Showing posts with label Zinc Complex. Show all posts
Showing posts with label Zinc Complex. Show all posts

Thursday, July 9, 2015

VITAMIN SEMULAJADI UNTUK KESUBURAN LELAKI


Tak tau la pasai apa 2/3 hari ni..byk story bab kesuburan plak dah..hehe..layan je lah yer..asalkan bermanfaat untuk semua.

Selain pemakanan, tahap kesuburan lelaki boleh dibantu dengan pengambilan vitamin Shaklee. Pada yang belum tahu, vitamin Shaklee adalah semulajadi dan inshaAllah dijamin selamat selaras dengan kualitinya.

Jom kita tgk:




Zinc Complex
Badan manusia tak dapat menyimpan zink secara semula jadi. Dos yang perlu adalah 11mg bagi lelaki. Zink terdapat dalam daging, ayam, makanan laut, kekacang, bijirin dan produk tenusu.

Paling mudah anda hanya perlu mengambil suplemen Zink Complex Shaklee. 1 biji Zink Complex Shaklee memberikan 15mg (100%) keperluan harian dan 115mg Calcium (12% daripada keperluan harian).

Zink membantu lelaki dari meningkatkan nafsu seks. Juga perlu untuk penghasilan sperma. Masalah jumlah air mani menurun dan tahap testosteron yang rendah juga dapat dielakkan.





CoQ10 Shaklee
CoQ10 banyak terdapat dalam sumber makanan laut dan juga organ lembu. Kandungan CoQ10 ini menurun seiring dengan usia haiwan tersebut. CoQ10 adalah satu nutrien penting untuk meningkatkan mortaliti sperma di dalam air mani. Ia merupakan antioksidan yang membantu melindungi sel dari kerosakan disebabkan oleh radikal bebas.

Kandungan CoQ10 yang tinggi dalam CoQ Health Shaklee merupakan jawaban kepada mereka yang mempunyai masalah mortaliti sperma dalam air mani.

Kajian klinikal awal juga menunjukkan bahawa CoQ10 boleh:

  • Meningkatkan fungsi imun dalam orang dengan HIV atau AIDS
  • Meningkatkan kualiti sperma dan meningkatkan kesuburan lelaki
  • Digunakan sebagai sebahagian daripada rawatan untuk penyakit Parkinson


Vitamin E 
juga dikenali sebagai Vitamin Cinta. Pada 1922, satu kajian menunjukkan bahawa tikus yang diberi TANPA Vitamin E menjadi tak subur dan tak membiak. Namun, mereka telah diberikan minyak gandum yang kaya vitamin E dan kesuburan tikus tersebut kembali pulih.

Sekarang, kajian terhadap vitamin E membuktikan ia bertindak sebagai pelindung dan meningkatkan kesihatan sel tubuh. Setiap bahagian badan kita terhasil dari berjuta sel yang membentuk tisu dan organ-organ seperti pembiakan, sperma dan lain-lain.

Kajian lain pula membuktikan Vitamin E mempertingkat kesihatan dan kualiti sperma. Pergerakan sperma, peratus sperma hidup dan peratus daripada spermatozoa normal, semuanya meningkat dengan penambahan vitamin E.

Kesimpulannya, pengambilan supplemen yang tepat adalah berkesan dan membantu dalam meningkatkan kesuburan lelaki dan kesannya biasa akan nampak dalam tempoh paling cepat 4 minggu bergantung kepada setiap individu.

Ketahui 10 jenis makanan yang mampu meningkatkan kesuburan lelaki di dalam entry fiza yang lepas. Inginkan maklumat lanjut boleh terus hubungi fiza yer. (0124513311)

10 MAKANAN TINGKATKAN KESUBURAN LELAKI


10 jenis makanan yang boleh meningkatkan bilangan sperma

Lelaki juga dikaitkan dengan masalah kesuburan. Jangan menuding jari hanya kepada wanita yer. Lebih-lebih lagi lelaki yang merokok!!. Antara makanan yang boleh diamalkan untuk meningkatkan bilangan sperma antaranya :

1. Pisang

Pisang sangat berkesan dalam meningkatkan bilangan sperma. Pisang mengandungi Bromelain, sejenis enzyme yang turut terdapat dalam buah nenas (terutamanya pada bahagian tengah buah). Bromelain adalah enzyme anti-inflamatory semula jadi yang boleh membantu meningkatkan pengeluaran testosterone (hormon sex lelaki).

Pisang juga kaya dengan vitamin B1, A, dan C, yang penting dalam penghasilan sperma yang baik.

   
2. Coklat (Dark chocolate)

Coklat sememangnya mempunyai pelbagai khasiat terhadap tubuh badan. Coklat mengandungi L- arginine, sejenis amino asid yang yang diperlukan oleh tubuh badan dalam penghasilan sperma. Coklat dapat meningkatkan bilangan sperma dan isi padu air mani.




