Assalamualaikum...
Kak Fiza baru jer balik dari melawat kawan lama lepas bersalin dan masih berpantang. Masih segar bau harum baby tu. Sukan sangat bau baby ni. Qisya pun dah setahun lebih. Macam cepat sangat dia membesar dan terasa diri ini dah makin T_a. Haha
Berbalik kes berpantang tadi..memang Kak Fiza kagum dengan member ni. Sebenarnya dia terpaksa berpantang sendiri sebab mak ayah dan mertua pun dah tiada. Dari anak sulung hinggalah yang ke3 ni. Alhamdulillah, suami dia pun banyak support. 2 minggu pertama memang cuti la sebab nak bagi wife tersayang ni betul2 sihat. Loving couple sangat.
Apa yang Kak Fiza boleh kongsi disini adalah kerjasama dan tanggungjawab masing2. Suami kena main peranan dan cuba pastikan yang terbaik untuk isteri dan anak.
Nak kongsi sedikit tips yang Kak Fiza amalkan sepanjang berpantang sendiri tahun lepas.
1. Perlu ada perancangan
Sebelum bersalin lagi dah mesti ada perancangan teliti dari semua aspek berpantang. Seperti barang keperluan ibu dan baby. Paling penting perancangan seharian ketika berpantang. Kalau boleh, suami tolong la isteri masak lauk dulu sebelum pergi kerja.
Nanti kurang sikit kerja isterinya. Pendek kata siapkan semua yang patut. Suami perlu tahu, ibu dalam pantang memang tak boleh buat kerja dan banyak bergerak.
2. Berurut dan bertungku
Haaaa...ini selalu terjadi bila berpantang sendiri. Tak de tukang urut lah. Tak sempat bertungku lah. Sekurang2nya mesti berurut 3hari berturut2 tau. Urat2 semua nak kena betulkan. Nak betulkan @ naikkan rahim..hihi
Bertungku paling Kak Fiza suka. Jangan cakap tak de masa tau. Curi sikit masa time lepas mandi pagi dan petang. Best sangat urut ni.
Mudah dah sekarang ni. Tukang urut berpengalaman masih ramai. Perancangan awal sediakan bajet jer. Tak susah pun. Juga boleh lihat entry Amalan Ketika berpantang
3. Tolonglah pakai Bengkung
Part ni Kak Fiza pun kekadang skip jugak...tapi korang jangan skip2 tau. Mesti pakai kalau nak perut maintain slim...hihi
Macam2 jenis bengkung dijual kat pasaran sekarang ni. Boleh je beli online. Pentingnya bengkung untuk kecutkan rahim juga seperti bertungku. Selain betulkan peranakan, ia juga boleh membantu baiki postur badan.
4. Pakai Stokin
24jam mesti berstokin..tapi nak mandi kau bukak la kan. Nanti tak pasal2 urat kembang la..angin masuk la..mak akak la cakap..
5. Pemakanan
Sebabkan pantang sendiri, suami pun terkejar2 nak masak time pagi..jadinya menu memang simple sangat. Sayur sawi, ikan bakar. Itu je lah hari2nya time tengahhari. Malam la boleh upgrade sikit bagi nampak sedap...hehe
Tolong la jangan makan sesuka hati..tambahan pulak kita menyusu baby kan. Boleh google apa yang boleh dan tak boleh atau boleh tanya pada mereka yang berpengalaman..
Kalau mampu, order je pakej berpantang yang ada urut dan makan tu. Lagi best..
6. Jamu / Vitamin / Set Pantang
Macam2 pilihan sekarang ni. Kak fiza fokus pada Vitamin sebab tak menganggu penyusuan susu ibu. Menariknya sebab bagus untuk berpantang dan baik pulih luka dalaman, emosi, fizikal dan mental.
Dan..paling penting jangan buat banyak kerja. Tak payah nak sibuk2 kemas rumah bagai. Biarlah bersepah pun. Pejam mata untuk 44hari sahaja.
Banyak lagi nak mengomel ni tapi rasanya dah panjang lebar kan. Cukup sampai sini nanti kita sambing lagi yer. Jangan pernah jemu skodeng update terkini dari akak...😚😚
Disclaimer:"Saya adalah seorang agent di bawah agensi yang mewakili Prudential BSN Takaful. Segala maklumat yang disampaikan dalam blog ini hanyalah penerangan ringkas berdasarkan pengalaman dan pendapat peribadi saya dan bukannya sebahagian daripada polisi. Saya dan syarikat PruBSN tidak akan bertanggungjawab sekiranya terdapat salah faham dalam apa yang disampaikan. Sila layari web rasmi di www.prubsn.com.my untuk penerangan lanjut"
Showing posts with label TIPS BERPANTANG. Show all posts
Showing posts with label TIPS BERPANTANG. Show all posts
Thursday, August 10, 2017
Wednesday, December 10, 2014
Buang angin dalam badan selepas bersalin
Hari ini saya ingin berkongsi khasiat bawang putih untuk ibu-ibu yang baru sahaja bersalin dan sedang berpantang. Memang amalan orang dulu-dulu, mengamalkan bawang putih untuk ibu-ibu yang baru sahaja bersalin.
