Showing posts with label HIPERAKTIF. Show all posts
Showing posts with label HIPERAKTIF. Show all posts

Thursday, December 21, 2017

CADANGAN NUTRISI TERBAIK UNTUK ADHD

Anak-anak autism dan ADHD ni sememangnya perlukan perhatian khusus dari ibu bapa. Baik dari segi penjagaan dan rawatan, pendidikan khas yang sempurna juga perlu dititikberatkan.


Kunjungan berkala untuk rawatan lanjut dengan pakar amatlah perlu bagi memantau perkembangan anak-anak ini.

Sekiranya anda mencari suplimen untuk mereka, kami mencadangkan vitamin shaklee sebagai pelengkap nutrisi kepada mereka. Boleh la diberi mana yang bersesuaian dengan mereka.

Ostematrix– Membantu pertumbuhan yang sihat dan sebagai penenang
Bcomplex– Sangat penting untuk fungsi otak dan mempertingkatkan kelenjar adrenal (kesan penenang)
GLA– Membantu kanak-kanak autism dan hiperaktif (mempunyai fatty acid)
Omega guard- Membantu kanak-kanak autism dan hiperaktif (fatty acid)
Vitamin C- Sebagai anti-stress
Mealshake– Membekal kan nutrient yang seimbang untuk tumbesaran
Bukanlah bermaksud vitamin ini perlu diambil sekaligus. Cukup 1 atau 2 vitamin dahulu dan tengok pada kesesuaian vitamin dengan mereka. 
Sekiranya, inginkan maklumat lanjut mengenai semua vitamin ini boleh je hubungi KakFiza 0124513311. 

Wednesday, December 20, 2017

RAWATAN AWAL UNTUK PESAKIT ADHD

Assalamualaikum...
Anak-anak adalah rezeki dan anugerah tak ternilai kepada kita. Dianugerahkan anak istimewa nenuntut kesabaran dan tanggungjawab baik dari segi mental dan fizikal. Memang KakFiza salute pada ibu bapa yang mempunyai anak autism/ADHD ni.


Sehingga saat ini kita hanya ada cara untuk mengurangkan simptom yang dihidapi pesakit dan menambahbaik kehidupannya. Ubat-ubatan dan rawatan khusus yang ada seperti Psikoterapi dan pendidikan bersesuaian dengan tahap pesakit adalah cara terbaik merawat mereka yang menghidap ADHD.

Dalam kebanyakan kes, rawatan ADHD melibatkan kombinasi ubat yang bertindak mengawal gejala dan perilaku terapi. Rawatan yang biasa termasuk ubat-ubatan seperti methylphenidate (Ritalin) atau dextroamphetamine (Dexedrine), yang merupakan perangsang yang mengurangkan impulsif dan hiperaktif dan juga meningkatkan perhatian.


Penting untuk dapatkan rawatan awal jika anak-anak kita menunjukkan beberapa gejala ADHD. Ini kerana jika ibu bapa membiarkan sahaja anak mereka tanpa rawatan sepatutnya, kanak-kanak ADHD kemungkinan membesar sebagai seorang dewasa yang bermasalah sehingga mendorong melakukan perkara yang menyalahi undang-undang.

Ubat-ubatan yang digunakan biasanya mempunyai kesan sampingan seperti:
  • Kehilangan selera
  • Masalah tidur
  • Mild anhedonia (tiada perasaan atau emosi)
Bagaimana pula suplimen shaklee boleh membantu mereka? InshaAllah kita sambung next entry yer..

KakFiza
SungaiPetani

Tuesday, December 19, 2017

KENALI APA ITU ADHD DAN PUNCA TERJADINYA ADHD?

Assalamualaikum...

Hari ni nak kongsi mengenai ADHD. Ehhh..apa tu?

Normal kan kalau kita tengok kana-kanak sepahkan mainan, melompat-lompat, berkejaran sana sini dan melasak dengan segala jenis aktiviti mereka. Itu tandanya mereka adalah normal dan dalam proses membesar.


