Showing posts with label TIPS KESIHATAN. Show all posts
Showing posts with label TIPS KESIHATAN. Show all posts

Wednesday, March 22, 2017

TIPS KEKAL SIHAT DIMUSIM PANAS

Assalamualaikum semua. Dah cuti sekolah kan. Ada yang bawa anak-anak pergi holiday/makan angin..tapi pastikan kesihatan jangan terabai. Sekarang ni musim panas. Anak-anak la yang mudah jatuh sakit. Mehh..kak fiza cadangkan Tips kekal sihat dimusim panas:




1. Banyakkan minum air kosong. Penting ni untuk anak2 pun. Pastikan mereka banyak minum
2. Gunakan kipas / aircond untuk sejukkan badan
3. Lebihkan banyak masa dirumah. Kalau boleh elakkan la keluar kalau tak de hal penting kan. Jangan keluar diwaktu panas terik
4. Pakai pakaian yang longgar / berwarna terang. Jangan pakai warna gelap nanti bertambah panas.
5. Elakkan minuman ber kafien, alkohol dan bergula
6. Pakai losyen untuk lembapkan kulit.
7. Elakkan berada didalam kenderaan yang tiada penghawa dingin.
8. Minum minuman ISOTONIK
9. Pakai topi / guna payung untuk melindungi pancaran haba.

Korang ada tips lain?..meh sharing dengan kak fiza..😘😘

Kak fiza
012 4513311

Tuesday, October 18, 2016

7 JENIS MAKANAN PERLU DIELAK OLEH PESAKIT GOUT

Sebelum ini saya ada kongsikan 10 rawatan semulajadi yang boleh diamalkan oleh pengidap Gout.  Ianya lebih tertumpu kepada jenis makanan dan buah-buahan.

Bagi pesakit gout adalah dinasihatkan agar menjaga pemakanan bagi mengelakkan penyakit menyerang dan menjadi lebih kritikal.





Kurangkan pengambilan makanan laut dan daging, terutamanya ketika tengah sakit. Makanan ini kaya dengan purine yang akan diuraikan menjadi asid urik. Cukuplah sekadar pengambilan 4-6 auns sehari.

Ikan Herring
Ada beberapa jenis makanan laut yang boleh dimakan sekali sekala, tapi ada yang perlu dielakkan terus. Ianya seperti ikan herring, tuna dan juga ikan bilis, memang perlu dielakkan.

Namun, makanan seperti udang, udang kara, belut dan ketam masih dalam kategori selamat untuk dimakan. Tapi untuk penghidap gout yang kronik, pengambilan makanan ini juga boleh mengundang gout.

Minuman beralkohol
Pengambilan minuman keras bagi pesakit gout adalah satu pilihan yang kurang bijak (dalam Islam pun tak boleh ambil minuman ini). Ia bukan sahaja meningkatkan tahap asid urik badan anda tapi ia juga memberi beban kepada sistem tubuh untuk membersihkannya.

Daging merah
Kandungan purine dalam setiap jenis daging adalah tidak sama. Daging putih dikatakan lebih rendah kandungan purinenya berbanding daging merah.

Namun, sekiranya anda ingin menikmati hidangan daging merah, pilihlah daging lembu berbanding daging ayam belanda dan kambing

Ayam belanda
Daging ayam belanda dan angsa adalah lebih tinggi kandungan purine berbanding daging lain. Jadi cuba elakkannya. Ayam (selain ayam belanda) dan itik merupakan pilihan yang lebih selamat. Walaubagaimanapun, daging di bahagian kaki adalah lebih baik berbanding bahagian dada dan kulit

Minuman manis
Elakkan pengambilan air manis yang menggunakan sirap jagung tinggi kandungan fruktosa seperti soda dan jus buah-buahan yang dalam kotak atau tin tu. Pengambilan minuman manis ini bukan sahaja menambahkan berat badan anda, ia juga akan menggalakkan badan untuk menghasilkan lebih banyak asid urik

Asparagus
Walaupun asparagus ni sayur yang sangat tinggi khasiatnya, namun ia tergolong diantara sayuran yang tinggi kandungan purinenya termasuklah kubis bunga, bayam dan cendawan. Sayuran ini boleh diambil pada kadar yang sederhana, kerana kandungan purine dalamnya tidaklah setinggi yang ada pada daging merah. 

Diet sayuran sebenarnya membantu anda untuk menyingkirkan purine dari badan, kerana badan lebih mudah menyingkirkan purine dari sumber tumbuhan berbanding yang lain

Hati
Organ dalaman seperti hati, buah pinggang dan hati wajib dielakkan bagi pesakit gout ni.

Sumber: www.health.com

Senarai di atas hanya sebagai panduan kepada anda sekiranya anda pesakit gout. Sebenarnya terdapat banyak lagi makanan yang perlu dielakkan, dan ia bergantung kepada tahap betapa seriusnya sakit gout anda.

