Showing posts with label GOUT. Show all posts
Showing posts with label GOUT. Show all posts

Tuesday, April 18, 2017

TIDAK PERLU LAGI AMBIL PAINKILLER UNTUK GOUT

Siapa yang ada sakit Gout ni? Sakit yang bukan main-main tau. Sekali terkena serangan memang sangat la sakitnya sampai ada yang kena ambil pain killer. Nak jalan pun bagai dikata la kan.



Gout ni keadaan dimana berlakunya keradangan yang menyebabkan kesakitan dan bengkak dibahagian tendon, sendi.

Gout adalah sejenis penyakit yang terjadi disebabkan lebihan asid urik di dalam badan (melebihi 7.5mg/dL). Asid urik adalah bahan kumuhan berasal dari sejenis protein yang dipanggil purin.

Apa Puncanya?
Ia berlaku bila berlaku peningkatan asid urik dalam darah. Bila paras asid urik ini semakin bertambah, ia akan mula menompok pada sendiri, membentuk hablur dan menyebabkan keradangan.

Asid urik adalah hasil penguraian sel badan kita yang mati. Ia juga terhasil dari pemakanan kita, terutama yang tinggi kandungan purin seperti hati dan makanan laut.

Kandungan asid urik boleh dikawal dengan pengambilan ubatan dan pantang makan terutama makanan yang mengandungi purin. Tapi, larat ke nak tahan setiap kali tersilap makan, gout menyerang?

Berikut adalah beberapa Testimoni mereka yang amalkan Vivix.








Bagaimana Vivix membantu pengidap Gout ni?


Vivix terdiri daripada 4 bahan Semulajadi yang tinggi antioksidan iaitu Anggur Muscadine, Elderberry, Purple Carrot dan Polygonum Cuspidatum (Knotweed Jepun).

Dengan rumusan terhebat resveratrol dan polifenol ini menjadikan Vivix sebagai satu supplement antioksidan yang berupaya meningkatkan imun sistem kita untuk melawan asid urik dalam darah.


Dengan meningkatkan antioksidan dan mengurangkan pengoksidaan, anda berupaya untuk mengurangkan kerosakan sel dan seterusnya mengurangkan pengeluaran kristal asid urik penyebab gout.

Sekiranya anda atau keluarga dan rakan-anda mengalami masalah Gout, boleh dicadangan Vivix sebagai ikhtiar untuk pulih. Jika terdapat sebarang kemusykilan boleh segera hubungi akak yer.


Dapatkan Twin Pack Vivix hari ini juga. Boleh terus wsap Kak Fiza 0124513311. Ada PROMOSI TWIN PACK tau. InshaAllah, konsultasi terbaik akak berikan nanti.


Atau boleh klik link dibawah untuk pembelian terus di website Shaklee yang mana sangat mudah.


Sekiranya anda berminat menjadi Pengedar Shaklee terus hubungi 0124513311. Kak Fiza memerlukan pengedar di Seluruh Malaysia termasuk Indonesia, Singapura dan Brunei.

Kehadiran anda sangat diperlukan.

Wednesday, October 19, 2016

TESTIMONI CARA MUDAH MERAWAT GOUT (part II)

Sebelum ini, saya telah berkongsi kisah derita seorang pengguna Vivix yang telah pun bebas Gout tanpa perlu dialisis lagi. Alhamdulillah..banyak testimoni pengguna yang yakin dengan Vivix.

Ini adalah perkongsian seorang lagi pelanggan Vivix. 




Kasih seorang anak kepada ayahnya. Ayahnya menderita Gout sejak berpuluh tahun lalu. Ubat Gout dan Pain Killer memang teman sejati lah kiranya. Salah makan sikit pun memang Gout menyerang sampai nak jalan pun memapah ke dinding. Sejak amalkan Vivix 1 sudu setiap hari, Alhamdulillah serangan Gout makin kurang dan bertambah kurang. Ubat Gout dan Pain Killer pun tolak tepi dah. Dah perlu ambil lagi.

Syukur Alhamdulillah. Berpuluh tahun derita akhirnya sembuh. Sebaik-sebaik perancang hanyalah DIA. Kita hanya mampu berusaha selagi terdaya.

