Showing posts with label INFO: KESUBURAN. Show all posts
Showing posts with label INFO: KESUBURAN. Show all posts

Monday, November 20, 2017

FASA LUTEAL - SEGALANYA BERMULA

Fasa Luteal

Sebenarnya ni lah 1st time dengar term ni. Sebelum ni walaupun banyak terlibat dengan treatment kesuburan tak plak Doktor sebut fasa luteal ni..hehe


Apa Itu Fasa Luteal?
Kitaran haid kita wanita ni ada 2 Fasa
  1. Fasa Folikel – Bermula dari hari pertama haid hingga ovulasi
  2. Fasa Luteal – Selepas ovulasi sehingga haid berikutnya

Dan antara fasa folikel dan fasa luteal itu adalah haid dan ovulasi.
Fasa luteal berlaku lepas ovulasi. Juga dikenali sebagai Days Past Ovulation (DPO). Sebagai contohnya kitaran haid normal wanita sekitar 28-30hari. Hari subur (ovulasi) jatuh pada hari ke 14, 15 dan mungkin ada yang hari ke 16 baru subur. Kiraan dari hari pertama period tau. Jadinya selepas ovulasi itu adalah Fasa Luteal dan tempohnya antara 12-14hari sehingga berlakunya period berikutnya.

Pada yang ingin hamil, waktu inilah mereka perlu berjaga-jaga dan mengharapkan berlakunya penempelan yang kukuh. Pada waktu ini hormon progesterone dan suhu badan akan meningkat tinggi. Dengan penuh debaran mengharapkan kandungan HCG juga meningkat sekaligus boleh menghasilkan 2 garisan yang mengembirakan.

Bayangkan setiap kali nampak 1 garisan..Allahuakhbar, perasaan sedeh muncul sampai menitik air mata. Itulah perasaan kami yang penuh harapan ni..

Apa yang menyebabkan Gangguan Fasa Luteal ni?
InshaAllah Kak Fiza kongsikan pada entry akan datang.

Untuk mereka yang merancang untuk hamil, kenali kitaran haid anda. Hari subur dan ovulasi hari ke berapa. Penting untuk kita ambil tahu semua tu. Tapi, kalau kitaran haid tak normal macam Kak Fiza ni memang terus jammed la kan. Penyudahnya terpaksa beli ovulation test strip. Lepas period memang dah standby strip tu sebab nak tau bila time ovulasi.

Panjang lagi cerita mengenai Fasa Luteal ni tapi kak fiza pun tak reti sangat nak story. Lain kali kita sambung yer. InshaAllah next entry

Thursday, November 16, 2017

6 MAKANAN TINGKATKAN KESUBURAN

Assalamualaikum...

Dah 3hari berturut dok tb balik cerita dolu2 tu kan..haha. Ni Kak Fiza nak kongsi beberapa tips untuk tingkatkan kesuburan.



Faktor pemakanan hari ini banyak menjadi punca ketidaksuburan lelaki dan wanita. Sebab tu bila jumpa je Pakar, mesti perkara utama yang mereka minta kita buat ialah amalkan gaya hidup sihat, amalkan vitamin dan amalkan makan sihat dan seimbang.

Adakalanya stress yang terlampau juga menggangu hormon kita. Doktor selalu pesan jangan stress. Sentiasa fikir positif dan elakkan bebanan kerja yang melampau.

Haaa..itu sebahagian je dari puncanya. Sebab lain memang banyak la kan. Masalah kesuburan lain lagi. Dan..bukan wanita sahaja yang mengalaminya..lelaki juga tau.

Sumber Makananan Tingkatkan Kesuburan.

1. Vitamin D
Fungsi vitamin D adalah membantu menghasilkan hormon seks yang diperlukan sepanjang proses ovulasi.

Terdapat bukti yang kemungkinan wanita yang mempunyai kekurangan vitamin D boleh menurunkan kadar kesuburannya. Ia mungkin memainkan peranan penting dalam masalah PCOS endometriosis, implantasi selepas IVF dan juga pembentukan sperma.
Sumber: drnatashanorfertility.com

Sumber makanan berasaskan Vitamin D ialah Telur, produk tenusu dan pati minyak ikan haruan.

2. Vitamin E
Vitamin feveret ni. Selain bagus sangat untuk kulit cun dan gebu gebas, peranannya dalam kesuburan sangat penting.

Lelaki sepatutnya amalkan Vitamin E ni sebab ia membantu meningkatkan kualiti sperma agar hidup lebih lama. Jadi bila hidup lama, lebih peluang untuknya disenyawakan dengan ovum.

Banyak amalkan sayur bayam, buah zaitun dan juga bunga matahari

3. Vitamin C
Seperti Vitamin E, C juga penting. Kalau tak dapat nak amalkan pemakanan yang lengkap untuk Vitamin C, cuba beli suplemen dan amalkan hari-hari.

Vitamin C bukan saja dapat meningkatkan kualiti kesihatan secara umum, tetapi ia turut menjadikan wanita lebih subur.

Bqnyak sumber berasaskan Vitamin C ni seperti Sayur brokoli, kubis, buah tomato, ubi kentang dan cili merah.

4. Asid Folic
Doktor ada sarankan untuk amalkan Asid Folic 3/4bulan sebelum merancang untuk hamil. Lelaki juga perlu amalkan Asid Folic ni kerana ia berfungsi menghasilkan sperma yang berkualiti.

Lebih mudah ambil dal bentuk pil kan tapi sumber makanan Asid Folic pun banyak sangat dalam sayuran dan buah-buahan.

5. Protin
Sangat penting untuk tingkatkan kesuburan. Makanan yang kaya protin bukan saja dari telur dan daging tetapi boleh juga didapati daripada sayuran dan tumbuhan.

