Showing posts with label KUNING. Show all posts
Showing posts with label KUNING. Show all posts

Tuesday, October 11, 2016

TESTIMONI HEPATITIS B (PART II)

Alhamdulillah..banyak testimoni yang kami dapat sembuh dari Hepatitis B menggunakan produk shaklee. Sebelum ini ada saya kongsikan dan dalam entry ini terdapat beberapa lagi testimoni untuk tatapan bersama.

Semoga apa yang saya kongsikan dapat memberi manfaat untuk kita bersama. Jangan takut untuk mencuba. Kita hanya ikhtiar dan selebihnya hanya DIA berkuasa.


🌹 Your Trusted SID 🌹
Tel/wsap: 012 451 3311
Instagram: afriza_abuhasan

INFO KEAHLIAN ➡ AHLI

TESTIMONI HEPATITIS B (PART I)

Sebelum ini kita telah pun mengetahui secara lengkapnya Hepatitis B, punca terjadinya Hepatitis B, tanda-tandanya dan juga rawatan untuk mereka yang mengidap penyakit ini.

Selain mengamalkan pemakanan yang sihat dan seimbang, pengambilan Suplemen juga membantu merawat penyakit ini dari merebak.





" Ayah saya kena hepatitis b dan ada kanser pada hati. Alhamdulillah rawatan 2mibggu nampak banyak improvement dan sel kanser hilang. Sekarang sihat sepenuhnya"



Alhamdulillah..virus hepatitis boleh dicegah jika amalkan pemakanan yang sihat disamping suplenen yang sesuai. Untuk bantuan konsultasi boleh terus hubungi saya.



🌹 Your Trusted SID 🌹
Tel/wsap: 012 451 3311
Instagram: afriza_abuhasan

INFO KEAHLIAN ➡ AHLI

SUPLEMEN UNTUK HEPATITIS B

Salah satu cara untuk mencegah Hepatitis B ialah dengan mengambil vaksin seperti yang disarankan oleh doktor. Selain itu amalan cara hidup dan pemakan yang sihat juga mempengaruhi. Tingkatkan sistem imun badan untuk melawan jangkitan secara semulajadi dengan suplemen dari shaklee.



Suplemen utama yang kami sarankan adalah Vivix.

Vivix
kajian makmal menunjukkan ramuan Vivix memberi impak kepada 4 mekanisma utama penuaan pada tahap sellular seperti:
  1. melindungi dan membaiki sellular DNA pesakit
  2. memberi impak positif kepada pengawalan genetik terutama pesakit hepatitis
  3. menggalakkan biogenesis (pembentukan baru mitocondria)
  4. melambatkan pembentukkan protin AGE (Advanced Glycation End Products)
  5. serta melindungi kesihatan sistem imun yang optimum, memberi perlindungan anti oksidan yang tinggi dan kesihatan secara keseluruhan.

Interferon 
penting untuk tingkatkan sistem imun badan. Interferon adalah antivirus yang dihasilkan oleh tubuh untuk mempertahankan diri daripada jangkitan virus dan bakteria. Apabila sel dijangkiti oleh virus, interferon akan merangsang protein antivirus untuk melawan bakteria atau virus dan merangsang sistem imun tubuh melawan jangkitan virus dengan mengganggu keupayaan virus di hati.

Biasanya pesakit virus hepatitis tidak berupaya mengeluarkan interferon yang mencukupi untuk melawan jangkitan virus tersebut.


DTX Complex
melindungi hati dan menggalakkan pertumbuhan sel hati yang lebih sihat.

Terdapat Suplemen tambahan yang boleh diambil seperti:

Vitamin E
melindungi sel hati dari rosak akibat radikal bebas.

Garlic
Mempertingkatkan oksigen selular

B-Complex
Untuk fungsi hati yang normal

Adalah penting untuk menjaga kesihatan hati kita. Cegah sebelum terlambat. Kita sendiri mampu mengubahnya. Terdapat beberapa Testimoni yang akan saya kongsikan bersama nanti.