Boleh rujuk juga Testimoni dalam entry sebelum ini.

Khasiat Vivix ada saya ceritakan pada entry sebelum ini Cara mudah merawat Gout. Semoga perkongsian ini dapat memberi manfaat kepada kita semua.

Sekiranya anda berminat mendapatkan maklumat lanjut mengenai Vivix boleh terus hubungi saya.


🌹 Your Trusted SID 🌹
Tel/wsap: 012 451 3311
Instagram: afriza_abuhasan

INFO KEAHLIAN ➡ AHLI

TESTIMONI CARA MUDAH MERAWAT GOUT

Gout seringkali berlaku secara tiba tiba tanpa sebarang simptom. Biasanya dialami golongan lelaki dalam lingkungan usia antara 30 hingga 60 tahun. Jarang sekali terjadi pada wanita yang belum menopause. Gout boleh menyerang sendi-sendi lain seperti buku lali, lutut, pergelangan tangan dan jari.



Salah seorang pelanggan shaklee yang setia dengan Vivix setelah masalah Gout nya terus hilang. Dah tak perlu nak menjalani dialisis lagi. Alhamdulillah. Semoga pakcik bertambah sihat.

Khasiat Vivix ada saya ceritakan pada entry sebelum ini Cara mudah merawat Gout. Semoga perkongsian ini dapat memberi manfaat kepada kita semua.

Sekiranya anda berminat mendapatkan maklumat lanjut mengenai Vivix boleh terus hubungi saya.


🌹 Your Trusted SID 🌹
Tel/wsap: 012 451 3311
Instagram: afriza_abuhasan


INFO KEAHLIAN ➡ AHLI

Tuesday, October 18, 2016

CARA MUDAH MERAWAT GOUT

Gout merupakan serangan akibat tingginya asid urik di dalam badan dan pelbagai punca lain turut dikenalpasti. Simptom Gout sangat mudah dikenali. Terdapat rawatan semulajadi yang boleh diamalkan oleh pengidap Gout.

Mereka yang mengalami Gout boleh juga mencuba beberapa jenis Suplemen yang boleh membantu merawat Gout sekaligus mengurangkan serangan. Antaranya ialah:



Detox semulajadi yang menyingkirkan toksid secara lembut dari badan. Anda perlu mengambil air yang banyak untuk melancarkan proses detox ini.




Memelihara kandungan bendalir dalam badan supaya mencukupi untuk mengelakkan dehidrasi. Penting untuk pesakit gout mempunyai air mencukupi dalam badan untuk proses perkumuhan asid urik. Ia berkaitan dengan pengambilan alfalfa sebagai detox.

Mengelakkan keradangan sendi

VIVIX


Namun, adalah dicadangan pengambilan VIVIX sebagai Suplemen utama utk Gout kerana telah terbukti Vivix sangat berkesan. Akan saya kongsikan Testimoni pengguna Vivix nanti.

Vivix terdiri daripada 4 bahan Semulajadi yang tinggi antioksidan iaitu Anggur Muscadine, Elderberry, Purple Carrot dan Polygonum Cuspidatum (Knotweed Jepun).

Dengan rumusan terhebat resveratrol dan polifenol ini menjadikan Vivix sebagai satu supplement antioksidan yang berupaya meningkatkan imun sistem kita untuk melawan asid urik dalam darah.


Dengan meningkatkan antioksidan dan mengurangkan pengoksidaan, anda berupaya untuk mengurangkan kerosakan sel dan seterusnya mengurangkan pengeluaran kristal asid urik penyebab gout.

Sekiranya anda atau keluarga dan rakan-anda mengalami masalah Gout, boleh dicadangan Vivix sebagai ikhtiar untuk pulih. Jika terdapat sebarang kemusykilan boleh segera hubungi saya.

🌹 Your Trusted SID 🌹
Tel/wsap: 012 451 3311
Instagram: afriza_abuhasan

INFO KEAHLIAN ➡ AHLI

7 JENIS MAKANAN PERLU DIELAK OLEH PESAKIT GOUT

Sebelum ini saya ada kongsikan 10 rawatan semulajadi yang boleh diamalkan oleh pengidap Gout.  Ianya lebih tertumpu kepada jenis makanan dan buah-buahan.

