Thursday, May 21, 2015

Aloe Vera Mampu Merawat Masalah Keguguran Rambut

Pokok lidah buaya adalah satu tumbuhan yang cukup sinonim ngan produk kecantikan. Kalau korang suka membelek senarai bahan-bahan yang terkandung dalam kebanyakan produk kecantikan, salah satu bahan yg sering tertera ialah ‘aloe vera’. Yesss…. aloe vera tu seperti yg korang dah sedia maklum ialah nama saintifik untuk pokok lidah buaya lah.
Bagi mereka yg suka menanam pokok kat rumah tu disarankan kalau ada peluang elok korang start tanam pokok lidah buaya nie. Kalau memang dah tanam pun kat rumah, elok tambah satu pokok lagi..hehe.. lagi banyak lagi bagus..





Sebenarnya pokok lidah buaya nie adalah satu jenis pokok yg mudah tumbuh dan senang dijaga. Tanam dalam pasu bunga pun boleh hidup kalau tanah dan baja yg diletak serasi ngan pokok.

Bila dah ada lidah buaya kat rumah hmmm… bolehlah kita pratikkan petua lama yang menggunakan daun lidah buaya ni. 

Antara manfaat lidah buaya adalah seperti berikut:-

  • Melebatkan rambut dan menghilangkan kelemumur
Cecair atau lendir yg ada dalam daun lidah buaya dikatakan boleh menyuburkan rambut dan menanggalkan kelemumur apabila dilumurkan atau disapukan pada rambut ketika hendak tidur pada waktu malam. Amalan petua nie bagaimanapun perlu dilakukan setiap malam atau sekerap yang mungkin. Biasanya dalam tempoh dua atau tiga bulan memang akan mendapat hasil yang memuaskan. InsyaAllah.

  • Mematikan pigmen hitam dan melicinkan kulit





Amalkan menyapu lendir lidah buaya pada kulit muka sebelum tidur kerana ia dapat melicinkan kulit dan mematikan pigmen hitam yang ada kat muka kita. Hmm.. ini lebih baik daripada pakai losyen atau krim yg ada aloe vera tapi mungkin dah campur ngan bahan kimia lain mungkin tak sesuai ngan kulit kita.
Menyembuhkan luka kecil


  • Lendir lidah buaya juga dikatakan boleh mempercepatkan proses penggantian sel, mencantumkan luka-luka, merawat kudis, gatal-gatal dan mengelakkan jangkitan.
  • Kalau ada yang terkena bisul, boleh juga sapukan lendir lidah buaya yang dicampur ngan sedikit garam di sekeliling bisul untuk meredakan denyutan sakit bisul tu.

Boleh buat Jus ke? Jom kita tgk!
Khasiat Jus Aloe Vera

Cuba ambil beberapa daun lidah buaya, bersihkan dan kendian ‘blend’ untuk dijadikan jus. Boleh kat campur ngan sedikit gula sebagai menambah perisa. Tapi kalau yang boleh minum jus tu mentah-mentah tanpa campur bahan lain.. hasilnya memang lebih mantap.
Dikatakan bahwa jus aloe vera atau jus lidah buaya ni boleh mengawal tekanan darah tinggi, kencing manis, masalah jantung, luka dalam badan, sakit sendi, buasir dan sembelit. Tapi AWAS.. wanita yang sedang hamil ditegah untuk minum jus lidah buaya nie kerana ia boleh memudaratkan kandungan dan kesihatan ibu tu sendiri.

No comments:

SEDIAKAN HIBAH TAKAFUL ATAU TUNAI SEGERA SEHINGGA RM500,000 KEPADA YANG TERSAYANG

HANYA RM100 SEBULAN UNTUK PAMPASAN MINIMA RM350,000 DAN BERGANDA UNTUK KELUARGA ANDA.. Risiko ada dimana-mana. Tidak kira tua ataupun muda. ...