🌹 Your Trusted SID 🌹
Tel/wsap: 012 451 3311
Instagram: afriza_abuhasan

INFO KEAHLIAN ➡ AHLI

MAKANAN YANG PERLU DIAMBIL PESAKIT HEPATITIS B

Assalamualaikum semua.



Sambungan dari entry yang lepas mengenai Rawatan dan Langkah Pencegahan Hepatitis B. Sebelum kita kenalpasti apakah Suplemen yang sesuai utk penyakit ini, kita nak lihat pula pola pemakanan mereka. Adakah mereka boleh makan apa sahaja atau ada pantang larangnya..ermmm



Dibawah ini adalah senarai makanan dan minuman yang perlu diambil dan dielakkan.




Makanan dan Minuman yang perlu diambil



Susu dan yogurt
  • Dapat mengurangkan perkembangan kanser hati dan perlu pastikan bawaha susu dan yogurt adalah bebas gula.
Sayur-sayuran/Buah
  • Makan 7-9 hidangan buah-buahan segar dan sayur-sayuran (organik dan bebas racun perosak) yang mengandungi vitamin C dan vitamain B yang tinggi. 
  • mereka yang mengamalkan pemakanan sayur-sayuran kuning dan oren (labu,ubi jalar, ubi) dan sayur-sayuran seperti brokoli mempuyai peluang yang lebih rendah untuk mendapat kanser hati daripada meraka yang tidak memakan sayur-sayuran ini secara teratur.

Teh
Teh hijau adalah salah satu minuman popular yang biasa digunakan sebagai minuman berkhasiat.

Makanan berserat tinggi
Serat larut ini membantu mengatur gula dalam darah kerana ia terikat dengan asid lemak dalam perut dan memanjangkan proses pencernaan, selain itu dia menurunkan LDL (Low Density Lipoprotien) atau dikenali sebagai “kolesterol buruk” dan membantu mengurangkan jumlah kolesterol secara keseluruhan.

Untuk serat tidak larut, kita boleh menemuinya dalam roti gandum,bunga kobis, kacang hijau, pada kulit buah-buahan dan sayur-sayuran berakar. Ini adalah baik untuk proses pencernaan dan membantu pengeluaran toksin dalam badan mengimbangi keasidan dalam badan.
  • seperti oat dan kekacang.
  • kacang kering, kacang peas, oat dan biji rami.
  • jeruk epal dan lobak merah. 
  • Disyorkan pengambilan serat dalam jumlah 30-40gram sehari.

Jus Delima
  • jus delima membantu mencegah kanser hati
  • Manafaat jus delima kepada lelaki bahawa jus delima adalah pilihan yang berkesan bagi rawatan kanser prostat.
Minyak zaitun
  • Minyak zaitun dapat membersihkan hati dan memberikan fungsi tubuh anda kembali ketahap optima. Meningkatkan tumpuan dan tenaga anda.
Ikan Stim dan rebus.(ikan laut dalam)
  • Ikan memberikan lemak yang sihat. Bagi mereka yang sagat peka mengenai kanser, ikan laut dalam adalah yang terbaik. Ianya merupakan sumber protin yang bagus.
Diet Bebas Gula
  • Pekara yang paling mustahak dalam mencegah kanser hati adalah pemakanan yang bebas gula. 
  • pesakit diabetes juga mempuyai risiko yang sangat tinggi untuk mendapat kanser hati.

Makanan dan minuman yang perlu dielakkan
  • Lemak Haiwan / Lemak Trans - dua jenis lemak ini erbahaya bagi melawan penyakit kanser.
  • Daging Merah - tidak digalalakkan dari mengambil daging merah.
  • Alkohol / merokok
Pesakit Hepatitis B secara umumnya bebas mengambil apa juga jenis makanan tetapi perlu secara seimbang dan terkawal bagi mengelakkan penyakit melarat sekaligus terjadinya kanser hati. Takut kan? Boleh menyebabkan kanser hati nanti. Ingin tahu apa suplemen yang sesuai? Jumpa di lain entry..😅😅

🌹 Your Trusted SID 🌹
Tel/wsap: 012 451 3311
Instagram: afriza_abuhasan

INFO KEAHLIAN ➡ AHLI


Rujukan:

Friday, October 7, 2016

RAWATAN DAN LANGKAH PENCEGAHAN UNTUK HEPATITIS B

Sekiranya keputusan hepatitis B anda positif lebih daripada 6 bulan, ini menandakan anda menghidapi jangkitan hepatitis B kronik (jangka panjang). Kebanyakan individu yang menghidap jangkitan hepatitis B kronik dapat menjalani hidup normal. 

