Showing posts with label TIPS KESUBURAN. Show all posts
Showing posts with label TIPS KESUBURAN. Show all posts

Friday, November 17, 2017

TIPS MUDAH HAMIL DENGAN GLA COMPLEX

Tips mudah hamil dengan Gla Complex.

Bagi wanita yang periodnya teratur mudah untuk mengesan waktu kesuburan atau bila berlakunya ovulasi dengan tepat. Perasan tak sebulan sekali selepas period dalam hari ke 12 -16 biasanya wanita akan menghasilkan cecair atau lendir servik yang berkualiti untuk kesuburan seakan-akan putih telur bentuknya. Tetapi tak semua wanita akan mengeluarkan cecair yang begitu subur.


Jadi, fungsi Gla Complex membantu wanita mendapat lendir servik yang subur dan berkualiti. Cecair yang subur akan membantu sperma untuk berenang ke uterus terus ke tiub falopio lalu bersenyawa dengan sel ovum. Cecair ini juga membantu sperma untuk terus hidup dalam tiub falopio sehingga 5 hari. Jadi, kalau tak ‘kena’ hari subur pun masih ada peluang sebab sperma masih lagi hidup di situ sehingga hari ke-5.

Periksa sendiri lendir/cecair yang keluar. Kalau cecair tu tebal, berwarna coklat dan kering, itu petanda kurang baik sebab ia boleh menghalang persenyawaan. Sekiranya ingin hamil, kita perlu kenalpasti dan jaga pemakanan.

Gla complex membantu mereka yang kurang subur. Lelaki dan wanita juga boleh amalkan Gla Complex ni.

Bagaimana kalau period tidak teratur?
Pengambilan Gla Complex secara konsisten boleh mengembalikan kitaran haid wanita. Oleh itu, cuba amalkan setiap hari untuk dapatkan period yang teratur dulu. Ada cara makan yang berbeza untuk mereka ini.

Jika anda mempunyai sebarang masalah boleh terus hubungi Kak Fiza 012 4513311


Thursday, July 9, 2015

10 MAKANAN TINGKATKAN KESUBURAN LELAKI


10 jenis makanan yang boleh meningkatkan bilangan sperma

Lelaki juga dikaitkan dengan masalah kesuburan. Jangan menuding jari hanya kepada wanita yer. Lebih-lebih lagi lelaki yang merokok!!. Antara makanan yang boleh diamalkan untuk meningkatkan bilangan sperma antaranya :

1. Pisang

Pisang sangat berkesan dalam meningkatkan bilangan sperma. Pisang mengandungi Bromelain, sejenis enzyme yang turut terdapat dalam buah nenas (terutamanya pada bahagian tengah buah). Bromelain adalah enzyme anti-inflamatory semula jadi yang boleh membantu meningkatkan pengeluaran testosterone (hormon sex lelaki).

Pisang juga kaya dengan vitamin B1, A, dan C, yang penting dalam penghasilan sperma yang baik.

   
2. Coklat (Dark chocolate)

Coklat sememangnya mempunyai pelbagai khasiat terhadap tubuh badan. Coklat mengandungi L- arginine, sejenis amino asid yang yang diperlukan oleh tubuh badan dalam penghasilan sperma. Coklat dapat meningkatkan bilangan sperma dan isi padu air mani.




3. Bawang putih

Bawang putih mengandungi oxide synthase (NOS) yang merupakan bahan yang memainkan peranan yang penting dalam ereksi. Bawang putih juga mengandungi selenium dan vitamin B6 yang penting dalam penghasilan sperma yang sihat.

4. Buah delima

Buah delima mengandungi bahan anti oksida yang dapat melawan malondialdehyde (MDA), sejenis bahan kimia dalam salur darah yang boleh membunuh sel sperma. Malondialdehyde ini juga terdapat dalam air mani, yang menunjukkan sperma kurang berkualiti.

Kajian terbaru yang telah diterbitkan dalam International Journal of Medical Research and Health
Sciences (2013) telah membuktikan merokok boleh meningkatkan tahap MDA dalam air mani dan mengurangkan bilangan sperma.