Jika keadaan berlarutan, segeralah dapatkan rawatan dan langkah pencegahan. Ia mampu mengelakkan serangan bertambah teruk.


🌹 Your Trusted SID 🌹
Tel/wsap: 012 451 3311
Instagram: afriza_abuhasan

INFO KEAHLIAN ➡ AHLI





Monday, October 17, 2016

10 RAWATAN SEMULAJADI GOUT

Rawatan Semulajadi Untuk Pesakit Gout


Entry sebelum ini telah pun menerangkan bentuk rawatan langkah pencegahan Gout. Terdapat juga rawatan semulajadi yang boleh diamalkan dengan pengambilan makanan yang tertentu.


Apple Cider Vinegar (ACV)






ACV terkenal dalam rawatan sakit kepala dan asid perut juga. Ianya sangat membantu merawat gout dan artritis. Keasidan dalam ACV ni membantu melegakan sakit akut. Boleh ditambah sedikit madu untuk meningkatkan tindakbalas anti-radang. Boleh diminum sebelum waktu tidur.

Campurkan satu sudu teh ACV dalam segelas air dan minum 2-3 kali setiap hari. Jika didapati rawatan ini membantu, boleh la dos ACV ini ditingkatkan kepada 2 sudu besar.

Halia


Ciri-ciri anti-radang dalam akar halia sangat membantu melegakan kesakitan dan keradangan. Pelbagai cara untuk merawat gout dengan menggunakan akar halia ini.

Campurkan jumlah yang sama serbuk halba, serbuk kunyit dan serbuk halia kering (sonth). Ambil 1 sudu daripada campuran ini bersama-sama dengan air suam. Ambil 2x setiap hari.

Boleh juga ditambah akar halia ini dalam masakan atau makan secara mentah. Boleh juga tambah setengah sudu teh akar halia ni dalam satu cawan air mendidih dan kacau sampai betul-betul sebati. Minum sekurang-kurangnya sekali sehari.

Selain dari itu anda juga boleh buat paste akar halia ni dengan sedikit air dan tampal di kawasan yang terkena gout ni. Biarkan dalam setengah jam. Buat sehari sekali

Baking Soda


Salah satu faktor yang menyumbang kepada gout ni adalah peningkatan kepada asid urik dalam badan. Ia dapat membantu mengurangkan jumlah asid urik, seterusnya memberikan anda kelegaan daripada kesakitan..bukan setakat buat kuih/kek je.

Campurkan setengah sudu teh baking soda dalam segelas air dan minum. Minum 4x sehari sahaja. Teruskan sehingga 2 minggu.

Jika anda berusia lebih 60 tahun, jangan ambil lebih daripada 3kali dalam sehari. Jika anda mempunyai tekanan darah tinggi, boleh abaikan cara rawatan ini.

Lemon Juice


Adalah penting untuk mengalkalikan badan dan meneutralkan asid urik yang berlebihan dalam aliran darah. Ini boleh dilakukan dengan mudah dengan jus lemon segar dan baking soda. Cara ini boleh melegakan simptom gout.

Cherries


Cherry bersifat anti-oksidan. Cherry juga mempunyai anthocyanins yang boleh mengurangkan keradangan.

Bagi pesakit gout, makan 15-20 biji cherry sehari amat disyorkan. Untuk hasil yang lebih baik, makan pada awal pagi. Cherry yang fresh adalah paling baik. Selain itu anda juga boleh cuba minum segelas jus cherry yang diperkaya dengan beberapa ulas bawang putih dicincang setiap hari. Mesti sedap.

Epsom Salt


Garam Epsom ni memang banyak kelebihannya. Boleh juga digunakan untuk merawat demam, batuk dan selesema. Boleh juga dicuba untuk mengurangkan simptom gout.

Jumlah magnesium yang tinggi dalam epsom salt ini akan memperbaiki keadaan jantung dan menurunkan tekanan darah tinggi.

Untuk mandi, tambahkan 2 cawan epsom salt ini dalam air suam. Rendam badan anda dalam air ini sehingga air ni hampir kehilangan haba. Lakukan seminggu sekali. Sekiranya anda penghidap gout yang teruk, seminggu boleh sehingga 2-3 kali 

Pisang


Pisang juga amat berkesan untuk merawat gout. kandungan kalium yang tinggi dalam pisang akan membantu menukar kristal uric asid ni dalam bentuk cecair yang akan dibuang melalui urine semasa buang air kecil.

Pisang juga mengandungi jumlah vitamin C yang sederhana dan sangat berkesan dalam menguruskan bengkak dan kesakitan. Hanya makan 1-2biji pisang sehari, insyaAllah dapat membantu.


