Showing posts with label Diabetes. Show all posts
Showing posts with label Diabetes. Show all posts

Thursday, April 6, 2017

CARA MENGAWAL KADAR GULA DALAM DARAH KE PARAS NORMAL

Assalamualaikum..

Statistik pada tahun 2015, seramai 415juta orang mempunyai penyakit kencing manis di seluruh dunia dan 3.3 juta daripada kes ini adalah disumbangkan oleh rakyat Malaysia. Negara kita merupakan "Top 10" dengan jumlah kes diabetes paling tinggi dalam Asia Tenggara. (Persatuan Diabetes Malaysia)



Pada hari ini pun, rakyat Malaysia semakin ramai mendapat penyakit Diabetes ni. Pelbagai faktor penyebab Diabetes terutama sekali tabiat pemakanan yang tidak dikawal. Kadar gula di dalam darah perlu dikawal dengan segera jika inginkan hidup sihat bebas penyakit dan juga pelbagai komplikasi lain yang bakal dihadapi nanti.



Bagaimana Vivix membantu mengawal dan menstabilkan kadar gula dalam darah (Diabetes)
VIVIX Shaklee merupakan Suppliment yang berfungsi sebagai antioksidan yang melindungi sel-sel badan dari kerosakan akibat serangan dari radikal bebas. Selain itu Vivix juga membantu mengawal dan menstabilkan gula dalam darah.

Vivix Membantu Mengurangkan Sindrom Resistansi Insulin
  • Vivix merupakan suppliment Antioksidan, jadi antioksidan yang terdapat dalam vivix menjadi pelindung kepada sel tubuh dan dalam masa yang sama membaikpulih sel. Pengambilan Vivix secara berterusan membantu mengurangkan risiko penyakit kardiovaskular, mencegah sindrom metabolik akibat kerosakan gen di mana ia merupakan punca penyakit kencing manis menjadi semakin parah.
Membantu Mengawal Kadar Kepekatan Gula Di Dalam Darah 
  • Karbohidrat yang kita ambil hari-hari tu membantu penghasilan tenaga untuk tubuh kita, dimana ianya akan dicerna dan ditukar menjadi glukosa. Di situlah terhasilnya tenaga. Jika pengambilan karbohidrat berlebihan dan tidak terkawal akan mengakibatkan glukosa berlebihan dilepaskan serentak. Akibatnya tidak semua glukosa dapat ditukar menjadi tenaga sekaligus berisiko untuk diabetes. 
  • Polifenol adalah bahan yang dihasilkan oleh anggur muscadine berfungsi memperlahankan proses pencernaan dan mencegah penyerapan karbohidrat dalam darah pada kadar yang cepat. Semua ramuan yang disebutkan ini adalah bahan yang terkandung dalam Vivix Shaklee di mana ia membantu mengurangkan risiko diabetis dengaan mencegah penyerapan kandungan gula berlebihan dalam darah. 
Mengurangkan Risiko Kerosakan Mata Dan Mempercepat Proses Penyembuhan Luka.
  • Glukoma merupakan penyakit yang menghantui pesakit kencing manis kerana ia mampu menyebabkan pesakit hilang daya penglihatan. Selain itu, pasakit juga akan mengalami proses penyembuhan luka yang sangat lambat sekiranya terluka sehingga ke suatu tahap di mana anggota badan terpaksa dibuang akibat jangkitan kuman. Polifenol Anthocyanins yang terkandung di dalam Vivix membantu menyembuhkan luka dalam kadar segera dan memelihara dan memperbaiki kesihatan mata. 
Mengurangkan Risiko Pembentukan Protein AGE
  • Gula yang berlebihan dalam badan boleh menyebabkan pembentukan Protein AGE (advanced glycation end products) yang menyebabkan sel-sel tubuh rosak sekaligus tidak mampu berfungsi dengan baik. Salah satu objektif vivix adalah untuk bertindak sebagai tonik anti-penuaan dengan memperlahan pembentukan protein AGE.
Ramai pengguna berjaya mengawal tahap gula dalam darah mereka dan hidup lebih sihat dengan asbab Vivix. Walau apa pun, kita hanya boleh berusaha dan selebihnya hanya DIA yang mengizinkan. 

Berikut beberapa testimoni pengguna Vivix dan banyak lagi Testimoni berkaitan Diabetes telah Kak Fiza kongsikan pada entry sebelum ini.




Ingin dapatkan Vivix Tonik Ajaib ni, boleh terus wsap Kak Fiza 0124513311. InshaAllah, konsultasi terbaik akak berikan nanti.

Atau boleh klik link dibawah untuk pembelian terus di website Shaklee yang mana sangat mudah.



Sekiranya anda berminat menjadi Pengedar Shaklee terus hubungi 0124513311. Kak Fiza memerlukan pengedar di Seluruh Malaysia termasuk Indonesia, Singapura dan Brunei.


Kehadiran anda sangat diperlukan.

