelayakan Akademik


a.
Memiliki Ijazah Sarjana Muda atau setaraf dengannya daripada Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) atau Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) tempatan atau luar negara.


b.
Memiliki ijazah yang diiktiraf oleh kerajaan Malaysia. Pemohon perlu merujuk laman sesawang JPA di alamat berikut : http://www.interactive.jpa.gov.my/webinteraktif/frmMainIktiraf.asp


c Calon Kursus Perguruan Lepas Ijazah Sekolah Rendah (KPLI-SR) j-QAF Mod Latihan Perguruan Berasaskan Sekolah (LPBS) hendaklah memiliki ijazah sama ada dalam bidang Pengajian Islam atau Pengajian Bahasa Arab atau al-Quran atau bidang yang berkaitan


d. Memiliki kepujian Bahasa Melayu di peringkat SPM atau SPM(V) serta lulus ujian lisan atau Prinsipal Bahasa Melayu di peringkat STPM.


e.
Lulus Bahasa Inggeris di peringkat SPM atau SPM(V).
3. SYARAT TAMBAHAN

3.1
Calon yang memiliki Ijazah Sarjana Muda dengan PNGK 2.75 ke atas diberi keutamaan.

3.2
Calon hendaklah aktif dalam kegiatan kokurikulum

3.3
Calon yang memiliki ijazah yang bertepatan dengan bidang pengkhususan dan pengalaman mengajar akan diberi keutamaan.

3.4
Bagi pemohonan bidang pengajian di SJKC, calon perlu memiliki kepujian dalam Bahasa Cina di peringkat SPM atau SPM(V) kecuali permohonan bagi bidang pengkhususan Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris dan;
Bagi pemohonan bidang pengajian di SJKT, calon perlu memiliki kepujian dalam Bahasa Tamil di peringkat SPM atau SPM(V) kecuali permohonan bagi bidang pengkhususan Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris .

3.5
Calon hendaklah bersedia ditempatkan di mana-mana sekolah termasuk di kawasan pedalaman.
4. CALON YANG TIDAK LAYAK MEMOHON

4.1

Calon yang telah memiliki kelayakan ikhtisas perguruan seperti Ijazah Sarjana Muda dengan Pendidikan, Diploma dengan Pendidikan, Diploma Pendidikan, Diploma Perguruan atau Sijil Perguruan.

4.2

Calon yang masih lagi terikat dengan Kontrak Perkhidmatan Agensi Kerajaan termasuk yang sedang mengikuti Kursus Perguruan Lepas Ijazah Mod Kursus Dalam Cuti(KDC) atau Mod Latihan Perguruan Berasaskan Sekolah(LPBS) kelolaan Kementerian Pelajaran Malaysia.

4.3

Calon yang pernah meletakkan jawatan dalam perkhidmatan kerajaan.

4.4

Calon yang pernah dikenakan tindakan tatatertib atau sedang dalam proses tindakan tatatertib semasa dalam perkhidmatan atau dalam latihan.

4.5

Calon yang pernah atau sedang disabitkan dalam kesalahan penyalahgunaan dadah atau jenayah.




5. BIDANG PENGKHUSUSAN YANG DITAWARKAN

5.1 Kursus Perguruan Lepas Ijazah Sekolah Rendah(KPLI-SR) Mod Sepenuh Masa


5.1.1 Sekolah Kebangsaan (SK).


Bil.
Bidang
Bil.
Bidang
1. Prasekolah 3. Bahasa Tamil Sekolah Kebangsaan
2. Bahasa Inggeris 4. Bahasa Cina Sekolah Kebangsaan


5.1.2 Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC).


Bil.
Bidang
Bil.
Bidang
1. Prasekolah 9. Pendidikan Seni Visual
2. Bahasa Melayu 10. Pendidikan Jasmani
3. Bahasa Inggeris 11. Bimbingan dan Kaunseling
4. Matematik 12. Pendidikan Pemulihan
5. Sains 13. Kemahiran Hidup
6. Pendidikan Khas Masalah Pembelajaran 14. Pendidikan Muzik
7. Pendidikan Khas Masalah Pendengaran 15. Pengajian Sosial
8. Pendidikan Khas Masalah Penglihatan



5.1.3 Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT).