Contoh sayuran dan buah yang berprotein tinggi termasuklah jambu, pisang, manggis, epal, kacang buncis, kurma, kacang ‘almond’. Kalau boleh elakkan protin dari haiwan.

6. Banyakkan minum air putih
Masa TTC, Kak Fiza tak sentuh langsung air manis dan ais2 semua tu. air kosong membantu meningkatkan kandungan cecair serviks dalam badan kita.

Disarankan 3liter sehari atau bergantung pada berat badan iaitu 25kg=1liter air.

Pilihlah makananan yang sihat dan amalkan gaya hidup sihat. Penting juga vitamin dan makanan tambahan supaya kita dapat jalani hidup yang lebih sihat. Apa yang penting, rujuklah pakar kesihatan anda..

KakFiza
SungaiPetani





Tuesday, November 14, 2017

4 TAHUN MENANTI ZURIAT - PART 11

Assalamualaikum...

Alhamdulillah berkesempatan nak sambung part 1 semalam. Sewaktu kami masih lagi under treatment dengan Doktor Hamid, duit jangan cakap la. Sekali visit rm300+ memang melayang. Tiap bulan visit memang pasrah keluarkan $$$ disebabkan anak.


Doktor ada bagi Kak Fiza macam-macam Vitamin. Ada EPO, Vit C dan banyak jenis lagi la. Semua brand yang ada kat Farmasi. Pengambilan makanan kita seharian ni, sikit sebanyak mempengaruhi tahap kesuburan kita. Memang ada je Vitamin dia bagi selain ubat-ubatan.

Berbalik pada lepas procedure Hydrotubation tu dan on clomid untuk 3cycle (kalau tak salah). Masih tiada rezeki kami walaupun setiap kali TVS (transvaginal scan) dah nampak telur (ovum) memang cantik dan matang.

Next treatment yang disuggest adalah IUI (IntraUterine Insemination). Term bahasa melayunya Kaedah Pemanian Berhadas.

Kaedah ini melibatkan prosedur makmal untuk memisahkan sperma bergerak pantas dari sperma lebih perlahan atau tidak bergerak. Sperma yang bergerak pantas kemudiannya disalur-masuk terus ke dalam rahim wanita melalui satu catheter halus melepasi pintu rahim atau serviks pada masa ovulasi hampir berlaku.

Disebabkan masa tu suami terpaksa bekerja luar negara Indonesia, jadi kami terpaksa stop sementara semua treatment dan sambung selepas semua selesai.

Pesanan Doktor Hamid waktu tu, amalkan gaya hidup sihat. Ambil Vitamin dan makan yang berzat. Solat jangan tinggal. Bersedekah dan cuba untuk bangun tahajud. Allahuakhbar...
Dan dia juga minta amalkan makanan sunnah seperti kurma dan lain2.

Suami tak de kat Malaysia tapi Kak Fiza decide jumpa Pakar dari Hospital Pusrawi untuk second opinion.

InshaAllah, esok kita sambung yer..

KakFiza
SungaiPetani

Monday, November 13, 2017

4 TAHUN MENANTI ZURIAT - PART I

Assalamualaikum...

Alhamdulillah, berkesempatan nak story kisah TTC ni. Terdetik nak kongsi sebab dalam minggu lepas tiba-tiba ada kawan blogger email...dah lama tak berbual dalam email ni..kalau 2007/2008 dulu memang femes la medium email, ym semua ni kan..


Berbalik pada kisah TTC ni. Kak Fiza dan suami berkahwin pada June 2006 dan pada masa tu Kak Fiza masih lagi student kat UM. Baru nak masuk tahun 2 (semester 3). Tak muda lagi pun..student paling tua dikalangan adik2 matrik semua tu..kawin pun umur dah 25..hihi

Kak Fiza dok Kolej dan dalam tahun 3 baru dok rumah sewa dan kebetulan juga suami dihantar kerja Dubai. Jadinya, memang PJJ la dan tak berniat pun nak rancang kehamilan sebab study. Memang tak amalkan apa-apa pun jenis pil perancang. Masing-masing kami dah berusia dan memang nak baby cepat. Kak Fiza cakap kat suami memang sanggup extend sem kalau ditakdirkan hamil.

Tapi perancangan Allah tu hebat kan. Kita tak boleh nak duga..tak boleh nak ramal pun. Sehingga akhir 2007 kami berusaha sendiri dan awal 2008 kami decide untuk jumpa pakar. Time tu banyak join forum Dr Hamik Arshat dan banyak jumpa rakan yang tengah TTC juga dengan pelbagai masalah kesuburan. Seterusnya kami buat appointment dengan Dr Hamid. Hasilnya memang Kak Fiza bermasalah.


Ujian HSG kali pertama dibuat. Doktor ada inform, memang ini prosedure pertama yang perlu kita jalankan untuk rawatan kesuburan. HSG ni ujian untuk ketahui keadaan tube fallapio kita. Boleh rujuk pada entry sebelum ini di tiub fallapio tersumbat. Report menunjukkan tiub kanan memang 100% tersumbat. Dalam report pun tulis 'totally blocked'. Tiub kiri pun bermasalah sebab aliran dye tu tak boleh keluar bukaan tiub fallapio.

Time tu rasa sedih teramat dah. Tak dapat nak bayangkan dah apa yang bakal terjadi next. Jadi, Dr Hamid decide untuk try clomid (ubat subur) untuk 3 cycle period je. Disebabkan period tak teratur. (Period tak teratur since anak dara lagi tau), ubat untuk turun period dibekalkan sekali.