Tuesday, March 7, 2017

DAH LETIH CUCUK INSULIN SETIAP HARI

Assalamualaikum semua. Makin rancak Kak fiza mengupdate blog yer. Nak sambung lagi cerita pasal Asid Amino. Dah tau yang mana perlu dan mana yang tak perlu kan.

Tapi pagi ni nak cerita pasal kesan ke atas pesakit Diabetes dan bagaimana Asid Amino ini membantu.



Letih dah nak kena cucuk Insulin setiap hari?

Sel badan pesakit Diabetes mempunyai masalah tidak dapat menyerap insulin dengan baik akibat sel mereka kehilangan sensitiviti terhadap hormon insulin. 

Satu kajian yg dijalankan menunjukkan bahawa Asid Amino Arginine memberi kesan positif terhadap sensitiviti sel terhadap insulin. Kajian juga menunjukkan Arginine membantu meningkatkan metabolisma glukosa dalam darah. Oleh itu ia amat baik untuk pesakit diabetes.



Sebelum tu kita dah tahu terdapat 20 jenis Asid Amino yang menghasilkan protin berbeza iaitu Asid Amino Essential (perlu) dan Non Essential. Essential ni penting untuk badan tapi sayang sebab badan kita tak mampu produce.

Arginine pula dalah sejenis Asid Amino yang sangat baik untuk kesihatan. Badan kita dapat menghasilkan Arginine dengan sendiri tapi malangnya pula ia tidak lengkap tanpa Asid Amino Perlu (essential) ini. 

Bagaimana ESP Shaklee membantu?
ESP Shaklee mengandungi kesemua Asid Amino yang diperlukan. Membuatkan Arginine berfungsi dengan baik kerana saling melengkapi dengan kesemua Essential Asid Amino. Jadi ia dapat berfungsi dengan lebih baik sekaligus meningkatkan sensitiviti terhadap penyerapan insulin.

Mereka yang mempunyai masalah bacaan gula dalam darah yang tinggi sangat memerlukan ESP ni sebagai makanan tambahan. Untuk ibu-ibu yang mengalami GDM juga sangat disarankan.

InsyaAllah boleh kita amalkan untuk kesihatan yang lebih baik.

Kak fiza
012 4513311

Wednesday, December 7, 2016

LUKA AKIBAT DIABETES SEMBUH SEPENUHNYA

Assalamualaikum..Excited nak update kisah sorang pakcik ni yang amalkan vivix bulan 3 yang lalu. Kalau ada terbaca entry lalu, mesti ngeri tengok keadaan beliau. 

Ini update terbaru tentang pakcik ni. Siap boleh berlari dah. Best kan. Kisah beliau ada di sini ➡ Cara Sembukan Luka Akibat Diabetes


Alhamdulillah pakcik. Semoga bertambah sihat yer. Saya hepi sangat.

Boleh hubungi saya Fiza Hasan 012 4513311. InsyaAllah saya boleh membantu. Atau ingin membuat pembelian sendiri boleh sahaja klik dibawah untuk pesanan.



Sekiranya anda berminat menjadi Pengedar Shaklee terus hubungi saya Fiza 012 4513311. Saya memerlukan pengedar di Seluruh Malaysia termasuk Indonesia, Singapura dan Brunei.

Kehadiran anda sangat diperlukan.

Pengedar Sah Shaklee Sungai Petani, Kuala Ketil dan 
Padang Serai 
Fiza Hasan (Shaklee ID 949698)
012 4513311 (whatsapp /sms)
COD : Bandar Puteri Jaya, Econsave BPJ, Giant Sungai Petani

Monday, December 5, 2016

CARA SEMBUHKAN LUKA AKIBAT DIABETES

Cara sembuhkan luka akibat Diabetes

Kalau kandungan gula dalam darah tak terkawal/tinggi, saya sangat syorkan pengambilan vivix ni.  Alhamdulillah dah ramai feedback positif kami terima yg berjaya mengawal paras gula. Konsisten dengan satu2 produk..insyaAllah

Testimoni dibawah adalah kesan luka akibat terkena racun ketika meracun sawah padi. Akibatnya Doktor terpaksa korek buang isi betis kaki Pakcik ni sedalam lebih kurang satu inci sebab ada infection.


Gambar mula tu nampak ada getah kan. Getah tu tujuan utk keluarkan air bisa dekat tulang kering supaya air bisa boleh keluar walaupun posisi kaki tu arah mana sekalipun, air bisa tetap akan keluar.

Beliau pulun minum Vivix 25/3/16, 2botol dalam masa lebih kurang dua minggu, 2sudu pagi, 2sudu malam. Syukur alhamdulillah, isi kakinya elok je naik dan penuh. Rujuk gambar ketiga. 

Alhamdulillah selepas mengamalkan Vivix 2 botol selama 2 minggu (beliau mengambil mega-dose), kaki beliau dah cantik dah naik isi. 

