Friday, August 18, 2017

MASAK LEMAK CILI API TELUR AYAM

Assalamualaikum..

Jarang-jarang sekali Kak Fiza up resepi kan..hehe

Sebenarnya tengahari tadi kat taman akak ni, kami geng2 pompuan buat potluck. Masak la sorang sikit kan. So, Kak Fiza decide masak apa yang ada je lah. Terjadilah masak lemak cili api teloq ayam ni haa..

Masak Lemak Cili Api Telur

1 biji kelapa parut (boleh je guna kotak punya)
2 batang serai
Asam Keping
Garam secukup rasa
** 2 ulas Bawang Besar (tapi tak la besar sangat. Guna Bawang merah lagi sedap)
** 2 ulas Bawang Putih
** 1 inci kunyit hidup
** Cili padi (agak2 korang la nak pedas mana)
Daun Kunyit

Cara-caranya:
Blendkan cili padi, bawang besar, bawang putih dan kunyit hidup

Korang ambil la periuk masukkan santan dalam tu then letak atas dapur dan buka api yer...😃

Masukkan serai yang dititik, asam keping dan bahan blend. Kalau agak tak kuning, masukkan serbuk kunyit ckit.

Dah agak mendidih masukkan telur sebijik demi sebiji. Jangan dikacau telur nanti pecah lak. Biar je..baru la nanti nampak sebiji2 gitu...haaa kan lawa..😆

Masuk la garam secukup rasa yer..

Taraaaaa..dah siap..

Masak lemak Kak Fiza tak sah kalau takde hirisan daun kunyit. Wangi tau bila letak daun kunyit. Hiris halus letak je dalam masakan tu. Lepas dah tutup api pun ok..

Simple, senang dan mudah kan. Mesti cuba tau!

Maaf..masak tadi tak sempat nak snap pic masak kemak jer. Yang ada ni haaa..menu kami berpotluck tadi. Makan ramai2 tak sedar bertambah2..


Nampak dalam tupperware kuah kuning tu. Itulah menu akaknya...😃😃

No comments:

JOM SERTAI KAMI TAMBAH PENDAPATAN

 ANDA INGIN MENCARI SIDE INCOME❓ ANDA INGIN BERNIAGA DENGAN MODAL MINIMA❓ Jom sertai kami sebagai Perunding Takaful di Muqmeen Group (MG). A...