Showing posts with label TIPS RAMBUT GUGUR. Show all posts
Showing posts with label TIPS RAMBUT GUGUR. Show all posts

Sunday, December 24, 2017

TIPS MUDAH KURANGKAN RAMBUT GUGUR

Tengah google untuk tips hilangkan keguguran rambut. Terjumpa lak tips simple ni. Tak tau plak guna air garam je. Nanti boleh la cuba.

KakFiza kongsikan untuk anda.

Ambil segenggam garam dan masukkan ke dalam besen berisi air. Agak2 la garam tu..tengok banyak mana rambut kita. Rendam rambut anda selama 3 hingga 5 minit. Urut kepala anda dengan lembut dan perlahan agar air garam itu meresap ke dalam kulit kepala.

Bilas dengan air bersih pula tau!

Ulangi seminggu 2 kali dan anda akan lihat hasilnya.


Kenapa anda perlu cuci rambut dengan air garam?

1. Menghilangkan kelemumur

kelemumur merupakan bakteria. Jika rambut anda penuh dengan kelemumur, cara paling bagus, bersihkan rambut dengan air garam. Garam boleh membunuh bakteria dan menyegarkan kulit kepala.

2. Rambut kelihatan lebih segar

Ya, air garam boleh membantu masalah kulit kepala berminyak, serta kotoran lain. Jika anda boleh atasi semua ini, maka rambut anda kan kelihata lebih segar dan berkilat !

3. Menghalang keguguran rambut

Air garam boleh menyebabkan liang liang di kulit kepala tertutup rapat dan akan menghalang dari berlakunya keguguran rambut.

Sesuai untuk lelaki dan wanita. Selamat mencuba!

Friday, December 9, 2016

CARA MUDAH MERAWAT RAMBUT GUGUR

Assalamualaikum..
Semalam ada taip entry pasal cara merawat keguguran rambut secara semulajadi. Maklum la sejak Qisya dah masuk 6bulan ni makin banyak semburan yang dia buat dan makin hari makin banyak rambut gugur.



Jadinya..kena la konsistent semula set rambut gugur ni. Sebelum tu cuba tengok perkongsian menarik dari video ni



Puan Maria berhadapan dengan masalah rambut gugur yang teruk. Setiap kali basuh dan sikat rambut, mesti ada yang jatuh ke lantai. Bila rambut kerap gugur, lama kelamaan rambut akan kelihatan botak bertompok pula. Muda lagi tapi dah nampak tua sebab botak..hehe

Saya mencadangkan set rambut gugur Shaklee untuk membantu anda.



1. ESP 

ESP adalah serbuk protin. Kekurangan protin menyebabkan pertumbuhan rambut menjadi perlahan. Pastikan bahawa anda makan cukup protein agar rambut anda tumbuh lebih cepat dan sihat. 

2. B Complex
Salah satu punca rambut gugur adalah disebabkan tekanan emosi. B Complex adalah vitamin anti stress yang membantu untuk memberi perasaan tenang. Kandungan utama Vitamin B3 adalah berguna untukmembaiki aliran darah pada kulit kepala, Vitamin B6 pula untuk mengelakkan rambut dari gugur. Vitamin B12 juga memainkan peranan untuk elak rambut gugur. Kesimpulannya kelebihan B Complex sangat banyak untuk masalah rambut gugur. 

3. Zink Complex
Diet yang kurang zink boleh membawa kepada kelemahan sistem imun yang boleh menyebabkan keguguran rambut. Zink boleh memainkan peranan yang penting dalam modulation paras testosteron pada lelaki normal. Apabila hormon seimbang maka risiko kehilangan rambut boleh dikurangkan. Zink boleh menguatkan folikel rambut anda dan boleh membantu mencegah beberapa jenis keguguran rambut. 

4. Prosante Hair Care System
Istimewanya set ni ia adalah bebas paraben, bebas SLS.
✅ Prosante Revitalizing Shampoo
✅ Prosante Lightweight Conditioner
✅ Prosante Nourishing Scalp Treatment


Berminat nak dapatkan set penjagaan rambut di atas?
Boleh hubungi saya Fiza 012 4513311. InsyaAllah saya boleh membantu. Atau ingin membuat pembelian sendiri boleh sahaja klik dibawah untuk pesanan.