Bagi pesakit gout adalah dinasihatkan agar menjaga pemakanan bagi mengelakkan penyakit menyerang dan menjadi lebih kritikal.





Kurangkan pengambilan makanan laut dan daging, terutamanya ketika tengah sakit. Makanan ini kaya dengan purine yang akan diuraikan menjadi asid urik. Cukuplah sekadar pengambilan 4-6 auns sehari.

Ikan Herring
Ada beberapa jenis makanan laut yang boleh dimakan sekali sekala, tapi ada yang perlu dielakkan terus. Ianya seperti ikan herring, tuna dan juga ikan bilis, memang perlu dielakkan.

Namun, makanan seperti udang, udang kara, belut dan ketam masih dalam kategori selamat untuk dimakan. Tapi untuk penghidap gout yang kronik, pengambilan makanan ini juga boleh mengundang gout.

Minuman beralkohol
Pengambilan minuman keras bagi pesakit gout adalah satu pilihan yang kurang bijak (dalam Islam pun tak boleh ambil minuman ini). Ia bukan sahaja meningkatkan tahap asid urik badan anda tapi ia juga memberi beban kepada sistem tubuh untuk membersihkannya.

Daging merah
Kandungan purine dalam setiap jenis daging adalah tidak sama. Daging putih dikatakan lebih rendah kandungan purinenya berbanding daging merah.

Namun, sekiranya anda ingin menikmati hidangan daging merah, pilihlah daging lembu berbanding daging ayam belanda dan kambing

Ayam belanda
Daging ayam belanda dan angsa adalah lebih tinggi kandungan purine berbanding daging lain. Jadi cuba elakkannya. Ayam (selain ayam belanda) dan itik merupakan pilihan yang lebih selamat. Walaubagaimanapun, daging di bahagian kaki adalah lebih baik berbanding bahagian dada dan kulit

Minuman manis
Elakkan pengambilan air manis yang menggunakan sirap jagung tinggi kandungan fruktosa seperti soda dan jus buah-buahan yang dalam kotak atau tin tu. Pengambilan minuman manis ini bukan sahaja menambahkan berat badan anda, ia juga akan menggalakkan badan untuk menghasilkan lebih banyak asid urik

Asparagus
Walaupun asparagus ni sayur yang sangat tinggi khasiatnya, namun ia tergolong diantara sayuran yang tinggi kandungan purinenya termasuklah kubis bunga, bayam dan cendawan. Sayuran ini boleh diambil pada kadar yang sederhana, kerana kandungan purine dalamnya tidaklah setinggi yang ada pada daging merah. 

Diet sayuran sebenarnya membantu anda untuk menyingkirkan purine dari badan, kerana badan lebih mudah menyingkirkan purine dari sumber tumbuhan berbanding yang lain

Hati
Organ dalaman seperti hati, buah pinggang dan hati wajib dielakkan bagi pesakit gout ni.

Sumber: www.health.com

Senarai di atas hanya sebagai panduan kepada anda sekiranya anda pesakit gout. Sebenarnya terdapat banyak lagi makanan yang perlu dielakkan, dan ia bergantung kepada tahap betapa seriusnya sakit gout anda.

Jika keadaan berlarutan, segeralah dapatkan rawatan dan langkah pencegahan. Ia mampu mengelakkan serangan bertambah teruk.


🌹 Your Trusted SID 🌹
Tel/wsap: 012 451 3311
Instagram: afriza_abuhasan

INFO KEAHLIAN ➡ AHLI





Monday, October 17, 2016

10 RAWATAN SEMULAJADI GOUT

Rawatan Semulajadi Untuk Pesakit Gout


Entry sebelum ini telah pun menerangkan bentuk rawatan langkah pencegahan Gout. Terdapat juga rawatan semulajadi yang boleh diamalkan dengan pengambilan makanan yang tertentu.


Apple Cider Vinegar (ACV)






ACV terkenal dalam rawatan sakit kepala dan asid perut juga. Ianya sangat membantu merawat gout dan artritis. Keasidan dalam ACV ni membantu melegakan sakit akut. Boleh ditambah sedikit madu untuk meningkatkan tindakbalas anti-radang. Boleh diminum sebelum waktu tidur.

