Tuesday, November 14, 2017

4 TAHUN MENANTI ZURIAT - PART 11

Assalamualaikum...

Alhamdulillah berkesempatan nak sambung part 1 semalam. Sewaktu kami masih lagi under treatment dengan Doktor Hamid, duit jangan cakap la. Sekali visit rm300+ memang melayang. Tiap bulan visit memang pasrah keluarkan $$$ disebabkan anak.


Doktor ada bagi Kak Fiza macam-macam Vitamin. Ada EPO, Vit C dan banyak jenis lagi la. Semua brand yang ada kat Farmasi. Pengambilan makanan kita seharian ni, sikit sebanyak mempengaruhi tahap kesuburan kita. Memang ada je Vitamin dia bagi selain ubat-ubatan.

Berbalik pada lepas procedure Hydrotubation tu dan on clomid untuk 3cycle (kalau tak salah). Masih tiada rezeki kami walaupun setiap kali TVS (transvaginal scan) dah nampak telur (ovum) memang cantik dan matang.

Next treatment yang disuggest adalah IUI (IntraUterine Insemination). Term bahasa melayunya Kaedah Pemanian Berhadas.

Kaedah ini melibatkan prosedur makmal untuk memisahkan sperma bergerak pantas dari sperma lebih perlahan atau tidak bergerak. Sperma yang bergerak pantas kemudiannya disalur-masuk terus ke dalam rahim wanita melalui satu catheter halus melepasi pintu rahim atau serviks pada masa ovulasi hampir berlaku.

Disebabkan masa tu suami terpaksa bekerja luar negara Indonesia, jadi kami terpaksa stop sementara semua treatment dan sambung selepas semua selesai.

Pesanan Doktor Hamid waktu tu, amalkan gaya hidup sihat. Ambil Vitamin dan makan yang berzat. Solat jangan tinggal. Bersedekah dan cuba untuk bangun tahajud. Allahuakhbar...
Dan dia juga minta amalkan makanan sunnah seperti kurma dan lain2.

Suami tak de kat Malaysia tapi Kak Fiza decide jumpa Pakar dari Hospital Pusrawi untuk second opinion.

InshaAllah, esok kita sambung yer..

KakFiza
SungaiPetani

No comments:

JOM SERTAI KAMI TAMBAH PENDAPATAN

 ANDA INGIN MENCARI SIDE INCOME❓ ANDA INGIN BERNIAGA DENGAN MODAL MINIMA❓ Jom sertai kami sebagai Perunding Takaful di Muqmeen Group (MG). A...