Bil.
Bidang
Bil.
Bidang
1. Prasekolah 9. Pendidikan Seni Visual
2. Bahasa Melayu 10. Pendidikan Jasmani
3. Bahasa Inggeris 11. Bimbingan dan Kaunseling
4. Matematik 12. Pendidikan Pemulihan
5. Sains 13. Kemahiran Hidup
6. Pendidikan Khas Masalah Pembelajaran 14. Pendidikan Muzik
7. Pendidikan Khas Masalah Pendengaran 15. Pengajian Sosial
8. Pendidikan Khas Masalah Penglihatan


5.2 Kursus Perguruan Lepas Ijazah Sekolah Rendah (KPLI-SR)j-QAF Mod Latihan Perguruan Berasaskan Sekolah (LPBS)


5.2.1 Bidang pengajian yang ditawarkan adalah seperti berikut:



(i) Bahasa Arab



(ii) Pendidikan Islam



(iii) Pendidikan Islam Pendidikan Khas j-QAF
6. CARA MENGEMUKAKAN PERMOHONAN

6.1
Permohonan hanya boleh dibuat secara atas talian (online) dengan melayari laman sesawang Kementerian Pelajaran Malaysia di alamat: http://kpli.moe.gov.my/application_jan2011/ mulai 11 Oktober 2010.



6.2
Permohonan atas talian boleh dibuat dengan menggunakan Nombor Pengenalan Individu (PIN) yang boleh dibeli di Bank Simpanan Nasional (BSN) di seluruh negara dengan bayaran sebanyak RM 6.00 (Ringgit Malaysia Enam sahaja) melalui saluran kaunter, ATM dan perbankan Sistem Maklumat Ringkas (SMS).

6.3 Pemohon dinasihatkan melayari laman sesawang tersebut bagi mendapatkan maklumat iklan, kesesuaian ijazah dengan bidang pengkhususan, struktur program dan kalendar aktiviti sebelum membuat permohonan.

6.4 Calon dibenarkan mengemukakan SATU permohonan sahaja.

6.5 Calon boleh menggunakan nombor PIN yang sama untuk membuat pindaan butiran kepada permohonan yang telah dihantar. Pindaan butiran permohonan dihadkan tiga kali sahaja dan hendaklah dibuat sebelum tarikh tutup permohonan.

6.6
Maklumat yang tidak benar dan tidak lengkap boleh mengakibatkan permohonan ditolak.
7. MAKLUMAN DAN PERHATIAN

7.1
Calon yang memenuhi syarat dan kelayakan asas untuk mengikuti Kursus Perguruan Lepas Ijazah ini diwajibkan menduduki Ujian Pemilihan Calon Guru Malaysia (Malaysian Teacher Selection Test – MTeST) dan menghadiri temu duga yang akan ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. (Sila rujuk Kalendar Aktiviti Permohonan KPLI Ambilan Januari 2011 di dalam Iklan Permohonan Kursus Perguruan Lepas Ijazah untuk maklumat lanjut.)



7.2
Keutamaan diberi kepada calon yang mempunyai ijazah yang tepat dan bersesuaian dengan bidang yang dipohon. (Sila rujuk senarai kesesuaian ijazah di dalam Iklan Permohonan Kursus Perguruan Lepas Ijazah ini untuk maklumat lanjut).



7.3
Calon yang dipanggil menduduki MTeST dikehendaki mencetak TiketPanggilan Ujian daripada laman web Kementerian Pelajaran Malaysia dan dibawa bersama semasa ujian.



7.4
Calon yang layak dipanggil temu duga dikehendaki mencetak Surat Panggilan Temu Duga, Lembaran Pernyataan Hasrat, dan Borang Butiran Diri daripada laman sesawang. Borang Butiran Diri dan Lembaran Pernyataan Hasrat yang telah diisi dan dilengkapkan hendaklah dibawa bersama-sama dengan dokumen-dokumen lain pada hari temu duga. Bahagian Pendidikan Guru tidak akan mengeluarkan makluman secara bersurat kepada calon.



7.5
Calon yang sedang berkhidmat dengan Kerajaan Malaysia atau badan berkanun dikehendaki membawa Surat Pengesahan Ketua Jabatan semasa temu duga.



7.6
Calon yang berjaya ditawarkan kursus akan menerima surat tawaran rasmi semasa melapor diri di Institut Pendidikan Guru yang ditetapkan.