Lagi sekali tak sukses dengan 3cycle clomid. Next step untuk buat simple procedure Hydrotubation dan D&C. Term mudah faham macam cuci rahim la. Nak cuci dan korek-korek lemak kat tiub tu. Sorry kalau Kak Fiza salah explain. Apa yang faham itulah yang dikongsi...hihi

RM1300 pejam mata keluarkan untuk procedure tu. Dah selesai lagi sekali Dr Hamid bagi clomid. Tak ingat untuk berapa cycle. Rasanya dalam 3 cycle jugak la..

Nak tau apa jadi lepas tu...nanti Kak Fiza story pada next entry yer...macam mana next appointment dengan segala macam suplemen ditelan..

Rasa dah panjang sangat ni...😃😃

Kak Fiza
SungaiPetani
0124513311




Wednesday, April 26, 2017

TAK JADI BUANG TIUB FALLOPIO YANG TERSUMBAT DAN AKHIRNYA HAMIL

Satu lagi masalah kesuburan yang pernah Kak Fiza alami suatu ketika dulu. Lepas je consult gynea Dr Hamid Arshat waktu tu, dia suggest untuk buat Hysterosalpingogram (HSG). HSG ni adalah salah satu ujian untuk mengesan kesihatan rahim dan tiub fallopio kita. Macam ujian X-ray dimana bahagian dalam rahim, tiub fallopio dan kawasan di sekeliling diperiksa. 

Ini selalunya dilakukan untuk wanita yang mempunyai masalah sukar hamil sama ada mereka mempunyai masalah tiub fallopio tersumbat, masalah dalam rahim seperti fibroid, polyps, bentuk atau struktur rahim yang abnormal.



Masalah tiub tersumbat juga boleh menyebabkan kehamilan luar rahim tau. Lagi bahaya bila berlaku persenyawaan pada kawasan yang tak sepatutnya. Dah tentu tiub takkan dapat menampung janin yang kian membesar. Samada gugur sendiri atau memberi kesan seperti tiub pecah sehingga terpaksa dibuang. 

Ada Kak Fiza kongsikan mengenainya pada entry Tiub Tersumbat sebelum ini. Pada waktu tu memang belum kenal lagi Vivix Shaklee dan sekarang bila terjebak dengan shaklee dan jadi SID, baru tahu ada ikhtiarnya dengan suplement Vivix. Natural based pulak tu. Berasaskan tumbuh-tumbuhan.

Berdasarkan testimoni pengguna Vivix dalam mengatasi masalah ni dan ada yang berjaya hamil, Kak Fiza terpanggil untuk berkongsi tentang Vivix. 

Vivix satu-satunya suplemen yang boleh repair sel hingga peringkat DNA. Resveratrol yang ada dalam Vivix memang tiada tandingan. Siap di patent kan lagi. Vivix bukan sahaja mampu menyelesaikan masalah penyakit kronik yang lain tapi boleh membantu pesakit yang mempunyai masalah kesuburan seperti tiub tersumbat.

Punca tiub tersumbat salah satunya akibat parut tisu, lelemak yang menghalang sperma untuk proses persenyawaan. Jadi, Vivix boleh mengurangkan parut tisu tersebut sekaligus memudahkan berlakunya persenyawaan.

Fungsi utama Vivix ialah repair sel dan renewal sel yang yang rosak. Jadi Vivix boleh membantu repair sel yang rosak dalam kawasan tiub dan menggantikan dengan sel yang sihat. Tiub yang tersumbat semakin pulih akibat pengambilan Vivix yang konsisten.

Vivix juga boleh membantu meransang pengeluaran Ovum menjadikan Ovum sihat dan berkualiti. Pernah ada customer inform lepas check up..Doktor siap tanya " u ambil Clomid yer?". Jadi, memang membantu untuk penghasilan Ovum dan Sperm yang berkualiti jika diamalkan suami isteri.





Berminat untuk tahu maklumat lanjut mengenai Vivix boleh terus wsap Kak Fiza 0124513311. Ada PROMOSI TWIN PACK tau. InshaAllah, konsultasi terbaik akak berikan nanti.


Atau boleh klik link dibawah untuk pembelian terus di website Shaklee yang mana sangat mudah.


Sekiranya anda berminat menjadi Pengedar Shaklee terus hubungi 0124513311. Kak Fiza memerlukan pengedar di Seluruh Malaysia termasuk Indonesia, Singapura dan Brunei.

Kehadiran anda sangat diperlukan.

Monday, April 24, 2017

ENDOMETRIOSIS MENJADI PUNCA KENAPA TIDAK HAMIL HINGGA KINI

Mengalami sengugut yang teruk ketika haid adalah satu tanda dimana anda mengidap Endometriosis.

Betul ke ni?
Ya..jika setiap kali haid anda mengalami sengugut dan dibiarkan tanpa apa-apa rawatan. Kalau boleh elakkan ubat tahan sakit setiap kali sengugut. Cuba cari alternatif lain yang lebih selamat.


Endometriosis berlaku apabila wujudnya tisu lain pada rahim atau tumbuh pada bahagian lain seperti di dalam ovari, usus, pundi kencing dan lain-lain bahagian.

Setiap bulan apabila proses kitaran Haid berlaku, tisu dalam rahim akan membesar dan menjadi tebal. Telur akan merembeskan hormon yang akan menghakis tisu tersebut dan ianya akan keluar sebagai darah haid.

Apabila haid tidak berlaku mungkin berlakunya pengumpulan darah pada kawasan terbabit. Kemungkinan tisu (endometriosis) yang wujud diluar rahim akan berdarah sedikit tetapi tidak dapat keluar dari bahagian badan. Tisu rahim yang membengkak atau berdarah tadi adalah punca kesakitan yg dialami oleh mereka yang menghidapi Endometriosis ini.