Campurkan satu sudu teh ACV dalam segelas air dan minum 2-3 kali setiap hari. Jika didapati rawatan ini membantu, boleh la dos ACV ini ditingkatkan kepada 2 sudu besar.

Halia


Ciri-ciri anti-radang dalam akar halia sangat membantu melegakan kesakitan dan keradangan. Pelbagai cara untuk merawat gout dengan menggunakan akar halia ini.

Campurkan jumlah yang sama serbuk halba, serbuk kunyit dan serbuk halia kering (sonth). Ambil 1 sudu daripada campuran ini bersama-sama dengan air suam. Ambil 2x setiap hari.

Boleh juga ditambah akar halia ini dalam masakan atau makan secara mentah. Boleh juga tambah setengah sudu teh akar halia ni dalam satu cawan air mendidih dan kacau sampai betul-betul sebati. Minum sekurang-kurangnya sekali sehari.

Selain dari itu anda juga boleh buat paste akar halia ni dengan sedikit air dan tampal di kawasan yang terkena gout ni. Biarkan dalam setengah jam. Buat sehari sekali

Baking Soda


Salah satu faktor yang menyumbang kepada gout ni adalah peningkatan kepada asid urik dalam badan. Ia dapat membantu mengurangkan jumlah asid urik, seterusnya memberikan anda kelegaan daripada kesakitan..bukan setakat buat kuih/kek je.

Campurkan setengah sudu teh baking soda dalam segelas air dan minum. Minum 4x sehari sahaja. Teruskan sehingga 2 minggu.

Jika anda berusia lebih 60 tahun, jangan ambil lebih daripada 3kali dalam sehari. Jika anda mempunyai tekanan darah tinggi, boleh abaikan cara rawatan ini.

Lemon Juice


Adalah penting untuk mengalkalikan badan dan meneutralkan asid urik yang berlebihan dalam aliran darah. Ini boleh dilakukan dengan mudah dengan jus lemon segar dan baking soda. Cara ini boleh melegakan simptom gout.

Cherries


Cherry bersifat anti-oksidan. Cherry juga mempunyai anthocyanins yang boleh mengurangkan keradangan.

Bagi pesakit gout, makan 15-20 biji cherry sehari amat disyorkan. Untuk hasil yang lebih baik, makan pada awal pagi. Cherry yang fresh adalah paling baik. Selain itu anda juga boleh cuba minum segelas jus cherry yang diperkaya dengan beberapa ulas bawang putih dicincang setiap hari. Mesti sedap.

Epsom Salt


Garam Epsom ni memang banyak kelebihannya. Boleh juga digunakan untuk merawat demam, batuk dan selesema. Boleh juga dicuba untuk mengurangkan simptom gout.

Jumlah magnesium yang tinggi dalam epsom salt ini akan memperbaiki keadaan jantung dan menurunkan tekanan darah tinggi.

Untuk mandi, tambahkan 2 cawan epsom salt ini dalam air suam. Rendam badan anda dalam air ini sehingga air ni hampir kehilangan haba. Lakukan seminggu sekali. Sekiranya anda penghidap gout yang teruk, seminggu boleh sehingga 2-3 kali 

Pisang


Pisang juga amat berkesan untuk merawat gout. kandungan kalium yang tinggi dalam pisang akan membantu menukar kristal uric asid ni dalam bentuk cecair yang akan dibuang melalui urine semasa buang air kecil.

Pisang juga mengandungi jumlah vitamin C yang sederhana dan sangat berkesan dalam menguruskan bengkak dan kesakitan. Hanya makan 1-2biji pisang sehari, insyaAllah dapat membantu.


Epal


Pakar mencadangkan makan epal sebelum setiap hidangan. Malic acid yang ada dalam buah epal ini akan membantu meneutralkan asid uric dalam badan dan seterusnya mengurangkan kesakitan dan keradangan akibat gout.

Activated Charcoal


Arang batu yang diaktifkan ni terkenal untuk menyerap asid uric, oleh itu ia boleh digunakan dengan selamat untuk merawat gout. Penghidap gout digalakkan mandi arang ni 1-3 kali seminggu.

