Assalamualaikum...
Hari ni Kak Fiza nak sharing Apam Mekar resepi dari mak akak. Ni lain dari yang lain ckit tau..
Jom kita cikidot resepinya:
2 cawan tepung beras cap Gajah sekor tu
1 cawan tepung beras cap gajah laut
1 cawan gula ( tapi korang jgn penuhkan)
3/4 cawan *tapai nasi
2 cawan air
1 sudu teh eno (penuhkan)
* tapai nasi
Nasi sejuk digaulkan dengan ragi. Gaulkan dan biarkan kat suhu bilik semalaman. Contohnya, korang buat pagi ni..jadinya, pagi esok dah boleh nampak tapai tu berair dan barulah disimpan peti sejuk. Buat banyak2 pun ok.
Bahan2 kat atas tu korang campurkan semua sekali masuk dan blender. Blend agak sebati.
Kemudian, tapis masuk dalam bekas lain. Kena biarkan lebih kurang 4-6jam pun dah ok.
Kalau korang blend malam, pagi esoknya boleh kukus. Panaskan kukusan. Masukkan eno dalam bancuhan dan kacau sebati.
Kukus dalam 15minit. Kalau nak mekar tu cantik, api kena besar.
Kalau dah tak de tepung beras gajah laut tu (biasanya area perlis senang cari), pakai tepung gajah sekor tu jer. Masuk terus 3 cawan tapi kurangkan ckit air.
Ni resepi turun temurun tau. Kenapa akak pakai 2 jenis tepung berbeza? Gebunya memang tak jemu lah nak makan. Tak melekat dijari tau..😃
Semoga bermanfaat...
Disclaimer:"Saya adalah seorang agent di bawah agensi yang mewakili Prudential BSN Takaful. Segala maklumat yang disampaikan dalam blog ini hanyalah penerangan ringkas berdasarkan pengalaman dan pendapat peribadi saya dan bukannya sebahagian daripada polisi. Saya dan syarikat PruBSN tidak akan bertanggungjawab sekiranya terdapat salah faham dalam apa yang disampaikan. Sila layari web rasmi di www.prubsn.com.my untuk penerangan lanjut"
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
TEMPOH MENUNGGU MEDICAL KAD
TEMPOH MENUNGGU MEDICAL KAD HANYA PENYAKIT YANG WUJUD SELEPAS TEMPOH MENUNGGU (30-120 hari) YANG BOLEH DILINDUNGI. Kalau penyakit tu dah w...

-
Fiza ada pengalaman sendiri lakukan prosedur HSG sekitar awal tahun 2008. Masa tu memang sanggup berhabis duit jumpa pakar O&G ut...
-
Hilangkan parut jerawat dengan Vitamin E Shaklee? haa..hanya penggemar Vitamin E shaklee sahaja tahu bestnya vitamin ni. Macam2 khasiatnya b...
-
Omega Guard adalah salah satu daripada vitamin/suplemen yang disyorkan untuk anak-anak kita. Anda boleh mula memberikan Omega Guard kepad...
No comments:
Post a Comment