Tuesday, June 2, 2015

Tanda-tanda Pneumonia dikalangan Kanak-kanak

Ada tak dikalangan mommy2 diluar sana yang mempunyai pengalaman anak mengalami pneumonia? Jika ada, saya harap anda semua tabah dan ambil langkah pencegahan yang sewajarnya.

Bayi dan kanak-kanak seringkali mengalami masalah teradangan atau jangkitan pada satu atau kedua-dua belah paru-paru yang biasanya disebabkan serangan virus. Bagaimanapun, jangkitan bakteria juga boleh menyebabkan pneumonia.

Jangkitan ini membuat saluran pernafasan anak ke paru-paru yang masih kecil menjadi bengkak dan menghasilkan lebih banyak cecair berlendir (mukus).

Masalah bengkak dan kehadiran cecair menyekat saluran pernafasan serta mengurangkan kemasukan oksigen ke dalam badan. Pneumonia boleh berlaku pada satu bahagian atau keseluruhan paru-paru.

Lazimnya penumonia berlaku selepas jangkitan saluran pernafasan seperti selesema atau flu. Kebanyakan kanak-kanak yang mengalami pneumonia sembuh dengan cepat.

https://sweetnyer.blogspot.com


Antara tanda pneumonia ialah:
  • Bayi baru lahir

Bayi baru lahir yang mendapat pneumonia jarang batuk. Tanda yang lebih kerap diperhatikan ialah pernafasan bayi menjadi cepat, mengalami gejala tarik-tarik, pernafasan berbunyi kasar dan hiposekmia iaitu kekurangan oksigen dalam badan.


Apabila mengalami pneumonia, peti suara menjadi rapat bagi meningkatkan tekanan di dalam saluran pernafasan atas dan membuka saluran pernafasan bawah. Keadaan ini menyebabkan pernafasan bayi berbunyi kasar.

Gejala ini juga boleh menjadi petanda penyakit pada saluran pernafasan bawah.

  • Bayi lebih besar
Jarang menunjukkan gejala bunyi nafas yang kasar, sebaliknya pernafasan mereka menjadi cepat dan kekurangan oksigen dalam badan. Ini diikuti batuk, hidung tersumbat, demam, tidak selesa dan hilang selera makan.

  • Kanak-kanak pra sekolah
Biasanya kumpulan ini mengalami demam, batuk (berkahak atau kering), pernafasan cepat dan tercungap serta hidung tersumbat. Mereka juga mungkin muntah selepas batuk tanpa berhenti.

  • Kanak-kanak lebih besar dan remaja
Pada peringkat umur ini gejala yang biasa dialami termasuk demam, batuk berkahak atau kering, hidung tersumbat, sakit dada, kekurangan air dalam badan dan menjadi lesu. Mereka juga boleh berasa sakit perit dan muntah.

  • Semua kanak-kanak
Ramai kanak-kanak yang diserang pneumonia cuba mengembang hidung mereka bagi meningkatkan kemasukan lebih banyak udara ke dalam badan.

Ketika ini kebanyakan kanak-kanak enggan makan. Ramai ibu bapa bimbang melihat keadaan anak tetapi ingat, anak anda akan kembali makan apabila berasa lebih sihat dan selesa.

Yang penting ialah memberi anak minum banyak air bagi mengelak masalah kekeringan. Jika anak masih kecil, suap air menggunakan sudu dan untuk bayi, beri susu (melalui botol atau susu badan) sekerap mungkin.

Bahaya radang paru-paru/pneumonia ini pada semua peringkat umur terutama sekali kanak-kanak. Biasanya terdapat beberapa sebab/punca terjadinya pneumonia dikalangan kanak-kanak ini? InshaAllah kita jumpa di entry akan datang.


6 Jenis Buah Bantu Diet Anda

Bila dengar diet, kurus, slim dan seangkatan dengannya mesti org teruja kan? Termasuk lah saya. Tahukah anda, sebenarnya buah menggantikan makanan berkalori tinggi Selain itu, buah kaya dengan serat dan protein sekaligus dapat membuat anda merasa kenyang lebih lama, serta meningkatkan tenaga untuk melakukan aktiviti sepanjang hari ketika anda mengamalkan diet.


http://sweetnyer.blogspot.com/2014/04/set-diet-shaklee.html


Jom kita tgk buah apa?

EPAL – antara buah terbaik yang boleh membantu anda untuk kuruskan badan. Makan epal setiap hari pun bagus kerana epal sangat tinggi dengan serat tetapi rendah kalori.Epal juga kaya dengan vitamin dan mineral.  Selain itu, epal turut mengandungi anti-oksida  iaitu flavanoid dan folifenel.