Untuk makluman, doktor memang tak bekalkan sebarang ubat, cuma dressing je hari-hari. Alhamdulillah beliau sangat berpuas hati dengan Vivix. Sekarang makin sayang nak tinggal Vivix dah.

Boleh hubungi saya Fiza Hasan 012 4513311. InsyaAllah saya boleh membantu. Atau ingin membuat pembelian sendiri boleh sahaja klik dibawah untuk pesanan.


Sekiranya anda berminat menjadi Pengedar Shaklee terus hubungi saya Fiza 012 4513311. Saya memerlukan pengedar di Seluruh Malaysia termasuk Indonesia, Singapura dan Brunei.

Kehadiran anda sangat diperlukan.

Pengedar Sah Shaklee Sungai Petani, Kuala Ketil dan 
Padang Serai 
Fiza Hasan (Shaklee ID 949698)
012 4513311 (whatsapp /sms)
COD : Bandar Puteri Jaya, Econsave BPJ, Giant Sungai Petani

Tuesday, September 6, 2016

PARAS GULA KEMBALI NORMAL

PARAS GULA KEMBALI NORMAL

Kisah seorang nenek ni yg mengidap Diabetes. Boleh refer result kat picture yg tahun 2015 tu bacaannya.

Mula amalkan Vivix pada Februari 2016. Sekarang dah masuk botol yg ke-3. Alhamdulillah, paras gula dah tak tinggi. Yang terbaru bacaan dah turun 4.9. Paras normal dah..Tekanan darah pun dah stabil.
Check up pada 26 Mei 2016, doktor ada bagi tau yg buah pinggangnya berkemungkin ada masalah.


Dan terbaru..Check up yg terbaru pada 24 Ogos 2016, doktor maklumkan buah pinggang tok dah ok, tak ada masalah.

Alhamdulillah..
Harga sebotol MAHAL?..
MAHAL lagi kos rawatan nnti kalau dibiar melarat..

PREVENT IS BETTER THAN CURE..
012 4513311

Wednesday, August 17, 2016

GDM ON DIET CONTROL (KENCING MANIS KETIKA HAMIL)

GDM ON DIET CONTROL (DIABETES KETIKA HAMIL)

Fasa kehamilan memang indah kan. Satu fasa yang sangat mengembirakan dan timbul perasaan teruja terutama hamil anak sulung.

Tapi saya..anak dah 3..Alhamdulillah..rezeki dariNya. Hamil anak ke3 perasaan risau timbul mengenai masalah GDM yg dialami ketika anak ke2 5thn lepas. Memang check up kali 2 dah pun disahkan GDM..

Jadinya bermula rutin BSP 4x sehari utk 2minggu sekali. Adehhh..ni yg tak tahan sebab nak berulang. Nasib baik anak2 bujang dah besar dan boleh je berulang..



Apa lagi memang konsisten la dengan set hamil shaklee. Sebelum ni kdg mkn kdg tak je. Kalau tau nak pregg mmg awal2 lagi dah mkn dengan konsisten!

Saya amalkan #esp #vitalea #bcomplex #vitaminc #ostematrix. Kadang2 selit jugak #zinc complex. Alhamdulillah result BSP cantik je walaupun 2jam sebelum tu saya mkn tak hingat! Nasi mmg saya tak pantang tp minuman/makanan manis mmg sy pantang selagi boleh..

Alhamdulillah..resut BSP mmg cun jer sepanjang hamil yg ni kalau nak dibandingkan dengan anak 2nd dulu siap ada pen merah lagi kau..hihi

Pada rakan2 yang mengalami masalah GDM on diet control / insulin ketika hamil boleh wsap saya..nanti saya kongsikan setiap kebaikan vitamin yang ada.

Apa tunggu lagi..memang best tau set hamil shaklee ni. Bertenaga je sepanjang hamil.

Wsap 012 4513311

Friday, July 29, 2016

VIVIX MEMBANTU MASALAH DIABETES

Testimoni terbaru oleh ayah Pn Lina Nawwrah Shafie. Ceritanya macam ni...

Terbukti vivix mampu membantu masalah diabetes.



"Ni buku checkup abah saya.
Abah saya ni makan memang takde pantang.
Kadang2 sehari tu sampai 3x bancuh kopi.
Makan nasi memang berpinggan2.
Ni semua memang musuh utama kencing manis la kan..

Hari tu bile sedar kaki dia dari sehari ke sehari makin bertukar kaler jadi hitam, plus ujian diabetes x pernah bawah 10, doctor pun dah suruh inject insulin setiap hari, baru la menggelabah nak cari alternatif lain.
Saya pum cadangkan vivix.

Sekarang vivix yg abah minum belum habis sebotol."
Tapi report kesihatan abah memang memeranjatkan.
Dalam 4x ujian darah dibuat dalam sehari, cuma sekali je yg lebih 10.
Itupun sebab lunch dia makan nasi berpinggan2 macam biasa.
Alhamdulillah..."