Sekiranya anda berminat menjadi Pengedar Shaklee terus hubungi saya Fiza 012 4513311. Saya memerlukan pengedar di Seluruh Malaysia termasuk Indonesia, Singapura dan Brunei.

Kehadiran anda sangat diperlukan.

Pengedar Sah Shaklee Sungai Petani, Kuala Ketil dan 
Padang Serai 
Fiza Hasan (Shaklee ID 949698)
012 4513311 (whatsapp /sms)
COD : Bandar Puteri Jaya, Econsave BPJ, Giant Sungai Petani

7 CARA MERAWAT MASALAH RAMBUT GUGUR

Assalamualaikum semua..
Ada tak dikalangan ibu-ibu yang mengalami masalah keguguran rambut yang teruk selepas bersalin? Saya ada beberapa tips untuk dikongsi bersama. Cara atasi masalah rambut gugur:




1. Minyak Lavender
Minyak lavender juga menggalakan pertumbuhan rambut tau.  Ia sememang nya membantu merawat rambut yang rosak sekaligus mengurangkan keguguran rambut. Sapukan sedikit minyak lavender pada rambut terutama akar rambut dan urut bahagian kulit kepala. Boleh amalkan dua kali sebulan.

2. Minyak Kelapa dan Minyak Zaitun
Hanya perlu campurkan satu sudu minyak zaitun dan satu sudu minyak kelapa. Kemudian sapukan ke seluruh bahagian rambut bermula dari kulit kepala. Urut bahagian kulit kepada secara perlahan. Tutup dengan shower cap dan biarkan untuk lebih kurang lima jam kemudian basuh rambut seperti biasa dengan menggunakan syampu.

3. Makanan Tinggi Protein
Rambut memerlukan protein untuk tumbuh dengan lebat, subur dan sihat. Bila kita mengamalkan makanan yang tinggi kandungan protein, rambut bukan sahaja yang tumbuh dengan lebat tetapi dapat juga mengelak dari berlakunya kerosakan rambut.

4. Santan Kelapa
Petua tradisional yang kerap digunakan untuk perawatan rambut adalah dengan menggunakan santan. Apa yang perlu anda lakukan adalah ambil santan yang pekat dan lumurkan ke seluruh bahagian rambut dan kulit kepala. Urut kulit kepala untuk seketika dan biarkan selama sejam sebelum membasuh rambut seperti biasa. Amalkan petua ini dua kali seminggu untuk melihat hasilnya. Penggunaan santan kelapa bukan sahaja akan melebatkan rambut tetapi ia juga akan membuat rambut kelihatan lebih bersinar dan hitam.

5. Yogurt
Anda hanya perlu melumurkan yogurt ke atas seluruh bahagian rambut seperti masker rambut. Biarkan selama sejam dua sebelum anda membasuh rambut seperti biasa. Amalkan sekurang-kurangnya dua ke tiga kali seminggu.

6. Kacang Hijau
Selain elok untuk kulit muka, kacang hijau juga boleh digunakan untuk merawat rambut. Anda perlu mengambil secawan kacang hijau dan merendamkannnya terlebih dahulu. Rendam semalaman. Tapis kacang hijau tersebut dan ambil airnya. Sapukan air kacang hijau pada seluruh bahagian kulit kepala dan urut perlahan. Amalkan tiga kali seminggu untuk hasil yang berkesan.

7. Limau purut
Limau Purut baik untuk rambut tau. Boleh juga cuba untuk kurangkan keguguran rambut. Buahnya dibelah dua dan jusnya diperah ke atas kepala dan digosokkan ke kulit kepala. Insyallah, jika diamalkan, rambut menjadi sihat, berkilat, dan bersih tanpa kelumumur.

Kebersihan rambut perlu dijaga terutama untuk wanita yang bertudung. Sentiasa cuci rambut dan bilas dengan bersih. Gunakan syampoo dan perapi yang sesuai.

Anda ada tips lagi best? Meh kongsi dengan saya dan rakan-rakan yang lain. Nanti saya nak share pula vitamin untuk kesuburan rambut. Best tau. Mudah sangat. InsyaAllah pada entry akan datang.

Selamat malam..