Apa puncanya?
Masih belum diketahui punca sebenar tetapi ada yang mengatakan ianya berlaku disebabkan tisu dalam rahim yang sepatutnya keluar semasa haid tidak terjadi. Sebaliknya ia bergerak ke arah peranakan wanita seperti telur atau bahagian pelvik.

Risiko mereka mengidap Endometriosis boleh terjadi apabila:
  1. Datang haid dalam usia yang sangat muda
  2. Mempunyai kitaran haid yang panjang melebihi 7 hari
  3. Tidak pernah melahirkan anak
  4. Mempunyai sejarah ahli keluarga yang menghidapi endometriosis
Apa tanda-tandanya selain Sengugut yang teruk?
  • Sakit dibahagian bawah perut sebelum dan semasa kedatangan haid
  • Darah haid yang banyak dan kitaran haid yang tidak teratur
  • Sakit semasa dan selepas hubungan suami isteri
  • sakit pada bahagian belakang pinggang
  • sukar untuk hamil / ada masalah kesuburan
Biasanya untuk menentukan kesahihan penyakit ini, ultrasound dan juga Laparscopy pada bahagian pelvik perlu dilakukan.
Rawatan ubatan hanyalah untuk mengurangkan sakit dan tiada rawatan lain selain pembedahan.

Endometriosis boleh merosakkan organ peranakan yang lain. Ovari boleh rosak dan tiub fallopio juga boleh tersumbat dan boleh menyukarkan proses persenyawaan.

Semasa konsultasi dengan Dr Hamid Arshat sekitar tahun 2008, kak fiza hampir-hampir perlu melakukan Laparscopy ekoran tiub tersumbat. Alhamdulillah selamat dari melakukan pembedahan pada waktu itu.

Nasihat beliau juga supaya kita wanita mengamalkan makanan yang sihat. Elakkan junk food, fast food. Banyakkan makan ulam-ulaman, buah-buahan, kurma, kismis. Ha..pakar suggest tau.

Bagaimana Vivix boleh membantu pesakit Endometriosis?




Vivix merupakan Suplemen yang mengandungi Resveratrol yang kaya dan tinggi antioksidan. Resveratrol dalam Vivix adalah yang paling tulen dan mempunyai kepekatan yang tinggi. Banyak kajian yang terbukti dalam menangani masalah Endometriosis.

Boleh juga refer maklumat lanjut di resveratrol.net dan medtube.net.

Kandungan antioksidan yang tinggi membantu memulihkan sel-sel yang telah rosak.

Ambil langkah awal untuk pelihara aset kita wanita. Penting untuk hubungan kekeluargaan. Jika terdapat simptom yang pelik, segeralah berjumpa pakar bagi mengelak sebarang penyakit berbahaya.

Haid Tidak Teratur Buat Dia Emo Sokmo, Suami Pun Bingung 

Berminat untuk tahu maklumat lanjut mengenai Vivix boleh terus wsap Kak Fiza 0124513311. Ada PROMOSI TWIN PACK tau. InshaAllah, konsultasi terbaik akak berikan nanti.


Atau boleh klik link dibawah untuk pembelian terus di website Shaklee yang mana sangat mudah.


Sekiranya anda berminat menjadi Pengedar Shaklee terus hubungi 0124513311. Kak Fiza memerlukan pengedar di Seluruh Malaysia termasuk Indonesia, Singapura dan Brunei.

Kehadiran anda sangat diperlukan.

Sunday, April 23, 2017

IKHTIAR KECUTKAN FIBROID TANPA PEMBEDAHAN

Assalamualaikum..

Selain masalah Cyst, satu lagi masalah kesuburan yang seringkali berlaku kepada wanita iaitu Fibroid.

Teringat ketika forum Dr Hamid Arshat tengah aktif sekitar tahun 2007-2010 dulu. Sangat ramai rakan forum yang mengalami masalah Fibroid ni dan ada sehingga kini masih menanti kehadiran cahaya mata.



Fibroid ni macam sejenis tumbuhan daging yang berasal dari otot rahim (myometrium) dan ia merupakan tumbuhan yang sering melanda wanita.


Fibroid ni bukan Kanser tetapi ramai wanita yang ada Fibroid dalam rahim tanpa mereka sedari. Menurut pakar, bila meningkat umur 40an, hampir 30% wanita ada ketumbuhan fibroid.

Cyst dan Fibroid adalah berbeza dimana Cyst wujud dalam peranakan wanita dan  bersifat cecair atau semi-solid yang berada dalam ovari.

Fibroid pula ketumbuhan yang terdiri dari tisu yang padat dan hanya berada pada rahim.

Punca terjadinya Fibroid?
Masih belum dapat kenalpasti punca sebenarnya terjadinya ketumbuhan ini. Biasanya dikaitkan dengan kombinasi beberapa faktor seperti:
  • Faktor keturunan
  • Faktor hormon, dan 
  • Faktor persekitaran. 
Fibroid ni merupakan penyebab utama wanita perlu menjalani histerektomi (prosedur untuk membuang rahim).

Tanda-tanda anda mengidap Fibroid:


  1. Sakit teruk ketika kedatangan haid
  2. Pendarahan yang luar biasa
  3. Bengkak pada bahagian abdomen
  4. Tekanan pada Pelvik
  5. Kesukaran untuk mengawal pundi kencing
Kajian telah menunjukkan fibroid perlu dibuang sekiranya:
  • Intramural Fibroid bersaiz 5cm dan ke atas ataupun saiz rahim adalah lebih besar dari 12 minggu kehamilan. Terutamanya jika fibroid tersebut menyebabkan pengherotan rongga atau kaviti rahim.
  • Submucosal Fibroid kerana ianya boleh mengganggu proses implantasi dan boleh meninggikan risiko untuk mendapatkan keguguran jika hamil. Kebanyakan submucosal fibroid boleh dibuang dengan menggunakan pembedahan melalui ‘Hysteroscopy’.