Alhamdulillah..kepada yg nak cuba vivix boleh wsap akak yer..☺

Tuesday, January 12, 2016

BAGAIMANA VIVIX MEMBANTU MENGAWAL DIABETES

Kebelakangan ini penyakit kencing manis @ Diabetes bukan sahaja menyerang golongan dewasa, malahan kanak-kanak juga. Bilangan pesakit Diabetes makin hari bertambah di Malaysia dan ini disebabkan oleh pelbagai faktor terutama sekali tabiat pemakanan yang tidak dikawal. Kadar gula di dalam darah perlu dikawal dengan segera jika inginkan hidup sihat bebas penyakit dan juga pelbagai komplikasi lain yang bakal dihadapi nanti.

VIVIX Shaklee merupakan Suppliment yang berfungsi sebagai antioksidan yang melindungi sel-sel badan dari kerosakan akibat serangan dari radikal bebas. Selain itu Vivix juga membantu mengawal dan menstabilkan gula dalam darah.  Bagaimana pula Vivix ni bertindak membantu mengawal dan menstabilkan gula dalam darah? Jom kita tengok..




1. Membantu Mengurangkan Sindrom Resistansi Insulin 
  • Vivix merupakan suppliment Antioksidan, jadi antioksidan yang terdapat dalam vivix menjadi pelindung kepada sel tubuh dan dalam masa yang sama membaikpulih sel. Pengambilan Vivix secara berterusan membantu mengurangkan risiko penyakit kardiovaskular, mencegah sindrom metabolik akibat kerosakan gen di mana ia merupakan punca penyakit kencing manis menjadi semakin parah. 
2. Membantu  Mengawal Kadar Kepekatan Gula Di Dalam Darah 
  • Karbohidrat yang kita ambil hari2 tu membantu penghasilan tenaga untuk tubuh kita, dimana ianya akan dicerna dan ditukar menjadi glukosa. Di situlah terhasilnya tenaga. Jika pengambilan karbohidrat berlebihan dan tidak terkawal akan mengakibatkan glukosa berlebihan dilepaskan serentak. Akibatnya tidak semua glukosa dapat ditukar menjadi tenaga sekaligus berisiko untuk diabetes. 
  • Polifenol adalah bahan yang dihasilkan oleh anggur muscadine berfungsi memperlahankan proses pencernaan dan mencegah penyerapan karbohidrat dalam darah pada kadar yang cepat. Semua ramuan yang disebutkan ini adalah bahan yang terkandung dalam Vivix Shaklee di mana ia membantu mengurangkan risiko diabetis dengaan mencegah penyerapan kandungan gula berlebihan dalam darah. 

3. Mengurangkan Risiko Kerosakan Mata Dan Mempercepat Proses Penyembuhan Luka.
  • Glukoma merupakan penyakit yang menghantui pesakit kencing manis kerana ia mampu menyebabkan pesakit hilang daya penglihatan. Selain itu, pasakit juga akan mengalami proses penyembuhan luka yang sangat lambat sekiranya terluka sehingga ke suatu tahap di mana anggota badan terpaksa dibuang akibat jangkitan kuman. Polifenol Anthocyanins yang terkandung di dalam Vivix membantu menyembuhkan luka dalam kadar segera dan memelihara dan memperbaiki kesihatan mata. 

4. Mengurangkan Risiko Pembentukan Protein AGE 
  • Gula yang berlebihan dalam badan boleh menyebabkan pembentukan Protein AGE (advanced glycation end products) yang menyebabkan sel-sel tubuh rosak sekaligus tidak mampu berfungsi dengan baik.  Salah satu objektif vivix adalah untuk bertindak sebagai tonik anti-penuaan dengan memperlahan pembentukan protein AGE.
Konsisten dengan Vivix, In Sha Allah akan membantu masalah pesakit Diabetes. Ramai pengguna berjaya mengawal tahap Diabetes mereka dan hidup lebih sihat dengan adanya Vivix.  Entry akan datang, akan saya kongsikan pula testimoni pengguna Vivix. 

Jumpa lagi....



Fiza 0124513311
COD Sungai Petani, Padang Serai (Jumaat, Sabtu, Ahad)
Pos Laju Seluruh Malaysia.



Saturday, June 20, 2015

5 CARA MENGAWAL DIABETES

Perubahan Cara Hidup


Perubahan cara hidup mampu mengelakkan kencing manis dan mengawal tahap gula dalam darah. Pesakit kencing manis dinasihatkan mengambil langkah berjaga-jaga untuk mengelakkan dan mengawal kencing manis dengan melakukan beberapa perkara seperti di bawah.




