Tuesday, December 5, 2017

RESEPI ACAR REBUNG BEST

Assalamualaikum...

Hari ni KakFiza nak share acar rebung mak yang memang sedap. Tiap kali kenduri memang akan ada tempahan tau. Sedap sangat...hihi



1kg rebung madu yang siap direbus
1 cawan Lobak Masin
15- 20 ulas Bawang Putih (sebijik2 pun ok)
4 - 5 biji Bawang besar (potong 4)
Sediit Cuka
** 4 bahan ni direbus bersama sedikit cuka hingga mendidih dan ditoskan.

Kismis
Kurma
Buah-buahan (limau kering/ ceri dsbnya)

20 tangkai cili kering dipotong dan digoreng seketika
Sedikit rempah ratus

Cili kering dan rempah ratus dikisar sehingga halus.

Minyak untuk menumis dan halba campur.
Daun kari
Gula 10 sudu besar
Sedikit garam

1. Panaskan minyak dan masukkan daun kari serta halba. Kemudian masukkan cili kisar dan masak hingga naik minyak (orang utara cakap).

2. Setelah cili masak boleh la masukkan bahan yang direbus tadi.

3. Bila dah agak masak atau sekali mendidih boleh terus masukkan buah-buahan tadi (kurma, kismis dll)

4. Masak sehingga agak kering, kuah pekat melekat..hihi. dan boleh la rasa.

Kalau kurang manis, boleh la ditambah gula. 200gram boleh dijual rm6 dan untuk 1kg rm30.

Mesti cuba tau..

KakFiza
SungaiPetani

2 comments:

OKje said...

Jarang sangat makan rebung. Kalau makan pun biasanya buat masak lemak, jarang makan yg buat acar cenggini. Kiranya lebih kurang acar buahlah ni ek

Fiza Hasan said...

Ya kak.sama je caranya mcm acar buah. Rebung ni femes area utara la

JOM SERTAI KAMI TAMBAH PENDAPATAN

 ANDA INGIN MENCARI SIDE INCOME❓ ANDA INGIN BERNIAGA DENGAN MODAL MINIMA❓ Jom sertai kami sebagai Perunding Takaful di Muqmeen Group (MG). A...