Khasiat Bawang Putih untuk Ibu Berpantang
Apakah khasiat tertentu yang disediakan oleh bawang putih bagi membantu proses pemulihan ibu yang sedang berpantang?
Jangkitan yis atau kulat pada anggota sulit wanita
Candidiasis, juga dikenali sebagai seriawan, adalah jangkitan yis yang berlaku disebabkan oleh penumbuhan kulat yang terlalu cepat yang dikenali sebagai candida albicans. Walaupun jangkitan yis boleh berlaku pada pelbagai anggota badan, wanita biasanya mengalami jangkitan yis pada faraj.
Wanita lebih mudah mendapat jangkitan yeast atau kulat pada anggota sulit kerana faktor fizikal dan kebersihan. Bawang putih mempunyai kesan anti-mikrob dan anti-kulat. Para penyelidik melaporkan bahawa bawang putih ada “aktiviti anti-candidal” membantu melawan jangkitan yang disebabkan oleh yis.
Tingkat imun sistem
Bawang putih menguatkan sistem imun dan membantu untuk melawan jangkitan termasuk demam, batuk, dan selsema. Ini kerana bawang putih mempunyai komponen aktif yang dikenali sebagai Allicin. Pada musim sejuk dan hujan, bawang putih adalah makanan terbaik untuk meningkatkan sistem imun anda dan menangkis selsema dan batuk. Ibu yang baru bersalin, kebiasaannya rendah imun sistem dan mudah dijangkiti penyakit berjangkit termasuk selsema dan batuk.
Bawang putih juga kaya dengan vitamin C, seterusnya menyokong imun sistem tubuh.
Kaya Vitamin B6
Bawang putih merupakan sumber vitamin B6 yang baik yang diperlukan tubuh untuk sistem imun yang sihat dan pertumbuhan sel-sel baru. Vitamin B6 juga boleh membantu dengan mengawal perubahan mood termasuk depresi dan meroyan.
Kawal gula dalam darah
Bawang putih mengawal gula dalam darah kerana ia meningkatkan tahap insulin dalam darah. Ini boleh membantu dalam kawalan diabetes.
Buang angin dalam badan
Bahan aktif dalam bawang putih, carminative, membantu mengeluarkan angin dalam badan dan melancarkan perjalanan darah. Maka, badan rasa lebih sihat dan ringan. Ibu yang sedang berpantang mudah masuk angin.
Hangatkan badan
Bahan aktif dalam bawang putih, diaphoretic, membantu menghangatkan badan seterusnya membantu proses perpeluhan. Ibu yang sedang berpantang mudah rasa sejuk, terutama semasa cuaca sejuk/hujan atau terkena angin daripada kipas angin.
Mungkin banyak lagi khasiat bawang putih yang tidak tersenarai dalam huraian di atas, tetapi yang pasti, khasiat bawang putih sememangnya sangat banyak buat ibu yang berpantang.
Sebab itu, Garlic Complex daripada Shaklee disertakan bersama dalam Set Bersalin Shaklee. Pengguna boleh memilih untuk membeli Garlic Complex atau tidak, yang pasti saya memang mengamalkan pengambilan bawang putih semasa saya berpantang.
Alhamdullillah, saya dapat merasa perbezaan yang ketara terutama bab jangkitan yis, buang angin dan hangatkan badan. Yang best, bayi juga tiada lagi masalah kembung
Sunday, April 25, 2010
Masalah Yang Mungkin dihadapi Selepas Bersalin
Sakit pada Faraj
Sekiranya anda mengalami episiotomi atau koyakan semada melahirkan, anda akan mengalami sakit pada faraj. Kesakitan mungkin akan belarutan sehingga 2-3 minggu terutama semasa anda berjalan atau duduk. Koyakan yang panjang mungkin akan mengambil lebih masa untuk sembuh sepenuhnya.
Tip untuk mempastikan luka koyakkan cepat baik
Darah nifas
Anda akan mengalami pengaliran darah nifas sehingga 6 minggu selepas bersalin. Pada mulanya ia merah dan banyak, tapi lama kelamaan ia akan beransur kurang menjadi berwarna coklat. Sekiranya anda duduk atau baring buat seketika, anda mungkin perasan pendarahan yang keluar terutama semasa semasa dan selepas menyusukan bayi. Itu normal dan anda janganlah panik pula. Pastikan pad sanitari ditukar dengan kerap untuk mengelakkan jangkitan kuman pada luka. Jangan cemas sekiranya keluar darah beku sekali sekala. Ia kerap terjadi.