  • Pemakanan
    Pemakanan berkarbohidrat dan gula seharusnya dikurangkan supaya pengambilan kadar kalori pada sesehari itu terkawal. Berbincanglah dengan doktor atau pakar pemakanan untuk cara diet yang terkawal.
  • Senaman
    Senaman penting untuk membantu mengurangkan berat badan dan juga menambahkan kesihatan jantung dan paru-paru (kardiorespiratori). Senaman perlu dimulakan secara beransur-ansur dan dengan nasihat doktor.
  • Penjagaan berat badan
    Pesakit yang mempunyai berat badan berlebihan akan mendapati tahap gula dalam badan sukar dikawal. Terdapat pesakit yang boleh menghentikan ubat kencing manis apabila berat badan dapat dikawal.
  • Pemeriksaan diri sendiri
    Pesakit kencing manis dinasihatkan membuat pemeriksaan sendiri terutamanya pada jari dan kaki yang kebas untuk tanda luka atau jangkitan kerana deria rasa sakit berkurangan. Ini membolehkan rawatan awal agar jangkitan tidak merebak.


Pemeriksaan Doktor dan Ubat



Pemeriksaan oleh doktor untuk memastikan kadar gula dalam darah mesti dilakukan secara berterusan. Ini membolehkan penghidap kencing manis memastikan bahawa tahap gula dalam darah adalah terkawal. Dianggarkan bagi setiap 1 peratus pengurangan kadar ujian darah A1 C, mampu menurunkan masalah berkaitan kencing manis sebanyak 40 peratus. Penjagaan anggota kaki dan tangan mampu mengurangkan kes anggota badan perlu dipotong disebabkan oleh komplikasi jangkitan sebanyak 45 hingga 85 peratus.


Kekerapan membuang air kecil boleh disebabkan oleh beberapa faktor seperti:

  • Kencing manis yang tidak terkawal dan tahap gula tinggi dalam darah
  • Jangkitan kuman atau kencing kotor
  • Kerosakan buah pinggang
  • Masalah pundi kencing sama ada gangguan saraf atau masalah pundi kencing seperti pundi kencing yang terlalu aktif, disyorkan agar berjumpa doktor untuk pemeniksaan selanjutnya.
Ketahui 5 Penyebab Kencing Manis yang perlu anda tahu. Semoga entry ini bermanfaat untuk anda


Dr. Noraziah Abd. Kadir Jailani.
Pakar Perubatan Am dan Dermatologi, Pusat Perubatan Darul Ehsan (DEMC), Shah Alam, Selangor.

Monday, June 15, 2015

5 PENYEBAB DIABETES

Tahukah anda mengapa pesakit kencing manis di Malaysia saban hari makin meningkat? Jom ketahui punca kencing manis di sini.
Semua sel dalam tubuh manusia memerlukan gula agar dapat bekerja dengan normal. Gula dapat masuk ke dalam sel-sel tubuh dengan bantuan hormon insulin. Jika jumlah insulin dalam tubuh tidak mencukupi, atau jika sel-sel tubuh tidak memberikan respons terhadap insulin, maka akan terjadilah penumpukan gula di dalam darah. Perkara inilah yang terjadi pada pesakit diabetis mellitus, atau yang juga dikenali sebagai penyakit kencing manis.


Di Malaysia, jumlah pesakit kencing manis kini mencecah 1.2 juta orang dengan catatan 650,000 kes baru setiap tahun. Kebanyakan pesakit tidak sedar mereka menghidap penyakit kronik ini hinggalah mengalami pelbagai gejala yang menjejaskan kualiti hidup.
1. Kelebihan berat badan (diabities)Lebih dari 85 % penderita diabetes diketahui memiliki lebihan berat badan. Obesiti sering dikaitkan dengan risiko diabetes. Aktiviti bersukan sangat dianjurkan untuk menurunkan berat badan dan menurunkan insulin.
Insulin berfungsi untuk menurunkan kadar gula dalam darah. Penelitian telah menunjukkan bahwa turunnya berat badan beberapa kilogram saja dikatakan dapat mencegah diabetes.
Salah satu faktor utama penyebab diabetes adalah gemarnya seseorang dalam pengambilan makanan yang tinggi gula dan lemak. Makan makanan tinggi gula dan lemak menjadi punca kenaikan berat badan, yang pada akhirnya akan meningkatkan insulin sehingga risiko terkena diabetes pun menjadi meningkat.
Pengambilan makanan yang tidak sihat seperti ini juga berisiko meningkatkan kadar kolesterol dan tekanan darah. Tekanan darah dan kolesterol yang tinggi sering dikaitkan dengan penyakit diabetes dan penyakit jantung.
Jadi, ada perlu tahu bahawa tubuh mempunyai kemampuan terbatas dalam mengolah makanan yang anda makan. Jika anda makan terlalu banyak karbohidrat, maka tubuh akan menyimpannya dalam bentuk gula dalam darah(glikogen). Jika perkara ini berlaku pada setiap hari, cubalah anda bayangkan betapa ‘menggunungnya’ pengumpulan glikogen yang disimpan dalam tubuh yang membawa kepada gejala diabetes.
3. Faktor disebabkan dari keturunan
Satu kajian yang dijalankan ke atas penduduk tempatan mendapati 11.7% daripada pesakit diabetes yang dimasukkan ke Hospital Besar Kuala Lumpur mempunyai sejarah penyakit diabetes yang positif.
Kajian awal ada menunjukkan penyakit diabetes sering menimpa pasangan kembar serupa. Kebarangkalian 60% untuk seorang kembar mengalami penyakit ini setelah dewasa jika kembar seorang lagi mempunyai penyakit diabetes iaitu diabetes yang tidak bergatung pada insulin.
4. Kondisi tertentu pada wanita
Wanita yang memiliki ‘sindrom ovarioum polikistik’ lebih berpotensi untuk menderita diabetes dan kencing manis jika dibandingkan dengan wanita lain. Sindrom ini merupakan ketidakseimbangan hormon dalam badan.
Wanita yang pernah melahirkan bayi dengan kategori gemuk (4kg lebih) turut berisiko terkena diabetes. Wanita hamil yang menderita ‘diabetes gestasional’ (diabetes yang terjadi selama kehamilan), dikatakan tujuh kali lebih cenderung untuk terkena diabetes pada masa yang akan datang jika dibandingkan dengan wanita hamil yang tidak mengalami diabetes gestasional ini.
5Kurang aktiviti bersukan
Tidak aktif dan kurang bersenam berkaitrapat dengan peningkatan risiko penyakit kencing manis. Senaman dapat melindungi seseorang dari mendapat kencing manis iaitu dengan cara meningkatkan kesan atau sensitiviti insulin.
Senaman yang dilakukan secara teratur baik untuk penyakit kencing manis kerana ini dapat menambahkan lagi pembakaran gula dalam otot-otot dan ia akan mengurangkan kandungan gula dalam darah.
Mengidap penyakit kencing manis tidak bermakna anda hidup seperti dipenjarakan. Jika anda ikut langkah-langkah dalam rawatan dan kawalan penyakit ini, sudah pasti anda boleh menikmati kehidupan yang lebih sihat dan bahagia. Marilah kita mengurangi serta menjauhi penyakit kronik ini sebelum semuanya terlambat!