7.7 Calon adalah dinasihatkan supaya terlebih dahulu membuat semakan kepada status kelayakan ijazah yang diiktiraf oleh kerajaan dengan melayari portal di alamat berikut :
http://www.interactive.jpa.gov.my/webinteraktif/frmMainIktiraf.asp

7.8
Maklumat permohonan yang tidak lengkap atau tidak benar, boleh mengakibatkan permohonan ditolak.
8. TARIKH TUTUP PERMOHONAN

Permohonan bagi Ambilan Januari 2011 ditutup pada 24 Oktober 2010.
9. PENDAFTARAN

Calon yang ditawarkan tempat mengikuti kursus ini akan mendaftar di Institut Pendidikan Guru yang ditentukan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia pada tarikh yang akan ditetapkan. Calon yang telah ditemu duga dan tidak menerima sebarang maklumat dalam tempoh satu (1) bulan selepas tarikh pendaftaran di Institut Pendidikan Guru adalah dianggap tidak berjaya. Bahagian ini tidak akan mengeluarkan maklumat secara bersurat kepada calon.
10. IKATAN PERJANJIAN PENDIDIKAN GURU

Calon yang ditawarkan mengikuti kursus di Institut Pendidikan Guru adalah tertakluk kepada ikatan Perjanjian Pendidikan Guru seperti yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. Calon hendaklah bersetuju dan patuh dengan kontrak perjanjian untuk berkhidmat di mana-mana sekolah atau institusi pendidikan seperti yang diarahkan oleh pihak kerajaan setelah tamat berkursus.
11. ALAMAT BAHAGIAN PENDIDIKAN GURU, KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

Sila hubungi alamat berikut sekiranya ada sebarang pertanyaan berkaitan permohonan :

BAHAGIAN PENDIDIKAN GURU
KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
ARAS 3, BLOK E13, PARCEL E
KOMPLEKS PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN
62604 PUTRAJAYA
( u.p : Unit Pengurusan Pengambilan Pelajar )
Nombor Telefon :

03-88841260
03-88841254
03-88841253
03-88841371
03-88841235






URUSETIA BAHAGIAN PENDIDIKAN GURU
Cawangan Sabah
d/a Institut Pendidikan Guru Kampus Gaya
Peti Surat 10491
88805 Kota Kinabalu, Sabah
Nombor Telefon : 088–236804





URUSETIA BAHAGIAN PENDIDIKAN GURU
Cawangan Sarawak
Jalan College
93259 Kuching, Sarawak
Nombor Telefon : 082 – 258045




B. KESESUAIAN IJAZAH DENGAN BIDANG PENGKHUSUSAN YANG DITAWARKAN

Berikut adalah kesesuaian ijazah dengan bidang pengkhususan yang ditawarkan:
1. Kursus Perguruan Lepas Ijazah Sekolah Rendah (KPLI-SR) Mod Latihan Perguruan Sepenuh Masa
Bil
Kod Bidang Pengkhususan
Bidang Pengkhususan
Kesesuaian Ijazah

1.

A150M0000P (SJKC)
A160M0000P (SJKT)

Bahasa Melayu
1.
Ijazah Sarjana Muda Pengajian Melayu (UM)
Major : Kesusasteraan Melayu
Minor : Bahasa Melayu
2.
Ijazah Sarjana Muda Pengajian BahasaMelayu (USM)
Major : Pengajian Bahasa Melayu
Minor : Pengurusan
3.
Ijazah Sarjana Sastera (USM)
Major : Pengajian Bahasa Melayu
Minor : Komunikasi
4.
Ijazah Sarjana Muda Sastera (Bahasa dan Linguistik Melayu) (UPM)
Major : Bahasa dan Linguistik Melayu
Minor : Komunikasi
5.
Ijazah Sarjana Muda Sastera (UPM)
Major : Sastera
Minor : Bahasa Melayu
6.
Ijazah Sarjana Muda Sastera (UPM)
Major : Bahasa dan Linguistik Melayu
Minor : Pembangunan Keluarga
7.
Ijazah Sarjana Muda Sastera (UKM)
Major : Persuratan Melayu
Minor : Linguistik
2.
A110E0000P (SK)
A150E0000P (SJKC)
A160E0000P (SJKT)
Bahasa Inggeris
1.
Sains Kemanusiaan (Bahasa Inggeris dan Kesusasteraan) - UIA
2.
Bahasa Inggeris dan Kesusasteraan / Pengajian Inggeris - USM
3.
Bahasa Inggeris - UM
4.
Pengajian Inggeris - UKM
5.
Bahasa Inggeris (Major) dan Kesusasteraan Bahasa Inggeris (Minor) - UPM

3.