Walaubagaimanapun, sekiranya anda mengalami masalah ini, jumpalah doktor dengan segera.
- Pad sanitari dipenuhi darah walau ditukar setiap setengah jam
- Darah yang keluar berbau busuk
- Darah beku yang keluar lebih besar dari bola golf
- Mengalami demam 38 darjah atau lebih
Sakit rengat
Sakit pada rahim sebaik melahirkan memang kerap terjadi tapi puan jangan risau kerana ia cuma dari rahim yang mengecut dengan kuatnya. Kecutan rahim menghalang aliran darah dari rahim seterusnya mengurangkan risiko tumpah darah. Sakit juga sering berlaku semasa anda menyusu dan ia lebih kerap terjadi pada kandungan kedua dan seterusnya. Walaubagamanapun, sekiranya sakit rahim makin kuat disertai dengan darah yang berbau busuk. Eloklah anda jangan membuang masa lagi. Jumpa doktor untuk pastikan tiada jangkitan kuman pada rahim.
Susah kencing
Bengkak dan calar pada tisu sekitar ruang faraj dan pundi kencing kadang kadang boleh menyebabkan anda sukar kencing selepas melahirkan. Cuba buat senaman kemutkan faraj semasa kencing dan letakkan pad suam atau sejuk pada faraj untuk kurangkan bengkak. Sukar kencing terjadi tidak lama kerana ia hilang dengan sendiri selepas beberapa hari. Walaubagaimanapun, sekiranya faraj menjadi pedih dan anda kerap terasa hendak kencing setiap 1 jam ia mungkin tanda jangkitan kuman pada pundi kencing. Jumpalah dengan doktor ye.
Terkencing tanpa kawalan
Kehamilan dan kelahiran menyebabkan tisu sekitar faraj dan sekeliling pangkal pundi kencing tegang secara keterlaluan dan luka. Ia juga boleh menyebabkan kerosakan pada saraf dipersekitarannya menyebabkan kawalan kencing terganggu dan anda akan mudah terkencing apabila batuk, bersin atau ketawa. Tapi anda bernasib baik kerana keadaan ini terjadi untuk sementara waktu sahaja dan anda selalunya pulih sepenuhnya selepas 3 bulan. Amalkan senaman kegel kerana ia mempercepatkan proses pemulihan dan pakai pad wanita sekiranya perlu.
Buasir
Sekiranya anda merasa sesuatu keluar dari dubur dan sakit setiap kali buang air besar, anda mungkin mengalami buasir. Buasir terjadi akibat tekanan yang tinggi semasa meneran yang menyebabkan salur darah sekitar dubur menjadi kembang. Untuk megurangkan rasa tidak selesa, puan disarankan menggunakan pad berais, diletak pada bahagian dubur. Sekiranya sakit keterlaluan atau buasir menjadi semakin bengkak, anda disarankan berjumpa doktor. Terdapat ubat yang selamat dan boleh dimakan walaupun anda benyusu badan. Untuk mengurangkan risiko buasir, amalkan memakan makanan berfiber tinggi dan minum air secukupnya. Pastikan anda sentiasa aktif semasa hamil dan sekiranya najis keras, anda boleh meminta preskripsi doktor untuk ubat lembutkan najis.
Sembelit
Sembelit kerap terjadi mungkin kerana takut luka episiotomi terbuka semasa membuang air besar atau sebab sakit kerana buasir yang bengkak. Untuk mengelakan dari najis menjadi keras, amalkan memakan sayuran dan makanan berfiber tinggi semasa pantang, dan minum sekurang-kurangnya 8 gelas sehari. Jangan dengar tentang mitos orang tua pasal minum air segelas sehari dan tentang sayur sejuk sayur panas dan sebagainya. Dehidrasi dari kekurangan air sebab terlalu berpantang menyebabkan luka anda lambat baik dan air susu menjadi kurang. Sekiranya anda masih lagi sembelit selepas tip diatas, Jumpa saja doktor untuk laksatif yang sesuai semasa pantang.
Sakit Buah dada
Selepas beberapa hari bersalin, buah dada akan dipenuhi susu dengan banyaknya dan payudara anda akan mula merasa sakit, berat dan bengkak. Rasa tidak selesa pada buah dada selalunya berakhir sebaik sahaja bayi anda mula pandai mengisap susu. Sekiranya masih bengkak, cuba perah mengunakan ‘breast pump’ yang sesuai. Anda juga boleh meletakan tuala sejuk atau suam pada buah dada untuk mengurangkan bengkak. Ubat penahan sakit seperti panadol dan ponstan adalah selamat dan boleh dimakan walaupun anda menyusu. Bagi mereka yang mengalami susu yang keluar terlalu banyak sampai meleleh, jangan tension pula, anggap itu satu kelebihan dan cuba gunakan pad payudara. Bila malam, cuba letakkan tuala pada buah dada untuk serapan yang lebih optimal.
