Sunday, January 30, 2011

HI bakal dapat adik...

apa mcm tajuk entry?? best tak?? hihi..tp itulah kenyataan..

syukur alhamdulillah...rezeki dtg dr Dia..kami sekeluarga sgt2 bersyukur..
wpun kadangkala rasa sgt tak bersedia...ibu cuba utk tidak terlalu pikirkan semua tu...yang pasti sgt2 happy & teruja..

Alhamdulillah..kandungan ibu dah masuk 14w +..xtau pun..almaklumlah xde tanda2 apa pun..baru 2minggu lepas buat test n gi klinik..




**************



risau..sgt la risau susu jatuh merudum..tp setakat ni Alhamdulillah..masih di permudahkan..bekalan pun masih banyak..

so..after yang 2nd ni kena ibu buat perancangan yang lebih teliti kan...huhu
maklumlah sblm mmg xde amik apa2 pun...sgt2 takut kot2 kena tunggu lagi 4thn tp awal rezeki Tuhan bagi pada ibu sekeluarga...yang sorang ni pun belum lagi bertatih...hihi



############

dah lama tak update blog kan???sgt2 malas...huhu

Thursday, January 13, 2011

Menyusu Badan Ketika Hamil, Boleh atau Tidak?

Anda mungkin mengambil keputusan untuk meneruskan penyusuan susu badan semasa mengandung tetapi beberapa perkara perlu anda ambil kira...
  • Anda perlu kalori dan khasiat tambahan jika anda menyusu semasa hamil. Minta nasihat pakar pemakanan atau pakar kesihatan untuk panduan pemakanan.
  • Kebiasaannya ibu menjadi lebih penat. Dapatkan rehat secukupnya. Anda boleh melelapkan mata dengan berbaring ketika menyusukan anak anda.
  • Puting anda mungkin lebih sensitif semasa hamil. Pastikan lekapan bayi anda adalah betul. Bernafas dalam-dalam dapat mengurangkan sedikit kesakitan.
  • Anak anda tidak akan 'mencuri' kolostrum dan lain-lain khasiat daripada adiknya yang masih dalam perut jika dia menyusu, kerana badan anda tahu yang mana yang perlu didahulukan.
  • Susu badan anda mungkin akan berkurangan semasa usia kandungan 4 bulan dan rasanya juga mungkin berlainan. Semasa ini penghasilan kolostrum mungkin telah bermula. Anak anda mungkin akan berhenti sendiri menyusu badan semasa umur ini.
  • Jika anak anda yang sedang menyusu berusia kurang daripada setahun perhatikan pertambahan berat badannya. Minta nasihat pakar kanak-kanak tentang perkembangan berat badannya. Anda mungkin perlu menambah susu formula selain daripada makanan pelengkap yang diambilnya.
  • Jika anda tidak berhajat untuk menyusukan anak anda selepas bayi dalam perut lahir ('tandem nursing'), maka anda perlu membuat perancangan untuk menyapihnya semasa hamil ini. Jika anda ingin menyapihnya selepas kelahiran bayi baru, mungkin dia akan merasa terganggu emosi. Cara yang biasa diamalkan, "jangan tawarkan, tetapi jangan menolak jika dia nak".
Penyusuan susu badan kebiasaannya tidak boleh diteruskan jika:{mosimage}
  • anda berisiko atau pernah melahirkan bayi pramatang
  • pernah keguguran
  • mengalami pendarahan semasa hamil
  • positif GBS carrier
  • dan lain-lain kehamilan berisiko tinggi
Panduan mudah lain ialah, jika semasa hamil doktor anda menasihatkan untuk anda tidak melakukan seks, maksudnya semasa ini juga anda tidak boleh menyusu badan.
Dalam Islam pula, tiada halangan untuk ibu hamil menyusukan anaknya:
Terdapat hadis di dalam soheh Muslim di mana Rasulullah s.a.w. bersabda; “Aku pada mulanya berhasrat menegah al-Ghilah hinggalah diberitahu kepadaku bahawa orang-orang Rom dan Parsi melakukannya dan tidak ada kesan mudarat pada anak-anak mereka (maka aku tidak jadi menegahnya)” (HR Imam Muslim dari Judamah binti Wahab al-Asadiyyah r.a.).

Menurut ulamak, al-Gilah mempunyai dua maksud; (maksud pertama;) mensetubuhi isteri ketika ia sedang menyusukan anak (dibimbangi ia akan mengandung pula dan memudaratkan anak yang sedang disusui). (Maksud kedua;) seorang wanita menyusui anak ketika ia sedang hamil/mengandung.