A110C0000P (SK)
Bahasa Cina
Bidang Bahasa
Bahasa Cina (Major) / Bahasa Tionghua (Major) / Chinese Studies / Chinese and Management Studies
4.
A110T0000P (SK)
Bahasa Tamil
Bidang Bahasa
Bahasa Tamil (Major) / Pengajian India (Major)
5.
A151M0000P (SJKC)
A161M0000P (SJKT)
Matematik
1.
Matematik / Permodelan Matematik / Statistik /Statistik Gunaan /Sains Pemutusan
2.
Matematik (Industri / Kewangan / Komputasi)
3.
Sains Aktuari - UKM
4.
Sains Gunaan (Matematik / Aktuari) - UTM
6.
A151S0000P (SJKC)
A161S0000P (SJKT)
Sains

Animal Sc / Applied Chemistry / Applied Sc / Biochemistry / Biohealth Sc / Biological Sc / Biology / Biomedical Sc / Biomedicine / Bioscience / Chemical Sc / Chemistry / Dental Sc / Dental Surgeon / Doctor of Dental Surgeon / Doctor of Medicine / Doctor of Medicine (M.D) / Doctor of Veterinary Medicine / Ecology & Biodiversity / Genetic / Genetic & Molecular Biology ? health Physics / Industrial Chemistry / Industrial Physics / Material Sc / Medicine & Surgery / Microbiology / Optometry / Petroleum Chemistry / Pharmacy / Physics with Electronic / Science / Zoology

7. A157B0000P (SJKC)
A167B0000P (SJKT)

Pendidikan Khas Masalah Pembelajaran

Biologi/ Bioperubatan Kejuruteraan/ Perubatan/ Sains Pertuturan/ Sains Audiologi, Terapi Cara Kerja/ Sains Kognitif/ Psikologi/ Biologi/ Psikologi Belia dan Pembangunan Komuniti/ Psikologi Kanak-kanak dan Keluarga/ Pendidikan Awal Kanak-kanak/ Psikologi Kaunseling/ Kejururawatan/ Bimbingan dan Kaunseling/ Prasekolah

8. A157D0000P (SJKC)
A167D0000P (SJKT)

Pendidikan Khas Masalah Pendengaran

9. A157L0000P (SJKC)
A167L0000P (SJKT)

Pendidikan Khas Masalah Penglihatan

10.
A156V0000P (SJKC)
A166V0000P (SJKT)
Pendidikan Seni Visual
1.
Sarjana Muda Seni Halus dgn Kepujian (Grafik Komunikasi) – (USM)
2.

Sarjana Muda Seni Halus dgn Kepujian (Reka Bentuk Teknologi Media Baru – (USM)

3.

Sarjana Muda Seni Halus dgn Kepujian (Reka Bentuk Produk) – (USM)

4.

Sarjana Muda Sastera dgn Kepujian Seni Halus – USM

5.

Sarjana Muda Seni Lukis dan Seni Reka dgn Kepujian (Seni Halus) – (UITM)

6.

Sarjana Muda Seni Lukis dan Seni Reka dgn Kepujian (Seni Reka Grafik) – (UITM)

7.

Sarjana Muda Seni Lukis dan Seni Reka dgn Kepujian (Seni Tekstil) – (UITM)

8.

Sarjana Muda Seni Lukis dan Seni Reka dgn Kepujian (Seni Reka Seramik) – (UITM)

9.

Sarjana Muda Seni Lukis dan Seni Reka dgn Kepujian(Seni Reka Fesyen) – (UITM)

10.

Sarjana Muda Seni Lukis dan Seni Reka dgn Kepujian (Seni Reka Logam Halus) – (UITM)

11.

Sarjana Muda Seni Lukis dan Seni Reka dgn Kepujian (Seni Reka Perindustrian) – (UITM)

12.

Ijazah Sarjana Muda Teknologi seni Visual dgn Kepujian – (UMS)

13.

Ijazah Sarjana Muda Sastera dgn Kepujian (Seni Kreatif) – (UMS)

14.