Beberapa pengalaman mereka yang mengamalkan Vivix shaklee sangat membantu mengurangkan risiko Fibroid.


Active Fibroid sebesar 10cm mengecut dan akhirnya boleh bersalin Normal. (InshaAllah akan dikongsikan kisah Mommy ni pada entry akan datang)


Bagaimana Vivix membantu mereka yang ada Fibroid?

Kandungan Resveratrol yang ada dalam Vivix tinggi Antioksidan. Vivix repair sel kita hingga ke peringkat DNA. Dengan pengambilan yang konsisten ia mampu mengecutkan dan menghalang pertumbuhan semula Fibroid.


Vivix juga mampu menstabilkan hormon sekaligus dapat membantu mengecutkan Fibroid dengan cepat.

Berminat untuk tahu maklumat lanjut mengenai Vivix boleh terus wsap Kak Fiza 0124513311. Ada PROMOSI TWIN PACK tau. InshaAllah, konsultasi terbaik akak berikan nanti.


Atau boleh klik link dibawah untuk pembelian terus di website Shaklee yang mana sangat mudah.


Sekiranya anda berminat menjadi Pengedar Shaklee terus hubungi 0124513311. Kak Fiza memerlukan pengedar di Seluruh Malaysia termasuk Indonesia, Singapura dan Brunei.

Kehadiran anda sangat diperlukan.

Saturday, April 22, 2017

APA ITU CYST? KETAHUI CARA KECUTKAN CYST TANPA PEMBEDAHAN

Perkahwinan yang dibina pastinya pasangan nakkan cahaya mata. Tetapi bila dah bertahun kahwin masih belum ada rezeki pasti ada puncanya.

Semestinya masalah kesuburan yang menghantui pasangan yang belum ada anak ni. Kak Fiza dan suami juga satu ketika dulu, hampir 4 tahun tunggu untuk dapat anak sulung. Pada ketika itu, report HSG akak menunjukkan kedua-dua tiub fallapio tersumbat. Allahuakhbar...sedeh kan..

Hari ini nak kongsikan salah satu penyebab pada masalah kesuburan iaitu ketumbuhan Cyst.

Apa itu Cyst?
Cyst ialah sejenis ketumbuhan atau kantung tidak normal yang terbentuk di mana-mana organ dalam badan kita. Ia boleh mengandungi udara, cecair atau selaput. Sebab itu dipanggil cyst kerana ketumbuhanan ini mengandungi cecair/fluids, samaada air, cecair becampur protien, darah beku, darah haid, minyak dan lemak, lendir. Ia boleh disertai dengan  daging yang mungkin jenis kanser, rambut , cartilage, tulang dll.

Sumber: karangkraf.com

Seringkali yang terjadi pada wanita ialah Ovarian Cyst.




Simptom Ovarian Cyst
  1. Berasa sakit pada bahagian bawah perut sekitar kawasan ari-ari .
  2. Kitaran haid menjadi tidak menentu dan berlaku pendarahan tidak normal,
  3. Kerap membuang air kecil atau masalah membuang air besar seperti sembelit juga boleh berlaku, terutama jika saiz cyst sangat besar.
  4. Perut membesar tanpa hamil
  5. Mandul , kurang subur atau berulang kali gugur
  6. Tiada selera makan, susut berat badan, selalu mengalami keletihan adalah simptom yang merisaukan.
Ovarian Cyst 
Ovarian cyst ni boleh terjadi apabila hormon wanita tidak seimbang. Hal ini biasanya disebabkan oleh kurangnya Hormon Progesteron dan Hormon Estrogen yang berlebihan. Wanita dewasa cenderung mengalami masalah ini.  

Sesetengah kes melibatkan Cyst tidak la bahaya dan boleh hilang secara spontan tetapi ada keadaan dimana Cyst yang akan terus membesar dan perlukan rawatan lanjut seperti pembedahan membuang ketumbuhan Cyst tersebut. Ada juga keadaan, jika dibiarkan Cyst ini akan menyebabkan Kanser Ovari.

Terdapat beberapa kes dimana ada yang berjaya sembuh dari Ovarian Cyst tanpa pembedahan setelah mengamalkan Vivix Shaklee.

Bagaimana Vivix membantu mereka yang ada Cyst ni?

Vivix sangat disyorkan pada mereka yang mengalami masalah seperti Cyst, Fibriod dan lain-lain masalah Kesuburan.


Kandungan Resveratrol yang ada dalam Vivix membantu menyeimbangi pengeluaran hormon sekaligus boleh membantu mengecutkan Cyst. 

Perlu diingatkan bahawa, ada juga kes dimana ketumbuhan Cyst ini berulang kembali walaupun selepas menjalani pembedahan membuangnya. Pada mereka yang pernah mengalaminya perlu sentiasa berwaspada dengan keadaan ini dan perlukan pengambilan Vivix sebagai Suplemen tambahan.


Pada entry sebelum ini, ada juga kes mereka yang berjaya sembuh dari Cyst asbab pengambilan Vivix. Juga ada dikongsikan Masalah Kesuburan yang sering berlaku kini.

Jom kita tengok beberapa lagi Testimoni Cyst yang mengamalkan Vivix sebagai Ikhtiar.


Dapatkan Twin Pack Vivix hari ini juga. Boleh terus wsap Kak Fiza 0124513311. Ada PROMOSI TWIN PACK tau. InshaAllah, konsultasi terbaik akak berikan nanti.


Atau boleh klik link dibawah untuk pembelian terus di website Shaklee yang mana sangat mudah.