Sebuah lagi kajian yang telah diterbitkan dalam Clinical Nutrition Journal menunjukkan pengambilan jus delima setiap hari boleh memusnahkan radikal bebas (free radical) dalam badan dan dapat meningkatkan quality sperma.

5. Daging (merah)

Daging mengandungi zat sepeti zink yang membantu menghalang radikal bebas (free radicals) dari menjadi sebahagian dari sperma, yang akan mengurangkan kualitinya. Zink juga membantu testosterone dari bertukar kepada estrogen yang akan mengakibatkan kurang nafsu syahwat.

Menurut Mayoclinic, pengambilan sebanyak 66 mg zink setiap hari dapat meningkatkan bilangan sperma dalam lelaki yang separa subur (subfertile) dan 220 mg sehari dapat membantu mengurangkan masalah mati pucuk dalam kalangan lelaki.

6.  Kacang Walnut

Selain mengandungi arginine (lihat coklat), kacang walnut juga mengandungi asid lemak omega-3 (Omega-3 fatty acids) yang dapat membantu meningkatkan aliran darah ke arah zakar. Selain itu, kacang walnut mengandungi anti oksida sebanyak dua kali ganda berbanding kacang-kacang yang lain.

7. Bayam

Terdapat banyak kandungan falic acid dalam bayam yang boleh membantu meningkatkan kuantiti sperma. Bahan ini juga mampu membantu menghasilakn sperma yang sihat dah tinggi motilitinya.

8.  Salad buah

Buah-buahan seperti oren, strawberry, ceri, dan beberapa lagi buah-bauahan yang tinggi kandungan anti-oksidan sangat berkesan dalam meningkatkan bilangan sperma. Dengan pengambilan salad buah, kita dapat menyerap kesemua nutrient yang terdapat dalam buah-buahan tersebut sekaligus. Dengan menjadikan buah-bauahan sebagai sebagai makanan harian, ia boleh menghalang sperma dari dirosakkan oleh radikal bebas. Air mani lelaki yang mengambil sehingga 1000 mg vitamin C setiap hari dapat meningkatkan motility sperma dan seterusnya dapat meningkatkan peluang berlakunya proses persenyawaan.


9. Telur

Telur dapat membantu meningkatkan bilangan sperma dan memperbaiki kesuburan. Telur kaya dengan kandungan vitamin E, dimana kekurangannya boleh menyebabkan berlakunya kemerosotan tisu buah zakar.

Kesan anti-oksidan vitamin E juga dapat menghalang kesan negative radikal bebas terhadap sel sperma dan telur (ovum). Oleh yang demikian, vitamin E ini dianggap antara nutrient yang terpenting untuk meningkatkan kesuburan.



10. Air kosong
Cara yang paling mudah untuk meningkatkan bilangan sperma adalah dengan minum air yang mencukupi setiap hari. Ia sangat penting bagi memastikan tubuh badan anda sentiasa terhidrat bagi meningkatkan fungsi sel-sel dalam badan, termasuklah sel sperma. Bilangan pengambilan air yang mencukupi adalah antara 8 hingga 10 gelas air kosong setiap hari.

Wednesday, July 8, 2015

5 CARA MENINGKATKAN KESUBURAN WANITA

Cara MeningkatkanKesuburan? Apabila bercerita pasal tahap kesuburan, wanita seringkali dikaitkan. Tetapi perlu diingatkan, lelaki juga berhadapan dengan masalah kesuburan tau..lps ni kita story pasal kesuburan lelaki plak la..

Kesuburan wanita dikaitkan dengan kadar peningkatan kualiti terlur/ovum yang dikeluarkan setiap bulan. Terdapat banyak cara tapi hari ni nak kongsi  5 cara penting.



1. Amalkan makanan yang meningkatkan kesuburan - Makanan berkhasiat penting untuk badan kitamemberikan memberikan manfaat bagi kesuburan.