PISANG – Pisang juga merupakan buah yang tinggi dengan fiber dan kalsium. Lagipun pisang ni senang nak dibawa ke mana-mana, sedap, menyihatkan serta mengeyangkan.Pisang ni adalah satu-satunya buah yang tinggi kandungan Vitamin B6.Vitamin B6 juga dikenali sebagai pyridoxine. Ianya sangat bagus untuk kesihatan saraf, peredaran darah, kulit, selaput lendir serta mempengaruhi mood anda. B6 ni anda boleh perolehi daripada B Complex. Satu hidangan pisang ni dah memberikan lebih daripada 30% keperluan harian vitamin B6. Vitamin B6 juga bantu meningkatkan sistem imun tubuh serta mengurangkan risiko sakit jantung

PEAR – Pear merupakan buah yang utama  dalam bantu menurunkan berat badan kerana pear juga sangat kaya dengan kandungan serat. Di samping itu, pear turut bantu mengurangkan kadar kolestrol dan menyokong kesihatan jantung anda kerana mengandungi potassium.

KIWI – Kiwi pun bagus untuk bantu anda kurus kerana kandungan seratnya yang tinggi dan biji kecil yang terdapaqt dalam buah kiwi sebenarnya adalah gabungan serat larut. Ianya sangat bagus untuk pencernaan. Malah ianya turut memberikan rasa kenyang

STRAWBERi – Strawberi sangat bagus untuk menurunkan berat badan. Ini kerana strawberi menggalakkan penghasilan hormon adiponectin dan leptin. Kedua-duanya adalah hormon pembakar lemak dan peningkat metabolisma. Strawberi juga mengandungi enzim anti-radang. Enzim ni berfungsi untuk menyembuhkan luka serta kerosakan tisu dalaman. Jadi mengambil strawberi ni bukan sahaja dapat meningkatkanmetabolisma, malah bagus untuk kesihatan.

BLUBERI – Bluberi merupakan buah yang sangat tinggi kandungan anti-oksidan.  Blueberi ni menghalang faktor-faktor penyebab sindrom metabolik. Bluberi menghalang berlakunya rintangan insulin (insulin resistance), tekanan darah tinggi, obesiti dan kolestrol. Kalau anda nak tahu, menurut kajian daripada Taxes Women’s University (TWU), didapati bahawa bluberi mampu mencegah sel-sel lemak. Jadi ini berita baik untuk kurus! Segenggam bluberi sehari boleh membantu meningkatkan kesihatan anda.

Pastikan anda minum 8 gelas air sehari. Air dapat mengurangkan selera makan secara semulajadi dan dapat membantu badan anda memetabolisma lemak yang tersimpan. Elakkan juga pengambilan air bergas serta kurangkan pengambilan garam. Kena ingat juga tau!!..Jangan berlapa sebab Makanan memberi kita tenaga dan bila kita menggunakan tenaga kurang dari apa yang kita ambil, tubuh akan terkejut. Tubuh akan mula membakar ‘muscle'(otot) untuk menggantikan makanan. Ini menyebabkan kadar metabolisma tubuh menjadi rendah. Bila anda tidak tahan berlapar, pada kebiasanya anda akan makan dengan lebih banyak. Pada masa ini, walaupun tahap pengambilan makanan anda telah kembali ke paras normal, tetapi metabolisma tubuh masih lagi rendah. Ini menyebabkan ia tidak membakar kalori pada tahap yang sama lagi.

ohhh ya...amalkan juga jus Lemon tau! anda perlu tahu 12 Kebaikan Jus Lemon dan sekaligus boleh Kurus dengan Jus Lemon.  Juga boleh amalkan pemakanan tambahan yang dapat membantu diet anda dengan Set Pelangsingan Badan /Diet.

Monday, June 1, 2015

Istimewanya Vitamin E dan Vitamin C Shaklee

Assalamualaikum semua...
Bulan Jun ini adalah bulan promosi Vitamin E, Sustainable Released Vita C Plus (Vitamin C) dan masih lagi Vitalea for Kids.  Wowww..teruja sangat2 dengan Vitamin E dan C tu. Sebabnya apa tau?..produk kegemaran saya dan suami..:).
http://sweetnyer.blogspot.com/2014/02/set-kulit-cantik.html


Vitamin Shaklee memang famous kan..kan?..paling dikenali dan mempunyai fungsi yang pelbagai termasuklah pemulihan dan pertumbuhan tisu-tisu, mengekalkan kesihatan gusi, menyokong sistem imun dan membantu penyerapan zink.  Ramai yang mengamalkan pengambilan vitamin C setiap hari dalam usaha merendahkan risiko mendapat serangan jangkitan ringan.  Hasil penyelidikan juga mendapati ia berpotensi mengurangkan tempoh demam selesema dengan menguatkan sistem imun.

Saya amalkan Vitamin C utk perbaiki sel-sel kulit wajah semakin hari nampak semakin kusam. Bonus yang saya dapat, saya kurang diserang selsema dan kulit kusam..Alhamdulillah makin menampakkan hasil.  Ramai juga wanita diluar sana mengamalkan Vitamin C sebagai amalan harian dan Vitamin C begitu popular untuk kecantikan kerana ia merangsang kesihatan dan kecantikan kulit melalui penghasilan kolagen.