Epal


Pakar mencadangkan makan epal sebelum setiap hidangan. Malic acid yang ada dalam buah epal ini akan membantu meneutralkan asid uric dalam badan dan seterusnya mengurangkan kesakitan dan keradangan akibat gout.

Activated Charcoal


Arang batu yang diaktifkan ni terkenal untuk menyerap asid uric, oleh itu ia boleh digunakan dengan selamat untuk merawat gout. Penghidap gout digalakkan mandi arang ni 1-3 kali seminggu.

Campurkan satu setengah cawan serbuk arang dengan air sehingga membentuk paste. Letakkan paste ke dalam tab dan tambahkan lebih banyak air. Rendamkan bahagian badan yang sakit sekurang-kurangnya setengah jam.

Cara ini sangat sesuai untuk penghidap gout pada buku lali atau kaki yang besar
untuk bahagian badan yang lain, boleh terus letakkan paste tadi direct ke tempat sakit. Biarkan sehingga setengah jam dan bilas dengan air suam

Cold Water

Letakkan kawasan yang sakit dengan air sejuk dapat mengurangkan bengkak serta kesakitan. Apabila terkena gout JANGAN letak ais secara direct pada kulit, ia boleh merosakkan kulit dan membuatkan gout anda bertambah teruk.

Rendamkan radang, sendi bengkak dalam air sejuk selama 10-15 min. Ulangi sebanyak beberapa kali sehari. Anda boleh gunakan ais pack selama kira-kira 15 minit tapi sebelum tu balut dalam tuala sebelum letakkan di tempat yang sakit. Lakukan 2kali sehari. Elakkan penggunaan ais pack ini secara berlebihan sebab ia boleh membawa kepada penghabluran asid urik.

Jadi sekiranya anda penghidap gout, boleh la cuba lakukan rawatan semulajadi ini selain rawatan dan langkah pencegahan yang telah pun di kupaskan sebelum ini. 

Boleh juga diambil sekali dengan supplement SET GOUT kerana telah terbukti membantu mengurangkan serangan sekaligus menyembuhkan GOUT.



🌹 Your Trusted SID 🌹
Tel/wsap: 012 451 3311
Instagram: afriza_abuhasan

INFO KEAHLIAN ➡ AHLI

Tuesday, October 11, 2016

MAKANAN YANG PERLU DIAMBIL PESAKIT HEPATITIS B

Assalamualaikum semua.



Sambungan dari entry yang lepas mengenai Rawatan dan Langkah Pencegahan Hepatitis B. Sebelum kita kenalpasti apakah Suplemen yang sesuai utk penyakit ini, kita nak lihat pula pola pemakanan mereka. Adakah mereka boleh makan apa sahaja atau ada pantang larangnya..ermmm



Dibawah ini adalah senarai makanan dan minuman yang perlu diambil dan dielakkan.




Makanan dan Minuman yang perlu diambil



Susu dan yogurt
  • Dapat mengurangkan perkembangan kanser hati dan perlu pastikan bawaha susu dan yogurt adalah bebas gula.
Sayur-sayuran/Buah
  • Makan 7-9 hidangan buah-buahan segar dan sayur-sayuran (organik dan bebas racun perosak) yang mengandungi vitamin C dan vitamain B yang tinggi. 
  • mereka yang mengamalkan pemakanan sayur-sayuran kuning dan oren (labu,ubi jalar, ubi) dan sayur-sayuran seperti brokoli mempuyai peluang yang lebih rendah untuk mendapat kanser hati daripada meraka yang tidak memakan sayur-sayuran ini secara teratur.

Teh
Teh hijau adalah salah satu minuman popular yang biasa digunakan sebagai minuman berkhasiat.

Makanan berserat tinggi
Serat larut ini membantu mengatur gula dalam darah kerana ia terikat dengan asid lemak dalam perut dan memanjangkan proses pencernaan, selain itu dia menurunkan LDL (Low Density Lipoprotien) atau dikenali sebagai “kolesterol buruk” dan membantu mengurangkan jumlah kolesterol secara keseluruhan.

Untuk serat tidak larut, kita boleh menemuinya dalam roti gandum,bunga kobis, kacang hijau, pada kulit buah-buahan dan sayur-sayuran berakar. Ini adalah baik untuk proses pencernaan dan membantu pengeluaran toksin dalam badan mengimbangi keasidan dalam badan.
  • seperti oat dan kekacang.
  • kacang kering, kacang peas, oat dan biji rami.
  • jeruk epal dan lobak merah. 
  • Disyorkan pengambilan serat dalam jumlah 30-40gram sehari.

