Showing posts with label KOLESTEROL. Show all posts
Showing posts with label KOLESTEROL. Show all posts

Wednesday, November 2, 2016

BAHAYA KOLESTEROL TINGGI

Makanan malaysia ni mmg jenuh kan. Kalau keluar jalan-jalan mesti cari makan punyalah. Tak kan nak tengok saja makanan yang sedap2 tu..😂 

Banyaknya kita makan banyak tu jugalah kadar kolestrol yang tinggi meresap ke dalam badan kita. Sape cakap kolesterol bahaya? kolesterol baik pun ada tau. Yang sememangnya amat diperlukan oleh tubuh kita. Bahayanya adalah kolesterol jahat tu...itu yang perlu kita nyahhh jauh2..

Kolestrol ni pembunuh senyap tanpa kita sedari. Cuba cek kadar kolestrol hari ini jugak! Berapa kadar mg kolestrol kita? Kurus pun jgn disangka tiada kolesterol tinggi! Wajib check jugak tau. 


Cer tengok poster dibawah..6juta rakyat Malaysia tinggi kolesterol! Nak jadi sebahagian dari 6juta tu. Tak nak la kan. Lebih baik cegah dari awal..haa.untung jugak yer bila rega minyak masak naik ni..dah dpt kurangkan minyak dlm masakan..😂😂

Kesihatan yang sihat bukan untuk diabaikan. Sayangi diri sendiri..sayangi keluarga anda. Makan sedap boleh jer tapi pilihlah yg sihat. Eat clean gitu..😊

Di dalam entry yang lepas saya ada ceritakan bagaimana Vivix berjaya menurunkan bacaan kolesterol seorang customer. Dan banyak lagi testimoni hebat mengenainya.

Ingin tahu set kolesterol yang sesuai untuk kesihatan anda boleh terus hubungi 0124513311.

#tsunamishaklee
#landmarkstudy
#shakleeeffect
#liveamazing

Tuesday, February 2, 2016

PARAS KOLESTEROL TURUN DENGAN VIVIX

Sebelum ni dah tau macam mana Vivix Bantu Turunkan Paras Kolesterol kan? dah tau juga apa itu Kolesterol Jahat, Kolesterol Baik. Supplimen Shaklee yang lain turut membantu turunkan kolesterol juga pernah fiza kongsikan di blog ni. So hari ni nak up #testimoni vivix pula..jom terjahhh..



TESTIMONI 1:
Customer ni ada darah tinggi..kolesterol pun tinggi..akhirnya kena strok




TESTIMONI 2:
Bacaan normal..kembali sihat..



Testimoni untuk turunkan paras kolesterol..nnti kalau ada lagi feedback customer akan fiza up lagi utk tatapan korang semua..

Berinat order vivix hari ini? wsap je fiza 012 4513311..InshaAllah fiza sedia membantu..

Saturday, January 30, 2016

VIVIX BANTU TURUNKAN PARAS KOLESTEROL

Vivix dan Kolesterol?
Siapa yang ada masalah kolesterol? atau tak tahu anda mempunyai paras kolesterol yang tinggi? haaa jgn ingat hanya mereka yang berbadan gempal sahaja bakal mempunyai kolesterol tinggi. Apa kata sesekali kita yang selim ni pergi check kadar kolesterol kita. Nanti jangan terkejut plak yer...hehe




Apa Tanda-tanda Kolestrol Tinggi?

Bagaimana nak tahu kita mempunyai masalah kolesterol tinggi? Paling tepat ialah dengan melakukan ujian darah. Yang tu memang boleh tahu selengkap-lengkapnya apa yang tinggi samaada LDL atau HDL. Tetapi kalau yang tak ambil kisah dan rasa leceh nak buat ujian darah ni macamana pula? Kita tengok tanda-tanda manual pada badan sahajalah nampaknya (walaupun 90% sahaja yang tepat).