Campurkan satu setengah cawan serbuk arang dengan air sehingga membentuk paste. Letakkan paste ke dalam tab dan tambahkan lebih banyak air. Rendamkan bahagian badan yang sakit sekurang-kurangnya setengah jam.

Cara ini sangat sesuai untuk penghidap gout pada buku lali atau kaki yang besar
untuk bahagian badan yang lain, boleh terus letakkan paste tadi direct ke tempat sakit. Biarkan sehingga setengah jam dan bilas dengan air suam

Cold Water

Letakkan kawasan yang sakit dengan air sejuk dapat mengurangkan bengkak serta kesakitan. Apabila terkena gout JANGAN letak ais secara direct pada kulit, ia boleh merosakkan kulit dan membuatkan gout anda bertambah teruk.

Rendamkan radang, sendi bengkak dalam air sejuk selama 10-15 min. Ulangi sebanyak beberapa kali sehari. Anda boleh gunakan ais pack selama kira-kira 15 minit tapi sebelum tu balut dalam tuala sebelum letakkan di tempat yang sakit. Lakukan 2kali sehari. Elakkan penggunaan ais pack ini secara berlebihan sebab ia boleh membawa kepada penghabluran asid urik.

Jadi sekiranya anda penghidap gout, boleh la cuba lakukan rawatan semulajadi ini selain rawatan dan langkah pencegahan yang telah pun di kupaskan sebelum ini. 

Boleh juga diambil sekali dengan supplement SET GOUT kerana telah terbukti membantu mengurangkan serangan sekaligus menyembuhkan GOUT.



🌹 Your Trusted SID 🌹
Tel/wsap: 012 451 3311
Instagram: afriza_abuhasan

INFO KEAHLIAN ➡ AHLI

RAWATAN DAN LANGKAH PENCEGAHAN GOUT

Rawatan dan langkah pencegahan Gout

Alhamdulillah..kita dah sampai bahagian rawatan untuk penyakit Gout. Gout bukanlah penyakit merbahaya dan boleh sembuh jika langkah pencegahan dititikberatkan dan diberikan rawatan segera jika terdapat tanda-tanda / simptom gout.

Gout biasanya mudah dikesan menerusi pemeriksaan biasa. Biasanya doktor akan mengambil contoh cairan sendi dan cuba mengesan kehadiran kristal asid uric. Selain itu ujian darah juga dibuat untuk memastikan tahap asid uric dalam tubuh.



Gout boleh dibahagikan kepada empat peringkat:


1. Asimptomatik (tiada simptom)

2. Akut -simptom gout
  • berlaku secara cepat dan tiba-tiba; biasanya hanya menyerang tisu lembut pada beberapa sendi.
3. Interkritikal kronik
  • Serangan gout boleh berlaku berulang-ulang yang dipanggil polyarticular gout. Pesakit akan berasa amat sakit, kejang dan kaki berubah bentuk. Ada juga yang mungkin menghadapi masalah kaki bengkak, merah, panas dan demam.
4. Tofus
  • Pengumpulan asid urik boleh dilihat melalui pembentukan benjolan kecil di permukaan kulit yang dipanggil tofus. Pada keadaan yang lebih serius, tofus yang terlalu besar mungkin pecah dan mengeluarkan bahan seperti kapur.


Terdapat 2 jenis rawatan untuk Gout iaitu: 

1. Rawatan serangan akut
  • Ubat seperti non steroidal anti-inflammatory drug (NSAID), colchicine dan cortisteroids diberikan semasa serangan terjadi. Ia akan mengawal bengkak dan kesakitan.
2. Rawatan Jangka Panjang
  • Rawatan jangka panjang pula membabitkan ubat-ubatan untuk mengawal tahap asid uric dalam darah dengan menyekat penghasilannya. Adalah diingatkan bahawa pengambilan ubat ini hanyalah sementara dan sekiranya anda tidak berdisiplin/konsisten dalam pengambilan ubat, dikuatiri tahap asid uric akan kembali meningkat.
Oleh kerana gout disebabkan oleh asid urik yang berlebihan dalam badan, anda haruslah mengelakkan faktor-faktor yang boleh menambahkan paras asid urik

Langkah pencegahan berikut adalah perlu:


🎯 Rehatkan sendi semasa serangan gout.

