Showing posts with label Garlic. Show all posts
Showing posts with label Garlic. Show all posts

Sunday, August 13, 2017

RAWATAN PENYAKIT KAYAP

Assalamualaikum..

Dua hari ada bercerita si Angah terkena Kayap. Menurut Maktok tempat ambil air penawar tu katanya Kayap biasa je lah.

Gigih la ibu cari info pasal Kayap sebab memang tak pernah ada pengalaman lansung.


Sedikit info yang Kak Fiza ambil dari portal MyHealth.

Dalam istilah perbutannya disebut atau dikenali sebagai herpes zoster. Ianya sejenis penyakit kulit dan saraf yang disebabkan oleh jangkitan Virus Varicella Zoster (VZV). 

Risiko-risiko utama penyakit ini adalah:
  • Umur yang semakin meningkat (lebih daripada 50 tahun) di mana ketahanan sistem imun berkurangan; dan
  • Kelemahan sistem imun (pertahanan badan) kerana pelbagai sebab seperti jangkitan kuman Human Immunodeficiency Virus (HIV) dan kesan ubat-ubatan (seperti ubat steroid).

Sepanjang hayat seseorang, lebih kurang 10% hingga 30% akan menghidapi penyakit ini.

Penyebab penyakit kayap adalah pengaktifan virus varicella zoster. Virus ini mula menghuni badan seseorang pesakit apabila dia menghidapi penyakit cacar air (chickenpox). Selepas cacar air sembuh, virus ini berhibernasi di dalam pusat saraf (ganglion). Apabila sistem imun menjadi lemah, ia menjadi aktif semula. Ia menyerang urat saraf dan manyebakan keradangan saraf tersebut.

Gejala dan Tanda
Kayap selalunya menyebabkan keradangan satu urat saraf (dermatome) pada satu bahagian badan sahaja. Ia lazimnya melibatkan bahagian dada (thoracic) dan muka (trigeminal).

Tanda terawal penyakit ini adalah:


  • rasa sakit, 
  • kebas dan panas di bahagian urat saraf yang terlibat, 
  • demam, 
  • keletihan dan sakit kepala. 
Simptom tersebut dialami sebelum tanda-tanda kulit timbul. Ia lazimnya dialami oleh 80% pesakit. Ia akan berterusan untuk 3 hingga 5 hari.

Pada bahagian urat saraf yang terlibat, tanda pertama adalah tompok-tompok kemerahan yang menyakitkan. 


Selepas 1 hingga 2 hari, timbul gelembong-gelembong air yang kecil. Air di dalam gelembong-gelembong tersebut berwarna kekuningan. Dua hari kemudian, air tersebut akan menjadi semakin keruh dan akhirnya gelembong-gelembong tersebut akan kering. Kulit kering (crusts) tersebut akan jatuh dengan sendiri dalam masa 1 hingga 2 minggu yang berikutnya.

Gelembong-gelembong air pada bahagian kiri dada dan belakang mengikut urat saraf. Selalunya doktor akan dapat mengenali penyakit kayap sekiranya pesakit datang dengan tanda-tanda yang lazim bagi penyakit ini termasuk gelembong-gelembong air pada urat saraf di satu bahagian badan. Namun demikian, jikalau pesakit datang dengan tanda terawal tanpa tanda-tanda pada kulit, doktor mungkin mengalami kesulitan untuk membuat diagnosa penyakit ini.

Komplikasi
Komplikasi awal semasa adanya tanda-tanda kulit termasuk jangkitan kuman bakteria pada gelembong-gelembong air pada kulit dan pendarahan di dalam gelembong-gelembong tersebut. Kadang-kadang gelembong-gelembong tersebut mungkin merebak ke kawasan yang lain. Ini selalunya berlaku pada pesakit-pesakit yang mengalami kelemahan sistem imun. Pesakit-pesakit tersebut juga mungkin mengalami tanda-tanda kulit untuk jangka masa berpanjangan.