3. Bawang putih

Bawang putih mengandungi oxide synthase (NOS) yang merupakan bahan yang memainkan peranan yang penting dalam ereksi. Bawang putih juga mengandungi selenium dan vitamin B6 yang penting dalam penghasilan sperma yang sihat.

4. Buah delima

Buah delima mengandungi bahan anti oksida yang dapat melawan malondialdehyde (MDA), sejenis bahan kimia dalam salur darah yang boleh membunuh sel sperma. Malondialdehyde ini juga terdapat dalam air mani, yang menunjukkan sperma kurang berkualiti.

Kajian terbaru yang telah diterbitkan dalam International Journal of Medical Research and Health
Sciences (2013) telah membuktikan merokok boleh meningkatkan tahap MDA dalam air mani dan mengurangkan bilangan sperma.

Sebuah lagi kajian yang telah diterbitkan dalam Clinical Nutrition Journal menunjukkan pengambilan jus delima setiap hari boleh memusnahkan radikal bebas (free radical) dalam badan dan dapat meningkatkan quality sperma.

5. Daging (merah)

Daging mengandungi zat sepeti zink yang membantu menghalang radikal bebas (free radicals) dari menjadi sebahagian dari sperma, yang akan mengurangkan kualitinya. Zink juga membantu testosterone dari bertukar kepada estrogen yang akan mengakibatkan kurang nafsu syahwat.

Menurut Mayoclinic, pengambilan sebanyak 66 mg zink setiap hari dapat meningkatkan bilangan sperma dalam lelaki yang separa subur (subfertile) dan 220 mg sehari dapat membantu mengurangkan masalah mati pucuk dalam kalangan lelaki.

6.  Kacang Walnut

Selain mengandungi arginine (lihat coklat), kacang walnut juga mengandungi asid lemak omega-3 (Omega-3 fatty acids) yang dapat membantu meningkatkan aliran darah ke arah zakar. Selain itu, kacang walnut mengandungi anti oksida sebanyak dua kali ganda berbanding kacang-kacang yang lain.

7. Bayam

Terdapat banyak kandungan falic acid dalam bayam yang boleh membantu meningkatkan kuantiti sperma. Bahan ini juga mampu membantu menghasilakn sperma yang sihat dah tinggi motilitinya.

8.  Salad buah

Buah-buahan seperti oren, strawberry, ceri, dan beberapa lagi buah-bauahan yang tinggi kandungan anti-oksidan sangat berkesan dalam meningkatkan bilangan sperma. Dengan pengambilan salad buah, kita dapat menyerap kesemua nutrient yang terdapat dalam buah-buahan tersebut sekaligus. Dengan menjadikan buah-bauahan sebagai sebagai makanan harian, ia boleh menghalang sperma dari dirosakkan oleh radikal bebas. Air mani lelaki yang mengambil sehingga 1000 mg vitamin C setiap hari dapat meningkatkan motility sperma dan seterusnya dapat meningkatkan peluang berlakunya proses persenyawaan.


9. Telur

Telur dapat membantu meningkatkan bilangan sperma dan memperbaiki kesuburan. Telur kaya dengan kandungan vitamin E, dimana kekurangannya boleh menyebabkan berlakunya kemerosotan tisu buah zakar.

Kesan anti-oksidan vitamin E juga dapat menghalang kesan negative radikal bebas terhadap sel sperma dan telur (ovum). Oleh yang demikian, vitamin E ini dianggap antara nutrient yang terpenting untuk meningkatkan kesuburan.



10. Air kosong
Cara yang paling mudah untuk meningkatkan bilangan sperma adalah dengan minum air yang mencukupi setiap hari. Ia sangat penting bagi memastikan tubuh badan anda sentiasa terhidrat bagi meningkatkan fungsi sel-sel dalam badan, termasuklah sel sperma. Bilangan pengambilan air yang mencukupi adalah antara 8 hingga 10 gelas air kosong setiap hari.

Wednesday, July 8, 2015

ATASI RAMBUT GUGUR DENGAN ZINK COMPLEX

Rimas dengan rambut yang sering keguguran? Sikat je rambut gugur..bila syampoo je rambut penuh jer kat bilik air..huhu. Makin lama makin nipis plak kan. Ada plak tu kelumumur dok bertepek kat kulit kepala. Masalah lagi tu..adehhh..runsing kan??




Punca rambut gugur?
  • Genetik - mmg biasa kita dengar kan
  • Stress/tertekan - wajib amik vitamin kurangkan stress duly
  • Hormon tidak stabil
  • Kekurangan nutrisi
  • Pengambilan vitamin/ubat yg pelbagaipelbagai
  • Penggunaan produk warna rambut
  • Kurang cuci rambut - ada yg mls cuci ke?..adehhh masalah ni
So...fiza rekemen 2produk Shaklee yang memang best:



Zink Complex
Banyak sebab mengapa kita perlu zink dalam badan. Antaranya ialah:
  • Membina sel-sel sihat
  • Mengawal hormon
  • Membantu dalam penyerapan nutrien lain
  • Satu hubungan penting di antara tahap zink yg rendah membolehkan DHT menjadi tinggi (dihydrotestosterone; musuh rambut anda) dalam badan. Lebih zink = DHT kurang; kurang zink = DHT lebih.