Jus Delima
  • jus delima membantu mencegah kanser hati
  • Manafaat jus delima kepada lelaki bahawa jus delima adalah pilihan yang berkesan bagi rawatan kanser prostat.
Minyak zaitun
  • Minyak zaitun dapat membersihkan hati dan memberikan fungsi tubuh anda kembali ketahap optima. Meningkatkan tumpuan dan tenaga anda.
Ikan Stim dan rebus.(ikan laut dalam)
  • Ikan memberikan lemak yang sihat. Bagi mereka yang sagat peka mengenai kanser, ikan laut dalam adalah yang terbaik. Ianya merupakan sumber protin yang bagus.
Diet Bebas Gula
  • Pekara yang paling mustahak dalam mencegah kanser hati adalah pemakanan yang bebas gula. 
  • pesakit diabetes juga mempuyai risiko yang sangat tinggi untuk mendapat kanser hati.

Makanan dan minuman yang perlu dielakkan
  • Lemak Haiwan / Lemak Trans - dua jenis lemak ini erbahaya bagi melawan penyakit kanser.
  • Daging Merah - tidak digalalakkan dari mengambil daging merah.
  • Alkohol / merokok
Pesakit Hepatitis B secara umumnya bebas mengambil apa juga jenis makanan tetapi perlu secara seimbang dan terkawal bagi mengelakkan penyakit melarat sekaligus terjadinya kanser hati. Takut kan? Boleh menyebabkan kanser hati nanti. Ingin tahu apa suplemen yang sesuai? Jumpa di lain entry..😅😅

🌹 Your Trusted SID 🌹
Tel/wsap: 012 451 3311
Instagram: afriza_abuhasan

INFO KEAHLIAN ➡ AHLI


Rujukan:

Saturday, September 24, 2016

MAKANAN BERKHASIAT UNTUK PESAKIT PARKINSON

Penyakit Parkinson sehingga kini tiada ubat bagi memulihkan penyakit ini dari terus melarat. Rawatan untuk Penyakit Parkinson ini telah pun kita ketahui dan Simptom-simptom penyakit ini juga telah dikenalpasti. 



Bagi pesakit Parkinson mereka sememangnya masih dilihat seperti manusia normal yang lain dan penyakit menyerang sekiranya mereka terlambat untuk mengambil ubat ataupun keadaan mereka sudah semakin kronik.

Mereka juga seperti kita manusia normal yang bebas memilih makanan yang diinginkan tetapi ada beberapa jenis makanan perlu mereka elakkan. Ini adalah untuk mempercepatkan proses pemulihan dan penyakit tidak bertambah parah.



Antara makanan yang perlu pesakit parkinson elakkan. Antaranya:
  • Makanan yang mengandung gula tinggi seperti Aiskrim, yogurt, produk susu, dll.
  • Makanan yang mengandung bahan pengawet dan lemak haiwan
  • Junk food
  • Kafien, Akohol dan minuman bersoda 
  • Makanan lain yang tidak sihat
  • Produk tenusu juga dikatakan penyebab simptom ini terjadi

Seperti yang kita tahu Punca penyakit Parkinson salah satunya adalah kemorosotan dalam Dopamine dan ini menjadi salah satu sebab pesakit kehilangan motivasi dan seringkali mengalami gangguan. Salah satu cara terbaik adalah dengan mengambil makanan yang boleh meningkatkan dopamine dalam diet harian.

Makanan yang Disarankan

1. Buah-buahan 

  • Pisang 
  • Bluberi
  • Strawberi
  • Plum 

2. Makanan Kaya Antioksidan

Seperti yang kita tahu, Antioksidan bertindak melindungi kerosakan akibat radikal bebas dan ianya penting dalam merawat gangguan neurologis seperti penyakit Parkinson. 
Antioksidan dapat memperbaiki kerosakan sel sekaligus ia dapat mengurangkan kerosakan hormon dopamine. Jadi, tingkatkan pengambilan makanan yang tinggi antioksidan.
3. Makanan Kaya Vitamin B6
Kemorosotan Dopamine dikaitkan dengan kekurangan vitamin B6. Kajian menunjukkan vitamin B6 penting untuk peningkatan dopamine pada otak.
Sumber makanan yang terdiri daripada vitamin B6 seperti ikan tuna, pistachio, biji bunga matahari dan bayam.
4. Makanan Tinggi Folat
Kajian juga menunjukkan makanan tinggi folat juga dapat mempengaruhi sel-sel yang meningkatkan dopamine.
Kacang buncis, Asparagus, Bayam dan buah-buahan seperti jeruk dan mangga sangat2 bermanfaat.
5. Omega 3
Omega-3 sememangnya terkenal sebagai makanan anti radang. Omega 3 memiliki kesan anti-inflamasi yang membantu untuk menentang keradangan.
Makanan yang kaya dengan omega-3 dapat membantu melawan inflamasi dan keradangan sekaligus membantu pesakit.
6. Makanan Tinggi Magnesium
Kekurangan magnesium juga dapat menurunkan kadar dopamine. Magnesium dikaitkan dengan cramp dan kekejangan. Gerakan otot tanpa sedar dan menggeletar merupakan simptom parkinson.
7. Teh Hijau
Teh hijau merupakan sumber polifenol dan suatu jenis antioksidan kuat sekaligus dapat mengurangkan kerosakan radikal bebas pada sel otak. Keadaan ini menyumbang kepada peningkatan dopamine.
Sememangnya, pesakit parkinson sangat2 memerlukan pola pemakanan yang berkhasiat yang sekaligus mampu mengawal fungsi dopamine dari terus mengalami kemorosotan. Dalam entry akan datang, saya akan kongsikan Suplimen untuk Penyakit Parkinson.

