Ramai antara kita yang sanggup berhabis ratusan mahupun puluhan ribu ringgit semata-mata untuk kuruskan badan bagi kelihatan langsing dan menawan. Keghairahan untuk tampil dengan bentuk menawan, anggun dan bergaya hampir menyebabkan kita gagal untuk mengawal perbelanjaan kita. Ramai juga yang akhirnya kecewa selepas berhabisan ribuan ringgit namun hasilnya tidak memuaskan hati. Kekecewaan mungkin boleh diatasi sekiranya kita mengetahui tips atau petua untuk kuruskan badan dengan cara yang betul & pengambilan supplimen yang disahkan.
- Elakkan makanan ringan - Jauhkan diri daripada makanan ringan atau makanan segera terutamanya makanan bertepung atau mempunyai kandungan gula yang tinggi. Yang penting ialah mengawal keseimbangan jumlah kalori yang diperlukan oleh badan dengan cara makan lebih kerap tapi dalam kuantiti yang sedikit.
- Hadkan makanan tinggi karbohidrat - Elakkan terlebih makan nasi, kentang, ubi dan lain2 tapi jangan la pula tinggalkan makanan karbohidrat kerana badan kita masih perlukannya sebagai sumber tenaga.
- Kurangkan sumber protein - Cuba kurangkan makanan tinggi protein seperti ikan, tauhu, tempe dan daging. Elok juga dipelbagaikan sumber protein untuk badan kita.
- Pilih menu makanan yang betul– Pastikan menu makanan kita pelbagai. Masukkan sayuran dan buah-buahan kerana ia cepat mengenyangkan kita.
- Makan banyak buah - Amalkan makan buah-buahan sebelum makan terutamanya buah-buahan seperti epal, betik, belimbing dll.
- Kurangkan buah manis - Cuba kurangkan makan buah-buahan yang tinggi kadar fruktosanya seperti pisang, tembikai, anggur dan mangga. Fruktosa yang tinggi akan bertukar menjadi glukosa dalam darah.
- Banyakkan minum– melatih diri untuk lebihkan minum air putih. dalam diet seharian pastikan pengambilan air putih 2-3liter sehari. sangat2 penting utk pembuangan toksin dalam badan. Cuba elakkan / kurangkan minuman bergas.
- Bersenam – Tips di atas akan lebih berkesan jika kita kerap bersenam..luangkan masa 30minit - 1jam utk aktiviti senaman ringan. contoh seperti aerobik seminggu sekali, berjalan sekitar taman perumahan ataupun menaiki tangga juga cara terbaik bersenam.
"GOOD LUCK"
p/s: perlu usaha + konsisten...InsyaAllah kita mampu...:)
No comments:
Post a Comment