Showing posts with label KAYAP. Show all posts
Showing posts with label KAYAP. Show all posts

Monday, August 21, 2017

KAYAP KERING DENGAN NUTRIFERON

Kalau anak2 demam bagus sangat ada Nutriferon ni. Boleh kuatkan imun diaorg dan demam pun cepat je kebah. Kalau dulu stok ibu memang tak pernah putus tapi bila abang2 dah besar, dah kurang demamnya..ibu pun dah tak simpan stok untuk guna sendiri...sesekali demam bawak amik ubat kat klinik jer...huhu


Tapi..baru2 ni Abang Ngah Haziq kena Kayap plak. Dah cuba rawatan traditional. Dan..ibu terpaksa restok semula Nutriferon ni. Mahal ckit jer tapi berbaloi...☺

Sebab apa tau?
Bila terjadinya Kayap dikalangan kanak2 ni, terbukti sistem imun mereka sangat lemah untuk melawan serangan Virus tu. Jadinya, Nutri ni memang suplimen tepat untuk mereka. Selain Nutri ni, chewable pun dia makan jugak..

Semangnya Nutriferon terkenal sebagai imun booster sebab ia mampu menguatkan sistem ketahanan badan dan membantu pesakit melawan penyakit yang sedang menyerang. InshaAllah boleh lawan serangan Virus.

Alhamdulillah...dah masuk 2minggu, Kayap pun dah kering. Nanti akak up testimoni yer. Susah nak snap gambar dia sebab jadi kat tempat yang agak sulit...🙊🙊🙊. Bila pegang phone je nak snap terus dia larikkk...😂😂


Yang kat atas tu gambar snap lepas seminggu dah jadi. Memula jadi atas bahu. Ingatkan ruam biasa je, dok sapu Herbal Blend je lah...tengok2 melarat plak. Sebab akakemang tak biasa dengan kayap2 ni, so tak tau la..huhu

Gambar terkini cuma tinggal parut2 hitam jer. Kat bahu cepat je parut hilang. Tempat lain tu kan berlipat ckit, makan masa la...



#gmffighter
#tsunamigmf

Sunday, August 13, 2017

CEGAH SAKIT KAYAP SEBELUM MELARAT

Kayap ohhhh Kayap..

Sebabkan Angah terkena Kayap, ibu pun ada idea nak menulis pasal Kayap. Hehee

Kak Fiza dah pun cuba cara Traditional. Alhamdulillah dah kering Kayapnya. Disamping Angah amalkan Vitamin C setiap hari, baru hari ni Kak Fiza dapat beri dia Nutriferon. Tengok pada testimoni kawan-kawan lain, bagus sangat amalkan Nutriferon ni.



Disebabkan Kayap ni adalahbsejenis Virus, jadi kita perlukan Suplimen yang boleh boost imun sistem Angah. Sebab Kayap bukan sahaja kita tengok luar je sakit..naik biji2 tu tapi sakitnya dibahagian dalam selagi masih ada virus yang serang saraf.

Tempoh penyembuhan kayap memakan masa, jadi langkah terbaik adalah mengawal kayap secara dari dalaman tubuh seperti menjaga pemakanan. Pantang larang orang lama jangan diabai.

Sistem imun yang lemah penyebab kayap menjadi semakin teruk serta berpanjangan dan boleh berjangkit pada bahagian lain pula. Jadi, pemakanan yang sihat dapat meningkatkan kekuatan sistem imun tubuh untuk mengelakkan penyebaran kayap.


Suplimen untuk Kuatkan Imun Sistem Pesakit Kayap

Nutriferon
Memang popular sebagai imun booster.
Mampu menguatkan sistem ketahanan badan dan membantu pesakit melawan penyakit yang sedang menyerang. InsyaAllah, Nutriferon membantu menaikkan sisten imun anda dan melawan semua virus yang ada.

Vitamin C
Meningkatkan sistem pertahanan badan kerana ia terlibat di dalam produksi antibodi, aktiviti dan tinggi sel darah putih yang sangat penting terlibat dalam penghasilan interferon

Garlic Complex
Bertindak sebagai antibiotik semulajadi. Ia bersifat antivirus untuk menghalang serangan jangkitan virus, bakteria dan kaum bagi memastikan penyakit tidak merebak menjadi lebih teruk.