credit:
majalahsains.com
wikipedia

🌹 Your Trusted SID 🌹
Tel/wsap: 012 451 3311
Instagram: afriza_abuhasan



Tuesday, September 20, 2016

10 SEBAB KENAPA KITA PERLU DETOKS

10 SEBAB KENAPA KITA PERLU DETOKS

Detoks? Ramai yang nak kurus..ada yg senang turun berat badan..ada pula yang sangat2 susah nak turun. Ada pula tu hanya bergantung pada slimming produk yg berlambak di pasaran. Ermmmm.. korang tak takut ke? Ntah apa2 bahan dalam tu..😆😆

Kenapa agaknya berat badan susahnya nak turun?
Ada banyak faktor dan salah satu puncanya adalah toksin dalam tubuh. Dah hidup bertahun-tahun mestilah toksin berkumpul di tambah dengan gaya hidup moden masa kini. Makanan sekarang penuh dengan racun..huhu




Apa itu Detox?
Proses buang kotoran atau toksin dan bahan yang tidak disukai tubuh.

Jadi, sebab tu la ada sesetengah orang yang dah berdiet, bersenam dan ambil macam-macam supplement tapi berat badan masih tak turun. Detoks atau ‘cleansing’ lebih sinonim dengan term menguruskan badan atau nak bagi badan kita slim melim. 

Detoks dilakukan bagi mencuci bahan-bahan beracun yang terkandung dalam badan dan disebabkan oleh radikal bebas. 

Apakah kelebihan dan kepentingan detoks untuk tubuh badan kita?
Kepentingan detoks untuk tubuh tidak tertumpu kepada detoks usus semata-mata. Antara anggota badan yang perlu didetoks termasuk juga hati, darah, dan buah pinggang. Organ-organ ini harus dicuci dan di basuh agar segala aktiviti yang dilakuka berjalan lancar.

Selain daripada itu, detoksifikasi ini sangat penting bagi melancarkan peredaran darah serta melancarkan proses perkumuhan dan penyahtinjaan badan. Badan yang sihat adalah hasil daripada pembuangan toksin dan bahan yang tidak penting dengan jayanya.

Sekiranya kita mengabaikan kepentingan detoksifikasi badan, kita boleh terdedah dengan beberapa penyakit dan masalah seperti sembelit, kanser kolon, badan kurang sihat, masalah berat badan dan lain-lain lagi. Badan kita juga lebih berasid kerana ph badan tidak seimbang kerana dek pengumpulan bahan beacun dalam badan dengan banyak.

Detoks adalah perkara asas untuk menurunkan berat badan untuk memastikan tubuh menyerap nutrisi makanan secara total dan optimum.

Secara ringkasnya 10 manfaat Detoks pada tubuh kita. Penting tau!

1. Meremajakan sel-sel menjadikan kulit bersih, sihat dan lembut. Bila dah detoks hasilnya memang best. Kulit muka yg dulunya kusam lebih berseri2 tau..

2. Menurunkan berat badan berlebihan. Bonus bila berDetoks dpt turunkan berat badan sekali. Best kan?

3. Semestinya meningkatkan kembali tenaga kita yang hilang. Menjadikan kita lebih aktif dan cergas. Dah tak lemau2 yer..hihi

4. Peningkatan deria bau, rasa dan tenaga

5. Melancarkan peredaran darah

6. Memperbaiki daya ingatan

7. Menghilangkan gejala-gejala penyakit seperti alahan, sakit kepala dan sebagainya

8. Memperbaiki kadar gula dalam darah dan tekanan darah tinggi

9. Memperbaiki fungsi hati dan buah pinggang

10. Meningkatkan daya tubuh

Sangat-sangat banyak manfaat bila kita berDetoks ni. Dan bila mengamalkan program Detoks ni, rata2nya bagi feedback berat badan turun!

Yang pentingnya disini..kita tak perlu menahan lapar. Buat je aktiviti harian seperti biasa.

Entry sebelum ini ada saya kongsikan Detoks secara sihat dengan Set Detoks. Ada testimoni best dalam entry tersebut yang boleh membuatkan anda teruja untuk berdetoks.

