Monday, November 20, 2017

FASA LUTEAL - SEGALANYA BERMULA

Fasa Luteal

Sebenarnya ni lah 1st time dengar term ni. Sebelum ni walaupun banyak terlibat dengan treatment kesuburan tak plak Doktor sebut fasa luteal ni..hehe


Apa Itu Fasa Luteal?
Kitaran haid kita wanita ni ada 2 Fasa
  1. Fasa Folikel – Bermula dari hari pertama haid hingga ovulasi
  2. Fasa Luteal – Selepas ovulasi sehingga haid berikutnya

Dan antara fasa folikel dan fasa luteal itu adalah haid dan ovulasi.
Fasa luteal berlaku lepas ovulasi. Juga dikenali sebagai Days Past Ovulation (DPO). Sebagai contohnya kitaran haid normal wanita sekitar 28-30hari. Hari subur (ovulasi) jatuh pada hari ke 14, 15 dan mungkin ada yang hari ke 16 baru subur. Kiraan dari hari pertama period tau. Jadinya selepas ovulasi itu adalah Fasa Luteal dan tempohnya antara 12-14hari sehingga berlakunya period berikutnya.

Pada yang ingin hamil, waktu inilah mereka perlu berjaga-jaga dan mengharapkan berlakunya penempelan yang kukuh. Pada waktu ini hormon progesterone dan suhu badan akan meningkat tinggi. Dengan penuh debaran mengharapkan kandungan HCG juga meningkat sekaligus boleh menghasilkan 2 garisan yang mengembirakan.

Bayangkan setiap kali nampak 1 garisan..Allahuakhbar, perasaan sedeh muncul sampai menitik air mata. Itulah perasaan kami yang penuh harapan ni..

Apa yang menyebabkan Gangguan Fasa Luteal ni?
InshaAllah Kak Fiza kongsikan pada entry akan datang.

Untuk mereka yang merancang untuk hamil, kenali kitaran haid anda. Hari subur dan ovulasi hari ke berapa. Penting untuk kita ambil tahu semua tu. Tapi, kalau kitaran haid tak normal macam Kak Fiza ni memang terus jammed la kan. Penyudahnya terpaksa beli ovulation test strip. Lepas period memang dah standby strip tu sebab nak tau bila time ovulasi.

Panjang lagi cerita mengenai Fasa Luteal ni tapi kak fiza pun tak reti sangat nak story. Lain kali kita sambung yer. InshaAllah next entry

2 comments:

OKje said...

Yelah masalah org kan berbeza beza. Hakak alhamdulillah.... tak de masalah kesuburan kot. Pantang sentuh, jadi hihi.... nasiblah dah ikat sekarang ni

Fiza Hasan said...

Alhamdulillah kak...fiza ni susah sungguh nak lekat. Memang nak anak terpaksa buat mcm ni lah tapi Alhamdulillah dah 3 orang...hihi

SEDIAKAN HIBAH TAKAFUL ATAU TUNAI SEGERA SEHINGGA RM500,000 KEPADA YANG TERSAYANG

HANYA RM100 SEBULAN UNTUK PAMPASAN MINIMA RM350,000 DAN BERGANDA UNTUK KELUARGA ANDA.. Risiko ada dimana-mana. Tidak kira tua ataupun muda. ...