Ijazah Sarjana Muda Seni Gunaan dgn Kepujian (Seni Halus) – (UNIMAS)

11.
A156J0000P (SJKC)
A166J0000P (SJKT)
Pendidikan Jasmani
1.
Sains Sukan
i) Pengurusan
ii) Kejurulatihan
iii) Fisiologi Sukan
iv) Psikologi Sukan
2.
Sains Senaman dan Sukan
12.
A157K0000P (SJKC)
A167K0000P (SJKT)

Bimbingan dan Kaunseling

1.
Kaunseling (UM / UMT / UNIMAS / UUM / USIM)
2.
Psikologi Kaunseling (UMS)
13.
A157C0000P (SJKC)
A167C0000P (SJKT)

Pendidikan Pemulihan

1.

Ijazah Sarjana Muda Pengajian Melayu (UM)
Major : Kesusasteraan Melayu
Minor : Bahasa Melayu

2.

Ijazah Sarjana Muda Pengajian Bahasa Melayu (USM)
Major : Pengajian Bahasa Melayu
Minor : Pengurusan

3.

Ijazah Sarjana Sastera (USM)
Major : Pengajian Bahasa Melayu
Minor : Komunikasi

4.

Ijazah Sarjana Muda Sastera Bahasa dan Linguistik Melayu (UPM)
Major : Bahasa dan Linguistik
Minor : Komunikasi

5.

Ijazah Sarjana Muda Sastera (UPM)
Major : Sastera
|Minor : Bahasa Melayu

6.

Ijazah Sarjana Muda Sastera (UPM)
Major : Bahasa dan Linguistik Melayu
Minor : Pembangunan Keluarga

7.
Ijazah Sarjana Muda Matematik/ Matematik Industri/ Matematik
Kewangan/ Matematik Komputasi/ Pemodelan Matematik
8.

Memperoleh kepujian dalam mata pelajaran Matematik di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia

9.

Memperoleh kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Melayu di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia)

14.
A154K0000P (SJKC)
A164K0000P (SJKT)
Kemahiran Hidup
1.

Bidang Kejuruteraan
i) Kejuruteraan (Awam/Mekanikal/Elektrik/Elektronik/Mekatronik/Pembuatan/
Pembinaan/Pengeluaran/Pertanian/Mekanik/Automotif.
ii) Rekabentuk (Senibina/Industri/Produk)
iii) Teknologi Perabot

2.

Bidang Perniagaan
i) Pentadbiran Perniagaan*
ii) Pengurusan Perniagaan
iii) Perakaunan
iv) Perniagaan Tani

*Kecuali
-Pentadbiran Perniagaan(Pengurusan Sumber Manusia)

**Kecuali
-Perakaunan Sistem Maklumat

3. Bidang Pertanian
i) Bioindustri(Pertanian/Hortikultur/Landskap)
ii) Sains Pertanian/Perhutanan/Agroteknologi/Hortikultur
iii) Bioteknologi (Sains Pertanian)
iv) Senibina Landskap
15.
A157M0000P (SJKC)
A167M0000P (SJKT)
Pendidikan Muzik
1.

Seni Muzik Komposisi/ Seni Muzik Persembahan/ Seni Lukis/ Seni Reka/ seni Persembahan (Seni Layar) - UITM

2.

Seni Persembahan Muzik/ Seni Persembahan Drama/ Seni Persembahan Tari - UM

3.

Seni Muzik (Seni Persembahan dan Pedagogi)/ Sastera (Muzik)/ Arahan dan Seni Lakon – USM

4.
Persembahan Muzik - UPM
5.

Muzik - UNIMAS

6.

Pengajian Muzik/ Pendidikan Seni Kreatif - UMS

16.
A156C0000P (SJKC)
A166C0000P (SJKT)

Pengajian Sosial

1.
Sains Sosial (Antropologi & Dakwah) – UDM
2.

Pengurusan Hal Ehwal Antarabangsa/Pengurusan Awam/
Pengurusan Kerja Sosial – UUM

3. Sains Ukur & Geomatik – UiTM
4

Sastera (Geografi & Sejarah)/Sains Kemasyarakatan
(Antropologi/Sosiologi/Kerja Sosial – USM