  • Asid folat - Asid folat penting untuk melancarkan proses ovulasi. Bahan makanan yang kaya asid folat diantaranya adalah asparagus, bayam, jagung, kacang hijau, dan buah-buahan seperti pepaya dan jeruk
  • Zat besi - Zat besi memberikan pengaruh pada kualiti sel telur. Bayam, kacang tanah, dan kentang kaya dengan zat besi.
  • Vitamin E - Vitamin E bermanfaat untuk menjaga kualiti sel telur, dan makanan yang kaya vitamin E diantaranya adalah sawi, paprika merah, dan biji bunga matahari.


2.   Bersenam/amal gaya hidup sihat 

amalkan senaman ringkas agar kekal aktif dan peluang hamil meningkat. 

3.  Rehat yang cukup - sangat penting jika tidak keadaan kita akan menjadi stress. Tahukah anda bila stress akan menyebabkan peluang hamil menurun. Jangan stress2 tau!

4. Elakkan alkohol dan kafien tau - kalau dulu sblm saya menjalani rawatan kesuburan memang semua ni saya stop. hari2 minum air putih jer..huhu

5. Amalkan diet sihat bagi mereka yang mempunyai berat badan belebihan

Entry sebelum ini ada  fiza selitkan Panduan Pemakan untuk Kesuburan. Semoga bermanfaat untuk kita semua.


Tuesday, July 7, 2015

TINGKATKAN PELUANG HAMIL DENGAN GLA COMPLEX

Tingkatkan peluang hamil dengan Gla Complex?. Anda ada masalah Hamil seperti saya dulu? Masalah haid tidak teratur? Sukar hamil? Ada cysts atau fibroid? Berisiko kanser? Kulit kusam, berjeragat atau tona kulit tidak sekata? PMS? Menopuse? Ini semua masalah biasa yang dialami oleh kaum wanita kan. 

Saya ada ceritakan masalah yang saya hadapi berkaitan Tiub Fallapio Tersesumbat. Kawan2 boleh baca entry saya.  Sangat2 stress kan dah kahwin bertahun2 masih belum ada anak..saya pernah alami selama 4thn+ dan saya faham sangat perasaan yang korang alami. Tetapi apa2 pun yang terjadi semua bergantung pada kuasaNya..kita sebagai hambaNya hanya mampu berdoa dan berusaha..InshaAllah



Ok..biasa dengar Shaklee GLA Complex tak? Kita biasa dengar EPO kan. Haa kalau nak tahu Shaklee GLA Complex adalah EPO versi Shaklee. EPO sebenarnya adalah gamma-linolenic acid (GLA) yang diekstrak dari Evening Primrose Oil (EPO). Jadi mudahnya ia dipanggil sahaja EPO.

Apa pentingnya GLA ni? GLA mengandungi Omega-6 yang amat diperlukan oleh ovari dan sistem reproduksi wanita. Sebab tu juga orang masalah haid, sukar hamil dan menopouse memang digalakkan ambil EPO atau lebih tepat lagi Omega-6.



Jadi apa fungsi Shaklee GLA Complex?