InsyaAllah entry akan datang saya akan kongsikan jenis2 Detoks yang pernah kami buat.

Sebarang pertanyaan mengenai Detoks boleh hubungi saya..

Boleh juga rujuk entry sebelum ini Kenapa Perlu Detoks.

Afriza | 012 4513311

Friday, September 16, 2016

4 TIPS KUATKAN IMUN

Tips kuatkan imun keluarga anda..

Meh nak cadangkan produk yg mampu kuatkan imun anak2 anda..insyaAllah kita hanya berusaha..selebihnya hanya DIA yang berkuasa..



💪 Nutriferon
Mesti standby NF ni setiap kali blk kg atau kemana shj..kalau ada rasa mcm tak berapa nk sihat nnti boleh la ambil 1 sachet terus mkn..pastikan minum air byk tau!!
Nutriferon mempunyai interferon semulajadi yang fungsinya memberikan isyarat di dalam badan untuk membunuh virus sekiranya ia menyerang

💪 Sustainable Vita C Plus / Chewable Vita C Plus
Vitamin C ni bagus..Alhamdulillah sejak konsisten dengan vit c ni dah jrg nk kena demam selsema bagai..mesti kena ada tau!!

Vitamin C bukan untuk cantikkan kulit ja, tapi penting untuk tingkatkan sistem imun badan kita. Apa tanda-tanda lemah sistem imun?
👉 orang lain demam, batuk, selsema, kita senang berjangkit
👉 perubahan cuaca sikit, kita yang sakit kepala, demam panas semua
👉 stress berlebihan jer terus jatuh sakitkurang rehat jer terus tak sihat

💪 Omega Guard
Minyak ikan terbaik!!
Cuaca panas/ kering seperti ini tidak dinadikan yang kulit pun mudah gatal-gatal. Jika mereka yang ada athma mungkin juga akan mengalami masalah sesak nafas. Time macam inilah kita perlu berjaga2 dengan sebaik mungkin. Kalau yg anak kecil masih menyusu..ibu2 kenalah makan lebih OmegaGuard supaya susu yang dihasilkan dapat menolong memberikan antibodi yang kuat kepada anak..insyaAllah memang membantu..

InsyaAllah semua produk ni boleh diambil utk kuatkan imun anda sekeluarga!!

Meh pm kite jika berminat..
📲📲 012 451 3311

JAMU MODEN VS TRADITIONAL

Org dulu2 mmg byk petua traditional kan..pelbagai jenis ramuan, akar kayu, ulam-ulaman semua dijafikan jamu utk sigatkan tubuh badan..


Lagi2 jamu2 utk wanita lepas bersalin ni..mmg akan alami perbuhan dalaman dan luaran jika tidak dijaga dengan betul.. 




Bila alami proses bersalin maka mula la badan akan cepat letih , lesu, tak bermaya, kulit makin kusam , berjerawat, alami keputihan melampau, berat badan bertambah, alami masalah badan berbau, rahim tak kuat dan macam-macam lagi  yang boleh menganggu rutin harian.


Jamu bersalin dulu2 dia punya bau mmg tak tahan..tp terpaksa la hadap kan..



Makan jamu dah jadi amalan wanita sejak dulu lagi untuk penjagaan kesihatan dalaman. Sekarang pun ramai orang boleh dapatkan 1001 khasiat jamu melalui jamu moden yang lebih mudah diambil dan dimakan.





Antara jamu moden yang jadi pilihan ramai sekarang ialah produk berasaskan Alfalfa seperti Alfalfa Complex Shaklee. Tak busuk, tak pahit, senang nak telan..



InsyaAllah nk cepat kecutkan rahim mmg boleh amalkan alfalfa ni..badan pun akan ringan je sbb  badan berpeluh je..toksin keluar tu..pembuangan pun lawas tak perlu risau sembelit..



Haa..itu baru alfalfa je khasiatnya..vitamin lain2 lagi mmg awesome..semuanya mmg terbaikk..



🍥 call/wa/sms : 012 451 3311

🍥 fb : Afriza Abu Hasan
🍥 blog: sweetnyer.blogspot.com
🍥 email: eija_2004@yahoo.com

Friday, September 9, 2016

TIPS KEKAL BERTENAGA DENGAN CINCH TEA MIX

Assalamualaikum..

Ada yg dah blk kg ke? Atau masih sibuk mengemas?..meh nak bg tips ckit..semoga perjalanan anda sekeluarga selamat sampai ke destinasi..



Best kan nk blk kg beraya dengan yg tersayang..sy pun x sabar ni nk blk kg wpun beraya dlm pantang..xleh nk mkn sedap..sabaq je la..😂😂

Ok...nk tips ehhh..
Dengan shaklee..kitaorg ada tips best utk anda2 semua..
Cinch Tea Mix mmg produk HOT shaklee..pada yang sentiasa travel mmg digalakkan amik ni..sbb apa tau!!