Vivix
Vivix bertindak membuang segala sel-sel rosak dan cacat akibat serangan kayap kemudian menggantikannya semula dengan sel-sel baru yang sihat. Vivix membantu memulihkan sistem saraf yang rosak dan memingkatkan daya tahan tubuh melawan penyakit.

Jom tengok beberapa Testimoni mereka yang diserang penyakit Kayap ni..


Pada mereka yang ingin mendapatkan Set Kayap ni atau sebarang info produk atau apa sahaja, boleh hubungi Kak Fiza 0124513311 atau kalau segan nak whatsapp akak, korang boleh terus beli kat link dibawah..


Tapi..tak payah nak segan2 la tau. Bila2 masa je akak boleh layan korang...☺☺

RAWATAN PENYAKIT KAYAP

Assalamualaikum..

Dua hari ada bercerita si Angah terkena Kayap. Menurut Maktok tempat ambil air penawar tu katanya Kayap biasa je lah.

Gigih la ibu cari info pasal Kayap sebab memang tak pernah ada pengalaman lansung.


Sedikit info yang Kak Fiza ambil dari portal MyHealth.

Dalam istilah perbutannya disebut atau dikenali sebagai herpes zoster. Ianya sejenis penyakit kulit dan saraf yang disebabkan oleh jangkitan Virus Varicella Zoster (VZV). 

Risiko-risiko utama penyakit ini adalah:
  • Umur yang semakin meningkat (lebih daripada 50 tahun) di mana ketahanan sistem imun berkurangan; dan
  • Kelemahan sistem imun (pertahanan badan) kerana pelbagai sebab seperti jangkitan kuman Human Immunodeficiency Virus (HIV) dan kesan ubat-ubatan (seperti ubat steroid).

Sepanjang hayat seseorang, lebih kurang 10% hingga 30% akan menghidapi penyakit ini.

Penyebab penyakit kayap adalah pengaktifan virus varicella zoster. Virus ini mula menghuni badan seseorang pesakit apabila dia menghidapi penyakit cacar air (chickenpox). Selepas cacar air sembuh, virus ini berhibernasi di dalam pusat saraf (ganglion). Apabila sistem imun menjadi lemah, ia menjadi aktif semula. Ia menyerang urat saraf dan manyebakan keradangan saraf tersebut.

Gejala dan Tanda
Kayap selalunya menyebabkan keradangan satu urat saraf (dermatome) pada satu bahagian badan sahaja. Ia lazimnya melibatkan bahagian dada (thoracic) dan muka (trigeminal).

Tanda terawal penyakit ini adalah:


  • rasa sakit, 
  • kebas dan panas di bahagian urat saraf yang terlibat, 
  • demam, 
  • keletihan dan sakit kepala. 
Simptom tersebut dialami sebelum tanda-tanda kulit timbul. Ia lazimnya dialami oleh 80% pesakit. Ia akan berterusan untuk 3 hingga 5 hari.

Pada bahagian urat saraf yang terlibat, tanda pertama adalah tompok-tompok kemerahan yang menyakitkan. 


Selepas 1 hingga 2 hari, timbul gelembong-gelembong air yang kecil. Air di dalam gelembong-gelembong tersebut berwarna kekuningan. Dua hari kemudian, air tersebut akan menjadi semakin keruh dan akhirnya gelembong-gelembong tersebut akan kering. Kulit kering (crusts) tersebut akan jatuh dengan sendiri dalam masa 1 hingga 2 minggu yang berikutnya.

Gelembong-gelembong air pada bahagian kiri dada dan belakang mengikut urat saraf. Selalunya doktor akan dapat mengenali penyakit kayap sekiranya pesakit datang dengan tanda-tanda yang lazim bagi penyakit ini termasuk gelembong-gelembong air pada urat saraf di satu bahagian badan. Namun demikian, jikalau pesakit datang dengan tanda terawal tanpa tanda-tanda pada kulit, doktor mungkin mengalami kesulitan untuk membuat diagnosa penyakit ini.

Komplikasi
Komplikasi awal semasa adanya tanda-tanda kulit termasuk jangkitan kuman bakteria pada gelembong-gelembong air pada kulit dan pendarahan di dalam gelembong-gelembong tersebut. Kadang-kadang gelembong-gelembong tersebut mungkin merebak ke kawasan yang lain. Ini selalunya berlaku pada pesakit-pesakit yang mengalami kelemahan sistem imun. Pesakit-pesakit tersebut juga mungkin mengalami tanda-tanda kulit untuk jangka masa berpanjangan.

