Saturday, August 15, 2020

Pengalaman Exam PCEIA

Assalamualaikum..Alhamdulillah baru ada kesempatan nak menaip.

Hujung bulan 7 hari ada KakFiza story pasal exam TBE kan. Alhamdulillah lulus cukup-cukup makan je dapat C. 11hb baru ni ada satu lagi exam Pre Contract Examination Insurance Agent (PCEIA). Ada Insurans Am, Insurans Hayat, risiko apa semua tu. Banyak jugak la dan kalau buka note dia ada 225 muka surat (16bab). Nahhh kau nak baca semua tu.

Terus terang sempat tgk note dan baca sampai bab 6 je..lagi 10bab sambil lalu gitu je buka dan bila last minit mcm ni, kakfiza buat contoh soalan je lah.😂

Pulak tu, hari nak ambil exam ada problem dengan laptop. Jadinya terpaksa dari Sungai Petani pergi ke Tanjung Pinang plak sbb nk guna laptop suami.

Alhamdulillah, dapat jugak jawab semua soalan dalam masa sejam je. Masa sebenar 2jam. Haha. Jenis dah malas nak fikir lama-lama. Bila jawapan tak pasti, kita ikut logik je lah.

Berdebar bila dah submit nak tgk result. Lama plak tu dia calculate result. Berdebar gila kot result yang ni. Tapi Alhamdulillah lulus jugak. Cukup2 makan la juga😂



C pun jadi la kan. Asalkan lulus. Nak kata gena lagi kan..🤭

Lepas ni..suami kata jangan hangat2 taik ayam sudah..😂


JOM SERTAI KAMI TAMBAH PENDAPATAN

 ANDA INGIN MENCARI SIDE INCOME❓ ANDA INGIN BERNIAGA DENGAN MODAL MINIMA❓ Jom sertai kami sebagai Perunding Takaful di Muqmeen Group (MG). A...