Syukur Alhamdulillah..hari nie genap 4tahun kami melayari alam rumahtangga...mengimbas kembali saat pertama diijabkabulkan sehingga kini sudah menjangkau 4tahun..semoga rumahtangga yang dibina kekal bahagia ke akhirnya ditambah pula dengan kehadiran cahayamata yang sekian lama kami nantikan...di tahun ke-4, Tuhan makbulkan doa kami utk melengkapkan rumahtangga dgn kehadirannya...MUHAMMAD HADIF IRSYAD.
03 JUNE 2006
kami dinikahkan di Masjid Kg. Batu Bertangkup, Chuping Perlis..waktu tu ibu masih lagi belajar di tahun 2 @ UM..
mmg xpernah merangcang..saat bergelar isteri mmg xsabar nakkan anak pengerat kasih sayang tapi apakan daya belum rezeki..
mungkin masa tidak mengizinkan dengan keadaan ibu yang masih study..Abah plak keja jauh..ditahun pertama perkahwinan..Abah bekerja di Cilacap Indonesia selama setahun..
kembali dari Indonesia...terbang pula ke UAE (Dubai) selama 2 tahun...mmg sepanjang perkahwinan penuh dengan dugaan berjauhan..apakan daya, rezeki kami dah mmg tertulis mcm tue..
Alhamdulillah..penghujung 2008, Abah kembali ke Malaysia dan kebetulan ada projek di Jalan Duta selama 2 thn nie..
selepas nie?? belum nak pk lagi..huhuhu
03 JUNE 2010
tahun ni paling bermakna dalam hidup kami...ibu xperlukan hadiah apa pun..cukup dengan kehadiran anak ibu..hadiah yang tak ternilai..
saat pertama ibu menatap wajah Irsyad, xmampu ibu nak tahan air mata dari mengalir..air mata kegembiraan...dah xrasa sakit waktu melahirkan dan kini baru ibu tahu betapa berat tanggungjawab apabila bergelar ibu..
semoga kehadirannya memberi cahaya dalam hidup kami sekeluarga..Amin
Disclaimer:"Saya adalah seorang agent di bawah agensi yang mewakili Prudential BSN Takaful. Segala maklumat yang disampaikan dalam blog ini hanyalah penerangan ringkas berdasarkan pengalaman dan pendapat peribadi saya dan bukannya sebahagian daripada polisi. Saya dan syarikat PruBSN tidak akan bertanggungjawab sekiranya terdapat salah faham dalam apa yang disampaikan. Sila layari web rasmi di www.prubsn.com.my untuk penerangan lanjut"
Thursday, June 3, 2010
Thursday, May 27, 2010
Cucuk Sebulan @ Day 31
Hari ni Irsyad pi cucuk..menagis la kena cucuk..suara dia je dengar kat klinik tu...Alhamdulillah dah sebulan anak ibu..moga sihat & membesar bagai juara ye..hehehe
update:
27 April 2010
WT ~ 3.1kg
LT ~ 53cm
HO ~ 34cm
27 May 2010
WT ~ 4.67kg
LT ~ 56.5cm
OFC ~ 38cm
CC ~ 39cm
dah 4.67kg anak ibu..cepatnya membesar...nanti bila2 free ibu update pic Irsyad sebulan..:)


update:
27 April 2010
WT ~ 3.1kg
LT ~ 53cm
HO ~ 34cm
27 May 2010
WT ~ 4.67kg
LT ~ 56.5cm
OFC ~ 38cm
CC ~ 39cm
dah 4.67kg anak ibu..cepatnya membesar...nanti bila2 free ibu update pic Irsyad sebulan..:)
Tuesday, May 25, 2010
Interbiu DPLI
Ahad lepas 23 Mei 2010, ibu gi interbiu DPLI kat UUM Sintok..tanpa persediaan yang secukupnya, hanya tawakal..kalo ada rezeki..InsyaAllah dpt..tp keyakinan utk dpt tu xde sbb mmg lansung xde buat persediaan..penemuduga tu tnya ' hari ni ada baca paper tak?..dengan yakin, tulus ikhlas ibu jawab 'tidak'...so xde lah dia tnya apa2...persoalan lain biasa2 je..tnya pasal coz yang ibu apply, masa kat UM pernah pegang jawatan apa..so simple Q...
xpe..ibu cuba lagi next year' utk thn ni mmg xready lagi..amik MEDSI hari tu pun tgh sarat lagi 3 hari nak deliver' hehe..
yang penting..utk thn ni ibu nak jaga Irsyad sepenuh masa..InsyaAllah..
xpe..ibu cuba lagi next year' utk thn ni mmg xready lagi..amik MEDSI hari tu pun tgh sarat lagi 3 hari nak deliver' hehe..
yang penting..utk thn ni ibu nak jaga Irsyad sepenuh masa..InsyaAllah..
Subscribe to:
Posts (Atom)
TEMPOH MENUNGGU MEDICAL KAD
TEMPOH MENUNGGU MEDICAL KAD HANYA PENYAKIT YANG WUJUD SELEPAS TEMPOH MENUNGGU (30-120 hari) YANG BOLEH DILINDUNGI. Kalau penyakit tu dah w...

-
Fiza ada pengalaman sendiri lakukan prosedur HSG sekitar awal tahun 2008. Masa tu memang sanggup berhabis duit jumpa pakar O&G ut...
-
Omega Guard adalah salah satu daripada vitamin/suplemen yang disyorkan untuk anak-anak kita. Anda boleh mula memberikan Omega Guard kepad...
-
Hilangkan parut jerawat dengan Vitamin E Shaklee? haa..hanya penggemar Vitamin E shaklee sahaja tahu bestnya vitamin ni. Macam2 khasiatnya b...