Cinch tea mix ni mmg terbaik sbb
💪meningkatkan tenaga kita
💪meningkatkan metabolisme kita
💪tinggi antioksidan
Ingat tau..bila metabolisme kita rendah, nnti x pasal2 mata mengantuk, letih, lesu..jiadinya boleh la ambil cinch tea ni masa sahur..insyaAllah...xde lah mengantuk sgt

Sangat2 sesuai utk mereka yg suka travel..atau mmg kerjanya atas jln je..minum teh ni mmg bagus sbb boleh tingkatkan metabolisme..mmg terbaikk..💪💪

Jadikan Cinch Tea Mix teman Travel anda!!

#tsunamishaklee
#SGV
#GMFtsunami

Sunday, August 28, 2016

TIPS MENCEGAH BAYI DARI JAUNDIS

Kuning oh kuning...haa..perkataan lain selain Jaundis. Kita lebih selesa sebut kuning kan. Masa mengandungkan Abang Long dulu tak alert pun pasal kuning ni tp bab mkn memang jaga. Semua jenis susu nak cuba..untuk baby kan..tak salah pun. Lepas je bersalin..aduhhh memang sengsara hidup. Abg long terpaksa 2 mlm kat hospital sbb kuning. Stress mak! huhu

Abang Ngah plak ada la 3 ke 4 kali ambil darah..kuning tak tinggi sangat. Seingatnya ibu amalkan susu kambing Higoat masa kandungan dah masuk 7bulan. Jaga mkn mmg of course la kan. Vitamin pun cuma ambil yg klinik punya. Susu pun cuma boleh layan HL je.

Masuk anak ke3 ni..jeng2..dah kenal Shaklee so mmg consume shaklee sebelum pregnant lagi. Masa pregnant masuk 7bln mmg amalkan susu kambing tapi kali ni beli yang fresh punya.  Bila dah fresh baunya pun fresh..tak berapa nk boleh telan. Dannnn..paling2 byk ibu amalkan ialah air kelapa muda. Boleh dikatakan hampir setiap hari tau sehingga 40w pregnant. Alhamdulillah..mmg bebas kuning.

Ohh ya..3minggu terakhir ibu amalkan 2biji alfalfa sekali sehari. Apa kaitannya dengan alfalfa? Nanti kita buka entry baru..(Alfalfa Cegah Kuning)


Jom..ketahui tip utk elak baby dari Jaundis. Ibu dapat hasil google ni..


1. Minum air glukos original semasa kandungan sudah masuk minggu ke 36.


2. Amalkan minum susu kambing ketika mengandung. Haaa..mmg terbukti kan..😃😃

3. Elakkan jeruk ketika hamil. Yang ni mmg ibu pun tak berapa nak suka.

4. Makanan ringan dan mee segera plssss elakkan sb tinggi msg dan garam so tak bagus untuk kesihatan ibu dan yang paling penting tidak bagus untuk perkembangan otak bayi.

5. Makan makanan yang kaya dengan vitamin D seperti minyak hati ikan, ikan air masin, hasil tenusu, telur, ubi kentang dan tuna. Atau nak mudah, telan je ostematrix. Kalsium dapat, vitamin D pun dapat. Yang bestnya ostematrix ni bila makan waktu hamil, sakit belakang, kaki cramp, sembelit semua takde insyaAllah.

6. Makan epal hijau, anggur dan buah delima.

7. Elakkan makan kerang.

8. Minum susu yang dikisar bersama kurma. Bila amalkan pemakanan sunnah ni insyaAllah banyak kebaikan yang boleh kita dapat.

9. Elakkan minum air berkarbonat. Air berkarbonat mempunyai kandungan gula yang sangat tinggi. Jadi amatlah tidak sesuai untuk ibu yang sedang hamil. Kang tak pasal2 dapat GDM (Gestational diabetes mellitus) plak.

10. Kurangkan makan makanan yang beta kerotin tinggi seperti betik dan lobak merah.

Kalau dah lahir ada juga Jaundis mcm mana pula?



1. Susukan bayi anda sekerap mungkin. Baby kuning ni mmg suka tidur jadinya kerap kejutkan dia utk menyusu sejam sekali. Susu ibu juga akan membantu sistem pencernaan bayi untuk bekerja dan membuang semua bahan kumuh. Makin banyak bayi berak, makin cepat keluar bilirubin dalam badan.