  • Shaklee GLA Complex seimbangkan hormon untuk melancarkan kitaran haid
  • Shaklee GLA Complex membantu meningkatkan kesuburan dengan cara membentuk persekitaran rahim yang sihat dan optimum untuk persenyawaan dan membantu wanita dalam menghasilkan lendir serviks yang berkualiti untuk kesuburan
  • Shaklee GLA Complex melegakan simptom PMS
  • Shaklee GLA Complex membantu mengatasi masalah menopouse
  • Shaklee GLA Complex menguatkan kuku dan rambut
  • Shaklee GLA Complex menjadikan kulit cantik, sihat dan berseri (jika diamalkan berterusan kulit akan kelihatan glowing)
  • Shaklee GLA Complex membantu menangani ekzema
  • Shaklee GLA Complex membantu melegakan simptom artritis reumatoid
  • Shaklee GLA Complex menguatkan sistem imun badan
  • Shaklee GLA Complex bersifat anti-oksidan untuk memperlahankan proses penuaan
  • Shaklee GLA Complex mengurangkan blood clot yang mengakibatkan arteri tersumbat dan serangan jantung
  • Shaklee GLA Complex mengawal kencing manis dan darah tinggi
  • Shaklee GLA Complex mengawal kolesterol dan membakar lemak
  • Shaklee GLA Complex membantu fungsi saraf
  • Shaklee GLA Complex melambatkan proses osteoporosis
  • Shaklee GLA Complex mencegah pembentukan sel-sel kanser
  • Shaklee GLA Complex mengandungi vitamin E untuk menguatkan dinding arteri
  • Shaklee GLA Complex membantu membaiki simptom berkaitan masalah kencing manis seperti peningkatan sensitiviti terhadap kesakitan dan menghilangkan kebas pada bahagian bawah badan.
  • Kajian membuktikan pengambilan 480mg setiap hari Shaklee GLA Complex boleh mencegah kemerosotan dan mengurangkan masalah kencing manis dengan membaiki kadar insulin dan kolesterol.
Lihat testimoni saya di ENTRY sebelum ini berkaitan Period Lancar dengan Gla Complex dan terbaru dalam minggu lepas kawan sekolah yang pernah ambil Gla Complex + Zinc Complex wsapp bagitau dah selamat bersalin anak kedua selepas anak sulungnya dah pun berumur hampir 9thn. Best kan?





Hubungi fiza untuk konsultasi percuma..InshaAllah..kita sama2 usaha 

Monday, May 25, 2015

Panduan Makanan Untuk Kesuburan

Assalamualaikum semua..
Hari ni ada terbaca ‘paper lama’ mengenai panduan makanan untuk kesuburan…jom fiza kongsikan di sini. Semoga bermanfaat utk semua rakan-rakan yang berjuang utk dapatkan anak / menambah bilangan anak. Best kan..fiza tgh usaha jugak ni..:)

Pemakanan segar dan berkhasiat yang diambil sepatutnya berpandukan pada keperluan kalori serta mengikut pyramid makanan adalah paling terbaik…ermmm..dulu mmg belajar pasal pyramid makanan ni tp jarang sangat amalkan…huhu



Pengambilan ubat hormone kesuburan bertindak merangsang kumpulan telur supaya lebih banyak yang matang, bergantung kepada jenis dan dos ubat hormone berkenaan. Tanpa ubat hormone kesuburan, ramai wanita subur ini hanya menghasilkan satu sahaja telur matang. Bagi wanita yang kurang subur ovarinya pula, tiada telur matang dihasilkan dalam kilang terbabit.

Segelintir wanita yang tidak mengambil ubat kesuburan didapati hamil kembar (tidak seiras), ia lebih banyak berlaku kepada wanita berusia tanpa mengira pemakanan mereka.

Amalan mengelakkan makanan ‘Tajam’ atau ‘sejuk’ juga lebih berdasarkan kepada kepercayaan masayarakat. Kesahihannya daripada sudut perubatan belum terbukti. Tidak menjadi kesalahan mengelakkan makanan makanan terbabit sewaktu kehamilan memandangkan ia bukanlah makanan ruji kita.

Keperluan Vitamin juga seharusnya mengikut kadar yang telah digariskan. Bagi sesetengah vitamin (yang bersifat larut air), pengambilannya yang berlebihan dianggap pembaziran kerana ia akan dilupuskan menerusi air kencing atau najis.

Bagi sesetengah vitamin lain (yang bersifat larut lemak), pengambilannya yang berlebihan boleh memudaratkan dan member kesan negative kepada sifat janin. Contohnya Vitamin A.

Amalan kesederhanaan perlu dititikberatkan dalam aspek kehidupan kita termasuk dalam pengambilan makanan. Anak yang sihat dan bijak tidak semestinya dating daripada formula makanan ibunya. Tidak semua adik-beradik (yang dikandung ibu yang sama) mempunyai tahap kepintaran yang sama.