🎯Ubat-ubatan anti-radang berkesan untuk mengurangkan sakit dan keradangan sendi. Walaupun ia boleh mendatangkan kesan sampingan seperti sakit perut. Jika digunakan dalam jangka masa yang singkat, kesan sampingan jarang berlaku.

🎯Ubatan lain seperti colchicine juga boleh diambil. Walaupun ia amat berkesan, ia boleh menyebabkan loya, muntah dan cirit-birit (Peringatan: Colchicine hanya boleh diambil melalui preskripsi doktor)

🎯Steroid (Peringatan: Steroid hanya boleh diambil melalui preskripsi doktor)
Lazimnya cecair steroid disuntik terus ke sendi yang radang. Pil steroid boleh diambil dalam jangka masa yang pendek jika penghidap tidak boleh mengambil ubat-ubatan yang lain. Walaubagaimanapun, ianya tidak boleh diambil berpanjangan.

🎯Sentiasa peka terhadap tanda-tanda awal serangan. Jika rawatan dimulakan awal, penyakit ini tidak akan melarat. 

🎯 Menjaga berat badan
kegemukan boleh mengganggu keupayaan badan untuk mengeluarkan asid urik yang berlebihanMengelakkan minuman keras

🎯 Pemakanan
elakkan pengambilan makanan yang mengandungi purin yang tinggi. Sesetengah daging binatang, makanan laut, kekacang mengandungi purin yang tinggi.

🎯Ubah cara hidup anda untuk memastikan paras asid urik yang normal. Amalkan cara hidup sihat untuk mengelak dari menghidap penyakit-penyakit yang berhubungkait dengan gout

🎯Apabila mengambil Allopurinol, ianya perlu diambil secara berterusan. Jangan mengubah atau menghentikan dos Allopurinol semasa serangan gout.

🎯 Minum banyak air

🎯Gout boleh diwarisi tetapi faktor persekitaran juga memainkan peranan.

Selain dari ubat-ubatan, untuk mengurangkan asid urik di dalam badan anda untuk kesihatan, kita akan lihat pula beberapa jenis makanan yang boleh dan tidak boleh dimakan oleh pengidap Gout. InsyaAllah di entry akan datang.

Gout adalah penyakit yang boleh dirawat. Gout merupakan salah satu penyebab kerosakan dan kecacatan sendi. Walaubagaimana pun ianya boleh dikawal. Oleh sebab itu, pentingnya mengamalkan cara hidup sihat.


🌹 Your Trusted SID 🌹
Tel/wsap: 012 451 3311
Instagram: afriza_abuhasan

INFO KEAHLIAN ➡ AHLI


Sunday, October 16, 2016

4 SIMPTOM PENGIDAP GOUT

Entry sebelum ini kita telah pun tahu apa punca utama Gout menyerang. Asid urik yang tinggi dalam badan. Terdapat banyak tanda-tanda Gout yang boleh dikenalpasti:






4 Simptom Anda Penghidap Gout:



1. Sakit sendi yang melampau

  • Penghidap gout biasanya akan mengalami kesakitan pada bahagian sendi ibu jari kaki, tapi ia juga boleh berlaku pada bahagian kaki, buku lali, siku, tangan, dan juga pergelangan tangan. Sakit yang paling teruk sekali adalah pada 4-12 jam yang pertama.

2. Ketidakselesaan yang berpanjangan.
  • Selepas rasa kesakitan yang paling teruk tu reda, anda akan rasa tidak selesa selama beberapa hari dan kadangkala berminggu-minggu. Serangan gout kali kedua dan seterusnya akan menjadi lebih sakit, lebih lama dan melibatkan lebih banyak sendi
3. Keradangan dan kemerah-merahan
  • Keradangan tisu-tisu di sekeliling sendi juga mengakibatkan kulit menjadi kemerah-merahan, bengkak dan sakit walaupun hanya disentuh dengan lembut.
4. Pergerakan yang terhad
  • Penghidap gout akan mengalami kesukaran untuk bergerak berikutan kesakitan yang dialami.

Sekiranya anda mempunyai tanda-tanda seperti di atas, segeralah berjumpa dengan doktor. Gout yang tidak dirawat akan menyebabkan sakit yang semakin teruk dan kerosakan pada sendi.