Satu lagi sebab penting yg perlu kita tahu kenapa kita memerlukan zink yg cukup terutama apabila menghadapi masalah keguguran rambut adalah zink diperlukan oleh seluruh badan. Sebahagian besar daripada jumlah zink dalam badan kita terdapat dalam folikel rambut. Tetapi zink juga digunakan di tempat lain, untuk penglihatan, ingatan, bau dan rasa, penghadaman, dan lain-lain Jika kita  kekurangan zink, badan anda akan mengmabil folikel rambut pertama untuk memastikan zink boleh digunakan untuk proses yang lebih penting dari segi biologi.


Bukan Zink Complex shj tau. Perlukan kombinasi B Complex juga tau.





Satu komponen kumpulan kompleks B, Biotin sering dirujuk Vitamin H atau vitamin rambut. Ini kerana ia menggalakkan pertumbuhan rambut dan menghalang keguguran. Ia berfungsi untuk memetabolismakan asid lemak yang menjana pertumbuhan dan pembaikan folikel rambut, sekali gus mengurangkan kerosakan folikel yang disebabkan oleh DHT.

Boleh baca juga Tips Merawat Keguguran Rambut

Jadi, pada yang sering mengalami masalah kelumumur dan keguguran rambut boleh hubungi fiza 012 4513311

Tuesday, March 25, 2014

Zinc Complex


Zink merupakan mineral yang perlu ada dalam setiap sel tubuh kita. Ia merangsang tindakan bagi 100 enzim iaitu bahan-bahan yang menggalakkan reaksi-reaksi biokimia dalam tubuh kita.

Menyokong dan Memelihara Kesihatan yang Baik

Zink Complex Shaklee merupakan faktor dalam memelihara kesihatan yang baik dan membantu dalam memetabolismekan karbohidrat, lemak dan protein. Ia juga menyediakan kalsium untuk memelihara kesihatan.*

Produk ini mengandungi alfalfa (Medicago sativa). Individu yang menghidap lupus eritematosus sitemik perlu meminta khidmat rundingan pakar sebelum mengambil produk ini.
  • Satu tablet membekalkan 100% Nilai Harian bagi zink. 
  • Zinc adalah faktor di dalam mengekalkan kesihatan yang baik, dan membantu tubuh badan memetabolismekan karbohidrat, lemak dan protein.
  • Dirumus dengan zink glukonat yang mempunyai bio yang tinggi di dalam bes alfalfa dan barli panggang.
  • Dengan rumusan sayur-sayuran.

Zink Dapat Meningkatkan Daya Ingatan dan Tempoh Penumpuan
Campuran suplemen zink ke dalam sajian bagi mereka yang sedang menuntut di sekolah membawa kepada peningkatan daya ingatan dan tempoh penumpuan.

Berdasarkan penyelidikan awal yang dijalankan di Pusat Penyelidikan Pemakanan Manusia Grand Forks, Jabatan Pertanian Amerika di Utara Dakota, dalam kajian tersebut, kanak-kanak yang diberi zink sebanyak 20mg dalam lima hari seminggu selama 10 hingga 12 minggu mempunyai daya ingatan yang lebih baik dan tempoh penumpuan yang lebih panjang berbanding dengan mereka yang tidak menerima suplemen zink.

 
Zinc Complex 120 tablets
RM 33.75 (WM)
RM 35.00 (EM)

* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit.
 
 
 
Konsultasi percuma boleh hubungi fiza:

Afriza (Fiza) ** Shaklee ID: 949698 ** sms/whatsapp: 012 4513311 /
011 10833115 ** FB Page: Qisya E Shoppe ** email: eija_2004@yahoo.com

Monday, February 17, 2014

Testimoni Hamil

Syukur Alhamdulillah...congrat to my beloved friend..amalkan Gla Complex..2cycle rasanya..kini hamil 6minggu..nak mencuba full set tak mampu katanya...so dia try 1 je dulu...apa2 pun setiap apa yang berlaku adalah pemberian dariNya..kita hanya mampu berdoa, berusaha + bertawakal...selebihnya hanya dariNYA yang Maha Kuasa...
berdoa semoga saya juga beroleh khabar gembira mcm ni...Amin..can't wait...

## maaf atas kualiti picture yang tak menarik...hphone dolu2 la katakan..huhu

 

Sebarang pertanyaan & konsultasi percuma boleh hubungi saya..

Shaklee Independent Distributor: 949698 - afriza
sms/whatsapp: 012 4513311
email: eija_2004@yahoo.com
Personal FB: Afriza Abu Hasan


TEMPOH MENUNGGU MEDICAL KAD

  TEMPOH MENUNGGU MEDICAL KAD HANYA PENYAKIT YANG WUJUD SELEPAS TEMPOH MENUNGGU (30-120 hari) YANG BOLEH DILINDUNGI. Kalau penyakit tu dah w...