Walau bagaimanapun, adalah amat penting untuk mengetahui bagaimana untuk mengelak daripada menjangkiti orang lain- anda harus memberitahu kenalan rapat (ahli keluarga dan pasangan seksual) supaya mereka boleh mendapat imunisasi untuk perlindungan masing-masing.



Rawatan bagi Hepatitis B wujud tetapi bukan setiap individu yang dijangkiti hepatitis B perlu dirawat. Virus Hepatitis B tidak aktif dalam pesakit kronik Hepatitis B dan tidak menyerang hepar pesakit. Walau bagaimanapun terdapat beberapa individu yang mempunyai virus yang sangat aktif dan ia akan mereplikasi di dalam badan dengan kadar tinggi sambil menyerang hepar. Individu yang mempunyai aras virus Hepatitis B tinggi dan/atau kerosakan hepar harus berjumpa dengan pakar hepar untuk menerima rawatan antivirus.

Rawatan ini tidak dapat menyembuh Hepatitis B. Ia hanya mampu menyekat aktiviti virus dalam badan, menghalang replikasi virus dan memperlahankan kerosakan hepar. Doktor juga akan memantau fungsi hepar dan menyaring untuk komplikasi seperti barah hepar.

Langkah-langkah yang perlu diambil setelah dijangkiti hepatitis B
  1. Jauhi minuman beralkohol atau ubat yang mungkin merosakkan hepar.
  2. Amalkan diet rendah lemak. Lakukan senaman secara konsisten dan sasarkan berat badan optimum.
  3. Berhenti merokok.Lakukan hubungan seksual secara selamat (gunakan kondom!)Berhati-hati sekiranya terluka (pastikan anda membersihkan sebarang darah yang menitik)
  4. Pastikan kelaurga anda divaksin 

Siapakah yang Berisiko?
  • Individu-individu yang menghadapi risiko untuk dijangkiti hepatitis B adalah:
  • Mereka yang tinggal bersama atau melakukan hubungan seksual dengan seseorang yang telah dijangkiti
  • Lelaki yang melakukan hubungan seks dengan lelaki
  • Mereka yang mempunyai lebih daripada seorang pasangan seks
  • Pengguna dadah suntikan
  • Pendatang asing dan anak-anak mereka dari kawasan-kawasan yang mempunyai kadar hepatitis B yang tinggi
  • Bayi yang dilahirkan oleh ibu yang telah dijangkiti
  • Pekerja penjagaan kesihatan
  • Pesakit hemodialisis
  • Mereka yang menerima pemindahan darah atau produk darah sebelum 1987, sebelum ujian-ujian saringan yang lebih baik bagi penderma darah diperkenalkan
  • Mereka yang pergi ke luar negara

Pencegahan
Vaksin hepatitis B menawarkan perlindungan yang berkesan daripada jangkitan. Imunisasi bagi hepatitis B terkandung di dalam Program Imunisasi Kebangsaan (NIP). Ia diberikan secara percuma kepada semua kanak-kanak warganegara Malaysia melalui 3 dos dengan dos pertama ketika lahir dan dos-dos seterusnya pada usia 1 bulan dan 6 bulan. Ia diperkenalkan pada 1989. Ini bermakna bahawa mereka yang dilahirkan sebelum itu menghadapi risiko mendapat jangkitan hepatitis B.

Para remaja dan orang dewasa yang menghadapi risiko tetapi belum mendapatkan imunisasi disarankan untuk mendapatkan 3 dos imunisasi bagi hepatitis B. 