Wednesday, July 8, 2015

ATASI RAMBUT GUGUR DENGAN ZINK COMPLEX

Rimas dengan rambut yang sering keguguran? Sikat je rambut gugur..bila syampoo je rambut penuh jer kat bilik air..huhu. Makin lama makin nipis plak kan. Ada plak tu kelumumur dok bertepek kat kulit kepala. Masalah lagi tu..adehhh..runsing kan??




Punca rambut gugur?
  • Genetik - mmg biasa kita dengar kan
  • Stress/tertekan - wajib amik vitamin kurangkan stress duly
  • Hormon tidak stabil
  • Kekurangan nutrisi
  • Pengambilan vitamin/ubat yg pelbagaipelbagai
  • Penggunaan produk warna rambut
  • Kurang cuci rambut - ada yg mls cuci ke?..adehhh masalah ni
So...fiza rekemen 2produk Shaklee yang memang best:



Zink Complex
Banyak sebab mengapa kita perlu zink dalam badan. Antaranya ialah:
  • Membina sel-sel sihat
  • Mengawal hormon
  • Membantu dalam penyerapan nutrien lain
  • Satu hubungan penting di antara tahap zink yg rendah membolehkan DHT menjadi tinggi (dihydrotestosterone; musuh rambut anda) dalam badan. Lebih zink = DHT kurang; kurang zink = DHT lebih.


Satu lagi sebab penting yg perlu kita tahu kenapa kita memerlukan zink yg cukup terutama apabila menghadapi masalah keguguran rambut adalah zink diperlukan oleh seluruh badan. Sebahagian besar daripada jumlah zink dalam badan kita terdapat dalam folikel rambut. Tetapi zink juga digunakan di tempat lain, untuk penglihatan, ingatan, bau dan rasa, penghadaman, dan lain-lain Jika kita  kekurangan zink, badan anda akan mengmabil folikel rambut pertama untuk memastikan zink boleh digunakan untuk proses yang lebih penting dari segi biologi.


Bukan Zink Complex shj tau. Perlukan kombinasi B Complex juga tau.





Satu komponen kumpulan kompleks B, Biotin sering dirujuk Vitamin H atau vitamin rambut. Ini kerana ia menggalakkan pertumbuhan rambut dan menghalang keguguran. Ia berfungsi untuk memetabolismakan asid lemak yang menjana pertumbuhan dan pembaikan folikel rambut, sekali gus mengurangkan kerosakan folikel yang disebabkan oleh DHT.

Boleh baca juga Tips Merawat Keguguran Rambut

Jadi, pada yang sering mengalami masalah kelumumur dan keguguran rambut boleh hubungi fiza 012 4513311

Sunday, July 5, 2015

TIPS MERAWAT KEGUGURAN RAMBUT

Seringkali mengalami masalah keguguran rambut?..susah hati kan? Jom kita beberapa tips mudah secara Traditional!




Merawat Rambut Gugur Cara Tradisional
Terdapat banyak cara untuk merawat rambut gugur. Antaranya adalah dengan menggunakan cara tradisional. Berikut adalah cara paling berkesan merawat rambut gugur cara tradisional:

1. Pertama, anda perlu pastikan rambut anda mudah di rawat. Rambut yang terlalu panjang akan menyukarkan anda untuk merawat rambut gugur cara tradisional. Pendekkan rambut anda pada pendek yang sesuai dan mudah untuk anda uruskan.

2. Cuci rambut anda dengan air perahan limau nipis. Ambil beberapa limau nipis dan ambil air perahannya. Kemudian, anda sapukan air perahan pada kulit kepala. Ratakan pada seluruh kulit kepala. Tutup rambut dengan plastik bag supaya air perahan limau akan singkirkan semua kulit–kulit mati, kelemumur dan membunuh bakteria–bakteria yang lain. Peramkan rambut selama 15 minit. Kemudian, bilas rambut sehingga bersih. Lakukannya sebanyak dua minggu sekali.

3. Santan kelapa?..haa..senang jer. Lumurkan rambut sehingga kulit kepala dengan air santan. Perapkan rambut dengan air santan selama sejam. Khasiat daripada santan akan membantu anda untuk mencegah rambut gugur dan mendorong kepada pertumbuhan rambut yang sihat. Lakukannya sebanyak sebulan sekali.