Jom periksa sama ada anda ada tanda-tanda kolestrol tinggi di bawah;

  • Bintik kolesterol pada bawah mata yang paling senang kita lihat
  • Sering berasa kebas-kebas pada kaki.
  • Timbul bintik-bintik putih(biji lemak) pada bahagian bawah mata, kawasan muka atau leher yang disebabkan oleh kadar trigliserida yang tinggi.
  • Mudah letih, penat dan cepat mengantuk.
  • Sering berasa sakit kepala. Arteri yang semakin sempit akan membuatkan aliran darah ke otak berkurangan, sehingga menyebabkan rasa sakit pada kepala.
  • Kaki membengkak akibat pembuluh darah semakin sempit. Kaki merupakan bahagian yang paling sedikit mendapat darah.
  • Senak dada sebelah kiri apabila pembuluh darah pada bahagian jantung mula tersumbat. Hal ini menunjukkan kadar kolestrol terlampau tinggi.
Jika anda mempunyai tanda-tanda yang dinyatakan. Apa yang perlu anda lakukan?
  • Lakukan pemeriksaan segera dengan doktor. Anda akan diminta melakukan Ujian Kolesterol untuk memeriksa tahap kolesterol anda.


Bagaimana Vivix membantu?

Antioksidan dalam Vivix membantu dalam perlindungan sel termasuklah sel di sekitar bahagian salur darah. Orang yang alami masalah kolestrol yang tinggi adalah disebabkan oleh plug atau kolestrol berlebihan dalam salur darah.

Apabila kita mengambil Vivix, Vivix melindungi salur darah kita, jadi salur darah kita akan dilindungi dari kerosakan. Jadi kolestrol tidak boleh menempel pada salur darah.

Best kan Vivix?. lepas ni kita tengok beberpa testimoni kolesterol tinggi..

Monday, July 7, 2014

Memahami Tinggi Rendah Paras Kolesterol Anda

Assalamualaikum semua...

Hari ini nak bercerita mengenai Kolestrol. Rasanya dah ada 2 entry sebelum ini mengenai masalah yang sama  DI SINI dan DI SINI. Apa-apa pun jom kita kaji semula apakan itu Kolestrol dan bagaimana ia menjadi ANCAMAN kepada kita semua. Bukan org gemuk sahaja terdedah pada Kolestrol yer. orang kurus macam saya ni pun sama...ha..kurus la sangat kan..hihi

APA ITU KOLESTEROL?

Kolesterol adalah sejenis lemak yang dihasilkan di hati atau di usus. Kolesterol ini berfungsi untuk menghasilkan hormon dan membentuk membran sel seterusnya dibawa ke seluruh badan manusia melalui plasma darah. Selain itu, kolesterol juga penting dalam pembentukan asid hempedu dan Vitamin D di dalam badan.

Kolestrol adalah daripada sumber haiwan yang akan menyebabkan berlakunya PENINGKATAN KADAR kolestrol dalam badan kita. Sememangnya tubuh kita amaat memerlukan Kolesterol tetapi kita harus mengawalnya sebelum ia memudaratkan kesihatan kita.
Terdapat 2 jenis Kolesterol dalam darah anda:
  1. Lipoprotein ketumpatan rendah (LDL): boleh membentuk plak dan menyumbat arteri seterusnya meningkatkan risiko serangan jantung dan strok. Ianya dikenali sebagai 'Kolesterol Jahat' 
  2. Lipoprotein ketumpatan tinggi (HDL): dikenali sebagai 'Kolesterol Baik' yang dapat menyingkirkan Kolesterol Jahat tadi dengan membawanya ke hati untuk disingkirkan.