Monday, June 1, 2015

Persediaan Pesakit Diabetes Menghadapi Ramadan

Assalamualaikum semua..

Ramadan bakal tiba tak lama lagi kan?..kejap je masa berlalu kan..rasanya macam baru je lepas raya tahun lepas..huhu..

Hari ni nak berkongsi beberpa tip sebagai persediaan untuk pesakit diabetes menghadapi persediaan berpuasa tak lama lagi.

Pesakit kencing manis dikalangan umat islam berkemungkinan menghadapi risiko komplikasi berkaitan penyakit tersebut seperti hipoglisemia, hiperglisemia dan dehidrasi yang lebih tinggi ketika mereka berpuasa.

Biasanya pada mereka yang sering mengamalkan berpuasa sunat sebelum ini, mungkin tidak mempunyai masalah utk menghadapi Ramadan ini.  Pengalaman Ayah saya berpuasa, dia mengambil bacaan gula dalam darah pada hari pertama sebelum bersahur, hari kedua hingga hari hari ke lima sama ada lepas sahur dan lepas berbuka.  Dengan cara itu beliau dapat kenalpasti apa yang boleh dan tidak boleh di makan.  Mengenalpasti makanan apakah yang menyebabkan kandungan gula dalam darah tinggi amatlah penting.

Bilangan kemasukan ke hospital bagi kes kecemasan berkaitan kencing manis meningkat mendadak pada bulan Ramadan.  Hal ini menunjukkan bahawa tahap pengurusan kencing manis oleh penghidapnya berada di bawah paras optimum dalam tempoh 30 hari berpuasa.

Kajian Epidiar menunjukkan peningkatan sebanyak lima kali ganda akibat Hiperglisemia yang teruk atau kandungan gula dalam darah yang tinggi menyebabkan pesakit diabetes jenis 2 perlu dimasukkan ke hospital.  Hiperglisemia mungkin terjadi akibat kesan ubat yang berkurangan.

Samada didiagnosis dengan diabetes jenis 1 atau 2, penting bagi pesakit mendapatkan nasihat perubatan sekiranya mereka berhasrat untuk berpuasa.

Bertemu doktor dan melakukan puasa sunat akan dapat mengurangkan perasaan tidak selesa akibat kesan sampingan yang mungkin dialami.



Kenalpasti Keadaan HIPOGLISEMIA, HIPERGLISEMIA dan DEHIDRASI

Hipoglisemia
  • menggigil
  • terlalu lemah
  • amat lapar
  • berpeluh
  • pucat
  • berdebar-debar
  • gelisah
  • koma (tidak sedarkan diri)
Hiperglisemia
  • kerap buang air kecil
  • terlalu dahaga
  • sangat letih
Dehidrasi
  • amat dahaga
  • kulit dan lidah terlalu kering
  • fikiran terganggu

Panduan Kepada Pesakit Diabetes yang dibenarkan Berpuasa

Diet - elak makan berlebihan ketika berbuka & bersahur.  Karbohidrat dan makanan lemak boleh menambahkan berat badan serta menyukarkan kawalan diabetes

Senaman - melakukan aktiviti fizikal ringan ketika berpuasa tidak mudarat.  Perubahan terhadap diet dan ubat ketika sahur harus dibuat mengikut nasihat doktor bagi mengelakkan hipoglisemia.