Langkah Pencegahan Dari Penghidap Hepatitis B
  • Sekiranya anda disahkan menghidapi Hepatitis B, perkara yang anda perlu lakukan supaya anda dapat melindungi keluarga anda ialah:
  • Maklumkan kepada keluarga, pasangan seks dan teman serumah supaya mereka dapat menjalani ujian saringan Hepatitis B
  • Pastikan anda tidak berkongsi peralatan seperti jarum suntikan, berus gigi, pengetip kuku, gunting dan pisau cukur
  • Sekiranya anda tercedera, pastikan anda mengelap sendiri luka anda dengan menggunakan bahan peluntur. 
  • Pastikan juga kain yang anda gunakan untuk membersihkan luka diletakkan dalam plastik dan dibuang. Elakkan luka dari terdedah dengan menutupnya menggunakan plaster 
Mencegah itu lebih baik dari merawat kan..Anda boleh mendapatkan vaksin Hepatitis B bagi mengelak anda dijangkiti. Amalkan hubungan seks yang sihat dan lakukan ujian saringan Hepatitis B untuk pengesahan dan untuk mendapatkan rawatan lebih awal sekiranya anda disahkan positif. Tanda-tanda Hepatitis B yang sering terjadi boleh dielakkan sekiranya langkah awal diambil.

Entry akan datang..insyaAllah saya akan kongsikan pula Supplemen yang sesuai untuk pesakit Hepatitis B.



🌹 Your Trusted SID 🌹
Tel/wsap: 012 451 3311
Instagram: afriza_abuhasan


INFO KEAHLIAN ➡ AHLI

TANDA-TANDA HEPATITIS B

Hepatitis B sememangnya penyakit yang mampu menjangkiti orang lain secara senyap tanpa kita sedari. Biasanya tanda-tanda hepatitis B akan muncul selepas 25-180 hari setelah dijangkiti. Setelah mengetahui punca terjadinya Hepatitis B, berikut antara tanda amaran Hepatitis B:



Tanda-tanda amaran Hepatitis.

  1. Mudah rasa letih dan kadang-kadang berasa letih yang teramat sangat walaupun tidak melakukan aktiviti yang berat.
  2. Kurang selera makan dan sering berasa loya.
  3. Kerap muntah-muntah.
  4. Demam.
  5. Sakit perut, terutamanya bahagian atas abdomen, dan mungkin mengalami gejala cirit-birit.
  6. Jaundis (kekuningan pada mata dan kulit).
  7. Apabila penyakit hepatitis sudah semakin melarat, mungkin akan terdapat halangan pada saluran hempedu dan menyebabkan gejala berikut:
  8. Air kencing berubah menjadi warna gelap (teh pekat)
  9. Najis berubah menjadi warna putih seperti tanah liat.



Sekiranya anda merupakan penghidap Hepatitis jenis akut (peringkat awal), anda mungkin tidak menunjukkan sebarang tanda atau simptom dijangkiti dan anda boleh menjangkiti orang lain dalam masa yang terhad dan boleh sembuh sepenuhnya.

Berbeza dengan penghidap yang kronik, sesetengahnya tidak menunjukkan tanda dengan jelas. Ianya dapat dikesan melalui ujian darah yang dilakukan sebanyak 2 kali dengan jarak antara kedua ujian ialah 6 bulan. Dan mereka boleh menjangkiti orang lain tanpa mengira masa.

Kesan Hepatitis B
  • Sirossis hati
  • Kanser hati yang biasanya terjadi di kalangan kaum lelaki

Mereka yang dijangkiti hepatitis B boleh mengambil masa dari beberapa bulan hingga setahun untuk sembuh daripada simptom-simptomnya. Hepatitis B juga boleh membawa kepada jangkitan hati kronik yang kemudiannya boleh menjadi sirosis hati atau kanser hati. Ramai individu yang telah dijangkiti kekal bebas daripada simptom selama 20 hingga 30 tahun. Namun, sepanjang tempoh ini, hati mereka mungkin akan rosak akibat jangkitan hepatitis B.

Bagaimana pula rawatan yang sesuai untuk penyakit ini? InsyaAllah saya akan kongsikan pada lain entry. Semoga bermanfaat untuk semua.