Jika kayap melibatkan bahagian muka, ia mungkin menyebabkan komplikasi kepada mata termasuk menjadi buta dan kepada saraf facial menyebabkan paralisis otot-otot muka (facial palsy). Kadang-kadang, kayap akan menyebabkan keradangan organ dalaman termasuk otak (meningoencephalitis), jantung (carditis), paru-paru (pneumomitis) and usus (enterocolitis).

Setelah tanda-tanda kulit sembuh, bahagian kulit tersebut mungkin akan menjadi parut. Komplikasi kronik yang lain lazimnya adalah post herpetic neuralgia (kesakitan pada bahagian urat saraf yang terlibat untuk jangka masa yang panjang). Komplikasi tersebut selalunya dialami oleh pesakit-pesakit yang lebih tua (lebih daripada 65 tahun). Kesakitan berterusan ini akan menjejaskan kualiti hidup pesakit. Komplikasi kronik yang lain termasuk komplikasi mata (keradangan mata dan menjadi buta) dan komplikasi urat saraf (keradangan urat saraf dan saraf tunjang).

Rawatan
Tujuan-tujuan utama rawatan adalah untuk:

  1. Meredakan kesakitan
  2. Mengurangkan tempoh masa penyakit tersebut dan
  3. Mengelakkan komplikasi penyakit terutamanya ‘post herpetic neuralgia’.

Beberapa kaedah meredakan kesakitan penyakit ini termasuklah:
  1. Menyapu ubat seperti potassium permanganate untuk mengeringkan gelembong-gelembong air
  2. Menggunakan ubat penahan sakit seperti non steroidal anti-inflammatory drugs (NSAIDs) 

Kalau memula dengar kayap tu, ingatkan biasa2 je lah kan. Rupanya memang kena alert juga akan bahaya dan risiko yang bakal dialami. Tambahan pula terjadi pada kanak-kanak.

Ok..next entry Kak Fiza akan sharing pasal Vitamin yang boleh diambil untuk legakan Kayap.

Wednesday, December 10, 2014

Buang angin dalam badan selepas bersalin

Hari ini saya ingin berkongsi khasiat bawang putih untuk ibu-ibu yang baru sahaja bersalin dan sedang berpantang. Memang amalan orang dulu-dulu, mengamalkan bawang putih untuk ibu-ibu yang baru sahaja bersalin.

Khasiat Bawang Putih untuk Ibu Berpantang

Apakah khasiat tertentu yang disediakan oleh bawang putih bagi membantu proses pemulihan ibu yang sedang berpantang?

Jangkitan yis atau kulat pada anggota sulit wanita

Candidiasis, juga dikenali sebagai seriawan, adalah jangkitan yis yang berlaku disebabkan oleh penumbuhan kulat yang terlalu cepat yang dikenali sebagai candida albicans. Walaupun jangkitan yis boleh berlaku pada pelbagai anggota badan, wanita biasanya mengalami jangkitan yis pada faraj.

Wanita lebih mudah mendapat jangkitan yeast atau kulat pada anggota sulit kerana faktor fizikal dan kebersihan. Bawang putih mempunyai kesan anti-mikrob dan anti-kulat. Para penyelidik melaporkan bahawa bawang putih ada “aktiviti anti-candidal” membantu melawan jangkitan yang disebabkan oleh yis.


Tingkat imun sistem
Bawang putih menguatkan sistem imun dan membantu untuk melawan jangkitan termasuk demam, batuk, dan selsema. Ini kerana bawang putih mempunyai komponen aktif yang dikenali sebagai Allicin. Pada musim sejuk  dan hujan, bawang putih adalah makanan terbaik untuk meningkatkan sistem imun anda dan menangkis selsema dan batuk. Ibu yang baru bersalin, kebiasaannya rendah imun sistem dan mudah dijangkiti penyakit berjangkit termasuk selsema dan batuk.

Bawang putih juga kaya dengan vitamin C, seterusnya menyokong imun sistem tubuh.


