Bayi dan kanak-kanak seringkali mengalami masalah teradangan atau jangkitan pada satu atau kedua-dua belah paru-paru yang biasanya disebabkan serangan virus. Bagaimanapun, jangkitan bakteria juga boleh menyebabkan pneumonia.
Jangkitan ini membuat saluran pernafasan anak ke paru-paru yang masih kecil menjadi bengkak dan menghasilkan lebih banyak cecair berlendir (mukus).
Masalah bengkak dan kehadiran cecair menyekat saluran pernafasan serta mengurangkan kemasukan oksigen ke dalam badan. Pneumonia boleh berlaku pada satu bahagian atau keseluruhan paru-paru.
Lazimnya penumonia berlaku selepas jangkitan saluran pernafasan seperti selesema atau flu. Kebanyakan kanak-kanak yang mengalami pneumonia sembuh dengan cepat.
Antara tanda pneumonia ialah:
- Bayi baru lahir
Bayi baru lahir yang mendapat pneumonia jarang batuk. Tanda yang lebih kerap diperhatikan ialah pernafasan bayi menjadi cepat, mengalami gejala tarik-tarik, pernafasan berbunyi kasar dan hiposekmia iaitu kekurangan oksigen dalam badan.
Apabila mengalami pneumonia, peti suara menjadi rapat bagi meningkatkan tekanan di dalam saluran pernafasan atas dan membuka saluran pernafasan bawah. Keadaan ini menyebabkan pernafasan bayi berbunyi kasar.
Gejala ini juga boleh menjadi petanda penyakit pada saluran pernafasan bawah.
- Bayi lebih besar
Jarang menunjukkan gejala bunyi nafas yang kasar, sebaliknya pernafasan mereka menjadi cepat dan kekurangan oksigen dalam badan. Ini diikuti batuk, hidung tersumbat, demam, tidak selesa dan hilang selera makan.
- Kanak-kanak pra sekolah
Biasanya kumpulan ini mengalami demam, batuk (berkahak atau kering), pernafasan cepat dan tercungap serta hidung tersumbat. Mereka juga mungkin muntah selepas batuk tanpa berhenti.
- Kanak-kanak lebih besar dan remaja
Pada peringkat umur ini gejala yang biasa dialami termasuk demam, batuk berkahak atau kering, hidung tersumbat, sakit dada, kekurangan air dalam badan dan menjadi lesu. Mereka juga boleh berasa sakit perit dan muntah.
- Semua kanak-kanak
Ramai kanak-kanak yang diserang pneumonia cuba mengembang hidung mereka bagi meningkatkan kemasukan lebih banyak udara ke dalam badan.
Ketika ini kebanyakan kanak-kanak enggan makan. Ramai ibu bapa bimbang melihat keadaan anak tetapi ingat, anak anda akan kembali makan apabila berasa lebih sihat dan selesa.
Yang penting ialah memberi anak minum banyak air bagi mengelak masalah kekeringan. Jika anak masih kecil, suap air menggunakan sudu dan untuk bayi, beri susu (melalui botol atau susu badan) sekerap mungkin.
Bahaya radang paru-paru/pneumonia ini pada semua peringkat umur terutama sekali kanak-kanak. Biasanya terdapat beberapa sebab/punca terjadinya pneumonia dikalangan kanak-kanak ini? InshaAllah kita jumpa di entry akan datang.
No comments:
Post a Comment