Sekiranya anda berminat menjadi Pengedar Shaklee terus hubungi 0124513311. Kak Fiza memerlukan pengedar di Seluruh Malaysia termasuk Indonesia, Singapura dan Brunei.

Kehadiran anda sangat diperlukan.

Wednesday, April 19, 2017

MUDAH HAMIL DAN TINGKATKAN KESUBURAN DENGAN VIVIX

Masalah kesuburan seringkali dikaitkan dengan wanita. Jika ada pasangan yang telah lama berkahwin dan dalam usaha mendapatkan anak, segelintir pihak menyalahkan wanita.



Silap tu!
Tak semua masalah kesuburan melibatkan wanita. Lelaki pun ye jugak kan. Masalah kesuburan melibatkan lelaki dan wanita. Adalah sukar mendapatkan anak jika salah seorang menghadapi masalah..atau mungkin kedua-duanya. Antara masalah yang sering berlaku ialah gangguan pada sistem reproduktif wanita dan juga penurunan kualiti sperma pada suami.

Sebab itu, sekiranya telah lama berkahwin dan masih tidak berhasil mendapat zuriat, pasangan suami isteri disarankan melakukan ujian kesuburan.

Antara masalah kesuburan yang sering dialami wanita ialah:
  • Masalah pada sistem reproduktif seperti Cyst, Fibroid, Endometriosis dan PCOS
  • Masalah kitaran haid yang tidak teratur
  • Masalah telur yang tidak matang
  • Usia yang meningkat menyebabkan kesan kepada kualiti telur yang dihasilkan.
Lelaki juga seringkali mengalami masalah berikut:
  • Masalah dalam menghasilkan sperma.
  • Penghasilan sperma yang tidak sihat berpunca daripada sel yang rosak.
  • Post testikular iaitu gagal berejakulasi walaupun berupaya menghasilkan sperma yang normal.
  • Usia yang meningkat – hormone testosterone berkurangan
Bagaimana Vivix boleh membantu wanita yang ingin hamil? Boleh ke?



Resveratrol dalam Vivix
Vivix terkenal dengan kandungan Resveratrol yang tinggi khasiatnya. Resveratrol dalam Vivix adalah 10 kali lebih tinggi dari biasa yang terdapat dipasaran. Resveratrol ini bertindak sebagai antioksidan yang sangat kuat dan melindungi sel sel badan daripada rosak. 

Untuk masalah kesuburan, Resveratrol membantu melindungi telur daripada kerosakan. Ada pengalaman customer yang amalkan Vivix, kualiti telurnya bertambah baik dari sebelumnya. Apabila telur ini dilindungi, ia mempunyai peluang yang lebih tinggi untuk hidup, membesar dan disenyawakan.

Dalam 1 kajian yang dijalankan oleh Dr. Erica Nikiforuk pada  January 2014, menyatakan Resveratrol mempunyai peranan dalam memelihara kesuburan, melindungi sel-sel telur yang tidak matang dan berpotensi dalam memanjangkan usia  kesuburan.

Mitkondria Dalam Vivix
Mitokondria adalah kilang tenaga kepada sel badan kita termasuklah di dalam Ovum. Tenaga yang cukup akan dapat membantu proses persenyawaan.

Bagi lelaki juga, Vivix membantu meningkatkan tahap tenaga, meningkatkan keupayaan sexual, mengelakkan masalah mati pucuk  ED dan dan melindungi kesihatan prostat.

Pengambilan Vivix dapat membantu meningkatkan kesuburan  lelaki dan wanita dengan cara meningkatkan kualiti sperma dan ovum, memanjangkan jangka hayat keduanya dan sekaligus meningkatkan peluang untuk disenyawakan.

Berikut adalah beberapa Testimoni mereka yang berjaya dengan asbab Vivix.






Dapatkan Twin Pack Vivix hari ini juga. Boleh terus wsap Kak Fiza 0124513311. Ada PROMOSI TWIN PACK tau. InshaAllah, konsultasi terbaik akak berikan nanti.


Atau boleh klik link dibawah untuk pembelian terus di website Shaklee yang mana sangat mudah.


Sekiranya anda berminat menjadi Pengedar Shaklee terus hubungi 0124513311. Kak Fiza memerlukan pengedar di Seluruh Malaysia termasuk Indonesia, Singapura dan Brunei.

Kehadiran anda sangat diperlukan.

PENANTIAN HAMIL CAHAYA MATA KEDUA SELAMA 10 TAHUN BERAKHIR

(PENANTIAN HAMIL CAHAYA MATA KEDUA SELAMA 10 TAHUN BERAKHIR)


Assalamualaikum.

Saya Daud Mohamad. Berumur 33 tahun, telah berkahwin 11 tahun yang lalu dan dikurniakan seorang anak kini berumur 10 tahun.

Setiap kali berjumpa dengan adik beradik dan saudara mara. Soalan yang pertama ditanya mesti soal anak. Bila lagi nak tambah anak? Takkan sorang je? Merancang ke?

Fuh sabar je lah yang tanya tu tak fikir langsung perasaan orang. Kesian kat isteri saya jadi stress bila orang tanya macam tu. Kadang-kadang yang tanya tu tak tengok batang hidung sendiri. Sebab ada yang tanya tu anak dia sendiri dah lama kahwin tapi masih belum dikurniakan anak. Emm tak tau nak cakap apa kan.

Jawapan yang biasa saya berikan “belum ada rezeki lagi dan Allah sebaik-baik perancang”. Saya dan isteri dah buat pemeriksaan doktor masing-masing tiada masalah.