5

Sosiologi & Antropologi/Geografi/Sejarah/Geologi/
Kerja Sosial – UMS

6 Sejarah & Tamadun/Sosiologi & Antropologi – UIA
7

Sains Sosial & Kemanusiaan (Antropologi & Sosiologi)/
Sains Sosial (Geografi/Sains Pembangunan/Kerja Sosial)/
Sastera (Sejarah)/Sains (Geologi/Sains Sekitaran) – UKM

8

Sains (Geologi – Geologi Gunaan/Geografi/ Sains &
Pengurusan Alam Sekitar)/Sastera (Sejarah/Pengajian
Kependudukan)/Kajian Asia Tenggara/Kejuruteraan
(Alam Sekitar) – UM

9 Pengajian Warisan – Universiti Malaysia Kelantan
10

Bacelor Sains (alam Sekitar)/Bacelor Pengurusan Alam
Sekitar – UPM

11 Sains Remote Sensing/Sains Geoinformatik – UTM
12

Kajian Khidmat Sosial/Pengajian Kerja Sosial – UNIMAS

IPTS/IPT Luar Negara (yang diiktiraf)

Geografi
Geoinformatik
Ilmu Kemanusiaan
Ilmu Kemasyarakatan
Sejarah
Sejarah & Tamadun
Sosiologi & Antropologi
Usuludin (Sejarah & Tamadun)

17.
A117P0000P (SK)
A157P0000P (SJKC)
A167P0000P (SJKT)
Prasekolah

Psikologi Belia dan Pembangunan Komuniti/ Psikologi Kanak-kanak dan Keluarga/ Psikologi Kaunseling/ Kejururawatan/ Sains Kognitif/ Psikologi/ Kaunseling/ Bimbingan dan Kaunseling/ Prasekolah/ Pendidikan Awal Kanak-kanak


2. Kursus Perguruan Lepas Ijazah Sekolah Rendah (KPLI-SR) j-QAF Mod Latihan Perguruan Berasaskan Sekolah (LPBS)
Bil
Kod Bidang Pengkhususan
Bidang Pengkhususan
Kesesuaian Ijazah

1.

A210A0000L
A215A0000L
A217A0000L

Bahasa Arab
Pendidikan Islam
Pendidikan Islam Pendidikan Khas j-QAF

1
Aqidah dan Dakwah
2 Aqidah dan Falsafah
3 Bahasa Arab
4 Bahasa Arab dan Peradaban
5 Bahasa Arab dengan Pendidikan
6 Dakwah dan Pembangunan Insan
7 Dakwah dan Pembangunan Sumber Manusia
8 Dakwah dan Pengurusan
9 Pengajian Islam dan Bahasa Arab
10 Pengajian Al-Quran dan Qiraat
11 Pengajian Al-Quran & Al-Sunnah
12 Pengajian Arab & Tamadun Islam
13 Pengajian Dakwah & Kepimpinan
14 Pengajian Islam
15 Pengajian Islam (Dakwah)
16 Pengajian Islam (Syariah)
17 Pengajian Islam (Usuluddin)
18 Pengajian Islam dan Pendidikan Bahasa Arab
19 Pengajian Islam dan Pengajian Melayu
20 Pengajian Islam dan Sejarah
21 Pengajian Islam dengan Teknologi Maklumat
22 Perbandingan Mazhab dan Hukum
23 Qiraat
24 Syariah dan Ekonomi
25 Syariah dan Pengajian Islam
26 Syariah dan Pengurusan
27 Syariah dan Pengajian Islam
28 Syariah dan Pengurusan
29 Syariah dan Politik
30 Syariah dan Undang-Undang
31 Tafsir
32 Tafsir dan Hadis
33 Tafsir dan Ulum Quran
34 Tahfiz Al-Quran dan Qiraat
35 Takhasus Qiraat
36 Tarbiah
37 Usuluddin
38 Usuluddin & Falsafah
39

Usuludin dan Perbandingan Agama



C. STRUKTUR PROGRAM
KPLI-SR MOD SEPENUH MASA
1. Tempoh Pengajian

Tempoh pengajian bagi program ini ialah satu tahun iaitu dua semester. Calon yang
berjaya terpilih akan ditempatkan di mana-mana institut pendidikan guru di seluruh
Malaysia.