Sekiranya anda demam, sendi terasa panas dan berlaku keradangan. Ini menunjukkan bahawa telah berlaku jangkitan pada bahagian yang terkena gout.

Anda juga boleh cuba beberapa rawatan semulajadi yang akan saya kongsikan nanti.

🌹 Your Trusted SID 🌹
Tel/wsap: 012 451 3311
Instagram: afriza_abuhasan

INFO KEAHLIAN ➡ AHLI

PUNCA GOUT MENYERANG ANDA

Punca Gout Menyerang Anda

Sambungan dari entry sebelum ini berkaitan Gout..kita nak lihat apakah punca gout ni. Sebelum ini pun dah ditekankan penyebab gout berpunca daripada kandungan Asid Urik (Uric Acid) yang Tinggi! Banyak makanan tinggi protein seperti makanan laut, kekacang, daging merah dan daging organik tinggi purine. Pemecahan purine dalam makanan ini akhirnya boleh menyebabkan gout.


Purine ditukarkan ke bentuk asid urik semasa metabolisme tisu-tisu rosak dan koyak. Kajian yang dijalankan menunjukkan mereka yang banyak makan daging merah dan makanan laut meningkatkan risiko gout sebanyak 50 peratus.

Jadi, sebagai pesakit gout, sangatlah penting untuk anda menjaga pemakanan dan ketahui dengan jelas makanan yang tidak boleh diambil.

Faktor Utama yang menyebabkan Gout ialah:
  • Asid urik berlebihan dalam badan
  • Asid urik tidak dibuang dengan berkesan dalam badan

Komplikasi Gout 
Asid urik boleh berkumpul di bawah kulit membentuk benjolan di panggil ’tophi’. Di dalam saluran urinari (air kencing), ia boleh berkumpul membentuk ’batu karang’.


Penghidap gout juga sering berhadapan dengan masalah kesihatan lain seperti:
  • Kegemukan
  • Darah tinggi
  • Hiperlipidemia
  • Diabetes
  • Penyakit batu karang


Faktor lain menjadi punca Gout ialah:

1. Gaya hidup yang tidak sihat
  • Mereka yang banyak mengambil minuman keras terutamanya bir dikatakan lebih berisiko mendapat sakit gout
2. Obesiti / kegemukan
  • Merutama bagi mereka yang mempunyai berat badan lebih 66 kilogram daripada berat badan normal.
3. Penyakit, keadaan kesihatan dan ubat 
  • Sesetengah penyakit seperti tekanan darah tinggi yang tidak dikawal, diabetes, hiperdislipidemia (paras lemak dan kolesterol yang tinggi) dan arteriosklerosis (penyempitan salur darah) boleh juga menyebabkan sakit gout.
4. Pembedahan / sakit tenat
  • Mereka yang menjalani pembedahan atau mendapat sakit tenat secara tiba-tiba dan terlantar lama boleh juga mengalami peningkatan dalam paras asid urik dalam badannya. Malah, ubat mengawal tekanan darah dan kemoterapi juga dikenal pasti boleh meningkatkan paras asid urik dalam badan pesakit.

5. Genetik 
  • Kajian mendapati satu daripada empat pesakit datang daripada keluarga yang ada masalah gout.

6. Pemakanan
  • Sakit gaut juga biasa dikaitkan dengan tabiat pemakanan tidak sihat dan seimbang. Pastikan makan mengikut keperluan pyramid makanan

Di atas adalah senarai punca penyakit gout secara umum. Jika ada antara factor-faktor tersebut ada dalam diri kita, pastikan sentiasa berwaspada. Jika mempunyai tanda tanda gout , segeralah mendapatkan nasihat daripada doktor untuk membuat pengesahan. Pengesanan pada peringkat awal tentunya dapat mengelakkan keadaan lebih buruk.


🌹 Your Trusted SID 🌹
Tel/wsap: 012 451 3311
Instagram: afriza_abuhasan

INFO KEAHLIAN ➡ AHLI

KAWASAKI DESEASE MENYERANG KANAK-KANAK

  Pengalaman Ibu dengan Penyakit Kawasaki – Qaisara Nama penyakit nampak lawak, tapi hakikatnya Kawasaki Disease ni sangat bahaya. Ia radang...