Hasrat Nabi s.a.w. menegah perbuatan tersebut ialah kerana dibimbangi perbuatan tersebut akan memudaratkan bayi yang sedang menyusu. Menurut tabib-tabib Arab di zaman Nabi; susu wanita hamil adalah penyakit dan orang-orang Arab tidak menyukainya dan mereka akan menjauhkan anak-anak mereka darinya. Kerana itu, Nabi berhasrat melarangnya. Namun apabila Nabi mendapati orang-orang Rom dan Parsi telah biasa melakukannya dan tidak ada sebarang kesan tidak elok pada anak-anak mereka, maka baginda menarik semula hasrat baginda. Imam an-Nawawi menegaskan; “Di dalam hadis ini terdapat keharusan al-Ghilah kerana Nabi tidak menegahnya dan baginda menjelaskan sebabnya” (Lihat; Syarah Soheh Muslim, juz. 10, kitab an-Nikah, bab Jawaz al-Ghilah…)

http://www.ratuhati.com/


####### mcm ada makna je artikel ni????####..huhu

Wednesday, January 12, 2011

spilled his 1st word...

wahh..bangun subuh anak ibu dah sebut a..bah..2x plak tu...sgt2 terkejut + hepi + semua la.....nape xsebut ibu dulu sayang oiiiiiiiii...hihi (mood jeles)..

apa2 pun 1 perkembangan yg bagus utk my son...gigi dah 2batang..merangkak belum boleh lagi..bila la agaknya???huhu..

.........................................MOOD hari ni....sgt2 hepi.................................

Tuesday, January 11, 2011

already cashout my earning!!!

hari ni xde keja..godek2 web nuffnang..trus tekan cashout...haha..niat hati nak tunggu lagi..tp tgk angka tu mcm byk je benda leh buat kan..huhu..

semua angka tu 90% dri blog SriAnggun ibu...blog yang ni' x femes pun..ahakkk..

so..xsabar plak nak tunggu lagi sbln...ni kali ke-2 ibu cashout hasil dari online bisnes ibu..Alhamdulillah ada gak rezeki sampingan...leh buat belanja utk Hadif Irsyad nti......

Monday, January 10, 2011

Facebook akan ditutup 15 Mac 2011?


PALO ALTO, California - Khabar angin dalam kalangan pengguna Internet mengenai penutupan laman sosial popular Facebook kini tersebar luas terutamanya menerusi laman sosial Twitter, lapor sebuah akhbar semalam.

Antara mesej yang disampaikan oleh pengguna Twitter adalah seperti: "Facebook bakal ditutup pada Mac 2011? Saya harap tidak."

"Khabar angin adalah Facebook akan ditutup. Tolong jangan beralih kepada Twitter dan jangan rosakkan pengalaman jaringan sosial saya," kata @jjelksboss melalui Twitternya.

Terdapat juga kumpulan yang dibentuk di laman Facebook yang meminta agar laman sosial itu tidak ditutup dengan mesej: "Facebook akan ditutup pada 15 Mac 2011. Adakah terdapat cara lain untuk menghalangnya?"

Pada bulan lepas Yahoo telah mengumumkan bahawa Yahoo Video akan ditutup pada tarikh sama tetapi ia tidak bermaksud semua jaringan di Internet akan turut terhenti.

Dalam perkembangan sama akhbar Weekly World News melaporkan bahawa pengasas laman sosial itu, Mark Zuckerberg, 27, sedang menghadapi tekanan untuk terus menguruskan laman sosial tersebut.

"Facebook sudah di luar kawalan saya dan tekanan menguruskan syarikat ini telah mengganggu hidup saya. Saya perlu hentikannya untuk mengelakkan tekanan ini," jelas Zuckerberg dalam satu sidang media di luar pejabatnya di Palo Alto baru-baru ini.


Dalam satu temu ramah menerusi telefon Zuckerberg memberitahu: "Saya secara peribadi tidak menganggap ia sebuah keputusan besar. Secara jujurnya saya fikir ia (menutup laman Facebook) adalah untuk kebaikan. Tanpa Facebook orang ramai akan keluar dan berjumpa dengan rakan-rakan, itu adalah lebih baik."

"Saya tidak kisah mengenai wang. Saya hanya mahu kehidupan saya balik," kata Zuckerberg.

Akhbar itu melaporkan Naib Presiden Perhubungan Teknikal Facebook, Avrat Humarthi menjelaskan bahawa bermula 15 Mac ini pengguna tidak lagi akan dapat memasuki akaun Facebook dan meminta pengguna melakukan sesuatu agar semua gambar-gambar kesayangan tidak hilang.

"Seluruh laman web ini akan ditutup pada tarikh itu. Justeru, jika anda tidak mahu gambar-gambar di Facebook hilang, saya nasihatkan agar anda menyimpannya sebelum laman itu ditutup," jelas Humarthi.