Banyak faktor yang mempengaruhi tinggi rendah paras kolesterol tubuh kita, antaranya:
  • Genetik - tinggi risiko akan kita hadapi jika ada antara ahli keluarga yang mempunyai sejarah Kolesterol tinggi
  • Usia - bila meningkatkannya usia, kolesterol lebih mudah meningkat
  • Pemakanan yang Tidak Sihat - terlalu banyak lemak, 'fast food' dan lain-lain
  • Berat Badan Meningkat & Kurang Bersenam
  • Diet yang salah
  • Merokok & Mengambil Minuman Keras
  • Stress
Apabila meningkatnya Kolesterol dalam tubuh badan kita, akan menyebabkan masalah kesihatan yang serius terhadap sistem kardiovaskular badan. Darah di dalam badan akan membawa kolesterol yang terdapat di dalam badan ke pelbagai organ dan kelenjar yang memerlukannya. Ia dibawa oleh sejenis pembawa yang dikenali sebagai Lipoprotein. Apabila terlalu banyak kolesterol yang melalui saluran darah, kolesterol ini akan mula terbentuk di dinding arteri iaitu pada dinding saluran darah. Pembentukan kolesterol ini dipanggil plak seterusnya memberi kesan kepada sistem kardiovaskular badan.
Apabila plak terbentuk pada arteri, ia akan menghalang pengaliran darah kerana saluran darah yang sempit dan apabila situasi ini berlaku hampir dengan organ penting di dalam badan terutamanya jantung, ia akan menyebabkan masalah serius berlaku malah boleh menyebabkan kematian. Apabila saluran darah berhampiran organ jantung menjadi semakin sempit, ia boleh menyebabkan serangan jantung berlaku.
Apabila arteri yang menyalurkan darah ke otak pula yang tersumbat, ia akan menyebabkan sesorang itu mengalami STROK.
Penyakit jantung dan strok ini boleh mengancam nyawa. Penjagaan paras kolesterol adalah penting di dalam badan serta kandungan darah di dalam badan. 
  
Kolesterol yang tinggi juga boleh menyebabkan Artherosclerosis atau arteri menjadi keras. Apabila plak memenuhi arteri, dinding arteri menjadi keras dan rapuh. Ini bukan sahaja menghalang pengaliran darah, malah ia juga akan menyebabkan arteri pecah kerana terlalu rapuh dan ini akan menyebabkan darah menjadi beku di dalam badan.


BAGAIMANA CARA MENGATASI KOLESTEROL TINGGI?
  1. Mengubah Corak Pemakanan - elakkan pemakanan yang berunsurkan haiwan, sekaligus membantu badan kita mengurangkan kolesterol
  2. Mengurangkan Pemgambilan Kalori / Tenaga Harian -  sekaligus ia mampu mengurangkan kadar pengambilan kolesterol
  3. Amalkan Diet yang Seimbang - seimbangkan dengan pemgambilan sayur-sayuran, buah-buahan serta ulam-ulaman.
  4. Amalkan Bersenam - mengawal berat badan dengan senaman rutin
  5. Hentikan Tabiat Merokok & Pengambilan Alkohol
  6. Amalkan Minyak Ikan - kandungan Omega 3 dapat menurunkan parasa kolesterol dalam darah
  7. Elakkan Stress
  8. Dapatkan Nasihat Doktor - dengan melakukan permeriksaan 2 kali dalam tempoh 3-6bulan. 
Berdasarkan penerangan di atas, semestinya anda tahu betapa bahanya Kolesterol jika tidak dikawal.
Dengan Shaklee, kami mencadangkan pengambilan PHYTOCOL-ST, OMEGA GUARD & GARLIC


Bagaimana ketiga-tiga produk Shaklee ini dapat membantu mengatasi paras Kolesterol anda?

PHYTOCOL-ST Shaklee ialah formula proprietari berasaskan bahan-bahan yang terbukti secara klinikal berkesan untuk menyekat penyerapan kolesterol dan merendahkan paras kolesterol LDL. 
  • Rumusan beberapa jenis fitosterol asli yang aktif daripada tumbuh-tumbuhan, buah-buahan, sayur-sayuran dan bijirin. 
  • Membekalkan 2,000 mg fitosterol tumbuhan setiap hari. 
  • Fitosterol tumbuhan telah terbukti secara klinikal mampu mengurangkan paras kolesterol LDL dalam lebih 80 kajian. 
  • Membekalkan 100% nilai harian fitosterol sepertimana disyorkan Institut Kesihatan Kebangsaan (NIH). * * 
  • Tiada pengawet, pewarna, perisa atau pemanis tambahan.

OMEGA GUARD
DHA dan EPA boleh menentang thrombosis, tekanan darah tinggi yang lebih rendah dan kepekatan darah, melincirkan saluran darah, dan peredaran darah yang lancar. Oleh sebab itu, ia efektif untuk membantu mengekalkan tekanan darah normal dan ketegangan di leher atau pun sakit kepala. Ia juga merendahkan kolesterol, menghindar pembekuan darah di dalam badan, membantu mengekalkan tahap kesihatan trigliserida dan kolesterol LDL, mengawal masalah obesiti, mencegah arteriosclerosis, myocardial infarction, membantu mengurangkan risiko sakit jantung.