Jika kayap melibatkan bahagian muka, ia mungkin menyebabkan komplikasi kepada mata termasuk menjadi buta dan kepada saraf facial menyebabkan paralisis otot-otot muka (facial palsy). Kadang-kadang, kayap akan menyebabkan keradangan organ dalaman termasuk otak (meningoencephalitis), jantung (carditis), paru-paru (pneumomitis) and usus (enterocolitis).

Setelah tanda-tanda kulit sembuh, bahagian kulit tersebut mungkin akan menjadi parut. Komplikasi kronik yang lain lazimnya adalah post herpetic neuralgia (kesakitan pada bahagian urat saraf yang terlibat untuk jangka masa yang panjang). Komplikasi tersebut selalunya dialami oleh pesakit-pesakit yang lebih tua (lebih daripada 65 tahun). Kesakitan berterusan ini akan menjejaskan kualiti hidup pesakit. Komplikasi kronik yang lain termasuk komplikasi mata (keradangan mata dan menjadi buta) dan komplikasi urat saraf (keradangan urat saraf dan saraf tunjang).

Rawatan
Tujuan-tujuan utama rawatan adalah untuk:

  1. Meredakan kesakitan
  2. Mengurangkan tempoh masa penyakit tersebut dan
  3. Mengelakkan komplikasi penyakit terutamanya ‘post herpetic neuralgia’.

Beberapa kaedah meredakan kesakitan penyakit ini termasuklah:
  1. Menyapu ubat seperti potassium permanganate untuk mengeringkan gelembong-gelembong air
  2. Menggunakan ubat penahan sakit seperti non steroidal anti-inflammatory drugs (NSAIDs) 

Kalau memula dengar kayap tu, ingatkan biasa2 je lah kan. Rupanya memang kena alert juga akan bahaya dan risiko yang bakal dialami. Tambahan pula terjadi pada kanak-kanak.

Ok..next entry Kak Fiza akan sharing pasal Vitamin yang boleh diambil untuk legakan Kayap.

Friday, August 11, 2017

PETUA TRADITIONAL MERAWAT KAYAP

Bila kayap menyerang!

Kak Fiza belum pernah berdepan dengan orang yang kena kayap ni tapi dalam seminggu ni perasan belakang badan Abang Ngah Haziq naik biji-biji macam ada air bisa gitu la. Mula tu ingatkan ruam biasa je. Sapu Herbal Blend je lah. Lepas 3 hari Haziq mengadu makin banyak..macam dah melarat. Yang sebelum ni macam dah kering sikit. Dah melarat hingga ke tengah badan dan kat lengan sikit.


En. Suami balik rumah dia cakap kayap. Macam mana ibu tak perasan kan..huhu. Belum jumpa Doktor lagi la tapi bila google dah memang serupa kayap dah tu. Sian dia. Yang ada kat rumah cuma Herbal Blend dengan Chewable Vita C je lah. Agak ralat sebab stok Nutriferon dah lama tak restok. Keadaan macam ni lah perlu sangat2 Nutri tu untuk boost antibodi sekaligus kuatkan imun anak2.


Sementara Nutriferon tak de stok kat rumah, kita cuba cara traditional la. Tadi dah gi jumpa Makcik area taman ni untuk minta air penawar, jadi balik dia suruh sapu daun bunga melur yg diramas/giling halus campur dengan bedak sejuk kat tempat terkena Kayap tu.


Boleh juga guna daun sireh cina yang tumbuh liar kat dalam pasu bunga tu. Untuk penyejuk badan. Nak bagi kurang rasa gatal2. Sama jugak la..boleh ramas2 campur dengan bedak sejuk. Banyak petua dulu2 yang kita boleh jadikan panduan.

Semoga tak melarat la kayapnya nanti. Aktif sungguh la. Dah sapu daun + bedak pun tak reti nak dok diam...huhu

Pentingnya imun booster seperti Nutriferon tu jika terjadinya kes macam ni. Kalau nak tau apa manfaatnya dalam mengatasi kayap, insha Allah Kak Fiza story pada next entry..


TEMPOH MENUNGGU MEDICAL KAD

  TEMPOH MENUNGGU MEDICAL KAD HANYA PENYAKIT YANG WUJUD SELEPAS TEMPOH MENUNGGU (30-120 hari) YANG BOLEH DILINDUNGI. Kalau penyakit tu dah w...