2. Cuba amalkan Alfalfa Shaklee 2biji sehari.

3. Jemur bayi di cahaya matahari pagi dalam pukul 7-8 pagi. Cukup sekadar letak bayi anda di jendela untuk dapatkan cahaya matahari pagi..haa yg ni tak perlu kot. Sian baby nanti

4. Mandikan dengan Air rebusan daun belimbing buluh. Mandikan dengan air daun kucai pun ok juga.

5. Cuba cari ubat kuning utk mandi di kedai herba cina.

Byk lagi petua sebenarnya. Kita berusaha mana yang termampu dan berdoa kpdNYA.

Ingin dapatkan SET HAMIL dan SET BERPANTANG SHAKLEE boleh terus hubungi akak yer..

📲📲 012 4513311

Friday, August 26, 2016

BAHAYA SENGUGUT? MACAM MANA NAK ATASI?

Bagaimana sengugut terjadi? Apa puncanya? Ini untuk pompuan je eh..suami2 pun boleh jadinya ini panduan utk iateri tersayang tau. 

Sakit sangat ke sengugut?
Alahai...mcm nak mati dah rasa tu..hihi. Fobia tau setiap bulan jer mesti nak bertarung sakit. Ini pengalaman sendiri la..tapi tahap sakit akak masih boleh control tapi anak buah akak sakitnya sampai tahap tiap bulan mesti kena MC..haaa.

Betul ke sungugut boleh sebabkan wanita sukar hamil?
Pengalaman sendiri dan sedara ada yang susah dan ada yang senang. Apa2 pun bagi korang yang ada sengugut perlu cepat2 jumpa Doktor kalau dah bertahun kawin masih belum ada anak tau!

Apa itu Sengugut?
Sengugut ni sebenarnya bukan sekadar kekejangan teruk ketika haid, tapi ia turut menjadi petanda penting supaya semua wanita yang mengalami masalah ini menjalani pemeriksaan awal bagi mengesan kewujudan endometriosis.



Ermmmm..teruk tu..

Senggugut ni ada dua beradik iaitu sengugut primari dan secondary. Sengugut primari adalah disebabkan oleh pengeluaran prostaglandin yang menyebabkan pengecutan rahim yang kuat. Kebiasaanya ia sering menyerang pada usia muda sebelum berkahwin dan bertahan pada hari pertama dan kedua haid. 

Manakala senggugut secondary pula disebabkan oleh endometriosis (wujudnya sel endometrium di luar rahim dan berlaku pendarahan di dalam perut) atau jangkitan kronik yang menyebabkan senggugut datang kebiasaannya pada usia lanjut dan bertahan sepanjang pendarahan haid.

Cara Mengurangkan Sakit Kerana Sengugut

Dalam beberapa kes tertentu, ubat-ubatan yang mengandungi hormon boleh membantu. Adalah dicadangkan agar remaja ini dapat melakukan senaman, mengamalkan pemakanan yang berkhasiat dan mengurangkan stres atau tekanan ketika berhadapan dengan sebarang masalah. Secara tidak langsung, masalah senggugut yang dialaminya mungkin akan berkurangan.
Memakan ubat seperti ubat penahan sakit dan panadol menstrual sangat tidak digalakkan kerana ia akan meninggalkan kesan jangka panjang kepada badan anda.

Ada beberapa cara nak hilangkan penyakit sengugut ni. Tapi ini petua orang tua2 dulu la.


Petua 1

Ambil sembilan biji pinang tua, dibakar tanpa minyak hingga menjadi arang, dan kemudian ditumbuk hingga halus. Campurkan serbuk pinag bakar itu dengan secawan air suam dan minum selama sembilan hari berturut-turut dari hari pertama datang haid.

Petua 2
Ambil segenggam halia, tumbuk hingga lumat dan masukkan ke dalam segelas air suam. Apabila halia mendap minum air tadi didahulukan dengan selawat. 

Petua 3
Minum air rebusan rumput jarum emas atau rumput rempah padang atau rumput cengkih padang semasa kedatangan haid atau sebelumnya.

Petua 4
Campurkan serbuk halia atau halia yang ditumbuk lumat dengan serbuk lada hitam . Kuantiti sama banyak antara kedua-dua bahan. Isikan dalam kapsul kosong. Makan 2 biji selepas makan tengahari dan malam 2 minggu atau seminggu sebelum haid. 

Petua 5
Semasa sakit ketika haid, minumlah air teh pahit tanpa gula.


Petua 6
Minum madu segelas sebab madu melancarkan pendarahan kita.

Dapatkan rawatan segera tau sebab kita tak pasti masalah yang bakal berlaku dikemudian hari.

Your Trusted SID
FIZA
012 4513311

TEMPOH MENUNGGU MEDICAL KAD

  TEMPOH MENUNGGU MEDICAL KAD HANYA PENYAKIT YANG WUJUD SELEPAS TEMPOH MENUNGGU (30-120 hari) YANG BOLEH DILINDUNGI. Kalau penyakit tu dah w...