4. Air lendir daun lidah jin ~ Ambil lendir daun lidah jin dan sapukan pada rambut dan pada kulit kepala. Lakukannya sebanyak seminggu sekali.

Keempat–empat langkah di atas akan membantu anda untuk mencegah rambut gugur dan dapatkan rambut yang sihat, berkilat dan kuat dalam masa beberapa minggu sahaja.
Semoga bermanfaat untuk anda.  

Thursday, May 21, 2015

Aloe Vera Mampu Merawat Masalah Keguguran Rambut

Pokok lidah buaya adalah satu tumbuhan yang cukup sinonim ngan produk kecantikan. Kalau korang suka membelek senarai bahan-bahan yang terkandung dalam kebanyakan produk kecantikan, salah satu bahan yg sering tertera ialah ‘aloe vera’. Yesss…. aloe vera tu seperti yg korang dah sedia maklum ialah nama saintifik untuk pokok lidah buaya lah.
Bagi mereka yg suka menanam pokok kat rumah tu disarankan kalau ada peluang elok korang start tanam pokok lidah buaya nie. Kalau memang dah tanam pun kat rumah, elok tambah satu pokok lagi..hehe.. lagi banyak lagi bagus..





Sebenarnya pokok lidah buaya nie adalah satu jenis pokok yg mudah tumbuh dan senang dijaga. Tanam dalam pasu bunga pun boleh hidup kalau tanah dan baja yg diletak serasi ngan pokok.

Bila dah ada lidah buaya kat rumah hmmm… bolehlah kita pratikkan petua lama yang menggunakan daun lidah buaya ni. 

Antara manfaat lidah buaya adalah seperti berikut:-

  • Melebatkan rambut dan menghilangkan kelemumur
Cecair atau lendir yg ada dalam daun lidah buaya dikatakan boleh menyuburkan rambut dan menanggalkan kelemumur apabila dilumurkan atau disapukan pada rambut ketika hendak tidur pada waktu malam. Amalan petua nie bagaimanapun perlu dilakukan setiap malam atau sekerap yang mungkin. Biasanya dalam tempoh dua atau tiga bulan memang akan mendapat hasil yang memuaskan. InsyaAllah.

  • Mematikan pigmen hitam dan melicinkan kulit





Amalkan menyapu lendir lidah buaya pada kulit muka sebelum tidur kerana ia dapat melicinkan kulit dan mematikan pigmen hitam yang ada kat muka kita. Hmm.. ini lebih baik daripada pakai losyen atau krim yg ada aloe vera tapi mungkin dah campur ngan bahan kimia lain mungkin tak sesuai ngan kulit kita.
Menyembuhkan luka kecil


  • Lendir lidah buaya juga dikatakan boleh mempercepatkan proses penggantian sel, mencantumkan luka-luka, merawat kudis, gatal-gatal dan mengelakkan jangkitan.
  • Kalau ada yang terkena bisul, boleh juga sapukan lendir lidah buaya yang dicampur ngan sedikit garam di sekeliling bisul untuk meredakan denyutan sakit bisul tu.

Boleh buat Jus ke? Jom kita tgk!
Khasiat Jus Aloe Vera

Cuba ambil beberapa daun lidah buaya, bersihkan dan kendian ‘blend’ untuk dijadikan jus. Boleh kat campur ngan sedikit gula sebagai menambah perisa. Tapi kalau yang boleh minum jus tu mentah-mentah tanpa campur bahan lain.. hasilnya memang lebih mantap.
Dikatakan bahwa jus aloe vera atau jus lidah buaya ni boleh mengawal tekanan darah tinggi, kencing manis, masalah jantung, luka dalam badan, sakit sendi, buasir dan sembelit. Tapi AWAS.. wanita yang sedang hamil ditegah untuk minum jus lidah buaya nie kerana ia boleh memudaratkan kandungan dan kesihatan ibu tu sendiri.

TEMPOH MENUNGGU MEDICAL KAD

  TEMPOH MENUNGGU MEDICAL KAD HANYA PENYAKIT YANG WUJUD SELEPAS TEMPOH MENUNGGU (30-120 hari) YANG BOLEH DILINDUNGI. Kalau penyakit tu dah w...