🌹 Your Trusted SID 🌹
Tel/wsap: 012 451 3311
Instagram: afriza_abuhasan

INFO KEAHLIAN ➡ AHLI

Thursday, October 6, 2016

PUNCA TERJADINYA HEPATITIS B

Sebelum ini kita sudah mengetahui apa itu Hepatitis B. Apa pula punca yang menyebabkan terjadinya penyakit ini.


Sayangilah HATI kita
Hati ialah organ terbesar dalam badan kita. Fungsi hati antaranya ialah :

  1. Menghasilkan protin
  2. Mengstabilkan gula dalam darah
  3. Mengeluarkan cairan hempedu untuk penghadaman lemak
  4. Pusat penjana tenaga bagi tubuh
  5. Mengawal suhu tubuh semasa darah mengalir melalui bahagian dalaman hati
  6. Mempertahankan tubuh daripada serangan bakteria dan virus

Apabila berlaku pembengkakan hati akibat jangkitan virus hepatitis, sel hepatosit atau sel hati yang sihat akan menjadi bengkak. Terdapat beberapa jenis virus yang boleh menyerang hati dan menyebabkan hepatitis. Virus yang kerap menyebabkan hepatitis ialah virus hepatitis A, virus hepatitis B dan virus hepatitis C.

Tahap serius atau tidak penyakit hepatitis ini bergantung kepada agen yang menyebabkan hepatitis dan jangka masa pendedahan kepada agen penyebab kerosakan hati.


Virus Hepatitis B boleh berjangkit dan ia adalah 100 kali lebih mudah dijangkiti daripada HIV.

Hepatitis B ini merebak melalui jangkitan samaada secara : 
  • Hubungan seks dengan individu yang dijangkiti
  • Hubungan seks dengan berbilang pasangan
  • Lelaki hubungan homoseksual
  • Penyalahgunaan dadah intravena (akibat perkongsian jarum yang dijangkiti)
  • Perkongsian berus gigi, pisau cukur, dan lain-lain
  • Dari ibu yang dijangkiti kepada bayi yang baru lahir
  • Pesakit kegagalan buah pinggang kronik pada Dialisis
  • Tatu, menindik kulit (telinga, bibir, pusat, dll)
  • Prosedur pergigian
  • Prosedur perubatan (termasuk pemindahan darah atau produk darah)
  • Tinggal dengan pesakit kronik Hepatitis B
  • Perjalanan ke negara-negara yang mempunyai kelaziman yang tinggi Hepatitis B


Faktor-faktor lain tersebarnya virus ini ialah :
Hepatitis juga boleh disebabkan oleh parasit dan bakteria, Penyakit sistem imun, sering terdedah kepada bahan kimia berbahaya dan bahan toksik.

Tetapi jangkitan ini jarang berlaku dan jangkitan ini juga tidak terlalu serius.

Hepatitis B TIDAK MEREBAK melalui 

  • Makanan atau minuman
  • Perkakas makanan
  • Pelukan
  • Ciuman
  • Hubungan kasual
  • Batuk
  • Bersin
  • Penyusuan Ibu

Kebanyakan penyakit hepatitis B ini tidak menunjukkan gejala penyakit. Tapi apakah tindakan anda jika tiba-tiba anda tahu anda dijangkiti virus hepatitis ni? Apakah pilihan alternatif cara atasi hepatitis B yang boleh anda pertimbangkan?

InsyaAllah entry akan datang saya akan kongsikan pula simptom/tanda-tanda Hepatitis B untuk dikongsi bersama.



🌹 Your Trusted SID 🌹
Tel/wsap: 012 451 3311
Instagram: afriza_abuhasan

INFO KEAHLIAN ➡ AHLI

Tuesday, October 4, 2016

APA ITU HEPATITIS B?

Apa itu Hepatitis B? Bahaya ke? Ok..mari kita sama2 banyak membaca yer. Mungkin tak terjadi pada kita tapi mungkin juga terjadi pada ahli keluarga atau sahabat kita. Minta dijauhkan...

Biasa dengar kan..bila baby lahir je terus kena inject Hepatitis B dos 1. Masuk bulan sebulan Dos 2. Sebab apa tu? Nanti kita story kemudian. Jom berkenalan dulu dengan Hepatitis B ni.