Ubat - dapatkan nasihat doktor tentang perubahan dos serta waktu pengambilan ubat.

Suntikan - suntikan exenatide diberi semasa berbuka dan waktu sahur.  Dos sahur perlu diubah suai setelah berbincang dengan Doktor.  Liraglutide yang diberi sekali sehari diberikan pada ketika waktu berbuka puasa tanpa sebarang perubahan.

Insulin - dos dan waktu insulin disuntik harus diubahsuai mengikut arahan doktor berdasarkan ujian tahap gula dalam darah.

Seharusnya kita boleh Mengawal Kencing Manis (Diabetes) dengan pengambilan Suplimen yang sesaui. Boleh rujuk pakar sekiranya anda ingin mengambil sebarang suplimen.



info: mingguan malaysia (kesihatan: 19/4/2015)

Monday, August 4, 2014

BAGAIMANA GLA COMPLEX MEMBANTU PESAKIT DIABETES

GLA Complex Shaklee amat sinonim dengan KESUBURAN dan sangat popular dikalangan wanita. Selain bagus untuk mengawal selia hormon lelaki & wanita, GLA Complex juga terbukti secara klinikal boleh membantu meringankan dan mengurangkan simptom yang dialami oleh pesakit DIABETES seperti rasa kebas2 dan sakit2 pada bahagian anggota tubuh, dapat menurunkan kadar glukosa darah seterusnya memperbaiki saraf.
Penyakit kencing manis atau Diabetes Mellitus adalah penyakit yang dikaitkan dengan keadaan peningkatan aras gula (glukosa) dalam darah terutamanya selepas pengambilan makanan pada penghidapnya. Pada permulaan, kebanyakan pesakit tidak menyedari mereka mengidap kencing manis kerana kenaikan glukosa di dalam darah adalah secara perlahan-lahan.
TANDA-TANDA PESAKIT DIABETES
  • Jangkitan atau luka yang lambat sembuh
  • Mempunyai masalah dengan kulit, gusi dan jangkitan air kencing
  • Jangkitan kulat pada vagina (vagina yeast infection)
  • Lesu, kebas, sakit dan rasa panas, pembengkakan pada kaki dan tangan -diabetic neuropathy
  • Pandangan kabur atau herot (distorted) atau nampak seperti sinaran flash, nampak bintik yang hitam dan besar, nampak keadaan seperti rambut terapung, serat cotton atau jaringan labah-labah- diabetic retinopathy
  • Sakit dada atau susah bernafas. Ini mungkin menjadi tanda masalah jantung atau salur darah
BAGAIMANA GLA COMPLEX MEMBANTU?
GLA Complex adalah asid lemak Omega-6 yang sebenarnya sangat diperlukan oleh tubuh kita melalui pemakanan untuk menyempurnakan fungsinya. GLA Complex dapat memperbaiki sensasi, refleks dan kekuatan dalam pesakit diebetes.  GLA Complex juga mampu menghalang komplikasi akibat diabetes malah boleh membantu dalam peredaran darah. Ia menghalang pembekuan darah, meransang peredaran darah, memperbaiki tekanan darah tinggi serta mencegah masalah jantung.

GLA Complex juga terbaik diambil bersama-sama Alfalfa Complex/GARLIC dalam membantu pesakit diabetes!

TESTIMONI

 Gla Compex + Garlic + Ostematrix


Sempena bulan PROMOSI GLA COMPLEX Shaklee, jangan lepaskan peluang untuk menikmati PENJIMATAN BERGANDA bulan ini. 

Tiada perisa, pemanis, pewarna atau bahan pengawet tambahan. 

GLA COMPLEX

(To Help Maintain Normal Bodily Processes)

60 Softgels

RM91.25
(PROMO AUGUST ~ RM547.50) 
BELI 6 PERCUMA 1

  
TEMPAH SEKARANG PRODUK SHAKLEE ANDA!



untuk ORDER Klik sini!

ORDER NOW!!


 ORDER Anda akan DIRECT MELALUI E-SELL Shaklee



Konsultasi percuma boleh hubungi fiza:

Afriza (Fiza) ** Shaklee ID: 949698 ** sms/whatsapp: 012 4513311 /
011 10833115 ** FB Page: Qisya E Shoppe ** email: eija_2004@yahoo.com

Monday, May 12, 2014

Mengawal Kencing Manis (Diabetes) dengan Shaklee

Kencing Manis (Diabetes) merupakan sejenis penyakit dengan keadaan hiperglisemia (tinggi kandungan glukosa dalam darah), terutama selepas pengambilan makanan.