Tetapi, ibu bapa perlu beri perhatian lebih sekiranya tiba-tiba, mereka menunjukkan tanda-tanda sukar fokus, terlampau aktif (hyperactive), mudah terganggu atau sering melakukan sesuatu dalam diam atau sering kali cuai. Gejala ini merujuk kepada ADHD atau Gangguan Hiperaktiviti Dan Kurang Daya Tumpuan.

Apa itu ADHD?
ADHD (Attention Deficit Hyperactivity Disorder) merupakan gangguan yang biasa ditemui di kalangan kanak-kanak dan boleh berterusan sehingga usia remaja dan dewasa. Kanak-kanak yang mempunyai gejala ADHD biasanya sukar untuk memberi perhatian, bersifat terlampau aktif (hiperaktif) dan sukar mengawal tingkah laku.

Menurut satu kajian ke atas kanak-kanak di Malaysia yang berumur antara 5-15 tahun, seramai 4.3 peratus dari golongan tersebut mempunyai ciri-ciri ADHD. Dan kebanyakannya kanak-kanak lelaki yang mengalami ADHD berbanding kanak-kanak perempuan.

Tanda dan Gejala ADHD

Gejala utama ADHD adalah hiperaktif, tiada tumpuan dan impulsif. Perilaku ini adalah normal untuk kanak-kanak lain, tetapi untuk kanak-kanak dengan ADHD, perilaku ini sangat melampau dan mengganggu kehidupan seharian.

Untuk seorang kanak-kanak itu didiagnos ADHD, kanak-kanak tersebut mesti mempunyai gejala selama sekurang-kurangnya 6 bulan dan kemunculan gejala boleh jadi pada sebarang usia sebelum 12 tahun.



Gejala-gejala ADHD termasuklah:

1. Hiperaktif, dan boleh kelihatan seperti:
  • tak duduk diam dan lasak di kerusi
  • tak henti-henti bercakap
  • suka berlari ke sana ke sini
  • menyentuh atau bermain dengan apa sahaja benda yang dapat dicapai
  • tidak boleh duduk tetap semasa makan
  • sentiasa bergerak
  • sukar membuat tugasan dalam keadaan senyap
2. Tiada tumpuan. Biasanya kita terlepas pandang dan paling sukar untuk dikesan.
  • sukar memberi perhatian atau menyusun atur atau menyiapkan tugas atau mempelajari perkara baru.
  • mudah hilang fokus, 
  • terlepas perincian, 
  • lupa tentang sesuatu perkara dan kerap bertukar-tukar aktiviti
  • sukar fokus pada sesuatu perkara melainkan perkara yang dinikmati
  • cepat bosan dengan satu tugasan hanya selepas beberapa minit
  • mengalami masalah menyiapkan atau menghantar kerja sekolah
  • sering kehilangan benda yang perlu untuk menyiapkan sesuatu tugasan
  • tidak memberi perhatian ketika kita bercakap dengannya
  • selalu berangan, mudah keliru dan bergerak lambat-lambat
  • sukar  memproses maklumat sepantas kanak-kanak lain dan sukar menurut arahan

3. Impulsif. Iaitu sifat keburuan yang mempunyai ciri seperti:
  • sangat tidak sabar
  • menjawab soalan dengan gelojoh
  • komen tidak sopan
  • menunjukkan emosi tanpa tapisan
  • melakukan sebarang tindakan tanpa memikirkan akibat
  • sukar menunggu perkara yang dihajati atau menunggu giliran ketika bermain
  • sering menyampuk perbualan atau aktiviti lain.

InshaAllah next entry KakFiza akan kongsi Rawatan bagi pesakit ADHD.

KAWASAKI DESEASE MENYERANG KANAK-KANAK

  Pengalaman Ibu dengan Penyakit Kawasaki – Qaisara Nama penyakit nampak lawak, tapi hakikatnya Kawasaki Disease ni sangat bahaya. Ia radang...