GARLIC 
Menurunkan kolesterol, LDL, trigliserid dan kelikatan darah, mengurangkan bekuan darah; meningkatkan HDL, melindungi jantung dan menghalang strok dan penyakit koronari.


TEMPAH SEKARANG SET KOLESTEROL ANDA!
UNTUK KESIHATAN SEISI KELUARGA



untuk ORDER Klik sini!

ORDER NOW!!

 ORDER Anda akan DIRECT MELALUI E-SELL Shaklee


Konsultasi percuma boleh hubungi fiza:

Afriza (Fiza) ** Shaklee ID: 949698 ** sms/whatsapp: 012 4513311 /
011 10833115 ** FB Page: Qisya E Shoppe ** email: eija_2004@yahoo.com

Wednesday, June 18, 2014

Fitosterol Mengatasi Masalah Kolesterol Anda Secara Semulajadi

Kenapa FITOSTEROL?

Fitosterol adalah daripada sumber tumbuhan seperti bijirin, kekacang, sayuran yang mempunyai struktur dan fungsi hampir sama dengan kolestrol dalam tubuh kita. Fitosterol dapat MENURUNKAN kadar kolestrol dalam darah kita.

Kolestrol adalah daripada sumber haiwan yang akan menyebabkan berlakunya PENINGKATAN KADAR kolestrol dalam badan kita. 

Anda boleh ke entri saya sebelum ini sebagai rujukan untuk FITOSTEROL

Nisbah 1 daripada 3 orang dewasa di Malaysia mempunyai masalah paras Kolesterol yang tinggi. Paras kolesterol yang tinggi ini boleh dialami oleh sesiapa sahaja tanpa mengira usia samada anda gemuk? atau kurus?. Ianya menyerang tak kira siapa.Ianya adalah masalah yang serius yang boleh meningkatkan risiko penyakit jantung. Semakin tinggi paras Kolesterol dalam tubuh anda, risiko yang anda hadapi juga semakin tinggi.

Terdapat 2 jenis Kolesterol dalam darah anda:
  1. Lipoprotein ketumpatan rendah (LDL): boleh membentuk plak dan menyumbat arteri seterusnya meningkatkan risiko serangan jantung dan strok. Ianya dikenali sebagai 'Kolesterol Jahat' 
  2. Lipoprotein ketumpatan tinggi (HDL): dikenali sebagai 'Kolesterol Baik' yang dapat menyingkirkan Kolesterol Jahat tadi dengan membawanya ke hati untuk disingkirkan.
Oleh yang demikian, bagi melindungi diri anda daripada penyakit Kardiovaskular, anda pelulah mengekalkan paras Kolesterol HDL yang tinggi dan paras Kolesterol LDL yang rendah.

Terdapat beberapa langkah yang boleh diambil bagi mengurangkan paras kolestrol yang tinggi:
  • amalkan pemakanan seimbang, rendah lemak tepu & tinggi serat larut
  • lakukan aktiviti fizikal dengan kerap
  • kurangkan berat badan berlebihan 
  • Institut Kesihatan Kebangsaan (NIH) mengesyorkan penambahan 2,000mg FITOSTEROL ke dalam diet harian anda untuk merendahkan paras kolesterol secara semula jadi.

PRODUK BARU DARI SHAKLE
Memperkenalkan PHYTOCOL-ST Shaklee
Pilihan Sihat dengan 2,000mg Fitosterol Setiap Hari 


PHYTOCOL-ST Shaklee ialah formula proprietari berasaskan bahan-bahan yang terbukti secara klinikal berkesan untuk menyekat penyerapan kolesterol dan merendahkan paras kolesterol LDL. 



Keistimewaan Shaklee:
  • Rumusan beberapa jenis fitosterol asli yang aktif daripada tumbuh-tumbuhan, buah-buahan, sayur-sayuran dan bijirin. 
  • Membekalkan 2,000 mg fitosterol tumbuhan setiap hari. 
  • Fitosterol tumbuhan telah terbukti secara klinikal mampu mengurangkan paras kolesterol LDL dalam lebih 80 kajian. 
  • Membekalkan 100% nilai harian fitosterol sepertimana disyorkan Institut Kesihatan Kebangsaan (NIH). * * 
  • Tiada pengawet, pewarna, perisa atau pemanis tambahan.
 * Tinjauan Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan, 2011
** Saranan NIH untuk merendahkan kolesterol: makan makanan kurang lemak tepu dan kolesterol, bersenam, kurangkan berat badan, ambil lebih banyak serat larut air, dan amalkan pengambilan 2,000 mg sterol dan stanol tumbuhan setiap hari. 