Badan kita mengeluarkan tenaga untuk menjalankan tugas seharian- makanan berkanji dan bergula (makanan karbohidrat) ditukarkan kepada glukos (gula) dan ia digunakan oleh badan untuk menghasilkan tenaga, Glukos adalah punca utama yang memberi tenaga.

Secara normal, insulin membantu gula (glukos) dalam darah untuk memasuki sel-sel badan untuk ditukarkan kepada tenaga. Bagi orang yang menghidap penyakit kencing manis, organ pankreas tidak dapat menghasilkan hormon insulin dengan secukupnya mengakibatkan glukos (gula) tidak dapat memasuki sel-sel badan menyebabkan kadar gula dalam peredaran darah menjadi tinggi
Gula yang berlebihan akan disingkirkan badan melalui air kencing dan inilah sebabnya penyakit dikenali sebagai penyakit kencing manis.

Tanpa insulin, sel-sel badan tidak dapat menerima glukos, walaupun kadarnya amat tinggi dalam peredaran darah. Ini juga menybabkan badan kurang bertenaga.

Amat penting bagi pesakit kencing manis agar mereka mengawal paras gula mereka melalui pemakanan. Ini kerana ia akan turut memberi kesan kepada kualiti hidup dan juga jangka hayat pesakit. Jika paras gula dalam darah tidak terkawal dalam tempoh yang agak lama, ia mungkin akan menyebabkan pelbagai komplikasi penyakit lain seperti Diabetik neuropati atau kerosakan saraf, hilang daya penglihatan, buah pinggang rosak dan juga hilang deria rasa pada kaki dan tangan.


Apa Suplemen TERBAIK utk pesakit DIABETES ini?


VIVIX Merupakan suplemen anti penuaan terbaik di dunia. Juga membantu memelihara jantung, otak, sistem imun, perlindungan antioksidan, peningkatan tenaga, kesihatan dan kesejahteraan. VIVIX adalah TERBAIK dalam membantu pesakit diabetes. Terdapat 2 cara resveratrol membantu pesakit diabetes/kencing manis:

  • Meningkatkan sensitiviti tubuh terhadap hormon insulin: 
Rintangan insulin adalah satu daripada faktor penyumbang utama diabetes/kencing manis. Jika sensitiviti tubuh terhadap insulin dapat ditingkatkan, kita boleh memberhentikan diabetes/kencing manis. Apabila tubuh kita hilang sensitiviti terhadap insulin, tubuh akan mengeluarkan lebih banyak insulin untuk mengawal aras gula dalam darah. Jadi resveratrol pula mampu meningkatkan sensitiviti tubuh kita terhadap insulin oleh itu mengurangkan amaun insulin yang diperlukan untuk mengawal aras gula dalam darah.
  • Mengaktifkan enzim yang sangat berkuasa dalam tubuh kita.
Untuk mencegah atau menyembuhkan diabetes/kencing manis, satu enzim iaitu dikenali sebagai enzim SIRT1 mestilah diaktifkan yang mana enzim ini bertanggungjawab terhadap rembesan hormon insulin dan enzim.


GLA Complex, Sustained Release Vita-C Plus (Vita C), Alfalfa Complex, Zinc Complex, B Complex, ESP & Vitalea
  • GLA Complex - Menghalang komplikasi diabetes. Merendahkan gula dalam darah, berkesan diabetes semasa usia tua.  Meringankan kebas dan kesakitan disebabkan oleh gula darah yang tinggi.  Mengimbangi hormone insulin dan menurunkan kolestrol
  • Sustained Release Vita-C Plus (Vita C) - Merupakan antioksidan yang memainkan peranan dalam tubuh kita. Vitamin membantu mengurangkan risiko kencing manis.

  • B Complex - Menukarkan makanan kepada tenaga iaitu dengan menukar lemak, karbohidrat dan protein kepada tenaga sekaligus megurangkan masalah keletihan

  • Zink - Membantu pengeluaran insulin, mengekalkan fungsi insulin, seterusnya memperbaiki diabetes.

  • ESP - membantu menurunkan bacaan kencing manis dan menurunkan nafsu kepada makanan yang manis.

  • VITALEA – multivitamin dan mineral keperluan tubuh  

  • ALFALFA – kaya dengan nutrisi dan mineral surih

 Bertindak segera. Hadiahkan kepada kesayangan anda yang menghadapi masalah ini.

  
Konsultasi percuma boleh hubungi fiza:

Afriza (Fiza) ** Shaklee ID: 949698 ** sms/whatsapp: 012 4513311 /
011 10833115 ** FB Page: Qisya E Shoppe ** email: eija_2004@yahoo.com

KAWASAKI DESEASE MENYERANG KANAK-KANAK

  Pengalaman Ibu dengan Penyakit Kawasaki – Qaisara Nama penyakit nampak lawak, tapi hakikatnya Kawasaki Disease ni sangat bahaya. Ia radang...