Kaya Vitamin B6
Bawang putih merupakan sumber vitamin B6 yang baik yang diperlukan tubuh untuk sistem imun yang sihat dan pertumbuhan sel-sel baru. Vitamin B6 juga boleh membantu dengan mengawal perubahan mood termasuk depresi dan meroyan.

Kawal gula dalam darah
Bawang putih mengawal gula dalam darah kerana ia meningkatkan tahap insulin dalam darah. Ini boleh membantu dalam kawalan diabetes.

Buang angin dalam badan
Bahan aktif dalam bawang putih, carminative, membantu mengeluarkan angin dalam badan dan melancarkan perjalanan darah. Maka, badan rasa lebih sihat dan ringan. Ibu yang sedang berpantang mudah masuk angin.

Hangatkan badan
Bahan aktif dalam bawang putih, diaphoretic, membantu menghangatkan badan seterusnya membantu proses perpeluhan. Ibu yang sedang berpantang mudah rasa sejuk, terutama semasa cuaca sejuk/hujan atau terkena angin daripada kipas angin.
Mungkin banyak lagi khasiat bawang putih yang tidak tersenarai dalam huraian di atas, tetapi yang pasti, khasiat bawang putih sememangnya sangat banyak buat ibu yang berpantang.


Sebab itu, Garlic Complex daripada Shaklee disertakan bersama dalam Set Bersalin Shaklee. Pengguna boleh memilih untuk membeli Garlic Complex atau tidak, yang pasti saya memang mengamalkan pengambilan bawang putih semasa saya berpantang.

Alhamdullillah, saya dapat merasa perbezaan yang ketara terutama bab jangkitan yis, buang angin dan hangatkan badan. Yang best, bayi juga tiada lagi masalah kembung

Wednesday, November 26, 2014

Keistimewaan Garlic Shaklee

Hari ni nak story pasal bawang putih pula. ' Garlic dari shaklee'..
Sangat mudah dijumpai dalam dapur masing-masing kan. Tiap kali nak masak, mesti letak bawang putih. Kalau suami saya masuk dapur untuk masak mesti habis sbb dia memang 'hantu' bawang putih.

Saya?..memang tak suka bawang putih. Bukan tak suka masak, tapi tak suka makan. Setiap masakan saya wajib la kan potong bawang putih, cuma bila tergigit je mesti potong selera. Kalau hancur/dikisar boleh pula..hihi

Bila adanya dalam bentuk tablet memang best. Ambil sebiji, telan.

Bawang putih bagus untuk kesihatan. Masyarakat Korea amalkan makan garlic mentah-mentah lagi, tak perlu dipotong-potong kecik, tak perlu digoreng atau direbus. Mereka makan begitu sahaja. Setiap suapan perlu lah disertai dengan sebiji garlic. So kalau contohnya sepinggan nasi tu bersamaan 10 suapan, 10 garlic lah yang mereka telan. Sebab itulah kulit muka orang-orang Korea, halus tanpa jerawat batu. Best kan?

 