SET KESUBURAN SHAKLEE?..Klik SINI utk keterangan lanjut


Sumber: Professor Dr Nik Hazlina Nik Hussain (mingguan Malaysia ahad, 20/10/13)

Monday, August 4, 2014

BAGAIMANA GLA COMPLEX MEMBANTU PESAKIT DIABETES

GLA Complex Shaklee amat sinonim dengan KESUBURAN dan sangat popular dikalangan wanita. Selain bagus untuk mengawal selia hormon lelaki & wanita, GLA Complex juga terbukti secara klinikal boleh membantu meringankan dan mengurangkan simptom yang dialami oleh pesakit DIABETES seperti rasa kebas2 dan sakit2 pada bahagian anggota tubuh, dapat menurunkan kadar glukosa darah seterusnya memperbaiki saraf.
Penyakit kencing manis atau Diabetes Mellitus adalah penyakit yang dikaitkan dengan keadaan peningkatan aras gula (glukosa) dalam darah terutamanya selepas pengambilan makanan pada penghidapnya. Pada permulaan, kebanyakan pesakit tidak menyedari mereka mengidap kencing manis kerana kenaikan glukosa di dalam darah adalah secara perlahan-lahan.
TANDA-TANDA PESAKIT DIABETES
  • Jangkitan atau luka yang lambat sembuh
  • Mempunyai masalah dengan kulit, gusi dan jangkitan air kencing
  • Jangkitan kulat pada vagina (vagina yeast infection)
  • Lesu, kebas, sakit dan rasa panas, pembengkakan pada kaki dan tangan -diabetic neuropathy
  • Pandangan kabur atau herot (distorted) atau nampak seperti sinaran flash, nampak bintik yang hitam dan besar, nampak keadaan seperti rambut terapung, serat cotton atau jaringan labah-labah- diabetic retinopathy
  • Sakit dada atau susah bernafas. Ini mungkin menjadi tanda masalah jantung atau salur darah
BAGAIMANA GLA COMPLEX MEMBANTU?
GLA Complex adalah asid lemak Omega-6 yang sebenarnya sangat diperlukan oleh tubuh kita melalui pemakanan untuk menyempurnakan fungsinya. GLA Complex dapat memperbaiki sensasi, refleks dan kekuatan dalam pesakit diebetes.  GLA Complex juga mampu menghalang komplikasi akibat diabetes malah boleh membantu dalam peredaran darah. Ia menghalang pembekuan darah, meransang peredaran darah, memperbaiki tekanan darah tinggi serta mencegah masalah jantung.

GLA Complex juga terbaik diambil bersama-sama Alfalfa Complex/GARLIC dalam membantu pesakit diabetes!

TESTIMONI

 Gla Compex + Garlic + Ostematrix


Sempena bulan PROMOSI GLA COMPLEX Shaklee, jangan lepaskan peluang untuk menikmati PENJIMATAN BERGANDA bulan ini. 

Tiada perisa, pemanis, pewarna atau bahan pengawet tambahan. 

GLA COMPLEX

(To Help Maintain Normal Bodily Processes)

60 Softgels

RM91.25
(PROMO AUGUST ~ RM547.50) 
BELI 6 PERCUMA 1

  
TEMPAH SEKARANG PRODUK SHAKLEE ANDA!



untuk ORDER Klik sini!

ORDER NOW!!


 ORDER Anda akan DIRECT MELALUI E-SELL Shaklee



Konsultasi percuma boleh hubungi fiza:

Afriza (Fiza) ** Shaklee ID: 949698 ** sms/whatsapp: 012 4513311 /
011 10833115 ** FB Page: Qisya E Shoppe ** email: eija_2004@yahoo.com

TEMPOH MENUNGGU MEDICAL KAD

  TEMPOH MENUNGGU MEDICAL KAD HANYA PENYAKIT YANG WUJUD SELEPAS TEMPOH MENUNGGU (30-120 hari) YANG BOLEH DILINDUNGI. Kalau penyakit tu dah w...