Sebelum ni isteri makan produk Shaklee tak konsisten. Alhamdulillah sejak saya suruh wife minum Vivix konsisten selama sebulan lebih dan saya juga turut minum sekali. Akhirnya wife saya berjaya hamil setelah 10 tahun menunggu. Masa wife kata period tak datang lagi terus dia suruh saya beli pregnancy test. Alhamdulillah positif asbab minum Vivix dan semuanya dengan Izin Allah juga.

Berkat kesabaran dan doa yang tak pernah putus. InsyaAllah kami bakal menimang cahaya mata yang kedua pada bulan Julai 2017 nanti. Kini kandungan isteri saya dah 4 bulan lebih. Moga segalanya dipermudahkan.

Bagi mereka yang belum dikurniakan anak. Cubalah Vivix sebagai ikhtiar. Vivix ni berfungsi untuk memperbaiki sel-sel tubuh kita yang rosak akibat dari pemakanan yang tak seimbang, radikal bebas dan gaya hidup yang tidak sihat. InsyaAllah apabila sel-sel tubuh kita elok, kesihatan kita bertambah baik. Dan pengambilan Vivix dapat membantu meningkatkan kesihatan kita secara menyeluruh. InsyaAllah.

Alhamdulillah. Inilah Shaklee Effect saya.

Ingin dapatkan maklumat lanjut mengenai Vivix boleh hubungi Kak fiza 012 4513311

Saturday, November 5, 2016

CARA MERAWAT FIBROID


Cara merawat Fibroid

Fibroid ni macam sejenis tumbuhan daging yang berasal dari otot rahim (myometrium) dan ia merupakan tumbuhan yang PALING SERING MELANDA WANITA dan ia BUKAN KANSER. Ramai wanita yang ada fibroid dalam rahimnya tanpa disedari, ia tidak menimbulkan apa2 simptom atau gejala. Bila meningkat umor empat puluhan , 30% wanita ada tumbuhan fibroid


Ada yang tumbuh satu sahaja dan besar, ada yang banyak ketul-ketul. Takut kan?



Apakah Ketumbuhan Fibroid?

fibroid ialah sejenis ketumbuhan yang berlaku pada dinding rahim, khususnya pada lapisan otot. Rahim wanita mempunyai tiga lapisan.

1. Lapisan paling luar lapisan yang nipis yang dinamakan serosa.

2. Bahagian tengahnya ialah lapisan otot atau myometrium yang boleh mengembang dan membesar ketika seseorang wanita sedang hamil. Ketika kandungan dalam peringkat pelahiran sebelum bersalin, otot ini akan menguncup untuk mengeluarkan bayi dan setelah bersalin, otot ini akan kuncup dan pulih seperti sediakala. Walaubagaimanapun, ketumbuhan boleh berlaku pada lapisan otot ini, iaitu ketumbuhan yang mengandungi tisu-tisu otot bercampur dengan tisu berserat atau tisu penyambung.

3. Lapisan paling dalam ialah lapisan endometrium. Lapisan ini sering berubah-ubah mengikut pusingan haid. Apabila seseorang wanita tidak hamil, maka sebahagian daripada lapisan endometrium akan luruh dan ia akan keluar bersama-sama dengan darah haid. Darah haid adalah campuran antara darah dengan tisu-tisu dan sel-sel dari lapisan endometrium, lendir serta kuman-kuman bakteria dan lain-lain. Biasanya, campuran ini dinamakan “darah kotor”. Sebenarnya, darah tidak akan menjadi 'kotor' sebelum ia keluar dan bercampur dengan bahan-bahan yang saya nyatakan tadi.

Mengapa Tumbuh Fibroid?
Ramai orang tertanya-tanya mengapa seseorang wanita ditumbuhi fibroid pada lapisan dinding rahim. Sebenarnya, punca bagi penyakit ini tidaklah diketahui, dan mengapa ia tumbuh pada sesetengah orang sedangkan yang lainnya tidak. Ada satu kajian yang menunjukkan bahawa lebih kurang 25 peratus daripada wanita sebelum meninggal dunia akan menghidapi penyakit fibroid pada rahimnya tetapi tidak semua mengunjungi dan mendapat rawatan daripada doktor kerana kebanyakan fibroid ini tidak menimbulkan sebarang tanda atau menggangu kesihatan.

Ada yang mengatakan, bahawa ketumbuhan fibroid ini sering berlaku di kalangan wanita yang TIDAK BERKAHWIN atau LAMBAT KAHWIN dan juga yang berkahwin tetapi SUKAR MENGANDUNG dan beranak. Saya juga sering menjumpai fibroid di kalangan wanita yang mengalami masalah ketidaksuburan atau kemandulan. Di samping ketumbuhan fibroid, mereka juga menghidap penyakit endometriosis, iaitu sejenis penyakit di mana darah kotor melimpah ke belakang rahim menyebabkan berbagai-bagai masalah pada saluran peranakan, kilang telur dan persekitaran rahim.

Mana yang timbul dahulu, fibroid ataupun masalah ketidaksuburan tidaklah diketahui. Bagaimanapun, apa yang nyata masalah ketidaksuburan sering berkait rapat dengan ketumbuhan fibroid. Walaupun demikian, wanita yang pernah beranak juga tidak terlindung daripada penyakit fibroid. Seringkali kita lihat di kalangan wanita yang menjangkau ke umur tiga puluhan atau empat puluhan dan setelah anak mereka besar walaupun mereka telah melahirkan mungkin empat atau lima orang anak selepas itu, mereka mendapati sukar untuk beranak lagi dan beberapa tahun kemudian mereka mengalami berbagai-bagai masalah serta gangguan haid, dan apabila diperiksa didapati mereka mengalami ketumbuhan fibroid.