Bagaimanapun, akhbar International Business Times melaporkan bahawa khabar angin itu hanya disebarkan melalui laman-laman blog dan tiada laporan daripada mana-mana akhbar arus perdana berhubung penutupan tersebut.

Menurut Lou Kerner dari firma Wedbush Securities, Facebook mempunyai lebih 600 juta pengguna di seluruh dunia dengan 300 pemegang saham.

- Agensi

Artikel Asal
http://weeklyworldnews.com/headlines/27321/facebook-will-end-on-march-15th/

Sunday, January 2, 2011

2010 dalam kenangan...

nak imbas kembali apa yang jadi pada tahun 2010...

Januari 2010..
~ Alhamdulillah...kandungan ibu nak masuk 6bulan..setelah hampir 4tahun ibu & abah menanti kehadiran Muhammad Hadif Irsyad..akhirnya tercapai jua..rezeki dariNya..Amin

~ dah 2bulan+ menganggur selepas ada konflik dengan bos kat tempat keja..terpaksa berhenti utk jaga kandungan ibu supaya 'pisang tak berbuah 2 kali'...

February 2010
~ Birthday Hubby yang ke-...??':p (05/02)

March 2010
~ bz nya buat persiapan nak sambut baby 1st..rasa teruja yang amat sgt..

April 2010
~ pertengahan April dah balik kampung..bila tak kerja..xde la susah nak set masa..
~ Amik Exam MEDSI 1week sebelum bersalin..ahakk
~ Birthday ibu pada 26/04 tapi pagi tu terpaksa warded..pagi gi Hospital dah kena tahan sbb jalan dah buka 2cm..tp esok paginya baru bersalin 5.27am..
*************MOOD*************sgt2 la happy...dah lama menantikan......

Mei 2010
~ berpantang...sgt seronok menatap wajah sikecil..wpun 2minggu pertama terpaksa sumbat sikecil dengan susu formula...Alhamdulillah berjaya juga utk BF slps mcm2 ikhtiar dilakukan....
~ buat majlis kesyukuran, doa selamat & cukur jambul utk sikecil...
~ berpantang 21hari..dapat interview DPLI kat UUM sintok...tp bukan rezeki ibu..nak buat mcm mn kan..sgt sedeh..hukhuk

Jun 2010
~ masih mood pantang tp dah balik KD...rindu nak balik rumah sndiri...
~ 03/06 Ulangtahun perkahwinan ke-4...Alhamdulillah..ibu & Abah dah dapat hadiah yang paling bermakna & berharga...

July - Oktober 2010
~ rutin bergelar ibu sgt seronok rupanya...maklum la pengalaman pertama bergelar ibu...
~ umur 4bln..HI terkena chiken pox..tu pun selepas 2minggu ibu kena..dah cuba elakkan tp akhirnya anak ibu terkena juga..kesiannya..
~ balik raya puasa Kelantan tahun ni sgt2 rasa teruja..sbb apa tau??sbb dah tak perlu tahan telinga dengar org bertanya..' bila nak dpat anak?"..huhu...
~ Mak & Ayah mertua bertolak ke Mekah bagi menunaikan Haji...Alhamdulillah sampai seru mereka..& mereka selamat kembali ke tanah air...
~ balik raya Haji di perlis..buat majlis aqiqah utk si bujang ibu...
~ berlaku konflik antara ibu & abah (tak mampu utk dikenang..biarlah ia menjadi sejarah..dah xnak ingat langsung benda tu)

November - December 2010
~ Abah ditransfer ke Kuala Muda sebelah penang selama sebulan...kemudian sambung sebulan lagi...kami decide nak dok rumah mak kat perlis..dekat ckit utk Abah balik seminggu sekali...
~ diambang tahun baru..Abah dapat surat transfer dari HQ...dia kena terus keja kat K.Muda...terpaksa cari rumah sewa sebelah sini plak..

******************AZAM 2011********************

~ nak sihat mental & fizikal

~ nak jadi ibu, isteri & anak yang penyayang & lebih bertanggungjawab pada keluarga & rumahtangga..InsyaAllah

~ nak cari kerja / kalau ada rezeki nak set up biz..

~ rasanya nak tambah anak sorang lagi...haha..kalo ada rezeki la..

********byk lagi tp nak kena pikir dulu ya..*********:p

JOM SERTAI KAMI TAMBAH PENDAPATAN

 ANDA INGIN MENCARI SIDE INCOME❓ ANDA INGIN BERNIAGA DENGAN MODAL MINIMA❓ Jom sertai kami sebagai Perunding Takaful di Muqmeen Group (MG). A...