Tuesday, November 30, 2021

GIFT UNTUK CLIENT TERSAYANG PRUBSN

 




Nahhh..dah lama sampai baru ingat nak upload kat blog. Lama blog bersawang🤭


Khas buat client & bakal client Kak Fiza. Tunggu...♥️

APABILA KETUA KELUARGA TIADA?

 


Kenapa acap kali kebanyakan ejen takaful cakap "suami ambil la hibah utk isteri". 


Setuju tak kalau saya katakan:


A: 80% pendapatan isi rumah disumbang oleh suami. Hanya 20% oleh isteri.


B. 50% suami, 50% isteri


C: 100% suami.


D: 100% isteri.


Majoriti kita hari ini berada dikelompok A. Isteri zaman sekarang dah bijak berniaga walaupun suri rumah. Pelbagai online bisnes boleh dibuat hanya dari rumah.


Oleh sebab suami adalah 'breadwinner', so kalau berlaku sesuatu yang diluar jangkaan kita, apa kita akan expect sebagai isteri? 80% pendapatan hilang! Hanya 20% yang tinggal! Lagi naya kalau 100% harapkan pendapatan suami.


Ya..ada saving suami nanti boleh keluarkan. Tapi, tahukan anda bahawa akaun suami anda bakal dibekukan selepas kematian! 


Kalau suami hilang isteri, suami masih ada pendapatan. Boleh teruskan hidup mcm biasa. Tidak terjejas dari segi pendapatan! Tapi kalau isteri hilang suami, banyak yang terjejas..


Sebab itu, suami yang perlu apply hibah dan namakan isteri sebagai penama!


Kalau situasi anda di B, bayangkan separuh pendapatan anda hilang. Senget tak? Boleh hidup dengan separuh pendapatan? Kalau komitment masih lagi tinggi? Dengan hutang itu ini? Nanti keluarga suami tuntut faraid plak..dah nak kena settle semua tu dulu.


Tapi kalau D, suami yang wajib ambil hibah bagi pihak isteri. Sebab selama ni bergantung pada isteri sebab gaji isteri lagi banyak. Suami dok rumah jaga anak². Perlu ada 'income replacement' jika isteri tiada. Kelompok D pun banyak saya jumpa. Isteri bekerja suami jaga anak.


Apa yang penting, kenaplasti siapa 'breadwinner'' dalam keluarga! Dan pastikan dia tinggalkan sesuatu untuk kita..


Fiza Hasan
012 4513311
Wealth Planner
Muqmeen Group

HARTA ANDA DIBEKUKAN!


 "Encik, saya nak keluarkan duit suami saya. Suami saya meninggal dunia 2 bulan lepas. Simpanan saya dah habis."


"Boleh puan, ada bawa sekali surat kuasa?"

"Ada encik." *Si isteri perlahan-lahan keluarkan sijil kematian suaminya. 


"Ini surat kematian puan. Saya perlukan surat kuasa untuk bantu puan keluarkan semua duit arwah suami puan. Tak boleh keluarkan duit tanpa surat kuasa". 
——————————————————


Nak dapatkan surat kuasa pun bukannya ambil masa sehari dua. Minima 6 bulan. Bergantung juga pada kes tertentu.


Isteri dapat 1/8 sahaja. Bukan sepenuhnya. 
Rumah ada hutang, nak dihibahkan waktu hidup. Tak boleh. Sebab rukun tak lengkap. 
Tahu kad password kad ATM, nak keluarkan. Tak boleh. Takut termakan hak orang lain. 
Pergi ke pusaka Amanah Raya, kena tolak. Rupanya sebab pergi salah tempat. Kena pergi pusaka kecil. Lama dah tunggu beratur di Amanah Raya. 


Dah sampai pusaka kecil, semua waris susah nak berkumpul. Alamak, isteri yang dah kehabisan wang simpanan tadi, tak tahu makan apa.


Dapat kumpulkan waris, ada yang melawan tidak bersetuju pula. Tunda lagi. Duit tak ada dah ni, anak-anak kena makan. Tak ada siapa nak hulur bantuan. 


Dah selesai semua bersetuju, kena tunggu lagi. Tak tahu berapa lama nak selesai. Perut maknya boleh tahan, perut anaknya terpaksa berlapar. Isteri yang sebelum ni suri rumah untuk jaga anak, terpaksa keluar kerja. Tak ada siapa jaga anak. 


Bila anak tak ada siapa tengok, mulalah anak mencuba perkara baru. Sibuk menyalahkan ayah yang telah meninggal dunia, sebab tak tinggalkan harta untuk mereka sambung kehidupan. Sibuk menyalahkan ibu, sebab sibuk diluar mencari makanan. 


Pernah salah seorang guru saya berkongsi. Pengurusan kewangan ni, bukannya nak bawa duit masuk kubur. Tapi nak bawa doa anak yang soleh tu masuk kubur, sedekah yang berpanjangan atas nama kita bila kita wasiatkan untuk sedekah.


Sebab itu pentingnya pengurusan harta sebelum meninggal dunia. Mati itu pasti.
Kalau dah rancang awal, kita dah lakukan yang terbaik . Sepanjang proses, si isteri ada duit untuk beri anak-anak makan. Isteri ada pilihan untuk bekerja atau tidak. 


Anak-anak sayang pada ayah mereka. Doa tak tinggal untuk kesejahteraan ayah yang telah meninggal dunia. 


Segala apa yang kita buat hari ni, kesannya bukan hari ni. Tapi entah bila nanti. 
Dah baca, bertindak sekarang. Fikir apa lagi? 


❤️HIBAH adalah cara mudah utk diberikan kepada isteri setelah suami hilang upaya kekal atau suami meninggal terlebih dahulu..❤️


Fiza Hasan 
Muqmeen Group
Prudential BSN Takaful 

0124513311

SEDIAKAN HIBAH TAKAFUL ATAU TUNAI SEGERA SEHINGGA RM500,000 KEPADA YANG TERSAYANG

HANYA RM100 SEBULAN UNTUK PAMPASAN MINIMA RM350,000 DAN BERGANDA UNTUK KELUARGA ANDA.. Risiko ada dimana-mana. Tidak kira tua ataupun muda. ...