Fibroid Akibat Ketidakseimbangan Hormon
Ada orang mengatakan, bahawa ketumbuhan fibroid ini adalah akibat daripada ketidakseimbangan dalam hormon wanita. Perlu diberitahu di sini, bahawa wanita mempunyai dua jenis hormon, iaitu estrogen dan progesteron. Biasanya, estrogen meningkat naik sejurus selepas haid dan paras progesteron pula meningkat selepas telur dikeluarkan, iaitu dua minggu selepas keluar haid sehingga tempoh haid akan datang. Oleh itu, keadaan yang tidak seimbang, khususnya jika terlalu banyak estrogen dan tidak mencukupi progesteron dalam badan seseorang, boleh menimbulkan berbagai-bagai masalah seperti pendarahan yang tidak tentu masa, ketumbuhan fibroid pada rahim serta keadaan ketidaksuburan atau kemandulan.

Di Shaklee, kami mencadangkan untuk mereka-meraka yang menghidapi fibroid utk mengambil GLA COMPLEX dan vitamin ACE iaitu CAROTOMAX(VIT A), VIT C, VIT E.

Thursday, March 12, 2015

TIUB FALLOPIO TERSUMBAT? BOLEH HAMIL KE?

Fiza ada pengalaman sendiri lakukan prosedur HSG sekitar awal tahun 2008. Masa tu memang sanggup berhabis duit jumpa pakar O&G utk dapatkan anak. Bayangkan sekali treatment/check up mesti habis rm200+. Pejam mata je hulur duit kan. Fiza buat HSG dalam rm170 kalau tak silap. Dapat tau result memang menitik air mata sbb bayangkan bila tau kedua2 tiub fallapio tersumbat dan % utk dpt anak memang 50:50. Pakar O&G masa tu Dr Hamid Arshat..saja je kan nk doktor glemer' he he.

Prof bagitau masih ada peluang..kita kasi cuci itu tiub'..haha..kelakar juga doktor ni. Selepas itu, prof ada buat simple prosedure utk cuci tiub..tak ingat dah apa namanya dan Alhamdulillah lebih kurang 8 bln lps tu memang fiza disahkan mengandung walaupun hanya dengan 1 tiub. Ada juga try macam2 supplimen dan salah satunya gla Shaklee. 

Berbalik pada HSG. Apa tu? Jom kita tgk.


Ujian hysterosalpingogram (HSG) mengesan masalah tiub fallopio tersumbat?

Hysterosalpingogram (HSG) adalah salah satu ujian  yang digunakan untuk mengesan kesihatan rahim dan tiub fallopio. HSG adalah ujian X-ray dimana bahagian dalam rahim, tiub fallopio dan kawasan di sekeliling mereka kelihatan dan diperiksa. Ini selalunya dilakukan untuk wanita yang mempunyai masalah sukar hamil sama ada mereka mempunyai masalah tiub fallopio tersumbat, masalah dalam rahim seperti fibroid, polyps, bentuk atau struktur rahim yang abnormal.

Di samping itu, HSG kadang-kadang menolong menghilangkan masalah tiub fallopio tersumbat yang tidak serius. Ini boleh meningkatkan kadar kehamilan bagi sesetengah wanita yang mengalami masalah infertili menjadi hamil selepas HSG.




Bilakah HSG dibuat?

Ia biasanya dilakukan selepas tempoh haid telah tamat tetapi sebelum ovulasi, untuk mengelakkan gangguan awal kehamilan.

Bagaimanakah HSG dibuat untuk mengesan masalah tiub fallopio tersumbat?

Prosedur HSG biasanya mengambil masa kurang daripada 30 minit. Anda akan berbaring di atas meja di bawah fluoroskop ( real-time x-ray). Spekulum akan diletakkan di dalam faraj dan diperiksa oleh doktor anda. Doktor akan membersihkan serviks anda dan cannula (tiub plastik) diletakkan ke dalam bukaan serviks. Dye berwarna akan disuntik ke dalam rahim perlahan-lahan melalui cannula, kemudian memasuki tiub fallopio dan keluar dari bukaan tiub fallopio jika tidak tersekat.

Beberapa gambar x-ray akan diambil semasa proses aliran dye berwarna tersebut, keabnormalan dalam rongga rahim boleh dikesan melalui gambar x-ray. Akan tetapi, prosedur HSG tidak direka untuk menilai ovari atau mendiagnosis endometriosis.
Selepas HSG, anda boleh menyambung semula aktiviti biasa serta-merta, tetapi anda tidak digalakkan melakukan hubungan seks untuk beberapa hari.


Apakah risiko dan komplikasi HSG?

HSG adalah prosedur yang sangat selamat. Walaubagaimanapun,risiko dan komplikasi jarang terjadi, Cuma 1% sahaja di kalangan pesakit. 
Ia termasuk seperti: 
  • Jangkitan kuman 
  • Pendarahan faraj 
  • Pengsan 
  • Alahan terhadap dye berwarna 
  • Luka pada serviks 
  • Pendedahan sinaran x-ray.

Apakah langkah seterusnya selepas HSG?
  • keputusan normal
Tiub fallopio dan rahim tidak mempunyai masalah. Doktor anda mungkin memberi cadangan untuk membuat ujian lain untuk mencari sebab ketidaksuburan anda atau memberi rawatan seterusnya seperti IUI.
  • Keputusan tidak normal
Jika tiub fallopio tersumbat, doktor anda mungkin memberi cadangan sama ada melakukan laparoskopi ( prosedur pembedahan untuk melihat tiub) atau memberi rawatan seterusnya seperti IVF
 

KAWASAKI DESEASE MENYERANG KANAK-KANAK

  Pengalaman Ibu dengan Penyakit Kawasaki – Qaisara Nama penyakit nampak lawak, tapi hakikatnya Kawasaki Disease ni sangat bahaya. Ia radang...