Apakah itu Hepatitis B (penyakit hati/kuning)?

Hepatitis B ni adalah penyakit wabak (epidemik) yang 'senyap' dan merupakan masalah kesihatan awam sejagat yang utama. 


Ia merupakan jangkitan pada organ hati oleh kuman virus Hepatitis B (HBV). Hepatitis bermaksud keradangan hati yang lazimnya menyebabkan hati membengkak dan terasa lembut. Kadangkala ia membawa kerosakan hati yang berkekalan. 

Lebih daripada 300 juta penduduk dunia dijangkiti oleh penyakit hepatitis B ini. 

Virus Hepatitis B




Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menyenaraikan hepatitis B sebagai penyebab utama yang kesembilan yang menyebabkan kematian di dunia. Kira-kira 1.3 juta rakyat Malaysia didapati menjadi pembawa kuman virus hepatitis B. Mereka ini kelihatan sihat tetapi mampu secara senyap-senyap menjangkiti orang lain. Pembawa kuman hepatitis B yang kronik mempunyai 200 kali ganda risikonya untuk mendapat kanser hati berbanding dengan mereka yang normal.


Bagaimana Virus Hepatitis B Merebak?

1. Virus Hepatitis B terdapat di dalam cecair badan mereka yang dijangkiti penyakit hepatitis B seperti darah, air liur, air mani, rembesan dari faraj, air mata, mukus, air kencing dan juga susu badan. Walau bagaimanapun, kebanyakan jangkitan adalah disebabkan oleh pemindahan darah yang mengandungi virus.

Penyakit ini boleh merebak melalui:

  • Sentuhan dengan darah orang yang dijangkiti melalui pemndahan darah, hemodialisis.
  • berkongsi jarum (seperti penyalahgunaan dadah melalui suntikan), pisau cukur, berus gigi
  • kecederaan terutamanya kepada pegawai kesihatan (seperti tercucuk jarum, terkena percikan darah ke mata atau ke tempat luka)
  • Mencacah tatu, akupunktur, elektrolisis dan menindik telinga
  • Perinatal (sekitar kehamilan)- daripada ibu kepada anak ketika kelahiran
  • Hubungan seks dengan seseorang yang membawa virus ini.
Kumpulan Berisiko Tinggi
  1. Penagih dadah yang menggunakan suntikan
  2. Anggota kesihatan dan pekerja penyelamat awam yang pekerjaan mereka terdedah kepada pengendalian darah atau cecair badan (seperti doktor, doktor gigi, jururawat, anggota dan penghuni penjara dan instituti orang-orang cacat mental).
  3. Individu yang mempunyai berbilang pasangan seks (homoseksual, biseksual atau heteroseksual).
  4. Pesakit Hemodialisis
  5. Penerima hasil atau produk darah seperti pesakit hemofilia dan lain-lain masalah bekuan darah (yang tidak dijangkiti Hepatitis B).
  6. hli keluarga dan pasangan seks kepada pembawa kuman HBV
  7. Mereka yang mengidap penyakit kelamin
  8. Mereka dari kumpulan etnik tertentu atau penduduk negara di mana HBV merupakan penyakit yang sangat endemik seperti di China, Asia Tenggara, negara Timur Tengah beberapa bahagian di benua Afrika dan Amerika Selatan.
  9. Pengembara antarabangsa yang berada lebih dari 6 bulan di negara-negara di mana HBV tersangat endemik.
Macam mana? Dah tahu serba sedikit tentang Hepatitis B kan. Next entry inshaAllah kita tengok pula punca berlakunya Hepatitis B ini.


🌹 Your Trusted SID 🌹
Tel/wsap: 012 451 3311
Instagram: afriza_abuhasan

INFO KEAHLIAN ➡ AHLI

KAWASAKI DESEASE MENYERANG KANAK-KANAK

  Pengalaman Ibu dengan Penyakit Kawasaki – Qaisara Nama penyakit nampak lawak, tapi hakikatnya Kawasaki Disease ni sangat bahaya. Ia radang...