Rambut gugur
Semasa hamil, kadar keguguran rambut menjadi kurang disebabkan rembesan hormon dari uri yang menghalang keguguran rambut. Sesetengah wanita pula mungkin mendapati rambut tumbuh lebih lebat dari biasa. Walaubagaimanapun selepas bersalin rambut anda akan luruh 2 kali ganda lebih kerap dari biasa disebabkan rambut yang tumbuh berlebihan tadi. Ini mungkin menyebabkan anda sedikit bimbang kerana takut ia mungkin disebabkan pemakanan atau sebagainya. Tapi puan jangan risau, dalam masa 6 bulan, rambut anda akan gugur dengan kadar biasa. Sementara itu, makan makanan berzat dan elak dari mengering dan mewarnakan rambut secara keterlaluan.
Perubahan warna kulit
Anda mungkin perasan terdapat bintik bintik merah pada kulit muka dan leher sebaik sahaja melahirkan, jangan bimbang kerana ia sebenarnya disebabkan oleh saluran darah kecil yang pecah semasa proses meneran. Bintik ini akan hilang selepas 1 minggu. Kesan tegangan pada perut walaubagaimanapun tidak akan hilang dengan senang. Ia akan berubah dari berwarna hitam kepada warna putih cuma selepas beberapa bulan. Perubahan kulit lain seperti jaluran hitam ditengah perut akan hilang sepenuhnya secara beransur ansur.
Perubahan emosi
Selain dari perubahan fizikal, ibu juga kerap mengalami ganguan emosi seperti ‘mood swing’, dilanda kesedihan tak menentu, dan risau berpanjangan. Ada juga yang mengalami masalah kemurungan atau dipanggil ‘baby blues’. Ia selalunya berakhir selepas 10 hari dan dalam masa tersebut, cuba dapatkan tidur secukupnya dan mintalah pertolongan dan nasihat dari saudara-mara atau ibu jika perlu. Sekiranya anda merasa kemurungan semakin teruk seperti rasa tiada harapan, berjumpalah dengan doktor.
Perut buncit dan berangin
Sebaik sahaja melahirkan, fizikal anda akan masih kelihatan bulat, tidak ramping dan ‘flabby’. Sesetengah masih kelihatan masih seperti orang hamil disebab disebabkan usus yang mengandungi angin berlebihan. Jangan risau. Keadaan ini hanya sementara kerana semua cecair badan dan lebihan lemak yang anda kumpul semasa hamil akan hilang perlahan-lahan. Selepas beberapa minggu, anda sudahpun 60-80% hampir kepada bentuk asal anda seperti sebelum hamil. Sekiranya anda menyusu badan secara eklusif, berat anda akan lebih berkurangan dengan kadar yang lebih cepat. Terimakasih kepada bayi anda.
Pemeriksaan selepas pantang
Selepas 6 minggu, doktor anda akan memeriksa keadaan faraj dan rahim untuk pastikan sistem peranakan anda pulih 100%. Ujian Pap dan US mungkin akan dibuat. Ambil peluang ini untuk bertanya tentang kaedah perancang keluarga, sebarang isu tentang penyusuan dan bayi atau apa jua masalah yang menganggu fifkiran. Selalunya selepas 6 minggu anda sudahpun sihat sepenuhnya dan dapat menyesuaikan diri sebagai seorang ibu dalam menjalani kehidupan baru.
sumber: Portal Alam Hamil
Subscribe to:
Posts (Atom)
KAWASAKI DESEASE MENYERANG KANAK-KANAK
Pengalaman Ibu dengan Penyakit Kawasaki – Qaisara Nama penyakit nampak lawak, tapi hakikatnya Kawasaki Disease ni sangat bahaya. Ia radang...
-
Fiza ada pengalaman sendiri lakukan prosedur HSG sekitar awal tahun 2008. Masa tu memang sanggup berhabis duit jumpa pakar O&G ut...
-
entry lepas geram lepas 2kali naik turun pejabat pemaju.. Google punya Google, jumpa macam2 blog, website pasal tuntutan pampasan ni..i...
-
TEMPOH MENUNGGU MEDICAL KAD HANYA PENYAKIT YANG WUJUD SELEPAS TEMPOH MENUNGGU (30-120 hari) YANG BOLEH DILINDUNGI. Kalau penyakit tu dah w...