Kepentingan Suplemen Garlic Complex Kepada Kesihatan Tubuh


√ Meningkatkan tahap sistem penghadaman, fungsi jantung yang baik kerana mengandungi ekstrak spearmint.
√ Merupakan Antibiotik semulajadi yang selamat dan sangat bagus untuk pertingkatkan sistem keimunan badan supaya boleh menghalang sakit berjangkit seperti selesema, kulat, kuman, virus dan yis candida
√ Membantu atasi masalah alergi dengan meningkatkan keimunan terhadap penyakit alergi seperti hidung yang sensitive, sinus, alergi, asthma, selesema dan hepatitis
√ Meningkatkan dan membantu dalam masalah sistem penghadaman seperti kembung perut, senak perut, ulser gastrik dan ketidakhadaman.
√ Menstabilkan tekanan darah tinggi dengan pengambilan konsisten 2-4 biji tablet Garlic sehari selepas makan. Garlic dapat mengeluarkan raksa, plumbum, kadmium yang merupakan logam toksik dalam tubuh dengan pantas. Logam toksik ini antara penyebab tekanan darah tinggi meningkat.
√ Melindungi sel-sel darah dari kemusnahan yang disebabkan kehadiran logam dalam tubuh dan sekaligus menghalang kerosakkan hati oleh bahan kimia yang terkandung dalam tubuh tanpa kita sedari.
√ Membantu menurunkan paras kolestrol, LDL, trigliserid dan kelikatan darah, mengurangkan bekuan darah, meningkatkan HDL, melindungi jantung dan menghalang strok dan penyakit koronari.
√ Membantu merawat kanser serta membantu mengurangkan peratusan bahan pencetus kejadian kanser iaitu Nitrosamine. Garlic merupakan anti-oksidan kerana mengandungi sebatian selenium + germanium + acid amino yang melindungi tubuh dari radikal bebas yang merupakan antara penyebab kanser.
√ Mengelakkan Odema iaitu air tekumpul dalam badan terutama pada kaki dan pergelangan kaki
√ Membantu menangani masalah organ-organ pernafasan tersumbat akibat batuk dan bronkitis yang berterusan, sakit kerongkong, selesema dan resdung (sinus)
√ Bagi yang mempunyai Diabetes – Garlic dapat meningkatkan pengeluaran insulin dan meransang hati untuk mengawal gula dalam darah
√ Mampu melawan bakteria dan smeua jenis jangkitan pada:
Kerongkong & Telinga (throat & ear infection)
Perut memulas (stomach upset)
Cirit-birit (Diarrhea)
Bronkitis
Luka-luka (infected wounds)
Jangkitan yang berulang-ulang seperti telinga, kerongkong, gusi, mulut, dada, sistem air kencing dan sebagainya.


Kelebihan & Keistimewaan Garlic Complex Shaklee

^^ Kelebihan yang terdapat pada Garlic Complex keluaran Shaklee adalah Galic Complex diperbuat daripada bawang putih jenis premium yang ditanam secara organik di California, USA diwaktu musim panas dan bebas 100% daripada penggunaan racun perosak.
^^ Pembuatan suplemen Garlic Complex dilakukan pada terkawal iaitu pada suhu bilik tanpa haba semata-mata untuk mengekalkan pengaktifan Allicin pada tahap 100%. (tidak semua garlic yang dijual dipasaran mempunyai Allicin aktif. ^^ Allicin merupakan sebatian organosulfur yang terkandung dalam bawang putih yang mempunyai kelebihan sebagai antibakteria dan anti kulat, dan mempunyai sifat penyembuh.
Keistimewaan Garlic keluaran Shaklee
Pengekalan 100% Allicin aktif
^^ Dwi teknologi dilakukan untuk mengawal bau garlic
^^ Perisa semulajadi terhasil dari 2 kombinasi ekstrak herba iaitu Rosemary dan Spearmint.
^^ Mengandungi pelbagai jenis vitamin E untuk meningkatkan sebatian aktif Garlic dan meningkatkan keberkesanan Garlic dalam tubuh. Kebiasaan vitamin E yang digunakan dalam dunia perubatan adalah γ-tocopherol.
^^ Setiap 2 tablet membekalkan 1000mg ekstrak garlic tulen yang bersamaan 2 ulas bawang putih segar.
^^ Merupakan antibiotik 100% semulajadi, tanpa bahan kimia, perasa, gula dah bahan sintetik yang memberi kesan pada kesihatan.


TEMPAH SEKARANG PRODUK SHAKLEE ANDA!






untuk ORDER Klik sini!


ORDER NOW!!