2.
Komponen dan Mata Pelajaran

Komponen dan mata pelajaran KPLI Ambilan Januari 2011 adalah seperti berikut:

KOMPONEN
MATAPELAJARAN
Asas Dinamika Guru 1. Bahasa Melayu Kini
2. Pengurusan Sumber (Teknologi Maklumat & Komunikasi, Teknologi Pendidikan & Sains Perpustakaan)
3. Pendidikan Islam atau Pendidikan Moral
4. Tamadun Islam
5. Pendidikan Negara Bangsa Malaysia
6. Pendidikan Alam Sekitar
7. Bina Insan Guru
Pengetahuan & Ketrampilan Profesional 8. Ilmu Pendidikan
Pengetahuan & Ketrampilan Pengkhususan 9. Mata Pelajaran Major
10. Mata Pelajaran Minor
Gerak Kerja Kokurikulum 11. GERKO

Pengurusan GERKO Unit Beruniform dan Sukan
Praktikum 12. Latihan Amali


KPLI j-QAF MOD LPBS
1. Tempoh Pengajian

Tempoh pengajian bagi program ini ialah lapan belas bulan iaitu tiga semester.
Calon yang berjaya terpilih akan ditempatkan di mana-mana institut pendidikan
guru di seluruh Malaysia.


2.
Komponen dan Mata Pelajaran

Komponen dan mata pelajaran KPLI j-QAF Mod LPBS Ambilan Januari 2011
adalah seperti berikut:

KOMPONEN
MATAPELAJARAN
Pengajian Asas 1.
Bahasa Melayu Komunikasi
2.
Bahasa Inggeris Komunikasi
3.
Seni Dalam Pendidikan
4.
Pengurusan Sumber
5.
Penyuburan Diri Insan Guru
Pengajian Profesional 6.
Ilmu Pendidikan
Pengajian Kurikulum Persekolahan 7.
Major
8.
Minor 1
9.
Minor 2
Kokurikulum 10.
GERKO
Praktikum 11.
Latihan Amali




3. Ikatan Perjanjian Pendidikan Guru

Calon yang telah menyempurnakan kursus adalah tertakluk dengan Ikatan Perjanjian
Pendidikan Guru.



D.
KALENDAR AKTIVITI PERMOHONAN KPLI SR MOD SEPENUH MASA DAN KPLI j-QAF MOD LPBS

AMBILAN JANUARI 2011

Bil
Aktiviti
Tarikh
1
Iklan permohonan KPLI Ambilan Januari 2011.
10 Oktober 2010
2
Permohonan dibuka (Permohonan dibuat secara online).
Nombor PIN boleh didapati di Bank Simpanan Nasional seluruh negara.
11 Oktober 2010
3
Permohonan ditutup.
(Pindaan atau perubahan maklumat permohonan boleh dibuat sehingga tarikh tutup).
24 Oktober 2010
4
Semakan online nama calon yang berjaya menduduki Ujian MTeST.
08 November 2010
5
Ujian MTeST seluruh negara (Sila bawa Tiket Panggilan Ujian).
13 November 2010
6

Semakan online nama calon berjaya dipanggil temu duga.
(Pemohon yang berjaya dikehendaki mencetak Surat Panggilan Temu Duga, Borang Butiran Diri dan Helaian Pernyataan Hasrat melalui Internet).

03 Disember 2010
7

Temu duga KPLI Ambilan Januari 2011.
(Sila bawa bersama Surat Panggilan Temu Duga , Borang Butiran Diri dan Helaian Penyataan Hasrat yang dicetak melalui Internet yang telah dilengkapi).

13 hingga 24 Disember 2010
8
Semakan Tawaran calon berjaya ke Institut Pendidikan Guru (IPG).
(Calon boleh mencetak surat tawaran sementara melalui internet. Surat Tawaran Rasmi boleh didapati selepas melapor diri di IPG).
22 Januari 2011
9
Pendaftaran calon di Institut Pendidikan Guru.
(Calon yang melapor diri boleh mendapatkan Surat Tawaran Berkursus di Institut Pendidikan Guru yang ditetapkan selepas mendaftar).
31 Januari 2011

Perhatian : Aktiviti dan Tarikh yang dinyatakan tertakluk kepada perubahan semasa.

SEDIAKAN HIBAH TAKAFUL ATAU TUNAI SEGERA SEHINGGA RM500,000 KEPADA YANG TERSAYANG

HANYA RM100 SEBULAN UNTUK PAMPASAN MINIMA RM350,000 DAN BERGANDA UNTUK KELUARGA ANDA.. Risiko ada dimana-mana. Tidak kira tua ataupun muda. ...