Bagaimana Fitosterol bertindak?  
Dengan struktur yang sama seperti kolesterol, Fitosterol akan bersaing dan mengalahkan kolesterol untuk penyerapan dalam usus. Ini bermakna bahawa semakin banyak Fitosterol yang anda ambil, maka semakin kurang kolesterol yang dapat diserap oleh tubuh dan semakin tinggi peluang anda untuk merendahkan paras kolesterol LDL anda. 


Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit 


Konsultasi percuma boleh hubungi fiza:

Afriza (Fiza) ** Shaklee ID: 949698 ** sms/whatsapp: 012 4513311 /
011 10833115 ** FB Page: Qisya E Shoppe ** email: eija_2004@yahoo.com

Atasi Masalah Kolesterol Anda Secara Semulajadi dengan FITOSTEROL

Apa Itu Fitosterol?

Sekiranya anda mempunyai kadar Kolesterol yang tinggi dalam badan, adalah WAJIB untuk anda tahu apakah itu FITOSTEROL.
FITOSTEROL adalah sterol yang terdapat dalam tanaman dan mempunyai struktur mirip Kolesterol. Ianya dapat ditemui di dalam sayuran, kekacang & gandum. FITOSTEROL dapat membantu menurunkan kadar Kolesterol dengan cara menghalang penyerapan kolesterol pada usus sehingga mampu menurunkan jumlah kolesterol yang memasuki aliran darah.
Dalam Usaha menurunkan kadar kolesterol, Persatuan ahli jantung Amerika Syakitat menyarankan agar perubahan gaya hidup  terutamanya dalam pengambilan makanan rendah lemak serta makanan yang mengandung FITOSTEROL min 1000-3000mg sehari. Menurut kajian dan pemrhatian pengambilan tersebut membantu menurunkan Kolesterol sehingga 10%.

Bagi anda yang gemar mengambil biji-bijian dan minyak sayuran, anda perlu tahu bahawa anda telah mengambil 150-400mg FITOSTEROL sehari. Sekiranya anda konsisten dengan pengambilan tersebut ia juga dapat menurunkan penyerapan kadar kolesterol yang berasal dari makanan.
FITOSTEROL adalah sangat menakjubkan dan berperanan dalam menghalang penyerapan Kolesterol serta meningkatkan keupayaan sekaligus dapat menurunkan penyerapan Kolesterol secara keseluruhannya. Selain memperbaiki kandungan gula dalam darah, FITOSTEROL melindungi Jantung.  
Kita juga perlu mengelak dari mengambil sebarang makanan yang mengandungi kolestrol tinggi seperti daging, ayam dan sebagainya. Wah...agak mustahil kan? Kerana badan kita masih memerlukan sember PROTEIN dan NUTRIEN yang terdapat dalam makanan tersebut.  Cadangan Supplimen adalah diperlukan untuk mengatasi masalah itu.

Jadi, anda sudah tahu apa itu kaitan KOLESTEROL dengan FITOSTEROL?. Jadi mulai hari ini, jauhkan hidup anda dengan KOLESTEROL. Amalkan pemakanan yang sihat & kaya dengan nutrisi semulajadi. 
Produk TERBARU dari Shaklee KHAS UTK KOLESTEROL >> PHYTOCOL-ST


Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit 


Konsultasi percuma boleh hubungi fiza:

Afriza (Fiza) ** Shaklee ID: 949698 ** sms/whatsapp: 012 4513311 /
011 10833115 ** FB Page: Qisya E Shoppe ** email: eija_2004@yahoo.com

KAWASAKI DESEASE MENYERANG KANAK-KANAK

  Pengalaman Ibu dengan Penyakit Kawasaki – Qaisara Nama penyakit nampak lawak, tapi hakikatnya Kawasaki Disease ni sangat bahaya. Ia radang...