 ORDER Anda akan DIRECT MELALUI E-SELL Shaklee




Konsultasi percuma boleh hubungi fiza:

Afriza (Fiza) ** Shaklee ID: 949698 ** sms/whatsapp: 012 4513311 /
011 10833115 ** FB Page: Qisya E Shoppe ** email: eija_2004@yahoo.com

Thursday, May 8, 2014

Testimoni Kencing Manis

Sebelum amalkan produk shaklee bacaan paras gula 19, kemudian bacaan menurun kepada 11. Bacaan paras gula turun lagi kepada 7 selepas check up semalam (7/5/2015).


mari kita lihat apa yang customer ini amalkan:
Ingin tahu lebih lanjut, boleh hubungi fiza dengan segera 


Konsultasi percuma boleh hubungi fiza:

Afriza (Fiza) ** Shaklee ID: 949698 ** sms/whatsapp: 012 4513311 /
011 10833115 ** FB Page: Qisya E Shoppe ** email: eija_2004@yahoo.com

Saturday, April 5, 2014

Garlic


  • Dibuat dari bawang putih jenis premium, bebas dari racun perosak dan ditanam secara organik di California, USA sewaktu musim panas.
  • Dihasilkan secara eksklusif pada suhu bilik tanpa haba untuk memastikan pengekalan 100% Allicin aktif (tidak semua tablet garlic yang dijual dipasaran mengandungi Allicin aktif).
  • Dwi teknologi digunakan untuk mengawal bau garlic. Kajian menunjukkan perisa herbanya terhasil dari kombinasi 2 ekstrak herba (Rosemary & Spearmint).
  • Mengandungi pelbagai vitamin E untuk meningkatkan sebatian aktif garlic dan keberkesananya didalam tubuh kita. 
  • Setiap 2 tablet membekalkan 1000mg ekstrak garlic tulen yang menyamai dengan 2 ulas garlic segar.
 

Manfaat Utama:
  • Mengandungi Spearmint: mempertingkatkan sistem penghadaman, fungsi jantung

  • Antibiotik Yang Selamat & Semulajadi: Garlic antibiotik semulajadi. Ianya selamat untuk kegunaan jangka panjang untuk mempertingkatkan sistem imun tubuh, menghalang penyakit berjangkit seperti selsema, kulat, kuman, virus dan yis candida.

  • Menghalang Alergi: mempertingkatkan penyakit berkait sistem imun seperti hidung yang sensitif, sinus, alergi, asthma, selsema, hepatitis.

  • Mempertingkatkan Sistem Penghadaman: Formula uniknya mampu mempertingkatkan masalah berkaitan penghadaman seperti kembung perut, gastrik, ketidakhadaman. Garlic juga mampu menentang bakteria H.pylori bakteria dan menghalang ulser gastrik.

  • Memoderatkan Tekanan Darah Tinggi: Kajian menunjukkan pengambilan 2-4 tablet garlic akan menurunkan darah tinggi dengan 8 point.

  • Detoksifikasi: Garlic mampu mengeluarkan raksa dari tubuh dengan pantas. Raksa, plumbum dan kadmium adalah logam toksik yang akan menaikkan tekanan darah. Tambahan lagi, garlic mampu melindungi sel-sel darah dari kemusnahan dari logam dan menghalang kerosakan hati oleh kimia.

  • Menurunkan Kolesterol: Menurunkan kolesterol, LDL, trigliserid dan kelikatan darah, mengurangkan bekuan darah; meningkatkan HDL, melindungi jantung dan menghalang strok dan penyakit koronari.

  • Mencegah Kanser: Membantu mengelak dan merawat kanser dengan mengurangkan bahan pencetus kejadian kanser - Nitrosamine.

  • Menstabilkan Glukos: Menolong menstabilkan glukos dalam badan kita

Asal Bau Garlic:
Garlic mengandungi pelbagai jenis komposit fisiologi yang terdiri dari bahan sulfat untuk menentang bahan anti-oksidan dan anti-kanser. Inilah asal bau garlic.


Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos,merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.






Konsultasi percuma boleh hubungi fiza:

Afriza Abu Hasan (Fiza) ** Shaklee ID: 949698 ** sms/whatsapp: 012 4513311 /
011 10833115 ** FB Page: Qisya E Shoppe ** email: eija_2004@yahoo.com

KAWASAKI DESEASE MENYERANG KANAK-KANAK

  Pengalaman Ibu dengan Penyakit Kawasaki – Qaisara Nama penyakit nampak lawak, tapi hakikatnya Kawasaki Disease ni sangat bahaya. Ia radang...