Best tak?..Sebenarnya banyak lagi Keistimewaan dan Faedah Vitamin C yang perlu anda tahu. Siapa yang nak Kulit Cantik, berseri-seri memang wajib amalkan Vitamin C ni. Sebabnya vitamin C Shaklee sudah diformulasi dalam bentuk ‘sustained release’. Ini bermaksud kandungan Vitamin C di dalam tablet ini ini akan dilepaskan ke dalam badan secara berperingkat-peringkat. Ini kerana vitamin C merupakan vitamin larut air. Jika terdapat lebihan vitamin C dalam satu-satu masa, badan kita akan bertindak untuk mengeluarkan lebihan ini melalui air kencing. Jadi, dengan formulasi ‘sustained release’ ini, kandungan vitamin C dalam badan dapat dikekalkan secara berterusan.

" khasiat yang sama seperti memakan 7 biji buah oren beserta dengan kulitnya"


Apa pula yang BEST mengenai Vitamin E Complex ni?..haaa..paling special utk para suami isteri menjadi kegemaran ramai. Vitamin E Shaklee adalah vitamin semulajadi yang berkhasiat dan istimewa dengan tambahan Selenium dan Ekstrak Grape Seed sekaligus menjadikannya jauh lebih baik daripada kebanyakan vitamin E di pasaran.  Kuasa antioksidan polifenol adalah 20 kali lebih baik dari vit E dan 50 kali lebih baik daripada Vitamin C

Bagaimana anda melengkapkan vitamin E harian anda? Jika anda dapat melengkapkan nutrisi vitamin E anda melalui makanan, itu pastinya lebih baik. Tapi adakah mencukupi dengan jumlah yang anda perlukan? Selalunya Vitamin E boleh diperolehi daripada sumber makanan kita kan.? Tapi rasanya tak semua yang dapat lengkapkan Vitamin E mereka setiap hari. Oleh itu sebagai alternatif untuk melengkapkan Vitamin E harian, Shaklee telah mengeluarkan Vitamin E istimewa ini.

Sangat panjang berjela kalau nak bercerita mengenai "Vitamin Cinta" ni.  Banyak sungguh khasiat dan kebaikan Vitamin E Shaklee ni.  Menurut satu kajian tentang vitamin E, pengambilan Vitamin E sebenarnya dapat membantu mencegah sehingga 80 jenis penyakit.

Vitamin E perlu untuk mengekalkan kesihatan dan kekuatan jantung, dinding kapilari yang sihat. Sebagai antioksida larut lemak, ia menjaga tisu-tisu pelindung berlemak yang mengelilingi organ-organ utama dan mencegah penyakit degeneratif. Ia mengandungi bahan anti penuaan yang membantu merangsang kulit yang lembap dan lembut dengan menguatkan lapisan pelindung kulit.

Selenium dianggap sebagai penemuan baru dalam dunia anti oksida. Ia diperlukan untuk pembentukan enzim gluthathione peroxidase yang berperanan penting untuk melawan radikal bebas. Selenium membantu mengekalkan mata yang sihat, kulit, rambut, jantung dan sistem reproduktif, selain mengekalkan hati agar berfungsi secara optimum. Mereka yang mengalami jerawat terutamanya yang serius mungkin juga kekurangan zink. Ia juga bermanfaat kepada kulit bermasalah atau jerawat memandangkan ia diperlukan untuk penyembuhan luka dan mengawal penghasilan minyak melalui kelenjar minyak.

Gabungan vitamin dan nutrien antioksida ini sesuai untuk mereka yang ingin memperolehi kulit sihat, tinggal dalam persekitaran tercemar dan pendedahan berlebihan kepada cahaya matahari atau radiasi UV. Mereka yang mempunyai sistem imun yang lemah juga akan memperolehi manfaat dengan amalan pengambilan formulasi ini. Gabungan  vitamin C, E dengan selenium dan zink  yang turut ditambah dengan kumpulan vitamin B seperti vitamin B1, B5 dan B6 bermanfaat untuk melengkapkan tindakan sinergistik anti oksida untuk membantu tubuh melawan radikal bebas.


Sangat menarik kan? siapa yang nak kulit cantik, berseri-seri di pagi raya elok sangat amalkan Set Kulit Cantik yang pastinya buat anda terpukau.  

Sempena PROMO bulan ini, jangan lepaskan peluang untuk memiliki produk hebat ini.



KAWASAKI DESEASE MENYERANG KANAK-KANAK

  Pengalaman Ibu dengan Penyakit Kawasaki – Qaisara Nama penyakit nampak lawak, tapi hakikatnya Kawasaki Disease ni sangat bahaya. Ia radang...